Hubungi Kami

Hubungi Kami

Friday, May 31, 2019

Buku Rekod Mengaji: Untuk Anak-anak dan Dewasa ~ Nurkhadijah Ab. Gani

(SEM & SS) RM5.90 > RM5.30

Membaca al-Quran atau mengaji seharusnya menjadi rutin harian bagi seseorang muslim. Ia bukanlah perkara yang dilakukan ketika waktu lapang sebaliknya kita harus melapangkan masa untuk membacanya. 

Pentingnya bagi seorang Muslim tidak kira kanakkanak mahupun orang dewasa untuk menjadi mahir dan berusaha memperbaiki bacaan dengan tajwid yang tepat bersama seorang guru demi membaca Kitabullah ini.

Wednesday, May 29, 2019

Krisis Akidah Antara Golongan Ahli Sunnah Wa Al-Jamaah Yang Bermazhab Asya'irah Dengan Ahli Hadis ~ Prof. Dr. Basri Bin Ibrahim Al-Hasani Al-Azhari

(SEM & SS) RM16.00 > RM14.40

Buku ini membincangkan persoalan yang penting dan utama dalam kehidupan umat Islam; Akidah yang benar dalam Ahli Sunnah Wal Jammah, yang menggunakan kaedah Tahzib iaitu ringkasan berdasarkan gaya penulis sendiri di samping menjaga maklumat penting daripada buku pengarang asal.

Sedia maklum, nama Ahli Sunnah Wal Jamaah makruf diketahui zaman berzaman semenjak awal kemunculannya. Istilah Ahli Sunnah Wal Jamaah dalam bahasa Arab bererti pengikut atau pendukung Sunnah Rasulullah. Manakala perkataan 'Jamaah' pula merujuk kepada jamaah Rasulullah S.A.W. bersama Sahabat, Tabi'in, Tab' Al-Tabi'in dan orang Islam yang mewarisi Islam menurut cara dan pendekatan mereka.

Antara maklumat pilihan yang dibincangkan adalah Latar Belakang Krisis Akidah dalam Mazhab Sunni, Fenomena Krisis Akidah di Peringkat Masyarakat, Fenomena Krisis Akidah dalam Kalangan Mazhab Fiqh dalam Ahli Sunnah dan juga Kesan-Kesan Krisis Akidah dalam Kalangan Mazhab Fiqh dalam Ahli Sunnah dan juga Kesan-Kesan Krisis Akidah, Punca-Punca dan Jalan Penyelesaian.

Tuesday, May 28, 2019

Qalbun Salim: Syarah Penawar Bagi Hati ~ Ustaz Muhadir Haji Joll

(SEM & SS) RM40.00 > RM36.00

Buku ini memperihalkan segalanya tentang hati yang menjadi perbahasan ilmu Tasawuf.

Setiap sifat-sifat hati diterangkan dengan jelas, disertakan cara untuk membersihkan hati daripada sifat-sifat mazmumah dan menghiasinya dengan sifat-sifat mahmudah.

Mempelajari ilmu Tasawuf adalah fardu ain ke atas Muslim yang baligh dan berakal. Dengan mengamalkannya, mudah-mudahan kita beroleh redha Allah SWT di dunia dan akhirat.

Cerita Abang Kadi ~ Imran Burhanuddin

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.50

"Wahai pengantin lelaki, aku nikahkan dikau dengan pengantin perempuan yang berwakil walikan saudara lelaki seibu sebapaknya denganku, dengan mas kahwinnya sebanyak Ringgit Malaysia tiga belas ribu, tiga belas ratus, tiga belas sen," Saya lafaz sambil menghenjut kecil tangan pengantin lelaki.

"Aku terima nikahnya pengantin perempuan dengan mas kahwinnya sebanyak Ringgit Malaysia tiga belas ribu, tiga belas ratus, tiga belas sen.... Eh?"

"Eh? Kenapa ada eh? Saya pandang pengantin, pandang bapa pengantin, pandang saksi. Ada yang silap ke?

Tuesday, May 14, 2019

Hayya 'Alas Solah Hayya 'Alal Falah ~ Mukmin Fathi Al-Haddad

(SEM & SS) RM38.00 > RM34.20

Solat sepatutnya sebagai aktiviti yang menyenangkan bagi setiap muslim.

