Hubungi Kami

Hubungi Kami

Thursday, October 31, 2019

Segalanya Tentang Cinta ~ Dr. Syaidatun Nazirah Abu Zahrin, Prof. Madya Dr. Aminudin Basir, Prof Madya Dr. Fazilah Idris

(SEM & SS) RM23.00 > RM20.70

Manusia mampu bahagia dengan cinta. Begitu juga sebaliknya;
manusia juga menderita disebabkan cinta. Sama ada dalam konteks individu, keluarga, dan masyarakat sehinggalah dalam konteks cinta manusia kepada Allah s.w.t. Kupasan konsep dan amalan cinta daripada pelbagai perspektif dapat memberi pengetahuan dan panduan kepada setiap individu pada hari ini bagi menangani masalah perpecahan dalam keluarga, keruntuhan akhlak dalam kalangan generasi muda, serta ketandusan kasih sayang dan cinta dalam pelbagai konteks.

Luqmanul Hakim Adalah Socrates Berkulit Hitam ~ Muhammad Alexander

(SEM & SS) RM45.00 > RM40.50

Buku ini adalah buku pertama di dunia yang berjaya membongkar misteri sosok Luqmanul Hakim dalam sejarah. Daripada kajian yang dijalankan oleh penulis, ternyata Luqmanul Hakim adalah ahli falsafah Athens, iaitu Socrates (469 - 366 SM).

Tradisi hadith menyatakan Luqmanul Hakim merupakan lelaki berkulit hitam (keturunan negro) dan bekas hamba sahaya. Tetapi Socrates yang selama ini dikenal sebagai pencetus atau bapa falsafah barat, dipercayai berketurunan kulit putih Eropah. Jelas sekali perkara ini bertentangan dengan fizikal Luqmanul Hakim.

Menerusi kaedah perbandingan Sinkronik-Diakronik, analisis kandungan, analisis bingkai, dan analisis komponen semantik, Muhammad Alexander @ Wisnu Sasongko menemukan adanya dua persamaan:
Pertama: Bentuk fizikal Socrates sama 100% dengan Luqmanul Hakim, iaitu berkulit hitam.
Kedua: Ajaran falsafah Socrates memiliki tematik sama 100% dengan nasihat Luqmanul Hakim dalam Al-Quran, menerusi surah Luqman.

Saturday, October 26, 2019

Misi Misteri Makhluk dan Tokoh Akhir Zaman ~ Abu Muhammad Arafah Adha

(SEM & SS) RM37.90 > RM34.10

Buku ini memaparkan kisah-kisah beberapa makhluk akhir zaman yang disifatkan sebagai makhluk misteri. Bermula daripada para wali Allah, diikuti dengan Nabi Khidir AS bersama Nabi Musa AS dan Raja Zulkarnain yang dikaitkan dengan perkara pelik atau ajaib. Iaitu ‘Air Kehidupan’. Buku ini juga membongkar sipakah tokoh-tokoh Ashab Al-Rayati Al-Sud, Ikhwan, Rugaqa’, Wali Abdal.

Pemuda Bani Tamim dan lain-lain, Mereka akan bergabung dengan Al-Mahdi dan Nabi Isa berperang dan membunuh Dajjal. Selain pejuang Islam, Terdapat juga penentang Islam yang muncul pada akhir zaman kelak, iaitu Al-Sufiyani yang bersifat ganas dan berjuang bagi menyediakan sistem Dajjal. Ketika itu terjadinya pertembungan antara Al-Mahdi dan Pemuda Bani Tamim menentang Al-Sufiyani dan Dajjal. Ia berakhir dengan turunnya Nabi Isa AS dari langit membunuh Dajjal. Nabi Isa AS menggantikan Al-Mahdi sebagai khalifah, setelah kewafatan beliau. Dunia ketika itu aman dan makmur. Kemudian muncul pula Yakjuj dan Makjuj. Segala kisah berkaitan makhluk ini dikupas secara mendalam dalam buku ini.

