Hubungi Kami

Hubungi Kami

Monday, December 30, 2019

165 Nasihat Guaman Tuan Lawyer ~ Amar

(SEM & SS) RM20.00 > RM18.00

TAK celik undang-undang menjadikan kita mudah kena tipu dan mengalami kerugian. Tak celik undang-undang menjadikan kita tak pandai tuntut hak. Tak celik undang-undang menjadikan kita sering dipermainkan. Tak celik undang-undang menjadikan kita takut untuk menceburi perniagaan. Tak celik undang-undang menjadikan kita buat kerja semberono dan berisiko. Tak celik undang-undang menjadikan kita orang yang kurang berkeyakinan. Dan tak celik undang-undang menjadikan kita orang yang kurang jati diri.

Buku ini ditulis bagi memberi nasihat guaman untuk memberi kesedaran dan ilmu kepada orang ramai tentang hak dan cara bertindak yang betul serta apakah perkara yang kita perlu berhati-hati dalam urusan harian agar kita tidak tersalah langkah yang menyebabkan kita terpaksa menanggung kerugian atau risiko. Buku ini ditulis menggunakan bahasa yang mudah agar difahami orang kebanyakan.

Antara isu yang dibincang adalah Saman Fitnah, Serang Guru, Kepentingan Nombor Kad Pengenalan, Butiran Peribadi , Gambar Bogel, Hantaran Hangus, Ugut Saman, Risiko Penjamin, Duit Dalam Akaun Lesap, Hak Tuan Rumah, Tanah Lot Cap Ayam, Freehold vs Leasehold, Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah, Rumah Pewarisan, Sivil dan Syariah, Hak Dropship, Kemalangan Jalan Raya, KWSP, Pampasan, Buang Pekerja dan banyak lagi.

Bimbingan Lengkap Solat Sunat ~ Dato' Dr. Mahmood Zuhdi Hj. Abd. Rahman, Rohidzir Rais

(SEM & SS) RM45.00 > RM40.50

Buku Bimbingan Lengkap Solat Sunat disusun menggunakan segala teknologi dan kemajuan dunia penerbitan yang ada. Buku ini tampil berbeza kerana ia menggabungkan ilmu fiqh, reka bentuk, dan fotografi yang sesuai demi menjadikan ia sebuah buku yang mesra pembaca serta mampu membimbing pembaca memahami dan mengamalkan kandungannya.

Antara kandungan:
BAHAGIAN 2: SOLAT-SOLAT SUNAT YANG LEBIH UTAMA DILAKUKAN SENDIRIAN
BAHAGIAN 3: SOLAT-SOLAT SUNAT YANG LEBIH UTAMA DILAKUKAN BERJEMAAH
BAB 1: Solat Sunat Rawatib
BAB 2: Solat Sunat Witir
BAB 3: Solat Sunat Dhuha
BAB 4: Solat Sunat Isyraq
BAB 5: Solat Sunat Zawal
BAB 6: Solat Sunat Ghaflah
BAB 7: Solat Sunat Tahiyatul Masjid
BAB 8: Solat Sunat Selepas Azan
BAB 9: Solat Sunat Wuduk
BAB 10: Solat Sunat Malam Pertama
BAB 11: Solat Sunat Selepas Hafaz Al-Quran
BAB 12: Solat Sunat Masuk & Keluar Rumah
BAB 13: Solat Sunat Hajat
BAB 14: Solat Sunat Istikharah
BAB 15: Solat Sunat Taubat
BAB 16: Solat Sunat Ihram

Anda Bertanya Ustaz Menjawab Mengenai Solat (Edisi Kemas Kini) ~ Rohidzir Rais

(SEM & SS) RM40.00 > RM36.00

Solat & adalah ibadah utama selepas kesaksian terhadap keesaan Allah dan kerasulan Nabi Muhammad. Membandingkan ibadah solat dengan ibadah-ibadah lain mungkin dapat menjelaskan keunikan dan keutamaannya.

