Hubungi Kami

Hubungi Kami

Monday, January 29, 2018

50 Muatiara Nabawi ~ Mohamad Razif Mohamad Fuad

(SEM & SS) RM27.00 > RM23.80

Sebenarnya buku ini seakan “kit rawatan hati” yang ringkas, padat dan bermanfaat berdasarkan hadis-hadis pilihan Kitab al-Riqaq daripada Shahih al-Bukhari yang dihuraikan secara ringkas dan mudah difahami. Ada diantara hadisnya mungkin hanya menyentuh hal-hal harian yang sering kita lalui, namun pendekatan yang dibawakan dengan sokongan al-Quran, hadis dan pandangan-pandangan para ulama muktabar memberikan kelainan kapada buku ini. 

Selain itu, susunan dan huraian hadis yang dihasilkan oleh penulis menggunakan bahasa yang tidak terlalu berat bagi memudahkan pemahaman pembaca apabila membaca kalam-kalam mulia Nabi ini.

Hayatus Sahabah 2: 20 Pemuda Wira Rasulullah ~ Hazri Hashim Al-Bindany

(SEM & SS) RM20.00 > RM17.60

Sewaktu dakwah Islam bermula, golongan muda turut terlibat dan sama-sama menghadapi penyeksaan dan penindasan oleh kafir Quraisy. Namun semua itu tidak pernah mematahkan semangat dan cinta mereka kepada Rasulullah SAW dan agama Islam yang bagaikan cahaya dalam kehidupan mereka. Cahaya itulah yang menjadi jihad mereka untuk disebarkan ke segenap dunia. Membesar dengan asuhan dan didikan Rasulullah, merekalah antara pemuda yang dibanggakan Baginda sebagai generasi terbaik.

Membongkar Rahsia Dunia Melayu ~ Srikandi, Al-Semantani, Ibnu Rusydi

(SEM & SS) RM39.90 > RM35.10

Dewasa ini, pelbagai serangan dan tohmahan dibuat mengenai kedudukan Melayu-Islam. Serangan yang dilakukan ini meliputi pelbagai isu seperti hak asasi untuk murtad, penyebaran ajaran Syiah, penyalahgunaan kalimah ‘Allah' dalam Bible dan sebagainya. Selain itu, serangan itu juga dilakukan terhadap sejarah negara amnya dan sejarah Melayu khasnya, demi menimbulkan kekeliruan kepada umat Melayu-Islam agar tunduk kepada desakan dan permintaan mereka.

Serangan terhadap sejarah Melayu merupakan serampang dua mata dalam mencabar kedudukan umat Melayu selaku Bumiputera asal dan pada masa sama melemahkan kedudukan Islam di negara ini, memandangkan Perlembagaan Persekutuan, ‘Melayu' di negara ini secara automatik adalah seorang Muslim. Menerusi ‘serangan' berterusan terhadap putar belit sejarah Melayu, menerusi kenyataan akhbar, media sosial, media massa dan sebagainya, dibimbangi nasib umat Melayu-Islam di negara ini berakhir seperti umat Melayu-Islam di negara Thai, apabila sejarah keagungan Kesultanan Islam-Patani lenyap dan umat Melayu-Islam di sana terpaksa beridentitikan Thai-Muslim, lalu terhapuslah identiti dan jati diri penduduk Islam di sana.

Penduduk Bumi Sebelum Kita ~ Muhammad Isa Dawud

(SEM & SS) RM27.90 > RM24.50

"Dan apakah orang-orang yang kafir tidak mengetahui bahawa langit dan bumi itu kedua-duanya dahulu adalah sesuatu yang padu, kemudian Kami pisahkan antara kedua-duanya. Dan, daripada air Kami jadikan segala sesuatu yang hidup." (al-Anbiya: 30)

Para ilmuan berpendapat, bumi ini telah wujud lebih daripada 1000 juta tahun lampau. Tapi hal ini tidak bermakna kehidupan manusia di bumi bermula sejak itu, hanya bahagian besar daripada rangkaian kehidupan masa lalu yang hidup dan menguasai planet ini.

