Hubungi Kami

Hubungi Kami

Tuesday, November 27, 2018

Kenal Untuk Cinta: Biografi Lengkap Rasulullah s.a.w. ~ Dr. Sayyid Muhammad Bin Alawi Al-Maliki

(SEM & SS) RM35.00 > RM30.80

Kenal Untuk Cinta: Biografi Lengkap Rasulullah SAW adalah sebuah biografi yang padat dengan fakta ringkas tetapi lengkap mengenai Junjungan Mulia Nabi Muhammad SAW dan perjalanan hidup Baginda.

Naskhah yang memberi gambaran kepada pembaca untuk menyelami kehidupan sebenar Rasulullah SAW sejak dari awal kelahiran sehinggalah kewafatan Baginda.

Buku ini mengetengahkan serba-serbi maklumat tentang keperibadian dan kronologi perjalanan kehidupan Baginda Rasulullah SAW, lengkap berwarna berserta gambar-gambar yang menarik.

Kenal Untuk Cinta: Biografi Lengkap Rasulullah SAW ini diterjemah dan dikemaskini daripada karya asalTarikh al-Hawadits wa al-Ahwal an-Nabawiyyah. Semoga setiap pembaca dapat mengenali lebih rapat dengan Baginda dan menambah rasa cinta terhadap Baginda SAW.

Berdamai Dengan Takdir ~ Rohimiah Muda

(SEM & SS) RM20.00 > RM17.60

Relaks betul membaca naskhah ini! Rasa seperti menonton drama di televisyen. Boleh baca sambil makan bertih jagung. Pendekatan dakwah yang cukup santai dan bersahaja hingga kepala pun tak rasa berat mahu menghadam intipati mesejnya.

Topik yang diketengahkan berkisar tentang isu biasa yang sentiasa berlegar-legar di sekeliling kita namun dikupas dengan ketinggian ilmu dan ketegasan penulisnya.

Alhamdulillah, Berdamai Dengan Takdir adalah naskhah yang sangat sesuai untuk mereka yang mahu memelihara dan memulihara hati agar sentiasa tenang dan redha dengan takdir Allah. Tahniah Puan Rohamiah!

Ratib Al-Haddad ~ Ustaz Muhadir Hj. Joll

(SEM & SS) RM15.00 > RM13.20

Ratib al-Haddad adalah antara amalan Ratib yang sangat terkenal dan telah diamalkan di seluruh dunia sejak dahulu lagi. Oleh kerana kemasyhuran dan keberkatan Ratib ini, ia juga dikenali dengan nama Ar-Ratib asy-Syahir (Ratib yang Termasyhur).

Nama Ratib ini merujuk kepada nama penyusunnya iaitu al-Imam al-Habib as-Sayyid Abdullah bin Alawi al-Haddad al-Husaini al-Hadhrami, yang masyhur dengan nama Imam Abdullah al-Haddad, seorang ulama besar dari Yaman berketurunan Rasulullah SAW.

Monday, November 26, 2018

Kitab Resipi 1001 Hidangan Istimewa ~ Chef Hanieliza

(SEM & SS) RM65.00 > RM57.20

Kitab Resipi adalah hasil air tangan Chef Hanieliza yang mengandungi 1001 resipi 'gerenti jadi' yang praktikal dan pastinya lazat. Himpunan 1001 resipi daripada pelbagai kategori yang pastinya memberikan idea terbaik buat suri di dapur.

Antara Kandungan:
Resipi Ayam
Resipi Daging
Resipi Kambing
Resipi Ikan
Resipi Sayur
Resipi Makanan Laut
Resipi Kerabu dan Salad
Resipi Nasi
Resipi Mi, Mihun dan Kuetiau
Resipi Makanan Barat
Resipi Puding dan Desert
Resipi Kuih Minum Petang
Resipi Herba Bunga Kantan
Resipi Herba Daun Pudina
Resipi Herba Daun Kari
Resipi Herba Daun Limau Purut
Resipi Herba Halia
Resipi Herba Serai
Resipi Herba Daun Kesum
Resipi Herba Daun Kunyit

Logout Syaitan ~ Zulkifli Khair

(SEM & SS) RM13.00 > RM11.40

Tidak lengkap menuju Tuhan menerusi ‘login iman’, jika musuh tidak dikenalpasti dan dibatasi, menerusi ‘logout syaitan’.

