Hubungi Kami

Hubungi Kami

Thursday, August 30, 2018

Committee 300 (Bahasa Melayu) ~ Dr. John Coleman

(SEM & SS) RM39.90 > RM35.00

Matlamat utama mereka adalah membina Dunia Baru atau ‘New World Order' di bawah satu pemerintahan. Mereka juga penyebab keruntuhan ekonomi dunia, pengacau total dalam politik antarabangsa. Mereka inilah dalang setiap perselisihan agama, menyeleweng institusi kewangan, punca kepada perang dunia sehinggalah kepada perang-perang besar hari ini.

Berstatus ‘pertubuhan rahsia' dan pemerintah dunia, Comitee 300 dihuni oleh sekelompok kelas penguasa tertinggi, termasuk Ratu Inggeris (Elizabeth II), Ratu Belanda, Ratu Denmark dan keluarga kerajaan Eropah, bahkan para pimpinan negara!

Buku ini bukan saja merungkai agenda mereka, bahkan menjawab pelbagai persoalan tentang pertubuhan ini selengkapnya. Lalu mendedahkan perjalanan perosak dunia ini kepada manusia-manusia yang masih menyanjung penuh barisan ini. Mungkin mereka belum sedar akan New World Order sedang terbina!

Imam Mahdi: Di Ambang Pintu ~ Muhamad Isa Dawud

(SEM & SS) RM31.90 > RM28.10

Wednesday, August 29, 2018

99 Stress Free Wife ~ Shaza Baharuddin

(SEM & SS) RM18.00 > RM15.80

Lelaki dari planet Marikh. Perempuan dari planet Venus. Begitulah diibaratkan perbezaan yang ketara antara lelaki dengan perempuan.

Allah SWT menjadikan lelaki dan perempuan berbeza fizikalnya. Tentu juga wujud perbezaan ketara dari segi emosi,perasaan, dan tabiat antara kedua-dua insan ini. Bayangkan kedua-dua makhluk ciptaan Allah SWT ini diletakkan bersama-sama di bawah satu bumbung, maka 'haru-biru' jadinya!

Buku ini merupakan coretan 99 kisah stres seorang isteri. Bohonglah jika sesebuah rumah tangga sentiasa dalam suasana ceria. Tentunya ada perasaan berkecil hati, kecewa, rajuk, dan tertekan dengan pasangan. Namun, percayalah.Melalui perasaan tertekan inilah para isteri belajar mengenali suami mereka sebenarnya. Alah, bukan stres sangat pun, stres ala-ala manja saja.
"...ALLAH CREATED THEM TO PERFECT ONE ANOTHER."
-AHMAD AL-SHUGARI-

Masa Peliharalah ~ Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri

(SEM & SS) RM15.00 > RM13.20

Masa boleh menjadikan sesebuah masyarakat dan negara maju terkehadapan dengan pembangunan high technology dan menjadi kuasa besar dunia. Penyusunan masa, time-management, quality times sangat penting untuk diwujudkan dalam diri setiap individu terutama bagi mereka yang ditaklifkan untuk memegang amanah dan tanggungjawab.

Buku ini menceritakan:
  • Betapa masa sangat penting untuk diuruskan dalam kehidupan
  • Menganalisis kepentingan memelihara masa dari pelbagai sudut pandang sama Al-Quran, Al Hadis dan juga pada pandangan para Ulama’
  • Ia turut menyajikan pelbagai kisah-kisah yang sangat mengujakan tentang bagaimana tokoh-tokoh hebat dunia memelihara masa.
  • Mengandungi nasihat dan panduan yang sangat beguna dan praktikal untuk diaplikasikan dalam kehidupan seharian.

Syeikh Muhammad Mutawalli Sya'rawi: Mawaqifnya ~ Dr. Zulkifli Muhammad Al-Bakri

(SEM & SS) RM17.00 > RM15.00

Syeikh Mutawalli Sya’rawi dilahirkan pada 15 April 1911/12 Rabiulakhir 1328H di Daqadus, daerah Mit Ghamir, Negeri Daqaliyyah, Mesir. Nama sebenarnya ialah Muhammad bin Mutawalli Sya’rawi Husaini yang nasab keturunan bapanya sampai kepada Husain bin Ali ra. Beliau dibesarkan di kalangan keluarga petani namun kedua orang tuanya terkenal sebagai orang yang soleh dan mulia.

