Hubungi Kami

Hubungi Kami

Monday, March 25, 2013

Dosa-dosa Suami Yang Paling Dibenci Allah s.w.t ~ Ach. Syaiful A'la

Dunia ini hanya sementara. Begitu jugalah dengan nikmat dan keseronokannya juga hanya sekelip mata sahaja. Yang kekal dan abadi adalah pembalasan- dan kehidupan di akhirat kelak. Bagaimanakah keadaan dan nasib kita di sana nanti, pastilah balasannya seperti apa yang kita lakukan ketika di dunia ini. Manakala iblis dan syaitan pula akan terus bekerja keras memujuk rayu manusia untuk ingkar perintah Allah.

Khususnya buat para suami, perlu diketahui bahawa banyak perlakuan sama ada dari segi percakapan, perbuatan ataupun pandangan yang mampu menjerumuskan kita ke lembah dosa dan keingkaran. Tanpa kita sedar ia juga merupakan dosa yang paling dibenci Allah. Apakah dosa-dosa itu? Buku akan menghuraikan topik perbicaraan yang mudah untuk difahami dan dijadikan teladan. Didatangkan dengan dalil serta nas daripada Al-Quran dan Sunnah. Malah dengan penjelasan yang komprehensif tenting dosa-dosa yang sering dilakukan oleh para suami, baik disedari ataupun tidak; disengajakan ataupun tidak, insya Allah akan memberikan kita cahaya ilmu dan kasih sayang Allah kepada hamba-Nya.

*****

(SEM) RM14.00 - RM12.30
(S/S) RM16.00 - RM14.10

Sejuta Khasiat Serta keajaiban Sari Kurma dan Susu Unta ~ Agus N. Cahyo

Pasti ramai dalam kalangan kita yang pernah mendengar tentang khasiat sari kurma dan susu unta? Dan ada juga yang pernah menggunakannya. Seperti yang kita ketahui, kedua-dua sumber nutrisi ini terdapat banyak di negara timur tengah atau di Semanjung Arab yang beriklim panas kering atau padang pasir. 

Namun dengan kecanggihan sistem pengangkutan masa kini bahan nutrisi ini mudah didapati di mana sahaja dalam keadaan yang segar dan berkhasiat. Tentu saja kita ingin tahu lebih mendalam apakah khasiat yang terkandung di dalam sari kurma dan susu unta ini. Dan bagaimanakah membuat adunan makanan ini agar sesuai dengan selera atau 'tekak'masyarakat kita tanpa mengurangkan khasiat dan keasliannya.

Buku ini menghadirkan pelbagai informasi berguna untuk anda tentang makanan ini. Dengan penjelasan, dan huraian yang lengkap, anda akan mengetahui apakah manfaat dan khasiat sari kuma dan susu unta untuk tubuh badan kita.

*****

(SEM) RM8.00 - RM7.00
(S/S) RM10.00 - RM8.80

Fikih Dakwah: Kepentingan Tauhid Dalam Hidup Manusia ~ Sayyid Quthb

As-Syahid Sayyid Quthb adalah salah seorang tokoh Islam kontemporari yang sangat dikenali di seluruh dunia. Sumbangan dan buah fikiran yang beliau berikan kepada generasi muda Islam sekarang begitu besar. Lebih-lebih kini dalam keadaan umat Islam yang semakin dihimpit oleh pclbagai cabaran dan dugaan yang begitu kompleks dan canggih. Seiring dengan kepesatan dan kecanggihan teknologi yang menjadikan dunia maklumat semakin terbuka dan tidak bersempadan. Idea dan buah fikiran yang Sayyid Quthb terjemahkan mcmberikan inspirasi kepada generasi kini khususnya di zaman digital dan teknologi ini.

Walaupun perjalanan untuk merealisasikan idea tersebut penuh dengan ranjau dan rintangan. Sehingga menyaksikan beliau telah meringkuk di dalam penjara dan akhirnya syahid dalam menegakkan Islam. Walaupun di kelilingi oleh tembok penjara dan jeriji besi, hasil buah fikiran yang dikurniakan Allah telah beliau catatkan dengan mata penanya yang tidak berheti menari menukilkan kesegaran tentang Islam dan dakwahnya kepada semua. Terdapat beberapa tulisan yang beliau telah karang semasa beliau sedang dipenjarakan. Naskhah ini merupakan hasil karangan beliau yang telah dikumpulkan dari penjara tempat beliau dikurung, ia telah disusun mengikut bab tertentu oleh Ahmad Hassan. Dan diberi tajuk k 'Fiqhud-Da'wah : Maudhu'at fi ad-Da'wah wal Harakah' berdasarkan huraian dan pencerahan yang dicatatkan di dalam helaian tulisan Sayyid Quthb.