Solat untuk Semua

Ibadah zakat memerlukan material berupa harta kekayaan yang mencukupi jumlahnya dan sebahagiannya perlu cukup kiraan setahun tempoh pemilikannya. Beruntung mereka yang dikurniakan limpahan harta kekayaan hingga berpeluang mengerjakan ibadah yang mulia ini. Namun bagaimana pula mereka yang tidak berharta atau tidak mampu mengeluarkan zakat? 

Pasti timbul rasa terkilan bagi mereka yang berpendapatan rendah atas kegagalan melaksanakan tuntutan Allah ini. Namun, berbeza dengan solat, ia diwajibkan ke atas siapa sahaja yang mencapai usia matang tanpa mengira status kehidupan mahu pun kekayaan. Kelayakan minima solat ini membolehkan ibadah ini dilakukan oleh semua orang Islam.Solat, Pelerai Status Sosial amat mengharukan apabila melihat jemaah di dalam masjid yang menunaikan solat bersama tanpa mengira pangkat dan darjat. Seorang kaya yang berjubah mahal bersolat di samping seorang tukang kasut berbaju lusuh. Seorang menteri berpangkat tinggi sujud di sebelah seorang penganggur entah dari mana. Walau berbeza darjat dan kasta, namun mereka menyembah Tuhan yang sama, bersujud kepada seorang Pencipta yang satu.

Thursday, December 19, 2019

Sunnah: Gigit Kuat-Kuat ~ Mejar (B) Mohammad Qayyum A. Badaruddin

(SEM & SS) RM21.00 > RM18.90

Meningkatkan kualiti hidup sangat bergantung kepada kebiasaan yang kita jalani sehari-hari. Sebuah kebiasaan mampu mengiringi kita pada kejayaan atau kegagalan.

Sesungguhnya seorang muslim telah kejayaan atau kepada kegagalan. Sesungguhnya, seorang muslim telah memiliki susuk teladan dalam membentuk kebiasaan sehari-harinya.

Ya, sejak terdahulu Rasulullah SAW telah memberi contoh amalan-amalan sunnah jika dikerjakan banyak manfaat bagi kualiti hidup kita seperti kejayaan, kekayaan dan yang paling utama adalah nilai-nilai spiritual.

Kehidupan seharian kita sebenarnya merupakan hasil dari apa yang kita lihat, kita rasakan serta apa yang kita dengar. Kebiasaan-kebiasaan kita tumbuh berkembang sejajar dengan lingkungan yang membentuk kita iaitu orang tua, saudara dan teman-teman dekat kita.

Bahkan, besar kemungkinan, kebiasaan-kebiasaan kita sekarang ini terwujud dari kebiasaan yang ditanamkan orang tua kita sejak kecil.

Tragedi Berdarah di Christchurch ~ Mejar (B) Mohammad Qayyum A. Badaruddin

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.50

"Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah. "sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar)". Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepada mu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagi mu". (QS. Al-Baqarah:120)

Sebahagian umat islam di sana yang sebelumnya tidak pernah atau jarang terlihat di Masjid, sejak maghrib semalam sehingga subuh ini berebut datang menghadap kepadanya.

Mereka memenuhi rumah Allah bukan sekadar untuk menunjukkkan solidariti. Lebih jauh lagi, mereka sedang mengadu kepada Allah tentang kezaliman demi kezaliman yang terjadi sejak hari-hari sebelum ini, dengan kemuncaknya semalam di New Zealand.

Sekali gus mereka berdoa, berharap perlindungan, serta pasrahkan segalanya, yang akan terjadi hari ini dan di masa depan, kepadanya.

parent, Think! ~ Bonda Nor, Ammar Kamilin

(SEM & SS) RM35.00 > RM31.50

Kita sebagai ibu bapa, kena faham beberapa perkara. Kita boleh berusaha, tapi hidayah dan hasilnya tetap milik Allah. Jangan perah sangat hati kita untuk selesaikan semua masalah dengan segera. Jangan perah sangat anak kita untuk ikut semua perkara yang tampak baik pada pemikiran kita.

