Hubungi Kami

Hubungi Kami

Tuesday, August 24, 2021

Kenapa manusia melakukan kejahatan?


Kenapa kita kadang-kadang jumpa orang yang suka buat jahat?

Mungkin ini salah satu faktornya mereka bertindak begitu...

Berbicara dengan Allah


 Bila semua orang menolakmu, Allah tetap ada menjadi teman setiamu.

The Art of Story Telling: Teknik Menjual Dengan Bercerita ~ Hamid Addin

(SEM & SS) RM35.00 > RM34.00

DAPATKAH KITA MENARIK PERHATIAN DENGAN HANYA MENULIS?

Ramai yang sukakan perhatian, lagi-lagi para peniaga. Mereka perlu ‘membina’ perhatian supaya lebih ramai orang berminat dengan produk atau servis yang mereka hasilkan.

‘Membina’ perhatian itu akan menjadi lebih mudah dengan THE ART OF STORYTELLING.

Buku ini membincangkan mengenai rahsia dan cara menulis kisah daripada ‘biasa-biasa’ menjadi ‘hebat’ dan ‘luar biasa’, seterusnya menjadi daya penarik orang untuk membacanya. Akhirnya kita berjaya mengubah pembaca itu menjadi pembeli.

Berikut adalah keistimewaan buku ini:
1. Gaya penulisan dan persembahan yang mudah dan praktikal
2. Pendekatan infografik yang memudahkan kefahaman pembaca
3. Berwarna sepenuhnya

Disertakan juga di dalam buku ini 20 template ayat jualan yang dapat diguna pakai bagi semua jenis perniagaan.
Hanya tinggal salin, sunting dan post pada media sosial jualan anda.

Kompas Hidup Bersyariat: 300 Aplikasi Kaedah Fiqh Dalam Kehidupan Seharian ~ Muhammad Hanief Awang Yahaya

(SEM & SS) RM42.00 > RM40.00

Islam adalah agama yang lengkap. Semua aspek kehidupan ada hukum-hukumnya. Bagaimana cara ulama menentukannya? Apakah kompas yang digunakan dalam membezakan mana yang wajib, sunat, harus, makruh dan haram?

Buku ini membicarakan mengenai Qawaid Fiqhiyyah atau kaedah-kaedah Fiqh yang digunakan oleh para ulama sebagai salah satu ilmu dalam menetapkan hukum. 300 aplikasi yang diberikan dalam buku ini melibatkan segenap aspek kehidupan termasuklah bidang-bidang berikut:
Ibadah
Jenayah
Mualamat
Perubatan
Munakahat
Sumpah
Persaksian
Pusaka
Pentadbiran
Manasik
Penyusuan
Wasiat
Taharah
Nafkah
Pemerintahan
Rampasan
Ganti rugi
Kejiranan

Kod Kepimpinan Perempuan ~ Suhaili Ikhsan, Azzah AR, Nurhidayah Jaafar

(SEM & SS) RM24.00 > RM23.00

Buku untuk semua perempuan di seluruh dunia, bagi memperkasakan peranan perempuan sebagai sayap penting dalam pembangunan negara bangsa, tidak kira di mana pun mereka berada, ataupun setinggi mana tahap sosial mereka - tanpa menidakkan peranan lelaki. Buku ini terhasil daripada pengalaman penulis berurusan dengan rakan kongsi, staf, ketua-ketua perempuan, termasuk pemilik-pemilik bisnes perempuan.

Antara Kandungan:
BAB 1: KEPIMPINAN
Pemimpin
Perempuan Sebagai Pemimpin
Mendidik Anak Perempuan dengan Ciri Kepimpinan
Mentaliti Juara (Victor Mentality) vs Mentaliti Mangsa (Victim Mentality)

BAB 2: DAYA PENGARUH
Nabi Muhammad SAW Manusia Paling
Berpengaruh di Muka Bumi
Daya Pengaruh
Kisah Sebuah Kotak Rokok
Empat Prinsip Penting Menjadi Individu Berpengaruh
Menjadi Individu Berkarisma

400 Adab Menjadi Manusia yang Dihormati dan Dicintai ~ Fatin Nor Hadhirah, Nor Aniza Azeri

(SEM & SS) RM10.00

Buku ini menceritakan 400 adab menjadi manusia yang dihargai dan dicintai. Pada setiap bab, dihimpunkan 5 perkara yang patut diamalkan dan 5 perkara yang perlu dihindarkan di dalam adab menjadi manusia yang dihargai dan dicintai. Pada setiap bab juga didatangkan dalil yang sahih daripada Al-Quran dan hadith bagi menguatkan lagi adab yang dibawa.

