Hubungi Kami

Hubungi Kami

Thursday, June 25, 2020

10 Tanda Kewangan Anda Sihat


☺️ Tanda-tanda poket anda sihat setiap bulan
☺️ Jika dapat buat 3-4 tips ini pun Alhamdulillah. Tapi jangan lupa tambah lagi

Bak kata pakar, buatlah simpanan untuk masa depan. Kalau bukan kita yang menggunakannya, sudah tentu ahli keluarga kita yang ditinggalkan.

Wednesday, June 24, 2020

Aku Tinggalkan Emak di Bumi Ambiya' ~ Mimi Zainuddin

(SEM & SS) RM22.00 > RM19.80

Menceritakan kisah hidup dan bagaimana seorang anak yang keseorangan berhadapan situasi menghadap kedua ibu dan ibu mentuanya melalui saat sakaratulmaut.

Emak yang lumpuh meninggal dunia di Riyadh dalam perjalanan untuk menunaikan umrah di Makkah.

Mak Mentua meninggal dunia dua belas tahun sebelum itu di Kuala Terengganu.

Emak dan Mak Dungun adalah sahabat karib. Persahabatan erat mereka dibuktikan melalui sehelai tudung bawal putih bersulam, yang telah diikat mati oleh anaknya apabila mereka berdua meninggal dunia.

Ikutilah kisah selanjutnya. Di bumi Anbiya' manakah emak penulis berada sekarang?

Rahsia Perniagaan Tanpa Modal ~ Mejar (B) Mohammad Qayyum A. Badaruddin

(SEM & SS) RM21.00 > RM18.90

Terlalu banyak perniagaan yang boleh dilakukan tanpa modal. Daiam buku ini dinyatakan lebih seratus perniagaan tanpa modal yang boleh dilakukan oleh usahawan. Tetapi, hakikatnya itu yang terjadi selalu.

Ramai yang ingin memulakan perniagaan yang terus besar. Terus nampak hebat, mempunyai premis, pekerja yang ramai, dan peralatan yang canggih. Bila keluarga, saudara mara atau kenalan Iihat, nampak agak gah perniagaan yang dijalankan. Tidak ramai yang sanggup bermula kecil dahulu, untuk mengumpul modal sedikit demi sedikit, dan kembangkan perniagaan secara berperingkat.

Mungkin mereka tidak dapat lihat, perniagaan kecil hari ini, 10-20 tahun yang akan datang boleh menjadi besar dengan usaha yang dilaburkan. Masalah yang lebih besar adalah, sekiranya bermula perniagaan yang bermodal besar terus, tanpa pengalaman berniaga, besar kemungkinan perniagaan itu akan gulung tikar. Yang bankrupt pun ramai. Tetapi, sekiranya bermula kecil, maka risiko juga adalah kecil.

Namun, apa yang lebih penting adalah pengalaman dan ilmu yang dapat dikumpulkan dalam membesarkan perniagaan yang kecil itu. Pengalaman berniaga akan menguatkan kita sebagai usahawan peringkat demi peringkat. Nanti, bila perniagaan menjadi besar, InsyaAIIah segala ilmu perniagaan telah dipelajari dalam perjalanan dari berniaga kecil hingga besar.

Peringatan saya kepada bakal usahawan, tidak perlu menjadikan modal sebagai alasan. Mulakan kecil dahulu. Hendak terus membuka kedai atau jaringan jenama kosmetik sendiri, memang memerlukan modal yang besar. FIKIR BESAR... TETAPI MULA KECIL!

Quran Berbicara: Sinopsis dari Surah 1-57 ~ Mejar (B) Mohammad Qayyum A. Badaruddin

(SEM & SS) RM21.00 > RM18.90

Al quran ialah mukjizat kekal sebagai bukti kebenaran bahawa Muhammad adalah Rasulullah SAW.

Pengekalan mukjizat Al-Quran akan tetap dirasai oleh seluruh manusia hingga ke akhir zaman. Ini berbeza dengan mukjizat seketika yang hanya dirasai oleh umat sebelum kita, bahkan mukjizat yang dirasai oleh sahabt nabi, selain Al-Quran. Sebagai contoh, Nabi Nuh dengan mukjizat taufan dan air bah yang hanya berlaku untuk dirasai umatnya saja.

Nabi Saleh A.S dengan mukjizat unta hanya berlaku untuk dirasai umatanya saja. Nabi Musa AS dengan mukjizat membelah air laut dan hanya berlaku untuk dirasai umatnya saja.

