Hubungi Kami

Hubungi Kami

Monday, April 27, 2015

Al-Quran Al-Karim Mushaf Yusuf ~ Karya Bestari

Al-Quran Al-Karim YUSUF - Al-Quran Tafsir Bil Hadis
Beg tangan eksklusif sesuai untuk lelaki.

Rasulullah s.a.w. bersabda; “Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, kamu tidak akan sesat selagi berpegang teguh pada kedua-duanya, iaitu Kitabullah (al-Quran) dan Sunnahku (hadis).” (Hadis Riwayat Muslim).

Menyajikan hadis-hadis sahih yang berkaitan langsung dengan ayat-ayat yang dipilih, membantu menjelaskan ayat tersebut secara ringkas. Sungguh tidak ada penafsiran terbaik berkaitan ayat al-Quran, melainkan hadis-hadis baginda Nabi Muhammad s.a.w.

Al-Quran terjemahan dan tajwid berwarna ini turut dilengkapi Asbabun Nuzul, Riyadus Salihin, Asya-syamaa il Muhammadiyyah dan doa Asmaul Husna.

Turut memaparkan nota terjemahan ayat-ayat pilihan, memuatkan Mu’jam (kosa kata), Indeks al-Quran mengikut tema serta memuatkan panduan tajwid ringkas.

SPESIFIKASI
- Cover: Beg Eksklusif dengan zip
- Saiz: 14.8 X 21 Cm (A5).
- Halaman: 640 Muka Surat berwarna penuh.
- Jenis Kertas: Kertas Khusus al-Quran.
- Kategori: Terjemahan dan Tajwid Berwarna.
- Resam Uthmani terjemahan Bahasa Melayu.
- Bonus: Tali pembatas dan kertas dengan panduan waqaf dan tanda baca.
- Diluluskan oleh Lembaga Tasheh al-Quran Kementerian Dalam Negeri (KDN) Malaysia.
*****
(SEM) RM70.00 > RM61.60

Tuesday, April 21, 2015

Fatwa Kontemporari Jilid 1 Siri 2 (Ibadah) ~ Dr. Yusuf Al-Qaradhawi

“Setiap sakit ada penawarnya, setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya, dan setiap persoalan pasti ada jawapannya.”

Tanpa terikat pada silibus buku-buku agama, Dr. Yusuf Al-Qaradhawi menjawab persoalan semasa yang mencabar praktik ajaran Islam dalam dunia moden khususnya berkaitan ibadah termasuk permasalahan dalam bab solat, puasa, zakat, haji, dan umrah.

Antara persoalan menarik dalam Fatwa Kontemporari Jilid 1, Siri 2 adalah:
  • Apakah yang dimaksudkan dengan solat khauf? 
  • Adakah haram berkahwin pada bulan Muharam? 
  • Adakah haram menggantikan puasa pada bulan Syaaban? 
  • Adakah melakukan suntikan membatalkan puasa? 
  • Apakah yang dimaksudkan dengan sumpah yang terikat? 
  • Apakah hukum mengambil pil penahan haid?
*****
(SEM) RM30.00 > RM26.40
(S/S) RM33.00 > RM29.00

Fatwa Kontemporari Jilid 1 Siri 1 (Al-Quran, Hadith & Akidah) ~ Dr. Yusuf Al-Qaradhawi

"Setiap penyakit ada penawarnya, setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya, dan setiap persoalan pasti ada jawapannya."

Tanpa terikat dengan silibus yang ada dalam buku agama, Syeikh Dr. Yusuf Al-Qaradhawi menjawab persoalan semasa yang mencabar praktik ajaran Islam dalam dunia moden, khususnya berkaitan Al-Quran, hadith, dan akidah.