Buku ini menjadi panduan berguna kepada setiap manusia sebagai panduan di dalam memandu arah perjalanan hidup menjadi manusia yang dihargai dan dicintai bukan sahaja oleh manusia malah Allah s.w.t.

 

77 Resipi Istimewa Pressure Cooker ~ Chef Hanieliza

(SEM & SS) RM27.00 > RM26.00

Buku ini menghimpunkan 77 resipi istimewa pelbagai kategori yang dihasilkan 100% daripada periuk tekanan pelbagai guna. Resipi-resipi ini dihasilkan oleh Chef Hanieliza yang terkenal dengan buku I Hari 1 Resipi.

Antara Kandungan:
1) AYAM
Ayam Bakar Lada Hitam
Ayam Bakar Tomyam
Ayam Masak Lemak Berempah
Ayam Goreng Berempah
Ayam Kari Kapitan
Ayam Kam Heong
Ayam Sambal Bali
Masak Lemak Cili Api Ayam dan Kentang
2) BUBUR
Bubur Caca Warna Warni
Bubur Kacang Hijau
Bubur Kacang Merah
Bubur Nasi Ayam
Bubur Pulut Hitam
Kolak Ubi @ Pengat Ubi
3) DAGING
Daging Goreng Brokoli
Daging Turkish
Gulai Tulang Kambing
Daging Tetel dan Nangka Masak Padang

Berani Speaking ~ Coach Sha, Coach Ridz

(SEM & SS) RM37.00 > RM35.00

Buku praktikal mempelajari bahasa Inggeris yang informatif dengan gabungan info grafik, lukisan, carta, serta ayat-ayat yang sesuai untuk semua lapisan masyarakat. Buku ini terbahagi kepada empat bahagian utama dengan nama yang unik iaitu:

Bahagian 1: Values/ Submarine
Bahagian 2: Attitude/ Scuba Diving
Bahagian 3: Skills/ Snorkeling
Bahagian 4: Knowledge/ Surface

Buku ini turut mengandungi teori-teori kreatif yang seronok dipelajari berserta latihan-latihan praktikal yang boleh dilengkapkan bagi mengukur tahap kefahaman masing-masing.

 Isi Kandungan:

BAB 1 - Siapa Pencipta Bahasa?

BAHAGIAN 2
BAB 2 - Bahasa Mana Lebih Susah?
BAB 3 - Bagi Saya, Bahasa Itu….
BAB 4 - Belajar dari Motivasi Orang Luar
BAB 5 - Takut Salah Sebut
BAB 6 - Geram dengan Grammar

Minimalis ~ Faridah Ghazali

(SEM & SS) RM23.00 > RM22.00

Sekiranya mahu ke hadapan, kita perlu bergerak, perlu berubah. Ada kesabaran diperlukan. Kejayaan dalam memiliki ketenangan dan kebahagian bermula dengan menghargai sekecil-kecil perkara.

Mempraktikkan minimalis dalam kehidupan akan menghasilkan hidup yang lebih berkualiti, lebih masa, lebih ruang, lebih penghargaan, lebih jimat dan semestinya lebih bebas. Bebaskan diri daripada terperangkap dengan keinginan norma yang tiada batasan. Hidup ini terlalu singkat untuk sesuatu yang sia-sia.

 

Monday, August 23, 2021

Kiamat Hampir Tiba ~ Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam

(SEM & SS) RM20.00 > RM19.00

Bahagian PERTAMA membawakan lebih 40 hadis yang menyebut tentang tanda-tanda kecilkiamat yang sudah banyak kelihatan dan berlaku pada akhir zaman ini. Pembukuan 40 hadis akhir zaman ini bukanlah untuk menakutkan bahkania bertujuan untuk menambahkan keyakinan dan sebagai panduan juga harapan agar kita berada di jalan yang benar. Antara isu yang dibincangkan ialah: Golongan anti hadis, Bahaya kemewahan, Budaya rasuah berleluasa, Peperangan demi peperangan dan Bermegah-megahdengan bangunan masjid.