Kehidupan manusia dikatakan hanya wujud selepas kebinasaan mahkluk yang terdahulu; makhluk-makhluk yang acing dan tidak kita ketahui. Tapi apakah makhluk itu? Hasil penemuan daripada kubur-kubur, artifak, serta batu bertulis beserta gambar, menambah bukti bahawa kehidupan masa lalu sebenarnya pernah menghuni bumi; sebagai penduduk yang bersistem. In' termasuklah penempatan di sekitar kawasan gunung, lembah sungai dan pesisiran pantai yang membangunkan peradaban. Malangnya, semua itu seperti tenggelam dan lenyap untuk tatapan dan rujukan generasi kita. Jadi, siapakah penghuni bumi sebelum manusia?

"Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari tanah liat kering (yang berasal) dari lumpur hitam yang diberi bentuk. Dan Kami telah menciptakan jin,sebelum itu,dari api yang sangat panas." (al-Hijr: 26-27)

Friday, January 26, 2018

Mukjizat Al-Quran: Himpunan Fadhilat & Khasiat Al-Quran ~ Miftahul Asror Malik

(SEM & SS) RM35.00 > RM30.80

Mukjizat bererti sesuatu yang di luar kebiasaan dan kemampuan mana-mana manusia untuk melakukannya.

Kemukjizatan al-Quran bukan hanya pada kehebatan bahasanya yang tidak mampu ditandingi, bahkan meliputi segenap aspek ilmu. Kemukjizatan al-Quran juga tidak hanya terhad pada tempoh tertentu, malahan ia kekal sehingga kiamat.

Ayat-ayat al-Quran bukan semata dibaca, bahkan ia boleh diamalkan sebagai doa penyembuh, pelindung, penyelamat, penjaga, penguat dan sebagainya.

Buku ini membawakan beberapa fadhilat dan khasiat kesemua 114 surah dalam al-Quran, antaranya:
  • Doa keselamatan daripada gangguan binatang, jin jahat dan manusia 
  • Doa terhindar daripada penyakit dalaman 
  • Doa untuk melawan orang yang melakukan kezaliman 
  • Doa menghilangkan rasa penat.

Man Rabbuka? Temu Janji Bersama Munkar & Nakir ~ Al-hidayah

(SEM & SS) RM14.00 > RM12.30


Cakar Ayam Seorang Doktor 2.0 ~ Fahmi Hassan, Jazlina Syahrul, Kamarul Ariffin, Onn Azli, Fahd Razy, Sharif Ahmad, Ahm Ahmad

(SEM & SS) RM28.00 > RM24.60

Anda selalu resah-gelisah seperti ada kabut dalam kepala?
Atau dada sentiasa berdebar menahan rindu-dendam? Rasa tak keruan. Bosan.
Ah. Jangan risau. Kami ada penyelesaiannya!

DIAGNOSIS: Sakit Hati

RAWATAN:
1) Tablet Senyuman Glucose (500mg) 1 biji sebelum makan 3 kali sehari untuk sebulan.
2) Krim Usapan Manja disapu nipis 2 kali sehari pada perut dan dahi untuk sebulan.
3) Ubat kumur Ketawa Gargle 2 kali sehari (bangun pagi dan sebelum tidur) untuk sebulan.
Dan paling penting…

4) Senaskhah CAKAR AYAM SEORANG DOKTOR 2.0 dibaca tiga kali sehari selama sebulan.
Mudah-mudahan hati anda terubat!

Cakar Ayam Doktor ~ Dr. Fahd Razy, Dr. Sharif Ahmad, Dr. Kamarul Ariffin, Jazlina Syahrul

(SEM & SS) RM27.00 > RM23.80

"Membaca buku ini anda dapat dos lengkap segala ubat yang anda perlukan (bukan semua ubat dalam bentuk pil!).

Sedikit senyum dan tawa. Teladan dan iktibar. Hati yang tersentuh. Semangat dan inspirasi. Cubit-cubit sikit.

Oh ya, juga tips-tips kesihatan yang mahal!

Ini buku dari manusia untuk manusia.
Di sebalik kot putih itu, mereka juga hidup sebagai manusia yang penuh warna-warni. Para doktor dengan hidup cacamarba dan aneka ragam.

Selamat datang ke dunia 'doktor-doktor' yang tak semestinya putih.
('Kot putih' mereka pun biasanya kelabu juga)

Baikilah Solatmu Untuk Khusyuk ~ Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri

(SEM & SS) RM18.00 > RM15.80

Buku ini membicarakan tentang langkah atau cara kita menunaikan solat yang wajib iaitu solat fardhu dari awal hingga akhir. Bermula dengan Takbiratul Ihram sehingga Tahiyyat Akhir berserta bacaan sunat. Istimewanya buku ini dilengkapi dengan cara untuk khusyuk dalam solat dan hukumnya.

