Hubungi Kami

Hubungi Kami
Showing posts with label Telaga Biru. Show all posts
Showing posts with label Telaga Biru. Show all posts

Tuesday, June 20, 2023

Isteri & Puteri Rasulullah s.a.w ~ Muhammad Mahdi al-Istanbuli, MushthafaAbu Al-Nashr

(SEM & SS) RM35.00 > RM33.00

“Sumbangan besar para isteri dan puteri Rasulullah SAW di pentas sejarah tidak dapat dinafikan kehadirannya. Dengan berbekalkan iman yang tertanam kukuh, mereka berjuang mempertaruhkan jiwa raga demi tertegaknya agama Allah SWT. Pelbagai penderitaan dan keperitan ditanggung dengan penuh kesabaran, lantaran mereka yakin bahawa semua itu adalah suatu kemestian yang harus diharungi sebagai pendamping Rasulullah s.a.w
 

Soal Jawab Solat Mengikut Mazhab Yang Empat ~ Prof. Madya Dr. Taufik Ismail, Fuad Ismail

(SEM & SS) RM45.00 > RM42.00

Kelebihan
Penyampaian yang segar, menarik dan klasik kontemporari dapat membantu para pembaca untuk lebih memahami hakikat solat dan hukum-hakam yang berkaitan dengannya

Buku ini sangat sesuai untuk ditelaah dan dimiliki oleh semua lapisan masyarakat bagi membina rangsangan kepada umat supaya beramal, malahan memupuk pengharapan yang jitu kepada rahmat Allah SWT.

Buku ini sesuai dibaca untuk semua masyarakat khususnya kepada para pencinta dan penuntut ilmu syariah. Ia juga sesuai dijadikan daurah atau bacaan dalam kuliah mahupun ilmu di surau, masjid dan lain-lain.

Sinopsis
Buku ini membawakan perbahasan empat mazhab utama dalam mazhab fiqah yang agung, iaitu mazhab Hanafi, Maliki, Syafi‘i dan Hanbali. Hal ini dikatakan demikian kerana permasalahan solat adalah permasalahan yang penting dalam perbahasan keempat-empat mazhab dan permasalahan yang mempunyai banyak perbezaan pendapat antara mereka. Namun demikian, kita perlu mengamalkan mazhab Syafi‘i secara umumnya dalam kehidupan seharian kerana masyarakat kita sejak dahulu lagi mengamalkan mazhab ini yang juga merupakan mazhab terbesar yang diikuti seluruh dunia.

Ringkasan Fiqh Al-Jihad ~ Prof. Dr. Syeikh Yusuf Abdullah Al-Qaradhawi

(SEM & SS) RM49.00 > RM46.00

Isu perbincangan buku ini menjelaskan secara mendalam tentang kefahaman konsep jihad yang sebenar. Istilah jihad selalunya difahami oleh masyarakat secara tidak benar atau terhad dalam perkara tertentu sahaja. Dengan ini, Syeikh al-Qaradhawi bangkit dan menjalankan peranannya untuk mengembalikan umat kepada landasan sebenar secara ilmiah dan berhikmah selepas membuat kajian dalam jangka masa yang panjang secara lebih mendalam.
 

Tuesday, November 29, 2022

Syarah Hadis 40 ~ Imam Ibnu Al-'Aththar (Anak murid kanan Imam An-Nawawi)

(SEM & SS) RM49.00 > RM47.00

Kelebihan
Kitab asal yang berbahasa Arab sebagai rujukan Bagi memastikan kualiti terjemahan menepati maksud dan kehendak sebagai rujukan.
Dinyatakan sumber rujukan hadis yang diletakkan pada bahagian nota kaki.

Huraian tambahan terhadap karya dengan meletakkan ulasan dan huraian ringkas bagi menjelaskan lagi maksud yang ingin disampaikan oleh penulis.

Pengajaran hadis: Tambahan daripada penyusun demi memudahkan kefahaman terhadap isi utama dalam sesuatu hadis,
Meletakkan subtopik bagi setiap isu yang dibincangkan dalam sesuatu hadis yang dihuraikan oleh Imam Ibnu al-‘Aththar.

Sinopsis
Kenapa dipanggil hadis 40 dan tidak dipanggil hadis 42? Mengikut kaedah tatabahasa dan amalan orang Arab, bilangan yang kurang daripada lima akan digenapkan (dibundarkan) ke puluh sebelah bawah yang paling hampir manakala bilangan yang lebih daripada lima akan digenapkan kepada puluh sebelah atas yang paling hampir.

