Hubungi Kami

Hubungi Kami

Monday, November 29, 2021

Lelaki Khazanah Bahagia: Legasi Abah 4 ~ Sri Diah Shaharuddin, Fariza Nurbaya Muhammad

(SEM & SS) RM30.00 > RM29.00

Abah, seperti petir yang panas memancar, jati dirinya umpama halilintar.
 

Tujuh dosa menyebabkan kebinasaan


Sayangilah diri kita sendiri. Jika bukan kita, siapa lagi. Hindarilah dosa-dosa ini.
Buatlah baik. Allah Maha Melihat.

Elakkan bertanggung & take risk


Elakkan bertangguh. Ia bukan tabiat yang bagus.Segeralah lakukan agar jiwa lebih tenang, agar impian tercapai😊🥰

Lelaki Teragung Selamanya: Legasi Abah 3 ~ Sri Diah Shaharuddin, Ramlah Zailani

(SEM & SS) RM30.00 > RM29.00

Abah, jangan pernah biarkan dia terluka kerana hatinya tetap sekeras waja. 
 

Lelaki Dambaan Jiwa: Legasi Abah 3 ~ Sri Diah Shaharuddin, Zuridah Hanim Md. Akhir

(SEM & SS) RM30.00 > RM29.00

Abah, pernah dia gagal namun demi keluarga dia bangkit menggenggam cinta dan cita-cita.
 

Lelaki Pelindung Cinta: Legasi Abah 1 ~ Sri Diah Shaharuddin, Nurul Asyikin Ngadiso

(SEM & SS) RM30.00 > RM29.00

Abah, baginya tiada langsung erti kecewa. Di hatinya hanya jujur, setia dan bahagia.
 

Hakikat Tauhid ~ Prof Dr. Basri Ibrahim Al-Azhari

(SEM & SS) RM25.00 > RM24.00

Tauhid adalah salah satu daripada komponen penting yang terdapat dalam pegangan golongan Ahli al-Sunnah wa al-Jamaah. Ia adalah jalan pertama menuju kepada Allah dan jalan bagi mendapatkan kejayaan di dunia dan akhirat. Ia juga kewajipan pertama yang perlu dilakukan oleh seseorang untuk masuk Islam. Sebahagian ulama menyatakan setiap ayat dalam al-Quran mengandungi, memperakui saksi ataupun menyeru ke arah tauhid.

Hal tersebut kerana al-Quran mengandungi perkhabaran tentang Allah, nama-nama, sifat-sifat dan perbuatan-Nya yang juga dikenali dengan nama Tauhid Ilmi Khabari iaitu Tauhid Rububiyah dan Tauhid Asma’ wa Sifat.

Di samping itu, ia mengandungi seruan ke arah menyembah Allah yang tidak ada sekutu bagi-Nya dan menolak segala sembahan selain daripada Allah SWT, yang juga dikenali dengan nama Tauhid Iradi Talabi atau Tauhid Uluhiyah. Al-Quran juga menceritakan tentang kemuliaan yang Allah anugerahkan kepada ahli tauhid di dunia dan akhirat. Perkara yang dapat memusnahkan tauhid pula ialah syirik. Umat Islam perlu mengetahui supaya mereka tidak terjerumus ke dalamnya.

Segelintir umat Islam memahami tauhid dalam erti kata yang salah dengan hanya menumpukannya kepada Tauhid Rububiyah sahaja. Padahal hakikat tauhid yang sebenar tidak begitu. Buku ini menghidangkan hakikat tauhid yang sebenar yang perlu diketahui oleh umat Islam menurut golongan Ahli al-Sunnah wa al-Jamaah. Buku ini amat sesuai untuk dijadikan bahan bacaan masyarakat awam kerana dihidangkan dengan uslub yang mudah difahami.

Taubatku Untuk Siapa? ~ Ibnu Jauzi

(SEM & SS) RM32.00 > RM31.00

Buku “Taubatku untuk siapa?” ini merupakan huraian daripada kitab Bahr ad-Dumu’ (lautan air mata). Bahr ad-Dumu’ merupakan salah satu karya agung ulama terkemuka suatu ketika dahulu, Ibnu Jauzi. Beliau banyak menghasilkan karya ilmiah dalam pelbagai bidang keilmuan.

Di dalam buku ini, Ibnu Jauzi mengetengahkan pelbagai jenis maksiat yang sering dilakukan oleh manusia. Beliau juga menasihati pembaca dengan menggunakan pendekatan yang persuasif dengan menyampaikan banyak kisah-kisah orang berdosa yang bertaubat. Kisah-kisah ini menunjukkan tentang bagaimana mereka tenggelam dalam lautan air mata mereka sebagai bentuk penyesalan atas kehidupan mereka yang sia-sia.

