Hubungi Kami

Hubungi Kami

Tuesday, September 18, 2018

Lafaz Syahadah Berdarah ~ Syafiq Nasri

(SEM & SS) RM30.00 > RM26.40

“Jangan mudah percaya dengan orang yang nampak baik di depan mata. Mungkin mereka inilah musuh kita dalam senyap.” Pesanan daripada seorang lelaki tua kepada Juan Ery Leo itu benar-benar menghantui fikirannya. Siapakah yang dia maksudkan?

Pemuda Cina yang tekad melafazkan syahadah dan berkahwin dengan Adeena Zahra itu sering dihimpit dengan perkara aneh dalam keluarganya.

Megat Azfar hilang membawa diri selepas cintanya tidak kesampaian bersama Adeena. Mak Kalsom pula terpaksa menyimpan sebuah rahsia besar arwah suaminya kerana ada sesuatu yang berlaku antara mereka berdua.

Pusara di belakang rumah Mak Kalsom, digali seseorang. Apakah motifnya?
Ustaz Ridwan pula secara tiba-tiba tidak munculkan diri di masjid dan di rumah berbulan lamanya.
Buntu Ery dan Adeena mencari jawapan kepada setiap perkara misteri yang berlaku.

Tangisan di Langit Ketujuh ~ Syafiq Nasri

(SEM & SS) RM30.00 > RM26.40

Permulaan kehidupan yang diraikan atas jalan khianat kepada Tuhan telah mengajar aku untuk redha menerima balasan. Serpihan luka yang terpaksa aku lalui ini merupakan hadiah istimewa daripada Tuhan. Aku hilang segala-galanya. Sampai satu tahap, aku sedar bahawa hakikat hidup di dunia ini adalah seorang diri. Luqhfi meninggalkan Malaysia dan berada di bumi Eropah secara tiba-tiba. Qasehku Yasmeen mula berpaling tadah atas setiap ungkapannya. Keluarga? Hanyalah boneka yang melengkapkan sifir hidup. Musnah! Pemuda yang tak diundang sering menjelma sewaktu aku terlantar di hospital. Apakah motif dia sebenarnya? 

Fikiran sering meledak untuk mengetahui penyakit misteri yang sedang aku lalui. Malangnya, semua merahsiakan daripada pengetahuan aku. Mengapakah semua ini terjadi? Adakah Tuhan sedang mendera aku? Kesudahannya?

Clear ~ Bonda Nor

(SEM & SS) RM20.00 > RM17.60

Kalau kita gambarkan pelangi sebagai kebahagiaan, maka kita kena faham satu perkara. Kebahagiaan memerlukan waktu suka dan duka. Kebahagiaan tidak boleh hadir dengan waktu yang kita anggap senang dan gembira saja. Ia juga memerlukan waktu susah, waktu duka, waktu marah dan waktu mengalirkan air mata.

Benar. Kedua-dua elemen yang sangat kontra antara satu sama lain sebenarnya saling memerlukan. Rintik air dan cahaya matahari membentuk pelangi. Suka dan duka, itulah juga yang sebenarnya membentuk kebahagiaan kita!

Kisah-kisah pelangi selepas hujan. Inilah yang cuba diketengahkan menerusi antologi CLEAR ini. Tentang kebahagiaan yang hanya mampu dirasai oleh orang-orang yang telah teruji

Friday, September 14, 2018

365 Sihat Gaya Rasulullah ~ Dr. Mohammad Ali Toha

(SEM & SS) RM15.00 > RM13.20

365 tip sihat yang mudah dan murah berdasarkan kajian penulis pada amalan hidup Rasulullah dan kitab-kitab perubatan Islam silam.

Antara Kandungan:
BAHAGIAN 1: PENDAHULUAN
Penyembuhan Pintar (Smart Healing)

BAHAGIAN 2: 365 KAPSUL PINTAR NABI
Perilaku Pintar (Smart Behaviour)
Pemakanan Pintar (Smart Eating)
Ibadah Pintar (Smart Ibadah)
'Doa pintar (Smart ‘Doa)
Perubatan Pintar (Smart Medicine)
Persekitaran Pintar (Smart Environment)

7 Formula Individu Cemerlang ~ Dato' Dr. Danial Zainal Abidin

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.00

Formula 1: Mengenali Kehebatan dan Potensi Diri
Formula 2: Meledakkan Takwa
Formula 3: Melonjakkan Ilmu
Formula 4: Hidup Bermatlamat dan Berwawasan
Formula 5: Memelihara Amanah
Formula 6: Berfikiran Positif
Formula 7: Menyantuni Manusia

Menyingkap Mukjizat Surah Al-Waqiah ~ Muhammad Mokhtar

(SEM & SS) RM14.00 > RM12.30

Ramai individu mengeluh apabila usaha yang dilakukan tidak memberikan hasil seperti yang diimpikan.
Adakah kita mengkaji sebab terjadi perkara sedemikian?