Tetapi Nabi Muhammad SAW dengan mukjizat Al-Quran berlaku untuk dan dirasai seluruh umat manusia ketika dan sesudah baginda tidak kira masa dan tempat sampai hari kiamat dan ia akan kekal dipelihara seperti ditetapkan Al-Quran yang bermaksud, "Sesungguhnya kamilah yang menurunkan Al-Quran, dan kamilah yang memelihara dan menjaganya" (Syrah Al-Hijr:9), dengan jaminan Allah ini, terpeliharalah kitab suci Al-Quran daripada sebarang perubahan dan bersinarlah cahayanya ke seluruh alam.

Quran Berbicara: Sinopsis Dari Surah 58-114 ~ Mejar (B) Mohammad Qayyum A. Badaruddin

(SEM & SS) RM21.00 > RM18.90

Al quran ialah mukjizat kekal sebagai bukti kebenaran bahawa Muhammad adalah Rasulullah SAW.

Pengekalan mukjizat Al-Quran akan tetap dirasai oleh seluruh manusia hingga ke akhir zaman. Ini berbeza dengan mukjizat seketika yang hanya dirasai oleh umat sebelum kita, bahkan mukjizat yang dirasai oleh sahabt nabi, selain Al-Quran. Sebagai contoh, Nabi Nuh dengan mukjizat taufan dan air bah yang hanya berlaku untuk dirasai umatnya saja.

Nabi Saleh A.S dengan mukjizat unta hanya berlaku untuk dirasai umatanya saja. Nabi Musa AS dengan mukjizat membelah air laut dan hanya berlaku untuk dirasai umatnya saja.

Tetapi Nabi Muhammad SAW dengan mukjizat Al-Quran berlaku untuk dan dirasai seluruh umat manusia ketika dan sesudah baginda tidak kira masa dan tempat sampai hari kiamat dan ia akan kekal dipelihara seperti ditetapkan Al-Quran yang bermaksud, "Sesungguhnya kamilah yang menurunkan Al-Quran, dan kamilah yang memelihara dan menjaganya" (Syrah Al-Hijr:9), dengan jaminan Allah ini, terpeliharalah kitab suci Al-Quran daripada sebarang perubahan dan bersinarlah cahayanya ke seluruh alam.

Sebab mengapa memiliki banyak buku


ANDA ADA SALAH SATU TABIAT INI?
ANDA KATEGORI MANA?

Setiap anda yang suka pada buku pasti ada tabiat ini. Belilah seberapa banyak buku, akan ada terselit beberapa naskhah yang tidak sempat atau belum dibaca.

Namun, antara faedah yang boleh didapati bila stok buku banyak, anda boleh jadikan ia hadiah pada orang lain sebagai tanda penghargaan. Pastikan ia masih elok kondisinya.

Kesatria Melayu ~ Izzuddin Al-Jitrawiy

(SEM & SS) RM28.90 > RM26.00

Perjuangan bangsa Melayu tidak akan terpisah soal agama dan juga bangsa itu sendiri. Ya! Perjuangan bangsa Melayu itu sendiri sangat berkait rapat dengan soal keagamaan apabila ada pihak ketiga yang cuba masuk campur urusan hal ehwal agamanya.

Persoalannya. Mengapakah penjajah berhempas-pulas untuk mengganggu-gugat hal ehwal agama bangsa Melayu? Kerana itulah kekuatan yang menjadi tunjang utama kepada sebuah kebangkitan bangsa Melayu. Apabila agamanya baik, dibimbing dengan rapi serta istiqamah dalam amalannya, maka lahirlah pejuang-pejuang bangsa yang bertaraf ulama, wali Allah, pendekar dan pelbagai bidang lagi. Bumi nusantara ini subur dengan lembayung sufi yang membentuk akhlak luhur bangsa Melayu dan menggarap jiwa seorang pejuang untuk mempertahankan nusa dan bangsa.

101 Doa Nabi & Rasul Dalam Al-Quran ~ Datuk Dr. Hj. Zahazan Mohamed

(SEM & SS) RM19.90 > RM17.90

Setiap kita pasti mengharapkan kasih sayang Allh SWT untuk mendapatkan sesuatu kebaikan atau mengelak sesuatu keburukan. Sebenarnya kualiti doa itu dipengaruhi oleh kaedah doa itu sendiri, kesungguhan, serta keikhlasan orang yang mengucapkannya.

Sesuatu doa akan dimustajabkan Allah SWT apabila menepati waktunya adanya dan tentunya jika dia berpandukan kepada munajat para nabi, rasul dan golongan salihin sebelum kita. Justeru himpunan doa dan munajat dari al-Quran ini merupakan satu usaha memberikan kepada para Muslimin dan Muslimat kefahaman tentang doa-doa yang Allah SWT ajar kepada kita untuk mengucapkannya dalam setiap situasi yang dihadapi.

Doa dipanjatkan sebagai permohonan, permintaan dan restu daripada Tuhan dengan kepercayaan yang mendalam terhadap kekuasaan-Nya bahawa akan terjadinya keajaiban yang diharap-harapkan. Pelbagai amalan doa diwariskan sebagai panduan umat Islam dalam meniti dan memperbaik kualiti kehidupan bagi menebus jiwa yang berdosa dan mencari pintu taubat.

