Hubungi Kami

Hubungi Kami

Monday, March 26, 2018

Hidup Dalam Sunnah ~ Haji Jafri Abu Bakar Mahmoodi

(SEM & SS) RM15.00 > RM13.20

Buku ini menghimpunkan beberapa sunnah Nabi Muhammad SAW sehari-hari yang mesti kita contohi. Bermula dari bangun tidur, membersihkan dan menghias diri, cara berpakaian, cara duduk, cara makan sehinggakan cara bergaul dengan sahabat dan juga isteri.
Disertakan gambar dan didatangkan hadis yang menjelaskan sunnah Baginda SAW.

Semoga ia mampu menarik pembaca untuk mengamalkan sunnah Rasulullah SAW dalam setiap aspek kehidupan seharian sebagai bukti cinta dan iman kepada Rasulullah SAW.

Antara Kandungan:
1. Muqaddimah
2. Bangun Tidur
3. Mandi
4. Membersih Gigi
5. Masuk Tandas
6. Keluar Tandas
7. Memakai Pakaian
8. Rambut
9. Bercelak
10. Perhiasan
11. Serban
12. Wangi-Wangian
13. Sepatu
14. Memberi Salam Ketika Memasuki Rumah
15. Makan Dan Minum

Nota Haji & Umrah: Syurga Untuk Mereka Yang Taat ~ Ustaz Mohd Hasnil Abu Bakar

(SEM & SS) RM20.00 > RM17.60

Hasrat ke Tanah Suci Makkah untuk menunaikan ibadah haji dan umrah bukanlah suatu yang mudah dilaksanakan.

Hasrat murni ini perlu diterjemahkan dengan usaha mempelajari ilmu-ilmu agama, usaha mencari rezeki yang halalan thoyyiban (halal lagi baik) dan juga menabung dengan niat untuk menyempurnakan manasik haji dan umrah.

Buku ini tampil membantu bakal jemaah haji dan umrah untuk melengkapkan pengetahuan tentang perkara-perkara berkaitan ibadah haji dan umrah agar ia dapat dilaksanakan dengan sempurna seterusnya menghasilkan umrah dan haji yang mabrur.

Antara Kandungan:
· Langkah Menuju Jihad
· Rezeki Makkah, Rezeki Syubhah
· Tunai Haji dengan Duit Hutang?
· Check-in Manasik
· Amalan-amalan Utama Ketika di Tanah Suci
· Pakaian Ihram Selain Warna Putih
· Apakah Pengertian Ihram?
· Bilakah Perlu Berniat Haji?
· Apa Ada Pada Miqat?
· Sahkah Haji dan Umrah Tanpa Miqat?
· Tidak Sempat Wukuf – Apakah Hukumnya?
· Mabit: Penghayatan Ibadah

Pelan-pelan Kayuh ~ Bonda Nor, Rohamiah Muda

(SEM & SS) RM20.00 > RM17.60

Sahabat, mari andaikan proses kehidupan ini bagaikan satu proses penyediaan makanan. Kita tidak pandai memasak agar-agar. Tapi kita nak cuba. Kita pun buat carian di internet. Kita ambil resepinya. Beli bahan-bahan. Dan kita pun ikut setiap langkah demi langkah yang ditunjukkan. Sukses! Menjadi agar-agar kita. Transformasi telah berlaku. Kita - daripada tak tahu apa-apa kepada mampu melakukannya. From zero to hero. Kita tidak jahil lagi!

Sekarang, kita sudah tahu cara memasak agar-agar. Kita tahu agar-agar tersebut perlu dibekukan dahulu selama 1 jam sebelum boleh dimakan. Kita malas menunggu. Kita nak cepat. Baru 15 minit, kita dah terbalikkan acuan. Apa berlaku? Cuma separuh saja agar-agar itu sudah mengeras, sebahagian yang lain masih lembik. Aduhai. Penat kita guna acuan yang cantik tapi rosak teruk bentuk agar-agar kita.

Kenapa? Sebab kita degil! Kita tak ikut arahan yang terdapat dalam resepi. Kita nak ikut fikir logik kita sendiri. Kita gagal sabar. Inilah yang dimaksudkan dengan tagline Pelan-Pelan Kayuh. Tentang bahaya jahil. Tentang bahana degil.

“Kadang kau bukan tak mampu. Cuma tak tahu. Kadang kau bukan tak tahu. Cuma tak sabar.”

