Hubungi Kami

Hubungi Kami

Sunday, January 17, 2021

Menerokai Rahsia STEM Dalam Al-Quran (Buku 2) ~ TS. Muhammad Nazri Mohammed Khalid

(SEM & SS) RM55.00 > RM52.00

Perkembangan Sains, Teknologi, Kejuruteraan & Matematik tanpa agama adalah buta, namun tidak dinafikan keperluan STEM untuk membangunkan & memakmurkan alam ini. Justeru, STEM perlu dibicarakan berteraskan sumber wahyu & berinspirasikan keagungan Allah sebagai Pemilik & Pencipta yang Maha Agung.

Buku Q-STEM-A menampilkan beberapa ilmu Al-quran yang mengilhamkan ke arah ilmu STEM yang sering menjadi persoalan & dijelaskan dalam bentuk yang mudah. Buku ini memuatkan beberapa fakta ilmiah.

Mengapakah buku ini perlu dimiliki?
• Meransang minat untuk menerokai bidang STEM dan al-Quran
• Memahami kejadian alam melalui penghayatan ilmu STEM dan al-Quran
• Meningkatkan dan menajamkan daya berfikir
• Mengintegrasikan pembelajaran STEM di Sekolah dengan al-Quran
• Mengenali beberapa penemuan dan fakta ilmiah oleh ilmuan Islam dan Barat
• Melayari tayangan video berkaitan melalui lawan sesawang yang dipamerkan
• Memberi cadangan aktiviti STEM yang bersesuaian untuk dijalankan

Menerokai Rahsia STEM (Science, Technology, Engineering, Math) Dalam Al-Quran (buku 1) ~ TS. Muhamamd Nazir Mohammed Khalid

(SEM & SS) RM55.00 > RM52.00

Perkembangan Sains, Teknologi, Kejuruteraan & Matematik tanpa agama adalah buta, namun tidak dinafikan keperluan STEM untuk membangunkan & memakmurkan alam ini. Justeru, STEM perlu dibicarakan berteraskan sumber wahyu & berinspirasikan keagungan Allah sebagai Pemilik & Pencipta yang Maha Agung.

Buku Q-STEM-A menampilkan beberapa ilmu Al-quran yang mengilhamkan ke arah ilmu STEM yang sering menjadi persoalan & dijelaskan dalam bentuk yang mudah. Buku ini memuatkan beberapa fakta ilmiah.

Mengapakah buku ini perlu dimiliki?
• Meransang minat untuk menerokai bidang STEM dan al-Quran
• Memahami kejadian alam melalui penghayatan ilmu STEM dan al-Quran
• Meningkatkan dan menajamkan daya berfikir
• Mengintegrasikan pembelajaran STEM di Sekolah dengan al-Quran
• Mengenali beberapa penemuan dan fakta ilmiah oleh ilmuan Islam dan Barat
• Melayari tayangan video berkaitan melalui lawan sesawang yang dipamerkan
• Memberi cadangan aktiviti STEM yang bersesuaian untuk dijalankan

Pemikiran Tasawuf Syeikh Dr. Yusuf Al-Qaradhawi ~ Dr. Mohamad Kamil Hj. Ab. Majid

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.50

Syeikh Dr. Yusuf Al-Qaradhawi adalah seorang ilmuan tersohor dalam dunia lslam masa kini. Beliau dikenali sebagai antara ulama yang cuba mengembalikan disiplin ilmu lslam yang pelbagai seperti ilmu kalam, imu Figh, ilmu hadith, ilmu tasawuf, dan sebagainya yang terpisah jauh antara satu sama lain. Beliau terkenal sebagai ulama yang mengakui dirinya sebagai tokoh yang memperjuangkan kesederhanaan Islam. 

Buku ini mengajak pembaca memberikan tumpuan kepada pemikiran Syeikh Dr Yusuf Al-Qaradhawi dalam aspek tasawuf yang lebih bersifat amali dan akhlak dan bukan hanya teori dan falsafah. Beliau berpegang pada aliran yang menerima tasawuf bersumberkan disiplin syariah. Tasawuf yang beliau anggap lebih sesuai untuk masyarakat umum dalam kalangan umat Islam. Buku ini juga bagi meletakkan umat Islam pada landasan ilmu supaya tidak keterlaluan mempertahankan tasawuf, dan juga tidak melulu mengkritik tasawuf. Buku ini disusun berdasarkan rujukan buku berautoriti dalam kalangan para sufi seperti Risalah al- Qushairiyah, Ihya Ulumuddin, dan lain lain.

