Hubungi Kami

Hubungi Kami

Tuesday, May 29, 2018

Bayan Linas: Penjelasan Isu-isu Semasa ~ Dr. Zulkifli Muhamad Al-Bakri

(SEM & SS) RM150.00 > RM132.00

Dinukilkan di sini sebuah kisah daripada guru kami, Syeikh Muhammad Sa’id Ramadhan Al-Buti katanya, ” Di sebuah taman terdapat pelbaagai pohon kayu, ada yang kecil dan ada yang besar. Mereka hidup dalam keadaan yang bersuka ria. Tiba-tiba pada suatu hari jatuh sebilah mata kapak menyebabkan semua pohon kayu menangis dan berada dalam keadaan ketakutan. Ini kerena sudah pasti mereka semua akan ditebang.

Akhirnya, mereka bertemu dengan pohon kayu yang paling tua lalu mengadu perihal perkara tersebut. Lantas pohon tua yang mempunyai banyak pengalaman tersebut itu berkata, ” Jangan takut dan jangan menangis. Sesungguhnya mata kapak tidak boleh menebang kamu selama mana kamu tidak memberikan kepadanya dahan-dahan kamu untuk dijadikan hulu kapak.

Sirah Nabawiyyah ~ JAKIM

(SEM & SS) RM65.00 > RM57.20

Al Rahiq Al Makhtum : Sirah Nabawiyyah ini diibaratkan sebagai sebuah biografi Nabi Muhammad SAW yang komperehensif. Naskah ini memaparkan kisah perjalanan idup Rasul terakhir utusan Allah SWT serta tanggunjawab Baginda menyampaikan dakwah islamiah di mua bumi ini. 

Perjuangan Baginda penuh berliku, perjalanan hidup Baginda penuh dengan suka duka, kepayahan serta keperitan yang mungkin tidak tertanggung oleh manusia lain. Namun ajaran tauhid dan akida yang baginda sampaikan telah mencapai kejayaan yang gemilang seperti mana kehendak Allah SWT.

Monday, May 28, 2018

Lukisan Tarbiah 3: Air Mata Terakhir ~ Abeben

(SEM & SS) RM30.00 > RM26.40

Jujur.
Bilakah kali terakhir engkau menangis?
Dan jujur. Untuk siapakah tangisan terakhirmu itu?

Kekadang hati kita sudah terlalu gelap dan keras, tak mampu lagi mengalirkan air mata apabila memikirkan betapa banyaknya dosa yang masih belum kita insafi dan istighfari...

Kerna Syurga Bukan Percuma 3 ~ Najmi Fetih

(SEM & SS) RM30.00 > RM26.40

"Kerna syaitan tak pernah berputus asa mengajak kita ke Neraka."

Belum sempat Khai keluar dari tandas tersebut, tiba-tiba hidungnya dapat menangkap satu bau yang tersangatlah busuk dan aneh. Bau yang terus mematikan bau-bau hancing yang dia bau sedari awal tadi. Hampir termuntah Khai dibuatnya.

“Bau apakah?” bisik hati kecil Khai. Setelah Khai membuka pintu tandasnya untuk keluar, tiba-tiba..

“A…bang… Sayalah.. orang sebelah… sebelah ada.. sebelah.. hilang.. ha..ha..” Hampir pitam Khai dibuatnya apabila melihat makhluk di hadapannya itu. Astaghfirullah.. apakah benda depan aku ni?

***

“Maafkan saya Humaira. Kita salah.” Khai menjelaskan secara terperinci hubungan mereka yang tidak diredhai Allah. Meskipun begitu, ianya sangat sukar untuk diterima masuk ke dalam kepala Humaira.

“Fine Khairul Rafeeq. Kau ingat satu je, sampai mati hidup kau takkan tenang!” ugut Humaira kemudiannya mencampakkan telefonnya ke dinding bilik asramanya. Kerana cinta zina, hidup seseorang manusia itu bakal hancur. Hancur dibunuh benih dengki, mati dipijak kaki dendam.

Mentaliti Masih Jamban ~ Khairul Abdullah

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.00

"Kenapa masyarakat di dunia sebelah sana lebih baik daripada kita? Kenapa nilai-nilai yang dituntut oleh agama dipraktikkan oleh mereka dan bukannya kita"?

Misi Bebas Hutang ~ Mohd Zulkifli Shafie

(SEM & SS) RM20.00 > RM17.60

Bukan mudah, tapi ia tidak mustahil. Sesiapa sahaja mampu bebas daripada hutang jika ada ilmu, kesedaran dan keazaman yang kuat. Kebanyakan mereka yang mengadu masalah kewangan, bukan disebabkan gaji yang diterimanya tak cukup, tetapi disebabkan masalah hutang yang dibuatnya sendiri. 