Surah Al-Kahfi Dengan Panduan Wakaf Ibtida' Kaifiat dan Terjemahan ~ Telaga Biru

(SEM & SS) RM4.00 > RM3.50

Surah al-Kafhi adalah surah ke-18 di dalam al-Quran, juzuk yang ke-15, yang diturunkan di Mekah dan mengandungi 110 ayat. Oleh sebab diturunkan di Mekah, maka kebanyakkan isi kandungannya menerangkan tentang KEBENARAN al-Quran, menegaskan dasar tauhid kepada Allah dan iman, menggariskan kesesatan yang perlu dijauhi dan menekankan konsep amal soleh serta kesannya kepada individu dan keluarganya.

Konsep RAHMAT Allah mendominasi seluruh serita yang diperkenalkan dalam surah ini. Cerita pertama ialah mengenai “Ashabul Kahfi”, dengan pendekatannya adalah ke arah keimanan dan penyerahan diri kepada Allah. Cerita yang kedua melibatkan sebuah kebun dan dua orang individu; seorang daripadanya beriman dengan Allah dan seorang lagi tidak beriman. Cerita ketiga pula mengisahkan Nabi Musa dengan seorang individu soleh daripada kalangan wali Allah, yang ditemui di pinggir laut dan perjalanan mereka itu dikaitkan dengan iman kepda Allah. Cerita terakhir yang dibentangkan dalam surah ini ialah mengenai perjalanan Zulqarnain dan penaklukan empayarnya di timur dan barat. Kesemua cerita ini mengundang penelitian kita kepada amal soleh dan iman pada Allah serta rahmat-nya.

Prophet Yusuf Series 5 ~ Ummu Ammar Amir, Ris Melati Shamsuddin

(SEM & SS) RM12.00 > RM10.60

Prophet Yusuf Series 5 - ini merupakan pengakhiran yang menggembirakan semua orang dalam siri terakhir ini. Pengembaraan yang hebat dari kehidupan Nabi Yusuf ialah kisah terbaik dari Allah untuk Nabi Muhammad s.a.w dan pengajaran bagi kita juga.

Tuesday, March 20, 2018

55 Petua Orang Berjaya ~ Dato' Dr. Mohd Fadzilah Kamsah, Fadzli Yusof

(SEM & SS) RM20.00 > RM17.60
Sebuah buku motivasi yang "evergreen" dan "bestseller". Sudah terjual melebihi 30 000 naskah. Bukan sahaja mengandungi cerita-cerita menarik, bahkan tips-tips praktikal yang dapat diamalkan terus.

Kandungan:
Anda Bukan Gagal, Tapi Belum Berjaya
Jika ingin perubahan, anda mesti berubah
Berfikirlah seperti juara
Saya tidak mahu berjaya, saya mahu LEBIH berjaya
Serang! Mana tiang gol?
Gambarkan matlamat anda dengan jelas
Meniru untuk berjaya, berani?
Bernafsu untuk bekerja
Jadilah seperti asap dan air
Nilai masa anda: Guna kaedah Log Masa
3 Peraturan Menggunakan Log Masa
Masa itu emas, lombonglah ia
Masa itu pedang, jangan sampai terluka
Orang menangguh selalu lenguh
Usah gopoh jika belum masanya

Monday, March 19, 2018

Cikgu Bankrap ~ Zaharoh, Fajar Nina

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.00

Ada orang menjadi guru kerana kesemua ahli keluarganya adalah guru, maka dia menjadi guru kerana keturunan. Ada orang menjadi guru kerana ada kekosongan, maka dia menjadi guru kerana pekerjaan. Ada pula orang menjadi guru kerana keinginan yang dibaluti kesedaran, maka dia menjadi guru kerana keikhlasan. Kita boleh menjadikan pekerjaan guru sebagai pilihan ataupun bebanan. Bergantung kepada sejauh mana kekuatan kita menempuh ujian dan bisikan keduniaan.

Tafsir Al-Jalalain: Surah Al-Fatihah & Yasin ~ Telaga Biru

(SEM & SS) RM30.00 > RM26.40

Ilmu tafsir al-Quran ialah satu ilmu yang sangat penting dan mulia, kerana ia berkaitan dengan Kitab Allah yang paling mulia, iaitu al-Quran. Kepentingan dan kemuliaan sesuatu ilmu adalah bergantung kepada kepentingan dan kemuliaan perkara yang diketahui dengan ilmu itu. Buku ini disusun berpandukan kepada kitab Tafsir Al-Jalalain yang dikarang oleh dua Imam Jalaluddin as-Suyuti (849-911 Hijrah), rahimahumallahu ta’ala.