Daripada kisah-kisah ini, cukup untuk menjentik hati pembaca tentang betapa mendalamnya ketakutan orang yang bertaubat itu akan dosanya dan pembalasan di hari akhirat kelak.

Antara Kandungan:
BAB 1 : Waspadalah, Wahai Tawanan Dunia.

The Richest Man in Babylon (Edisi Bahasa Melayu) ~ George S. Clason

(SEM & SS) RM25.00 > RM24.00

“Cahaya mentari yang bersinar pada hari ini adalah cahaya yang sama bersinar pada hari ayah kita dilahirkan, dan akan tetap bersinar apabila keturunan kita yang terakhir meninggal dunia”
- Algamish, antara lelaki terkaya di Babylon.

Ribuan tahun sudah berlalu. Para Babylonian tidak hanya meninggalkan serpihan sejarah kota yang penuh kegemilangan untuk kita kenang, malah ilmu kewangannya yang mantap untuk kita fahami dan amalkan. George S. Clason berjaya memecah rahsia kekayaan para Babylonian lalu memuatkannya ke dalam naskhah ini. Menerusi gaya penceritaan yang mudah, naskhah bestseller sepanjang zaman ini akan mengacu perjalanan kita bagi mencapai segala impian, dan kemahuan dalam hidup.

Diangkat sebagai karya klasik moden, buku ini menawarkan penyelesaian bagi kita yang mahu keluar dari kepompong masalah kewangan, seterusnya menjadi kaya dan berjaya.

Baca dan hadiahkan buku ini kepada mereka yang tersayang sekiranya anda mahu generasi anda hidup kaya dan sejahtera.

Mengapa Allah Mencela Orang yang Solat? ~ Dr. Ahmad Sanusi Azmi


 (SEM & SS) RM30.00 > RM29.00

Menunaikan solat ialah rukun Islam yang kedua. Menunaikannya adalah satu kewajipan bagi seorang muslim. Tetapi, apakah yang menyebabkan Allah mencela hamba-Nya yang menunaikan solat? Mengapa Allah Mencela Orang yang Solat?

Buku ini adalah himpunan penulisan harian penulis yang memberikan refleksi berpandukan kerangka pemikiran al-Quran. Penulisan ini bukanlah bermaksud untuk memberikan pentafsiran baharu bagi ayat al-Quran. Tetapi, konsep penulisan ini lebih cenderung kepada tadabbur, iaitu penghayatan dan aplikasi ayat mengenai isu kontemporari selain bertujuan mendidik masyarakat supaya menjadikan al-Quran sebagai rujukan utama dalam kehidupan zaman moden ini.

Mudah-mudahan buku ini dapat memberi manfaat kepada kita semua.



Semoga Allah membimbing kita.

Bukan Begini Sikap Rasulullah! ~ Dr. Ahmad Sanusi Azmi


 (SEM & SS) RM35.00 > RM34.00

Bagaimana kita menyantuni insan di sekeliling kita?
Adakah kita benar-benar menyantuni atau mengabaikan mereka?
Bukan Begini Sikap Rasulullah!
Jadi, bagaimana Rasulullah menyantuni insan di sekelilingnya?

Buku ini adalah himpunan penulisan harian penulis mengenai isu kontemporari berpandukan hadis-hadis terpilih, selain catatan nota bimbingan buat masyarakat Muslim dalam menjalani harian mereka.

Karya ini berusaha mematuhi kriteria pemilihan hadis yang boleh dijadikan sandaran (iaitu hadis sahih dan hasan). Namun sekiranya terdapat hadis yang dhaif, ia adalah rujukan dalam ruang lingkup yang dibenarkan melalui kriteria yang ditetapkan oleh al-Imam Ibnu Hajar.

Mudah-mudahan buku ini dapat memberi manfaat kepada kita semua.



Semoga Allah membimbing kita.

Diari Bacaan Muslim Untuk Anak & Remaja


 (SEM & SS) RM15.00

"TODAY A READER, TOMORROW A LEADE."

21.1cm x 14.9cm x 0.5cm

Allah beri penyakit, Dia juga beri ubatnya


Apa juga pun sakit hatta sakit hati, mintalah ubatnya pada Allah. Moga dia berikan kesembuhan pada sakit kita 😊

Jika kita sedih, mintalah ubat ketenangan dari Dia.
Jika kita marah, mintalah ubat kesabaran dari Dia.
Jika kita sakit, mintalah ubat penyembuhan dari Dia.

Kita ini hamba, dan selayaknya kita meminta hanya pada Dia.

Jangan mudah menilai orang


Don't judge people.Hanya Allah yang berhak menilai.Buat aje baik & biarkan apa orang nak kata.