Manakala Bahagian KEDUA pula memaparkan kronologi kejadian hari kiamat daripada sebelum kemunculan Dajjal sehingga ia muncul dan dibunuh. Juga huraian peristiwa-peritiwa lain yang akan berlaku setelah kematiannya sehingga berlakunya hari kiamat.

Friday, August 13, 2021

Ucaplah yang baik-baik


JAGALAH LIDAH...

IA BOLEH MENGERATKAN HUBUNGAN & JUGA MEMUTUSKANNYA.
IT'S YOUR OWN CHOICE

Silaturahim Menambah Umur


Ingin sihat & panjang umur, eratkan kembali silaturahim. Bertanya khabarlah pada keluarga & sahabat handai. Ada rasa tenang selepas itu.

Rezeki dari sudut lain juga Allah tambahkan.
😇😇

Membongkar Misteri Borobudur: Warisan Istana Ratu Saba? ~ Syed Mahadzir Syed Ibrahim

(SEM & S) RM37.90 > RM37.00

Borobudur adalah istana Ratu Saba' atau Ratu Balqis. Negeri Saba' yang hilang pada zaman Nabi Sulaiman dan digambarkan sebagai sebahagian dari syurga yang ada di bumi, ternyata berada di Indonesia. Fakta mengejutkan itu disampaikan oleh ahli Matematik Islam, KH Fahmi Basya Hamdi melalui kajian selama lebih 33 tahun, beliau bukan hanya memaparkan tentang peninggalan Nabi Sulaiman yang agung tetapi mengubah sejarah Nusantara.

Menurut beliau, ciri-ciri negara Saba' yang pernah disinggahi Nabi Sulaiman dan tenteranya telah digambarkan dengan jelas dalam al-Quran melalui kisah Nabi Sulaiman dan Ratu Balqis.

Misteri Kisah Lagenda Melayu ~ Sarah Kamal

(SEM & SS) RM37.90 > RM37.00

Adakah suatu masa dahulu lelaki Melayu sememangnya telah membina tamadun agung yang hebat sehingga menggusarkan para musuh Allah dan mereka begitu takut generasi ini akan bangkit semula atas nama Islam? Kejayaan atau kejatuhan sesebuah bangsa pasti akan disandarkan kepada lelaki. Kuat lelaki, gagahlah bangsanya.

Kini makin ramai lelaki Melayu yang ingin moden, tanpa disedari semakin jauh dari budaya malah agamanya. Mereka di ambang hilang jati diri dan hanya menggangguk kepada apa yang dibawa dari luar.

Sejarah Pembantaian & Penghapusan Manusia Di Dunia ~ Abdullah Sidek

(SEM & SS) RM37.90 > RM37.00

Kemanusiaan merupakan nilai kenabian yang dipandang enteng oleh manusia. Demi mengejar sesuap kekuasaan dan secubit kemegahan , manusia sanggup memperlakukan manusia lain dengan sewenangnya.

Tiada lagi sifat kemanusiaan di dalam diri sehingga mereka sanggup menganggap nyawa orang lain sebagai murah dan tidak berharga. Betapa dahsyatnya apabila manusia sebegini menjadi penguasa.

 

Membongkar Sejarah Awal Kegemilangan Tamadun Islam ~ Syed Mahadzir Syed Ibrahim

(SEM & SS) RM38.90 > RM38.00

Kegemilangan umat Islam bermula tahun 622 apabila wahyu pertama diturunkan kepada Rasulullah SAW di Gua Hira' , Arab Saudi . Sejarah telah mencatatkan bahawa Islam muncul di Semenanjung Arab pada kurun ke-7 Masehi. Selepas wafatnya Nabi Muhammad SAW, kerajaan ISlam berkembang sejauh Lautan Atlantik di Barat dan di Asia Tengah di Timur. Lama-kelamaan umat Islam berpecah dan terdapat banyak kerajaan Islam lain yang muncul.