Bukan tak boleh berhutang, namun biarlah berhutang pada perkara yang benar-benar perlu, dan berhutanglah secara bijak (yang menjadikan kita lebih kaya). Beban kewangan terbesar bagi kebanyakan rakyat Malaysia ialah ansuran pinjaman membeli kereta, pinjaman peribadi, kad kredit dan hutang membeli rumah kediaman ‘impian’ yang mana jika tiada pun kita masih boleh hidup. Ia tidak seperti kos keperluan asas untuk hidup seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal. 

Jadi sesiapa yang dapat bebas daripada hutang-hutang ini, kita terlepas daripada bebanan kewangan terbesar. Seterusnya kita bolehlah fokus mengumpul harta dan mengembangkan kekayaan.

Syarah Basmalah ~ Sofwan Harizan

(SEM & SS) RM12.00 > RM10.60

Buku ini mengandungi pencerahan yang menarik dan jarang diketahui tentang Basmalah. Bermula daripada makna Basmalah, faedah-faedahnya, hukumnya, dan keistimewaan-keistimewaannya. Disertakan juga pelbagai kisah menakjubkan tentang kelebihan Bismillahir Rahmanir Rahim.

Memburu Harta Kekayaan Akhirat ~ Dr. Mohd Puzhi Usop

(SEM & SS) RM15.00 > RM13.20

Hari Akhirat merupakan hari yang digambarkan sebagai kebangkitan semula setelah musnahnya seluruh alam. Akhirat berasal dari perkataan bahasa Arab iaitu الآخرة yang bermaksud pengakhiran atau penamat. Ia merupakan satu kepercayaan dalam semua agama samawi, seperti Islam, Yahudi dan Kristian.

Perjalanan yang panjang di dunia sentiasa memerlukan persediaan seperti wang, pakaian, makanan, kenderaan dan sebagainya, apatah lagi perjalanan manusia menuju hari akhirat. Ramai dalam kalangan Muslim pada hari ini terlalu leka dengan kesibukan duniawi sehingga terlupa untuk mengambil cakna tentang kepentingan membawa bekalan menuju alam akhirat.
Buku ini akan membicarakan perihal kekayaan akhirat yang perlu diambil berat oleh setiap orang sebagai persedian untuk menuju alam akhirat serta menjelaskan beberapa syarat yang perlu diikuti untuk mendapat rahsia bagaimana untuk menjadi jutawan akhirat.

Friday, May 25, 2018

Keajaiban 40 Selawat Pilihan ~ Ustaz Iqbal Zain Al-Jauhari

(SEM & SS) RM15.00 > RM13.20

Selawat Nabi termasuk dalam pengertian zikrullah kerana terkandung di dalamnya makna doa dan permohonan kita kepada Allah SWT agar menghantar rahmat dan kesejahteraan kepada Kekasih-Nya, Rasulullah SAW. Antara selawat yang dikumpulkan dalam buku ini:

- Selawat Nariyah
- Selawat Adrikiyyah
- Selawat ‘Azhimiyyah
- Selawat Al-‘Ali Al-Qadri
- Selawat Jawahirul Anwar
- Selawat Thabibi Qalbi
- Selawat Wisal dan banyak lagi.

Thursday, May 24, 2018

Impian Jalanan ~ Teme Abdullah

(SEM & SS) RM33.00 > RM29.00

Orang kata melukis tak boleh jadi kaya.
Tak boleh jadi jutawan.

Tak apa. Biar aku cuba.

Cerita Hilang... Atau Jumpa? ~ Penyusun Faizah Hamid

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.00

Kehilangan sering menimbulkan rasa kosong dalam hati.

Kita sangka, kekosangan itu kekal maka kita meratapinya.

Tapi  sedikit yang kita tahu, kekosangan yang hadir menyediakan ruang dalam hati kita untuk sesuatu yang lebih baik.

Letters to God ~ Norhafsah Hamid

(SEM & SS) RM30.00 > RM26.40

Letter to God is about journey of a young girl named Sarah in trying to find her footing in a challenging world. An introvert by nature, Sarah struggles to balance her world, life and her spiritual longing while trying to adapt to her new surroundings. She found friendship along the way and also experienced hostility and heartache. Not knowing who to turn to, she decided to rant and rave to her Creator.

This is a story of how a young girl, who made a decision to write letters to God, telling Him of all her worries and pain. She believes that one can talk to God at any time, any place, even outside prayers.

Did Sarah find solace?
Or did she continue to be lost?

Empayar: Hikayat Putera Tanpa Nama ~ Teme Abdullah

(SEM & SS) RM30.00 > RM26.40

Ilmu agama ini umpama senjata yang boleh dimiliki sesiapa.
Jika senjata itu jatuh ke tangan yang baik, akan digunakan senjata itu untuk menyerang yang jahat.
Namun jika ia jatuh ke tangan yang jahat, akan digunakan senjata itu untuk memusnahkan yang baik.