Antara Kandungan:
Bahagian 1
Mengenali iblis dan syaitan
Bab 1 : Siapa Kami?
Bab 2 : Aku Jutawan!
Bab 3 : Ketika Remang Senja
Bab 4 : Allah Lebih Perkasa

Bahagian 2
Teknologi Syaitan Menyesatkan Manusia
Bab 5 : Obsessive-Compulsive Disorder (OCD)
Bab 6 : Bahaya Virus P1A1 21 Bab 7 : Bahaya Pihak Ketiga
Bab 8 : Sihir dan ‘Bomohisme’
Bab 9 : Filem Seram dan Mesra Magis
Bab 10 : Zaman Gawat, Iman Tenat
Bab 11 : Wanita Agen Syaitan?
Bab 12 : Seksi yang Seksa
Bab 13 : Lawrence of Arabia
Bab 14 : Mustafa Kemal Ataturk
Bab 15 : Mirza Ghulam Ahmad

Unshakeable: How To Be Confident When You're Nervous ~ Aiman Azlan

(SEM & SS) RM30.00 > RM26.40

"How do I remove my nervous feeling?" Bad news is: You can't Good news is: You shouldn't Nervousness is a sign that we value the thing we are nervous about. But, just like any other human feeling, nervousness can go haywire. It can hold us back from moving forward. This book is not about removing nervousness. 

This book is about controlling it. And it all starts with our mind. Inspired by countless anecdotes from young people with myriad self-confidence issues, Aiman wrote this book as a self-help guide to build self-confidence from scratch with proven practical tips and tricks from scientific literature and personal experience.

Mr. Mama ~ Shahrul Zaman Luqman, Dr. Mohd Khamizi Aziz, Kushairi Ismail

(SEM & SS) RM15.00 > RM13.20

Kisah tentang lelaki hebat yang sanggup menjadi ‘suri rumah’. Ini kisah-kisah bapa penyayang. Ini adalah kisah-kisah hero yang tidak didendang!

Mereka bertiga adalah lelaki berkarier yang akhirnya memilih untuk melindungi dan membantu keluarga dengan cara mereka. Masing-masing punya alasan dan situasi yang berbeza-beza, namun yang pasti ketiga-tiga mereka menyandang jawatan yang sama – MR MAMA!

Sebenarnya, ada banyak sebab mengapa kisah-kisah ini perlu dibukukan. Pertama untuk membuka ruang pemikiran masyarakat kita tentang peranan dan pengorbanan seorang suri rumah yang sering kali dipandang remeh. Ya, adakalanya, para suami perlu berada ‘dalam kasut’ isteri, jika mahu menjadi seorang yang lebih memahami.

Selain itu, ia diharap menjadi inspirasi kepada satu kelompok lelaki di luar sana yang masih terkapai-kapai mencari kerjaya dan akhirnya memilih untuk menjadi seorang suami yang gagal serba-serbi. Semoga ia akan menyuntik inspirasi kepada mereka untuk melakukan sesuatu yang berguna. sementara masih tidak mampu memberi nafkah kepada keluarga, ringankanlah tugas isteri dengan turut sama melakukan kerja-kerja rumah tangga!

Mutiara Minhajul 'Abidin ~ Raja Ahmad Mukhlis Raja Jamaludin

(SEM & SS) RM20.00 > RM17.60

Jalan menuju Allah SWT atau jalan ibadah bukanlah suatu jalan yang mudah. Kita memerlukan kepada pedoman daripada wahyu dan pengalaman mereka yang dipilih oleh Allah SWT, yang telah melaluinya lalu berjaya sampai kepada destinasi pencarian mereka.