Sewaktu Zaman Kegemilangan Islam, para ahli falsafah dan ahli sains, serta jurutera-jurutera dunia Islam banyak menyumbang kepada teknologi . Mereka melakukan ini dengan dua cara , iaitu dengan mengekalkan tradisi-tradisi awal, serta menambah rekaandan pembaharuan sendiri. Pencapaian saintifik dan intelektual mekar pada zaman keemasan itu. Kerajaan Islam mewarisi pengetahuan dan kemahiran Timur Tengah purba, Yunani, Parsi dan India. Mereka menambah pembaharuan penting dari luar, contohnya penomboran kedudukan dari India.

Pengaruh yang dimiliki saudagar Muslim ke atas perdagangan Afrika-Arab dan Arab-Asia amat besar. Hasilnya, tamadun Islam tumbuh dan berkembang atas ekonomi saudagarnya, berbeza dengan tamadun

ASP Ali Batcha: Dari D9 Ke Tahanan Tanpa Bicara ~ MD Ali Amir Batcha

(SEM & SS) RM35.00 > RM34.00

Selepas tangkal diasap, pistol pula diasapkan dengan kemenyan. Darah setiap orang yang dikumpul tadi kemudiannya disemah kepada pistol. Kini aku dapat kepastian dan melihat sendiri, ada empat pucuk pistol.

***
Aku memperkenalkan diri sebagai pegawai polis, mengetuk cermin kereta sebelah pemandu suspek, meminta diturunkan cermin tingkap kereta untuk pemeriksaan. Tiba-tiba dari arah penumpang belakang kereta suspek bahagian kanan, terengar beberapa das tembakan bertalu-talu dilepaskan ke arah aku. Dalam masa yang sama aku terdengar suara Konst Saharudin menjerit.

"Tuan, saya kena tembak!"Sebuah kidah benar dan memggemparkan yang pernah melanda PDRM.Seorang lagenda yang dipenjara dan dibuang angkara fitnah manusia.
 

Gunting: Lipatan 50 Kisah Pengkhianatan ~ Rozan O'Hara, Laila Haq

(SEM & SS) RM30.00 > RM29.00

Khianat adalah perlakuan yang belot atau tidak setia dalam sesuatu urusan berkait dengan hubungan. Belot boleh berlaku sama ada dalam kalangan individu mahupun kumpulan yang akhirnya menatijahkan kesan negatif. Banyak kata lain yang sinonim dengan khianat antaranya derhaka, curang, tipu daya, putar belit, tidak setia, aniaya, dengki, busuk hati dan macam-macam lagi. 

Banyak sejarah pengkhianatan berlaku ribuan tahun dalam tamadun manusia. Dalam pelbagai kitab sejarah dan catatan-catatan purba juga tidak kurang dipahatkan. Sehinggalah pada era moden ini, khianat menjadi semakin rumit dan ruwat.

 

Kapal Terakhir di Dunia Episod 3 ~ Teme Abdullah

(SEM & SS) RM30.00 > RM29.00

“Kosongkan minda... Buang semua andaian kau selama ini tentang Aras Atas. Perkara yang bakal kau lihat, tidak pernah kau lihat sebelum ini. Perkara yang kau faham, tidak seperti yang kau anggap…”

Setelah melalui pelbagai keperitan di Aras Lantai, Aria dinaikkan ke Aras Atas dan diiktiraf sebagai Manusia Suci - suatu anugerah bagi yang menyumbang bakti demi Bokor. Layanan yang diterima cukup istimewa, tetapi Aria merasakan segala-galanya serba tidak kena.

Satu per satu persoalan timbul di benaknya, sehinggalah Aria ditunjukkan kebenaran melebihi apa yang dia pernah bayangkan. Semua kesenangan yang dinikmati Manusia Suci selama ini adalah hasil penderitaan orang-orang sepertinya!

Adakah kesetiaan Aria kepada Bokor akan terus memalingkannya daripada kebenaran yang sudah terang lagi bersuluh? 

Tuesday, August 3, 2021

Keluarga Yang Setia Menyayangi Dalam Al-Quran ~ Syaari Ab. Rahman

(SEM & SS) RM35.00 > RM34.00

Keluarga yang bahagia bukanlah keluarga yang tiada masalah. Bahagia bukanlah bererti tiada anak yang tidak mendengar kata. Ia hadir apabila ibu bapa tidak putus asa dan terus mendidik, seperti Nabi Nuh AS dengan anaknya.

