Hubungi Kami

Hubungi Kami

Monday, May 31, 2021

Syarah Matan: Jauharah At-Tauhid ~ Al-Imam Asy-Syeikh Ibrahim Al-Laqqani

(SEM & SS) RM22.00 > RM21.00

“Awal-awal agama adalah dengan mengenal Allah”

Buku yang berjudul Syarah Matan Jauharah At-Tauhid ini merupakan syarah bagi Matan Jauharah At-Tauhid. Buku ini membahaskan berkenaan ilmu Usuluddin yang membincangkan berkenaan Makrifatillah atau mengenal Allah. Di dalam buku ini dibahaskan perbincangan sifat-sifat Allah dan sifat-sifat Nabi sama ada sifat wajib, sifat mustahil dan sifat harus. Di samping itu juga, dihadirkan perbahasan lain seperti hukum basmalah, hukum selawat dan taradhi, sejarah Ilmu Kalam, perbincangan ayat-ayat Mutasyabihat yang terdapat di dalam Al-Quran dan lain-lain perbincangan.

Buku ini dialih tulisan ke tulisan Rumi daripada kitab asalnya dalam tulisan Jawi tanpa sebarang pindaan dari segi Bahasa dan struktur ayat bagi mengekalkan maksud asal penulis dan bagi memudahkan para penuntut ilmu mengikuti pengajian dan membuat rujukan.

Munyatul Musalli: Idaman Orang Yang Solat ~ Syeikh Daud Bin Abdullah Al-Fathani

(SEM & SS) RM10.00 > RM9.50

Bahawasanya solat lima waktu itu tiang agama dan yang terlebih besar kejadian rukun lslam Yang lima perkara kemudian daripada mengucap dua kalimah syahadah. Dan tempatnya daripada agama seperti besar kepala daripada tubuh, maka seperti bahawasanya tiada hidup bagi orang yang tiada kepala baginya, maka demikianlah tiada agama bagi orang yang tiada solat baginya. Demikianlah telah datang pada beberapa hadis Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam. 

Telah menjadikan kami Allah Subhanahu wa Ta’ala dan akan kamu daripada orang yang memelihara rakan atas solat yang lima waktu dan orang yang mukmin bagi solat yakni dan memeliharakan dia, lagi orang yang khusyuk padanya yakni tetap hatinya dan anggotanya di dalam solat, lagi yang mengekalkan atas solat yakni tiap-tiap sudah solat, dia bercita- cita hendak mengerjakan solat yang keduanya, demikianlah selama lamanya. 

Maka dengan demikian itulah menyuruh Allah Subhanahu wa Ta’ala akan segala hambaNya yang mukmin di dalam kitabNya dan dengan dia memperikan sifat mereka itu, maka firmanNya: Peliharakan oleh kamu, hai orang yang mukminin atas solat yang lima waktu dan peliharakan solat Wustha dan berdiri kamu bagi Allah

Berebut Pahala Ketika Haid ~ Haviva Abu Bakar

(SEM & SS) RM13.00 > RM12.50

Siapa kata wanita yang datang bulan tidak boleh mengumpul pahala sebanyak-banyaknya?

Buku yang ada di tangan anda ini tidak hanya tuntas mengupas berkenaan haid dan persoalan tentangnya. Contohnya definisi haid, hukum-hukumnya, tatacara bersuci setelah haid hingga ke sifat darah haid dan lain-lain. Bukan itu sahaja, buku ini juga menyingkap pelbagai cara amalan dan ibadah yang merupakan peluang bagi seorang muslimah yang datang bulan untuk terus tetap meraih pahala sebanyak-banyaknya.

Dengan buku ini seorang muslimah dapat memahami bahawa datang bulan ini adalah fitrah sekaligus anugerah dan bukan penghalang untuk mereka untuk terus-menerus beribadah.

