Hubungi Kami

Hubungi Kami

Thursday, January 14, 2016

Jangan Makan Barang Haram ~ Nor Fadilah

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Setiap jasad yang membesar daripada benda¬benda yang haram maka api nerakalah yang layak baginya.

Islam cukup menitikberatkan tentang hal pemakanan dalam kehidupan seharian. Sebagai seorang Muslim, kita hendaklah sentiasa berhati-hati dalam penentuan pemilihan makanan dengan memilih makanan yang bersih dan halal sahaja untuk santapan harian kita mahupun keluarga. Jika santapan harian kita mengandungi unsur haram, ia akan mempengaruhi jiwa dan rohani sekali gus akan menyebabkan jiwa kita sukar dididik dengan sifat-sifat mahmudah. Justeru, kita hendaklah prihatin tentang pemakanan kita kerana ia mempunyai hubung kait yang rapat dalam pembentukan jiwa, hati dan diri kita.

Pengisian di dalam buku ini memberi penekanan kepada makanan dan minuman yang dilarang dalam Islam serta kesan buruk makanan dan minuman tersebut kepada kesihatan. Sudah menjadi kewajipan kita sebagai seorang Muslim untuk mengambil tahu tentang jenis makanan serta sumbernya sama ada halal atau haram. Justeru, info yang dimuatkan ini boleh dijadikan sebagai garis panduan dalam memastikan makanan yang diambil bersih serta halal.
*****
(SEM & S/S) RM20.00 > RM17.60

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...