Ensiklopedia Sejarah Turki: Jilid 3 ~ Dr. Abdul Rahman Hj. Abdullah

(SEM & SS) RM45.90 > RM41.30

Dalam jilid 3 ini menumpukan perhatian kepada zaman moden Turki, ia bermula dengan ancaman penjajahan Barat yang memperkenalkan sistem secular di wilayah Mesih dan seterusnya di Turki sendiri. Pada peringkat awalnya, proses pembaratan berlaku melalui program Nizam-I Jedid oleh Sultan Selim 111, dan diikuti oleh program Tanzimat pada zaman Sultan Abdul Mejid. Sedangkan di kalangan tokoh-tokoh politik, proses pembaratan dijalankan oleh gerakan Uthmani Muda dan gerakan Turki Muda. 

Selepas perkembangan awal ini barulah muncul proses sekularisasi sepenuhnya oleh proksi Barat, Mustafa Kemal Ataturk, sehingga menghancur-luluhkan seluruh warisan Islam Turki sebelumnya. Bagaimanapun, legasi agung dari tradisi Turki Uthmaniyah masih hidup melalui gerakan ulama sufi dari semasa ke semasa, yang mencapai kemuncaknya di tangan Badiuzzaman Said Nursi serta Syeikh Mustafa Sabri. Dan yang lebih penting dari itu ialah melalui gerakan politik Islam yang dipelopori oleh Adnan Menderes.

Membongkar Sejarah Islam di Asia Tengah ~ Shamsul Bahriel

(SEM & SS) RM35.90 > RM32.30

Buku ini menceritakan sejarah yang berlaku di wilayah Asia Tengah yang disebut-sebut oleh sesetengah sejarawan sebagai Terra Incognita (wilayah yang tidak dikenali) atau Terra Pericolosa (wilayah yang berbahaya). Sejarahnya bermula dari penguasaan bangsa Parsi/Aria sehinggalah terbentuknya nasionalisme hasil penjajahan Kesatuan Soviet pada abad ke-20. 

Buku ini menceritakan juga abagaiamana bangsa Parsi, Turki, Arab, Cina, Mongol, Yunani, Rusia mahupun Rom berhubung serta berasimilasi di antara satu sama lain di Asia Tengah. Apa yang penting juga, bagaimana Islam sampai dan diterima oleh penduduk di Asia Tengah yang majoritinya berbangsa Turki.

Friday, October 25, 2019

Ensiklopedia Fiqh Sunnah Wanita ~ Syeikh Ahmad Jad

(SEM & SS) RM38.00 > RM34.20

Padat dengan hukum-hukum fikah yang merangkumi bab taharah (bersuci), solat, puasa, zakat, haji, tentang perkahwinan, harta warisan dan lain-lain lagi. Rujukan untuk semua bukan sahaja wanita atau kaum hawa sahaja.

Setiap perbahasan dan huraian disokong dan diperkuatkan oleh dalil Al-Qur'an dan Hadis. Fokusnya adalah menyentuh tentang permasalahan wanita dan yang ada sangkut pautnya dengan wanita. Amat padan dengan komen pengarangnya yang mahu Mempersembahkan karya yang luar biasa, khas untuk Puteri-puterinya dan juga saudara-saudara perempuan di kalangan muslimah. Pelbagai perkara yang ditekankan di dalam agamanya hanif (lures) dengan cara yang mudah dan ringan. Sebuah karya yang sesuai dengan tuntutan dan keperluan zaman sekarang. Tujuan utamanya untuk menghindari perkara-perkara khilafiah dan permasalahan fikah yang sukar difahami oleh sebahagian besar golongan terpelajar apatah lagi oleh kaum wanita secara umumnya.
la mudah difahami kerana huraianilya sistematik dan diminimakan khilafiah (perbezaan pendapat) yang membingungkan. Sebuah rujukan yang perlu berada di setiap rumah, perpustakaan atau pusat pengajian.

Fal Yafrahu: Maka Bergembiralah ~ Ahmad Dusuki Abd Rani

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.50

Bahagia dan gembira. Ia suatu yang subjektif. Wang ringgit, pangkat, kedudukan, harta benda dan cahaya mata bukanlah kayu pengukur sebuah kebahagiaan dan kegembiraan.

Hanya jika kita perolehi ketenangan di dunia dan juga kelapangan di akhirat, itulah ukurannya. Dan ia menjadi dambaan kepada semua manusia.