Nasihat Pak Bidan Untuk Wanita ~ Prof. Dr. Hamid Arshat

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.00

Setiap pasangan pasti ingin menimang cahaya mata yang sihat dengan secepat mungkin. Namun, kita hanya mampu merancang, dan Allah-lah yang menduga kita dengan pelbagai ujian. Ada yang berjaya mendapat zuriat dan ada yang terpaksa tunggu bertahun-tahun, bahkan ada yang disahkan mandul. Insya-Allah, buku ini akan membantu semua pasangan, sama ada yang akan menimang cahaya mata atau yang berusaha ke arah itu.

Pantang Menyerah ~ Bonda Nor, Farizah Shamsudin, Ammar Kamilin, Abdul Muiez Ruslee

(SEM & SS) RM20.00 > RM17.60

Buku ini memperkatakan tentang satu hal yang sangat penting dalam kehidupan. Tentang perjuangan. Daripada sekecil-kecil perkara yang menjadi rutin biasa, hinggalah kepada sebesar-besar perkara yang melibatkan nyawa. Sebutlah apa-apa jenis ujian sekalipun, bergelutlah dengan apa-apa perjuangan sekalipun, hakikatnya, manusia tidak akan mudah mengalah jika fokusnya jelas untuk menadah redha Allah. Terus kuat!

Tuesday, May 22, 2018

I'm A Backpacker: France ~ Zikrullah Ismail

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.00

Bonjour

Apa lagi selain ucapan itu yang akan memudahkan urusan kita semasa di Perancis?

Sekiranya kita ada pelancong yang mencari keindahan musim, musim mana yang sesuai dengan kita? Musim bunga memang seindah-indah musim. Pemandangan kampung akan penuh dengan bunga. Di bahagian mana pemandangn yang paling indah? Yang berbaloi dengan kos yang akan meninggi?

Bagaimana sekiranya musim sejuk yang membuatkan kos menjadi murah? Hey, kita Malaysia tidak ada salji. Bermain dengan salji itu adalah satu idaman. Tetapi di mana?

Mungkin kita bukan pencari musim, tetapi seorang pelancong seni dan sejarah. Di mana kita perlu melawat untuk melihat karya-karya seni dan tapak sejarah yang terkenal di Perancis.

Ataupun kita cuma pengkagum menara Eifel. Mahu menikmati suasana romantis kota Paris. Bagaimana mahu menikmati semua itu dengan tenang, selamat, dan murah?
Biar buku ini yang menguruskannya. Anda hanya perlu sediakan wang dan tandakan cuti di kalendar.

I'm A Backpacker U.S.A 80000km Kembara ~ Hannah On Earth

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.00

Amerika tak semestinya sama seperti yang kau sangka. Perjalanan 80 000km Hannah merentasi 50 negeri di USA.

Antara Kandungan:
  • 2,256 Kilometer Yang Pertama, Sendirian dengan Buku Merah
  • Rezeki & Jodoh Yang Datang Dalam Masa Yang Sama
  • Falsafah Travel Bagi Saya
  • Angan Untuk Duduk di Luar Negara
  • Cerita Hidup Anak Melayu di Bumi Amerika
  • Apa itu Amerika Syarikat? The West, The South, The Midwest,
  • The Northeast, Negeri-Negeri Besar di Luar Tanah Besar 48
  • Saya dan Haiwan-Haiwan Liar
  • Benda-Benda Pelik yang Ditemui Sepanjang Road Trip di
  • Amerika Syarikat
  • Plat Nombor Kereta di AS: Kreativiti Tanpa Batasan
  • Road Trip di Amerika Syarikat: Apa Kamu Perlu Tahu
  • Bagaimana Caranya untuk Memohon Visa untuk ke Amerika Syarikat
  • Tips Travel Umum
  • Tips Fotografi
  • 50 Negeri AS dan 80 000km Kemudian

Padang Mahsyar Menunggumu...! ~ Imam Al-Qurtubi

 (SEM & SS) RM25.00 > RM22.00

Dalam buku ini Imam Al-Qurtubi telah menjelaskan kepada kita tentang hal-ehwal yang berkaitan dengan kematian, bermula dari hakikat kehidupan, hakikat kematian, bagaimanakah keadaan orang yang mati, pengurusan jenazah, adab-adab semasa di tanah perkuburan, azab dan kenikmatan di alam kubur atau alam barzakh, padang mahsyar, Al-Mizan, As-Sirat, Syurga, Neraka dan seterusnya. Kupasan yang padat dikemukakan oleh Imam Al-Qurtubi begitu mendalam diperkuatkan lagi dengan dalil-dalil Al-Quran dan hadis serta pendapat-pendapat ulama muktabar.

Segala pencerahan serta panduan yang terkandung dalam buku ini wajar dihayati oleh setiap umat Islam sebagai persediaan dalam selok-belok pengurusan jenazah serta sebagai persediaan menghadapi kematian.

Zaman Imam Mahadi Al-Muntazhar: Umat Islam Belum Checkmate ~ Amin Muhammad, Jamil

(SEM & SS) RM36.00 > RM31.70

Kian hari umur bumi kian meningkat, tanda-tanda kemunculan Imam Mahdi semakin jelas. Manusia kini sedang berada dalam fasa akhir zaman di mana kemunculan Imam Mahdi ditunggu-tunggu sementara kehadiran Dajjal digeruni.