Rahsia Pasangan Bahagia & Membahagiakan ~ Dr. Rosma Mohd Dom

(SEM & SS) RM15.00 > RM14.00

Menelusuri skop aplikasi Kuasa Minda kepada aspek kekeluargaan khususnya perhubungan suami isteri. Keharmonian hubungan suami isteri menjadi titik tolak kepada kesejahteraan sesebuah keluarga. Ayah ibu menjadi role model kepada anak-anak dalam setiap aspek kehidupan termasuk aspek menjalin dan mengendalikan perhubungan sesama manusia. 

Kuasa Minda menawarkan beberapa kaedah yang boleh dimanfaatkan bagi membantu kita membina hubungan harmoni bersama pasangan suami ataupun isteri tercinta yang seterusnya menjadi asas kepada kesejahteraan sebuah keluarga idaman.

 

Beratnya ujian Allah, dekatnya pertolongan Allah


Jangan mudah putus asa.Jika penat, berhenti sebentar & kemudian mula semula.
Setiap perhentian, ada pembelajarannya.

Buku: Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri. 2018. Syarah Hadis 40 Imam Al-Nawawi & Tatmim Al-Kafi. Pustaka Cahaya Kasturi Sdn Bhd. Negeri Sembilan.

Sejarah 25 Rasul ~ Luqman Hakim

(SEM & SS) RM29.00 > RM27.00

Sejarah Para Anbiya’ yang selalu dipaparkan kepada kita menyingkapkan perjuangan yang disulami dengan pengorbanan dan penderitaan yang dihadapi para Nabi ketika menyampaikan risalah Allah SWT kepada kaumnya.

Maka didalam buku yang sedang para pembaca budiman tatap ini turut mengajak kita mengimbau kembali dengan hati yang insaf dan berazam untuk sama-sama meneruskan perjuangan yang suci dan mulia ini.

Intisari daripada usaha dakwah yang menjadi agenda utama para nabi itu diutuskan oleh Allah SWT kepada umat ini bahawa manusia ini perlunya didatangi kepada mereka peringatan dan nasihat. Para Nabi dan Rasul silih berganti dari satu zaman ke zaman dengan harapan supaya umat ini tahu hakikat bahawa kehidupan didunia ini hanyalah sementara dan adanya tugas dan tanggungjawab yang besar terhadap Allah SWT dan kehidupan di akhirat kelak.

Saturday, January 16, 2021

Syarah Al-Hikam Bimbingan Menjadi Wali Allah (Jilid 1) ~ Syeikh Ibnu Athaillah Askandari

(SEM & SS) RM68.00 > RM65.00

Wali Allah adalah orang-orang yang beriman dan mereka selalu bertakwa, mereka dekat dengan Allah, disebabkan ketaatan dan keikhlasannya, maka Allah pun dekat kepadanya dengan melimpahkan rahmat, kebaikan dan kurniaNya.

Perwalian antara seorang hamba dengan Allah menjadikan suatu pertalian teramat rapat dan mesra, sehingga Allah akan memberikan apa sahaja yang dikehendakinya. Jika wali Allah itu dimusuhi, maka Allah telah mengisytiharkan perang padanya. ini kerana Allah mencintai waliNya, sehingga Allah akan menjadi pendengarannya untuk mendengar, menjadi pandangannya untuk melihat, dan Allah akan menjadi tangannya yang dipakai untuk memegang dan menjadi kakinya untuk berjalan. Maka apa-apa yang dia minta nescaya akan diberi setiap permintaannya, dan jika dia minta perlindungan dariNya maka Allah akan lindungi dia. Kerana itu wali-wali Allah tiada memiliki rasa khuatir dan takut,

Syarah Al-Hikam Bimbingan Menjadi Wali Allah (Jilid 2) ~ Syeikh Ibnu Athaillah Askandari

(SEM & SS) RM68.00 > RM65.00

Wali Allah adalah orang-orang yang beriman dan mereka selalu bertakwa, mereka dekat dengan Allah, disebabkan ketaatan dan keikhlasannya, maka Allah pun dekat kepadanya dengan melimpahkan rahmat, kebaikan dan kurniaNya.