Perbandingan Agama Islam & Kristian ~ Dr. Zaifuddin Md. Rasip

(SEM & SS) RM59.00 > RM53.00

KEISTIMEWAAN BUKU INI
Merungkai pelbagai persoalan yang menonjolkan persamaan dan perbezaan menerusi al-Quran dan Bible.
Membuktikan ajaran gereja yang berlawanan daripada ajaran Bible yang sebenar.
Bersifat evergreen yang bersesuaian dengan arus perdana 2020 sebagai polemik sepanjang masa mengikut rangka atau kandungan yang benar daripada al-Quran dan Bible.
Merungkai penyelewengan kitab asal ajaran Jesus yang telah ditenggelami oleh kenyataan-kenyataan palsu sehingga terbentuk amalan dan kepercayaan penganut agama kristian pada hari ini.

SINOPSIS:
Buku Perbandingan Agama Islam & Kristian telah merungkai pelbagai persoalan yang menonjolkan persamaan dan perbezaan yang jelas lagi nyata menerusi al-Quran dan Bible. Selain itu, ia bersifat evergreen yang bersesuaian dengan arus perdana 2020 sebagai polemik sepanjang masa mengikut rangka atau kandungan yang benar daripada al-Quran dan Bible. Al-Quran merupakan kalamullah yang mengandungi mukjizat yang kekal hingga hari kiamat yang diturunkan kepada Nabi Muhammad saw. Manakala Bible pula terdiri daripada Old Testament (Perjanjian Lama) dan New Testament (Perjanjian Baru).


300 Hadis Bimbingan: Ke Arah Mencari Reda Allah ~ Datuk Dr. Hj. Zahazan Mohamed, Ahmad Hasan Mohd. Nazam

(SEM & SS) RM26.00 > RM25.20
Al-Quran menjadi panduan hidup manusia. Panduan ini banyak dalam bentuk falsafah, konsep dan umum. Hadis Rasulullah SAW pula memberi contoh dan panduan yang lebih praktikal. Soalnya hadis ratusan ribu banyaknya dikategorikan kepada beberapa taraf yang terdiri daripada hadis sahih, hasan, daif hingga yang palsu.

Buku ini telah mengumpulkan 300 hadis sahih yang paling utama yang mencakupi bidang kehidupan harian dan disusun mengikut keutamaan tajuk seperti ilmu, beramal, berjemaah, hal ehwal Rasulullah SAW, para sahabat, rukun Islam, rukun iman, doa, zikir, persaudaraan, akhlak, sedekah, komunikasi, pengurusan, pesanan Nabi saw dan sebagainya. Hadis disampaikan melalui teks yang mudah dibaca dengan terjemahan yang jelas.

KEISTIMEWAAN BUKU INI:
Hadis Nabawi merupakan sumber rujukan utama bagi umat Islam serta menjadi pelengkap kepada ilmu dalam al-Quran.
Mengumpulkan 300 hadis sahih paling utama yang ringkas serta mudah difahami dan dihafal.
Mengandungi keterangan daripada beberapa buah kitab muktabar oleh ulama-ulama tersohor.
Disertakan biodata 72 orang perawi untuk dikenali oleh para pembaca.


Al-Quran Al-Karim Mushaf Qiyam Dengan Panduan Wakaf & Ibtida' ~ Telaga Biru

(SEM & SS) RM309 > RM278
Saiz 30cm x 43cm
Anggaran Besar saiz A3
Kulit Keras (Hard Cover).
Khat Baru Rasm Uthmani.

Kelebihan Al Quran ini:
  • Panduan Waqaf & Ibtida’ dengan menggunakan 2 warna pilihan. 
  • Penggunaan 5 warna hukum tajwid. 
  • Kaedah al-Mizan iaitu kaedah mengakhiri bacaan dengan lebih sempurna dari sudut penceritaan. 
  • Kaedah al-Zikr adalah cara bacaan hamzah wasal seperti yang diletakkan di jidar mushaf. 
  • 5 bacaan tajwid diwarnakan pada teks al-quran.

Kenapa kita tak habis baca buku yang dibeli?


DAH BELI BUKU, KENAPA TAK HABIS BACA?

Anda pernah ada dalam situasi ni?
Min pernah. Ada yang min baca sekerat-sekerat & ada yang min baca skip beberapa muka surat.
Alasannya?
Ada dalam senarai yang diberikan tu.

Awalan cerita agak lambat - Bila rasa bab pertama tak berapa ngam, rasa nak teruskan baca bab seterusnya. Tapi bila dah 3-4 bab pun still tak sampai 'feel', ada potensi sampai situ aje.