Penulis memetik kaedah-kaedah asas yang digariskan oleh Al-Imam al-Ghazali rahimahullah dalam kitab beliau Minhajul ‘Abidin ila Jannati Rabbil ‘Alamin dan menyampaikannya dengan gaya yang berlainan bagi memudahkan para pembaca khususnya yang baru ingin mengenal asas-asas tasawuf Islam dan kesufian.

Antara Kandungan:
Pendakian Pertama: Ilmu dan Makrifat
Pendakian Kedua: Taubat
Pendakian Ketiga: Halangan-halangan
Pendakian Keempat: Rintangan-rintangan
Pendakian Kelima: Al-Bawa‘its atau Pendorong
Pendakian Keenam: Al-Qawadih (Perosak)
Pendakian Ketujuh: Syukur dan Puji
Kaedah-Kaedah Menyempurnakan Pendakian

Thursday, November 15, 2018

The Last Kingdom: Skyfall & Ghost Protocol ~ Hadi Fayyadh

(SEM & SS) RM29.90 > RM26.30

Sejarah empayar purba nusantara yang dibina, bukanlah siap hanya beberapa hari, ia menyaksikan bagaimana pemimpin Melayu yang hebat ketika itu mampu mengemudi bahtera kerajaannya sehingga sukar dikalahkan musuh. Pelbagai keagungan dan kehebatan yang perna diraih akhirnya lenyap dan dipadam oleh mereka yang menang.

Namun, penjajah tidak mampu melenyapkan semua debu-debu keagungan yang mereka percaya bakal bangkit di akhir zaman ini. Mereka sedar di kalangan bangsa itu akan wujud tentera-tentera hebat yang jitu sambil melaungkan Allahuakbar. Battalion tentera Tauhid akan muncul dari segenap penjuru timur.

Segala perencanaan ribuan tahun akan dilumpuhkan dengan bantuan kuasa dari Langit. Imam Al-Mahdi dan Nabi Isa a.s. akan mengetuai kembara merentas timur dan barat mengejar susuk Dajjal sehingga dia dibunuh. Panji ketauhidan bakal merubah lanskap dunia.

Nusantara akan kembali bercahaya dengan Kalimah Tuada Tuhan yang disembah melainkan Allah, dan Nabi Muhammad adalah hamba dan utusan Allah yang pernah dilenyapkan oleh penjajah bertopengkan Freemanson dan Iluminati ini. Ayuh selusuri perjalanan hebat ini, THE LAST KINGDOM: Skyfall & Ghost Protocol. Di sini bermula dan berakhirnya sebuah tamadun.

Akida Ahli Iman ~ Dr. Ayman Al-Akiti

(SEM & SS) RM15.00 > RM13.20

Buku ini merupakan terjemahan daripada kitab ‘Aqidah Ahl al-Iman al-Maudhu‘ah li Ta‘lim an-Nisa’ wa ash-Shibyan (Akidah Ahli Iman Yang Dikarang untuk Mengajar Para Wanita dan Kanak-kanak). Ia antara kitab ilmu akidah yang masyhur khususnya di Maghribi.

Kitab ini mengandungi matan yang menerangkan tentang ketuhanan, kenabian, perkara-perkara ghaib yang wajib diimani dan tanda-tanda kiamat seperti terzahirnya Dajjal, datangnya Imam al-Mahdi dan turunnya Nabi Isa a.s.
Ia menggunakan pendekatan ilmu akidah yang mudah dan dasar sahaja berpaksikan akidah Asy‘ariyyah yang merupakan manhaj Ahli Sunnah wal Jamaah.

Kamus Produktif Al-Munir: Laras Bahasa / Kontekstual / Uslub ~ Mohd Shahriman Abu Bakal et al.

(SEM & SS) RM29.00 > RM25.50

Buku ini merupakan hasil kajian kumpulan penyelidik dari Pusat Pengajian Bahasa dan Pembangunan Insaniah, Universiti Malaysia Kelantan iaitu Mohd Shahriman Abu Bakar, Dr. Ahmad Abdul Rahman, Dr Aminurraasyid Yatiban, Dr. Noor Hisham Md Nawi, Nor Abdul Rahman, Dr. Nurul Fatihah Hanapi dan Nurul Iman Mohd Zain.