Semoga dengan usaha penulis dan juga kegigihan penyusunnya, generasi kini mendapat manfaat ilmu yang berguna, yang boleh dikerahkan untuk memartabatkan Islam dan dakwahnya.

*****

(SEM) RM35.00 - RM30.80
(S/S) RM38.00 - RM33.40

Perubatan Rasulullah: Kenapa Rasulullah Sentiasa Sihat? ~ Ibnu Qayyim Al-Jauziyah

Jika kita perhati masa kini, pembangunan yang pesat dan kemajuan yang canggih dalam pelbagai bidang tidak boleh disangkal lagi. Namun dari sudut kesihatan pula, semakin canggih dan maju teknologi perubatan, pelbagai penyakit, virus dan bakteria berbahaya yang timbul. Malah kini sering mendengar bahawa penyakit itu juga dikategorikan mengikut tahap bahayanya. Mengapa ini berlaku walaupun wujudnya kemodenan dan kecanggihan dalam teknologi perubatan, pencegahan dan pemulihan?

Kita kembali ke zaman lebih 1400 tahun dahulu, iaitu di zaman Rasulullah S.A.W. Kenapa Rasulullah sentiasa sihat? Begitu juga umat Islam di Madinah ketika itu yang sentiasa sihat. Ini adalah suatu yang menarik untuk kita ketahui dan boleh kita jadikan sebagai rujukan.

Apakah tip-tip atau kaedah perubatan yang diamalkan oleh Rasulullah SAW dan masyarakat Islam lebih 1400 tahun yang lalu dalam menjaga kesihatan? Dan apakah jenis diet dan nutrisi yang diamalkan untuk kebaikan kesihatan mereka? Semua ini dicatatkan di dalam buku hasil karya Ibnu Qayyim Al-Jauzlyah ini. Yang juga merupakan satu khazanah ilmu yang amat berguna untuk kita. Semoga tip dan kaedah sihat yang diamalkan oleh Rasulullah SAW boleh kita jadikan panduan dan alternatif selain daripada penggunaan teknologi perubatan moden.

*****

(SEM) RM48.00 - RM42.20
(S/S) RM51.00 - RM44.90

Thursday, March 21, 2013

Cara Makan Rasulullah s.a.w.: Makanan Sihat & Berkualiti ~ Prof. Dr Abdul Basith Muhammad As-Sayyid

Pada suatu hari Ibnu Umar (r.a) pernah berjalan lambat seakan sedang meniti di atas titian. Melihat itu, seseorang bertanya kenapa beliau berjalan lambat seperti itu. Beliau pun segera menjawab bahawa dirinya berjalan sedemikian, kerana mengikuti langkah di mana Rasulullah (s.a.w) melangkahkan kakinya di sekitar kawasan itu. Demikianlah para sahabat memutaba'ah Rasulullah (s.a.w) hingga cara melangkah dan tempat baginda berpijak di tanah sekali pun turut mereka ikuti.

Jadi, setiap muslim dituntut untuk mutaba'ah Rasulullah (s.a.w) dalam setiap aspek kehidupan, termasuklah mengetahui bagaimana cara baginda makan dan apa pula makanan yang menjadi kegemaran baginda yang tentunya makanan sihat dan berkualiti. Bagaimanakah cara Rasulullah (s.a.w) makan? Apa pula jenis makanan seharian baginda yang tentunya merupakan makanan yang sihat dan berkualiti?
Buku ini memaparkan kepada kita bagaimana cara baginda makan sekali gus memperkenalkan jenis makanan harian baginda. Dengan mengikuti pola dan cara pemakanan baginda diharapkan kita dapat hidup sihat dan berkualiti bagi memastikan risalah dan matlamat hidup kita pun berjalan seperti mana yang telah dituntut oleh syariat Islam.