Nur Dari Gua: Tafsir Dan Tadabbur Surah Al-Kahfi ~ Datuk Dr. Hj. Zahazan Mohamed

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.00

Hakikatnya surah al-Kahfi mengisahkan tentang empat kisah yang menjadi tunjang dalam pembangunan masyarakat yang boleh diambil iktibar oleh masyarakat hari ini. Kisah-kisah terdahulu yang disebutkan Allah dalam al-Quran bukan sekadar hiasan ataupun rentetan sejarah. Namun, ia perlu dijadikan ibrah sepanjang zaman. 

Begitulah juga didikan serta motivasi yang diberikan Allah kepada pesuruh-nya. Setiap kali terdapat tentangan yang kuat daripada musuh Nabi, Allah akan memberikan semangat kepada Nabi untuk terus berdakwah.

Kik: Kad Imbas Khadijah: Suka Mengaji ~ Nurkhadijah Abdul Ghani

(SEM & SS) RM21.00 > RM18.50

28 keping kad HURUF TUNGGAL dengan imej menarik beserta penceritaan.
28 keping kad HURUF BERBARIS SATU dengan emoticons.
Booklet Panduan Cara Guna Kad Imbas Khadijah (KiK) bersaiz A5.
QR Code contoh aktiviti bersama KiK


Tuesday, March 13, 2018

Kiriman Daripada Tuhan ~ Thoyba Mursyidah

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.00

Formula ganjaran Tuhan tidak tertakluk kepada logik pengiraan manusia. Semakin banyak kita mengikhlaskan pengorbanan, tanpa disangka-sangka semakin banyak rezeki dikurniakan. 

SuratanNya juga tidak tercapai dek akal. Setelah takdir tertulis, tak akan ada tangan yang mampu mengubahnya. Apa kita menerima semuanya yang Dia kirim? Sepantas mana pula kita bersangka baik denganNya?

Monday, March 12, 2018

Ensiklopedia Al-Quran (Edisi Jimat) ~ Syeikh Muhd Mujahid

(SEM & SS) RM50.00 > RM44.00

Ensiklopedia Al-Quran menceritakan perjalanan sebuah kitab Agung yang diturunkan untuk umat akhir zaman. Sebuah wahyu yang mula diturunkan di Gua Hira' kepada seorang Rasul yang tidak tahu membaca dan menulis, kemudian perlu disampaikan kepada kaumnya yang juga buta huruf.

Buku ensiklopedia Al Quran ini mesti dimiliki oleh seluruh umat Islam kerana kita bukan sahaja membaca Al-Quran tetapi kita harus menghayati sejarah penurunannya. 'Buku ini juga mengisahkan perjalanan Al-Quran, kelebihan-kelebihan Al-Quran, sejarah-sejarah penting Al-Quran, perbezaan Al-Quran dengan kitab-kitab samawi yang lain. 150 fakta bergambar tentang Al-Quran dan banyak lagi.

"Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara selagi mana kamu berpegang teguh kepadanya, nescaya tidak akan sesat selama-lamanya iaitu kitab Allah SWT (Al-Quran) dan sunah Rasul"
(Hadis riwayat Imam Muslim)

Antara Kandungan:
FAKTA MENARIK MENGENAI AL-QURAN

1. Bilangan Surah Dalam Al-Quran
- 114 Surah

2. Definisi Surah Makkiyah
- Pendapat yang paling tepat bagi definisi surah Makkiyyah ialah surah yang diturunkan sebelum hijrah walaupun ianya diturunkan selain di Makkah.

3. Definisi Surah Madaniyyah
- Pendapat yang paling tepat bagi definisi surah Madaniyyah ialah surah yang diturunkan selepas hijrah walaupun ianya diturunkan selain di Madinah.