Perwalian antara seorang hamba dengan Allah menjadikan suatu pertalian teramat rapat dan mesra, sehingga Allah akan memberikan apa sahaja yang dikehendakinya. Jika wali Allah itu dimusuhi, maka Allah telah mengisytiharkan perang padanya. ini kerana Allah mencintai waliNya, sehingga Allah akan menjadi pendengarannya untuk mendengar, menjadi pandangannya untuk melihat, dan Allah akan menjadi tangannya yang dipakai untuk memegang dan menjadi kakinya untuk berjalan. Maka apa-apa yang dia minta nescaya akan diberi setiap permintaannya, clan jika dia minta perlindungan dariNya maka Allah akan lindungi dia.

Haiwan Makkah ~ Datuk Dr. Haji Zahazan Mohamed

(SEM & SS) RM25.00 > RM23.00

Kelebihan
Merupakan koleksi terbaik pusat sumber sekolah rendah dan menengah, Pusat Kegiatan (PKG) serta perpustakaan.
Ibu bapa yang perihatin terhadap percambahan ilmu pengetahuan anak-anak dalam bidang sejarah Rasulullah SAW pasti tidak akan mengabaikan buku ini.
Ibu bapa dan guru boleh membantu anak-anak yang belum pandai membaca dan menulis jawi.


Sinopsis
Semua haiwan ini pernah ditemukan atau hidup pada zaman Rasulullah SAW. Buku ini menyelami diri haiwan tersebut dan menceritakan apa yang di alami ketika bersama Rasulullah SAW.

 

Ringkasan Kehidupan Awal Muallaf ~ Dr. Mohammad Nidzam Abdul Kadir

(SEM & SS) RM20.00 > RM18.00

Kehidupan insan sentiasa berubah. Peraturan yang menyusahkan akan menyukarkan insan secara dasar. Maka untuk menjadikan Islam sebagai agama yang fleksibel dengan suasana semasa, buku tentang Ringkasan Kehidupan Awal Muallaf dalam Fiqah Muallaf dihasilkan. Buku ini adalah tulisan semula kepada buku Fiqh Muallaf.

Ia disusun dan disesuaikan dengan situasi semasa untuk menjadi panduan kepada Muallaf dalam kehidupan awal mereka ke arah yang lebih baik dan dapat membentuk personaliti atau keperibadian mereka sebagai Muslim sejati.
 

Wanita Wajib Kaya ~ Fida Jaafar

(SEM & SS) RM20.00 > RM18.00

Buku ini mengajak kita berfikir, kaya yang bagaimana yang kita mahu? Mahu jadi ‘betul ke kaya’? Atau betul-betul kaya? Real rich sudah ada di mana-mana, cuma kita sahaja yang tidak mahu menjejaki mereka.

Jadi, apabila kita melihat kehidupan orang lain yang biasa dan sederhana, jangan kita anggap seseorang itu tidak berjaya. Jangan kita menilai dari pandangan mata kasar sahaja dan jangan sesekali merasakan diri lebih baik daripada orang lain.

Tanggapan ini hadir kerana kita tidak dapat mencari material pada orang itu, kerana fikiran kita telah diasuh untuk melihat kemewahan yang tertonjol sebagai tanda kaya dan berjaya.

Ingat, wanita wajib kaya. Kaya bukan terletak pada harga (price tag) tapi pada nilai (value) yang membawa lebih banyak kebaikan kepada orang lain juga.

KANDUNGAN
Antaranya menyentuh persoalan Kaya Itu Apa? Mengapa Wanita wajib kaya? Di mana mahu bermula? Bila wanita wajib kaya? Dan lain-lain lagi.

Disertakan juga kisah-kisah berdasarkan pengalaman sebenar yang terpilih yang boleh dijadikan teladan.

Cash Flow Untuk Keluarga ~ Shamsuddin Kadir

(SEM & SS) RM25.00 > RM23.00

Apabila kita hanya membaca buku ini, kita mudah taksub dengan isi dan formula di dalam buku ini sahaja, tanpa meneruskan langkah menambahkan lagi ilmu-ilmu yang terkini dalam menguruskan cash flow untuk keluarga.

Proses pembelajaran harus diteruskan tanpa ada penghujungnya. Saat kita kata kita sudah pandai, itu tandanya kita sudah diperbodohkan oleh sandiwara dunia.

Buku ini adalah untuk kita meningkatkan kecekapan mengelolakan setiap duit dalam bentuk mata wang ringgit, untuk ditukar kepada jongkong emas, hartanah, saham di Bursa Malaysia dan lain-lain.