Buku: Najmi Nawawi. 2016. Head with serban 2. Mustread Sdn. Bhd. Selangor.

Minhajul Abidin Wasiat Imam Ghazali

(SEM & SS) RM23.00 > RM22.00

Abū Ĥāmid al-Ghazālī, (1058-1111) adalah salah seorang ilmuwan Islam. Beliau juga merupakan seorang wali Allah yang besar dan lebih dikenali umum sebagai seorang tokoh pemikir Islam serta disepakati oleh para ulama' sebagai al-mujaddid untuk kurunnya. Minhajul Abidin (secara harfiah bererti Pedoman Dasar bagi para Ahli Ibadah) adalah kitab tasawuf karangan Imam Al-Ghazali. 

Kitab ini ditulis menjelang wafatnya Imam Al-Ghazali. Dengan kata lain, ditulis setelah Kitab Ihya Ulumuddin. Dalam kitab ini Imam Al-Ghazali menggunakan istilah 'aqobah yang rrtinya jalan mendaki yang sukar ditempuh. Menurut Imam Al-Ghazali ada tujuh 'aqobah yang dapat meningkatkan kualiti ibadah serta faktor-faktor yang dapat menghubungkan spritual seorang hamba dengan Tuhan. "Ilmu itu ibarat permata dan lebih utama dari ibadat. Namun, kita tidak boleh meninggalkan ibadah dengan disertai ilmu. Misalnya sebuah pohon, ilmu ibarat pohonnya dan ibadah buahnya. Maka, jika kita beribadat tanpa dibekali ilmu, ilmu tersebut akan lenyap bagaikan debu ditiup angin"

Biografi dan Cabaran Para Tokoh Hadith ~ Mohd Nor Adli Osman


(SEM & SS) RM25.00 > RM24.00

Biografi dan cabaran para tokoh hadith'' adalah buku yang menceritakan tentang liku kehidupan para tokoh hadith dalam berhadapan dengan para pemerintah dan masyarakat. Terdapat dalam kalangan mereka yang dipenjara, disebat, diburu malahan tidak kurang hebatnya juga yang syahid dibunuh oleh pemerintah ketika zaman mereka


 

Evolusi Mazhab Fiqh: Integrasi Wahyu & Akal ~ Dr. Irwan Mohd Subri

(SEM & SS) RM35.00 > RM34.00

Buku ini membincangkan evolusi dan pekembangan mazhab fiqh yang empat. Bermula daripada dua aliran fiqh iaitu aliran al-hadith dan aliran al-ra’y pada permulannya, kemudian ia berevolusi menjadi empat mazhab yang masyhur. Kedua-dua aliran ini amat mempengaruhi pembentukkan mazhab Mazhab Hanafi, Maliki, Syafi’i dan Hanbali. Keempat-empat mazhab fiqh ini pula menyerlahkan integrasi antara wahyu (naqli) dan akal (aqli). Buku ini boleh menjadi rujukan kepada mereka yang ingin mengetahui mengenai sejarah perundangan Syariat Islam khususnya pembentukkan mazhab fiqh. Profesor Madya Dr. Irwan bin Mohd Subri mendapat pendidikan Sarjana Muda Syariah Islamiyyah di Universiti al-Azhar (Damanhur), Mesir pada tahun 1996. Seterusnya beliau melanjutkan pengajian di peringkat Sarjana Pengajian Islam (Syariah) di Universiti Kebangsaan Malaysia dan tamat pada tahun 2002. Kemudiannya beliau mendapat Doktor Falsafah (Fiqh dan Usul) pada tahun 2011 di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Bidang kepakaran beliau adalah Usul Fiqh. Memulakan kerjayanya sebagai guru Tahfiz dan Bahasa Arab di Sri Ayesha Islamic Primary School, Bandar Baru Bangi, Selangor. Pada tahun 2001, beliau mendapat tawaran sebagai tutor di Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malaysia. Setahun kemudian, beliau menjadi Pensyarah dan dinaikkan pangkat ke Pensyarah Kanan pada tahun 2007. Bermula 2015, beliau menjadi Profesor Madya di fakulti yang sama.

Monday, November 22, 2021

Nearness to You ~ Nur Fadhilah Wahid


 (SEM & SS) RM30.00 > RM29.00

Will what you’ve done in the past be a barrier between you and Allah?

Will Allah still look my way even after I’ve forgotten Him?

This book is a collection of the author’s personal reflections on her spiritual journey of getting close to God. The stories and reflections in it are all derived from moments with people whom the author believe are close to Him; or in the rare moments where the author herself felt a perceived nearness to Him and His Messenger SAW.