Tuesday, January 23, 2018

Syarah Hadis 40 Imam Al-Nawawi & Tatmim Al-Kafi ~ Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri

(SEM & SS) RM70.00 > RM61.60

Imam Nawawi Rahimullah adalah salah seorang cendekiawan Islam yang terulung dan merupakan pendokong besar dalam Mazhab Syafie. Beliau dikenali dengan pelbagai tulisan yang bermutu dan bernilai tinggi.

Kebanyakan hasil karyanya yang bermutuu dan bernilai tinggi telah menyumbang banyak manfaat dan kefahaman mengenai agama kepada masyarakat sejak dari zamannya sehingga ke hari ini.

Antara karyanya yang sering dibaca dan diajarkan adalah Hadis 40. Antara keistimewaan kitab ini ialah:
-Ia merangkumi semua hadis berkaitan kehidupan manusia.
-Hadis-hadisnya pula menjadi asas kepada kaedah agama yang penting.
-Ramainya yang mensyarahkan hadis ini
-Kitab ini menjadi kitab yang amat masyhur di kalangan ulama dan orang awam di segenap pelusuk dunia.
-Kitab ini dipelajari lapisan masyarakat

Amat sesuai setiap Baitul Muslim memiliki karya penulisan yang bernilai ini untuk dapat melayari bahtera kehidupan berkeluarga dengan jayanya.

Listen To Your Heart ~ Nik Alia Hayati

(SEM & SS) RM22.00 > RM19.40

Selalu kita dengar kata-kata,
“Segalanya bermula dari hati.”

Kenapa hati?

Kerana hati mencerminkan siapa diri kita. Kerana hati akan menunjukkan mana yang betul dan salah. Kerana hati menciptakan perasaan tenang atau resah gelisah. Tinggal kita pilih, hati mana yang kita mahu, damai atau sebaliknya?

Kerana hati adalah segalanya.

Friday, January 19, 2018

La Tastaslim ~ Farid Rashidi

(SEM & SS) RM30.00 > RM26.40

hidup manusia itu seperti roda. Ada masa di atas, ada masa turun ke bawah. Kegembiraan dan kesedihan bersilih ganti. Apabila kita gembira, kita selalu melupakan Tuhan. Jadi apabila kita dirundung duka, jangan pula kita menyalahkan Tuhan, sehingga kita terus berputus asa.

Andai ditimpa musibah, hilang orang yanhg disayangi, jatuh sakit atau miskin, lambat jodoh atau belum dikurniakan zuriat, ingatlah, Allah sentiasa ada bersama kita.

“Ya Allah, tidak ada kemudahan kecuali yang Engkau mudahkan. Dan Engkau menjadikan kesedihan (kesulitan), jika Engkau kehendaki pasti akan menjadi mudah”
-Riwayat Ibnu Hibban-

La tastaslim! Jangan berputus asa wahai teman!

101 Soal Jawab Cinta ~ Farid Rashidi

(SEM & SS) RM20.00 > RM17.60

Tak salah seseorang menyukai seseorang, kerana itu adalah fitrah manusia yang dibekalkan naluri untuk kasih mengasihi sesama manusia. Cumanya, jika belum bersedia, usah diluahkan pada empunya diri, bimbang ia akan menyusahkan kita kelak. Berdoalah pada Allah SWT, mohon petunjuk daripada-Nya. Perbanyakkan istikharah agar dipermudahkan urusan memilih calon terbaik. Jika hati rasa tenang kepadanya, maka usahakan untuk memiliki secara halal. Kalau sudah jodoh, segalanya terasa mudah biarpun jaraknya beribu-ribu batu sekalipun. 

Buku ini pada asalnya adalah hasil penulisan status penulis di laman sosial namun ia mempunyai huraian berbanding status asal di laman sosial yang agak terhad. Bahkan penulis juga menyelitkan beberapa karikatur yang dilukis sebagai tambah nilai, serta lebih santai dan tidak terlalu berat untuk dihadam.

Monday, January 15, 2018

Cerita Gagal: Penamat Atau Pemula? ~ Faizah Hamid, Fatin Syamimy

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.00

Jika kita takutkan kegagalan, bagaimana kita boleh belajar daripadanya?

Setiap episod kegagalan ialah persimpangan yang membentuk diri kita.

