Hubungi Kami

Hubungi Kami
Showing posts with label edukid. Show all posts
Showing posts with label edukid. Show all posts

Thursday, August 21, 2014

18 Sahabat di Hati Rasulullah ~ Mohd Harun Rashid, Ishrat J. Rumi

18 Sahabat Di Hati Rasulullah Merupakan Pilihan Terbaik bagi setiap kanak-kanak yang rindu untuk mendengar cerita sebelum tidur yang berkualiti. Buku ini memuatkan lapan belas kisah terpilih yang sangat menarik daripada kehidupan para sahabat Rasulullah SAW. Semua kisah digarap dalam bahasa yang sesuai dengan peringkat umur pembaca muda supaya mudah difahami. 

Teks yang ringkas dan ilustrasi berwarna yang menarik, yang membawa kisah-kisah itu dekat dengan kehidupan pembaca, menjadikan mesej daripada Rasulullah SAW dan para sahabat Baginda lebih bermakna kepada kanak-kanak. Buku ini menawarkan dimensi yang istimewa kepada cerita-cerita sebelum tidur dan bertindak sebagai teras untuk membina pertumbuhan pengetahuan Islam.

*****
(SEM) RM49.90 - RM43.90
(S/S) RM52.90 - RM46.60

Saya Anak Soleh ~ Abu Nadifa

‘Saya Anak Soleh’ adalah buku yang menghimpunkan ayat al-Quran dan hadis-hadis yang menyentuh tentang akhlak. Isi kandungan buku ini sangat dekat dengan kehidupan seharian anak-anak.

Nilai-nilai positif ini adalah pelengkap kepada ibadah dan keimanan anak-anak. Tanpa akhlak yang mulia, seseorang itu tidak akan menjadi Muslim yang lengkap.

*****
(SEM) RM14.90 - RM13.10
(S/S) RM16.90 - RM14.90

25 Rasul Pembawa Rahmat ~ Ummi As-Syiqah

Buku ini menghimpunkan 25 kisah rasul yang wajib diketahui sebagai teladan kepada anak-anak. Bentuk penceritaan yang mudah di samping penerapan nilai-nilai murni perjuangan dan keperibadian diharapkan dapat dihayati oleh mereka. Buku ini sesuai dijadikan asas dalam pembentukan sahsiah anak-anak.

*****
(SEM & SS) RM34.90 - RM30.70

Kemusykilan Terjawab: 366 Q&A Daripada Al-Quran ~ Moulvi Al-Hafiz S.A. Seyed Ibrahim Al-Bukhari

"366 Q&A daripada al-Quran" direka dengan pelbagai gambar yang berwarna-warni, sangat bermaklumat serta jawapan yang diperolehi daripada al-Quran yang banyak menerapkan kepentingan nilai-nilai murni. Kanak-kanak juga dapat memperoleh pengetahuan yang menarik di dalamnya. Buku ini juga disarankan kepada guru-guru dan ibu bapa untuk mendidik pelajar-pelajar dan anak-anak mereka sewaktu mengendalikan pertandingan kuiz dan sesi soal jawab. Mudah-mudahan, kanak-kanak akan mendapat manfaat yang banyak melalui buku ini.

*****
(SEM) RM39.90 - RM35.10
(S/S) RM42.90 - RM37.80

366 Cerita Dari Al-Quran dan Hadis ~ Moulvi Al-Hafiz S.A Seyed Ibrahim Al-Bukhari

Setiap rumah haruslah memiliki buku ini dalam mengubah masa depan anak-anak ke arah jalan yang diredai Allah. Dengan usaha murni ini, moga Allah memberikan kita kehidupan yang baik di dunia dan di akhirat kelak. Insya-Allah, kita dapat membentuk anak-anak kita mempunyai:

Kekuatan Iman seperti Ibrahim a.s.
Kesabaran Tinggi seperti Ayub a.s.
Ketulusan Hati seperti Yusuf a.s.
Keindahan Akhlak seperti Muhammad SAW

*****
(SEM) RM39.90 - RM35.10
(S/S) RM42.90 - RM37.80
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...