Penulis menghuraikan al-Quran sebagai panduan yang lengkap sebagai asas, petunjuk, ketamadunan, dan sistem cara hidup manusia. Ia disusun mengikut beberapa tema besar yang seakan menjadi sebahagian daripada maqasid al-Quran. Selain itu, penulis juga mendatangkan fakta-fakta, perbahasan sejarah, dan pandangan ulama yang sesuai dengan topik al-Quran yang dibahaskan. Apa yang paling berharga, buku ini ditulis sewaktu penulis menjalani rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) selepas pembedahan injap jantung pada tahun 2017. Al-Quran menjadi ubat penenang jiwa pada saat penulis menghadapi kesakitan akibat pembedahan tersebut. Semoga buku ini mendapat keberkatan dan manfaat untuk umat Islam dan manusia seluruhnya.

No comments:
Post a Comment