• Membantu penutur Melayu mengatasi masalah kesalahan leksikal dan gangguan bahasa ibunda dalam penulisan dan perterjemahan.
• Mengandungi kosa kata penting yang memfokuskan kepada penggunaan kata kerja, kata sendi, kata bantu dan penanda wacana.
• Contoh-contoh dipilih daripada data korpus bahasa Arab kontemporari yang bersumberkan karya penutur asli.
• Ayat-ayat contoh berfungsi untuk menjelaskan pola penggunaan dalam bahasa Melayu dan bahasa Arab.
• Berguna sebagai bahan latih tubi kosa kata berasaskan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
• Boleh dijadikan rujukan dalam penulisan karangan, berita, tesis dan perterjemahan Melayu-Arab.
• Sesuai untuk kegunaan pelajar menengah atas, penuntut universiti, guru bahasa, pensyarah dan penterjemah.

Talkhish Usul Al-Din Tingkatan 1,2 & 3 ~ Azmir Alim, Zulkifli Jamil

(SEM & SS) RM13.90 > RM12.20

MILIKI BUKU INI KERANA:-
• Disusun oleh guru Usul Al-Din berpengalaman.
• Penulis buku teks KBD Usul al-Din.
• Menepati sukatan DSKP KBD Usul Al-Din Tingkatan 1, Tingkatan 2 dan Tingkatan 3.
• Merangkumi semua tajuk bagi silibus di dalam buku Al-Din KBD Tingkatan 1, Tingkatan 2 dan Tingkatan 3.
• Ringkasan KBD Usul Al-Din disediakan khas bagi pelajar mengulangkaji dengan efektif dan sistematik.
• Mudah, ringkas dan padat serta telah di “tasykil” setiap perkataan.
• Sebagai rujukan bagi pelajar untuk subjek Usul Al-Din PT3.

Kerana Aku Sayang ~ AniqMuhaimin

(SEM & SS) RM30.00 > RM26.40

Ramai manusia yang hilang arah, terus menjauh, resah dan gundah, kerana hidupnya kurang mendapat kasih sayang dari orang sekeliling.

Di ulit masalah keluarga, masalah persahabatan, di aniaya oleh orang sekeliling, sehingga akhirnya ramai yang memilih untuk jatuh.

KERANA AKU SAYANG, ingin menyedarkan kita semua, dalam hidup ini, ramai hakikatnya yang menyayangi kita, namun kita tidak sedar, kerana terlalu sibuk melayan orang yang membenci, hingga hanyut dengan dunia demi memuaskan nafsu manusia.

Mungkin kita lupa, betapa Allah dan rasul sayangkan kita?

Pujukan Dari Tuhan ~ Shukery Azizan

(SEM & SS) RM30.00 > RM26.40

Akan ada satu saat dalam hidup kita ini, akan mula rasa lemah semangat, kecewa, penat, tertekan, dll. Tak kisah sama ada sebab akademik, kerjaya, tak kahwin lagi, menganggur, sakit, keluarga hancur, rumah tangga jauh daripada agama, anak buat masalah, belajar tak faham, dan banyak lagi.

Sampai tahap, hati kita tertanya, "Kenapa aku?" Sebenarnya, setiap kali kita hadapi ujian atau masalah, setiap kali itu Allah pujuk kita lagi dan lagi. Cuma kita je mungkin tak perasan. Allah banyak kali pujuk kita. Di mana? Dalam al Quran.

Saya tulis buku Pujukan Dari Tuhan dengan mengumpulkan setiap ayat-ayat yang berunsur pujukan Allah kepada kita daripada 30 juzuk al-Quran untuk ditadabbur bersama. Supaya hati kita makin terpujuk, dan makin cinta pada al-Quran. Ya, al-Quranlah adalah sebaik-baik pemujuk hati kita. Saya berharap moga tulisan ini sedikit sebanyak memujuk hati kita untuk kembali kepada Allah.

