Monday, June 4, 2012

Mukjizat Solat Sunat Rasulullah ~ Rachmat Ramadhana Al-Banjari

Solat adalah sebuah panggilan rahsia yang tidak putus dan dua hala antara Tuhan dengan hamba-Nya. Solat juga adalah doa khusyuk iaitu seseorang hamba perlu merasai kehadiran Tuhan-Nya dan wajib mengikuti kehendak-Nya. Malah, sesiapa yang memohon kepada Tuhan, pasti menjumpai-Nya sekiranya dia diberi penglihatan batin (bashirah) oleh Allah. Solat yang sejati dan sempurna bertujuan memanggil dan memohon kehadiran-Nya supaya kita sedar, diri kita ini adalah sesuatu yang fana dan hanya Dia yang Maha Kekal. Hakikatnya, diri seseorang hamba tidak
mempunyai apa-apa. Justeru, dia memerlukan solat supaya dapat bergantung pada Tuhannya.

Antara lima rukun Islam, solat adalah rukun utama. Dalam hadis yang dilaporkan oleh Abdullah ibnu Qurth, beliau menyatakan Nabi Muhammad berkata, “Perkara pertama yang dinilai daripada mana-mana hamba pada hari kiamat

Hakikat Solat adalah solat. Sekiranya solatnya baik, baiklah semua perbuatannya, dan sekiranya solatnya rosak, rosaklah semua perbuatannya.” (Hadis ini direkodkan oleh at-Tabrani).

*****

(SEM) RM15.00 -RM13.20
(S/S) RM17.00 - RM15.00

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...