Buku ini merupakan kompilasi kisah-kisah kegagalan daripada 19 penulis. Ada yang gagal sambung belajar, gagal lesen memandu, gagal tiga kali peperiksaan untuk subjek yang sama, gagal meneruskan impian, gagal dapatkan anak, dan macam-macam jenis kegagalan lagi, sehingga ada yang ingin putus asa, ada yang mengalami depresi, ada yang ingin mencederakan diri sendiri. Ada yang kelakar, ada yang sayu.

Tapi satu benda yang mengagumkan, iaitu mereka semua ini tetap bangkit dari kegagalan dan tetap positif.

Gagal itu boleh jadi satu persimpangan, boleh jadi membuka satu jalan yang baru. Parut gagal itu boleh jadi satu trofi, kerana dengan melalui trek gagal itu yang kita jadi seperti apa adanya kita hari ini.

Gagal setelah mencuba, atau gagal mencuba?
Moga tidak gagal membaca buku ini.

Isteriku Bidadari ~ Ebit Lew

(SEM & SS) RM28.00 > RM24.60

Setiap insan mengimpikan kebahagiaan namun dalam semangat dan keghairahan mengejar bahagia kita terlupa bahawa kebahagiaan datang daripada hati yang dipenuhi keimanan dengan melahirkan sifat membahagiakan orang lain. Keluarga adalah lubuk kebahagiaan apabila kita mampu membahagiakan ahli keluarga. Kebahagiaan kita kecapi mencerminkan sebanyak mana kemampuan diri kita membahagiakan pasangan dan anak – anak. Ramai yang mengejar bahagia hanya untuk diri sendiri tanpa ada keinginan untuk membahagiakan orang lain. Bahagia yang di cari penderitaan yang menjengah. 

Buku ini ditulis berdasarkan pengalaman penulis yang dikutip daripada 1001 kisah rumahtangga sepanjang menganjurkan seminar Keluarga Sunnah dan pelbagai program kekeluargaan. Kisah rumahtangga tidak mampu diterangkan dengan ilmiah kerana melibatkan akal fikiran yang dibalut tebal dengan emosi. Maka semua kisah dan pengalaman dibukukan menjadi coretan emosi untuk panduan dan tauladan bagi yang ingin meraih kebahagiaan.

Perjalanan Hidayah Umat ~ Ebit Lew, Rahman Lew

(SEM & SS) RM23.00 > RM20.20

Alhamdulillah dengan berkat susah-payah, pengorbanan dan darah Nabi Muhammad serta orang terdahulu, kita hari ini mampu mengenali dan sujud kepada Allah S.W.T. Hari ini kita dilahirkan dari keluarga orang Islam hingga menyebabkan kita lalai dan tidak menyedari nikmat kebesaran Islam. Ramai yang bercakap soal Islam tapi tidak dipraktikkan. Seorang ulama berkata, disaat ketika orang kafir sedang sibuk menyembelih orang Islam di serata dunia, orang Islam pula sedang sibuk menyembelih satu demi satu amalan dalam Islam itu sendiri. Jika kita ingin mengulangi keagungan dan kejayaan Islam seperti sahabat, maka hari ini kita perlulah mencontohi usaha gerak kerja yang ditunjukkan oleh Nabi dan sahabat demi mengamalkan Islam dalam erti kata yang sebenar.

Hakikat waktu ini, oleh kerana ramai dikalangan kita yang dilahirkan Islam maka kita hilang arah dan pedoman di mana hendak memulakan gerak kerja sebagai orang Islam. Sebagai gambaran mudah jika kita ingin jadi pelajar cemerlang maka kita perlu contohi pelajar yang telah mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlang. Jika kita ingin menjadi usahawan yang berjaya, kita perlulah contohi usahawan yang telah berjaya melebarkan perniagaan dan mendapat hasil jutaan ringgit. Natijah yang sama juga, jika kita ingin berjaya mengamal Islam secara terbaik, maka kita perlulah contohi para sahabat yang telah diiktiraf sendiri oleh Allah S.W.T.

Menelusuri Cinta ~ Ebit Lew, Rahman Lew

(SEM & SS) RM28.00 > RM24.60

"Melihat dengan cinta, mendengar dengan cinta, melalui hidup ini dengan cinta."