Kena faham, setiap perkara yang akan berlaku, ada jalan-jalannya. Kadang lurus. Kadang berliku-liku. Mungkin anak kita berjaya menerusi tunjuk ajar kita. Mungkin juga dia akan berjaya menerusi pengalaman daripada kesilapannya. Kita tak tahu. Kita tak tahu jalan kejayaan anak kita yang mana satu!

Jadi, dalam pada kita berusaha, belajar sabar. Belajar redha. Dan paksa diri percaya pada setiap ketentuan Allah!

Ini bukan zaman untuk saling salah menyalahkan. Tapi zaman menghargai apa yang baik dan memperbaiki apa yang kurang baik. Muhasabah diri, muhasabah situasi dan siap sedia untuk menjadi lebih baik. Insya-Allah, kita cuba sama-sama.

Hadis Bukan Sekadar Sahih Atau Tidak ~ Dr. Mohd Khafidz Soroni

(SEM & SS) RM20.00 > RM18.00

Ulama hadis sejak dahulu sangat teliti menapis dan menilai setiap hadis dengan kaedah-kaedah yang telah ditetapkan bagi memastikan kesahihan sesuatu hadis.

Jika ada hadis yang tidak dinilai sahih, ia diperhalusi lagi dengan status hasan misalnya. Jika hadis itu termasuk dalam kategori dha‘if pula, ia akan dikelaskan sama ada ringan atau berat.

Ustaz Mohd Khafidz Soroni membawakan pendapat-pendapat ulama hadis dalam 42 hadis yang dikupas supaya pembaca dapat memahami dengan jelas hadis tersebut dan mengamalkan saranan hadis tanpa ragu-ragu.

Antara hadis yang dibincangkan:
· Status hadis mengenai tangkal
· Kenapa perlu bermazhab?
· Menyapu muka sesudah salam
· Status tujuh zikir pembuka rezeki
· Penyemakan status hadis dan pengawalan hadis palsu
· Hukum riwayat Isra’iliyyat
· Riwayat golongan jin

Syurga Ganjaran Terindah ~ Ustaz Ahmad Dusuki Abd. Rani

(SEM & SS) RM22.00 > RM19.80

Pintu syurga yang seluas 40 tahun perjalanan itu dibuka. Mendengar bunyi pintu syurga dibuka sahaja sudah mengasyikkan. Melihat pintu syurga dibuka untuk kita, perasaannya tidak mampu digambarkan.

Segala nikmat syurga yang dahulunya pernah diceritakan kini terbentang di hadapan. Sungguh segalanya lebih indah, lebih hebat dan lebih mengagumkan daripada apa-apa yang pernah digambarkan.

Syurga, Ganjaran Terindah menceritakan nikmat-nikmat dan keindahan syurga yang disebutkan dalam ayat-ayat al-Quran dan juga hadis seperti bidadari, sungai-sungai, istana dan binaan, makanan dan lain-lain lagi. Semua itu diceritakan kepada kita sebagai suatu motivasi untuk kita lebih kuat berusaha menjadi ahli syurga.

Check It Out! ~ Bonda Nor

(SEM & SS) RM20.00 > RM18.00

CHECK IT OUT! adalah himpunan kisah-kisah benar 25 orang penulis berkaitan tabayyun. Cakupan penceritaannya pelbagai. Ada kisah-kisah mangsa fitnah. Ada kisah dari perspektif orang yang mendengar fitnah. Bahkan ada juga kisah pengakuan penulis yang tersalah langkah hingga memfitnah. Kesemuanya menjurus kepada satu perkara, betapa bahayanya jika maklumat tidak diuruskan dengan baik!

Cakap, salah. Tak cakap, pun salah. Memang, kadang kita jadi serba salah. Pesan Rasulullah, kalau tidak ada perkara yang baik, diamlah. Pesanan ini memang perlu kita pegang erat-erat. Tapi dalam pada itu, kita juga harus akur pada pesanan baginda agar kita sentiasa menyuburkan jiwa pendakwah.