Wednesday, November 7, 2018

S.E.M.P.U.R.N.A ~ Syazana Samsul, NF. Amira Salleh, Miza Ramli

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.00

Ketahuilah, ketidaksempurnaan yang kau ada itu bukan kelemahan kau. Tetapi, ia iadalah kelebihan. Itulah 'sempurna' yang kau miliki.

Lesung pipit adalah satu kecacatan.
Begitu juga dengan tahi lalat pada wajahmu.
Dan ia dipanggil KECANTIKAN.
Ia sangat INDAH.

Air mata dan tangisan kau itu bukan sia-sia. Sesudahnya, tidakkah kau memperolehi kelegaan dan semangat bagi mencapai apa yang kau mahu?

Jadi, jangan bimbang. Ketidaksempurnaanmu itu adalah 'kesempurnaan'.

Yakin dan bersyukur kepada Tuhan. Dia tidak pernah menjadikan kau memiliki 'TIADA APA-APA'.

Cahaya Terang di Negeri Orang ~ Oki SetianaDewi

(SEM & SS) RM38.00 > RM33.40

"Jelaskan kepada kami, apa itu Islam?"
"Apa itu jihad?"
"Apa itu makanan halal?"
"Bagaimana cara ibadah kamu?"
"Adakah kamu tidak mati jika berpuasa?"
"Kenapa kamu pakai tudung? Apa fungsinya?"

Tiga negara.
Kesemuanya mempunyai minoriti penduduk yang beragama Islam.
Bagaimana kita dapat memberikan pemahaman kepada mereka?
Bagaimana kita dapat belajar daripada mereka?

Oki Setiana Dewi menjelajah ke tiga buah negara. Mengunjungi komuniti Islam di sana. Berdialog dengan golongan bukan Muslim. Bertemu dengan pelbagai kepercayaan dan anutan.
Semuanya dengan satu tujuan.
MENCARI CAHAYA TERANG DI NEGERI ORANG.

Untuk Hidup 2 Kali ~ Hisham AR

(SEM & SS) RM23.00 > RM20.20

Harga oksigen = Purata dalam RM20 per liter.
Dalam sehari berapa banyak manusia menyedut oksigen?
Lebih kurang 650 liter sehari.

Berapa yang kita perlu bayar setiap hari?
RM1100.00

Jika setahun? 365 hari.
Lebih kurang RM4 juta.

Tetapi, berapa yang Allah SWT caj?
PERCUMA.
Sepanjang hayat.

Cuma Dia menuntut supaya kita menjadi hamba yang beriman kepada-Nya sahaja.
Jadi, susahkah?

Ensiklopedia Sihir ~ Dr. Ibrahim Kamal Adham

(SEM & SS) RM59.00 > RM51.90

“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan. Barang siapa yang mengikuti langkah-langkah syaitan, maka sesungguhnya syaitan itu menyuruh mengerjakan perbuatan yang keji dan yang mungkar...” 
(Surah An-Nur: 21)

Di dalam kitab Zaadul Ma’aad, Ibnul Qayyim mengungkapkan, "Sihir adalah gabungan dari berbagai pengaruh roh-roh jahat, serta interaksi berbagai kekuatan alam dengannya".

Sihir merupakan kesepakatan antara tukang sihir dan syaitan dengan ketentuan bahawa tukang sihir akan melakukan berbagai keharaman atau kesyirikan dengan ganjaran pemberian pertolongan syaitan kepadanya dan ketaatan untuk melakukan apa saja yang dimintanya.

Ensiklopedia ini membentangkan selok-belok perbuatan sihir dengan menggunakan bantuan jin dan memaparkan kepada para pembaca tipu helah yang digunakan tukang sihir bagi menjayakan perubatan mereka dan mengaburkan mata orang awam serta meletakkan bayaran yang lumayan dalam pekerjaan tersebut.

Ubat Bius Sakaratulmaut: Lambaian Wajah-wajah Kematian ~ Ustaz Jaafar Salleh

(SEM & SS) RM18.00 > RM15.80

Buku yang berada di tangan anda sekarang ini memecahkan tradisi berfikir bangsa kita yang ketinggalan zaman tentang persoalan kematian dan persoalan alam ghaib.

