Hubungi Kami

Hubungi Kami

Monday, April 6, 2020

Seni Berfikir Kreatif Untuk Bisnes dan Hidup ~ Ainon Mohd, Zamri Mohamad

(SEM & SS) RM22.00 > RM19.80

Berfikir kreatif tidak bergantung pada keupayaan diri semata-mata. Mencetuskan idea yang kreatif datang daripada keupayaan diri, kesediaan pasukan, dan penerimaan pelanggan terhadap idea yang bertukar menjadi benar. Berfikir secara kreatif tidak diberikan penekanan sebagai sesuatu yang mesti dipelajari bagi meningkatkan potensi. 

Kita dapat melihat, mempelajari proses berfikir ditekankan oleh ibu bapa ke atas bayi melalui latihan rangsangan deria. Cabang berfikir yang tertentu kemudian diasah melalui silibus pendidikan. Tiba-tiba, proses berfikir tidak ditekankan sebagai cara survival hidup. Situasi yang berlaku, pandai-pandai sendirilah berfikir dan menyelesaikan masalah yang timbul. 

Sesetengah orang percaya proses berfikir secara kreatif dianggap bakat dan mereka yang terpilih sahaja mampu melakukannya. Kesannya, ada yang berhenti mencari cara dan membiarkan diri mengikut keadaan semasa.

Tafsir Surah Muhammad dan Juzuk 26 ~ HAMKA

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.50

Tafsir Surah Muhammad dan Juzuk 19 ini menumpukan kepada perbincangan HAMKA mengenai surah yang terdapat dalam juzuk 19, iaitu Surah Al-Ahqaf, Surah Muhammad, Surah Al-Fath, Surah Al-Hujurat dan Surah Qaf. Kelebihan pentafsiran Al-Quran oleh HAMKA kerana beliau menitikberatkan penjelasan ayat-ayat Al-Quran dengan ungkapan yang teliti, menjelaskan makna-makna yang dimaksudkan dengan bahasa yang indah dan menarik serta menghubungkan ayat dengan realiti sosiobudaya masyarakat nusantara. Ia turut diperkaya dengan pendekatan sejarah, sosiologi, tasawuf, ilmu kalam, sastera dan psikologi.

Tafsir Surah As-Syu'ara dan Juzuk 19 ~ HAMKA

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.50

Antara Kandungan:
Surah al-Furqan (pembeza kebenaran dan kebatilan)
Jiwa yang Tidak Mempunyai Pengharapan
Kiamat
Keluhan Rasul
Usul Supaya Al-Quran Diturunkan Sekaligus
Pejuang yang Hak dan Tentangan Atasnya
Tugas Rasul
‘Ibadur Rahman

Surah as-Syu`ara’ (para penyair)
Musa dan Firaun
Di Antara peribadi Bertauhid dengan Keangkuhan
Di Antara Sihir dan Mukjizat
Perpindahan Besar-besaran
Perjuangan Nabi Ibrahim
Penyesalan
Nuh dengan Bahteranya
Hud dengan Kaumnya `Ad
Nabi Soleh dan Kaum Tsamud dan Unta Allah
Syu`aib dan Penduduk Aikah

Mission 5 Daily Solat: Imran's Du'a Diary ~ Nazrul Ali

(SEM & SS) RM20.00 > RM18.00

Oh man! I’m finished!​ I accidently did something at school! And ‘Bob’ is REALLY angry with me.

You don’t know who Bob is! He’s the worst thug in school… no, wait. Make that in the whole world!

Ustaz said, a Muslim’s weapon is DU’A. That’s why I must fight Bob using du’a. (I’m not going to survive a fist fight against him, NO WAY).

The PROBLEM is, I only memorise the du’a before meals. Oh man!

WHAT SHOULD I DO?

Dekor Dekor Cinta ~ Khairunnisa Hamzah

(SEM & SS) RM30.00 > RM27.00

Tanpa kita sedari, terlalu banyak perkara yang telah terbiasa kita lakukan dalam seharian di rumah kita sendiri, yang secara perlahan telah membunuh jiwa dan minda kita sekeluarga.

Semoga usaha kecil ini dapat membantu membawa perubahan yang besar kepada pembaca budiman tentang:
· Cara berfikir
· Gaya kehidupan
· Persekitaran
· Tanggapan
· Mood dan aura
· Juga kasih sayang.

Apa yang dikongsikan di dalam buku ini, bukan sekadar perihal keindahan rupa dalam membina rumah impian semata-mata, malah lebih daripada itu. Bukan hanya berkaitan dengan mengusahakan sebuah rupa pandangan yang mendamaikan, tetapi akan juga berkait dengan proses memperindahkan budi pekerti dan akhlak yang mulia. Semoga ia benar-benar dapat mewujudkan kedamaian dalam kediaman kita semua.

Sesungguhnya Allah itu indah dan sukakan keindahan. Sebagai hamba-Nya, kita mencari kedamaian dengan melakukan apa yang disukai oleh Allah SWT. Sebagai seorang yang berpengalaman dalam mereka bentuk kediaman, saya terpanggil untuk melakukan usaha kecil ini dengan berkongsi kaedah berfikir dan bertindak, agar pembaca dapat menghasilkan sebuah dekorasi kediaman yang sangat bermakna dan berfungsi sebaiknya.

Saya Sakit Apa Doktor? ~ Dr. Abdul Rahim

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.50

Buku ini mengandungi ilmu kesihatan dan juga maklumat penyakit lazim yang sering dialami oleh masyarakat. Ia menjawab persoalan:
- Jenis penyakit yang dihidapi?
- Mengapa dan bagaimana penyakit berlaku?
- Siapa yang boleh kena sesuatu penyakit itu?
- Bagaimana bentuk pencegahan dan rawatannya?
- Bilakah perlu berjumpa doktor?