Maka, selain berhati-hati, kita juga mahu menginsafi peluang dan kesempatan bernyawa yang masih berbaki ini. Ya, mengapa mesti diam kalau kita boleh berbicara yang baik-baik dan menyebarkan kasih sayang! Kita tidak mahu duduk diam saja. Kita mahu berbicara. Bicara yang boleh menjadi sungai yang mengalirkan pahala berterusan buat kita.

Wednesday, December 18, 2019

The Power of Nap (Qailullah) ~ Mejar (B) Mohammad Qayyum A. Badaruddin

(SEM & SS) RM21.00 > RM18.90

"Reading and naps, two of life's gretaest pleasures, go especially well together."

A power of short nap ( duh ) that ends before you enter deep sleep. The idea ( and term ) for power napping came from a guy named james Maas, who outlined the concept in a work called Miracle Sleep Cure : The Key to a Long Life of Peak Performance. The purpose of a power nap is to fall asleep and wake up before you enter slow-wave sleep os ( SWS ), which is where deep sleep occurs.

What are the health benefits?

1. Boost Your Alertness - The main benefit for power napiping, of course, is booting your alertness

2. Improve Your Memory - Another study found that"... an ultta-short episode of sleep is sufficient o promote declarative memory performance" ( from Journal of Sleep Research, 2008)

Martial Art ~ Mejar (B) Mohammad Qayyum A. Badaruddin

(SEM & SS) RM22.00 > RM19.80

Berita ragut, rogol dan bunuh yang sering kali menghiasi dada-dada akhbar negara memang menggusarkan masyarakat dan memberi kesan yang mendalam kepada kaum hawa yang sering menjadi mangsa.

Kebanyakan mangsa jenayah adalah golongan wanita dan penjenayah sering menyasarkan golongan ini untuk kerja jahat mereka. Mungkin ada segelintir dari wanita yang tidak menitik beratkan langkah berjaga-jaga seperti menguasai ilmu mempertahankan diri. Memahami sedikit asas bagaimana bertindak mempertahankan diri dapat menyelamatkan maruah mereka sendiri.

Bak kata pepatah lama, malang itu tidak berbau. Maka sudah tiba masanya bagi wanita menangkis tanggapan itu dan belajar untuk menjadi 'sekuat' lelaki dengan melengkapkan diri mempelajari seni mempertahankan diri.

" Jadi sekurang-kurangnya jika kita belajar sedikit mengenai seni mempertahankan diri, kita telah
mempersiapkan diri kita dengan lebih baik tatkala kita melangkah keluar dari rumah."

Saya percaya bahawa setiap kejadian dalam hidup terjadi dalam kesempatan untuk cinta, bukanlah
ketakutan. - Oprah Winfrey

Conquer Your Fear In Public Speaking ~ Mejar (B) Mohammad Qayyum A. Badaruddin

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.50

Fear of public speaking is very commomn, with almost 1 in 4 people reporting being anxious when presenting ideas and information in front of an audience. Being a good public speaker is an essential skill that can help you advance your career, grow your business, and form strong relationships.

While fear teaches you to protect yourself in risky situations, letting that fear stand between you and your audience could prevent you from sharing inspiring ideas, speaking about important work, and presenting interesting solutions to problems that affect many people. In short, it's everyone's loss.

Some of them address the physiological aspect of fear, others focus on the cognitive aspects, and and a few focus on the behavioral components that contribute to higher levels of fear and anxiety around public speaking.

Learn how to put your body in a calm state.
Challenge your beliefs about public speaking.
Shift your focus from performance to communication.

How To Manage Your Habit ~ Mejar (B) Mohammad Qayyum A. Badaruddin

(SEM & SS) RM26.00 > RM23.40

Listening - One of the habits that help employees to feel a part of the company's success is when the manager listens to what staff members have to say. 

Respect - Employees do not like being taken for granted. Good management techniques include the ability to let employees know that their efforts are appreciated and that employees are respected by company management. 

Honesty - Managers need to be in the habit of being honest with employees in order to earn employee trust. 

