Hubungi Kami

Hubungi Kami

Thursday, March 16, 2017

A.D.A (Anak Dara Abah ~ Norisah A. Bakar

(SEM & S/S) RM27.00 > RM23.80
Selalu orang kata, hidup berjiran di rumah pangsa memang mencabar, dengan kerenah jiran yang pelbagai ragam. Kalau tak ada kesabaran tahap ‘dewa’ memang boleh sakit jiwa.

Tengoklah Makcik Senah yang baru pindah tu, ada ke patut letak anak-anak kucing peliharaan cucu-cucunya depan halaman rumah jiran kerana bapa budak-budak tu tak suka kucing.

Lalu gara-gara anak-anak kucing itu, kerukunan keluarga Encik Berahim, seorang bapa tunggal dengan tiga orang anak dara; Ona, Ayu dan Aina jadi haru-biru kerana Ona yang takut akan kucing itu bergaduh dengan Makcik Senah.

Mujurlah Encik Ibrahim ini baik orangnya. Dia tegas menyuruh anak daranya itu meminta maaf. Dan mereka akhirnya berbaik-baik. Saling bertukar juadah lagi.

Jadi apa pula haru-birunya kalau mereka berbaik-baik?
Sebab Encik Ibrahim jatuh cinta pada Makcik Senah yang kematian suami!
Apa masalahnya pula kalau duda jatuh cinta pada janda?
Masalahnya anak lelaki Makcik Senah bercinta dengan Ayu.
Sedang Ona pula menaruh hati pada lelaki itu.

Hmmm… betullah susah hidup berjiran, terutama kalau antara mereka saling jatuh cinta! Tapi ini bukan cerita Keluarga 69. Bacalah kalau tidak percaya!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...