Hubungi Kami

Hubungi Kami
Showing posts with label Kertas Terbang Studio. Show all posts
Showing posts with label Kertas Terbang Studio. Show all posts

Thursday, April 25, 2019

HOPE ~ Ariff Khairuddin

(SEM & SS) RM22.00 > RM19.40

20 orang anak muda tempatan, 7 buah ambulans tajaan rakyat Malaysia, 5 buah negara Eropah dilalui; United Kingdom, Perancis, Itali, Greece dan Bulgaria. Lebih 3,200 km perjalanan, 6 kali ditahan pihak berkuasa dan Satu matlamat. BBC News mengangkat kisah ini sebagai konvoi kenderaan penyelamat terbesar yang pernah dibawa dari United Kingdom.

Travelog kemanusiaan berbahasa Inggeris yang diterjemah dari karya asal bertajuk ‘Hadiah Buat Nur’ ini terbina daripada pengalaman penglibatan peribadi penulis dalam misi menghantar ambulans yang dipandu sendiri melalui laluan darat dan laut negara Eropah. Setiap bab digarap dengan pelbagai konflik, meletakkannya di dalam posisi kisah benar yang wajib untuk dibaca.

Perjalanan ribuan kilometer itu sudah tentu tidak lengkap tanpa ujian. Bermusafir di negeri asing, berhadapan isu iklim dan budaya masyarakat tempatan yang berbeza, menelusuri dunia yang didoktrin dengan persepsi Islamofobia, pengorbanan para sukarelawan dari pelbagai negara ini memerlukan kekuatan dan ukhwah yang hebat.

Sepatu Boleh Terbang ~ Bella, Sarah

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.00

Pernah punya mimpi yang ‘terlalu mahal’ dan kemudian melupakannya? Tapi, bagaimana jika kemudian mimpi itu terwujud? Pernah stress dikejar deadline menulis tugas akhir dan dimarahi dosen pembimbing karena otak kita pas-pasan? Tapi, bagaimana jika dosen pembimbing tersebut berasal dari negara lain sehingga kultur kita yang berbeda menyebabkan kesalah pahaman?

Pernah patah hati dan kemudian kembali bersemangat karena dihibur teman-teman dekat? Tapi, bagaimana jika teman-teman dekat itu jauh dan kita harus merasakan pedihnya patah hati ini sendirian? Dalam buku ini, Sarah dan Belle menceritakan betapa pentingnya kemandirian dan kerja keras dalam menuntut ilmu di negara lain. Mereka juga mengisahkan bagaimana doa dan keyakinan bisa merubah apa yang menurut mereka mustahil menjadi mungkin.

Semoga para pembaca bisa mendapatkan lecutan motivasi untuk pantang menyerah dalam menuntut ilmu dan meraih cita-cita, serta terbang ke negara lain untuk menghayati makna-makna kehidupan yang Allah ajarkan. Karena terbang bukan angan-angan.

Bulan Bintang Singapura ~ Nilam Tang

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.00

Buku ini mengisahkan tentang perjalanan Nilam Tang yang melakukan beberapa siri kunjungan ke Singapura untuk menyelami kerohanian dan melihat perkembangan agama islam di sebuah negara yang dianggap demokratik sekular. Pada masa yang sama menjejaki kenangan hidup emaknya sejak tahun 60-an hingga kini.

Singapura yang dahulunya dihuni majoriti masyarakat melayu berubah lanskapnya setelah kedatangan inggeris dan kemasukan ramai pendatang luar menjadikan kuasa politkk dan majoriti penduduk juga berubah bukanlah satu hal yang mustahil akan terjadi di mana-mana jua. Penulis merasakan pengalaman kembara sebagai muslim dan minoriti dengan cara bergaul dan menjalani kehidupan sebagaimana warganegara ‘minoriti’ Singapura melaluinya.

Makanya, untuk membesarkan minoriti itu, penulis pergi ke pasar-pasar besar, mendatangi pekan-pekan dan rumah-rumah Melayu, ziarah puluhan masjid, menyertai kuliah-kuliah, dan akhirnya penulis mendapati kategori ‘minoriti’ tidak menenggelamkan malah membangkitkan Muslim Singapura dari dalam. Seperti lambang metafora bulan dan bintang di kubah masjid di Singapura sebagai lambang keislaman dan penyatuan. Bagi penulis pula bulan yang satu tak pernah tenggelam di kalangan majoriti bintang-bintang. Kedua-duanya saling mendokong dan memperindah alam.

Api Caucasus ~ Nh Rsb

(SEM & SS) RM18.00 > RM15.80

Berjalanlah seperti api dan meninggalkan debu di belakang.

Api Caucasus adalah kisah pengembaraan dua sahabat yang diberi peluang untuk menyaksikan kebesaran Yang Maha Esa di Azerbaijan, sebuah negara yang digelar The Land of Fire. Negara ini yang terletak di sebuah rantau yang dinamakan Rantau Caucasus ini adalah negara yang dikatakan menjadi tanah kepada sebuah gunung yang tidak pernah padam apinya selama ratusan tahun walau dilanda ribut taufan, hujan mahu pun salji.

Betapa besarnya kekuasaan Allah S.W.T menciptakan satu kawasan yang dinamakan Yanar Dagh ini. Pengembaraan yang diselangi oleh pahit manis peristiwa-peristiwa yang tidak mereka jangka menjadikan mereka hampir membatalkan pengembaraan ke sana. Selami juga pengalaman bergaul dengan masyarakat berbangsa Azeri dan berbahasa Azeri di tanah bekas jajahan Soviet Union ini.

Mengetuk Pintu Makonaima ~ Alisa Omar

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.00

Berkisar tentang pengembaraan Alisa Omar dalam menjejaki air terjun yang berusia 1.7 billion tahun di Guyana. Selain dari itu, beliau juga mengembara ke dua lagi negara eksotik di benua Amerika Selatan iaitu Suriname dan French Guiana.

Di sepanjang perjalanannya, dia bertemu dengan pelbagai jenis lapisan masyarakat yang bagaikan menunggu kehadirannya untuk membongkar kisah-kisah kehidupan mereka. Antaranya, bagaimana rakyat bangkit selepas terkesan dari insiden berdarah gara-gara permusuhan antara dua individu gila kuasa?

Wajarkah kerja kerahan tenaga diberikan kepada para banduan atas dasar untuk mengubah moral mereka dengan bajet yang lebih murah? Apa pula kaitan Makonaima dengan Alisa Omar?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...