Ustaz Traveller ~ Hamizul Abdul Hamid

(SEM & SS) RM35.00 > RM30.80

Menghimpunkan pengembaraan penulis yang cukup luar biasa di sebuah negara bernama Indonesia. Antara tempat yang dijejaki serta diulas sejarahnya ialah Jakarta, Pulau Sumatera, Bekasi, Bandung, Kota Medan, Surabaya, Bogor dan Kota Palembang. Turut dilawati masjid-masjid dan juga makam para Sunan yang pastinya memberi inspirasi serta pengalaman baru seperti Masjid Istiqlal, Masjid Sunan Ampel, Masjid Kubah Emas, Masjid Raya Medan dan Masjid Agung Palembang. 

Penulis juga turut menyelami budaya serta cara hidup masyarakat setempat, memahami perilaku mereka, adat dan tradisi serta makanan istimewa yang ada mengikut daerah yang berbeza. Inilah keunikan yang tidak sama seperti di Malaysia.

Sepahit Kopi ~ Anwar Nursi

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.00

“SEPAHIT KOPI menyediakan bait nasihat, teguran dan pandangan yang menenangkan hati. Ada kisah, ada pengalaman dan ada cerita yang lunak untuk dibaca dan tegas untuk diterima. Semuanya digarap menjadi rangkai bicara yang diharap mampu mengetuk pintu sekeping hati.”

Friday, March 9, 2018

Raja Bukan Sehari ~ Ikhram Husin

(SEM & SS) RM20.00 > RM17.60

Setiap isu atau masalah dalam rumah tangga perlu ditempuh dengan jiwa yang besar. Besarkanlah jiwa agar masalah menjadi kecil. Jiwa yang besar akan sentiasa membesarkan Allah SWT setiap kali berhadapan dengan ujian.

Allah SWT berfirman: “Dan antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri daripada jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.” (Ar-Rum 30: 21)

Maka dalam berumah tangga, apa sahaja yang membangkitkan rasa cinta dan kasih sayang suami isteri, pastikan asasnya ialah mencintai kerana Allah SWT; mencintai kerana Allah dan dicintai oleh orang yang mencintai Allah. Biarlah rumah tangga kita dipenuhi para pencinta yang mencintai Allah SWT dan Rasulullah SAW. Moga-moga dengan kehadiran buku ini menjadi sedikit bekal rujukan bagi para pengamal kaunseling, psikologi, pegawai agama, pemimpin masyarakat yang merupakan tempat rujuk kalangan komuniti. Begitu juga menjadi panduan buat pasangan yang bakal atau telah pun berumah tangga. Berusahalah menyelamatkan rumah tangga yang diuji sedaya mampu diri dengan sematkan keikhlasan hati.

Friday, March 2, 2018

Money Master The Game: 7 Simple Steps to Financial Freedom (Edisi Bahasa Melayu) ~ Tony Robbins

(SEM & SS) RM110.00 > RM96.80

Buku ini sebenarnya tidak memperkatakan tentang wang, ia menceritakan bagaimana hendak mencipta kehidupan yang kita inginkan. Sebahagian daripadanya memperkatakan tentang membuat keputusan terhadap peranan wang yang kita mahu dalam kehidupan masing-masing. Kita semua memiliki wang dalam kehidupan, apa yang penting adalah kita tidak membiarkan wang itu menguasai kita. Barulah kita bebas untuk menjalani kehidupan sebagaimana yang kita inginkan.

Antara Kandungan:
BAHAGIAN 1
Selamat Datang ke Belantara: Perjalanannya Bermula dengan Langkah Pertama Ini
☐Kita! Kehidupan Kita! Bertindaklah Mengawalnya
☐7 Langkah Mudah ke Arah Kebebasan Kewangan: Cipta Pendapatan Seumur Hidup

BAHAGIAN 2
Menjadi Orang Dalam: Memahami Peraturan Sebelum Melibatkan Diri Dalam Permainan Itu
☐Bebaskan Diri: puskan 9 Mitos Kewangan Itu
☐Mitos 1: Penipuan Berjumlah Usd13 Trilion: “Melaburlah Dengan Kami. Keuntungan Yang Kami Tawarkan Lebih Tinggi Daripada Pasaran!”
☐ Mitos 2: “Bayaran Yang Kami Kenakan? Rendah Sahaja!”
☐Mitos 3: “Pulangan Kami? Apa Yang Tertera Itulah Yang Bakal Tuan Puan Peroleh”
☐Mitos 4: “Saya Adalah Broker Tuan, Tugas Saya Adalah Membantu Tuan”
☐Mitos 5: “Persaraan Kita Hanyalah Pelan 401(K) Yang Sudah Tersedia”
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...