Antara persoalan menarik dalam buku Fatwa Kontemporari Jilid Satu, Siri Satu ini adalah:
1) Di manakah neraka? Benarkah neraka itu wujud?
2) Benarkah ada hadith yang mengatakan mayat akan diseksa sekiranya keluarga menangis kerana kematiannya?
3) Mengapakah surah At-Taubah diturunkan tanpa basmalah?
4) Benarkah Nabi Muhammad s.a.w. adalah makhluk pertama yang diciptakan oleh Allah s.w.t?
5) Bagaimanakah keadaan Islam sebelum kedatangan Nabi Muhammad s.a.w?
6) Hukum menyembelih binatang sempena mendiami rumah baru.
7) Hukum menyebarkan surat berantai.
*****
(SEM) RM28.00 > RM24.60
(S/S) RM31.00 > RM27.30

Tuesday, April 7, 2015

Kit Ibadat Zakat: Konsep, Praktikal & Kaedah Pengiraan ~ Abdul Razak Abdul Talib, Mohamad Noor Sahidi Johari

Zakat hanya untuk bulan Ramadan dan Syawal sahaja. Kerana hanya ingat akan zakat fitrah.
Banyak lagi zakat yang kita perlu bayar dan pelajari.

Kelebihan buku ini:
  • Mengandungi huraian jenis zakat beserta kaedah pengiraannya yang ringkas, mudah dan prktik berdasarkan contoh semasa.
  • Turut memerihalkan hukum zakat semasa, golongan yang berhak menerima zakat & isu-isu zakat di Malaysia.
Antara isu menarik yang dibincangkan:
- Emas yang dipakai melebihi kadar kebiasaan wajib dikenakan zakat
- Wang simpanan yang disimpan di dalam bank tidak terkecuali daripada zakat.
- Orang yang memberi hutang wajib mengeluarkan zakat ke atas hutang.
- Hukum mengagihkan zakat sendiri tanpa dibayar kepada amil yang dilantik pemerintah.
*****
(SEM) RM16.00 - RM14.00
(S/S) RM19.00 - RM16.70

Monday, April 6, 2015

Beduk Diketuk Lagi: Vol 2 ~ Pahrol Mohd Juoi, Kartunis Nik Wafdi

Buku ini merupakan susulan buku Beduk Diketuk yang telah empat tahun berada di pasaran. Walaupun konsep dikemukakan masih sama namum mesej dan persoalan yang dikemukakan lebih luas dan menyeluruh.

Cerita-cerita dan huraian dalam buku ini disampaikan secara penuh hikmah: berkisah dalam tarbiah, mengejutkan bersulam kiasan dan membuat teguran bersalut gurauan. Agar segala yang berat mudah difahami dan diaplikasi serta mesej-mesej sarat tarbiah mampu dihadam secara santai oleh pembaca.

Beduk perlu diketuk untuk meneydarkan dan memberi peringatan kepada umat manusia. Beduk Diketuk Lagi pastinya bukan untuk menyakitkan, tetapi untuk menyedarkan. Semoga buku ini mampu memberi peringatan selaras firman Allah

"Berilah peringatan kerana orang Mukmin akan mendapat manfaat dari peringatan"

Mudah-mudahan beduk diketuk akan mampu untuk didengar oleh hati, akal dan perasaan kita agar kita mampu berubah ke arah lebih baik.
*****
(SEM & S/S) RM26.00 - RM22.90

Nahu Mudah 2 ~ Mohd Haidzir Hussin

Buku Nahu Mudah 2 merupakan lanjutan kepada buku Nahu Mudah 1 yang telah berada di pasaran. Buku ini sangat sesuai dimiliki oleh golongan yang mahu belajar dan menguasai bahasa Arab.

Selain ringkas dan mudah difahami, buku ini juga digarap oleh penulis secara berkesan untuk memenuhi permintaan masayarakat masa kini

Kelebihan buku Nahu Mudah 2 :
1. Mengandungi kaedah-kaedah asas nahu bahasa Arab yang dihuraikan dalam Bahasa Melayu
2. Menyediakan nota di setiap permulaan bab untuk memudahkan pemahaman
3. Latihan-latihan yang disediakan dapat mengukuhkan penguasaan Bahasa Arab pembaca
4. Skema jawapan yang disediakan pada akhir bab memberi garis panduan berguna kepada pembaca
5. Dipersembahkan dalam bentuk yang menarik dan mudah difahami
*****
(SEM & S/S) RM28.90 - RM25.40
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...