Hubungi Kami

Hubungi Kami
Showing posts with label Iman Publications. Show all posts
Showing posts with label Iman Publications. Show all posts

Wednesday, August 23, 2023

Sampai Masa, Benci Jadi Rindu ~ Aiden Adi Syah

(SEM & SS) RM32.00 > RM30.00

“Kenapa kau baik dengan aku? Let me draw the line here. Kau ni macam stranger je, faham?”

Bagi Adelia, cukuplah hatinya terluka dengan keluarga yang tak pernah peduli. Dia tak perlukan sesiapa, termasuklah mamat bernama K.E ini.

Tetapi ada sesuatu yang terus menarik K.E untuk mengenali Adelia, sehinggalah K.E dapat tahu Adelia dahulu pernah menjadi rocker terkenal. Kenapa kini Adelia jadi orang yang berbeza?

Sedar tak sedar, Adelia dan K.E semakin rapat. Rupa-rupanya mereka mempunyai struggle yang sama─cuba melarikan diri dari masa silam yang menyakitkan.

Namun, semakin mereka membenci apa yang sudah terjadi, semakin ia datang menghantui. Mungkin sebenarnya sudah sampai masa untuk mereka belajar melepaskan kisah lalu yang telah lama membelenggu.

Rumah Tak Mesti Bahagia ~ Arif Zulkifli

(SEM & SS) RM32.00 > RM30.00

Abi Umi ni tak pernah faham Ain!

Semua pilihan Abi dan Umi, tak pernah Ain bantah walau sekali. Setiap kali Ain suarakan keinginannya, semuanya ditentang.

Sehingga ada rahsia yang Ain pendam daripada pengetahuan Abi dan Umi. Tak pernah diceritakan kepada sesiapa sebab merasakan dirinya jijik dan berdosa. Apatah lagi, Abi dan Umi orang terhormat.

“Jangan menangis. Malu kat orang yang tengok Ain.

Jika mereka tidak pernah mendengar, mampukah mereka faham?
***
Semuanya berubah apabila Ain berada di Laman Harmoni sebagai penjaga orang-orang tua. Pertemuan dengan Pak Yazid, yang bersikap yang misteri, perongos, dan cerewet, membuatkan Ain ingin mengenalinya.

Rupa-rupanya, mereka berkongsi duka yang hampir sama; Ain takut dibenci, Pak Yazid takut ditinggalkan. Andai rumah bukan lagi tempat pulang, mampukah mereka berjumpa ruang damai itu?

Al-Quran Untuk Kita ~ Muzuza

(SEM & SS) RM32.00 > RM30.00

“Macam mana nak rasa dekat dengan al-Quran?”
“Aku nak sangat faham al-Quran, tapi tak tahu nak mula dari mana.”


Sejak kecil, kita diajar yang al-Quran perlu dihormati dan dijaga, kerana kedudukan kalamullah ini sangat istimewa dalam hati setiap Muslim. Tidak cukup sekadar membaca, menjadi cita-cita tertinggi kita untuk dapat berinteraksi dengan ayat-ayatnya.

Namun ramai berhenti mencuba apabila merasakan ilmu al-Quran terlalu tinggi. Mereka rasa tidak mampu, bahkan rasa tidak layak untuk memahaminya.

Jadi bagaimanakah caranya untuk mendekati al-Quran?

Bak kata pepatah, tak kenal maka tak cinta.

Yang menjadikan al-Quran ini istimewa adalah apabila kita sedar bahawa ia petunjuk buat semua manusia-termasuk diri kita. Setiap daripada kita mampu mendekati dan memahaminya, setelah kitamengenali dan mencintainya.

Melalui buku ini, penulis membawa kita menelusuri jalan untuk berkenalan semula, jatuh cinta, dan akhirnya tetap setia bersama al-Quran. Dengan penjelasan menyentuh jiwa, beliau meyakinkan kita bahawa al-Quran itu sememangnya untuk kita.

Berdua (Masih) Lebih Baik ~ Aiman Azlan, Dr Harlina

(SEM & SS) RM32.00 > RM30.00

“Kenapa kita dah tak macam dulu lagi?”
“Awak cuma ada secara fizikal, tapi emosi dan fikiran di tempat lain.”