Thursday, August 23, 2018

Perjalanan Agung ~ Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.00

Ilmu Sirah adalah ilmu yang mengkaji tentang Nabi Muhammad SAW dan mesti ada sanadnya untuk menjadi sumber rujukan dalam Islam.
Dikatakan salah satu makna ilmu Sirah adalah daripada kata ‘sair’ iaitu ‘perjalanan’. Perjalanan yang dimaksudkan ialah perjalanan Rasulullah SAW yang perlu kita jadikan contoh ikutan agar kita dapat berjalan di jalan yang dijalani oleh Nabi Muhammad SAW.

ANTARA KANDUNGAN
Kepentingan Mempelajari Ilmu Sirah
Hikmah di Sebalik Nama ‘Muhammad’
Nabi yang Terakhir
Nasab Rasulullah SAW
Perjalanan Pertama ke Syam
Hikmah Menggembala Kambing
Pembinaan Kaabah
Perkahwinan dengan Khadijah
Nabi Beruzlah di Gua Hira’
Turunnya Wahyu
Strategi Dakwah Rasulullah
Dakwah Keluarga Terdekat
Tabah Menghadapi Ujian
Rundingan dan Tawaran Pembesar Quraisy
Rintangan Dakwah Rasulullah
Pemulauan Ekonomi

Ensiklopedia Solat: A-Z Tentang Solat (Edisi Jimat) ~ Dr. Nik Yusri Musa

(SEM & SS) RM40.00 > RM35.20

Membahaskan serba-serbi tentang solat. Direka dalam bentuk dalamannya yang mesra pembaca dan mudah difahami.

Disertakan dengan ilustrasi, foto, gambar rajah, peta minda, dan jadual. Gaya bahasa yang mudah, ringkas dan santai. Menggunakan kitab rujukan yang muktabar.

Monday, August 20, 2018

Jalan Sehala Menuju Syurga ~ Imam Al-Qurtubi

(SEM & SS) RM29.00 > RM25.50

Syurga merupakan tempat pembalasan nikmat yang dikurniakan Allah SWT kepada hamba-Nya yang sentiasa taat dan patuh dalam melaksanakan perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Kewujudan syurga wajib diimani dan dipercayai oleh seluruh umat Islam kerana ia adalah satu kebenaran dan tidak ada keraguan mengenainya. Di dalam Al-Quran dan Hadis banyak penjelasan mengenai nikmat syurga dipaparkan.

Bagaimana untuk kita mengetahui mengenai kewujudan syurga dan perkara yang berkaitan mengenainya?
Buku ini tampil menjelaskan kepada kita dengan lebih teliti dan mendalam mengenai kewujudan, suasana, penghuni serta kenikmatan-kenikmatan yang dianugerahkan Allah SWT kepada mereka yang layak menerima pembalasan di atas segala ketaatan yang telah mereka laksanakan ketika hidup di alam fana ini.

Budak Kelas Belakang ~ Emylia Mohd Nor

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.00

"Coretan penuh nostalgia buat perindu dekad-dekad ikonik yang telah hilang ditelan zaman. sebagai bonus, terbongkar jua akhirnya himpunan rahsia kehidupan asrama perempuan yang selama ini tersorok di sebalik pagar. Apa lagi? Marilah sekodeng!"
-SHAH IBRAHIM- Penulis buku Budak Meja Belakang

"Salah satu daripada prinsip yang saya percaya adalah, setiap kita mempunyai kebolehan dan kemampuan mencapai impian jika kita mahukannya. Di mana pun kita bermula, dan dari mana kita berasal, itu tidak penting. Apa yang penting ialah keinginan untuk berubah menjadi yang lebih baik. Kepercayaan dan prinsip ini diterjemahkan dengan baik dalam buku ini. Gaya penceritaannya yang bersahaja dan spontan membuatkan seolah-olah pembaca berada di tempat penulis. Tahniah kepada Puan Emylia kerana berkongsi kisahnya dengan keberanian dan kerendahan hatinya."
-MUHABIR IBRAHIM- Penulis, Kaunselor &Perunding Latihan