Carilah kegembiraan dengan bergaul bersama orang yang soleh. Mereka banyak mengingatkan kita kepada Allah SWT.

Carilah kebahagiaan dengan membaca dan menghayati al-Quran. Ia adalah mukjizat. Di dalamnya terkandung ayat-ayat cinta daripada Allah SWT untuk kita.

Carilah kebahagiaan dengan sentiasa menyebut 'Alhamdulillah' dalam apa jua situasi. Bersyukur dengan musibah dan bergembira dengan keimanan adalah sifat orang yang terpilih. Jiwa yang sedang tertekan dan dada yang sempit perlu dipositifkan dengan rasa syukur yang tidak berbelah bagi.

Di sebalik musibah yang kecil terselit nikmat dan kurniaan yang besar. Kita sebagai manusia tidak dapat melihatnya dengan dengan mata kasar. Ia hanya dapat dilihat dengan mata hati kerana di situlah letaknya kebahagiaan.

Wednesday, October 23, 2019

Ibadah Sehari Hilang Dosa Setahun ~ Prof. Dr. Engku Ahmad Zaki

(SEM & SS) RM23.00 > RM20.70

Bila Hari kemerdekaan Malaysia ? 
31 Ogos 

Bila Hari April Fool ? 
1 April 

Bila Hari Guru ? 
16 Mei 

Memang mudah untuk kita menjawab soalan- soalan tersebut. Tetapi cuba kita tanya pula "Bila maulidur Rasul ?", "Bila nisfu Syaaban?"ataupun "Bila Nuzul Al-Quran?" Nescaya tidak semudah itu kita boleh menjawabnya. Penekanan terhadap kalendar masihi dan pengaruh budaya barat dalam kehidupan seharian kita kadangkala menyebabkan kita lupa tentang kepentingan tarikah-tarikh penting atau hari-hari kebesaran dalam sejarah Islam. .

Itulah yang ingin ditonjolkan dalam buku ini. Kesemua 12 bulan dalam kalendar Islam dihuraikan satu persatu dari segi sejarahnya, kelebihannya dan juga amalan-amalan yang boleh kita lakukan dalam bulan tersebut agar kita sebaga umat Islam lebih mendekatkan diri kepada cara hidup yang berlandaskan Al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW

Cermin Diri ~ Ali Hassan

(SEM & SS) RM23.00 > RM20.70

"Aku nampak saja jahat, tapi hati aku baik."

"Anak aku nakal sebab terpengaruh dengan kawan kawan"

"Macam kawan angah, cukup berlagak. Bila sembang selalu dia meninggi diri, bila berbincang mesti kene dengar cakap dia"

"Sekarang apabila dia buka mulut je, kawan kawan pergi tinggalkan dia"


Kita sering tidak mahu mengaku kesilapan, sehingga kadangkala mencari kambing hitam untuk menutup kesalahan atau kesilapan diri sendiri. Kita merasakan seperti kita saja yang benar. Kita tidak belajar daripada sejarah kesilapan yang lampau, tetapi sentiasa mencari alasan untuk menang.

Walhal kesilapan lampau itu mampu menjadi cermin untuk menilai diri sendiri, bagi membina identiti yang lebih sempurna.

Jejak Rasulullah di Syurga Bagi' ~ Ahmad Farkhan Daie

(SEM & SS) RM23.00 > RM20.70

Setelah penghijrahan Nabi SAW ke bumi Madinah. Satu persatu perubahan telah berlaku ke atas bumi bertuah ini. Bumi Madinah yang dahulunya merupakan tanah yang biasa berubah menjadi istimewa asbab daripada penghijrahan Rasulullah SAW. Di sana bermula segalanya, di sana juga terdapat lima tanda syurga. Antaranya adalah Jannatul Baqi'. Kawasan yang menyemadikan kebanyakan para sahabat, para tabiin, dan orang orang yang berjuang untuk agama.