 

Saturday, August 6, 2022

Ensiklopedia Solat Premium ~ Rohidzir Rais

(SEM & SS) RM179.00 > RM175.00

Kelebihan
Sesuai dengan isi kandungan buku yang menceritakan perihal solat, maka ia sangat sesuai untuk dibaca oleh segenap lapisan masyarakat Muslim.
Dipersembahkan dalam bentuk ilmiah dan berfakta sehingga boleh menjadi bahan untuk sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) serta sesi perkuliahan di masjid serta surau.
Dipersembahkan dengan gambar berwarna dan kod QR, menjadikan buku ini tidak seperti membaca ensiklopedia biasa dan memudahkan segenap lapisan pelajar untuk membacanya.

Sinopsis
Buku ENSIKLOPEDIA SOLAT PREMIUM membawa penampilan sumber-sumber hukum fiqah yang lebih detail dan autentik daripada kitab turath, perbahasan ulama dalam hukum furuk serta kajian saintifik dan geografi yang akademik. Contoh-contoh amali digambarkan melalui proses fotografi dan ilustrasi yang tidak terdapat dalam buku-buku yang seangkatan dengannya.

Wednesday, March 17, 2021

Promosi Islamik Kitab Tafsir Al-Quran


Salam Semua...

Jom dapatkan buku-buku & kitab-kitab tafsir Al-Quran pada harga PROMOSI. 
HANYA 6 HARI SAHAJA GAIS... 
BERMULA 8/3 - 23/3/21.

Semua buku & kitab tafsir ADALAH BARU.
FREE GIFT ISTIMEWA diberikan untuk belian MELEBIHI RM150 😍

Antara buku & kitab tafsir yang ada dalam promosi ini:
  • Tafsir Al-Quran oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz (7 Juzuk
  • Tafsir Al-Quran oleh HAMKA (30 Juzuk)
  • Tafsir Ibnu Katsir (1 set)
  • Tafsir Ibnu Abbas
  • Tafsir Al-Jalalain
  • Tafsir Ayat-Ayat Jilid 1 & 2
  • Tafsir Al-Quran di Radio IKIM (30 juzuk)
  • Tafsir Ayat Ahkam
Buku tafsir ini sangat sesuai untuk bacaan umum (kecuali kitab tebal tu. Yang tu kena berguru).
Ingin jadikan bacaan sendiri, hadiah, wakaf mahupun hantaran kahwin/pertunangan, sangat sesuai 💟


Sebarang belian, pertanyaan, boleh hubungi kami di:
Whatsapp: 013-6786571
IG: books_belidiskaun
FB: Booksbelidiskaun
Telegram: t.me/buukubooksville 


Friday, March 12, 2021

Terjemahan Al-Adab Al-Mufrad ~ Imam Al-Bukhari

(SEM & SS) RM149.00 > RM145.00

Kelebihan

Kitab al-Adab al-Mufrad karya Imam al-Bukhari ini merupakan karya agung beliau selepas Sahih al-Bukhari.
Kitab ini mengandungi kumpulan hadis berkaitan segala skop adab dalam kehidupan, pentadbiran dan kenegaraan selain adab kepada ibu bapa, adab kepada anak, adab antara sesama manusia, adab kepada anak yatim, adab tetangga, adab silaturahim, adab kepada Rasulullah SAW dan adab kepada Allah SWT.
Karya al-Adab al-Mufrad ini sesuai untuk kalangan umum mahupun khusus.

Sinopsis
Dinamakan al-Adab al-Mufrad kerana karya ini fokusnya terhadap hadis-hadis mengenai adab dan memuatkan hadis- hadis yang berkaitan adab sahaja. Berbeza dengan kitab al- Sahih yang memuatkan hadis-hadis berkaitan semua perkara berkaitan Islam: Akidah, ibadat, akhlak dan sebagainya.



Saturday, January 16, 2021

Haiwan Makkah ~ Datuk Dr. Haji Zahazan Mohamed

(SEM & SS) RM25.00 > RM23.00

Kelebihan
Merupakan koleksi terbaik pusat sumber sekolah rendah dan menengah, Pusat Kegiatan (PKG) serta perpustakaan.
Ibu bapa yang perihatin terhadap percambahan ilmu pengetahuan anak-anak dalam bidang sejarah Rasulullah SAW pasti tidak akan mengabaikan buku ini.
Ibu bapa dan guru boleh membantu anak-anak yang belum pandai membaca dan menulis jawi.


Sinopsis
Semua haiwan ini pernah ditemukan atau hidup pada zaman Rasulullah SAW. Buku ini menyelami diri haiwan tersebut dan menceritakan apa yang di alami ketika bersama Rasulullah SAW.