Faktor rakan - Yang ni pun memainkan peranan penting. Sebab mereka tahu citarasa kita.

Isi buku ada yang menyakitkan hati - Bila terlalu banyak perkaitan yang tak sepatutnya contoh bab politik, seks bebas, mencarut, adalah lebih baik tak habiskan baca.


Thursday, June 11, 2020

Imam 4 Mazhab ~ Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri

(SEM & SS) RM55.00 > RM49.50

Buku ini memaparkan sejarah hidup empat Imam yang terkenal di dalam dunia islam. Mereka sangat masyhur kepada seluruh umat dari zaman lalu hinggalah sekarang. 

Merekalah imam-imam bagi empat mazhab yang berkembang dalam islam , yang terus kekal dan dipegang oleh kebanyakan umat islam seluruh dunia, iaitu:
–>Imam Abu Hanifah ( Mazhab Hanafi) 
–>Imam Malik ( Mazhab Malik) 
–>Imam al-Syafie ( Mazhab Syafie) 
–>Imam Ahmad bin Hanbal ( Mazhab Hanbali) 

Merekalah peletak dasar mazhab yang empat. Pengorbanan dan jasa mereka begitu besar terhadap agama islam terutama dalam bidang ilmu fiqh. Sungguh , adalah satu kerugian dalam ilmu jika kita tidak mengenal imam-imam ini.

Selamat Tinggal Purnama: Strain Kedua ~ Teme

(SEM & SS) RM30.00 > RM27.00

Setelah mengejutkan peminatnya dengan pengumuman tergempar dahulu, Latif Purnama hilang daripada radar. Masyarakat tidak tahu apa yang berlaku kepadanya. Ada juga yang menyangka dia telah bersara.

Hampir setahun kemudian, tiba-tiba dia muncul semula dengan album baharu. Karya yang sedikit ganjil berbanding karya-karyanya sebelum ini. Karya yang membahayakan nyawanya.

*****

Chester Bennington, Sulli, Avicii, Goo Hara, Robin Williams, Kim Jonghyun, Marilyn Monroe dan Kurt Cobain. Kesemua selebriti terkenal ini ada satu persamaan: Pengakhiran hidup yang tragis iaitu meragut nyawa dengan tangan sendiri.

“Such a waste of talent, achievements, popularity, and even wealth,” bisik hati aku.

Namun, aku tidak membuat konklusi. Aku cuba menyelami kehidupan mereka. Aku cuba fahami apa yang mereka lalui. Aku cuba melihat mental illness dari sudut yang berbeza; bukan semata-mata depresi. Lalu tanggapan aku berubah sepenuhnya. Maka, lahirlah buku ini.

Selamat Tinggal Purnama: Strain Pertama ~ Teme

(SEM & SS) RM30.00 > RM27.00

Kisah seorang artis terkenal. Hidup pada zaman manusia terpaksa mengumpul ‘kredit’ yang cukup sebagai bukti mereka berhak untuk kekal hidup di muka bumi. Mereka yang gagal mencapai tahap kredit minima, akan ditarik nyawa.

Artis terkenal itu ada segalanya – wajah, suara, personaliti dan pencapaian yang belum pernah dikecapi mana-mana rakyat Nusaraya sebelum ini. Popularitinya melebar ke serantau Asia.

Sehinggalah ada pihak yang membangkitkan gosip bahawa ada ‘artis terkenal’ yang membina persona palsu untuk menipu masyarakat semata-mata demi kelangsungan kerjayanya. Malah, suaranya juga dikatakan palsu.

Hidupnya berubah dari saat itu.

You Are Loved ~ Mizi Wahid

(SEM & SS) RM50.00 > RM45.00 

It has become harder to love ourselves each day, especially when all we see are perfectly curated posts of other people’s happiness on social media.

We begin to fall into a downward spiral of thoughts dominated by self-hate and insecurities. Our broken souls feel we are undeserving of love and affection.

“I wish to validate your feelings if no one has ever done it before. I know you exist. And your existence is important enough for me to speak to you directly : You exist, and you matter.”

In Mizi Wahid’s third book, he explores the concept of love and its impact on our lives. With his signature narration style of hope and compassion, ‘You Are Loved’ is not just emotionally inspiring but also spiritually empowering— it is the companion that we all need as we try to find our way back to the real meaning of love.

Komik Gaza Mini 5 ~ If Moses

(SEM & SS) RM10.00 > RM9.00

“Beersheeba, Hebron, lari!!” teriak Gaza, apabila tanah Palestin mula dimasuki tentera British.

Siapa yang melawan, akan ditangkap! Rakyat jadi gempar apabila tanah Palestin dikuasai British. Yang tinggal buat orang Arab hanyalah janji kosong. Malah, rakyat Palestin ditekan dengan peraturan zalim, dan tanah-tanah Palestin pula dijual kepada Yahudi Israel.