Orang cakap, makin lama berkahwin, kita makin kenal dan faham pasangan. Sepatutnya makin serasi.Tapi, kenapa ada hubungan yang terasa semakin hambar? Perbualan harian hanya sekitar perkara rutin. Ada waktunya, lebih banyak berselisih faham daripada bersefahaman.

Adakah perhubungan dikira gagal apabila perasaan cinta dan kasih memudar?

Hakikatnya, membangunkan sebuah rumah tangga adalah satu proses panjang yang tiada noktah akhir. Rasa gembira semata-mata bukanlah tujuan utama kehidupan, tetapi perkongsian makna itulah yang menggerakkan kedua-dua pasangan ke arah kehidupan yang membahagiakan.

Saling berhubung apabila berenggang.
Saling meluah apabila bercanggah.
Saling mempercayai apabila meragui.

Melalui buku ini, Aiman Azlan dan Dr. Harlina menghuraikan faktor perhubungan suami isteri bertukar hambar dan ada kalanya tegang, serta menggariskan tips dan panduan penting buat pasangan yang sedang berhadapan fasa mencabar ini.
 

He Found You Lost ~ Ayesha Syahira

(SEM & SS) RM32.00 > RM30.00

We have many hopes and dreams in life, and as Muslims, we’re taught that after putting in the work and the effort, we must put our trust in Allah SWT for the outcome. We are required to release that control to Allah SWT.

But when the result we hope for isn’t the one we received, we become devastated. When setbacks and challenges make us feel like we’ll never be able to achieve our dreams, we feel as though we’re being abandoned by God.

“Is He purposely not giving me what I prayed for?”
“Am I not good enough that He doesn’t answer my prayers?”


***

In this book, author Ayesha Syahira invites readers to go on a journey of connecting the lost hearts with Allah - by nurturing trust in Him when we think He has abandoned us, which He never had.

It calls for us to seek a balance between taking action and relying on Allah’s will, and ultimately trusting His plans. By letting go and having full trust in Allah, only then can we finally taste the sweetness of surrendering to Allah, our Creator, the One who only wants the best for us.

Hearts That Remember ~ Sadiyya Nesar

(SEM & SS) RM32.00 > RM30.00

“This heart is tired. This heart is battered. But this heart is trying to survive.”

Are these the things we whisper to ourhearts, as we bravely go through our day-to-day life?

The heart tries to beat courageously for us, but there are days when we feel defeated because it has gone through so much battle for us. Sometimes it runs to chase perfection and sometimes it struggles to overcome insecurities.

At each turn where we feel like we’re grasping what we thought was perfect but somehow end up feeling dissatisfied and worn out. We become engulfed in the pains of dealing with our endless imperfections––because we fail to see anything beautiful about us.

In Hearts That Remember, author Sa’diyya Nesar tenderly leads the journey of exploring the meaning of beauty and it starts with our tired and battered hearts.

This book invites us to create a space for the heart to rest and be happy by embracing our imperfections. Allah’s definition of beauty isn’t the same as the perfection we chase. He looks a tour hearts––the one that is always in remembrance of Him.

“Verily, with the remembrance of Allah (SWT) do hearts find rest.”(Qu’ran, Surah Ar-Ra’d : Aayah 28)

Dear Broken Soul ~ Liyana Musfirah, Maimunah Mosli

(SEM & SS) RM32.00 > RM30.00

“What’s beautiful about being broken is that you start to realise how much feelings you carry. You are introduced to the layers of emotions that you never knew were in you all along.”

***

Life is a place for us to be tested—this is something we know but going through a painful and heartbreaking experience can leave the heart feeling like it’s shattered into pieces.

We succumb to the pain, drown ourselves in the whirlwind of emotions, and we end up becoming a person we no longer recognise because of our “brokenness”. But love and pain are emotions from God. So why does one bring us joy and the other makes us feel like we’re trapped in a dark hole?

***

In Dear Broken Soul, Islamic educator, Liyana Musfirah, and licensed psychotherapist, Maimunah Mosli, explore what happens to us when we go through a heartbreaking experience and how we can revive the heart by seeking God through our brokenness. It also invites us to embrace one certain fact–our heart and its brokenness will always have a home to come back to–and that is with God.
 

Sayang Yang Tak Terungkap ~ Muharikah

(SEM & SS) RM32.00 > RM30.00

“Iman, please stay. You don’t have to do this to me!”
“I have to leave. Until you can explain everything to me.”