Ini memandangkan ia memiliki manfaat yang begitu besar dalam kehidupan kita.

Agar solat mampu memberi keberkesanan dalam kehidupan kita, buku ini cuba mendedahkan kepada kita bagaimanakah cara melaksanakan solat lima waktu dengan khusyuk dan dengan itu solat mampu merubah kehidupan kita menjadi lebih baik dan lebih bermakna.

Kaedah-kaedah Syarak Berkaitan Isu-isu Perubatan ~ Walid bin Rasyid Al- Su'aidan

(SEM & SS) RM8.00 > RM7.20

Seiring dengan kepesatan teknologi dan kemajuan sains, bidang perubatan juga berada sama tinggi dan sama maju oleh kepesatan dan kemajuan itu. Begitu juga penyakit, semakin canggih alatan perubatan dan semakin moden sistem dan prosedur perubatan semakin banyak penyakit yang dikategorikan berbahaya dan membawa maut. Kemunculan virus dan bakteria yang berbahaya juga semakin menambahkan kerisauan kepada ketamadunan sejagat.

Pelbagai kaedah rawatan, vaksin, ubat, melalui peralatan dan kajian perubatan berteknologi tinggi telah dijalankan dan berjaya dicipta. Pelbagai isu dan persoalan berhubung isu-isu perubatan seperti pendermaan organ, penentuan kehalalan sesuatu ubat dan vaksin, hukum berubat dengan sesuatu yang ditegah syarak ketika darurat, kaedah kuarantin daripada penyakit berjangkit dan memudaratkan dan sebagainya telah menjadi perbahasan dan perbincangan para ulama Islam masakini.

Thursday, May 9, 2019

Ingat Syaitan Pernah Ambil MC? ~ Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah

(SEM & SS) RM22.00 > RM19.80
Setiap manusia mempunyai keistimewaan yang Allah ciptakan dalam diri. Namun, ada halangan-halangan yang membuatkan kita tidak menjumpai potensi dan keupayaan yang sebenar. Antaranya ialah gangguan dan godaan daripada syaitan yang tidak pernah cuti untuk menghasut manusia ke arah keburukan.

Naskhah ini merupakan soal jawab mengenai permasalahan-permasalahan yang berlaku kepada diri, keluarga dan masyarakat. Penulis mengajak kita untuk tidak terlalu memikirkan masalah, tetapi fokus kepada punca dan penyelesaiannya. Jika jati diri yang positif berjaya dibentuk, segala ujian dan bisikan jahat yang dihadapi boleh ditangani dengan baik.

Menarik tentang buku ini:
- Panduan membentuk jati diri yang sebenar
- Petua keluarga bahagia
- Cara menjaga hubungan sesama manusia

Pendidikan dan Psikologi Rasulullah s.a.w ~ Harun Arrasyid Haji Tuskan, Abu Azka Al-Madani

(SEM & SS) RM26.00 > RM23.40

Buku ini merungkai kehebatan Rasulullah s.a.w dalam mendidik, membimbing dan murabbi. Jika Rasulullah s.a.w merupakan tauladan bagi seluruh umat Islam sepanjang hayat, maka sudah sepatutnya kita mendidik mengikut acuan dan ramuan yang pernah Rasulullah s.a.w ajarkan.

Sesungguhnya Tuhan Kamu Tidak bermata Satu ~ Hj. Muzaffar

(SEM & SS) RM45.00 > RM40.50

Judul "Sesungguhnya Tuhan Kamu Tidak Bermata Satu' ini cuba mengupas serta menghuraikan secara ringkas sejarah Bani Israel dari zaman nabi-nabi dahulukala, kemungkaran-kemungkaran kaum tersebut yang keji sehingga menjadi bangsa yang terlaknat, terusir dan berselerak, dominasi mereka yang amat mengcengkam, mengancam dan menyeluruh pada hari ini serta nasib yang bakal menimpa kaum Yahudi berdasarkan dalil Al-Quran dan Al-Hadeeth menjelang berlakunya peristiwa besar Akhir Zaman kelak.