Dari mana datangnya cinta? Dari mata turun ke hati. Begitu madah yang sering diucapkan oleh kebanyakan manusia. Namun buku ini cuba menyingkap dan meneroka satu daerah paling dalam, yaitu sudut hati manusia yang paling dalam bagi mengisi cinta yang abadi. Apabila tertusuk panahan cinta yang hakiki maka segenap jiwa dan raga sanggup dikorbankan demi yang dicintai

Begitulah Rasulullah SAW dan para sahabah RHUM yang telah menanam bibit cinta yang sejati hingga melahirkan benih-benih hidayah yang begitu subur hingga mampu dinikmati hingga ke hari ini oleh kita.

Selingkar kisah pengalaman umat akhir zaman yang begitu dhaif dalam menagih cinta disampaikan agar menjadi pedoman dan panduan bagi kita menelusuri laluan Sang Pencinta dalam mengejar Cinta Allah Azza Wajalla.

Tangisan Umat ~ Ebit Lew

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.00

Tangisan seringkali dikaitkan dengan kelemahan, tiada upaya, kesedihan & keburukan. Namun hakikat sebenar tangisan telah disalah tafsir. Banyak tangisan hari ini terjadi kerana digunakan untuk perkara yang remeh & bathil. Sedangkan tangisan & air mata orang terdahulu yang tumpah tertujuan agar memastikan kita pada hari ini dapat mengenal Islam & Allah SWT sebagai Rabb kita. Setitik air mata tangisan umat yang hak dapat memadamkan kepanasan api neraka.

Tangisan umat bukan tangisan kelemahan tetapi tangisan yang mampu memberi kesan terhadap dunia. Tidaklah dapat saya menerangkan sebanyak mana tangisan yang boleh menyebabkan mata manusia manjadi buta tetapi yang saya tahu & faham orang yang tidak menangis kerana Islam maka hatinya telah buta & mati terhadap perintah Allah SWT serta sunnah Nabi Muhammad SAW.

Melalui kisah yang disampaikan dalam buku ini ianya merupakan satu gambaran kepda minda kita tentang tangisan umat yang hak. Tangisan umat ini akan mengembalikan kegemilangan Islam dan memantapkan iman & taqwa setiap jiwa daripada umat ini.

Thursday, January 11, 2018

Amalan Seumur Hidup: Zikir & Doa Harian ~ Dr. Udah Hohsin

(SEM & SS) RM20.00 > RM17.60

Buku ini menghimpunkan doa dan zikir-zikir yang boleh dibaca pada setiap masa dan ketika, dari terbit matahari hingga terbenam matahari. Setiap doa dan zikir yang dibawakan dikuatkan dengan ayat al-Quran dan hadis yang menganjurkannya serta kelebihan mengamalkannya. Antara doa dan zikir yang dimuatkan dalam buku ini:
- Doa untuk melindungi kanak-kanak
- Bacaan ketika hendak bersalin
- Etika mendapat berita gembira
- Berzikir dalam perjalanan
- Zikir menghilangkan kemarahan dan lain-lain lagi.

Membina Keluarga Profazz 2 ~ Siti Nadzrah Sheh Omar

(SEM & SS) RM35.00 > RM30.80

Buku ini merupakan sequel dari buku Bestseller 'Membina Keluarga PROFAZZ' nukilan MOM No 1 Malaysia, Siti Nadzrah Sheh Omar yang menceritakan pengalaman 30 tahun seorang ibu mendidik 5 orang anak lelaki menjadi huffaz al-Quran dan dalam masa yang sama mereka bekerjaya dalam pelbagai profesional.

Kali ini, lebih sarat dan padat dengan tip dan teori praktikal antaranya ialah ' Peranan Ideal Seorang Ayah', 'Tip Ibu bekerja Lahirkan PROFAZZ', 'Bila Anak Tidak Mampu Hafal Quran' dan lain - lain lagi.

10 Teknik Hafazan Profazz ~ Aiman, Syamil, Irfan, Farhan, Suhayl

(SEM & SS) RM33.00 > RM29.00

Buku '10 TEKNIK HAFAZAN PROFAZZ' ini terhasil dari gabungan idea 5 beradik PROFAZZ (Professional Huffaz) yang memiliki latar belakang pendidikan hafazan yang berbeza . Ianya terbit setelah teknik didedahkan melalui program Jelajah PROFAZZ di serata Malaysia dan mendapatkan pelbagai testimoni positif.

Bagi merealisasikan hasrat melahirkan seramai mungkin PROFAZZ di Malaysia , buku ini memberi perkongsian teknik hafazan PROFAZZ dengan gaya menarik, santai dan mudah difahami. Teknik ini diasaskan oleh Dr Syamil PROFAZZ yang berjaya menghafal 30 Juzu' Al - Quran dalam masa 5 bulan.