Bahagia bukanlah bermakna tiada konflik antara suami dengan isteri. Ia datang ketika
pasangan itu berusaha bersama-sama mengatasi masalah dengan penuh sabar, umpama Nabi Muhammad SAW dengan para isterinya.

Bahagia bukanlah bermaksud tiada adik-beradik yang menyakitkan hati. Ia muncul saat kita percaya bahawa perubahan memerlukan masa, laksana Nabi Yusuf AS dengan adik- beradiknya.

Melalui buku ini, Ustaz Syaari membawakan asam garam berkeluarga yang dilalui
sendiri oleh watak-watak dalam al-Quran. Hakikatnya, tiada sebuah keluarga yang sempurna di dunia ini. Mengharap sempurna itu memeritkan.

Kerana itu, kita harus memilih untuk terus menyayangi, walau apa jua cabaran yang melanda keluarga kita.

Monday, August 2, 2021

Akhlak yang baik


Kita mesti suka orang tunjukkan akhlak yang baik pada kita. Makanya, jom kita lakukan perkara yang sama juga. Kerana ia sunnah Nabi s.a.w.

Siapa orang yang bakhil?


JANGANLAH MENJADI ORANG KEDEKUT.BERSELAWATLAH.

Buku: Khadijah Khalilah. 2016. Check In Iman. Mustread Sdn Bhd. Selangor.

Why So Serious, Parents? ~ Adlil Rajiah

(SEM & SS) RM39.00 > RM37.00

Anak tertumpahkan air,marah.
Anak conteng dinding, marah.
Anak lambat membaca, marah.
Semua benda pun nak marah.
Cuba tarik nafas, hembusss….

Kita ibu bapa ni, kadang-kadang terlalu mementingkan diri, tak pandai kawal emosi, tak pandai berlembut dalam mendidik, dan lebih cepat melenting daripada membimbing.

Kita jarang selami jiwa anak-anak. Walaupun dulu semasa bergelar anak, kita juga impikan ibu bapa yang memahami. Kan?

Why so serious, parents?
Jom pasang matlamat untuk sentiasa jadi nombor satu dalam hati anak-anak. Jadi orang pertama yang anak-anak dambakan dalam apa jua situasi.

Sementara mereka masih mahu memandang wajah kita.
Sementara masih kedengaran suara-suara comel mereka memanggil-manggil kita.
Sementara mereka masih sudi peluk cium kita seikhlasnya.
Dan sementara semuanya masih belum terlambat.

Why so serious, parents?
Let’s try to put a smile on our face everyday, and be the funniest, the happiest and the proudest parents to our children.

How's Your Day So Far? ~ Adlil Rajiah

(SEM & SS) RM25.00 > RM24.00

Mengandungi 123 quotes oleh Adlil Rajiah.
Mempunyai 127 halaman berwarna-warni.

Sinopsis:
Kita stress bukan sebab hidup kita tak terurus,
tapi sebab kita lupa,
yang menguruskan hidup ini bukan kita,
tapi Tuhan.

Dan betapa kita pasti ada Tuhan yang sentiasa memerhatikan kita dengan penuh kasih sayang.

3 Kertas, 3 Krayon, 3 Pensel Warna ~ Adlil Rajiah

(SEM & SS) RM50.00 > RM48.00

Sejak blog saya menjadi viral, saya sering terima pelbagai soalan daripada ibu bapa. Antaranya, macam mana nak atasi anak tantrum? Kenapa anak orang pandai, anak saya tak pandai? Anak saya ketagih gadget, apa saya nak buat? kenapa anak orang lain baik, anak saya pula degil? Jadi, saya sediakan semua jawapannya berdasarkan pengalaman saya membesarkan anak saya, Ashraf Haikal. Dan antara penyelesaian untuk soalan ini, hanya semudah 3 kertas, 3 krayon dan 3 pensel warna.