Friday, August 17, 2018

How To Talk So Kids Can Learn At Home And In School ~ Adele Faber, Elaine Mazlish

(SEM & SS) RM30.00 > RM26.40

Tiga tahun dan beberapa draf kemudian, apabila kami akhirnya memiliki manuskrip yang telah siap di tangan kami, kami semua berasa sangat berpuas hati. Kami telah meletakkan garis panduan yang jelas bagi How to Talk So Kids Can Learn—At Home and in School. Kami telah memberikan contoh-contoh yang konkrit berkenaan sikap dan bahasa dalam setiap teras proses pembelajaran. Kami telah menunjukkan bagaimana mencipta persekitaran emosi yang membuat kanak-kanak berasa selamat untuk membuka diri mereka kepada hal-hal yang baharu dan tidak dikenali atau tidak biasa. Kami telah menunjukkan bagaimana anak-anak dapat dikerah memikul tanggungjawab dan melatih disiplin diri. Kami telah berkongsi pelbagai kaedah bagi menggalakkan kanak-kanak untuk percaya kepada diri sendiri dan bagi menjadi diri yang mereka mahukan.

Kami benar-benar berharap idea-idea dalam buku ini akan membantu pembaca untuk memberi inspirasi dan mengupayakan anak-anak muda dalam hidup pembaca.

Kerana Dakwah Bukan Sekadar Kata-kata ~ Nik Omar Nik Abdul Aziz

(SEM & SS) RM22.00 > RM19.40

Nukilan ini adalah hasil ilmu, pengalaman dan pengamatan saya kepada senario dakwah dalam kehidupan kita bermasyarakat di Malaysia. Begitu banyak individu dan kumpulan yang komited kepada usaha dakwah dalam pelbagai jalur dan wadah. Masing-masing berusaha atas kapasiti dan keupayaan yang dianugerahkan oleh Allah s.w.t. kepada mereka bagi membawa mesej rahmatan lil Alamin.

Antara Kandungan:
BAHAGIAN 1: KERANA ISLAM BUKAN SEKADAR PADA NAMA
Bab 1: Hebatnya Dirimu dengan Kalimah lailahaillallah
Bab 2: Mulakan Dakwah dengan Tumpuan kepada Akidah
Bab 3: Tingkatkan Ketakwaanmu dengan Iqra’
Bab 4: Rezeki Ketentuan Allah, Uruskannya dengan Usaha, Ikhtiar, Doa, Tawakal
Bab 5: Mengingati Mati Meningkatkan Motivasi untuk Berbuat Baik
Bab 6: Indahnya Islam untuk Umat Manusia

BAHAGIAN 2: KERANA DAKWAH BUKAN SEKADAR CERAMAH
Bab 9: Islam Itu Mudah, Elakkan Dakwah Menjadikannya Sukar
Bab 10: Teladani Qudwah Agung Seorang Mukmin
Bab 11: Kita Adalah Pendakwah, Bukan Penghukum

Tuesday, August 14, 2018

Fakta Sains Dalam Al-Quran: Langit dan Bumi ~ Muhammad Damanhuri Ahmad

(SEM & SS) RM15.00 > RM13.20

Fakta ilmiah dalam Al-Quran telah terbukti kebenarannya yang banyak ditemukan oleh para ilmuwan. Setiap Rasul yang diutus Allah SWT kepada manusia dibekali dengan keistimewaan-keistimewaan yang disebut mukjizat. 

Mukjizat ini bukanlah kesakitan ataupun tipu muslihat untuk memperdayai umat manusia, melainkan kelebihan yang Allah SWT berikan untuk meneguhkan kedudukan para Rasul-Nya dan mempertegas seruan (dakwah) mereka agar manusia beriman kepada Allah SWT dan tidak mempersekutukan-Nya (tauhid). Namun mukjizat setiap Nabi dan Rasul berbeza-beza. Hal ini desesuaikan denan karakter dan kondisi kaumnya yang menjadi objek dakwah. Lalu, apakah mukjizat Nabi Muhammad SAW?