Nota Daripada Tuhan ~ Abdullah Bukhari Abdul Rahim Al-Hafiz

(SEM & SS) RM18.00 > RM15.80

Merupakan himpunan koleksi nota atau catatan tafsir penulis buat masyarakat, khasnya golongan moden pada hari ini yang sentiasa sibuk dan terdedah dengan cabaran dan godaan akhir zaman. Berdasarkan kandungannya yang padat tetapi diringkaskan dengan bahasa yang mudah difahami diharap agar buku ini mampu menjadi peneman sehari-hari untuk santapan minda dan rohani para pembaca. Semoga ayat-ayat Allah ini dapat dijamah oleh minda orang yang sentiasa rindukan syurga-Nya.

Sehebat Mereka ~ Muhammad Luqman Makhtar

(SEM & SS) RM20.00 > RM17.60

Selain menghikayatkan kisah-kisah generasi salafusshalih yang diolah dengan bahasa yang segar dan hidup, buku ini turut menampilkan kisah tokoh-tokoh moden yang menghiasi sejarah awal abad ke-20 dan abad ke-21. Pemilihan tokoh-tokoh ini pula sangat rencam. Daripada tokoh pemikir, pendakwah, tokoh gerakan kebangkitan Islam dalam politik dan pendidikan hinggalah kepada penulis al-Quran.

Antara kandungan:
  • Ibn Sirin: Ulama Ceria Pakar Tafsir Mimpi
  • Ibn Al-Mubarak: Ulama, Hartawan, Mujahid
  • Imam Abu Hanifah: Dipenjara Kerana Tolak Jawatan
  • Imam Malik: Disebat Kerana Meriwayatkan Hadis
  • Imam Al-Syafi'i: Ditangkap Kerana Tuduhan Memberontak
  • Imam Ahmad: Seorang Diri Mempertahankan Agama
  • Ummu Sulaim: Ibu Cerdik Paling Barakah
  • Umamah: Cucu Sulung Nabi Yang Tabah
  • Dr. A'idh Al-Qarni: Di Sebalik Buku La Tahzan
  • Dr. Zakir Naik: Pewaris Jaafar Bin Abi Talib
  • Syeikh Uthman Taha: Menulis Mashaf Quran Kerana Cinta

Gerakan Freemasonry ~ Hj. Nik Azran Muhamed, Hj. Mohd Mahadi Hj. Isa

(SEM & SS) RM35.90 > RM31.60

Semenjak bumi ini disinari cahaya Islam,pertembungan antara hak dan batil sentiasa berlaku seolah-olah sudah menjadi rutin harian masyarakat dunia. Permusuhan yang bermula di alam malakut yang tercetus dari keengganan iblis untuk tunduk kepada Adam berpanjangan bersama peredaran zaman dan waktu yang menyaksikan permusuhan ini saling bersilih ganti merebut takhta kerajaan di bumi ini. 

Musuh Islam di kalangan Yahudi dan Kristian sememangnya menunggu peluang keemasan ini untuk menarik dan membawa mereka ke lembah kesesatan. Orang-orang yang telah terjebak dengan umpan suapan musuh Islam terutama Yahudi akan menjadi hamba yang taat setia untuk dikerah melakukan apa sahaja kehendak mereka walaupun terpaksa membunuh saudara seagama. 

Dalam masa yang sama gerakan bawah tanah seperti Freemasonry dibawa masuk untuk diterapkan ke dalam gerakan kebangsaan yang telah dibentuk. Gerakan-gerakan ini seumpama menyusup masuk menjadi tulang belakang kepada geraka-gerakan yang bersifat kebangsaan. Kehadiran gerakan seperti ini telah membawa masuk slogan-slogan yang zahirnya menampakkan mereka sebagai gerakan yang memperjuangkan nasib bangsa tetapi pada hakikatnya mengandungi agenda rahsia untuk kepentingan musuh Islam.

Menyingkap Tanda Rahsia Illuminati: Simbol Misteri dan Kod Tersembunyi (Jilid 2) ~ Texe Marrs

(SEM & SS) RM37.90 > RM33.40

Codex Magica: tanda rahsia yang misteri yang mendedahkan rahsia kod iluminati. Rentetan daripada jilid 1, buku ini mengumpulkan postur tubuh dan isyarat tangan yang menunjukkan keanggotaan ahli gerakan iluminati. Bahkan banyak isyarat tersebut dilakukan oleh ahli politik terkemuka bahkan selebriti popular dunia.