The stories and reflections are accompanied by pictures that the author took throughout her spiritual journey from across the world, each meant to highlight the point of the story of the chapter.

At the end of reading this book, readers will find that their faith will be reaffirmed and their hearts in awe by Allah’s mercy and blessings; that God has always been near to them, even in ordinary moments of our everyday lives.

Monday, November 15, 2021

The Magic of Thinking Big (Edisi bahasa Melayu) ~ David J. Schwartz

(SEM & SS) RM35.00 > RM33.00

Berjuta-juta orang diseluruh dunia berjaya mengubah hidup mereka melalui The Magic of Thinking Big. Dr David J. Schwarts, pakar motivasi terkenal dapat membantu anda meningkatkan jualan, menguruskan kehidupan anda dengan lebih baik dan memperoleh pendapatan yang lebih tinggi. Apa yang penting, anda memperoleh kebahagian serta ketengangan jiwa yang lebih mendalam.

Antara kandungan:

1. Kita Yakin, Kita Berjaya
2. Pulihkan Diri Kita daripada Penyakit Alasan
3. Bina Keyakinan, Hapuskan Rasa Takut
4. Cara Berfikir dan Berjiwa Besar
5. Kaedah Berfikir dan Bercita-cita Secara Kreatif
6. Kita adalah Produk Pemikiran Kita Sendiri
7. Urus Persekitaran Kita: Dapatkan Persekitaran Kelas Pertama
8. Jadikan Sikap Sebagai Sekutu Kita
9. Fikirkan Mengenai Orang Lain dengan Cara yang Betul
10. Terapkan Tabiat Bertindak dalam Diri Kita
11. Cara Mengubah Kegagalan Menjadi Kejayaan
12. Gunakan Matlamat bagi Membangunkan Diri
13. Berfikir seperti Pemimpin

Kanzus Sa'adah: Perbendaharaan Kebahagiaan (Amalan Harian Zikir, Wirid, Ratib, Huzub dan Selawat ~ Muhadir Haji Joll

(SEM & SS) RM15.00 > RM14.00

KANZUS SA’ADAH menghimpunkan amalan-amalan yang disusun khas untuk dibaca setiap kali selepas solat fardhu. Setiap amalan adalah bersumberkan daripada al-Quran, hadits dan amalan ulama sejak dahulu.

Amalan yang bersanad dan istimewanya, pembaca boleh mendapatkan ijazah daripada penulis.

Antara amalan yang dimuatkan dalam buku ini:
 Wirid al-Qusyasyiah
 Hizbun Nawawi
 Ratib al-Haddad
 Ratib al-‘Attas
 Doa Fakhrul Wujud
 Doa Musafir
dan banyak lagi.

Saturday, November 6, 2021

Makan Berjemaah


 🍕 Makan beramai-ramai ada keberkatannya. Anda cuba lepas ni 😊

Berdamailah dengan takdir


SEMUANYA SUDAH DITENTUKAN ALLAH.
BELAJARLAH MENERIMA, BERTENANG & BERSYUKUR. BERDAMAILAH DENGAN TAKDIR.

Buku: @nashihatku. 2017. Tuhan, beri aku waktu. Syabab Publication. Selangor.

Sun Tzu: Art of War (Edisi Bahasa Melayu) ~ Wang Xuanming

(SEM & SS) RM27.00 > RM26.00

Sun Tzu: Art of War meliputi subjek strategi secara meluas. Karya ini mengandungi ilmu yang pelbagai, membincangkan dengan mendalam serta dianggap sebagai buah kebijaksanaan manusia yang mempunyai potensi mengubah hala tuju dunia. Sekarang kita dapat lihat bagaimana strategi diterapkan melangkaui medan perang dan mula meresap ke dalam kehidupan sehari-harian, lantas membawa perubahan dalam apa yang selama ini kita pandang enteng dalam perjuangan meneruskan kelangsungan hidup. Pengaruhnya bukan sahaja terasa dalam pentadbiran kerajaan, malah kepada pengurusan bisnes, perhubungan awam, dilpomasi dan sukan.

Oleh itu kita dapat lihat bagaimana fleksibiliti prinsip-prinsip strategi yang diajar oleh Sun Tzu dapat diterapkan, menjadikannya rujukan bagi sesiapa yang mahu menyahut apa sahaja cabaran.

Buku ini mengandungi lukisan komik sebanyak tiga belas bab Art of War karya Sun Tzu serta menggambarkan pemikiran Sun Tzu secara komprehensif. Turut dimasukkan contoh-contoh yang relevan dari sejarah China untuk memberi gambaran yang lebih jelas tentang idea asal Sun Tzu. Buku ini juga menekankan bahawa walaupun pertempuran-pertempuran terkenal sudah disebut dalam buku-buku yang lain, mereka tetap dipaparkan

Mendakap Kesedihan Dengan Al-Quran ~ Imran Zaki

(SEM & SS) RM30.00 > RM29.00

'Sabarlah, jangan menangis.' Kita sering ungkapkan kata-kata ini kepada diri yang sedang bersedih. La Tahzan, kata kita. Seakan-akan tangisan itu sesuatu yang negative dan salah.