 

Ringkasan Kehidupan Awal Muallaf ~ Dr. Mohammad Nidzam Abdul Kadir

(SEM & SS) RM20.00 > RM18.00

Kehidupan insan sentiasa berubah. Peraturan yang menyusahkan akan menyukarkan insan secara dasar. Maka untuk menjadikan Islam sebagai agama yang fleksibel dengan suasana semasa, buku tentang Ringkasan Kehidupan Awal Muallaf dalam Fiqah Muallaf dihasilkan. Buku ini adalah tulisan semula kepada buku Fiqh Muallaf.

Ia disusun dan disesuaikan dengan situasi semasa untuk menjadi panduan kepada Muallaf dalam kehidupan awal mereka ke arah yang lebih baik dan dapat membentuk personaliti atau keperibadian mereka sebagai Muslim sejati.
 

Asam Garam Meriahnya Rumah Tangga Nabi 3 ~ Luqman Makhtar

(SEM & SS) RM30.00 > RM28.00

Nabi dikurniakan ahli keluarga dan sanak saudara yang ramai. Merekalah yang mengasyikkan lagi kehidupan dan perjuangan Baginda.

Buku ini akan menghidangkan babak-babak interaksi Nabi dengan ahli keluarga dan kerabat Baginda. Paling kurang kita akan berkenalan dengan 60 orang daripada mereka menerusi 13 kelompok berikut:
  • Ibu-ibu Nabi; 3 orang.
  • Bapa saudara Nabi: 2 orang.
  • Sepupu Nabi: 15 orang.
  • Anak Nabi: 4 orang.
  • Anak Angkat Nabi: 1 orang.
  • Anak Tiri Nabi: 4  orang.
  • Menantu Nabi: 3 orang.
  • Mentua dan Besan Nabi: 4 orang.
  • Ipar Duai Nabi: 5 orang.
  • Cucu Nabi: 4 orang.
  • Keluarga Susuan Nabi: 4 orang.
  • Kaum Keluarga Besar Nabi: 6 orang.
  • Hamba dan Khadam Nabi: 5 orang.
Begitulah, Nabi dianugerahi ramai ahli keluarga dan sanak saudara yang mendokong perjuangan Baginda.

Tuesday, December 15, 2020

Perang Gerila Dengan Syaitan ~ Abdullah Bukhari, Abdul Rahim Al-Hafiz

(SEM & SS) RM23.00 > RM20.70

  • Merungkai sejarah di langit serta permusuhan awal.
  • Pengenalan tentang jin, iblis dan syaitan.
  • Kelebihan dan kelemahan jin dan syaitan.
  • Rasul dan sahabat Nabi SAW dalam kalangan jin.
  • Sifat-sifat syaitan serta cara serangan iblis dan syaitan.
  • Senjata untuk menghadapi serangan syaitan.
  • Nama jin dan syaitan dalam al-Quran dan sunah.
  • Komentar terhadap riwayat berkenaan nama-nama syaitan.
Buku Perang Gerila dengan Syaitan ini boleh disifatkan sebagai buku yang mendedahkan tipu daya Iblis kepada manusia moden di alam Melayu. Justeru untuk menulis buku ini, penulis banyak merujuk buku Alam al-Jinn wa al-Syayatin karya Dr. Umar Sulaiman al-Asyqar. Walau bagaimanapun, penulis turut menambah isinya dengan rujukan lain bersama olahan sendiri bagi menyesuaikan isinya dengan kehendak semasa seperti perihal nama-nama jin atau syaitan mengikut kepercayaan orang Melayu dan beberapa perkara lain.

 

Tafsir Mini Surah Al-Humazah ~ Ummu Ammar Amir, Abu Ammar Romlie

(SEM & SS) RM15.00 > RM14.00

  • Buku ini memberikan penerangan yang mendalaTentang surah al- Humazah dengan gaya bahasa yang mudah, sesuai untuk anak-anak. 
  • Disertai ilustrasi serta aktiviti menarik bagi membantu mengekalkan minat dam memudahkan pemahaman anak- anak tentang setiap ayat suci al-Quran.
  • Amat sesuai digunakan oleh ibu bapa dan pendidik untuk menggalakkan komunikasi berkesan dengan anak-anak seperti melalui penceritaan, soalan uji minda dan sebagainya.