Imam Mahdi akan segera muncul, tidak ada yang tahu dan tidak dinyatakan waktu bagi munculnya Imam Mahdi. Nabi SAW hanya menyebutkan tentang siapa Imam Mahdi, ciri cirinya, dan apa tanda menjelang kemunculan Imam Mahdi.
Dia akan memenuhi bumi ini dengan keadilan dan kemakmuran sebagaimana bumi telah dipenuhi sebelum itu dengan kezaliman. Allah SWT akan menyediakan dan mengislahnya dalam waktu satu malam dan menguatkannya dengan pertolongan-Nya...Al-Mahdi.
Melihatnya dari jarak dekat sepertinya syaitan,di bahagian kanan wajahnya terhapus tidak bermata dan tidak beralis itulah Al-Masih Dajjal. Sebagaimana yang disebutkan Rasulullah SAW "Tertulis di antara dua matanya perkataan kafir yang dieja oleh Rasulullah kaf, fa, ra yang dapat dibaca oleh setiap Mukmin yang pandai membaca mahupun oleh Mukmin yang buta huruf".
Pengakhirannya, akankah kita bersama Al-Masih Dajjal Sang Pendusta atau Khalifatul Muslimin yang mendapat petunjuk?

Destinasi Terakhir: Indahnya Syurga Dahsyatnya Neraka ~ Imam Al-Qurtubi

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.00

Dalam buku ini Imam Al-Qurtubi telah menjelaskan kepada kita tentang hal-ehwal yang berkaitan dengan kematian, bermula dari hakikat kehidupan, hakikat kematian, bagaimanakah keadaan orang yang mati, pengurusan jenazah, adab-adab semasa di tanah perkuburan, azab dan kenikmatan di alam kubur atau alam barzakh, padang mahsyar, Al-Mizan, As-Sirat, Syurga, Neraka dan seterusnya. Kupasan yang padat dikemukakan oleh Imam Al-Qurtubi begitu mendalam diperkuatkan lagi dengan dalil-dalil Al-Quran dan hadis serta pendapat-pendapat ulama muktabar.

Segala pencerahan serta panduan yang terkandung dalam buku ini wajar dihayati oleh setiap umat Islam sebagai persediaan dalam selok-belok pengurusan jenazah serta sebagai persediaan menghadapi kematian.

Kisah Tanah Kubur: Beberapa Kisah Menjadi Saksi Adanya Nikmat Kubur & Seksa Kubur ~ Elyas Bahar

(SEM & SS) RM14.50 > RM12.80

Sayugia setiap kehidupan akan merasai kematian namun tiada siapa dapat memberikan jaminan ke mana destinasi pengakhiran kehidupan kita, Syurga atau Neraka? Di dalam buku ini, penulis telah menjelaskan mengenai kisah-kisah yang ada kaitannya dengan kematian, seksaan-seksaan, dan nikmat-nikmat yang akan dilalui setiap daripada kita bergantung kepada amalan-amalan yang dilakukan ketika hidup di dunia.

Semoga dengan paparan kisah-kisah ini akan memberi inspirasi dan pedoman dan pembaca akan adanya nikmat dan seksa kubur selepas kehidupan di dunia ini.

The Secret of Nabi Khidir ~ Elyas Bahar

(SEM & SS) RM13.90 > RM12.20

Percayalah bahawa Nabi Khidir AS itu masih ada dan hidup hingga sekarang. Tanpa menfikan kontroversi antara hidup dan matinya, yang paling penting adalah melihat aspek kehidupan individu yang mulia tersebut dan menjadikannya sebagai panduan untyuk mewarnakan kehidupan. Persoalannya, apakah keistimewaan dan kelebihan Nabi Allah Khidir ini?

Beberapa kisah menarik di dalam buku ini akan merungkai dan menjawab persoalan tersebut, meskipun sebahagian tanda tanya besar masih mengekori di sebalik setiap peristiwa yang berlaku itu. Di samping itu juga, di dalam buku ini turut menyatakan amalan-amalan yang harus kita lakukan untuk mendekati, justeru menemui Nabi Allah yang penuh misteri ini.

Kelebihan 3 Bulan Hijriyah: Rejab, Syaaban dan Ramadhan ~ Daniel Zakaria

(SEM & SS) RM9.50 > RM8.60

Buku ini memaparkan tentang keutamaan atau kelebihan tiga bulan rahmat dan barakah, iaitu bulan Rejab, Syaaban, dan Ramadan. Di bulan ini Allah SWT menganugerahkan kepada para hambaNya dengan utusan dan ribuan ganda pahala yang diamalkan, yang mana tidak dapat pada bulan-bulan yang lain, bahkan dinamakan bulan Rejab sebagai bulan Allah, bulan Syaaban bulan Muhammad dan bulan Ramadan bulan umat Muhammad sebagaimana yang disertakan oleh Rasulullah SAW yang bermaksud: "Bulan Rejab bulan Allah, bulan Syaaban bulanku dan bulan Ramadan bulan umatku."