Sehingga sekarang Jannatul Baqi' merupakan kawasan perkuburan bagi penduduk Madinah sejak 1400 tahun yang lepas. Sesiapa sahaja yang meninggal di Kota Madinah dalam kalangan umat Islam akan disemadikan di Baqi', termasuklah jemaah haji dan umrah yang datang sebagai penziarah ke Kota Madinah. Kenapa dipanggil Jannatul baqi ? Kenapa tanah Baqi yang dipilih ? Apa bezanya Baqi' daripada tanah perkuburan yang lain ? Di manakah letaknya pusara sahabat sahabat dan keluarga Nabi SAW?

Selamilah seribu satu cerita mengenai Jannatul Baqi' dalam buku ini yang pastinya membuat para pembaca berasa ingin menjejak kaki ke bumi Madinah dan menziarahi Baqi'. Mudah - mudahan hasil bacaan akan menjadi asbab hidayah kepada seluruh umat untuk mencintai ahli Baqi'

Tuesday, October 22, 2019

Nota Kasih: Smart Parents ~ Ibu Rose

(SEM & SS) RM20.00 > RM18.00

“Kasih sayang adalah tenaga yang paling berkuasa.
Ia dapat menolong setiap anak-anak membesar dengan kuat dan berkeyakinan. Kasih sayang membantu manusia mengatasi semua cabaran dalam kehidupan. Suatu hadiah terindah yang dapat diberikan oleh ibu bapa kepada anak-anak adalah kasih sayang tanpa syarat.

Ini menganugerahkan setiap anak kebolehan dalam mengharungi apa-apa cabaran yang datang dalam laluan kehidupan mereka.”

Allahyarham Tan Sri Dr. Abdul Shukor bin Abdullah,
Education Advisor for Yayasan Al-Bukhari,
Former Director General of Education, Malaysia

Antara Kandungan:
Nota Kasih daripada Seorang Ayah
Penghargaan
Nota Kasih 1: Pendahuluan
Nota Kasih 2: Kau yang Berharga

Dunia Diuji Syurga Dinikmati ~ Ustaz Halim Din

(SEM & SS) RM13.00 > RM11.70

Adat dunia penuh dengan ujian. Bukannya kita diuji kerana Tuhan tidak sayang. Tapi kita diuji kerana Dia tahu kita tahan.

Dan nanti, tersedia untuk kita segala habuan.

Antara kandungan:
APAKAH ITU DUNIA?
Pasangan Dunia Adalah Akhirat
Jangan Terus Menolak Kehidupan Dunia
Dunia Adalah Penjara Untuk Orang Mukmin
LAYAKKAH KITA MENJADI PENGHUNI SYURGA?
Nikmat Taufik Dan Hidayah
Keindahan yang Tidak Pernah Dilihat
Nikmat yang Tidak Kekal
HARGA SEBUAH TAKWA
Tunjang Kehidupan
Negeri Akhirat yang Lebih Baik
Pakaian Takwa
KEHIDUPAN ADALAH UJIAN
Hartawan yang Beriman
Motivasi Dalam Berzakat

Kerana Dia Anak Syurga ~ Hamka Kereta Mayat

(SEM & SS) RM23.00 > RM20.70

Jika bersembang dengan ibu bapa yang ada anak autisme, mereka sedang menunggu-nunggu si anak dapat memanggil mereka “ibu” buat pertama kali sebab anak autisme lambat mengenal ibu bapa sendiri. Sedihkan? Ada yang anak sudah masuk darjah satu tapi belum dapat mengenali ibu bapanya, dan ada yang hingga dewasa pun tidak mampu berkata-kata padahal mereka bukan bisu!

Semua itu ujian, dan anak saya pula, alhamdulillah, sudah dapat memanggil ibu bapanya sewaktu berumur 4 tahun, namun sekarang masih tidak mampu membuat ayat, dan selalu menjawab dengan jawapan yang salah. Komunikasi hanya satu hala dan banyak diam dari bercakap, jika bercakap kita tidak faham bahasa mereka. Tak apa pelan-pelan kayuh.

Monday, October 21, 2019

40 Kemuliaan & Kehebatan Rasulullah ~ Ustaz Mohd Hazri Hashim Al-Bindany

(SEM & SS) RM20.00 > RM18.00

Rasulullah SAW ialah manusia terbaik dan juga yang paling sempurna. Di mana sahaja posisi Baginda; baik sebagai suami, bapa, sahabat, pemimpin mahupun ketua negara, Baginda diakui sebagai yang terbaik dan terhebat.

