"... Wahai Manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan ada lain agama baru. Oleh itu, wahai manusia, nilailah dengan saksama dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang dengan teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. ltu adalah Al-Ouran dan Sunnahku..."
Apa itu Sunnah Nabi SAW ? Sunnah adalah segala perbuatan, perkataan dan diam Baginda S.A.W. Sunnah merupakan rujukan terpenting untuk seluruh umat Islam dalam kehidupan seharian.
Di dalam Ringkasan Sahih Muslim dirangkumkan hadis-hadis sahih yang telah diklasifikasikan mengikut bab-bab perbincangan. Jelas melalui klasifikasi ini, bahawa apa yang dibicarakan di dalam hadis-hadis Nabi SAW ini merangkumi semua perkara. Yang bermula dengan bab iman dan Islam, diikuti tentang taharah, ibadah, kekeluargaan, adab kehidupan, ekonomi, politik dan pemerintahan serta tentang sejarah dan ketokohan.
Pembahagian bab dan klasifikasi ini dibuat bagi memudahkan para pembaca untuk membaca, memahami dan menghafalnya. Buku ini dipecahkan kepada dua jilid. Satu rujukan dan bacaan yang amat sesuai untuk dijadikan koleksi dan rujukan semua lapisan masyarakat.
*****
(SEM) RM70.00 - RM65.00