Menerusi buku ini "Kelebihan Bulan Rejab, Syaaban, dan Ramadan" kita dapat mengetahui apakah amalan dan pengisian yang perlu dilaksanakan bagi merebut dan menempah syurga Allah.

Saturday, May 19, 2018

Ulama Hadis: Makhluk Asing Dari Bumi ~ Kamilin Jamilin

(SEM & SS) RM20.00 > RM17.60

Lebih 70 kisah-kisah luarbiasa tetapi benar tentang ulama.

Bukan sahaja menjadi motivasi, bahkan uniknya mampu menjadi teguran buat kita semua.

Antara Kandungan:
1. “GENGGAMLAH TANGANKU KETIKA AKU MELIHAT SAKARATUL MAUT.”
2. “AKU TELAH DIUJI DENGAN POPULARITI.”
3. BETAPA IKHLASNYA MEREKA DALAM BERAMAL!
4. AZAM & TEKAD ABU AL-QASIM AL-ZANJANI
5. KEMPUNAN MAKANAN KEGEMARAN DEMI BERKEJARAN KE KELAS HADIS
6. KEGIGIHAN ABU HATIM AL-RAZI DALAM MENUNTUT ILMU YANG MEMPERSONA!
7. DARIPADA PENYAIR KEPADA ILMUWAN TERSOHOR DUNIA!
8. KESUNGGUHAN SA’ID BIN JUBAYR MENCATIT ILMU
9. KERANA SATU HADIS
10. AURA AHLI HADIS!
11. JIKA AHLI HADIS DAHULU MASIH LAGI HIDUP LAGI KINI, APAKAH KEWARGANEGARAAN MEREKA?
12. KISAH TAUBAT AL-QA’NABI & FUDYAHL BIN ‘IYADH
13. MEMERAH KERINGAT DEMI MENGKAJI SATU PERAWI
14. KELANTANGAN MUGHLATAY DALAM MENGKRITIK GURUNYA AL-MIZZI
AL-DZAHABI DIKECAM MURIDNYA SENDIRI
15. Al-BUKHARI: KANAK-KANAK 11 TAHUN YANG MEMPERBETULKAN KESILAPAN GURUNYA
16. SIKAP EGO ‘ALI BIN ‘ASIM BIN SYUHAYB AL-WASITI
ILMU HADIS BAGAIKAN ILHAM!

50 Tip Motivasi Haji & Umrah ~ Muhd Kamil Ibrahim, Roza Roslan

(SEM & SS) RM20.00 > RM17.60

“Kreativiti sambil melihat sesuatu isu dalam keadaan sedikit berbeza memberi kesan yang luar biasa kepada khalayak pembaca.”

Jika sebaris ayat yang diperlukan, itulah yang ingin saya simpulkan setelah membaca manuskrip 50 Tip Motivasi Haji & Umrah. Begitulah ilmu Allah, sesuatu yang tidak difikirkan oleh orang lain,boleh menjadi sumber panduan kepada yang lain.Petua-petua yang dikemukakan kelihatan biasa tetapi dijadikanluar biasa oleh kedua-dua penulis dengan mengekalkan nilai-nilaisantai dan bersahaja. Bagi saya, ia anugerah Allah kepada penulisbuku ini, Prof. Dr. Muhd Kamil Ibrahim dan Puan Raudzah Roslan.

Isu-isu yang ditonjolkan disampaikan dengan cara yangsangat mudah sehingga khalayak pembaca tidak menyedari yangia merupakan satu isu besar. Isu menduakan Allah, berpuasa tahaptinggi dan konsep mengingati Allah secara istiqamah dihujahkandengan penuh kasih sayang.Ia sebuah buku yang mahu dan boleh dihabiskan secepatmungkin tanpa berlalu begitu sahaja. Ia akan diulang bacaterutamanya bagi bakal jemaah haji dan umrah yang inginkansesuatu yang terbaik. Ia menyentuh hati dan saya berasa damaiapabila selesai membaca manuskrip ini.

Kamaruddin Majid,
Penasihat Agama UiTM

Mukmin 1st Class Dari Dua Da'i ~ Ustaz Zarifi Daud, Da'i Afiqah

(SEM & SS) RM18.00 > RM15.80

Mukmin 1st Class adalah siapa kita sebenarnya.

Mukmin 1st Class tidak membazirkan masa. Kerana membuang masa itu maknanya sengaja membuang nyawa!