 

Monday, October 19, 2020

Al-Quran Al-Karim & Terjemahan Al-Kamil (A6) ~ Telaga Biru

(SEM & SS) RM35.00 > RM31.50

Kelebihan
  • Khat Baharu Yang Lebih Jelas Dan Menarik.
  • Waqaf (Merah) Dan Ibtida’ (Hijau) Yang Diwarnakan Latar Belakang Teks Al-Quran.
  • Tajwid 5 Warna Yang Diwarnakan Pada Teks Al-Quran.
  • Terjemahan Bahasa Melayu Terkini Bertema.
  • Kaedah Al-Mizan Untuk Mengakhiri Bacaan Dengan Lebih Sempurna.
  • Hadis Sahih Sebagai Info Sampingan.
  • Asbabun Nuzul Untuk Mengetahui Sebab Penurunan Ayat.
  • Indeks Tematik Untuk Rujukan.
  • Doa-Doa Pilihan.
  • Dua Pilihan Warna: Hijau, Pink


Mantap Mengaji: Kaedah Al-Matien ~ Ustaz Dr. Hj Mohd Zamri Mohd Zainuldin Ustaz Haji Mohd Wahid Abd. Hanif

(SEM & SS) RM20.00 > RM18.00

Kelebihan
Kedah al-Matien ialah satu kaedah membaca al-Quran atau mengaji.
Kaedah ini di cipta dan dibentuk dalam tempoh beberapa lama.
Pengalaman dan penglibatan mereka mengajar dan membangunkan kelas pengajaran al-quran.
Kaedah ini menggabungkan kaedah lama yang dikenali sebagai kaedah Baghdadi yang telah digunakan di Nusantara buat sekian lama dengan kaedah baru seperti kaedah Iqra’,
Kaedah Qiraati dan kaedah al-Barqi.

Sinopsis
Kaedah al-Matien ialah satu kaedah membaca al-Quran atau mengaji.Kaedah ini di cipta dan dibentuk dalam tempoh beberapa lama pengalaman dan penglibatan mereka mengajar dan membangunkan kelas pengajaran al-quran. Kedah ini menggabungkan kaedah lama yang dikenali sebagai kaedah Baghdadi yang telah digunakan di Nusantara buat sekian lama dengan kaedah baru seperti kaedah Iqra’,
kaedah Qiraati dan kaedah al-Barqi.

40 Hadis Kemuliaan Kota Mekah ~ Dr. Wahyu Hidayat Abdullah

(SEM & SS) RM20.00 > RM18.00

Kelebihan
Sesuai sebagai pendedahan kepada umat Islam mengenai kelebihan dan kemuliaan tempat-tempat tertentu di kota Mekah berdasarkan dalil-dalil daripada hadis Nabi SAW.
Sebagai panduan kepada jemaah haji dan umrah yang berada di tanah suci Mekah untuk melaksanakan ibadat agar tidak ternoda dengan dosa sedikit pun ketika melaksanakan ibadat ini.
Buku ini juga bermanfaat sebagai bahan rujukan tambahan kepada pembimbing dan mutawif bagi ibadat haji atau umrah untuk memberi pencerahan, bimbingan, panduan atau kebajikan kepada jemaah haji atau umrah dalam menyempurnakan ibadat jemaah sehingga jemaah kembali ke tanah air.

Sinopsis
Mekah al-Mukarramah merupakan kota suci yang di pilih Allah SAW menjadi tempat berhimpunnya umat Islam sepanjang tahun untuk melakasanakan ibadat haji dan umrah. Beberapa tempat di kota suci Mekah Khususnya di dalam Masjidil Haram menjadi tumpuan kerana fadilat dan kelebihan yang disebut dalam al-Quran dan hadis.

 

40 Hadis Bala Bencana: Selami Hikmah di Sebalik Musibah ~ Ustaz Zulkarnain Dollah

(SEM & SS) RM12.00 > RM11.00

Kelebihan
Mengajak anda agar sentiasa reda dan mensyukuri nikmat Allah
Membantu meneguhkan keimanan terhadap Allah
memahami hikmah musibah yang dihadapi.
Memupuk sifat sabar dalam diri tatkala menghadapi kecelakaan.
Mengelakkan daripada berprasangka buruk terhadap Allah.

Sinopsis
Dalam konsep Islam, semakin besar ujian, semakin besar ganjaran (pahala) yang diperoleh. Ironinya, konsep tersebut seakan-akan diketepikan oleh para penghuni bumi, lebih-lebih lagi umat Islam sendiri disebabkan iman yang senipis kulit bawang. Mereka merasakan bahawa ujian berat yang ditempuhi itu adalah kerana Tuhan telah melupakan mereka dan ingin membebani mereka. Walhal, mungkin musibah yang menimpa mereka itu sesuatu yang baik bagi mereka.

