Hubungi Kami

Hubungi Kami

Tuesday, July 22, 2014

Keagungan Al-Fatihah ~ Mohd Rasyidi Al-Alawiy

Keagungan Al-Fatihah - Merungkai Rahsia Di Sebalik Ummul Kitab
Keagungan Al-Fatihah

Keagungan Al-Quran tersimpan dalam surah Al-Fatihah. Keagungan surah ini mengatasi surah-surah yang lain yang ada dalam al-quran. Hal ini di isytiharkan sendiri oleh Baginda Rasulullah SAW dalam sepotong Hadis yang bermaksud "Surah paling agung dalam Al-Quran." [Riwayat Abu Daud]. Selain itu, surah ini menjadi lambang keistimewaan Al-Quran Berbanding Kitab Taurat, Injil dan Zabur.

Justeru, buku ini mengajak pembaca memahami rahsia-rahsia yang tersembunyi dalam surah Al-Fatihah. Di samping mendekatkan masyarakat kepada tarbiah Al-Quran, buku ini bertujuan membantu pembaca dalam beberapa perkara meliputi :

Pemantapan Akidah, Syariah dan Akhlak melalui surah Al-fatihah.
Memahami kaitan surah Al-Fatihah dengan solat.
Memahami Fadhilat sebahagian surah mempunyai nisbah tertentu dalam Al-Quran.
Memperbetul kesalahan bacaan umum dan khusus dalam surah Al-fatihah.
Meneliti Kesinambungan antara ayat-ayat dalam surah Al-Fatihah.
Memahami fungsi Al-Quran dalam membentuk kehidupan manusia.
Semoga buku ini mampu memperlua kefahaman pembaca terhadap surah Al-Fatihah, Insya-Allah.

*****

(SEM & S/S) RM12.00 - RM10.60

Memburu Keberkatan Ilmu ~ Mohammad Nidzam Abdul Kadir

Buku yang menjadi tatapan pembaca ini menjadi pilihan yang tepat bagi menghuraikan persoalan-persoalan sekitar proses mencari dan mendapatkan ilmu. Buku ini menyajikan kepada anda penerangan konsep dan dasar ilmu dalam Islam. Mengemukakan kitab-kitab dan rujukan yang sesuai dalam proses mencari ilmu agama. Memberikan panduan berguna yang berupaya mendidik jiwa agar mencintai ilmu. Persembahan buku yang ringkas, padat dan menarik. 

Buku “Memburu Keberkatan Ilmu” ini sangat sesuai menjadi panduan yang terbaik bagi individu dalam proses pencarian ilmu agama. Semoga buku ini membawa sebanyak mungkin manfaat dan pedoman buat kita bersama.

*****

(SEM & S/S) RM20.00 - RM17.60

Doa Pengasih: Doa & Amalan Kebahagiaan Suami Isteri ~ Dr. Hj. Zahazan Mohamed

Buku ini mengimbau kembali keindahan suasana perhubungan suami isteri ketika usia muda agar setiap masa hubungan sesama suami isteri bagaikan pengantin yang baru diijabkabulkan. 

Antara doa-doa yang dimaksudkan ialah mohon keteguhan iman, menanam kasih sayang suami isteri, mohon keselamatan, mohon agar mendapat zuriat yang soleh, diberi kesabaran dan kekuatan, tempat kediaman dilindungi, mengelak daripada jiran yang jahat, menenangkan diri dalam keadaan panas baran, marah dan musibah, berlindung daripada gangguan syaitan, berdoa untuk kesejahteraan anak-anak, mengelak kecurangan suami atau isteri, mohon murah rezeki dan mengelakkan bebanan hutang, mengelakkan kehinaan serta bala bencana dan bagaimana menangani stres. 

Bagi setiap doa, diterangkan kaifiat, rahsia, cara amalan dan adab-adab yang berkaitan.

*****

(SEM & S/S) RM12.00 - RM10.60

Tuesday, July 15, 2014

Solat Hari Raya & Adab Berhari Raya ~ Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri

Setelah sebulan segala mujahadah dan kesungguhan ibadah dipamerkan, maka kurniaan Tuhan kepada kita dengan kedatangan Syawal sebagai petanda kemenangan hamba yang benar-benar iltizam dan istiqamah dengan ibadat.

Walaupun begitu, kemenangan dan kejayaan hendaklah diisi dengan penuh kesyukuran dan caranya dengan bertakbir memuji memuja Ilahi di samping mempereratkan tali silaturrahim dan meneguhkanukhuwwah Islamiah.

Dalam hal ini, kita diajar untuk melaksanakan dua jalinan yang kukuh iaitu hablum minAllah dan hablum minannas. Apabila tautan ini kukuh, sudah pasti banyak natijah yang baik dan keharmonian masyarakat pasti dapat dikecapi.

*****

(SEM) RM16.00 - RM14.10
(S/S) RM18.00 - RM15.80

Khinzir: Penciptaan & Hukum-hukum ~ Dr. Zulkifli Mohammad al-Bakri

Isu khinzir atau babi setiasa menjadi perbincangan yang hangat oleh masyarakat Islam terutamanya membabitkan soal pemakanan. Amat wajar jika umat Islam dapat memastikan makanan yang disuap ke mulut masing-masing adalah dari yang halal tanpa syak dan ragu-ragu sementelahan lagi yang haram.