Benarkah kita dilarang untuk berasa sedih? Andai kita rasa terbuang; Yusuf AS juga begitu. Andai kita pernah melalui konflik berkeluarga; Yaakub AS juga begitu. Andai kita pernah dikhianati teman; Lut AS juga begitu.

Kita menangis; Yaakub AS juga menangis, sehingga buta matanya. Kita rasa hidup tidak lagi bermakna; Maryam AS juga pernah rasa begitu, sehingga terlahir kata-kata penyesalan dari bibirnya.

Sebenarnya, apakah respons al-Quran terhadap kesedihan yang kita bahkan para nabi rasai?

Imran Zaki menerusi buku in membawakan perspektif al-Quran yang mendakap diri kita sat dirundung kesedihan. Al-Quran menganjurkan tata cara mengurusnya, serta membimbing tangan kita untuk move on dan melangkah ke hadapan.

 

Nabi s.a.w Juga Seorang Manusia ~ Khubaib Akhi

(SEM & SS) RM35.00 > RM33.00

Kita selalu disajikan dengan kisah hidup Nabi SAW yang penuh keajaiban dan mukjizat. Namun, ia sering kali membuatkan sirah yang dibaca semakin jauh daripada realiti hidup kita yang tidak sempurna.

Bagaimana jika kita berkenalan semula dengan Baginda SAW sebagai seorang manusia?

Andai diteroka sedalamnya, apa yang kita lalui sehari-hari mempunyai persamaan dengan apa yang dilalui oleh Nabi SAW.

Baginda SAW juga melalui kehidupan yang sarat ujian;
Baginda SAW juga terbuat silap, sehingga ditegur Allah SWT.
Baginda SAW insan maksum, namun turut memiliki fitrah semula jadi seperti kita.

Melalui buku ini, Khubaib Akhi merungkai sisi manusiawi Nabi SAW yang selalunya tersembunyi, Ia bukanlah untuk meremehkan Baginda SAW, sebaliknya untuk menambah keakraban dan kecintaan kita terhadap Baginda SAW, lalu meneladaninya dalam segenap aspek kehidupan.

 

Reclaim Your Heart (New Edition) ~ Yasmin Mogahed

(SEM & SS) RM90.00 > RM85.00

Reclaim Your Heart is not just a self-help book. It is a manual about the journey of the heart in and out of the ocean of this life. It is a book about how to keep your heart from sinking to the depths of that ocean, and what to do when it does. It is a book about redemption, about hope, about renewal. Every heart can heal, and each moment is created to bring us closer to that transformative return.

Reclaim Your Heart is about finding that moment when everything stops and suddenly looks different. It is about finding your own awakening. And then returning to the better, truer, and freer version of yourself. Many of us live our lives, entrapped by the same repeated patterns of heartbreak and disappointment. Many of us have no idea why this happens.

Reclaim Your Heart is about freeing the heart from this slavery. It is about the journey in an out of life's most deceptive traps. This book was written to awaken the heart and provide a new perspective on love, loss, happiness, and pain

Providing a manual of sorts, Reclaim Your Heart will teach readers how to live in this life without allowing life to own you. It is a manual of how to protect your most prized possession: the heart.

Zikir Asmaul Husna ~ Nur Khadijah

(SEM & SS) RM15.90 > RM15.00

“Tak kenal… Maka tak cinta”

Bagaimana caranya kita dapat dekat dengan Allah SWT secara zahir dan batin? Kita sering mendengar peribahasa “tak kenal maka tak cinta.” Begitu juga jika kita ingin mencintai Allah SWT dengan hati dan jiwa, kita perlu mengenali-Nya dengan lebih dekat. Bukahkah semasa berkenalan dengan seseorang pasti bertanyakan namanya? Begitu juga semasa kita berkenalan dengan Allah SWT yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang kita perlu mengetahui nama-Nya serta beriman dengan-Nya.

Bergetarlah hati dan mengalir air mata mengingati kebesaran Allah SWT.

 

Tuesday, November 2, 2021

Rahsia Tulisan Al-Quran ~ Dzulkhairi Mohd Noor

 (SEM & SS) RM40.00 > RM38.00 

Ejaan dan tulisan al-Quran salah dan bercanggah?

Mengapa ejaan dan tulisan bagi perkataan yang sama dalam al-Quran berbeza-beza?