BAB 1: KELUARGA DAN KEWANGAN
Pecahan Untuk Pembahagian Kos Kehidupan, Cash Flow Untuk Sebuah Keluarga, Kos Perceraian, Nafkah Anak, Isteri Perlu Ada Pelaburan Sendiri, Bom Jangka Suami Isteri dan lain-lain

BAB 2: SIMPANAN DAN PELABURAN
Apabila Dapat Gaji/Rezeki, Tabung Kecemasan, Cash Flow Simpanan Bulanan, Simpanan Di Bank,

Asam Garam Meriahnya Rumah Tangga Nabi 3 ~ Luqman Makhtar

(SEM & SS) RM30.00 > RM28.00

Nabi dikurniakan ahli keluarga dan sanak saudara yang ramai. Merekalah yang mengasyikkan lagi kehidupan dan perjuangan Baginda.

Buku ini akan menghidangkan babak-babak interaksi Nabi dengan ahli keluarga dan kerabat Baginda. Paling kurang kita akan berkenalan dengan 60 orang daripada mereka menerusi 13 kelompok berikut:
  • Ibu-ibu Nabi; 3 orang.
  • Bapa saudara Nabi: 2 orang.
  • Sepupu Nabi: 15 orang.
  • Anak Nabi: 4 orang.
  • Anak Angkat Nabi: 1 orang.
  • Anak Tiri Nabi: 4  orang.
  • Menantu Nabi: 3 orang.
  • Mentua dan Besan Nabi: 4 orang.
  • Ipar Duai Nabi: 5 orang.
  • Cucu Nabi: 4 orang.
  • Keluarga Susuan Nabi: 4 orang.
  • Kaum Keluarga Besar Nabi: 6 orang.
  • Hamba dan Khadam Nabi: 5 orang.
Begitulah, Nabi dianugerahi ramai ahli keluarga dan sanak saudara yang mendokong perjuangan Baginda.

Fasa kehidupan kita


Jika panjang umur, kita akan melalui semua fasa ini. Betul, saya sudah melalui fasa 20 & 40 & ia benar seperti apa dikata. So, tak perlulah fikir sangat apa orang nak kata 🥰

Buat aje baik.

Buku: Muharikah. 2016. Hidup Yang Aku Pilih. Iman Publication. Selangor.

Wednesday, January 6, 2021

Isteri Bukan Bibik ~ Ahmad Sarwat

(SEM & SS) RM20.00 > RM18.00

Menjadi stigma dalam kalangan masyarakat kita, posisi seorang isteri adalah menjadi seorang pembantu bagi sebuah rumah tangga. Secara tidak sedar, kita menganggap semua itu bersumberkan dari ajaran agama Islam. Seolah-olah kita mengatakan Islam mewajibkan setiap isteri untuk melakukan banyak pekerjaan rumah tangga, layaknya seorang bibik.

Isteri harus menyapu, mengemop, mencuci, menggosok, memasak, dan melakukan seluruh kerja rumah yang lain. Waktunya dihabiskan untuk pekerjaan sebanyak itu. Hasilnya, saat suami pulang, isteri sudah kelelahan dek pekerjaan hariannya sehingga tidak ada waktu untuk melayani suami dan anak-anak.
  • Jadi, apa sebenarnya peranan dan tanggungjawab seorang isteri dalam rumah tangga? 
  • Apakah isteri perlu melakukan semua pekerjaan itu? 
  • Bagaimana Al-Quran, As-Sunnah, dan para ulama memandang masalah ini? Ataupun adakah ini semata-mata kesalahan persepsi bangsa kita?
Buku ini akan mengajak kita menelusuri khazanah Islam secara lebih luas perihal seorang isteri, dengan merujuk kajian fiqh para ulama empat mazhab.

Ensiklopedia Kemukjizatan Sains Dalam Al-Quran & Sunnah ~ Yusuf Al-Hajj Ahmad

(SEM & SS) RM79.00 > RM72.00

Abdul Hayy al-Kattani di dalam bukunya “al-Taratib al-ldariyyah” menegaskan bahawa buku ensiklopedia yang paling agung dan lengkap adalah Al-Qur’an Al-Karim. Segala apa yang berkaitan dengan kehidupan manusia duniawi mahupun ukhrawi sebenarnya sudah terdapat di dalam Al-Qur’an. Cuma hanya terpulang kepada umat Islam sendiri, sama ada mahu atau tidak meneroka, menggali dan melakukan kajian terhadap apa yang terkandung di dalam Al-Qur’an. 