Buku ini mendedahkan beberapa peristiwa yang dialami oleh mereka yang telah mati, yang terdiri daripada golongan yang mendapat rahmat Allah. Peristiwa dan pengalaman mereka pula dapat dijadikan sebagai teladan dan sempadan bagi kita.

Psikologi Cinta ~ Dato' Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah, Syaidatun Nazirah

(SEM & SS) RM22.00 > RM19.40

Buku ini mengupas persoalan cinta menurut perspektif Islam dan psikologi. Ia turut membincangkan nilai-nilai yang berkait rapat dengan cinta seperti rasa tanggungjawab, kasih sayang, keprihatinan, kemesraan, kerinduan, persaudaraan dan juga kebencian yang dikupas mengikut perspektif Islam. Terdapat pelbagai definisi, jenis dan kefahaman yang berkaitan dengan cinta. 

Persoalan cinta membabitkan semua golongan bermula dari dalam kandungan sehinggalah menjelang hari kematian. Oleh itu, kami berhasrat untuk berkongsi ilmu dan pengalaman dengan mengupas persoalan yang berkaitan dengan cinta, terutamanya definisi cinta dan implikasinya dalam kehidupan.

Monday, November 5, 2018

30 Kisah Menarik Daripada Hadis ~ Ustaz Zulkarnain Dollah

(SEM & SS) RM12.00 > RM10.60

Al-Quran atau sunah Rasulullah saw dilengkapkan bukan sahaja dengan penetapan akidah, syariah dan akhlak, bahkan dieselitkan juga dengan kisah-kisah menarik yang penuh dengan pengajaran dan panduan bagi kehidupan manusia. 

Ia adalah kisah-kisah teladan dan panduan terbaik kerana matlamatnya memperbaiki jiwa menusia dengan cara yang indah dan mudah difahami oleh semua peringkat. Ia juga memaparkan contoh-contoh dan watak-watak orang terdahulu yang paling baik ada dalam sejarah manusia supaya dijadikan ikutan dan boleh diteladani akhlak serta perjalanan kehidupan mereka.

Tafsir Mini Surah Al-Ashr ~ Ummu Ammar Amir, Abu Ammar Ramlie

(SEM & SS) RM12.00 > RM10.60

• Buku ini memberikan penerangan yang mendalam tentang surah al- ‘Ashr dengan gaya bahasa yang mudah, sesuai untuk anak-anak.
• Disertai ilustrasi serta aktiviti menarik bagi membantu mengekalkan minat dam memudahkan pemahaman anak anak tentang setiap ayat suci al-Quran.
• Amat sesuai digunakan oleh ibu bapa dan pendidik untuk menggalakkan komunikasi berkesan dengan anak-anak seperti melalui penceritaan, soalan uji minda dan sebagainya.

Tip Menjadi Individu Menarik ~ Dato' Dr. Mohd Fadzilah Kamsah, Ahmad Naim Jaafar

(SEM & SS) RM22.00 > RM19.40

Ramai yang mahu menjadi seorang yang menarik. Mereka membelanjakan wang yang banyak bagi membeli baju yang cantik supaya kelihatan menarik. Satu lagi faktor yang menyebabkan orang dianggap menarik adalah mereka melakukan sesuatu yang luar biasa. Buku ini membongkar rahsia bagaimana menjadi individu yang menarik tanpa membelanjakan wang yang banyak dan tanpa melakukan perkara yang luar biasa.

Antara Kandungan:
Mengapa Perlu Jadi Menarik?
Definisi ‘Menarik’
Faktor Fizikal
Faktor Material
Faktor Jawatan
Faktor Luar Biasa
Faktor Populariti
Faktor Pandai Bercakap

Lelaki yang Menarik pada Pandangan Wanita
Kemas
Kebijaksanaan Emosi
Dia Seorang yang ‘Gentleman’
Berjiwa Romantik

Friday, November 2, 2018

Diet Tanpa Stress ~ Arif Sukri

(SEM & SS) RM30.00 > RM26.40

Buku ini bukanlah satu panduan diet dari awal sampai ke akhir. Apatah lagi memberi pelan pemakanan yang lengkap. Sebaliknya naskhah ini menghimpunkan cerita, tip, panduan, nasihat serta himpunan mitos yang berlambak di alam maya.

