Hubungi Kami

Hubungi Kami

Sunday, June 15, 2014

Selamat! Anda Sampai di Syurga ~ Abdullah Nasih Ulwan

Apakah pelan tindakan atau perancangan kita untuk mencapai kejayaan di dunia. Pastinya usaha gigih, fokus dan strategi yang betul. Begitu juga untuk mencapai kejayaan di akhirat, sudah pastinya punya cara dan jalannya. Yang paling utama ialah lakukan setiap suruhan Allah dan tinggalkan atau jauhi setiap larangannya. Ini adalah resepi utama untuk kejayaan dan kebahagian dunia dan akhirat. 

Buku yang sedang anda pegang ini mengajak kita semua untuk meletakkan syurga itu sebagai matlamat utama. Selain itu memberikan inspirasi kepada kita semua bagaimana caranya untuk mencapai syurga yang menjadi idaman setiap orang yang beriman. Bacaan yang penuh inspirasi dan gagasan yang menggerakkan jiwa dan raga kita untuk menuju dan mencapai syurga. Berusahalah dengan gigih, berdoalah dengan ikhlas dan patuhlah kepada suruhan dan larangan yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T. Pasti cahaya dan bau syurga itu semakin kita dekat kepada kita. Semoga dengan kehadiran buku ini langkah kita ke arah syurga lebih bersemangat. Selamat datang ke syurga...

*****

(SEM) RM9.00 - RM7.90
(S/S) RM10.00 - RM8.80

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...