Akibat rampasan kuasa tersebut, Gaza tercedera, Jerusalem ditangkap, dan kedai keluarga mereka diugut oleh tentera British.

Strategi licik British kini menjadi sebuah mimpi ngeri kepada rakyat Palestin.

Mampukah Gaza dan adik-beradiknya mempertahankan Palestin dan hak mereka?

Antara Sunnah Melayu & Sunnah Rasul ~ Mohammad Tajuddin, Mohamad Rasdi

(SEM & SS) RM30.00 > RM27.00

Antaras Sunnah Melayu dan Sunnah Rasul, adalah koleksi artikel mengupas isu-isu berkaitan dengan pemikiran masyarakat melayu Islam dalam bidang agama, politik dan pendidikan yang kebanyakkannya menggambarkan kesempitan pemikiran yang bercanggah dengan intipati ajaran Nabi Muhammad serta konteks keperluan hidup moden dan semasa.

Penulis menghuraikan hujahnya berdasarkan beberapa peristiwa serta komen-komen yang mengelirukan bukan sahaja di kalangan masyarakat Islam tetapi juga sekaligus kesan negatif masyarakat bukan Islam terhadap agama Islam serta penganutnya.

Tuesday, June 9, 2020

Biografi Khulafa' Ar-Rasyidin (The Greatest Leader) ~ Mahmu Al-Misri

(SEM & SS) RM29.00 > RM26.10

Sebuah buku sejarah mengenai tokoh-tokoh Islam seperjuangan Nabi Muhammad SAW dalam era memperkenalkan tauhid Allah yang Maha Esa,melalui agama suci Islam sewaktu tahun-tahun awal Hijriyyah.

Karya asal daripada Mahmud Al-Misri dan terjemahan Bahasa Melayu oleh Abdul Rahman Saleh Siregar, buku ini merupakan himpunan latar belakang sahabat Nabi s.a.w yang utama iaitu Abu Bakar As-Siddiq, Umar Al-Khattab, Uthman bin Affan dan Ali bin Abi Talib beserta hadis-hadis sahih yang menceritakan keteladanan mereka di samping Nabi s.a.w.

Rasulullah s.a.w. bersabda, "Umatku yang paling sayang kepada umatku adalah Abu Bakar, yang paling kuat kepada Allah adalah Umar, yang paling besar rasa malunya adalah Uthman dan yang paling menguasai kehakiman adalah Ali."
(Riwayat Tirmizi, Ibnu Madjah dan An-Nasa'i)

77 Ciptaan & Inovasi Agung Ilmuwan Islam Yang Mengubah Dunia ~ PTS

(SEM & SS) RM29.00 > RM26.10

Ketika dunia lainnya sedang berada dalam fasa pembangunan, dunia Islam telah berkembang pesat dan makmur. Pada zaman ini, beberapa orang cendekiawan tersohor, ahli fizik, ahli kimia, ahli astrologi, jurutera, dan lain-lain golongan bijak pandai telah berupaya dan mula mengubah dunia seperti yang kita lihat kesannya pada hari ini. Mereka mencipta, membangunkan, ataupun menambah baik konsep-konsep yang seterusnya menjadi ilham seluruh dunia.

Daripada seni bina arabesque yang sederhana sehinggalah peralatan pembedahan versi terawal, buku ini menyediakan maklumat lengkap berkenaan dengan ciptaan-ciptaan yang menakjubkan lagi luar biasa oleh dunia Islam.

Cinta ~ Baha'uddin Hamizan, Saifuddin Hamizan

(SEM & SS) RM20.00 > RM18.00

Apabila bercakap tentang topik cinta, kita selalu anggap ianya sebuah topik yang tipikal kerana kita bosan dan muak dengan tafsiran cinta yang diberi oleh media massa dan beberapa paparan media sosial yang kurang matang.

Pandangan kita terhadap topik cinta boleh diubah naratifnya kepada yang lebih mendewasakan.

Ayat-ayat Sains ~ Nurrohman

(SEM & SS) RM15.00 > RM13.50

Sejak dari kecil, kebanyakan dari kita didedahkan dengan ilmu sains. Ia diiktiraf sebagai salah satu pencapaian luar biasa dalam tamadun manusia. Bahkan, sains juga digunakan sebagai alat bagi membuktikan kebenaran.

Sebagai Muslim, kita percaya bahawa semua perkara yang berlalu di alam ini adalah atas ketentuan Allah s.w.t. Semua yang berlaku adalah sunnatullah.