Bacalah dan amalkanlah, bersedialah untuk mendulang sebanyak-banyak pahala serta mendapat keredhaan Allah SWT.
Sifat dan warna darah haid
Hukum-hukum dalam haid
Haid pada wanita hamil
Hikmah disebalik datangnya haid
Isu-isu unik yang berkaitan dengan haid
Amalan pendulang pahala ketika datang bulan
Menguatkan benteng diri daripada godaan syaitan ketika datang bulan

Amalan Wirid & Doa Harian Selepas Solat: Berbisik di Bumi Yang di Langit Mendengar ~ Muhammad Ali Imran

(SEM & SS) RM9.80 > RM9.50

“Wahai Tuhanku, sesugguhnya aku memohon kepada-Mu dengan menyebut nama-Mu yang suci, yang baik yang penuh keberkatan, yang lebih Engkau sukai, iaitu nama yang apabila diseru akan Dikau dengan nama itu, Engkau perkenankan permohonan dan apabila dipohonkan kepada-Mu itu, Engkau kabulkan dan apabila dimintakan sesuatu rahmat kepada-Mu dengan nama itu, Engkau kurniakan rahmat itu dan apabila dipohonkan kelapangan dari-Mu dengan nama-nama itu, maka Engkau Iapangkan”.

”Wahai Tuhan kami! Berikan kepada kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari seksa neraka.” 
(Al-Hadis-Muslim)

Ramalan-Ramalan Rasulullah s.a.w Yang Mula Menjadi Kenyataan ~ Imam Rofi'ie HN

(SEM & SS) RM10.00 > RM9.50

Menghimpunkan 33 ramalan yang diulas dan disandarkan kepada hadishadis Nabi SAW (khasnya berkenaan peristiwa-peristiwa akhir zaman). la meliputi pelbagai perkara dan urusan umat ini..dalam kehidupan mereka seperti keagamaan, kemanusiaan, ekonomi, kemasyarakatan, kepimpinan, urusan bidaah dalam agama, kesihatan, penemuan saintifik dan lain-lainnya.

Mengapa buku ini sesuai untuk dibaca,dihayati dan dimiliki?

Sebagai makhluk sosial, yang mengimani akan kematian dan pertemuan dengan Pencipta-Nya maka buku ini membicarakan tentang perkara-perkara yang akan berlaku kepada umat ini. Bersesuaian dengan kedudukan Nabi besar kita Muhammad SAW sebagai ndbi akhir zaman dan penutup bagi segala para nabi dan rasul, yang diutuskan membawa rahmat kepada seluruh alam ini. Baginda SAW telah pun meninggalkan kita lebih 1400 tahun yang lalu, tapi baginda SAW telah menerangkan dan membicarakan persoalan-persoalan yang bakal terjadi kepada umat ini.

Belajar memaafkan diri sendiri & bangkit kembali


Belajar memaafkan diri sendiri. Kerana setiap kita pernah melakukan kesilapan.
Setiap apa yang berlaku, ada pengajaran yang tersendiri.
Ingat! Apa yang Allah beri tidak pernah sia-sia.
Hidup perlu diteruskan.

Love when you are ready, not coz of lonely


Bercintalah bila kita sudah bersedia bukan kerana kita rasa keseorangan. Jika masih bujang, lakukanlah aktiviti yang menggembirakan hati, jiwa serta bermanfaat🥳🎈

Dan jika ada sudah dicintai, luahkan & tunjukkanlah kasih sayang anda pada mereka. Express & appreciate 💞💞

Wednesday, May 26, 2021

Allah Sayang Kita ~ Rohimiah Muda

(SEM & SS) RM20.00 > RM19.00

Allah Sayang Kita, sebuah bacaan motivasi santai yang mengajar kita tentang penyerahan jiwa dan kebergantungan hidup kita kepada Allah semata tatkala kita sedang diuji.

Sarat dengan peringatan dan nasihat yang berguna. Ada banyak kisah pengalaman hidup yang penulis kongsikan dan ia dikira sangat dekat dengan kehidupan kita semua. Ada pelbagai ibrah yang boleh kita kutip dan manfaatkan.

Kenapa tajuk Allah Sayang Kita? Kerana, setiap takdir yang berlaku dalam hidup kita adalah suatu seni yang sangat indah daripada Allah yang Maha Kuasa. Setiap hari yang kita lalui, penuh dengan takdir Allah yang menguji iman dan jiwa kita. Sebenarnya, itulah bahasa kasih sayang Allah kepada setiap hamba-Nya.

 

Wednesday, May 19, 2021

Berjuang Urus Emosi ~ Fatimah Syarha

(SEM & SS) RM40.00 > RM38.00

Transisi kehidupan daripada seorang gadis menjadi seorang ibu, pasti akan meninggalkan kesan berbentuk emosi, mental dan fizikal buat seseorang.

Buku ini menawarkan solusi perjuangan mengurus emosi yang dilalui para ibu bersumberkan Al-Quran dan As-Sunnah, perubatan moden dan pengalaman peribadi.