*****

(SEM) RM23.00 - RM20.20
(S/S) RM25.00 - RM22.00

Thursday, March 7, 2013

70 Wanita Terbilang ~ Abu Azka Al Madani, Harun Arrasyid Hj. Tuskan

Buku ini merupakan kumpulan kisah-kisah kehidupan daripada 70 tokoh wanita yang hidup pada zaman Nabi Muhammad S.A.W. Ketokohan mereka dalam perjuangan demi tegaknya syar'iat Islam di muka bumi, kesabaran menanggung penderitaan, kegigihan serta pengorbanan sampai titik darah penghabisan tidak lain hanya mendapat kerekhaan Allah S.W.T.

Kisah-kisah ini sugguh menjadikan hati berasa terharu sehingga air mata keluar bercucuran. Keaggungannya memang perlu menjadi teladan bagi wanita hari ini terutamanya dalam lapangan dakwah dan perjuangan.

Begitu juga dalam meriwayatkan hadith Nabi S.A.W. ramai di antara mereka yang patut disanjung kerana pengusaan dalam bidang figh dan ilmu.

*****

(SEM) RM25.00 - RM22.00
(S/S) RM28.00 - RM24.60

Kisah-Kisah Para Nabi Dan Rasul ~ Abdullah Bin Ahmad Mubarak

Tidak diutuskan para Nabi dan Rasul itu melainkan untuk mengajak seluruh manusia menyembah Allah s.w.t. dan mendaulatkan hukum-hukumNya di dalam semua bidang dan lapangan kehidupan.
Ertinya tugas Nabi dan Rasul adalah cukup besar dan mencabar dalam usaha mereka menyampai risalah Allah s.w.t. ke tengah masyarakat jahiliyah. Berbagai bentuk ancaman, ugutan dan fitnah yang dihadapi oleh para Nabi dan Rasul dari golongan penentang yang terdiri daripada pemimpin puak dan kaum jahiliyah. 

Dengan bekalan iman dan sifat sabar para Nabi dan Rasul akhirnya berjaya meletakkan agama Allah s.w.t. itu dikeharibaan kaum dan puak sejak umat di zaman Nabi Adam sehinggalah ke hari ini.
Ini semua dapat ditelaah bersama dan mengambil iktibar melalui pembacaan buku ini seramai 25 kisah para Nabi dan Rasul yang wajib diketahui telah dimuatkan didalam bukuini.

Ikutilah kisahperjuangan dan pengorbanan mereka yang sewajarnya menjadi aspirasi kepada kita membangunkan kehidupan orang bertaqwa di maya pada ini.

*****

(SEM) RM39.00 - RM34.30
(S/S) RM42.00 - RM37.00

Kisah Kehidupan Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani ~ Salih Ahmad Al-Syami

Semangat dan azam kuat ternyata manipu mengalahkan segala-galanya, kekuatan sehebat apa jua sekali pun apabila berhadapan dengan azam, niat dan semangat kuat pasti akan terpatahkan. Kekentalan semangat seumpama inilah yang dimiliki oleh seorang tokoh sufi agung, pada abad keenam Hijrah, Syeikh Abdul Qadir al-Jailani. Beliau mampu merubah wajah dunia yang ketika itu hampir tenggelam dipedaya dan dibuai oleh sifat tamak terhadap dunia dan mengalami kehancuran moral yang melalida masyarakat Baghdad, ibu kota pemerintahan Islam pada masa itu. Apa tidaknya, beliau yang ketika itu masih lagi berusia 18 tahun sudi meninggalkan kampung halamannya, Jailani menuju Baghdad hanya untuk menuntut ilmu. Dengan berbekalkan wang sebesar 40 dinar, ibunya reda berpisah dengan anaknya itu yang mungkin ini adalah perpisahan untuk selama-lamanya.

Bersifat jujur dan berkeperibadian mulia satu lagi sifat yang menjadikan Syeikh Abdul Qadir al-Jailani menjadi tokoh sufi agung pada zamannya. Dengan sifat ini, beliau mampu membuat segerombolan perompak dan lanun yang amat digeruni ketika itu bertaubat dan meninggalkan perbuatan keji mereka. Ternyata untuk menjadi orang besar seperti Syeikh Abdul Qadir al-Jailani seperti yang akan dipaparkan dengan terperitici dalam buku tidak perlukan modal kewangan yang besar. Semangat kuat dan keperibadian mulia sudah memadai untuk menjadikan dunia tunduk dan hormat kepadanya. Namun, sejauh mana kita mampu mentarbiah jiwa kita untuk memiliki sifat-sifat mulia seperti yang ada dalam jiwa Syeikh Abdul Qadir al-Jailani?