Al-Hidayah Wan Nihayah ~ Al-Hafiz Ibnu Kathir

(SEM & SS) RM55.00 > RM49.50

Khulafa ar-Rasydin terdiri daripada empat sahabat:

• Saidina Abu Bakar, 632-634M
• Saidina Umar al-Khattab, (Umar I) 634-644M
• Saidina Uthman Affan, 644-656M
• Saidina Ali Abi Talib, 656-661M

Fajar Islam di Nusantara ~ Hafidzi Mohd Noor

(SEM & SS) RM29.00 > RM26.10

Kerana sejarah bukanlah kisah penyerahan diri semata-mata. Sejarah adalah kisah melawan umat Islam terutama di Nusantara. Lebih-lebih lagi di Tanah Melayu ini sendiri. Nantikan…

Tuesday, May 7, 2019

Kitab Lengkap Panduan Solat ~ Ustaz Daniel Zakaria

(SEM & SS) RM14.90 > RM13.40

Buku ini dilengkapi dengan ilustrasi yang mudah difahami dan keterangan serta hukum-hukum sebelum dan selepas solat.

Buku ini juga memuatkan wirid doa selepas solat beserta terjemahannya.

Kun Anta: Cantik Dari Hati, Cantik Jadi Diri Sendiri ~ @negeriakhirat

(SEM & SS) RM18.00 > RM16.20

Daripada Abu Hurairah RA. Dia berkata Rasulullah SAW pernah bersabda: " Sesungguhnya Allah SWT tidak melihat (menilai) bentuk tubuhmu dan bukan juga menilai keindahan wajahmu, tetapi Allah SWT melihat atau menilai keikhlasan hatimu." (HR MUSLIM)

Inilah beberapa kisah nyata golongan wanita yang telah membuktikan bahawa cantik itu bukan daripada lahiriah semata-mata. Cantik yang sesungguhnya adalah menjadi diri sendiri, yakin & mensyukuri pemberian Ilahi. Itulah cantik dari hati cerminan MUSLIMAH SEJATI.

Hadith Empat Puluh ~ Asbiran Ya'qub

(SEM & SS) RM10.00 > RM9.00

Kitab ini telah tulis dalam Bahasa Melayu dengan tulisan Jawi oleh Asbiran Ya'qub dalam tahun 1929. Begitu popular sekali digunakan sebagai rujukan dan bacaan di sekolah-sekolah pondok dan pengajian agama sehingga sekarang. Untuk kesinambungan ilmu yang, tidak ternilai ini, buku ini telah diterbitkan semula dalam tulisan rumi. Ini bagi memberi peluang dan ruang kepada para pencinta ilmu yang mungkin tidak begitu mahir dengan tulisan Jawi.

Apabila disebut sahaja Hadith Empat Puluh atau Hadith Arba'in, sudah tentu kita sudah sedia maklum apa yang sedang dibincangkan. Hadith Empat Puluh merupakan kumpulan hadith yang merangkumkan perkara-perkara bersangkulan dengan akidah, tauhid, ibadah, cara hidup dan isu yang bersangkutan dengan kehidupan. Walaupun namanya dikenali sebagai Hadith Empat Puluh di dalam terkandung 42 hadis yang amat berguna untuk kita dalam menjalani kehidupan yang lebih berjaya dan bahagia di dunia dan akirat. Lebih menarik lagi di dalam buku setiap hadith itu telah diberikan tema tentang apa dibicarakan. Ini memudahkan lagi para pembaca untuk merujuk dan mengigati hadith tersebut.

Monday, May 6, 2019

Matla' Al-Badrain Wa Majma Al-Bahrain ~ Al-Allamah Syeikh Muhammad bin Ismail Daud Al- Fatani

(SEM & SS) RM29.90 > RM26.90

Matla' Al-Badrain Wa Majma' Al-Bahrain (Tempat terbit dua bulan purnama dan tempat berhimpun dua laut), merupakan antara kitab Fekah yang terkenal di Tanah Melayu. Kitab ini pernah menjadi antara rujukan utama dalam mendalami ilmu Fekah mazhab Syafie di Nusantara.

Pengarangnya Al-Allamah Syeikh Muhammad bin Ismail Daud Al- Fatani atau juga dikenali Syeikh Nik Mat Kecik merupakan cucu saudara kepada ulama termasyhur di alam Melayu, Syeikh Daud bin Abdullah Al-Fatani. Di dalam kitab ini beliau menggabungkan pelbagai perbahasan ilmu Fekah lengkap, terdiri daripada bab ibadat, muamalat, munakahat dan jinayat. Juga didatangkan di awal kitab perbahasan tentang ilmu Kalam yang membincangkan sifat-sifat Allah SWT dan Rasul-Nya dan beberapa perkara sam'iyyat yang lain yang terkandung di dalam rukun iman.