Buku ini terbahagi kepada enam bahagian:
1. Anda sakit apa? – antaranya menghuraikan status kesihatan kita, sama ada sihat, sakit atau berpenyakit. Juga menyentuh beberapa jenis penyakit senyap.
2. Ortopedik – antaranya menghuraikan masalah sakit sendi, tulang patah, keradangan.
3. ENT – antaranya menghuraikan masalah telinga, hidung dan tekak seperti telinga dan hidung tersumbat serta dimasuki benda asing.
4. Kulit – mengenali beberapa jenis penyakit kulit.
5. Kanak-kanak – memberi panduan kepada ibu bapa apabila berdepan dengan anak sakit seperti demam, lelah dan berkahak.
6. Puasa dan Raya – masalah & penjagaan kesihatan lazim ketika puasa dan raya seperti gastrik, puasa ibu hamil dan cirit-birit.

Wednesday, April 1, 2020

Strong Mothers Strong Sons (Edisi Bahasa Melayu) ~ Meg Meeker M.D.

(SEM & SS) RM37.00 > RM33.30

Para pemuda pada hari ini banyak mengalami keadaan yang disebut sebagai ‘krisis budak lelaki’. Seperti yang ditulis oleh ahli psikologi dan penulis, Dr. James Dobson dalam buku beliau bertajuk Bringing Up Boys, “Anak lelaki, jika dibandingkan dengan anak perempuan adalah enam kali lebih cenderung mempunyai masalah pembelajaran, tiga kali ganda lebih besar kemungkinan menjadi penagih dadah, dan empat kali lebih kebarangkalian mengalami gangguan emosi…. “

Jika kita melihat pada dinamik unik hubungan indah ini, kita dapat melihat para ibu sebenarnya mempunyai tekanan mereka sendiri, yang berbeza daripada pengalaman anak lelaki mereka. Penting untuk kita memahami kedua-duanya, iaitu tekanan yang unik kepada kanak-kanak lelaki dan tekanan yang unik kepada si ibu. Kadangkala, kedua-duanya akan bersilang dan kadang-kadang tidak.

Penulis akan kongsikan setiap set ini secara terperinci. Penulis akan kongsikan semua isu yang dihadapi oleh kaum ibu. Ini kerana penyelidikan menunjukkan, cara terbaik bagi membantu seorang lelaki adalah dengan membantu insan yang mempunyai pengaruh paling besar terhadap diri mereka. Bagi berjuta-juta lelaki di dunia ini, insan itu adalah ibu mereka.

Sifat 20 Suatu Kupasan ~ Mohammad Zaki Yahpar Yahya

(SEM & SS) RM15.00 > RM13.50

Sifat 20 adalah satu daripada panduan yang cuba diketengahkan oleh Imam As-Sanusi1 pada kurun ke-9 Hijrah sekitar persoalan sifat-sifat wajib bagi Allah s.w.t. Perbahasan tentang Sifat 20 lahir dalam bidang ilmu kalam. Justeru, corak perbahasannya tidak terlepas daripada cara-cara yang dilakukan oleh para Mutakallimin.

Dua puluh sifat wajib bagi Allah s.w.t. yang dibincangkan adalah sebahagian daripada sifat-sifat kesempurnaan-Nya yang tidak terkira banyaknya. Hal ini berdasarkan penulisan Imam As-Sanusi dalam kitab Umm Al-Barahin.

Hebatnya Cara Rasulullah s.a.w Mendidik ~ Razali Saaran

(SEM & SS) RM19.90 > RM17.90

Dari Timur hingga ke Barat, segala falsafah dan teori diterapkan dalam proses mendidik para pelajar. Namun begitu, kadangkala para guru terlepas pandang cara mengajar dan kaedah-kaedah yang digunakan oleh guru terulung kita, Nabi Muhammad SAW yang sudah terbukti keberkesanannya.

Naskhah ini mengupas peranan guru dalam mendidik anak bangsa yang sebenarnya bukan hanya sekadar mengaja, bahkan menjadi contoh tauladan kepada mereka dari segi akhlak dan rohani. Buku ini memberikan pencerahan mengenai kaedah-kaedah yang digunakan oleh Rasulullah SAW dalam menyampaikan ilmu serta nasihat kepada para sahabat. Diselitkan juga cara Baginda bersoal jawab, bergurau senda dan meraikan para pelajar Baginda.

Kaedah-kaedah yang diketengahkan dalam buku ini bukan sahaja khusus buat para guru. Namun ia juga boleh dipraktikkan oleh ibu bapa dalam mendidik anak-anak di rumah.

Mengapa Pembaca Membeli Buku?


Di saat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ni, antara ubat untuk hilangkan bosan atau tak tahu nak buat apa ialah melalui pembacaan. Sekarang, jika anda tak dapat beli buku online, anda boleh aje cari ebook yang percuma di web. Ada sesetengan penulis memberikan ebook percuma kepada pembaca sebagai cara untuk menghilangkan bosan dan elakkan social distancing.

Namun begitu, apabila selesai PKP, ini antara sebab yang mungkin ada perlukan untuk beli sesebuah buku. Lain orang lain peelnya dalam memilih bahan bacaan.

Kami senaraikan 13 SEBAB UTAMA mengapa pembaca, ulat buku, kaki novel, bukuwan suka membeli buku. Ada banyak sebab lagi tapi ini yang kami dapat kongsikan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...