***
Dr. Iman Syahirah seorang wanita berdikari dan berkerjaya; selalu tahu apa yang dimahukan dalam hidupnya.

Namun, tiada siapa tahu, doktor yang kelihatan tegas ini menyimpan kisah silam yang dijaga rapi. Dia sendiri tidak ingin mengenang lagi.

Walau bagaimanapun, pertemuan dengan Aleph telah menimbulkan kembali gelojak perasaan lama yang disangka telah terhapus sepenuhnya. Lamaran Faris secara tidak semena-mena memberi Iman jalan keluar daripada kemelut tersebut.

Tanpa diduga, bahagia yang diimpikan bertukar derita. Makin didekati, makin Faris menjauhi. Faris seolah-olah menyembunyikan sesuatu. Adakah Faris tahu akan kisah silamnya? Kemunculan semulaAleph sekali lagi mengubat jiwa Iman yang lara.

“Adakah ini balasan Allah terhadap dosa-dosa silam? Takkan ia karma?”

Siapa Sangka Terjatuh Cinta ~ Violetfasha

(SEM & SS) RM32.00 > RM30.00

Dia Mawarti. Pendiam, tak suka bergaul. Baginya yang penting, dia tak kacau hidup orang.

Dia Arif. Peramah tak kena masa, ceria semedang dan bermulut manis. Kalau boleh, semua orang hendak ditegurnya.

***

Rimas dengan sikap abang-abang yang over-protective, Mawarti memutuskan untuk berpindah rumah supaya hidupnya lebih aman. Arif pula, curiga apabila melihat ramai jejaka keluar masuk rumah jiran barunya—Sah, jirannya ada sugar-daddies!

Sangkaan Arif meleset apabila mengetahui jejaka-jejaka itu sebenarnya abang-abang Mawarti. Sejak itu, Arif menjadi runner tak rasmi Mawarti untuk beli barang-barang dapur sebagai tanda meminta maaf.

Pertemuan mereka akhirnya membawa mereka saling memahami luka lalu yang dipendam. Tanpa sedar, ada sekelumit perasan sayang timbul dalam diri masing-masing, namun mereka berdua, masih ragu.

“Having feelings and insecurities are two different things. I know my feelings, and this time it's forreal.”

Akan hilangkah semua beban yang tersimpan, jika mereka lebih jujur dan berani berperasaan?

Berdamai Dengan Ketidakpastian ~ Imran Zaki

(SEM & SS) RM32.00 > RM30.00

“Ah, tertekan betul tengok kehidupan orang lain!”
“Sampai bila aku nak hidup seorang diri macam ni?”
“Mampu ke aku survive dengan gaji ni sampai hujung bulan nanti?”

Ada antara kita pasti pernah dihambat rasa tidak tenang melampau akibat kerisauan dan ketakutan terhadap hal-hal yang tidak pasti.

Segala persoalan yang muncul dalam hidup, tidak kiralah tentang masa lalu ataupun masa hadapan, semuanya seperti tidak berpenghujung.

Akhirnya, kita hilang harapan.

Hakikatnya, tiada siapa yang tahu apa akan berlaku dalam hidup mereka.

Laksana Yusuf AS tertanya-tanya tentang nasibnya yang bersendirian.
Persis Maryam berhadapan tanggapan masyarakat yang mudah mengata.
Bagai Musa AS meragui kemampuan dan kebolehan dirinya yang masih muda.

Tuesday, November 29, 2022

Penat ~ Dr. Alizi Alias

(SEM & SS) RM30.00 > RM28.00

Rasa macam baru semalam hari Jumaat, esok dah Isnin, kena masuk kerja semula. Sekali lagi perlu menempuh minggu yang panjang. Rupanya menjadi dewasa tidak mudah. Penat, emosi kacau dan adakalanya rasa hilang arah. Tenggelam dalam rutin harian sehingga kita sendiri tidak tahu, apakah makna semuanya lagi. 

Situasi ini sebenarnya sesuatu yang sangat normal masa kini. Keadaan di mana kita berada di tengah-tengah; tidak sepenuhnya merasakan kebahagiaan tetapi tidak pula sehingga rasa menderita. 