Apa maksud ular yang mengejar ekor sendiri? Benarkah kilat adalah simbol syaitan? Saluran Fox pun memiliki makna kabalistik tersembunyi. Secara numerologi, huruf F-O-X dalam abjad Inggeris sama dengan jumlah 666. Jaringan televisyen Fox dimiliki oleh Rupert Murdock, seorang zionis yang taat.

Sememangnya dunia sudah dikuasai mereka dan mereka mempunyai bahasa sendiri.

Bimbingan Pantas UPSR Matematik ~ Mazuki Daud, Eddy Izuwan Mazlan

(SEM & SS) RM16.90 > RM14.90

Buku Rujukan Istimewa Matematik ini merupakan SIRI BIMBINGAN PANTAS UPSR yang disusun mengikut sukatan pelajaran terkini supaya murid-murid dapat menguasai dan memahami kaedah- kaedah dan teknik-teknik menjawab soalan Matematik yang betul. Murid-murid akan dibimbing dalam setiap aspek Matematik melalui sisipan nota yang praktikal dan mudah difahami, yang juga menjadi nilai tambah kepada buku ini.

Terbaik SPM: Ulangkaji Bahasa Melayu SPM Kertas 2 ~ Nor Azah Lim, Husairi Hussin

(SEM & SS) RM9.90 > RM8.70

Buku Ulang Kaji Mudah Bahasa Melayu SPM Kertas 2 ialah buku latih tubi soalan klon SPM yang ditulis oleh guru yang berpengalaman. Soalan yang disediakan merangkumi soalan bahagian 1,2,3, dan 4. Disediakan panduan dan gambaran soalan serta strategi menjawab soalan kertas 2 dengan betul dan tepat. Disediakan skema jawapan untuk memudahkan pelajar membuat rujukan.

Ayat-ayat Cinta 2 ~ Habiburrahman El Shirazy

(SEM & SS) RM35.90 > RM31.60

Fahri, yang kini tinggal di Edinburgh dan bahkan menjadi pendidik di University of Edinburgh, terpaksa menjalani kehidupan sehari-harinya sendirian. Bersama dengan Paman Hulusi, pembantu rumah tangganya yang berdarah Turki, ia meneruskan kehidupannya tanpa Aisha.

Terkadang Fahri masih saja menangis saat mengingat kenangan-kenangannya bersama Aisha. Kenyataan bahwa isteri yang sangat dicintainya itu kini menghilang entah kemana, membuatnya sedih dan hampir putus asa. Maka ia menghabiskan hari-harinya dengan menenggelamkan diri dalam kesibukan pekerjaan, penelitian, mengajar, dan bisnes yang dulu dikelola berdua bersama Aisha.

Aisha menghilang dalam sebuah perjalanan ke Palestina bersama teman wanitanya saat ingin membuat cerita dan laporan tentang kehidupan di sana. Teman Aisha ditemukan dalam keadaan sudah kehilangan nyawa dan kondisi tubuh yang menyedihkan dan sangat mungkin kondisi Aisha juga sama meski tubuhnya belum ditemukan saat ini.

Tuesday, January 2, 2018

Tunjuki Aku Jalan Yang Lurus ~ Ustaz Zamri Mantop, Khairi Ismail

(SEM & SS) RM22.00 > RM19.40

“Buku yang sarat dengan kisah menarik, kisah pengembaraan dakwah yang dipenuhi bimbingan motivasi”.
-Muhammad Sharafi Ishak
Presiden Jamiyyah Khadamatil Quran ,UIAM

“Buku yang memuatkan kisah pengalaman dakwah Ustaz Zamri seharusnya dimiliki oleh setiap orang yang mahu bergelar pendakwah.”
-Mohd Khairi Ismail, Penulis Best Seller

Saat hati sedih fikirkan masalah kehidupan, ada antara kita yang lebih memilih keseronokan untuk melupakan masalah. Dan Tuhan teleh menitipkan kalam Al-Quran kepada manusia supaya kehidupan lebih terpandu dengan baik. Jika terasa diri jauh daripada Tuhan, buka dan bacalah Al-Quran. Sayang Al-Quran lebih daripada apa yang ada di sekeliling.