Mukjizat agung ini dapat dinikmati keistimewaannya melalui pembacaan, tafsir, hikmah, dan termasuklah tulisan. Semuanya penuh hikmah dan rahsia di sebaliknya.

Karya ini membongkarkan rahsia di sebalik keganjilan ejaan dan keunikan tulisan kalimah dalam al-Quran yang memukau.


Sun Tzu: Art of Business (Edisi Bahasa Melayu) ~ Wang Xuanming


 (SEM & SS) RM27.00 > RM26.00

Sun Tzu dikenali sebagai Tokoh Ketenteraan Ulung lahir semasa era musim bunga dan musim luruh yang bergolak. Menyahut cabaran zamannya, beliau mengabdikan diri berlawan dalam pertempuran sengit, memerah keringat dan darah, beradu kebijaksanaan dan kekuatan menentang musuh. Sun Tzu Art of Business mengetengahkan kajian kes yang boleh diguna pakai dalam strategi bisnes dan mendemonstrasi cara usahawan dan ahli perniagaan menggunakan prinsip Art of War dalam mengharungi dunia yang pantas berubah dan berdaya saing.

Bagi mencapai kejayaan, usahawan mesti kenal diri sendiri dengan memahami syarikat dan situasi di sekeliling. Usahawan juga mesti kenal orang lain, yang merujuk kepada mengetahui perubahan pasaran, psikologi pelanggan, dan pesaing. Dengan menggunakan seni yang ringkas dan memasukkan unsur humor bagi menerangkan aplikasi seni perang Sun Tzu dalam dunia bisnes, Wang Xuaming menjadikan prinsip ketenteraan amat praktikal untuk semua usahawan dan ahli korporat.

GRIT (Edisi Bahasa Melayu) ~ Angela Duckworth

(SEM & SS) RM40.00 > RM38.00

Mengapa orang yang mempunyai bakat sering gagal mencapai potensi mereka sementara orang lain yang tidak terlalu berbakat pula dapat meraih begitu banyak pencapaian yang menakjubkan?

Dalam karya yang harus dibaca oleh sesiapa sahaja yang mahukan kejayaan ini, Angela Duckworth yang juga seorang ahli psikologi membuktikan bahawa rahsia sebenar bagi pencapaian yang luar biasa bukanlah bakat, tetapi gabungan istimewa antara minat dan kegigihan yang disebut sebagai ‘ketetapan pendirian’ (grit).

Berdasarkan kajian, temu bual bersama individu-individu berprestasi tinggi, serta pengalaman beliau sendiri, Duckworth menunjukkan bahawa kecenderungan kita untuk bergantung penuh pada bakat semula jadi itu adalah salah; dari segi pencapaian, yang lebih utama adalah usaha yang kita lakukan dan tindak balas kita terhadap tekanan dan cabaran.

Ketetapan pendirian ini dapat dipelajari sekali gus ia memberikan rumusan baru bagi kejayaan berbentuk individu ataupun kolektif.

Antara Kandungan:
Bahagian 1: Apa Itu ‘Grit’ dan mengapa Ia Penting?
Bab 1: Menghadirkan Diri
Bab 2: Terpengaruh dengan Bakat
Bab 3: Usaha Dinilai Dua Kali
Bab 4: Sekuat Mana Pendirian Kita?
Bab 5: Ketetapan Meningkat

Bahagian 2: Menyerlahkan Pendirian
Bab 6: Minat
Bab 7: Latihan
Bab 8: Tujuan
Bab 9: Harapan

Tanaman Hiasan Ubatan di Sekeliling Anda ~ Siti Fuziah Yusof

(SEM & SS) RM37.00 > RM36.00

Taman bunga yang tersusun dan menarik adalah idaman setiap pemilik rumah. Taman juga merupakan tempat beristirahat untuk keluarga sambil menikmati hidangan atau membaca. Tidak dinafikan suasana yang segar dikelilingi oleh pohonpohon bunga yang cantik mampu menenangkan fikiran.

Di sebalik ketenangan dan kesegaran ini, tersimpan khazanah yang amat berguna untuk kehidupan seharian kita. Tumbuhan hiasan yang berada di halaman atau di belakang rumah kita ini mempunyai khasiat dan manfaatnya tersendiri. la boleh digunakan sebagai bahan asas dalam perubatan atau penyembuhan penyakit. Malah dalam bidang kosmetik juga banyak menggunakan tumbuhan hiasan ini sebagai bahan utamanya. Bunga-bungaan pelbagai warna digunakan bagi menaikkan aura dalam diri seseorang. Manakala bau-bauannya pula sexing dimanfaat sebagai bahan utama dalam rawatan aromaterapi.

