Hubungi Kami

Hubungi Kami

Monday, June 19, 2017

Ustaz, Apa Hukumnya... ~ Dr. Farid Ravi Abdullah

(SEM & S/S) RM18.00 > RM15.80

Agama adalah kefahaman, setiap orang Islam wajib mengetahui apa yang boleh dan apa yang tidak boleh dalam agama. Maksudnya dalam Islam ada halal ada haram, ada sunat dan harus, dan ada makruh. Untuk mengetahui semua itu, seorang Muslim wajib menuntut ilmu supaya dia tahu apa yang dia buat,

Buku ini adalah hasil daripada himpunan soal jawab agama yang saya tulis dalam pelbagai media cetak. Kesemua soalan dan jawapan yang dimuatkan di dalam buku ini adalah asal daripada soalan orang ramai yang ada kemusykilan agama. Saya menjawab dengan merujuk pada Mazhab al-Syafie dan mazhab-mazhab muktabar yang lain, juga saya merujuk pada kitab-kitab fikah, tafsir, hadis, dan lain-lain yang berkaitan.

Antara Kandungan:
Quran
1) Hukum Membaca Al-Fatihah Dengan Satu Nafas
2) Hadiahkan Al-Fatihah Kepada Arwah
3) Membaca Al-Quran Dengan Tertib
4) Haram Dedah Aurat Baca Al-Quran
5) Harus Melagukan Bacaan Al-Quran
6) Ulamak Haruskan Baca Al-Quran Untuk Si Mati
7) Al-Quran Dipelajari Dengan Hadis
8) Hadis Tidak Boleh Menolak Al-Quran
9) Al-Quran Bukan Untuk Kepentingan Peribadi
10) Ayat-Ayat Kauniyyat Bukti Kehebatan Allah

Solat
1) Azan Apabila Tiba Waktunya
2) Solat Taubat Hanya Sunat
3) Wanita Lebih Utama Solat di Rumah
4) Sujud Lama Tidak Batalkan Solat
5) Solat Sempurna Cegah Keburukan
6) Solat dalam Kenderaan
7) Khutbah Jangan Menghentam
8) Menangis dalam Solat
9) Bacaan Qunut dalam Solat Subuh Bukan Amalan Bidaah
10) Solat Sunat Taubat
11) Kusyuk Tingkatkan Kualiti Solat

Syurga Pak Hang! ~ Ustaz Abdullah Khairi

(SEM & S/S) RM20.00 > RM17.60

Himpunan topik masa kini berkaitan ibadah yang diolah dengan gaya penulisan yang mudah difahami. Setiap topik bersandarkan sumber daripada al-Quran, hadis dan pandangan-pandangan mazhab. Setiap satu topik juga disertakan dengan kata-kata 'direct' daripada Ustaz Abdullah Khairi berserta nasihat-nasihat penting daripada beliau.

Antara Kandungan:
Beribadat Gaya Nabi
Berselawat kepada Nabi
Solat Jenazah Ghaib
Doa Senjata Mukmin
Beribadah dengan Ilmu
Melazimkan Diri ke Masjid
Khusyuk dengan Berwuduk
Berdoa Ketika Wuduk
Solat Ketika Musafir
Menjauhi Kesesatan Dunia
Memilih Pasangan Hidup
Cari Akhirat, Dunia Jangan Dilupa
Perkahwinan Selepas Perceraian
Meredai Kemampuan Suami

Friday, June 16, 2017

Aku Tanpa Allah? Nothing! ~ @nashihatku

(SEM & S/S) RM29.00 > RM25.50

Karena cinta-Mu, aku bisa tetap menghirup udara, merasakan oksigen.
Karena cinta-Mu, mata ini tetap berkedip sesuai ritme yang Engkau atur.
Karena cinta-Mu, telinga ini senantiasa rindu mendengar lantunan ayat-ayat suci-Mu.
Ya Allah ...
aku hanya ingin melangkahkan kaki untuk menuju ridha-Mu.