Thursday, June 4, 2020

Membongkar Kehebatan Musa Keita: The Black Panther ~ Syed Mahadzir Syed Ibrahim

(SEM & SS) RM37.90 > RM34.10

Musa Keita merupakan seorang raja Mali yang terkenal sehinggakan beliau dianggap Black Panther dan diadaptasikan ke dalam filem yang mendapat perhatian ramai di seluruh dunia. Beliau menjadi pemerintah di Mali pada tahun 1312, mengambil alih takhta Abu Bakar Kedua yang hilang di lautan semasa mencari penghujung Lautan Atlantik. Musa Keita cukup bertuah kerana dikurniakan dengan kekayaan hasil bumi yang banyak, iaitu emas dan juga garam. Beliau berjaya meluaskan empayar perniagaannya hingga ke Mauritania, Senegal, Gambia, Guinea, Burkina Faso, Mali, Niger, Nigeria dan Chad.

Pelayar Melayu Pertama Mengelilingi Dunia ~ Syed Mahadzir Syed Ibrahim

(SEM & SS) RM35.90 > RM32.30

Nama Enrique Malaka, Henry the Black, Enrique de Malacca atau Panglima Awang tidak pernah tercatat dalam sejarah sebagai manusia pertama yang mengelilingi bumi. Tetapi nama orang Eropah yang berjaya mengelilingi lingkaran bumi disebut sebagai Sebastian de Elcano. Sedangkan Sebastian de Elcano berjaya mengelilingi bumi 17 bulan selepas kejayaan yang dilakukan oleh Panglima Awang.

Panglima Awang dilahirkan pada tahun 1494. Pada tahun 1503, beliau berlayar dari Ambon ke Palembang. Maknanya pada tahun itu, beliau memulai pelayaran mengelililngi bumi. Sekitar tahun 1509-1510 beliau berlayar dari Palembang ke Melaka dan sempat bekerja dengan Sultan Mahmud Syah. Pada tahun 1511, penguasa Portugis di bawah pimpinan Alfonso de Albuquerque telah menakluk Melaka. Sewaktu awal pengepungan Melaka pada tanggal 13 Julai 1511, Ferdinand Magellan, salah seorang kapten armada Alfonso de Albuqurque, berjaya menculik seorang lelaki yang kemudiannya mereka menamakan sebagai Enrique Malaka.

Buku ini mendedahkan dengan lebih mendalam tentang Panglima Awang, pelayar melayu pertama yang mengelilingi dunia.

Konspirasi Yahudi Antarabangsa Dalam Tragedi Pembunuhan Abraham Lincoln & John F. Kennedy ~ Syed Mahadzir Syed Ibrahim

(SEM & SS) RM37.90 > RM34.10

Sejarah telah mencatatkan bahawa Abraham Lincoln, Presiden Amerika Syarikat ke-16, dibunuh oleh John Wilkes Booth pada hari Jumaat, 14 April 1865. Manakala John F Kennedy pula ditembak oleh seorang sniper ketika berada di Dealey Plaza, Dallas. Konspirasi yang berselindung di sebalik The Hidden Hand, yang dikatakan memiliki segala instrumen dan fasiliti yang lengkap dan hebat termasuk segala kemampuan propaganda dan kawalan minda adalah dalang di sebalik dua pembunuhan ini. 

Buku ini mengupas tentan misteri The Hidden Hand yang mempunyai cara khas untuk menghapuskan para pengikut elitnya. Ia bukan cara biasa seperti membunuh penduduk Iraq dan Palestin atau penduduk kampung di Myanmar tetapi perlu dirancang tarikh, masa dan tempat supaya menurut kepercayaan sihir yang dianuti, bagi mendapat berkat dan rahmat daripada The All Seeing-Eye.

Membongkar Misteri Gangguan Alam Ghaib ~ Syed Mahadzir Syed Ibrahim

(SEM & SS) RM28.90 > RM26.00

Sesungguhnya, sisi gelap dan cerah kehidupan ini sudah dijadikan Allah SWT bagi menunjukkan kekuasaan-Nya yang tiada tandingan. Kita hanya makhluk kerdil yang sentiasa berada dalam kehendak-Nya dan tidak mampu melakukan apapun tanpa kudrat pemberian-Nya. Syaitan, iblis, jin dan roh-roh jahat sentiasa berlegar-legar di sekililing kita. Cuma manusia tidak diberikan mata kasyaf untuk melihat kehidupan makhluk-makhluk ghaib ini. 

Andai dibuka hijab, tentu sekali kita akan dapat melihat alam ghaib yang dikatakan misteri. Syaitan, jin dan roh-roh jahat ini sentiasa sahaja ingin mengganggu dan menyesatkan pemikiran manusia. Pelbagai cara digunakan. Kisah manusia diganggu, diusik atau disakat sering kita dengar di sekitar kehidupan kita. Buku ini menghimpunkan kisah-kisah gangguan misteri oleh makhluk dari alam ghaib keatas manusia.