Para ulama sependapat, di antara sekian banyak mukjizat yang Allah SWT berikan kepada Nabi Muhammad SAW, yang terbesar adalah Al-Quran. Al-Quran adalah kitab suci penyempurna kitab-kitab suci para nabi sebelumnya. Al-Quran bukan hanya petunjuk untuk mencapai kebahagiaan hidup bagi umat Islam, tetapi juga seluruh umat manusia.

Jangan Bersedih Jadilah Wanita Yang Paling Bahagia ~ Dr. Aidh bin Abdullah Al-Qarni

(SEM & SS) RM19.90 > RM17.50

Saudariku!
Buku ini menghimbau kepada setiap wanita untuk hidup bahagia
dengan agamanya, merasa senang dengan kurnia Allah SWT yang telah dianugerahkan kepadanya, dan bergembira dengan berbagai nikmat yang telah dimilikinya.

Saudariku!
Bacalah buku ini agar ianya dapat mengusir segala macam kesedihan dan dalam dirimu, bayang-bayang kedukaan, dan mimpi-mimpi buruk, ketakutan dan kekhuatiran.
Saudariku!
Setelah anda selesai membaca buku ini, ucapkanlah selamat tinggal pada kesedihan, tinggalkan kegelisahan serta hindarkan lorong-lorong kesengsaraan. Marilah kembali ke jalan keimanan dengan melampiaskan kerinduan kita kepada Allah SWT dan merasa puas dengan qada dan qadar-Nya.
Pada saat itu anda dipanggil oleh penyeru keimanan: “Andalah yang berada di atas gunung harapan dan lembah keredhaan dan berbahagialah kerana andalah wanita yang paling bahagia di dunia ini.”

Panduan Melayani Suami Seperti Isteri Nabi Muhammad s.a.w ~ Nor Fadilah

(SEM & SS) RM15.90 > RM14.00

Gelaran isteri solehah pasti menjadi dambaan setiap Muslimah. Untuk menjadi isteri solehah, seorang isteri mesti mempunyai komitmen dalam melaksanakan segala kewajipan sebagai isteri iaitu melayani suami dengan penuh ketulusan, cinta dan kasih sayang.

Di dalam buku ini, penulis telah menjalankan kajian dengan meneroka fenomena yang berlaku sekarang ini, iaitu ramai isteri yang mengabaikan tugas dan tanggungjawab terhadap suami dengan membandingkan kepada sikap dan teladan yang ditunjukkan oleh para isteri Nabi Muhammad SAW.

Harapan penulis agar buku ini mampu memberi inspirasi, hikmah dan mencetuskan kesedaran kita dalam usaha memahami hakikat menjadi isteri solehah. Semoga kita dibimbing oleh Allah SWT agar menjadi penghibur yang menyejukkan hati suami.

Jahil, Log Out ~ Aqil Shariff

(SEM & SS) RM18.00 > RM15.80

Ada orang cakap,
mengungkap kata-kata kesat dan kasar itu style.
Membuka aurat itu fesyen.
Couple untuk suka-suka itu trend.
Jadi, nak cakap, menjadi penghuni neraka itu happy ending?

"Silalah berubah."
"Tak nak, malas ah."
" Kau tahu tak? Ramai orang muda mati sekarang,
Kau nak tau bila nak mati?"
"Bila?"
"Mungkin seminit lagi."

