Hubungi Kami

Hubungi Kami

Thursday, March 16, 2017

Padamu Jua (Hatiku Berteduh) ~ Aidah Bakri

(SEM & S/S) RM24.00 > RM21.10

Orang perempuan ni, ibaratnya lautan. Kalau kita tak pandai berenang, kita akan ditelannya. Sebab itu kita tak boleh silap dalam memilih pasangan hidup.

Hanif lelaki yang berkedudukan tetapi kesepian. Bertahun-tahun dia menyukai Afra, lalu apabila Afra memilih Dr. Shamir, sukar untuk dia menerima orang lain dalam hidupnya.

Jangan risau kalau matahari hilang… jangan gusar apabila mendung bertandang sebab kita akan dapat lihat indah pelangi selepas itu buat menghias langit. – Afra.

Afra (dan Shamir) cuba mempertemukan Hanif dengan adik iparnya Syamira yang periang dan panjang akal. Sayangnya, Hanif tidak menyenangi sikap Syamira yang begitu terbuka tentang hatinya.

“Jangan malu nak mengaku.”
“You yang patut malu.” Balas Hanif.
“Sebab?”
“Orang perempuan tak patut mempamerkan perasaan secara keterlaluan. Kalau suka kat lelaki pun patut simpan dalam hati sahaja.”

Susah sangat ke nak jumpa perempuan yang malu-malu zaman ini? Semakin dingin Hanif, semakin galak Syamira mengusik. Semakin giat Syamira mencari peluang untuk mencairkan hati beku Hanif.

“You tolak I ke, you takut nak masuk? Tapi… jemputan masuk ke hati I ni tak ada tarikh luput, Hanif. Tapi apabila dah masuk, memang tak boleh keluarlah. Jalan masuk ke hati ialah jalan sehala dan jalan mati di hujungnya.”

Masalahnya, hanya Syamira yang tidak habis-habis mengejar Hanif sedangkan Hanif itu hatinya keras sekali. Pada Hanif, jodoh bukan boleh kita susun-susun. Jodoh bukan sekadar mengikut kehendak hati kita sahaja.

Angin lalu bercerita, ada rindu di sana, jangan mengalah Syamira!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...