Membongkar Misteri Kejadian Kematian Aneh Penduduk Dunia ~ Syed Mahadzir Syed Ibrahim

(SEM & SS) RM38.90 > RM35.00

Manusia yang telah disahkan mati biasanya tidak boleh hidup semula. Tetapi dalam beberapa kejadian, mereka yang telah mati selama beberapa minit didapati hidup semula. Kejadian ini jarang berlaku dan dianggap sebagai suatu keajaiban atau kesilapan dalam dunia perubatan. Apabila jantung seserang didapati berhenti atau tiada lagi denyutan nadi maka seseorang itu akan disahkan telah meninggal dunia. Walaubagaimanapun, pandangan ini dibantah oleh sesetengah daripada kalangan mereka yang menuntut supaya definisi dan takrif mati dinilai semula. 

Buku ini mendedahkan kisah-kisah tentang kematian aneh di dunia ini yang tidak pernah mampu kita fikirkan dengan akal sihat dan logik. Ternyata dalam kehidupan sehari-hari kita sebagai manusia, masih banyak lagi kejadian misteri yang tidak berjaya dirungkaikan.

Silence Protocol: Urban of Convergence ~ Hadi Fayyadh

(SEM & SS) RM29.90 > RM26.90

Watak-watak yang yang dikatakan menyerupai Dajjal wujud dalam tamadun terdahulu seperti Lord Pacal, Viracocha, dan Shi Huangdi adalah sebagai wakil Tuhan atau anak Tuhan Matahari. .. ..

Penjelmaan Dajjal dalam tamadun ini adalah di dalam bentuk manusia tua yang berjanggut. Lalu, sejauhmanakah kebenaran sangkaan para pengkaji ini terhadap kewujudan Dajjal di masa lampau? .

Adakah benar Dajjal melalui zaman demi zaman, menjadi penguasa dan pembina yang hebat.

Setiap tamadun yang dijejaki Dajjal, dia akan meninggalkan monumen sebagai simbol kehebatan ilmunya sebelum tiba zaman kemunculan semula Dajjal yang dijanjikan di akhir masa nanti. .. .. Jangan terus mengerutkan dahi anda, walau sebenarnya kajian ini agak pelik dan aneh bukan?

Pertanyaannya benarkah kemunculan Dajjal hanyalah selama 40 hari keberadaannya di akhir zaman, atau Dajjal memang benar-benar telah wujud mengembara ke serata dunia menyuntik doktrin sekian lama ? . Apakah definisi 40 Hari yang dimaksudkan oleh baginda Nabi SAW?

Tuesday, June 2, 2020

Pendiam? ~ Aiman Amri & Aqila Masri

(SEM & SS) RM30.00 > RM27.00

Biasanya, kita akan lihat ada dua jenis orang di sekeliling kita. Satu ialah Ekstrovert – yang tampil yakin bercakap, lebih terkehadapan, dan dikenali ramai orang. Satu lagi ialah Introvert – yang kelihatan pasif, pendiam, dan jarang-jarang mengikuti sebarang aktiviti sosial.

Adakah menjadi Ekstrovert lebih baik daripada Introvert? Benarkah Introvert perlu ubah diri menjadi lebih Ekstrovert agar lebih berjaya pada masa hadapan?

Hakikatnya, setiap orang daripada kita mempunyai kelebihan tersendiri yang perlu dikenal pasti dan digilap potensinya.

‘Pendiam?’ menampilkan situasi biasa yang dilalui Introvert dalam masyarakat berserta kupasannya – agar personaliti ini lebih difahami dan dirai dengan kekuatan yang mereka ada.

Nabi Adam 'Alaihisalam: Keampunan Allah ada Untuk Kita Mencari ~ Azlan Shah Nabees Khan

(SEM & SS) RM28.00 > RM25.20

Nabi Adam AS pernah tergelincir melakukan kesilapan kepada Allah SWT. Apatah lagi kita sebagai manusia biasa tentulah tidak terlepas daripada melakukannya.

Kesilapan demi kesilapan yang dilakukan membuatkan kita rasa tiada lagi harapan untuk beroleh keampunan Allah SWT.

Akhirnya, kita simpulkan bahawa berputus asa itulah satu-satunya jalan yang ada.

Hakikatnya, keampunan Allah SWT yang ada buat kita, jauh lebih besar berbanding kemurkaan-Nya. Rahmat Allah SWT sentiasa ada dan terbuka untuk kita kembali kepada-Nya.

Melalui buku ini, Ustaz Azlan Shah menampilkan kisah dan peribadi Nabi Adam AS yang wajar kita contohi. Seorang insan yang melakukan kesilapan, lalu memilih untuk kembali kepada-Nya, lantas dianugerahkan keampunan Ilahi.

Dilema ~ Muharikah

(SEM & SS) RM30.00 > RM27.00

“Tetapi entahlah Puan. Kenapa ujian ini datang berturut-turut? Kenapa Allah ambil sesuatu dari saya di saat saya memerlukan sesuatu untuk bergantung harap?”