Sebagai umat Baginda yang mengharapkan syafaatnya, wajiblah kita mengetahui setiap kemuliaan dan kehebatan Rasulullah SAW seperti yang terakam dalam al-Quran dan juga hadis.

Buku ini merupakan karya terjemahan daripada kitab berbahasa Arab yang berjudul Bidayatus Sul fi Tafdhil ar-Rasul yang ditulis oleh Imam ‘Izzuddin bin Abdus Salam. Ia menghimpunkan 40 kemuliaan dan kehebatan Baginda berdasarkan ayat-ayat al-Quran, hadis, serta atsar para Sahabat.

Cikgu Multipurpose ~ Amla Mat Rawi

(SEM & SS) RM20.00 > RM18.00

CIKGU MULTIPURPOSE bermaksud seorang guru yang kerjanya bukan sahaja masuk kelas, buka buku dan mengajar akademik kepada anak-anak murid tetapi ada lebih seribu tugas lain daripada itu. Satu tugas hakiki bersama sejuta tugas lain yang menanti.

Cerita-cerita ini semuanya kisah benar yang diadun secara santai tapi sampai. Berlaku di sekeliling kita. Bukan kisah penulis seorang tapi ini kisah kita semua. Cerita-cerita di dalam buku ini bukan cerita kosong. Ada ibrah, pengajaran dan dakwah di dalamnya.

Cikgu Multipurpose mengajak pembaca menyelami suka duka guru dan anak-anak di sekolah rendah dengan segala kerenah ujian kehidupan. Ada yang positif boleh kita ikut jadikan tauladan, ada yang negatif, boleh kita buat sempadan. Ada yang kita tidak sangka – oh, macam itu pun ada!

Anak Gajet ~ Najmi Nawawi

(SEM & SS) RM20.00 > RM18.00

Kita hidup di zaman berbeza, cara parenting dulu dan sekarang perlu diadaptasi mengikut kesesuaian dan kepentingan semasa. Tidak dinafikan bagaimana kita dididik dulu akan mempengaruhi cara didikan kita kepada generasi hari ini. Namun, itu tidak bermakna kita tidak mampu bawa perubahan.

Jika anda pernah dipukul kasar ibu bapa masa kecil dan masih ingat sampai hari ini, itu bukan kenangan manis, tetapi trauma yang diindahkan.

Diindahkan dengan kata-kata seperti pukul kerana sayang, pukul kerana aku degil sangat, pukul kerana itu cara terbaik, sebab kena pukullah aku jadi manusia hari ini, dan lain-lain. Namun, ia tetap tidak dapat menutup hakikat bahawa ia hasil daripada trauma, cuma diindahkan oleh minda manusia yang kompleks yang cuba mengatasi trauma untuk meneruskan kehidupan.

Menyedari hakikat teknik parenting dulu lebih banyak memberi trauma kepada anak-anak berbanding kebaikan bukanlah bermaksud untuk kita berdendam. Tetapi ia lebih kepada mengakui hakikat kebenaran dan kita perlu sedar kitaran ini perlu dihentikan dan tidak berterusan pula untuk generasi akan datang. Semuanya perlu bermula dengan parenting yang dilengkapkan dengan ilmu.

Hidayatus Salikin (Edisi Jimat) ~ Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam

(SEM & SS) RM35.00 > RM31.50

Hidayatus Salikin Fi Suluki Maslakil Muttaqin adalah kitab turats susunan asal Syeikh Abdus Shamad al-Falimbani rahimahullah Taala, ulama yang tersohor dengan ketinggian ilmu agamanya sehingga tersebar ke seluruh pelosok Nusantara.

Kitab ini dikemas kini semula oleh Tuan Guru Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam agar bertepatan dengan kehendak semasa pembaca. Terjemahan dan tambahan kepada kitab “Bidayatul Hidayah” yang memuatkan perbahasan tentang amalan-amalan khusus ilmu fardu Ain dalam membentuk keperibadian Muslim untuk dekat dengan Allah SWT.