Ensiklopedia Nama-nama Anak ~ Dr. Muhammad Fauzi Yusuf, Sabariah Bakri

(SEM & SS) RM69.00 > RM60.70

Ensiklopedia Nama-nama Anak dilihat menyahut seruan Islam menerusi bidang penulisan. Informasi yang terkandung di dalamnya merupakan mutiara panduan buat ibu bapa yang bakal menimang cahaya mata. Koleksi nama yang bercirikan Islam sangat sesuai untuk disunting buat permata hati yang baru dilahirkan. Ia adalah satu bentuk transformasi dan penambahbaikan dalam usaha melahirkan generasi muttaqin

Fatwa Imam Al-Nawawi ~ Imam Al-Nawawi

(SEM & SS) RM37.00 > RM32.60

Fatwa ini menjadikan rujukan dan santapan mereka yang dahagakan ilmu dalam beramal. Kitab ini juga disusun oleh anak murid beliau sendiri, iaitu Ibn al-Atthar yang menunaikan baktinya buat gurunya sebagai janji setia kebaktian demi meneruskan jariah ilmu yang berkekalan.

Edisi terjemahan bahasa Melayu ini cuba untuk mendekatkan masyarakat kepada satu seni penulisan fatwa yang malar segar dan dipersembahkan sedaya upaya dengan bahasa yang lebih mudah untuk dihadam kefahamannya.

Terbaik SPM: Modul Soalan Bahasa Arab Tingkatan 4 & 5 ~ Dr. Norazamudin Umar

(SEM & SS) RM9.90 > RM8.70

Lebih 1500 soalan latihan topical

Pemburu Bencana ~ Dato' Haji Muhammad Zakaria

(SEM & SS) RM29.00 > RM25.50

Setiap detik yang digambarkan oleh penulis disampaikan dengan bahasa yang mudah difahami sehingga kadangkala boleh menimbulkan unsur saspens kepada pembaca. Malah kami, penerbit yakin tulisan “Pemburu Bencana” ini mampu menyuntik semangat anak muda yang tidak pernah menceburi bidang kesukarelawanan untuk “menyerah diri” bagi membantu misi-misi kemanusiaan yang sentiasa memerlukan khidmat dan tenaga muda.


Monday, August 6, 2018

365 Tip Didik Anak Gaya Nabi ~ Ustazah Isfadiah Mohd Dasuki

(SEM & SS) RM23.00 > RM20.20

- Dalil daripada Al-Quran, hadith, dan pendapat ulama.
- Bertemakan '1 hari 1 tip', disertakan 365 Tip Jom Amal legkap sebagai bimbingan ibu bapa untuk setahun.
- Setiap topik dinyatakan kelebihan dan tujuan pelaksanaannya.
- Contoh cadangan aktiviti yang boleh dilakukan oleh ibu bapa bersama anak-anak.

Antara kandungan:
Bahagian 1: Melihat Anak sebagai Amanah

Bab 1: Membisikkan dalam Hati Bahawa Anak adalah Amanah Allah s.w.t.
Bab 2: Jadikan Kalimah Tauhid sebagai Lafaz Permulaan
Bab 3: Ajar Anak Mengenali Allah s.w.t. dengan Sifat-Sifat 20
Bab 4: Didik Diri dengan Ilmu
Bab 5: Didik Anak Mengetahui Kejadian Alam Semesta dan Kebesaran Allah s.w.t.
Bab 6: Didik Anak Mendirikan Solat
Bab 7: Bekalkan Ilmu Agama yang Secukupnya kepada Anak
Bab 8: Hidupkan Bi‘ah Islamiyyah di Rumah
Bab 9: Dekatkan Anak-Anak dengan Masjid ataupun Surau
Bab 10: Tanamkan Semangat Jihad dalam Jiwa Anak-Anak
Bab 11: Ambil Peduli Perihal Sahabat Anak-Anak

Belajar Solat Dengan Sempurna Lelaki & Perempuan ~ Galeri Ilmu

(SEM & SS) RM15.00 > RM13.20

Belajar Solat Dengan Sempurna

Projek Lavender ~ Norsa'adah Ahmad, Dr Noor Hayati Yasmin Nga Timin

(SEM & SS) RM29.00 > RM25.50

Lavender atau warna ungu cerah ialah warna reben kesedaran kanser secara umum. Buku ini menggabungkan kisah pesakit kanser yang pelbagai seperti kanser payudara, pankreas, hati, paru-paru, usus, limfoma dan leukimia.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...