Di dalam buku ini juga dilengkapkan penjelasan ringkas terhadap beberapa perkataan dan istilah yang mempunyai kesamaran dan kurang difahami maknanya dalam kalangan masyarakat Melayu. Justeru, amatlah sesuai kitab ini dijadikan panduan dan rujukan bagi penuntut ilmu agama dalam mendalami ilmu Fekah mazhab Syafie serta mengamalkannya dalam kehidupan seharian.

Al-Durru Al-Thamin (Permata Yang Indah) ~ Al-Alim Al-Allamah wa Al-Arif Al-Rabbani Al-Syeikh Daud bin Al-Syeikh Abdullah Al-Fathani

(SEM & SS) RM22.00 > RM19.80

Al-Dur Al- Thamin (Permata Yang Indah) merupakan sebuah kitab yang menyatakan tentang iktiqad bagi semua orang beriman iaitu karangan Al-'Alim Al-'Allamah Al-Syeikh Daud bin Al-Syeikh Abdullah Al-Fathani. Kitab ini asalnya ditulis dalam tulisan, jawi dan ia amat terkenal di kalangan pelajar-pelajar pondok dan turut digunakan sebagai bahan pengajian di masjid-masjid dan juga di surau-surau.

Di antara pengisian yang boleh kita peroleh di dalam kitab ini adalah berkenalan pengenalan Ulmu Usuluddin, huraian sifat-sifat yang wajib, yang mustahil dan yang harus bagi Allah Ta'ala dan bagi para Rasul Allah dengan mendatangkan dalil-dalil yang berkaitan dengannya. Dan pada akhir perbahasan kitab ini turut membincangkan tentang perkara-perkara lain yang perlu kita iktiqadkan agar akidah kita terjamin selamat daripada fahaman-fahaman dan pandangan-pandangan yang menyesatkan, Wal'iyya Dzubillah.
Bagi memudahkan para pembaca, buku ini diterbitkan semula dalam tulisan rumi tanpa mengubah sebarang perkataan yang terdapat dalam teks asalnya supaya para pembaca dapat mengikuti setiap patah perkataannya apabila berguru kelak. Semoga segala usaha ini dapat memberi manfaat yang besar buat para pencinta ilmu di mana jua berada dan diberkati Allah jua hendaknya.

Friday, May 3, 2019

Zakat: Penjana Ekonomi Islam ~ Dr. Rif'at Abd. Al-Latif Masyhur

(SEM & SS) RM45.00 > RM40.50

Salah satu daripada rukun Islam yng lima ialah menunaikan zakat. Ini menunjukkan bahawa pengurusan ekonomi dan kewangan dalam Islam adalah amat penting dan menjadi tuntutan Islam itu sendiri. Sistem ekonomi dan kewangan Islam yang berasaskan zakat terbina daripada beberapa aspek seperti kepercayaan, ketuhanan, kepimpinan, perhubungan, pembersihan dan penyucian harta. Selain itu, tidak ada tembok yang memisahkan antara ekonomi dan kewangan daripada soal sosial, politik, etika ataupun moral. Itulah asas konsep dan sistem ekonomi Islam yang ditujnjukkan oleh zakat.

Berdasarkan hadis Nabi S.A.W "...beritahulah mereka bahawa Allah mewajibkan ke atas mereka zakat dalam harta-harta mereka, yang diambil dari orang kaya mereka dan diberikan kepada orang miskinnya".

Di dalam harta itu bukan semuanya adalah hak mutlak seseorang inidividu tersebut, sebahagiannya daripadanya adalah milik orang lain. Di sinilah zakat memberi ruang kepada umat Islam untuk memberikan hak tesebut kepada mereka berhak untuknya. Dengan zakat membersihkan harta daripada unsur yang bukan menjadi hak pemiliknya. Nilai tolong-menolong dan berkasih sayang mampu menguatkan lagi keimanan serta mengukuhkan negara dan bangsa dari segi ekonomi, sosial, moral dan politik.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...