Tumbuhan hiasan yang ditanam bukan sahaja boleh mencantikkan taman dan landskap tetapi boleh juga dijadikan sebagai bahan dalam perubatan. Selain itu is boleh diusahakan untuk menambahkan pendapatan.

 

Kebaikan yang dirahsiakan


Buatlah kebaikan semampu & semahu anda. Terang-terangan mahupun rahsia (di dalam Al-Quran ada menyatakan kebolehan dalam membantu secara rahsia mahupun terangan. Cuma pastikan yang terang tu, kita dapat kawan rasa riak atau bangga diri ya).

Allah Maha Mengetahui segala kebaikan lintas hati kita😊

Cubalah Perkara Baru Dalam Hidup


Tak selamanya kita akan jatuh. Bangkitlah.

Usahalah.
Belajarlah ilmu baru.
Pasti ada hikmah di sebaliknya.

Tanaman Makanan Ubatan di Sekeliling Anda ~ Siti Fuziah Yusof

(SEM & SS) RM37.00 > RM36.00

Menanam tanaman makanan seperti sayur-sayuran di sekeliling rumah adalah mudah, praktikal dan dapat menjimatkan perbelanjaan harian kita. la bukan sahaja boleh dijadikan sebagai makanan malah tanaman ini juga boleh dijadikan sebagai tanaman hiasan untuk persekitaran rumah kita.

Terdapat pelbagai jenis tanaman makanan yang boleh ditanam bersesuaian dengan cuaca negara kita. Selain daripada menjadi bahan makanan atau campuran dalam masakan, tanaman ini juga boleh dijadikan sebagai ubat atau ramuan dalam perubatan. Penggunaannya sebagai ubat atau bahan dalam perubatan adalah lebih murah dan selamat. Namun begitu, ramai di antara kita yang masih belum mengetahui berkenaan apa yang mereka makan dan gunakan setiap hari mempunyai khasiat tertentu untuk kesihatan tubuh badan.

Sebelum ini, pengetahuan berkenaan penggunaan tumbuhan makanan sebagai ubat hanyalah diwariskan secara lisan iaitu dari mulut ke mulut yang juga dikenali sebagai petua. Buku ini merupakan himpunan petua dan pengetahuan tentang kegunaan serta khasiat yang terdapat dalam tumbuhan makanan.

 

Tumbuhan Ubatan Liar di Sekeliling Anda ~ Siti Fuziah Yusof

(SEM & SS) RM37.00 > RM36.00

Malaysia adalah bumi yang sangat bertuah kerana kaya dengan pelbagai flora dan fauna. Di sekeliling kita begitu banyak sekali spesies tumbuh-tumbuhan yang dikategorikan sebagai tumbuhan liar. Sudah menjadi trend masa kini tumbuhtumbuhan liar ini dijadikan sebagai penyeri untuk mengindahkan lagi landskap taman rumah atau taman-taman umum.

Sebenarnya tumbuhan liar ini mempunyai begitu banyak sekali kegunaannya dalam perubatan dan penyembuhan penyakit. Amat mengagumkan masyarakat dahulu sudah mengetahui tentang khasiat dan kegunaan tumbuhan liar untuk perubatan tanpa menggunakan alat berteknologi moden untuk mengkajinya. Dengan adanya teknologi canggih kini, lebih banyak kajian tentang tumbuhan liar telah dijalankan. Ini telah memberi satu dimensi baharu dalam bidang perubatan kerana kita tidak hanya bergantung kepada ubat-ubatan yang berasaskan kimia atau dadah yang mungkin memberi kesan yang memudaratkan. Perubatan menggunakan tumbuhan liar dilihat sebagai satu alternatif bagi ubat-ubatan moden ini.

Ilmu tentang tumbuhan liar dalam perubatan ini adalah warisan yang diwarisi oleh masyarakat kita sejak dahulu lagi. Dengan adanya tulisan dan rujukan seperti buku ini akan memudahkan kita untuk mengetahui tentang tumbuh-tumbuhan liar ini. Setidaktidaknya kita mengenali spesies yang berada di sekeliling kita untuk manfaat bersama.