Melalui buku ini, Dr Alizi merungkaikan fenomena ‘languishing’ yang berlaku kepada hampir setiap individu dalam menempuh alam dewasa. Seterusnya beliau membentangkan secara terperinci formulasi yang telah dibangunkan oleh pakar psikologi bagi mengatasi masalah ini supaya hidup kita jadi lebih bermakna.
 

Bergaji & Pokai ~ Suraya Zainudin

(SEM & SS) RM30.00 > RM28.00

Kita semua pernah berasa risau apabila memikirkan perihal duit — risau andai kita dapat bertahan hingga hujung bulan; risau andai simpanan kita cukup; risau memikirkan cara untuk menambah pendapatan. Lambakan nasihat daripada guru kewangan yang mempunyai pelbagai 'mazhab' cara fikir pula semakin mengelirukan. Yang mana satu perlu didahulukan? Melabur, menabung, atau mencari kerja yang bergaji lebih besar? 

Bergaji & Pokai tampil untuk merungkai segala kerisauan tersebut, di samping menunjukkan langkah awal pengurusan kewangan yang mudah melalui dua bahagian: • Cara untuk menilai kesihatan duit serta cara menguruskan kewangan. • Mengubah perspektif terhadap erti menjadi kaya dan membentuk cara fikir yang realistik berkaitan peranan duit dalam hidup.  

“Buku ini untuk orang yang penat menjadi pokai. Penat pokai itu bukan sekadar penat pada fizikal, malah pada mental."

 

Perjalanan Muhammad Menuju Sempurna ~ Khubaib Akhi

(SEM & SS) RM35.00 > RM33.00

Muhammad SAW adalah cita-cita kita semua. Peribadinya adalah lambang kesempurnaan seorang manusia. Mampukah kita menjadi seperti Baginda? Baginda sempurna empatinya, tetapi ia bukan tumbuh sekelip mata. Baginda sempurna sabarnya, tetapi ia bukan muncul secara magikal. Baginda sempurna tawakkalnya, tetapi ia bukan terjadi satu malam. Kesempurnaan itu terbentuk melalui suatu proses nyata dan terperinci yang ditetapkan Allah SWT. Bukan sekadar cakap kosong, penulis berusaha mengadunkan wahyu yang suci dengan sains kemanusiaan yang terperinci. Dengan itu, terbentanglah jalan untuk meneladani Sunnah Baginda SAW.
 

Perempuan-perempuan Berbudi Dalam Al-Quran ~Syaari Ab Rahman, Nurul Suhadah Shuib

(SEM & SS) RM35.00 > RM33.00

Kita ingin jadi yang lebih baik dan kita ingin berbudi kepada orang-orang di sekeliling kita. Tetapi, siapakah inspirasi al-Quran untuk kita teladani? Hakikatnya, Al-Quran telah membawa kisah Ibu Maryam yang bercita-cita tinggi saat menguruskan rumah tangganya. Kisah Khawlah dan Ummu Kulthum binti Uqbah yang berusaha keras dan berani bertanya ketika menuntut ilmu. Kisah dua perempuan Madyan yang menjaga kemuliaan diri saat keluar bekerja. Kisah Permaisuri Saba' yang berfikir panjang dan kritikal membuat keputusan dalam memimpin negara. Penulis membawakan kisah-kisah perempuan dalam Al-Quran yang berbudi di pelbagai relung kehidupannya. Ia memberi inspirasi dan ibrah kepada perempuan zaman kini agar hidup lebih bermakna.
 

Wednesday, October 26, 2022

Biar Sembuh Luka Semalam ~ Aidil Ghazali

(SEM & SS) RM30.00 > RM28.00

“Setiap orang ada sebab masing-masing. Seteruk mana pun kesalahan yang dibuat, semua orang berhak diberi peluang kedua."

Satu keputusan yang dibuat oleh Nita mengakibatkan ayahnya lumpuh seumur hidup. Sejak itu, Nita enggan memutuskan apa-apa. Urusan bisnes Bakeri Jalan Tiung bulat-bulat diserahkan kepada pembantu, walaupun dialah pemilik bakeri. Sekecil-kecil urusan pun membuatkan Nita teragak-agak.

Nita, gadis lincah dan pemberani langsung berubah penakut.