Diari Hartanah 2: Strategi Pelaburan ~ Adlina MN

(SEM & SS) RM35.00 > RM33.00

Buku ini mengandungi nota-nota hartanah peribadi, pengalaman jatuh bangun dalam hartanah, strategi peribadi dalam pelaburan, sewaan, pemilihan kawasan & bidaan hartanah lelong. . Kesemua nota dan stragegi peribadi adalah dari pengalaman sendiri miliknya yang di catat dan dibukukan untuk manfaat semua pembaca.

Pengetahuan dan tafsiran umum sesetengah istilah dalam hartanah dan financing juga ada dimasukkan. Sesuai untuk yang baru nak berjinak jinak dalam pelaburan hartanah.

Buku ini adalah kesinambungan dari buku pertama Adlina MN yang bertajuk ""Diari Hartanah #Ladybossproperty"".

Berbeza dengan buku pertama, buku ini mengandu - ngi nota-nota yang memfokuskan kepada strategi peribadi yang digunakan untuk mencapai tahap Financial Freedom melalui pelaburan hartanah. Bagaimana penulis mengatur percaturan yang pada akhirnya mempunyai beberapa hartanah yang sudah bebas hutang dan mampu mendirikan mahligai impian beliau. Buku ini juga membongkar

Rumah Lelong: A-Z ~ Adlina MN

(SEM & SS) RM35.00 > RM33.00

"Perkenalan' dengan hartanah lelong bermula pada tahun 2007 apabila melihat ayah sendiri berjaya membida sebuah rumah lelong di Selangor.

Harga terlalu murah. Rumah rosak dan buruk, apabila dibaiki dan dicat baru, terus jadi cantik. Disewakan dengan cashflow yang sangat menarik. Hati teruja!

Tahun 2010, akhirnya aku berjaya membida sebuah rumah lelong. Tahun berikutnya, sebuah lagi rumah lelong berjaya dibida. Sehingga hari ini aku sudah memiliki berpuluh buah rumah lelong.

Pada tahun 2015, membuka lebaran baru sebagai ejen hartanah lelong sekitar Selangor, Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan.

Buku ini mengandungi perincian prosedur lelongan bermula dari semakan kelayakan pinjaman perumahan dan dokumen-dokumen berkaitan, pemilihan hartanah, proses semasa, sebelum dan selepas bidaan termasuk pengambilalihan rumah dari pemilik asal, baikpulih serta ubahsuai rumah lelong yang dimenangi."

Kapal Terakhir di Dunia: Episod 2 ~ Teme Abdullah

(SEM & SS) RM30.00 > RM29.00

Jika ada satu sistem yang gagal berfungsi, seluruh Bokor turut lumpuh.

Itulah yang sedang dialami Bokor - kapal gergasi berusia 571 tahun yang menjadi tempat berlindung semua manusia. Sementara sistem jentera dibaik pulih, Aria bersama beberapa wakil sektor laiin mempertaruhkan nyawa untuk mendapatkan bekalan air bersih daripada sumber luar.

Tanpa diduga, pengalaman di luar Bokor menjadi mimpi ngeri buat Aria. Keadaan semakin meruncing apabila Aria dituduh sebagai pembawa bala kepada Sektor Biru. Penyakit adiknya pula bertambah parah.

Ketika situasi Aria semakin menekan, Vanessa hadir menjanjikan tawaran bersyarat. Adiknya boleh sembuh sepenuhnya, jika Aria bersetuju turuti permintaan Vanessa.

"Percayalah, Aria. Tiada penyesalan yang akan menghantui kau lagi... jika kau pilih jalan ini."

Aria sedar, pilihannya kali ini ialah peperangan melawan akalnya sendiri.

Kapal Terakhir di Dunia: Episod 1 ~ Teme Abdullah

(SEM & SS) RM30.00 > RM29.00

Bokor, sebuah kapal besi gergasi yang asalnya dicipta untuk menghadapi bencana hujan tahi bintang menjadi satu-satunya tempat manusia berlindung. Meski terasing daripada ancaman dunia luar, penghuninya telah dijangkiti pelbagai jenis penyakit dan diasingkan mengikut sektor masing-masing - termasuklah Aria dan adiknya.

Namun, kondisi adiknya lebih parah dan memerlukan rawatan segera. Beban Aria semakin terasa apabila bapanya sendiri tidak pernah mempedulikan mereka berdua.