 

Goodbye Sedih & Kecewa ~ Ririn Rahayu

(SEM & SS) RM30.00 > RM28.00

Hidup memang perpindahan daripada satu masalah ke masalah yang lain. Apabila lulus satu ujian, kita akan berdepan dengan ujian seterusnya. Begitulah selanjutnya. Maka, sebagai Muslimah, kita sepatutnya memiliki pertahanan diri yang kuat terhadap serangan masalah. Sekiranya tidak, kita akan terumbang-ambing sehinggakan tidak lagi dapat merasakan indahnya kehidupan.

Kekuatan ini pula akan membentuk jati diri seorang Muslimah. Si Fulanah yang pantang berputus asa, Si Halimah yang sayang kepada mentua, Si Inayah yang memelihara alam sekitar, Si Shireen yang mampu mendidik anak-anaknya menjadi soleh dan solehah, Si Walidah yang disayangi jiran tetangga, dan lain-lain lagi. Bukan sebaliknya, seorang Muslimah yang berperangai buruk, mudah tersinggung, perosak rumah tangga, mencabar suami, tidak menghormati orang tua, dan sebagainya. Nauzubillah.

Tidak mudah untuk menjadi Muslimah cekal yang mampu menguruskan semua masalah dengan sempurna. Kadangkala kita sebagai manusia biasa berasa penat, sesak, keliru, dan mungkin bosan. Kadangkala hati kita dirundung sepi sehingga tidak mampu melihat jalan keluar dengan lebih jelas.

Kisah-Kisah Tidak Sahih di Meja Penceramah ~ Dzulkhairi Md Noor

(SEM & SS) RM27.00 > RM25.00

Menceritakan mengenai kisah-kisah nabi, sahabat dan ulama terdahulu yang perlu disemak semula kesahihannya. Menariknya, kisah-kisah tersebut popular dan selalu diulang kali dalam ceramah. Setiap kisah yang didatangkan di dalam buku ini akan disertakan sekali dengan hujah, dalil, pendapat ulama menyatakan bahawa kisah-kisah tersebut adalah tidak sahih.

Kandungan:
Kish Rasulullah s.a.w. Dianiaya Oleh Jiran Yahudi
Kisah Penderhakaan Alqamah Terhadap Ibunya
Kisah Pertarungan Antara Rasulullah s.a.w. Denngan Rukanah Bin Abd Yazid
Adakah Umat Islam Berpuasa Ketika Perang Badar?
Kisah Tha’labah Bin Abd Al-Rahman
Umar r.a. Berhijrah Secara Terang-terangan?
Kisah Wanita yang Taatkan Suami
Kisah Hindun Melapah Hati Hamzah
Usia Ummu Al-Mukminin Khadijah
Kisah Umar Al-Khattab r.a.Menanam Anak Perempuannya
Kalimah Ummati (Umatku) Sebelum Rasulullah s.a.w. Wafat

200 Tip Rajin Selawat ~ Tengku Zahirul

(SEM & SS) RM10.00 > RM9.70

Buku 200 Tip Rajin Selawat mengumpulkan info-info berkenaan selawat merangkumi definasi selawat, hukum, faedah, jenis-jenis termasuk pensyariatan selawat. Buku ini adalah buku bersaiz poket yang mudah dibawa ke mana sahaja. Ia terbahagi kepada 3 bahagian utama yang khusus membincangkan berkenaan selawat.
 

Tuesday, May 11, 2021

Sayangi Sahabat Nabi s.a.w


Hati-hati dalam berkata.

Para sahabat Nabi s.a.w adalah lelaki-lelaki yang dipilih oleh Allah untuk mendampingi Baginda hingga akhir hayatnya. Ada di antara mereka juga sudah dijamin syurga.

Peliharalah Hati


Peliharalah hati kita dengan sebaik-baiknya. Kita belajar sangka baik, belajar sabar, belajar berlemah-lembut, belajar mencintai serta berkasih sayang.

Telah Terbit Bulan Purnama ~ Ustaz Muhadir Hj. Joll

(SEM & SS) RM20.00 > RM19.00

Kewujudan Nabi Muhammad SAW adalah rahmat yang besar untuk seluruh alam. Sepertimana bulan purnama memancarkan cahaya, Nabi Muhammad SAW adalah penunjuk jalan, pembimbing dan tokoh terulung yang wajar dimuliakan dan disanjung sepanjang zaman. Naskhah ini berbicara tentang keistimewaan dan kelebihan Nabi Muhammad SAW dan bagaimana para Sahabat dan generasi-generasi selepas mereka mencintai dan memuliakan Baginda dengan mengadakan sambutan Maulidur Rasul dan mengarang kitab serta menyusun qasidah.
 

