Hubungi Kami

Hubungi Kami

Tuesday, October 21, 2014

Orang Yang Didoakan oleh Para Malaikat ~ D.A. Pakih Sati

Para malaikat diciptakan oleh Allah daripada cahaya (nur). Beriman kepada malaikat adalah salah satu daripada Rukun Iman. Sesungguhnya di dalam Al-Quran dan hadis, ada disebutkan mengenai doa para malaikat ke atas orang mukmin. Doa para malaikat adalah istimewa kerana malaikat adalah makhluk yang sentiasa taat beribadah, bebas dari nafsu seperti manusia serta sentiasa rapat/akrab di sisi Allah Azza wa Jalla di 'Arasy.

Di antara doa-doa tersebut adalah seperti yang dirakamkan Allah di dalam Surah Al-Ghafir ayat 7 hingga 9, yang bermaksud;
"Malaikat yang memikul Arasy dan malaikat yang berada di sekelilingnya, bertasbih memuji TuhanNya; dan beriman kepadaNya; serta mereka memohon ampun bagi orang-orang yang beriman (dengan berdoa merayu): "Wahai Tuhan kami! RahmatMu dan IlmuMu meliputi segala-galanya; maka berilah ampun kepada orang-orang yang bertaubat serta menurut jalanMu, dan peliharalah mereka dari azab neraka. Wahai Tuhan kami! Dan masukkanlah mereka ke dalam Syurga "Adn" yang Engkau telah janjikan kepada mereka; dan (masukkanlah bersama-sama mereka): orang-orang yang layak di antara ibu bapa mereka, dan isteri-isteri mereka, serta keturunan mereka. Sesungguhnya Engkaulah jua Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana."

Di dalam buku ini, penulis telah menyenaraikan dengan terperinci beberapa golongan dan keadaan orang Mukmin yang didoakan oleh para Malaikat.

*****
(SEM) RM10.00 - RM8.80
(S/S) RM11.00 - RM9.70

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...