Aria, yang hidupnya hanya demi Bokor dan keluarga, kian teruji apabila bapanya pula didapati telah melanggar peraturan. Dia dilema antara kepentingan keluarga atau keamanan seluruh manusia.

Ketika konflik kian memuncak, Aria tersedar sesuatu tentang kehidupan dalam Bokor - iaitu sentiasa ada harga besar yang harus dibayar demi kesetiannya.

"Kau perlu pilih siapa yang perlu kau perangi, Aria."

Mukjizat Rasulullah s.a.w ~ Ustaz Haji Jafri Abu Bakar Mahmoodi

(SEM & SS) RM35.00 > RM34.00

Mukjizat merupakan kejadian luar biasa yang tidak mampu diterima oleh akal, yang terjadi pada diri nabi dan rasul sebagai bukti kerasulan mereka. Sebagai penutup para nabi, Nabi Muhammad ï·º memiliki ribuan mukjizat anugerah daripada Allah Ta‘ala. Buku ini hadir bagi menyajikan sebahagian daripada kisah-kisah mukjizat tersebut.

Menariknya, penulis menyusun kisah-kisah hebat tersebut dalam lima tema utama. Ini merupakan satu kelainan yang dikemukakan oleh penulis. Supaya masyarakat dapat mengetahui mukjizat-mukjizat Rasulullah berdasarkan tema yang dipaparkan.

Kelima-lima tema itu antaranya ialah mukjizat berkaitan dengan alam, mukjizat berkaitan dengan binatang, mukjizat berkaitan dengan tumbuh-tumbuhan, mukjizat berkaitan dengan makanan, dan mukjizat berkaitan dengan perubatan.

Antara kisah-kisah menakjubkan Rasulullah ï·º yang disusun di dalam karya tulis ini ialah:
- Gunung Uhud bergoncang saat Rasulullah ï·º mendakinya
- Batu-batan memberi salam kepada Rasulullah ï·º
- Kayu bakar berubah menjadi pedang

5 Surah Pilihan Al-Mathurat Beserta Terjemahan Surah Per Baris & Dalil Fadhilat Zikir ~ Ustazah Asma' Harun

(SEM & SS) RM28.00 > RM27.00

Selain memuatkan al-Ma’thurat yang mempunyai kelebihan yang besar, buku ini juga mengangkat lima surah pilihan yang mempunyai keistimewaan dan kelebihan yang tersendiri. Ia sesuai untuk dijadikan sebagai panduan dalam amalan harian. Lima surah tersebut ialah al-Kahf, Yasin, ar-Rahman, al-Waqi’ah, dan al-Mulk. Kelima-lima surah tersebut dilengkapi dengan terjemahannya dalam format per baris bagi memudahkan para pembaca untuk menghayati, memahami, dan mentadabbur setiap ayat yang dibaca.

Selain itu, buku istimewa ini juga telah disusun oleh Ustazah Asma’ Harun dengan disertakan kelebihan-kelebihan amalan membaca surah-surah tersebut. Natijahnya, apabila ia diamalkan, mudah-mudahan ia boleh menjadi pemangkin untuk meningkatkan keimanan, penyuntik motivasi dan inspirasi, serta menjadi benteng pelindung diri bagi para pembacanya. Dengan adanya hadis tentang fadhilat sesuatu surah tersebut, pembaca mempunyai dalil dan alasan yang kukuh apabila hendak mengamalkannya.

Manakala al-Ma’thurat merupakan untaian ayat-ayat Al-Quran, zikir-zikir, dan doa yang terpilih

Allah timing is perfect


Kita memang tak pernah tahu perancangan DIA. Tapi kita belajar untuk PERCAYA PADANYA 💞💞

Buku: Luqmmann. 2018. Metanoia. Mustread Sdn Bhd. Selangor.

10 Kebaikan Tidur Sebentar Tengahari (Qailullah)


Tidur sekejap tengahari hingga jam 3 tu sunnah. Ia dipanggil Qailullah.

Tidur yang dalam 10-30 minit itu membantu sistem imun & kepekaan kita sepanjang hari. Ini antara kelebihan tidur sebentar yang dibuat kajian berkaitannya.

Buku: Mejar (B) Muhammad Qayyum Badaruddin. 2020. The Power Of Nap. Casamas. Selangor.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...