Nota Har.Ta.Nah Sentap ~ Harith Faisal

(SEM & SS) RM50.00 > RM47.00

Orang sekarang pelik-pelik. Bila ditanya, "Kenapa kau tak beli rumah lagi?" Jawabnya, "Tak mampu bro. Mahal rumah sekarang ni." Tapi relaks dan selamba pakai kereta yang bayarannya RM1,000 sebulan.

Sebenarnya, faktor utama sukar memiliki rumah pertama adalah kegagalan urus kewangan dengan baik, tidak meletakkan pemilikan rumah sebagai prioriti dan sikap tunggu dan lihat yang menebal.

Ada golongan yang menanti harga rumah turun, barulah nak membeli. Tapi, tiada persediaan awal, tidak pernah mula buat simpanan, tidak rajin mencari ilmu kewangan dan hartanah.

Golongan ini, jika harga rumah turun pun tidak akan mampu membeli kerana dia langsung tidak bersedia serba-serbi. Perkara pertama yang dia perlu ada adalah kesedaran. Kemudian, ilmu.

Maka, buku ini ditulis untuk anak muda yang sedang mencari jalan mendapatkan rumah pertama, hala tuju kewangan dan kehidupan yang lebih baik. Semoga kandungan buku ini menjadi inspirasi kepada kita semua untuk cepat-cepat mula mengurus kewangan pada waktu muda dan beli rumah pertama di awal usia.

66 Hadis Fadhilat Ramadhan ~ Ustaz Muhadir Haji Joll

(SEM & SS) RM19.00 > RM18.00

Keistimewaan dan kelebihan bulan Ramadhan sering disebut sebagai suatu galakan kepada umat Islam supaya bersungguh-sungguh melaksanakan ibadah. Buku ini menghimpunkan 66 hadis yang menceritakan pelbagai kelebihan atau fadhilat bulan Ramadhan yang menjadikannya sebagai Penghulu segala bulan. Mudah-mudahan apabila hadis-hadis ini difahami dan dihayati, kita akan lebih bersemangat untuk membanyakkan ibadah khususnya pada bulan Ramadhan dengan hati yang ikhlas dan penuh rasa cinta kepada Allah.

Antara Kandungan:
(A) Fadhilat Bulan Ramadhan
(B) Fadhilat Puasa Ramadhan
(i) Fadhilat Puasa Secara Umum
(ii) Fadhilat Puasa Ramadhan Secara Khusus
(C) Fadhilat Qiyam Ramadhan (Solat Tarawih)
(D) Fadhilat Memberi Makan Kepada Orang yang Berpuasa
(E) Fadhilat Membaca Al-Qur’an dalam Bulan Ramadhan
(F) Fadhilat Bersedekah dalam Bulan Ramadhan
(G) Fadhilat Sahur
(H) Fadhilat Iktikaf
(I) Fadhilat Lailatul Qadar
(J) Fadhilat Umrah pada Bulan Ramadhan
(K) Fadhilat Meneruskan Puasa 6 Hari dalam Bulan Syawal Selepas Ramadhan
(L) Sebahagian Amalan Rasulullah SAW dalam Bulan Ramadhan

Ringkasan Feqah Puasa ~ Ustaz Muhadir Haji Joll

(SEM & SS) RM19.00 > RM18.00

Bermula dengan pengertian, sejarah asal puasa, hukum-hakam, syarat-syarat, rukun-rukun, perkara-perkara sunat dan perkara-perkara yang membatalkan puasa. Turut dijelaskan golongan-golongan yang dibenarkan untuk berbuka atau tidak berpuasa dan denda serta fidyah yang perlu dibayar jika meninggalkan puasa. 

Semoga ibadah puasa yang dilaksanakan saban tahun dilakukan dengan ilmu yang jelas dan mantap, tanpa ragu-ragu serta mendapat ganjaran pahala sebanyak-banyaknya.

Sunday, May 2, 2021

Buatlah baik & biar Allah membalasnya


 Teruskan berbuat baik. Biar Allah membalasnya.