Adakah kita pernah mendengar usaha semata-mata juga tidak menjaminkan kejayaan?

Oleh itu, mari menerokai keajaiban dan kelebihan surah Al-Waqiah menerusi buku ini. Selain itu, pengarang turut menghuraikan teknik bagi mengamalkan surah Al-Waqiah secara istiqamah serta menerangkan tiga golongan yang disebutkan dalam surah Al-Waqiah.

Antara Kandungan:
Bab 02 Maksud Surah Al-Waqiah
Sekilas Berkenaan Kandungan Surah-Surah di dalam Al-Quran
Al-Waqiah, Surah yang ke-56
Hubungan Surah Al-Waqiah dan Surah Al-Hadid
Menjelaskan Mengenai Kiamat
Pedihnya Neraka dan Nikmatnya Syurga
Keistimewaan Surah Al-Waqiah

Bab 03 Membaca Surah Al-Waqiah Menjauhkan Kefakiran
Beribadah dan Berusaha
Kekuatan Spiritual Memudahkan Rezeki
Membacanya Setiap Malam
Jumlah Bacaan

200 Tip Mudah dan Rajin Solat Gaya Rasulullah ~ Nor Aniza Mad Azeri

(SEM & SS) RM6.50 > RM5.70

Buku 200 Tip Mudah dan Rajin Solat Gaya Rasulullah memberi informasi kepada kita tentang ganjaran solat, mudahnya solat dan rajin solat mengikut gaya Rasulullah. Solat adalah perintah Allah s.w.t. yang wajib dilaksanakan oleh orang Islam.

Solat terbahagi kepada dua, iaitu solat fardu dan solat-solat sunat. Solat fardu adalah rukun Islam yang kedua. Ibadah solat ini sukar dilakukan dalam kehidupan seharian kita kerana ia ibadah yang berat.

Buku ini menghuraikan 200 tip untuk kita mudah dan rajin solat berdasarkan 40 hadith sahih.

Antara Kandungan:
Bahagian 1 : Besar Ganjaran
Mendapat Ganjaran Syurga
Diampun Segala Dosa
Penawar Anggota Badan
Dilindung Daripada Seksa Kubur
Bahagian 2: Mudah Menunaikan Solat
Makan ataupun Solat?
Lengkapkah Aurat Aku Ketika Solat?
Dimanakah Kiblatku?
Penghalang Depan Tempat Solatku?

Duhai Nabi, Aku Jauh ~ Nurul Hakimah Mohamad

(SEM & SS) RM18.00 > RM15.80

Siang dan malam.
Tanpa henti.
Sentiasa merindui.
Walaupun di ambang mati.

Dalam doa pada saban malam, bermunajat Nabi kepada Tuhan, melampiaskan kerisauan terhadap umatnya. Dari jeluk hati mulia, tidak lekang ingatan kepadamu.

Wahai Tuhan, mohon umat sentiasa teguh di jalan yang Engkau redai. Jangan Kau mengazab mereka, sungguh mereka tidak mampu menanggung murka.

Nabi mencintaimu. Malah, menangis keranamu. Sedangkan Nabi dengan kita tidak pernah berjumpa, air matanya tetap mengalir untuk umat yang dia cintai. Namun, apakah dirimu mencintai Baginda?

Nabi sudah jauh. Jadi, janganlah dirimu semakin menjauh.

Life Goes On ~ Siti Nordiana

(SEM & SS) RM30.00 > RM26.40

Dunia yang sekadar persinggahan,
namun kita sering terlupa kepada yang namanya pinjaman,
lalu kita lemas dalam ujian,
hanyut dalam kecewa yang berpanjangan.

Sedar dan bangkit dalam kealpaan,
itu yang seharusnya kita lakukan,
kerana akan lemahlah jiwa jika kita berlagak lemah,
akan kuat semula jika kita berlagak lemah,
akan kuat semula jika kita berlagak gagah,
biarpun tidak mudah dalam mengorak langkah,
namun hati yang berat ini harus dipaksa-paksa.

Wahai hati yang hebat diuji,
kau tak akan kembali kuat,
jika tidak belajar untuk bangkit kembali,
kau tak akan kembali tegar,
jika nasibmu diserah bulat,
kepada ujian yang melumpuhkan jiwa dan hati.