Antara Kandungan:
INGAT 5 SEBELUM 5
ADAB ZIARAH PESAKIT
PAKAI KASUT PUN ADA ADABNYA
GUNA TELEFON BIARLAH BERPAHALA
JAMINAN DOA AKAN DIMAKBULKAN
JUMAAT, HARI YANG DITUNGGU-TUNGGU
BERBAKTILAH KEPADA KEDUA-DUA IBU BAPA
JIKA BERHUTANG, CATAT DAN BAYAR
JAGALAH LIDAHMU....
JANGAN SEKUTUKAN ALLAH
KITA UMAT TERBAIK, LAKSANAKAN DAKWAH
BERDOALAH KEPADA TUHAN YANG MENJADIKAN
BIMBANG TERPALIT PENYAKIT MUNAFIK

Beli Emas ~ Shamsuddin Kadir

(SEM & SS) RM49.00 > RM43.10

Buku ini membuatkan kita menyalahkan diri kerana tidak beli emas. Buku ini membuatkan kita menyalahkan orang lain kerana tidak berkongsi tentang emas. Buku ini membuatkan orang yang tiada duit tertekan kerana tidak membeli ernas. Buku ini membuatkan orang tidak dapat tidur lena kerana emas.


Buku ini membuatkan orang berubah kerana emas. Buku ini mernberitahu harga emas bawah harga pasaran. Buku ini membuatkan individu ketagih dengan emas. Buku ini membuatkan duit berkurangan tetapi harta bertambah.

Menyimpang Seringgit Rugi Sejuta ~ Shamsuddin Kadir

(SEM & SS) RM18.00 > RM15.80

Kos makan di luar naik lebih dari 3 kali ganda dalam masa 20 tahun.

Jika tahu arah yang betul, kita membeli rumah lebih awal sebelum harga rumah naik, berkali ganda. Kita mampu memiliki harta dengan memandang harta dari arah yang betul. Banyak orang hanya tahu berkata tidak mampu, kerana mereka sudah tersilap langkah.

Kuasai peraturan 72 sebagai asas untuk menggandakan duit dan harta. Rancang arah kewangan supaya hasilnya menguntungkan diri sendiri.

Pandang dari perspektif yang tepat agar urusan kewangan kita menjadi mudah dan menguntungkan, Insyaa Allah
Pilih ilmu yang Betul, Bertindak Sekarang, Insyaa Allah duit kita bertambah berkali ganda sebelum sempat kita menyedarinya

Banja Manggala ~ Ramlee Awang Murshid

(SEM & SS) RM28.00 > RM24.60
AMAR diselamatkan sepasukan komando Malaysia di sebuah telaga pada penghujung Perang Bosnia pada tahun 1995. Askar-askar Serbia yang memburunya ditemui mati dibaham kawanan serigala. Amar bersama sebilangan kanak-kanak Bosnia dibawa ke Malaysia dalam program anak angkat. Dia akhirnya diasuh dan dibesarkan oleh keluarga seorang jeneral, iaitu Dato’ Husam dan isterinya, Datin Normazlina. Pasangan itu mempunyai seorang anak perempuan bernama Rania.

Dua puluh tiga tahun berlalu, Amar sering dibayangi seekor serigala salji. Sering bermimpi berada di lembah banjaran Bosnia-Herzegovina yang hanya dihuni kawanan serigala. Dipercayai lembah banjaran itu kehilangan seorang Armel. Sejak peristiwa itu kehidupan Amar menjadi serabutan. Akhirnya dia pulang semula ke Bosnia-Herzegovina untuk mencari jawapan tentang asal usulnya yang diyakini berasal dari lembah berjiwa kosong.

Rania yang bertugas di sebuah stesen penyiaran antarabangsa membuat penggambaran travelog musim kedua tentang perang Bosnia. Bagaimanapun perancangannya tidak menjadi apabila diculik di Saravejo bersama dua rakan sekerjanya. Amar yang kebetulan berada di Wilayah Balkan nekad untuk menjejaki adiknya. Pada masa yang sama pembunuhan bersiri turut berlaku. Culik dan bunuh, jenayah kejam yang sedang disiasat oleh seorang pegawai polis veteran bernama Hasanovic.

Wednesday, May 16, 2018

40 Hadis Mukhtashar Ibnu Abi Jamrah ~ Muhammad Fahmi Mohamed Amin Al-Azhari, Muhammad Hosnee Zainal Abidin Al-Azhari

(SEM & SS) RM12.00 > RM10.60

40 HADIS MUKHTASHAR IBNU ABI JAMRAH (Jilid Pertama) menghimpunkan 42 hadis pilihan daripada kitab Shahih al-Bukhari.

Antara hadis yang disebutkan dalam jilid ini:
Hadis mengenai Permulaan Turunnya Wahyu, Golongan yang Mendapat Kemanisan Iman, Perjanjian Taat Setia, Dua Muslim Yang Saling Berbunuhan, Mendirikan Malam Al-Qadr, Niat Berbelanja untuk Keluarga, Jalan Mudah ke Syurga, Nabi Dikurniakan Sebahagian Ilmu Ghaib, Manusia Paling Bahagia dengan Syafaat, Cara Ilmu Diangkat, Hisab yang Mudah, Air Mani Bukan Najis, Solat di Atas Kenderaan dan banyak lagi.