Loyalty - Companies expect loyalty from its employees in terms of honoring work agreements, coming to work on time and being reliable. 

Work Ethic - Managers who expect their subordinates to do all of the work are not respected by the staff. 

Excellent Secretary ~ Mejar (B) Mohammad Qayyum A. Badaruddin

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.50

The role of secretary of a management committee can be key to the efficient functioning of the committee, particularly in organisation with few or no paid staff members. 

The work of the secretary is absolutely essentiam and it takes a special person to do it correctly and do it well - not because the work is difficult, but because it's so important. Dependability, organization, and the ability to refrain from editorializing are the key attributes of a succesful secretary.

Being Happy ~ Mejar Muhammad Qayyum A.Badaruddin

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.50

We all want to be happy. But for many of us, happiness is an elusive, fleeting state that we can capture only for a brief moment, before it floats away like dust in the wind.

The truth is that as human beings, almost all of our forward momentum is driven by the pursuit of happiness. Even the desire to socialize, to love, and to connect with other human beings is driven by our desire to be happy. The pursuit of better jobs, higher status, more wealth, the root of everything we're chasing is happiness.

This certainly doesn't mean that everything we chase will bring us happiness. In fact, a big part of our struggle with life is figuring out what makes us happy, and perhaps more importantly, what makes us consistently happy.

Tuesday, December 17, 2019

You'll Never Walk Alone ~ Nik Alia Hayati

(SEM & SS) RM18.00 > RM16.20

Awak,

Saya tahu awak penat.

Saya tahu awak letih sangat.

Awak rasa nak menangis. Awak rasa kecewa.

Sabar ye. Kejao je. Awak pasti boleh hadapinya.

Semua itu ada ganjarannya.

Teruskanlah usaha awak tu. Jangan gusar, jangan bimbang. Awak tak pernah sendirian.

Kita kan ada Dia!

Ketika Hati Dijentik ~ Ain Al'Adiyat

(SEM & SS) RM23.00 > RM20.70

“Allah SWT sayang kau, Ammar. Sebab tu Allah SWT jentik rasa rindu kepada Dia dalam diri kau dan itu sebenarnya yang kau tengah rasa sekarang. Hati kau risau bukan sebab kau bakal kehilangan dunia. Tapi ia sebenarnya isyarat untuk remind kau betapa hati kau sebenarnya sangat rindu kepada Allah SWT.”

Mitos-Mitos Gen Y ~ Amirul Eqhwan

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.50

Bos : “Zaman saya dulu lagi la teruk, bla bla bla…. .”

Gen Y : “Excuse me, nasi goreng harga berapa masa tu? Minyak berapa RM Masa tu ? and the list goes on…..

*sambil bermonolog dalam diri*

Bukan generasi Y lah kalau tak kena macam ni, asyik dibandingkan dengan kehidupan purba-kala staf-staf senior dan bos-bos. Dikatakan merekalah tidak bersyukur, merekalah yang tidak pandai buat kerja, merekalah yang cepat sentap, dan segala yang buruklah tentang mereka. Tapi adakah tanggapan itu sekadar mitos ataupun kebenaran? Hurmm…

Mitos-mitos Gen-Y is it true ?

Tafsir Surah An-Nahl dan Juzuk 14 ~ HAMKA

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.50

Tafsir Surah An-Nahl dan Juzuk 14 adalah sebahagian daripada Tafsir Al-Azhar. Ia adalah hasil karya terbesar ulama agung nusantara iaitu Profesor Dr. Haji Abdul Malik Karim Amrullah ataupun lebih dikenali sebagai HAMKA. HAMKA menggunakan beberapa metode dalam penyusunan tafsir ini antaranya adalah metode tahlili (analisis), tafsir Al-Quran dengan Al-Quran, Tafsir Al-Quran dengan hadith, tafsir Al-Quran dengan pendapat sahabat dan tabi’in, dan tafsir Al-Quran dengan tafsir muktabar yang lain. Di samping itu, beliau juga mentafsirkan Al-Quran dengan menggunakan syair dan menganalisis dengan kemampuan sendiri melalui pendekatan meraikan kepebagaian mazhab.