Ia menjelaskan subjek-subjek diet dengan cara santai, jenaka dan juga aplikasi yang fleksibel buat para pembaca dalam menurunkan berat badan secara sihat tanpa tekanan.

Kisah-kisah yang para pembaca dapat daripada naskhah ini juga berupa daripada pengalaman saya, Arif Sukri atau dikenali juga sebagai Ustaz Fitness yang pernah menghadapi masalah obesiti satu ketika dahulu.

Mudah cerita, tip yang disampaikan di dalam ini bukan sekadar teori dan fakta semata, sebaliknya ia juga hasil daripada pengalaman penulis sendiri yang pernah berada di situasi obesiti dan memahami psikologi orang obesiti.

Naskhah ini akan membantu pembaca menurunkan berat badan secara sihat, santai dan tiada tekanan. Semestinya tidak ada unsur-unsur perniagaan ubat-ubat kurus atau sebarang suplemen ketika para pembaca membaca naskhah ini kerana penulis sendiri kurus dengan cara sihat dan semula jadi.

Ubat Dari Dapur ~ Dr. Suri Roowi

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.00

Makanan yang berasaskan sumber alam di atas muka bumi ini tidak ada satu pun yang tidak memberi manfaat.

Bermula dengan makanan asas kita setiap hari seperti nasi dan gandum, semua jenis makanan itu mempunyai khasiat yang berbeza mengikut jenis bahan, teknik memasak serta formulasi produk yang dihasilkan. Jadi kita haruslah bijak membuat pilihan.
Demikian juga dengan minuman dan pemanis haruslah mengikut jenis dan kadar yang bersesuaian.

Diharapkan buku ini dapat memberi banyak manfaat kepada pembaca yang mengutamakan nilai kesihatan. Kesihatan yang baik amat diperlukan bagi memudahkan kita beribadah kepada Allah.

KANDUNGAN
Pengenalan
Bab 1 Sumber makanan asas berkhasiat.
Bab 2 Minuman berkhasiat.
Bab 3 Buah-buahan berkhasiat.
Bab 4 Sumber manisan berkhasiat.
Bab 5 Minyak pati dan aroma terapi.
Bab 6 Khasiat pewarna asli.
Bab 7 Sayur-sayuran dan ulam-ulaman berkhasiat.
Bab 8 Khasiat ramuan makanan.
Bab 9 Herba berkhasiat.

Infinity War ~ Hadi Fayyadh

(SEM & SS) RM29.90 > RM26.30

Tanya kami; "Berapa lamakah Dajjal akan tinggal di bumi?", Jawab Rasullullah: "Selama empat puluh (40) hari, satu hari sama seperti setahun, satu hari seperti sebulan, satu hari seperti seminggu dan selebihnya seperti hari-hari kamu sekarang".

Tanya kami; "Ya Rasullullah, ketika sehari seperti setahun, cukupkah kalau kami solat seperti solat sekarang ?", jawab Rasullullah; "Tidak" tetapi hitunglah bagaimana pantasnya. (HR Muslim)

40 hari ini diwakili oleh 4 fasa, iaitu;-
1 hari yang pertama seumpama setahun,
1 hari kedua seumpama sebulan,
1 hari ketiga seumpama seminggu,
Dan hari selebihnya (37 hari) seumpama hari2 kita... ...dan kini kita sudah pun memasuki fasa pemerintahan Dajjal yang disifatkan sebagai "1 hari ketiga bersamaan seminggu".

Dalam buku Jerusalem in the Quran karya Imran Nazar beliau mengatakan fasa pemerintahan Dajjal yang disifatkan sebagai 1 hari bersamaan setahun ialah pada ketika British mengepalai tampuk pemerintahan dunia.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...