Buku: Ahmad Affzan Abdullah. 2018. Kalau-Lah. Komrad Buku. Selangor.

Dosa yang menghinakan


Setiap manusia adalah pendosa.

Jangan pandang rendah orang lain hanya kerana kita rasa diri lebih baik. Kita tidak tahu pengakhirannya dia menjadi hamba DIA yang dirahmati.

Buku: Bonda Nor. 2017. Be Cool. Galeri Ilmu Sdn Bhd. Kuala Lumpur.

Fiqh Perbandingan Isu-isu Fiqh Terpilih ~ Dr.Basri bin Ibrahim/Al-Hasani Al-Azhari

(SEM & SS) RM50.00 > RM47.00

Buku yang disusun oleh Dr. Basri bin Ibrahim AI-Hasani AI-Azhari yang bertajuk “Fiqh Perbandingan : Isu-Isu Fiqh Terpilih”.Tujuan penyusunannya adalah untuk mendedahkan para pembaca dengan pandangan-pandangan ulama Islam tentang berbagai-bagai isu yang timbul di dalam masyarakat, dalil-dalil yang menjadi hujah di kalangan mereka, perbahasan ke atas dalil-dalil tersebut, seterusnya mengetahui pendapat yang terpilih berdasarkan kepada dalil dan hujah yang paling kuat di antara pendapat yang diutarakan.

Mudah-mudahan buku ini dapat menyuntik semangat kepada umat Islam untuk membuat kajian di dalam satu-satu isu yang timbul di dalam masyarakat dengan mengemukakan dalil-dalil yang mantap daripada AI-Quran, Al-Hadis, ljmak Ulama, kaedahkaedah fiqh, pendapat-pendapat ulama yang muktabar dan lainlainnya. Supaya dengan itu, tradisi menelaah pendapat-pendapat ulama lain dan mengkaji sebelum menerima pendapat mereka, dapat disebarluaskan di dalam masyarakat, lebih-lebih lagi di kalangan para penuntut ilmu dan lulusan institusi pengajian tinggi yang berlatarbelakangkan pengajian Islam.

 

Ibanah Al-Ahkam Syarah Bulugh Al-Maram Subulus Salam Jilid 4 ~ Alawi Abbas al-Maliki Hasan Sulaiman al-Nuri

(SEM & SS) RM55.00 > RM52.00
 

Kitab Bulugh al-Maram merupakan kitab paling popular yang memuatkan himpunan dan penjelasan hadis-hadis tentang hukum Islam yang dihimpun oleh alHafiz Ibn Hajar al-‘Asqlani pada abad ke-8 Hijriah. Sebelumnya sudah ada 36 karya yang mensyarahkan karya agung ini, antara lain adalah syarah yang berjudul lbanah al-Ahkam yang ditulis oleh Hasan Sulaiman al-Nuri, ‘Alwi ‘Abbas al-Maliki dan Abu Abdullah bin Abd al-Salam ‘Allusy. Antara keistimewaan syarah ini adalah bahasa yang digunakan mudah difahami dengan perbahasan yang sistematik. Setiap hadis diberikan huraian secara keseluruhan, kemudian diikuti dengan analisis lafaz yang terdapat di dalam hadis tersebut clan diikuti dengan membahas hukum-hakam fiqh yang terkandung di dalamnya. 

Pada bahagian akhir di setiap bab dibuatkan satu kesimpulan dan ditambahkan dengan soalan-soalan yang berkaitan dengan perbahasan sebelumnya. Inilah yang membezakan syarah-syarah Bulugh al-Maram yang lain dengan kitab Ibanah al-Ahkam ini. Karya ini patut dimiliki oleh setiap Muslim tanpa mengira peringkat, sama

Ibanah Al-Ahkam Syarah Bulughul Al-Maram Subulus Salam Jilid 3 ~ Alawi Abbas al-Maliki Hasan Sulaiman al-Nuri

(SEM & SS) RM55.00 > RM52.00

Kitab Bulugh al-Maram merupakan kitab paling popular yang memuatkan himpunan dan penjelasan hadis-hadis tentang hukum Islam yang dihimpun oleh alHafiz Ibn Hajar al-‘Asqlani pada abad ke-8 Hijriah. Sebelumnya sudah ada 36 karya yang mensyarahkan karya agung ini, antara lain adalah syarah yang berjudul lbanah al-Ahkam yang ditulis oleh Hasan Sulaiman al-Nuri, ‘Alwi ‘Abbas al-Maliki dan Abu Abdullah bin Abd al-Salam ‘Allusy. 