SIAPA IMAM IBNU ABI JAMRAH?

Abu Muhammad Abdullah bin Sa‘ad bin Abi Jamrah al-Azdi al-Andalusi, salasilahnya bersambung kepada sahabat Rasulullah SAW, Sa‘ad bin ‘Ubadah al-Anshari r.a. Al-Azdi merupakan nisbah kepada salah satu bangsa Arab. Al-Andalusi merupakan nisbah kepada negara kelahiran beliau iaitu al-Andalus. 

Ibrah: Kisah-kisah Hebat Dakwah Nabi Musa A.S. ~ Ustaz Syaari Abdul Rahman

(SEM & SS) RM20.00 > RM17.60

Mengapa kita perlu mengetahui kisah-kisah Nabi Musa a.s. dan Bani Israel? Bukankah itu semua kisah-kisah lalu yang sudah menjadi sejarah?

Tapi, adakah kita tahu bahawa satu pertiga kisah dalam al-Quran adalah kisah Nabi Musa a.s. dan umatnya, Israel? Bukankah ini suatu petanda jelas daripada Allah SWT kepada kita supaya mengenali dengan sebenar-benarnya siapa Bani Israel.

Apakah tabiat, ciri-ciri dan matlamat mereka? Buku ini merungkai sejarah Bani Israel yang pernah ditindas lalu diselamatkan dan diberi pelbagai keistimewaan oleh Allah SWT. Namun mereka bukan sahaja tidak bersyukur, malah memusuhi nabi-nabi mereka dan Nabi Muhammad SAW serta umat Baginda.

Seminggu di Syurga ~ Ablah Ibtisam

(SEM & SS) RM22.00 > RM19.40

Travelog seorang guru dari Sudan yang tidak kenal erti penat untuk memastikan anak didik dan anak angkatnya yang berasal dari Malaysia, berjaya dalam pembelajaran dan pelajaran.

Menjadi orang asing di sebuah negara serba kekurangan, Amirul, remaja yang baru masuk usia belasan tahun tabah menghadapi cabaran. Ditinggalkan oleh keluarga di benua Afrika demi menimba ilmu. Namun, kehadiran Ablah Ibtisam sebagai penjaga yang juga merupakan ibu angkat dan guru bersama keluarganya, banyak membantu Amirul hidup di Sudan.

Biar sesukar mana pun cabaran yang datang, Ablah Ibtisam tidak pernah mengalah. Demi anak Amirul yang sudah dianggap seperti anak sendiri, Ablah Ibtisam terus berusaha mengatasi rintangan berjaya. Yang sukar sentiasa ada penyelesaian apabila Allah dijadikan tempat sandaran utama.

Segala penat lelah Ablah Ibtisam berbalas apabila Amirul akhirnya berjaya cemerlang. Kemuncak kegembiraan Ablah Ibtisam adalah apabila kedua-dua ibu bapa Amirul iaitu Prof Muhd Kamil dan Raudzah Roslan membawanya ke Malaysia untuk menghadiri pelancaran buku tulisan mereka.

Pertama kali menjejak kaki ke Malaysia, umpama syurga buat Ablah Ibtisam! Ia umpama rezeki yang tidak disangka-sangka datang bergolek, anugerah daripada Allah kepada insan yang ikhlas memberi khidmat.

Magna Sayap Hitam ~ Iwan Reaz

(SEM & SS) RM18.00 > RM15.80

Novel MAGNA SAYAP HITAM membawakan kisah Zettrion, sebuah dunia tanpa warna dan tiada undang-undang yang terpakai di situ melainkan amalan sihir yang berleluasa. Pertarungan sentiasa berlaku. Manusia yang lebih kuat dan kejam akan dihormati berdasarkan pada pangkat yang tertera pada lengan manusia di Zettrion ini.

Efix, manusia putih yang besar dan kuat tetapi pecinta kedamaian. Dan kerana dia tidak seperti manusia lain dan sikapnya yang berbeza itu, Efix dibenci oleh keluarganya sendiri. Impian Efix adalah untuk berhijrah ke planet Bumi kerana manusia di Zettrion ini berasal dari planet Bumi. Bagi Effix, Bumi punyai keindahan dan keamanan yang didambakannya.

Hasratnya itu semakin bergelora apabila dia termakan dengan hasutan Izze bahawa manusia yang paling kejam dan yang mencapai pangkat paling tinggi akan ditumbuhi Sayap Hitam yang membolehkan mereka terbang ke planet Bumi. Akhirnya Efix mula melakukan kejahatan demi kejahatan...

Berjayakah Efix merealisasikan cita-citanya itu?

Oh, My Students! ~ Liza Suhana Ramli

(SEM & SS) RM15.00 > RM13.20

Naskhah ini bukan saja perlu dimiliki oleh pelajar, pensyarah atau guru, ia juga sesuai dibaca oleh sesiapa saja yang sedang berusaha mahu memperbaiki diri.