Hanya tidak sampai beberapa bulan kehilangan suaminya, Iman diuji lagi. Kali ini ujian yang diterima begitu menggoyahkan keyakinan hatinya.

Pesanan terakhir suaminya menyedarkan Iman bahawa manusia itu akan sentiasa diuji sewaktu hayatnya, agar Allah berikan nikmat kehidupan lain setelah itu.

Dilema mengisahkan perjalanan Iman Syahirah bertemu erti kehidupan yang selama ini dicari olehnya.

S.K.Y ~ Fiy Suri

(SEM & SS) RM28.00 > RM25.20

Pekak. Socially anxious. Anak yatim.

Tak ada yang tak teruk dalam hidup seorang gadis bernama Sky. Kalau boleh, dia nak duduk di dalam bilik saja dan melukis. Tak payah pergi mana-mana. Kalau jumpa orang pun, bukan orang faham apa dia nak kata.

Kehadiran Qid merubah segalanya. Dia mula melihat dunia secara berbeza. Namun, ada kisah silam pahit yang menjarakkan mereka berdua. Dia dirundum rasa bersalah. Sky takut hatinya terluka lagi.

“Sky ke yang bermasalah? Rasa macam semuanya messed up. Diri Sky rasa helpless... I feel like I don’t know myself anymore...”

Mampukah Sky 'move on' dan menemukan apa yang dicari?

Projek Athena 2 ~ Syeraho

(SEM & SS) RM28.00 > RM25.20

Athena - neo-manusia yang dicipta di dalam makmal merasakan yang hidupnya adalah untuk melindungi manusia daripada kezaliman.

Apabila Erudayn diancam teroris dan isteri Tuan Presiden diculik, Athena, Natalya dan Joseph sekali lagi berganding bahu dalam misi menyelamatkan Erudayn daripada bahaya.

Namun, kemunculan neo-manusia baru bernama Zeus mengejutkan mereka bertiga. Ternyata, kekuatan yang dimiliki Zeus tidak mampu ditandingi Athena.

Pertemuan dua neo-manusia ini membawa Athena merenung kembali persoalan besar dalam hidupnya: Apakah sebenarnya tujuan dia diciptakan? Sebagai pelindung, atau senjata?

Dan mampukah dia mengalahkan Zeus?

Perempuan Yang Baik-baik Dalam Al-Quran ~ Syaari Ab Rahman

(SEM & SS) RM35.00 > RM31.50
  • Perempuan yang baik-baik itu bukanlah perempuan yang sempurna. 
  • Tidak sempurna sabarnya, namun mampu menguatkan kesabaran demi zuriat yang disayanginya. Persis Maryam AS. 
  • Tidak sempurna keyakinannya, namun mampu meneguhkan hatinya kerana percaya akan janji Allah SWT. Persis ibu Nabi Musa AS. 
  • Tidak sempurna masa silamnya, namun demi mengejar peluang syurga, dia sanggup korbankan segalanya. Persis Zulaikha.
Melalui buku ini, Ustaz Syaari mengupas kisah-kisah perempuan yang diangkat kedudukannya di sisi Tuhan, di sebalik ketidaksempurnaan yang mereka ada. Buku ini sesuai dibaca oleh tidak kira lelaki mahupun perempuan, kerana al-Quran diturunkan sebagai penawar buat jiwa seluruh manusia.

Lelaki Yang Hebat-Hebat Dalam Al-Quran ~ Syaari Ab Rahman

(SEM & SS) RM35.00 > RM31.50

  • Lelaki yang hebat-hebat itu bukanlah lelaki yang seperti malaikat. 
  • Dia ialah lelaki yang biasa-biasa, namun saat imannya diugut oleh Raja yang jahat, dia berani masuk ke dalam gua dan meninggalkan keselesaan hidup demi membela iman. Persis pemuda Ashabul Kahfi. 
  • Dia adalah lelaki yang biasa-biasa, namun saat berhadapan dengan ayah sendiri dan masyarakat yang jahil, dia berani mempertahankan kebenaran dan menghadapi ujian. Persis Nabi Ibrahim AS, ketika mudanya. 
  • Dia adalah lelaki yang biasa-biasa, namun saat si ayah menerima arahan Tuhan untuk menyembelihnya, dia berani menyahut arahannya tanpa dolak-dalih. Persis Nabi Ismail AS, ketika mudanya.
Melalui buku ini, Ust Syaari menghurai kisah lelaki yang hebat-hebat di sisi Allah SWT meskipun hakikatnya mereka adalah insan yang biasa-biasa sahaja. Buku ini sesuai dibaca oleh segenap lapisan masyarakat yang mengimpikan lahirnya lelaki dengan acuan Al-Quran.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...