Antara keistimewaan syarah ini adalah bahasa yang digunakan mudah difahami dengan perbahasan yang sistematik. Setiap hadis diberikan huraian secara keseluruhan, kemudian diikuti dengan analisis lafaz yang terdapat di dalam hadis tersebut clan diikuti dengan membahas hukum-hakam fiqh yang terkandung di dalamnya.. Pada bahagian akhir di setiap bab dibuatkan satu kesimpulan dan ditambahkan dengan soalan-soalan yang berkaitan dengan perbahasan sebelumnya. Inilah yang membezakan syarah-syarah Bulugh al-Maram yang lain dengan kitab Ibanah al-Ahkam ini. 

Karya ini patut dimiliki oleh setiap Muslim tanpa mengira peringkat, sama ada golongan profesional, akademik mahupun pelajar bahkan orang awam sekalipun. Dengan karya ini, setiap muslim dapat

Ibanah Al-Ahkam Syarah Bulugh Subulus Salam Jilid 2 ~ Alawi Abbas al-Maliki Hasan Sulaiman al-Nuri

(SEM & SS) RM55.00 > RM52.00

Kitab Bulugh al-Maram merupakan kitab paling popular yang memuatkan himpunan dan penjelasan hadis-hadis tentang hukum Islam yang dihimpun oleh alHafiz Ibn Hajar al-‘Asqlani pada abad ke-8 Hijriah. Sebelumnya sudah ada 36 karya yang mensyarahkan karya agung ini, antara lain adalah syarah yang berjudul lbanah al-Ahkam yang ditulis oleh Hasan Sulaiman al-Nuri, ‘Alwi ‘Abbas al-Maliki dan Abu Abdullah bin Abd al-Salam ‘Allusy. 

Antara keistimewaan syarah ini adalah bahasa yang digunakan mudah difahami dengan perbahasan yang sistematik. Setiap hadis diberikan huraian secara keseluruhan, kemudian diikuti dengan analisis lafaz yang terdapat di dalam hadis tersebut clan diikuti dengan membahas hukum-hakam fiqh yang terkandung di dalamnya.. Pada bahagian akhir di setiap bab dibuatkan satu kesimpulan dan ditambahkan dengan soalan-soalan yang berkaitan dengan perbahasan sebelumnya. Inilah yang membezakan syarah-syarah Bulugh al-Maram yang lain dengan kitab Ibanah al-Ahkam ini. 

Karya ini patut dimiliki oleh setiap Muslim tanpa mengira peringkat, sama ada golongan profesional, akademik mahupun pelajar bahkan orang awam sekalipun. Dengan karya ini, setiap muslim dapat

Ibanah Al-Akham Syarah Bulugh Al-Maram Subulus Salam Jilid 1 ~ Alawi Abbas al-Maliki Hasan Sulaiman al-Nuri

(SEM & SS) RM55.00 > RM52.00

Kitab Bulugh al-Maram merupakan kitab paling popular yang memuatkan himpunan dan penjelasan hadis-hadis tentang hukum Islam yang dihimpun oleh alHafiz Ibn Hajar al-‘Asqlani pada abad ke-8 Hijriah. Sebelumnya sudah ada 36 karya yang mensyarahkan karya agung ini, antara lain adalah syarah yang berjudul lbanah al-Ahkam yang ditulis oleh Hasan Sulaiman al-Nuri, ‘Alwi ‘Abbas al-Maliki dan Abu Abdullah bin Abd al-Salam ‘Allusy. 

Antara keistimewaan syarah ini adalah bahasa yang digunakan mudah difahami dengan perbahasan yang sistematik. Setiap hadis diberikan huraian secara keseluruhan, kemudian diikuti dengan analisis lafaz yang terdapat di dalam hadis tersebut clan diikuti dengan membahas hukum-hakam fiqh yang terkandung di dalamnya. 

Pada bahagian akhir di setiap bab dibuatkan satu kesimpulan dan ditambahkan dengan soalan-soalan yang berkaitan dengan perbahasan sebelumnya. Inilah yang membezakan syarah-syarah Bulugh al-Maram yang lain dengan kitab Ibanah al-Ahkam ini. Karya ini patut dimiliki oleh setiap Muslim tanpa mengira peringkat, sama ada golongan profesional, akademik
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...