 

Thursday, October 8, 2020

Al-Quran Al-Karim & Terjemahan Al-Kamil ~ Telaga Biru

(SEM & SS) RM75.00 > RM69.00

Kelebihan
  • Khat Baharu Yang Lebih Jelas Dan Menarik.
  • Waqaf (Merah) Dan Ibtida’ (Hijau) Yang Diwarnakan Latar Belakang Teks Al-Quran.
  • Tajwid 5 Warna Yang Diwarnakan Pada Teks Al-Quran.
  • Terjemahan Bahasa Melayu Terkini Bertema.
  • Kaedah Al-Mizan Untuk Mengakhiri Bacaan Dengan Lebih Sempurna.
  • Hadis Sahih Sebagai Info Sampingan.
  • Asbabun Nuzul Untuk Mengetahui Sebab Penurunan Ayat
  • Indeks Tematik Untuk Rujukan.
  • Doa-Doa Pilihan.


7 Surah Agung ~ Fuad Ismail

(SEM & SS) RM10.00 > RM9.50

WARNA: HIJAU, UNGU

Kelebihan:
  • Menggunakan KHAT BAHARU RASM UTHMANI.
  • PEWARNAAN BACAAN TAJWID pada teks al-Quran.
  • PEWARNAAN WAQAF & IBTIDA’ bagi ayat-ayat panjang dengan diwarnakan latar belakang teks al-Quran.
  • MUKADIMAH SURAH dinyatakan pada permulaan surah agar pembaca dapat mengetahui latar belakang surah.
  • ASBABUN NUZUL dimasukkan juga bagi mengetahui sebab penurunan ayat.
  • KELEBIHAN-KELEBIHAN SURAH berdasarkan hadis Nabi SAW dan athar daripada sahabat dan tabiin.
  • INTISARI SURAH bagi mengetahui sesuatu perbahasan atau topik dalam surah tersebut.
  • Terjemahan dan nota kaki menggunakan TERJEMAHAN PIMPINAN AR-RAHMAN.
  • PERBAHASAN RINGKAS HADIS DHAIF yang menjadi permasalahan dalam kalangan masyarakat.

 


Panduan Lengkap Ibadah Muslim Sepanjang Zaman: Surah Yasin, Tahlil, Doa, Solat Sunat, Selawat ~ Telaga Biru

(SEM & SS) RM10.00 > RM9.50

Kelebihan
Buku ini turut menyelitkan bacaan tahlil sebagai pelengkap bacaan yasin,di samping solat-solat sunat dan doa-doa saranan dalam kehidupan seharian.
Buku ini dapat membantu memantapkan dan mencambah benih keimanan dalam diri.
Disertakan dengan terjemahan Bahasa Malaysia yang mudah di fahami supaya pembaca mendapat penghayatan dan pemahaman yang lebih jelas.

Sinopsis
Yassin, tahlil dan doa menjadi bacaan lazim masyarakat, lebih-lebih lagi ketika majlis tahlil, majlis kesyukuran dan seumpamanya. Bonus bagi buku Surah Yassin terbitan Telaga Biru ini kerana ia turut dilengkapi tahlil, panduan doa pilihan, solat sunat dan selawat yang menjadi nilai tambah kepada amalan seseorang individu Muslim.

Quick Mastery Pendidikan Islam Tingkatan 1,2 & 3 ~ Ustaz Wan Ali Akbar Bin Wan Abdullah Ustaz Zulhakim Bin Munjari

(SEM & SS) RM10.90 > RM10.00

Buku Quick Mastery Pendidikan Islam Tingkatan 1, 2 & 3 Merupakan nota padat yang ringkas dan efektif dan sistematik untuk menguasai mata pelajaran ini. Buku ini juga merangkumi keseluruhan tajuk bagi sukatan pelajaran pendidikan islam KSSM tingkatan 1, 2 dan 3. Buku ini sesuai digunakan oleh murid-murid sekolah menengah rendah sebagai bahan bantu pembelajaran.

Kelebihan
  • Berdasarkan sukatan pelajaran terkini.
  • Buku ini merupakan nota padat yang ringkas serta efektif.
  • Merangkumi keseluruhan tajuk bagi sukatan pelajaran pendidikan islam kssm tingkatan 1, 2 dan 3.
  • Sesuai digunakan sebagai bahan bantu pembelajaran murid serta rujukan guru.
  • Sesuai untuk mengulang kaji pelajaran bagi menghadapi peperiksaan.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...