 

Pelajaran Feqah Al-Mu'in Al-Mubin Jilid 3 & 4 ~ Al-Ustaz Abdul Hamid Hakim

(SEM & SS) RM38.00 > RM36.00

Masyarakat Islam di Malaysia hari ini sudah mulai menyedari terhadap hukum-hukum agamanya yang mengenai ibadah itu hendaklah mempunyai sandaran-sandaran daripada Al-Qur’an dan As-Sunnah supaya tiada lagi menjadi qurban bid’ah dan khurafat yang diada-adakan itu.Di atas kesedaran inilah, maka Ustaz Syarif Zaini Daud telah pun berusaha menghasilkan sebuah kitab yang telah diterjemahkan dari Bahasa Arab ke dalam Bahasa Malaysia (Tulisan Jawi) yang diberi tajuk Al-Mu’in Al- Mubin. Pengarang asal bagi kitab ini ialah Shahib AlFadhilah Al-Ustaz Abdul Hamid Hakim. Kitab ini terbahagi kepada 4 jilid. Jilid 1 dan ke 2 telah pun dibukukan di dalam satu kitab dan telah pun berada di dalam pasaran. 

Manakala kitab yang berada di tangan pembaca ini adalah susulan daripada kitab tersebut yang mengandungi jilid ke 3 dan ke 4. Di antara kandungan jilid ke 3 adalah berkenaan : Kitab Mu’amalat (kerja-kerja Hidup), Kitab Umra dan Ruqba, Kitab Hibah-sedekah-Hadiah, Kitab Al-Wadi’ah (Barang Petaruhan), Kitab Luqatah, Kitab Ihya’ Al-Mawat, (Menghidupkan Bumi Yang Mati), Kitab Bai’ Al-Ikrah (Beli paksa), Kitab AI-Ghashab (Rampasan) Kitab Al-Washaya (Wasiat-Wasiat), Kitab Waqaf, Kitab Ath-Tha’am (Darihal Makanan), Kitab Udhiyyah (Penyembelihan) dan Ash-Shaid. Manakala jilid ke 4 pula membicarakan berkenaan: Kitab An-Nikah, Kitab Ath-Thalaq, Kitab Mut’ah, Kitab Khulu’ , Kitab IIa’, Kitab Zihar, Kitab Qazaf (Tuduhan), Kitab Li’an, Kitab khiyar (sebab-sebab khiyar Di dalam Nikah), Kitab `Iddah, Kitab Ruju’, Kitab Al-Hadhanah (Asuhan) dan Kitab Aqiqah. Dan sesungguhnya kitab ini asalnya adalah dalam tulisan jawi, tetapi memandangkan kebanyakan generasi sekarang ini yang kurang mahir dalam tulisan jawi, maka Ustazah Noraine Abu telah cuba menyalinnya dari tulisan jawi ke tulisan roman tanpa sebarang pindaan daripada teks asal agar mudah bagi mereka untuk mengikuti setiap perkataan yang terdapat di dalam teks asal.

Pelajaran Feqah Al-Mu'in Al-Mubin: Jilid 1 & 2 ~ Al-Ustaz Abdul Hamid Hakim

(SEM & SS) RM38.00 > RM36.00

Masyarakat Islam di Malaysia hari ini sudah mulai menyedari terhadap hukum-hukum agamanya yang mengenai ibadah itu hendaklah mempunyai sandaran-sandaran daripada Al-Qur’an dan As-Sunnah supaya tiada lagi menjadi qurban bid’ah dan khurafat yang diada-adakan itu.

Di atas kesedaran inilah, maka Ustaz Syarif Zaini Daud telah pun berusaha menghasilkan sebuah kitab yang telah diterjemahkan dari Bahasa Arab ke dalam Bahasa Malaysia (Tulisan Jawi) yang diberi tajuk “Al-Mu’in Al-Mubin”. Pengarang asal bagi kitab ini ialah Shahib Al-Fadhilah Al-Ustaz Abdul Hamid Hakim.Kitab ini terbahagi kepada 4 jilid. Jilid 1 dan ke-2 dibukukan di dalam satu kitab. Manakala jilid ke-3 dan ke-4 akan menyusul kemudian.Kitab yang berada di tangan pembaca ini adalah terdiri daripada jilid 1 dan ke-2. Di antara kandungan jilid 1 adalah berkenaan: Kitab Ath Thaharah (Hukum Bersuci) dan Kitab Ash-Shalat (Bicara Sembahyang) Manakala jilid ke-2 adalah berkenaan: Sambungan Kitab Ash-Shalat, Kitab Al-Jana’iz (Perkara Mati), Kitab Az-Zakat (Darihal Zakat), Kitab Asy-Syiam (Darihal Puasa) dan Kitab Al-Hajj Wal `Umrah (Darihal Haji dan `Umrah). Dan sesungguhnya kitab ini asalnya adalah dalam tulisan jawi, tetapi memandangkan kebanyakan generasi sekarang ini yang kurang mahir dalam tulisan jawi, maka Ustazah Noraine Abu telah cuba menyalinnya dari tulisan jawi ke tulisan roman tanpa sebarang pindaan daripada teks asal agar mudah bagi mereka untuk mengikuti setiap perkataan yang terdapat di dalam teks asal.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...