Antara fokus utama dalam buku ini:
•Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah
•Ibadah
•Adab
•Akhlak Muslim
•Penyucian Jiwa
•Zikir-zikir
•Nasihat ulama

40 Teknik: Mendidik Gaya Rasulullah ~ Dr. Shuhadak Mahmud

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.50

Sesungguhnya Rasulullah SAW merupakan pendidik yang terpilih bagi menyampaikan setiap ajaran dan syariat Islam kepada umatnya. Tugas Baginda itu dilaksanakan dengan pelbagai uslub dan teknik sehingga Baginda berjaya mengubah masyarakat Arab jahiliah menjadi umat yang hebat dan berjaya dalam pelbagai bidang.

Buku ini memaparkan beberapa teknik yang diaplikasikan oleh Baginda dalam usaha mendidik umatnya dengan membawakan hadis-hadis yang merakamkan uslub dan teknik Baginda mendidik Sahabat-sahabatnya.

Sweet Sour Couple Muda ~ Syakirin Yuslan, Nabihah Abd Razak

(SEM & SS) RM15.00 > RM13.50

Menyandang gelaran pasangan muda, harus bersedia dengan tiga cabaran utama. Masalah wang, masalah risau apa kata orang, dan masalah mengawal emosi yang belum cukup matang.

Benar, ini sememangnya cabaran besar, namun sebenarnya, ia tidaklah terlalu sukar jika ego tidak terjunjung di atas kepala. Maksudnya, pasangan muda harus bersedia untuk terus belajar selok-belok rumah tangga dan berlapang dada menerima apa-apa pun takdir yang direzekikan Allah pada masa-masa tertentu.

Perlu terima hakikat bahawa ada masanya takdir itu indah, secocok dengan harapan kita. Namun ada masanya, hampa hingga berderaianlah air mata. Inilah yang dipanggil sweet sour!

Jalan Syurga ~ Ummu Nurin, Rohamiah Muda, Mahalamiah Mohamad

(SEM & SS) RM20.00 > RM18.00

Jalan Ke Syurga memaparkan kisah masyarakat yang dirakamkan oleh para penulisnya secara santai.
Kisah keluarga dan masyarakat yang memerlukan sifat sabar, tekun, takwa dan tawakal menjadi tema kepada kisah yang dipaparkan.

Moga kisah yang berlaku itu boleh dijadikan tauladan dan sempadan. Sesungguhnya, yang terbaik dalam kalangan kita adalah yang paling banyak jasanya kepada ummah.

Hidup penuh dengan perjuangan, seperti pelajar yang berada di dalam dewan peperiksaan. Seluruh bumi Allah inilah dewan peperiksaannya.

Manhaj Rasm Uthmani: Evolusi Penulisan Al-Quran Fakta dan Sejarah ~ Prof. Madya Dr. Abd. Rahman Abd. Ghani

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.50

Di samping itu, salah satu cabang ilmu al-Quran yang harus diberikan perhatian, iaitu berkaitan dengan penulisan al-Quran itu sendiri. Sebahagian besar daripada kita sedia maklum bahawa penulisan al-Quran yang digunakan secara rasmi di negara ini ialah Rasm Uthmani. 

Namun begitu, tidak ramai yang benar-benar mengetahui sejarahnya. Oleh itu, menjadi satu nilai tambah jika ilmu tentang sejarah penulisan al-Quran ini dapat dipelajari dan diketahui oleh masyarakat Muslim umumnya.


Tafsir Al-Jalalain: Juzuk 'Amma (Terjemahan & Huraian) ~ Telaga Biru

(SEM & SS) RM50.00 > RM45.00

Ilmu tafsir Al-Quran ialah satu ilmu yang sangat penting dan mulia, kerana ia berkaitan dengan Kitab Allah yang paling mulia, iaitu al-Quran. Kepentingan dan kemuliaan sesuatu ilmu adalah bergantung kepada kepentingan dan kemuliaan perkara yang diketahui dengan ilmu itu. Buku ini disusun berpandukan kepada kitab Tafsir al-Jalalain, yang dikarang oleh dua iaitu Imam Jalaluddin, iaitu Jalaluddin al-Mahalli (791-864 Hijrah) dan muridnya, Jalaluddin as-Suyuthi (849-911 Hijrah), rahimahumallahuta’ala.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...