Wahai hati yang dipalu hebat,
kau tidak pernah terlambat,
akan ada peluang dan kesempatan,
kedua,ketiga, dan akan datang,
asal kau terus cekal mendepani ujian demi ujian.

Fazakkir: Peringatan ~ Faris Mubeen

(SEM & SS) RM24.00 > RM21.10

“Dan tetap berikan peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu mendatangkan faedah kepada orang-orang yang beriman."

(Surah az-Zariyat 51: ayat 55)

Antara perkara yang menjadi rutin pada zaman sahabat ialah dengan mengingatkan antara satu sama lain.

Tiada orang yang terlalu lemah untuk memberi nasihat, dan tiada orang yang terlalu tinggi untuk menerima nasihat.

Manusia sering lupa. Manusia sering alpa. Namun kita masih diberi kesempatan untuk memperbaikinya.
Ingatkanlah, ujian itu penguat dan bukannya beban.

Mengikhlaskan adalah satu penerimaan; hanya Dia yang Maha Kuasa. Mintalah kepada-Nya, bukankah Dia sesungguhnya Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani?

Soal Jawab Hidup Remaja Sebelum Mati Tiba ~ Tintaakbar

(SEM & SS) RM20.00 > RM17.60

Sesungguhnya, era transisi san tribulasi yang sedang melingkari kehidupan remaja tidak wajar diselesaikan dengan pendekatan yang terlalu falsafah dan ilmiah. Namun, cukup dengan pendekatan penuh hikmah, meraikan, santai dan praktikal. Dan disinilah kekuatan buku ini... mungkin tidak sentap, tetapi percayalah mesejnya akan meresap!


26 Muwafaqat Umar ~ Wan Ali Akbar Wan Abdullah, Dr. Mohd Yusuf Ismail

(SEM & SS) RM18.00 > RM15.80

26 MUWAFAQAT UMAR – Menceritakan tentang ketepatan pandangan Sayidina Umar r.a selaras dengan wahyu. Muwafaqat boleh didefinikasikan sebagai persetujuan, ketepatan, penyesuaian dan keserasian atau kesepakatan. Dalam konteks muwafaqat Umar, ia menunjukkan bahawa ketepatan pendapat sayidina Umar al-Khattab r.a dalam setiap wahyu dibincangkan dalam buku ini.


Terbaik SPM: Kimia Tingkatan 4: Modul Al-Kimiya ~ Adura Azlin Ishak

(SEM & SS) RM38.00 > RM33.40

MILIKI BUKU INI KERANA:-
• Mengandungi nota yang komprehensif.
• Latihan yang membantu mengukuhkan kefahaman konsep dan fakta.
• Grafik yang menarik dan membantu menjelaskan konsep dan fakta.
• Membantu memberikan maklumat, fakta dan konsep yang diperlukan dalam menjalankan pembelajaran abad ke 21.
• 100% berdasarkan buku teks Kimia (Gabungan versi BI 2005 dan BM 2011)
• Sesuai digunakan sebagai alat bantu berfikir untuk meningkatkan kemahiran berfikir murid selaras dengan kehendak aspirasi kemahiran berfikir murid dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM).
• Sesuai dijadikan bahan ulangkaji berinfomatif dan mudah untuk diingati.
• Sesuai sebagai rujukan dan latihan untuk menghadapi peperiksaan SPM yang sebenar.

Terapi Kesihatan Mental ~ Dr. Abdul Latif Abdul Razak

(SEM & SS) RM12.00 > RM10.60

Menurut Imam Al-Ghazali, rawatan hati sangat penting dalam merawat tubuh yang sakit. Tambahan pula manusia sering diuji dengan pelbagai cara, daripada seringan-ringan hinggalah seberat-berat ujian. Kegagalan menguruskan ujian menyebabkan ramai terdedah kepada masalah mental.

Wednesday, September 5, 2018

Tafsir Mini Surah Al-A'la ~ Ummu Ammar Amir, Abu Ammar Ramlie

(SEM & SS) RM12.00 > RM10.60

Tafsir Mini Surah al-A’la merupakan antara surah yang menjadi amalan bacaan Rasulullah saw dalam solat dua hari raya dan solat Jumaat. Surah ini mengandungi intipati dan mesej yang sangat penting untuk diambil perhatian oleh orang yang beriman dan seluruh umat manusia. 

Antara mesej yang disampaikan dalam surah ini ialah kita boleh melihat pada permulaan surah ini, Allah swt memberitahu kepada kita bukti-bukti kekuasaan-Nya yang tidak dapat ditandingi oleh sesiapa pun. Kekuasaan Allah swt selaku Tuhan yang menguasai dan mentadbir seluruh alam semesta ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...