Tanpa sedar, sikapnya mengundang satu per satu masalah. Bakeri makin merugi. Pekerja pula membuat onar. Lebih membingungkan apabila sebuah bakeri baharu yang gah muncul sebagai pesaing.

 

Mengejar Mimpi Sempurna ~ Auni Zainal

(SEM & SS) RM30.00 > RM28.00

Mengisahkan tentang Khalis dan Nadiah, pemilik Diari Merah - Apabila Nadiah cuba meluahkan perasaannya ke dalam Diari merah pemberian Ilyani, sahabatnya, Nadiah tercampak ke zaman persekolahan dan dari situ, Nadiah berazam mahu mengubah takdir yang menyakitkan - namun setiap tindakannya menyebabkan hidupnya semakin sengsara dan menyakiti orang di sekelilingnya; Ghazali, mengetahui akan hal ini telah menculik Nadiah dan cuba menggunakan diari tersebut untuk mengubah nasibnya walaupun terpaksa membunuh sahabat baiknya Khalis.

Khalis berjaya menghalang Ghazali dan menjadi pemilik baru diari tersebut, berjanji akan melindungi diari tersebut daripada disalahgunakan.

Tuesday, October 18, 2022

CUAK ~ Hazreen A. Rashid

(SEM & SS) RM30.00 > RM29.00

Tiada siapa yang pernah bersedia untuk merasa takut, bimbang dan gelisah tetapi kita tetap tidak boleh mengelak daripada mengalaminya.

Jika anda sedang bertarung dengan emosi-emosi sukar ini, jangan bimbang kerana sebenarnya anda tidak berkeseorangan.

Adakah ini yang dinamakan anxiety?

Mampukah aku bebas dari hidup dalam kegelisahan yang berpanjangan?

Kunci pertama untuk mengatasi apa jua masalah adalah dengan memahami punca dan cara ia berlaku terlebih dahulu.

CUAK akan mengajar anda kefahaman menyeluruh mengenai anxiety seterusnya membantu anda untuk hidup dengan lebih berani dan tenang dalam mengendalikan emosi sukar ini.

Monday, July 18, 2022

Seeking Shelter in Allah's Mercy ~ Ayesha Syakira

(SEM & SS) RM35.00 > RM34.00

From the best selling author of Befriending The Quran, Talk To Allah, and Longing For God’s Closeness, comes a new book that comforts the heart that is going through challenges in life; by way of seeking shelter in Allah’s Mercy.

***
When we are tested with hardship, it is easy for our hearts to become swayed and see only the worst in things. Sometimes, we even begin to treat Allah with mistrust and suspicion.

Without realising it, our hearts begin to whisper things like, “This must be because Allah is angry with us” or “these tests come one after another, when will it end?”

Why do we think poorly of Allah? Isn’t Allah’s love and mercy deeper than His wrath?

Thus in this book, author Ayesha Syahira shares her comforting words of reflection that guides the heart to seek the mercy of Allah in the face of turbulent storms in life. 

Friday, July 8, 2022

Healing The Heart ~ Sharifah Nadirah, Muhammad Anas

(SEM & SS) RM30.00 > RM29.00

“So truly with hardship, there is also ease; truly with hardship there is also ease.”
(Surah Ash-Sharh: 5 & 6)

One of the things we struggle with is fulfilling the expectations we set upon ourselves. We race against time and compete with one another to achieve our dreams, only to find ourselves feeling frustrated when things don’t go our way.

Over time, the frustrations and despair harden the heart.
Over time, we find it is hard to be kind to ourselves and accept our flaws.

Because everyone else seem to be living their life “perfectly”.

But isn’t Allah the only One who is Perfect? Aren’t His plans for us perfect?

How do we make peace with this frustrated feeling in our heart?

Tentang Pilihan ~ Dr. Nur Aisyah Zainordin

(SEM & SS) RM30.00 > RM29.00

Semakin dewasa, semakin kompleks persoalan kehidupan kita; semakin sukar pula hendak menetapkan sebuah keputusan.

Satu persatu keputusan besar terbentang di hadapan kita; memilih bidang pengajian, mencari pekerjaan dan menentukan pasangan hidup. Pilihan-pilihan ini bakal menentukan arah perjalanan kehidupan kita.

Bagaimana kalau keputusan yang aku buat ini silap?

Bagaimana kalau aku gagal sekali lagi?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...