Antara kandungan:
Surah al-Hijr (BATU BESAR)
Insan dan Iblis
Tetamu Ibrahim a.s.
Umat Nabi Luth a.s.
Penduduk Aikah dan Al-Hijr

Surah an-Nahl (lebah)
Kehendak Allah
Allah Penunjuk Jalan
Lautan
Perbandingan
Jawapan Musyrikin
Hijrah
Kembali Tentang Keindahan Alam

Malaikat Bertali Leher ~ Amirul Azmeer Asmadi

(SEM & SS) RM20.00 > RM18.00

Tidak perlu tunggu jadi baik untuk membuat kebaikan, kerana siapa-siapa sahaja mampu berbuat baik. Usah ditunggu malaikat turun membawa kebaikan, kerana di dalam jiwa kita sudah ada malaikat yang terpendam.

Malaikat Bertali Leher menghimpunkan kisah-kisah benar, anekdot tentang orang biasa yang membuat kebaikan, yang tidak mengharapkan pembalasan. Manusia-manusia yang berlatar belakang biasa-biasa, yang ikhlas, yang membuatkan mereka menjadi luar biasa.

Super Imej ~ Nasrullah Amran

(SEM & SS) RM20.00 > RM18.00

Penampilan adalah jenama kita yang akan dinilai oleh orang lain. Sekiranya penampilan itu baik, maka baik lah nilai jenama kita di mata orang. Tapi… Bagaimana pula jika sebaliknya?

Semuanya ada disebut dalam buku ini. Kita bukan hanya ajak untuk mempunyai imej yang baik, malah mempunyai Super Imej dengan menjadikan Nabi Muhammad S.A.W sebagai idola.

Tuesday, December 10, 2019

Hikmah Saintifik Mengapa Malam Untuk Tidur & Siang Untuk Bekerja ~ Robiatul Adawiyah Mohd, Ku Mastura Ku Mohd Noor

(SEM & SS) RM17.00 > RM15.30

Gabungan doktor falsafah bidang I’jaz Quran dan doktor falsafah bidang perubatan, membahaskan malam dan siang dalam Al-Quran and As-Sunnah. Ia mengandungi pelbagai petunjuk yang signifikan bagi meningkatkan kualiti kehidupan fizikal dan spiritual manusia dalam melalui aktiviti seharian. Rentak sirkadian pula adalah ilmu yang mengkaji hubungan kehidupan manusia dengan kitaran malam dan siang.

Friday, December 6, 2019

Time After Time ~ Sederhanaindah

(SEM & SS) RM22.00 > RM19.80

Buku ini berkenaan dengan motivasi, psikologi, self help tentang hati dan perasaan; bagaimana hendak move on, berubah menjadi lebih baik.

Disampaikan dalam bentuk artikel pendek, cerita pendek, khutbah dan ada banyak quotes Bahasa Melayu dan English.

Ditulis dengan rasa mahupun tujuan yang sederhana iaitu ingin membantu pembaca mencari kekuatan hati juga jiwa.

Secara umumnya buku ini sesuai untuk orang muda atau remaja yang masih young and wild yang selalu terjebak dengan masalah hati dan perasaan. But it's more than that. Jadi semua orang boleh membacanya kerana tiada istilah terlambat untuk berubah, jika kita mahu menikmati hidup yang lebih indah.

Bicara Ini Demi Perpaduan ~ Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang

(SEM & SS) RM27.00 > RM24.30

Naskhah yang terdiri daripada himpuan tulisan yang berkaitan tema Islam memimpin perpaduan dengan mengemukakan prinsip dan dasar Islam dalam konteks negara masyarakat majmuk.