*****

(SEM) RM15.00 - RM13.20
(S/S) RM18.00 - RM15.80

Peringatan Bagi Seluruh Alam: Kisah-kisah Dalam Al-Quran ~ Al-Imam Al-Hafiz Ismail Bin Kathir

Al-Qur’an merupakan satu-satunya mukjizat Nabi Muhammad S.A.W yang masih kita hayati sehingga kini. Terkandung di dalamnya ilmu-ilmu yang begitu luas. Terdapat juga begitu banyak sekali kisah-kisah yang membukakan rahsia tentang kehidupan sama ada di dunia dan akhirat. Bagi kita adalah tidak asing lagi mendengar tentang kisah-kisah nabi, bermula dari Nabi Adam A.S hinggalah ke Nabi Muhammad S.A.W. Ini adalah satu lagi peluang untuk kita menghayati kisah-kisah yang terdapat di dalam Al-Qur’an yang boleh kita ambil hikmah dan pengajarannya. Ia bukannya dongengan atau kisah lagenda yang semata-mata untuk hiburan dan memenuhi masa lapang. Lebih jauh daripada itu mesej yang disampaikan oleh Al-Qur’an yang penuh dengan ilmu dan hikmahnya.

Buku ini digarap dengan begitu tersusun mengisahkan tentang kisah-kisah nabi yang terdapat di dalam Al-Qur’an. Kita secara umumnya sudah biasa mendengar dan membaca tentang kisah-kisah nabi ini. Namun ada banyak juga kisah-kisah nabi ini diolah dan diperdengarkan tanpa merujuk dan mendapat nas-nas yang benar dan betul. Lebih teruk lagi ada kisah-kisah yang ditokok tambah sehingga ia terpesong jauh daripada kisah yang sebenarnya. Yang juga dikenali sebagai kisah-kisah Israeliat. Dan ada juga kisah yang hanya menggunakan sumber rujukan yang lemah dan disangsikan. Ini mesti kita hindarkan kerana ia boleh memesongkan bukan sahaja dari sudut kisahnya malah boleh memesong akidah.

Semoga kisah-kisah yang terdapat di dalam buku boleh kita hayati bersama dan mendapat hikmah dan pengajaran daripadanya.

*****

(SEM) RM48.00 - RM42.20
(S/S) RM51.00 - RM44.90

Sejarah 133 Wira Terbilang Di Zaman Rasulullah s.a.w. ~ Dr. Khalid Muhammad Khalid

Buku ini adalah terjemahan dari karya agung "Rijal Haula Ar-Rasul" oleh Dr.Khalid Muhammad Khalid yang mengandungi sejarah 60 sahabat Rasulullah s.a.w. clan diberi tambahan sehingga 133 Sahabat Rasulullah s.a.w. Terbilang. Sesungguhnya sejarah mereka dipenuhi dengan nilai-nilai suci dan luhur yang patut dijadikan teladan bagi umat Islam.

Hati mereka yang kuat dalam memegang iman sehinnga tidak tergoyahkan oleh sebarang pujukan dan tipu daya kaum kafir, roh clan semangat jihad yang tinggi sehingga rela mengorbankan nyawa dan harta bench. Kekuatan dan kerajinan dalam beribadah, serta kezuhudan dan budi pekerti mereka yang gugur dalam Perang Badar al-Kubra, Perang Uhud yang menggerunkan, Perang Yamamah dan Perang Nawahand.

Karya ini sangat sesuai dibaca oleh semua peringkat umur untuk dijadikan iktibar dan lampu penyuluh bagi menjalani kehidupan moden yang penuh dugaan serta cabaran. Ianya juga wajar dijadikan rujukan bagi pelajar sehinggalah di pusat Pengajian Tinggi memandangkan penulis dan penterjemahnya yang cukup berkelayakan.

*****

(SEM) RM80.00 - RM70.40
(S/S) RM83.00 - RM73.00
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...