Di antara isi kandungan Al-Qur’an yang paling penting yang berkaitan dengan kehidupan umat manusia pada masa ini adalah tentang sains. Kajian dan penerokaan tentang ilmu sains ini semakin dianggap satu kepentingan. lni timbul kerana sains dalam era teknologi dan kemodenan ini merupakan sebagai elemen penting untuk kehidupan seharian. Namun persoalannya kini adalah sudah bersediakah atau mampukah kaum Muslimin memikul tanggungjawab ini? 

Menggali dan membuat kajian untuk meneroka pelbagai disiplin ilmu temasuklah sains di dalam Al-Qur’an bagi memastikan kehidupan mereka tidak lagi bergantung dengan dunia barat. Buku memaparkan aspek keajaiban sains yang tersimpan di dalam Al-Qur’an. Dengan apa yang disampaikan oleh penulisnya akan mengiatkan lagi usaha umat Islam dalam memperkasakan diri mereka dengan ilmu sains seperti yang telah dilakukan tokoh-tokoh saintis Muslim silam.

 

Sejarah Lengkap Nabi & Rasul Dalam Al-Quran ~ Abu Mazaya Al-Hafiz

(SEM & SS) RM79.00 > RM72.00

Di tengah kehidupan moden di mana umat manusia mula hanyut terlena dengan kehidupan duniawi, ramai di antara mereka yang kehilangan panutan dan mengalami krisis nilai akhlak. Ajaran agama tidak lagi diendahkan, sifat saling menghormati antara satu sama lain kian memudar dan hukum yang berlaku kini adalah sama dengan hukum yang berlaku di dalam hutan belantara. Orang yang lebih tua tidak lagi menyayangi orang lebih muda dan demikian pula yang, muda tidak lagi menghormati yang tua.

Idola generasi muda masa kini adalah para artis, pelakon dan penyanyi, di samping saluran-saluran media jarang menampilkan program-program yang dapat menanamkan nilai-nilai akhlak dan memaparkan kisah-kisah tokoh panutan. Inilah yang disebut dengan zaman krisis panutan. Ramai di antara kita sebagai umat Islam yang tidak lagi hafal dengan nama-nama para nabi dan rasul, apatah lagi untuk mentauladani jejak langkah mereka.

Buku ini hadir untuk mengungkap sejarah hidup para nabi dan rasul di dalam al-Qur’an dengan harapan kehidupan mereka dapat dicontohi dan diamalkan dalam kehidupan kita seharian. sebelum ini telah banyak karya ditulis yang membahaskan kisah para nabi dan rasul, namun buku ini memiliki keistimewaan yang antara lain adalah perbahasan yang sistematik, gaya bahasa yang mudah difahami dan bersesuaian untuk semua kalangan.

Tafsir Ibnu 'Abbas (Jilid 1-3) ~ Abu Thahir Muhammad bin Ya’kub Al-Fairuzabadi


 (SEM & SS) RM299.00 > RM269.00

Al-Quran dihidangkan dengan penuh hikmah oleh Allah S.W.T. Hikmah yang hanya akan dinikmati oleh mereka yang memahami pengisian, meyakini keimanan kepada Allah S.W.T serta mengamalkannya sebai panduan kehidupan seharian. Sesungguhnya diturunkan Al-Quran merupakan rahmat dan nikmat yang paling besar bagi seluruh umat manusia terutama umat Islam. 

Dalam memahami dan menghalusi susur-susur ayat yang indah yang diwahyukan Allah itu, rujukan dan sumber yang paling lengkap serta dihasilkan oleh individu yang berkaliber amat ditagih dan diperlukan. Lebih-lebih lagi jika individu tersebut telah mendapat bimbingan dan tunjuk ajar daripada Rasulullah S.A.W sendiri. 

Seperti yang kita telah ketahui, Ibnu Abbas merupakan seorang tokoh ilmuan Islam yang sangat dikagumi daripada segi ilmu Al-Quran dan Hadis. Beliau merupakan antara ahli tafsir yang terawal mentafsirkan Al-Quran. Hasil tafsirannya telah dibukukan dan menjadi rujukan serta panduan bagi
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...