Antara kandungan menarik :
1) Jika Islam Mentadbir
2) Rahmatan Lil 'Alamin
3) Adil Syarat Wajib Seorang Pemimpin
4) Islam Dan Perpaduan Masyarakat Majmuk
5) Politik Islam Dan Perkauman
6) Halal Dan Haram Dalam Masyarakat Majmuk
7) Antara Kaum Dan Perkauman

Fajar Islam di Nusantara ~ Hafidzi Mohd Noor

(SEM & SS) RM29.00 > RM26.30

Kerana sejarah bukanlah kisah penyerahan diri semata-mata. Sejarah adalah kisah melawan umat Islam terutama di Nusantara. Lebih-lebih lagi di Tanah Melayu ini sendiri.

Chai Yok! ~ Bonda Nor

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.50

Dakwah bukan sekadar berlaku apabila kita berada di pentas popular yang ramai audiensnya. Komunikasi dakwah juga ada daripada khalayak kumpulan kecil sahaja.

Dalam lingkungan keluarga, di sekolah, bersama kawan rapat, bahkan juga saat berdiri tegak tanpa komunikasi di tengah-tengah masyarakat. Menerusi kisah-kisah kejayaan, kita ambil inspirasi dan teladan. Menerusi kisah-kisah kegagalan, kita bina sempadan!

Lain waktu, lain cabarannya. Lain orang, lain sukatan besar kecil ujian yang akan menimpanya! Namun yang pasti, naskhah CHAIYOK! ini membawakan kisah-kisah hebat dan sangat istimewa! Tidak semua orang berpeluang melaluinya, namun kini sebagai pembaca naskhah ini, semua orang boleh rasa pahit getirnya

CHAIYOK! adalah bahasa pasar masyarakat kita yang diinspirasikan daripada sebutan perkataan bahasa Cina dan Korea. Ia diertikan sebagai satu suntikan motivasi yang bermaksud BERUSAHALAH! atau BERSEMANGATLAH!

Relaks Lah! ~ Bonda Nor

(SEM & SS) RM27.00 > RM24.30

Ujian datang dan pergi. Setiap hari kita perlu hadap ujian-ujian kecil. Kadang selesema, kadang anak membentak, kadang pemandu kereta lain memotong cara berbahaya, kadang selipar hilang di masjid. Ya, semua itu ujian berbentuk musibah yang buat jiwa kita gundah dan resah gelisah. Ujian kecil-kecilan sahaja, tetapi setiap hari ada-ada saja halnya!

Kemudian, sesekali Allah hantarkan pula ujian besar. Ada yang rumahnya terbakar, ada yang kemalangan jalan raya hingga meragut nyawa ahli keluarga, ada yang rugi besar dalam perniagaan hingga diisytiharkan muflis, bahkan ada sedang bergelut musibah besar, terpaksa bertarung pula dengan musibah yang lebih besar. Ini kes jatuh ditimpa tangga!

Mahu buat apa? Marah? Menggelabah? Melayankan resah dan gelisah? Jangan. Sedapat mungkin, kita kena cuba kawal perasaan. Jiwa kena kuat dan tak boleh dimanja-manjakan sangat. Banyakkan bertenang. Biar tampak matang dengan sebenar-benar matang!

Wednesday, December 4, 2019

Hartanah Barakah ~ Ahmad Husni Abd Rahman

(SEM & SS) RM15.00 > RM13.50

Imam Al-Ghazali menyebutkan kepentingan sebuah rumah dan hartanah kepada umat. Katanya umat boleh jadi rosak dan punah sistem kemasyarakatannya dan terdedah kepada bahaya sosial tanpa institusi rumah. Sultan Abdul Hamid II sewaktu pemerintahan terakhir kerajaan Uthmaniyyah menghalang keras penjualan hartanah bumi Palestin kepada tangan-tangan Yahudi atas dasar umat Islam perlu memiliki haratanah sendiri. Hilang tanah bermaksud hilang negara dan pertiwi! Justeru, perjuangan hartanah ini bukan sesuatu yang hanya bermatlamatkan materi, ia lebih suci dan murni jikalau diteliti. Dalam memiliki rumah dan hartanah, ada perjuangan yang suci dan murni.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...