Apakah Allah memperhatikan kita saat ini? Pasti.
Apakah Allah Mahatahu persoalan yang sedang kita hadapi? Pasti.
Apakah Allah tahu persis semua jalan keluar persoalan yang sedang kita hadapi? Tahu. Bahkan, Allah Mahatahu.
Setiap persoalan pasti ada jalan keluar. Kadang kita sendiri yang buru-buru mengaku lelah untuk menghadapi masalah.
Kita merasa putus asa dari mendapat rahmat Allah.

Buku ini bukan tentang cinta. Buku ini tentang bagaimana agar kamu, iya kamu, dan tentu kita semua, lebih mesra dengan Allah.
Mengapa harus lebih mesra?
Karena tanpa cinta-Nya, sungguh kita bukanlah apa-apa...


Al-Farabi: Filsuf Ulung Islam ~ Dr. Adibah Abdul Rahim, Abdul Rauf Badaruddin

(SEM & S/S) RM15.00 > RM13.20

AL-FARABI (257H/870M – 339H/950M) boleh dianggap sebagai filsuf Islam pertama yang mengemukakan sistem falsafah tersendiri yang holistik. Beliau digelar sebagai al-Mu’allim al – Tsani, iaitu Guru Kedua dalam ilmu logik dan falsafah setelah Aristotle. Karya- karya beliau khususnya dalam bidang logik, klasifikasi ilmu dan politik masih dikaji di Timur dan Barat sehingga hari ini.

Selain biografi al-Farabi, buku ini turut memuatkan falsafah-falsafah beliau seperti falsafah ilmu, falsafah ketuhanan dan alam semesta, falsafah wahyu dan kenabian, falsafah kemanusiaan serta falsafah politik. Antara keistimewaan buku ini juga ialah pemaparan komentar kritis Imam al-Ghazali yang mewakili perspektif Ahli Sunnah Wal Jamaah terhadap pemikiran al-Farabi.


Tuesday, June 13, 2017

Praktik Solat Jenazah dan Pengurusannya ~ Zul Aimran Omar

(SEM & S/S) RM15.00 > RM13.20

Setiap daripada kita pasti akan menerima berita kematian seseorang, sama ada kematian ahli keluarga ataupun kenalan. Maka, ketika itu pengetahuan tentang tatacara solat jenazah dan pengurusan jenazah perlulah diketahui sebagai persediaan menghadapi saat itu.

Suri hati Mr. Husband ~ Nur Solihah Ibrahim

(SEM & S/S) RM17.00 > RM15.00 

Letakkan sepenuh kebergantungan kepada Tuhan, insya Allah Dia akan permudahkan.

Pada asalnya buku ini kelihatan tidak mustahak. Nmaun apabila membaca dengan tekun dan teliti, ia memberi satu pilihan besa kepada wanita akhir zaman. - Prof. Muhd Kamil Ibrahim

Friday, June 2, 2017

Nota Hati Seorang Lelaki ~ Pahrol Mohamad Juoi

(SEM & S/S) RM28.00 > RM24.60

‘Nota Hati Seorang Lelaki' adalah gugusan kisah benar yang dirasai sendiri oleh penulis sepanjang kembara kehidupannya sebagai anak, suami dan ayah. Catatan-catatan ini adalah suara hati anda sendiri yang cuba disampaikan bagi pihak anda. Yakni, suara ‘hati kecil' kita yang lebih murni, tulus dan insaf, tetapi sering ditenggelamkan oleh ‘hati besar' kita yang ego, bangga dan alpa.

Cuaca Rumah Tangga
“Bila kepahitan berlalu, manis pun datang. Kita pun berbulan madu. Kemudian, pahit datang lagi. Bulan madu berakhir seketika. Kemudian manis datang lagi, bulan madu pun berulang lagi... Begitulah seterusnya mengikut cuaca rumah tangga.”

Tukar Tangan, Bukan Lepas Tangan!
“Dah kahwin. Anak perempuan sudah bersuami. Ibu bapa dah lepas tangan kepada menantu lelaki untuk menjaga anak perempuan mereka. Macam kita memandu kereta, tiba-tiba kita lepas stereng. Bayangkan!”

Jadilah Seorang Raja
Seorang Raja bertanya kepada seorang petani miskin, “Siapa kamu?”
“Saya raja,” jawab petani.
“Raja?” ujar raja itu kehairanan.
“Ya, raja pada diri saya sendiri!”
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...