Leteran jika dizahirkan dengan suara, kadang memekakkan telinga. Tapi coretan ini berjaya menukarkan leteran menjadi ‘sesuatu’ yang perlahan-lahan mampu meresap masuk ke dalam jiwa.

Sungguh ini bukan coretan kosong. Ada inti. Paksinya realiti yang menjentik hati.

Bahkan kisah-kisah yang terkandung di dalam buku ini amat sesuai dijadikan panduan kepada para remaja dalam menghadapi situasi belajar dan cabaran berdikari di Institusi Pengajian Tinggi. Bagi yang bergelar siswa-siswi, semestinya pernah dan akan mengharungi salah satu atau beberapa situasi seperti dalam kisah-kisah yang diceritakan ini. Nilaikan pengajarannya dan buatlah keputusan mengikut pertimbangan yang wajar dalam menangani apa jua cabaran mendatang.

Manakala buat para pendidik, ini bukan hanya cerita saya. Ini cerita kita. Seharusnya kita tidak hanya melunaskan tanggungjawab menghabiskan silibus semata-mata tapi juga turut mendidik dengan jiwa.

Au Revoir ~ Mazliham Mohd Su'ud, Muhd Kamil Ibrahim

(SEM & SS) RM35.00 > RM30.80

Kali terakhir menunggu pesawat di lapangan terbang sebelum berangkat pulang, perasaan sedih dan gembira bercampur baur. Tidak pernah termimpi saya akan sampai ke Peranchis. Saya Cuma anak kampung yang sudah berkali-kali gagal dalam permohonan untuk ke sekolah berasrama penuh. Saya bukan pelejar cemerlang yang hebat dengan keputusan terbaik. Tidak mungkin mampu untuk kembali ke Peranchis lagi selepas tamat pengajian di sana. - Prof. Dato’ Dr Mazliham Mohd Su’ud

Perjalanan ini tertangguh lebih 10 tahun. Saya gagal di dua universiti: matrikulasi UKM dan UTM. Setelah digerakkan hati untuk berfikir seketika, merenung diri, dan akhirnya berjaya di Uitm. Bertemu isteri, Raudzah Roslan (Roza). Akhirnya, saya mendapat tawaran belajar di luar negara. Di Dundee, Scotland dan seterusnya di Bangor, Wales. Kedua-duanya di bumi ratu. Saya terkenangkan kisah lampau terutamanya perasaan kecewa ayah. Perjalanan ini seolah-olah membasuh segala dosa lampau. - Prof. Dr. Muhd Kamil Ibrahim

Kita Tidak Berdosa ~ Muhd Kamil Ibrahim

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.00

“Prof, boleh maklumkan tajuk kuliah yang ingin disampaikan?”

“Kita Tidak Berdosa.” Beberapa hari kemudian pihak penganjur berhubung sekali lagi.

“Prof, boleh kita tukar tajuk?”

“Mahu tukar kepada...?”

“Ya Allah, Ampunilah Kami.”

“Itu tajuk budak sekolah. Saya memilih tajuk Kita Tidak Berdosa atas beberapa sebab. Tiada paksaan untuk menjemput saya berceramah. Tuan (Puan) belum pun mendengar apa yang ingin saya tuturkan tetapi sudah mempunyai tanggapan tertentu. Saya tidak akan pergi jika tajuk ditukar.”

Dan, pada hari tersebut, saya masuk ke lokasi untuk menyampaikan kuliah, mata saya terpandang banner yang tergantung. Allah ya Allah, tajuknya telah ditukar!

Biar Berbekas ~ Roza Roslan

(SEM & SS) RM40.00 > RM35.20

“Duhai anakku, mama mohon maaf.

Barangkali awak membesar sendirian tanpa cukup bimbingan seorang ibu. Barangkali ada tangisan dalam diam. Air mata kering sendiri tanpa mama mendakap dan mengelapnya. Barangkali awak tergelincir, jatuh lalu terluka. Namun, mama tiada di sisi. Malah tangan yang terkapai mama tidak pernah sempat menyambutnya. Luka itu barangkali dalam, tetapi awak diamkan. Langsung tidak pernah mengadu, jadi mama tidak pernah tahu. Mungkinkah ia belum sembuh atau bekas lukanya masih berbekas hingga kini? Mama tidak pasti. Anakku, awak membesar tanpa mama sedar. Sedangkan ketika itu mama begitu sibuk mengejar seisi dunia. Mama mahu itu dan ini. Mama mahu semua.”

Semalam, saya terbayang ketika anak-anak sibuk mahukan ibunya, si ibu lebih menyibukkan diri. Majikan diutamakan dan didahulukan melebihi keluarga sendiri. Si ibu lebih takut kepada majikan daripada takut tidak menjalankan amanahnya terhadap Ilahi. Diam-diam, anak-anak berdikari tanpa si ibu di sisi. Astaghfirullahal-ʻAzhim!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...