Istighfar: Taubat Sebelum Terlambat ~ Ustaz Hakim Hamidon, Ustazah Syifa Hana

(SEM & SS) RM23.00 > RM20.20

“Sesungguhnya seorang mukmin melihat dosa-dosanya adalah seperti dia duduk di lereng sebuah gunung, dan dia sangat bimbang gunung itu akan jatuh menimpanya. Sedangkan seorang Fajir (orang yang selalu melakukan dosa), melihat dosa-dosanya seperti dia melihat seekor lalat yang hinggap di batang hidungnya, kemudian dia mengusirnya seperti ini, lalu (lalat itu) terbang.”
(Riwayat Al-Bukhari)

Istighfar adalah sumber kekuatan bagi umat Islam. Melalui Istighfar kekuatan iman seseorang mampu ditingkatkan seolah menolak tubuh badan kita untuk berusaha beribadah kerana Allah.

Antara topik menarik di dalam buku ini:
· Istighfar satu kurniaan
· Bersediakah kita menghadapi kematian?
· Adakah sedekah mampu memadamkan dosa?
· Kisah pembunuh seratus nyawa

Nota Hati Buat Pelajar: Motivasi dan Petua Belajar ~ Razali Saaran

(SEM & SS) RM27.00 > RM23.80

Tidak dinafikan terdapat banyak buku yang hebat berkaitan dengan motivasi pelajar di luar sana yang mampu membantu dalam merealisasikan impian bergelar pelajar cemerlang. Namun harapan penulis, buku yang sederhana ini juga dapat membantu anda dalam menghayati cita-cita itu. Baca dan hayatilah serta ambil mana-mana yang difikirkan sesuai dan abaikan sekiranya tidak memenuhi cita rasa anda.

SIAPA YANG SEPATUTNYA MEMILIKI DAN MEMBACA BUKU INI?
  •  Para pelajar yang ingin mencapai kecemerlangan dalam pelajarannya.
  • Para pelajar yang tahap motivasi dirinya semakin menurun.
  • Ibu bapa yang mengharapkan kejayaan dan perubahan dalam diri anak-anaknya.
  • Para pelajar yang ingin menilai dan bermuhasabah diri.
  • Para pelajar yang tercari-cari bagaimana cara belajar.

The Speed Reading Book (Edisi Bahasa Melayu) ~ Tony Buzan

(SEM & SS) RM35.00 > RM30.80

Potensi kita untuk memperbaiki kadar kepantasan membaca kepada dua kali ganda lebih pantas berbanding sekarang, dan kemudian mencapai kadar 1000 perkataan seminit, sama sahaja dengan mereka yang berada pada tempat 10 teratas dunia. Setiap orang daripada mereka adalah pembaca, yang sama seperti pembaca dan saya, yang pada mulanya tidak berpuas hati dengan kadar kecepatan membaca biasa mereka dan membuat keputusan memperuntukkan masa dan usaha bagi membangunkan kemahiran manusia yang paling berkuasa ini. 

Buku The Speed Reading Book memberi pembaca peluang baik untuk mengikuti jejak langkah mata mereka. Ia adalah hasil latihan dan kajian selama lebih 50 tahun dalam bidang ini.

Bahagian 1 - Meneroka dan Membangunkan Kemahiran Speed Reading
Bab 1 – Membaca: Sebuah Definisi Baru yang Revolusioner
Bab 2 - Mengawal Pergerakan Mata
Bab 3 – Suasana dan Keadaan yang Sesuai bagi Speed Reading
Bab 4 - Membimbing Mata
Bab 5 - Mengembangkan Kuasa Visual

Mind Mapping (Edisi Bahasa Melayu) ~ Tony Buzan

(SEM & SS) RM32.00 > RM28.20

Mind Map membolehkan kita merancang setiap aspek kehidupan dengan yakin. Ia adalah alat untuk komunikasi, menyelesaikan masalah, berangan-angan secara kreatif, mengajar, mengulang kaji, menguruskan masa, dan mengingati kembali satu-satu perkara. Mind Map juga mampu menjadi bahan artistik, dengan bentuknya yang tersendiri.

Istilah-Istilah yang digunakan
1 Apa itu Mind Map?
2 Minda Memang Penting
3 Radiant Thinking
4 Undang-Undang Mind Map
5 Mencipta Mind Map
6 Mind Map untuk Setiap Keadaan
7 Mind Map dalam Pendidikan
8 Mind Map dalam Hidup sebagai Profesional
9 Mind Map untuk Masa Depan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...