Semoga pencerahan daripada buku kecil ini yang bertajuk Khinzir: Penciptaan dan hukum-hukum akan memberi kefahaman kepada para pembaca untuk memahami apa jua hikmah disebalik ciptaan Allah SWT.

*****

(SEM) RM16.00 - RM14.10
(S/S) RM18.00 - RM15.80

Ramadhan Al-Mubarak: Fadhilat dan Hukum Puasa (Edisi Kemaskini) ~ Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri

Daripada Yahya bin Abi Kathir: Di antara doa mereka (para salaf): “Ya Allah, sampaikanlah diriku hingga ke bulan Ramadhan, terimalah pahala Ramadhan untukku dan perkenankanlah amalanku di bulan Ramadhan.”

Berkata Dr. Sayyid al-Affani: “Kita mendapati golongan salaf yang terdahulu menyambut ramadhan dengan taubat nasuha kepada Allah SWT dan kembali kepada-Nya dengan mengerjakan ketaatan, memperbaiki diri sama ada dalaman dan luaran, bersedia dengan bersungguh-sungguh untuk melakukan ibadat puasa, solat, membaca al-Quran, berzikir dan semua jenis ibadat.”

*****

(SEM) RM19.00 - RM16.70
(S/S) RM21.00 - RM18.50

Aneka Herba Ajaib Merawat Kanser Pada Wanita ~ Alida Widyastuti

Sehingga kini kanser masih menjadi salah satu ancaman terbesar sebagai penyebab utama kematian di dunia ini. Malah di Malaysia, is dikategorikan sebagai penyebab kematian ketiga terbesar dan pengidap penyakit kanser semakin meningkat setiap tahun. Umumnya kumpulan mudah terdedah kepada kanser ini adalah kaum wanita. 

Pelbagai kaedah rawatan dan penyembuhan yang disarankan untuk mengatasi penyakit ini. Ada yang berasaskan perubatan moden dan ada juga berasaskan perubatan tradisional dan semulajadi. Apa yang akan dikongsikan di dalam buku ini adalah penyembuhan menggunakan herba semulajadi. Bahan-bahan ini terdapat di sekitar kita dan is murah dan mudah didapatkan. Selain itu disiapkan juga cara membuat bahan-bahan berkenaan untuk tujuan penyembuhan secara semulajadi. 

Anda juga boleh menanam tanaman-tanaman ini di sekitar rumah, yang juga boleh dijadikan sebagai makanan dan bahan pelengkap masakan. Semoga apa yang dikongsikan dapat dimanfaatkan sebaiknya, kerana apa yang kita lakukan adalah usaha manakala kesembuhan itu datangnya daripada Allah S.W.T.

*****

(SEM) RM19.90 - RM17.50
(S/S) RM22.90 - RM20.20

Qut Al-Qulub: Santapan Kalbu (Jilid Ketiga) ~ Syeikh Abu Talib Al-makki Muhammad bin Ali bin Athiyyah

Syeikh Abu Talib Al-Makki atau nama penuhnya Abu Talib, Muhammad bin All bin Atiya Al-Makki al-Harithi Al-'Ajami. Nama beliau kurang diperkenalkan dan riwayat hidupnya juga tidak banyak dituliskan. Walau bagaimanapun beliau adalah seorang yang memiliki ilmu yang luas khususnya dalam bidang tasawwuf dan buku karyanya dianggap sebagai salah satu rujukan penting dalam bidang itu. 

Kitab ‘Al-Qut’ ini merupakan kitab tasawwuf dan sebuah tulisan yang padat dengan petua dan nasihat kehidupan. Bicara ilmunya dimulakan tentang hati dan keikhlasan niat. Seterusnya perbahasan dibuka dengan lebih jauh dan mendalam, membicarakan tentang maqam atau kedudukan mereka yang soleh serta keadaan atau berkenaan orang yang bertakwa, ikhlas dan para ahli ibadah. Intipati bicara tentang hati ialah dengan membuang jauh rasa dengki dan iri hati dari hati yang lemah dan tidak dapat menerima kritikan. Hati yang lemah juga boleh menyebab keburukan malah mampu menjatuhkan seseorang ke jurang kehinaan. Lebih kronik lagi, sekiranya hati sebegini mampu mengubah perbahasan atau perbincangan menjadi kebohongan dan sikap melampau. ‘Al-Qut’ adalah sebuah khazanah ilmu yang tidak ternilai harganya. Ini kerana is adalah salah satu sumber rujukan mempunyai nilai ilmu yang tinggi bagi seorang muslim. 

Penjelasan dan pencerahan dihujah serta diulaskan adalah berdasarkan Al-Qur'an dan As-Sunnah telah memantapkan lagi huraian ilmunya. Semoga mutiara-mutiara ilmu yang tercatat di dalam kitab akan menghiasi kehidupan ibadah dan ketaatan kita kepada Allah Azza wa Jalla. Semoga kita dikurniakan ketenangan dan setiap amal kebaikan yang kita lakukan, akan sentiasa diberkati dan diredai Allah S.W.T. "Wahai jiwa yang tenang! Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang reda dan diredaiNya. Maka masuklah ke dalam golongan hamba-hambaKu. Dan masuklah ke dalam syurgaKu.” (Surah al-Fajr : 27-30)

*****

(SEM) RM55.00 - RM48.40
(S/S) RM58.00 - RM51.00

Qut Al-Qulub: Santapan Kalbu (Jilid Kedua) ~ Syeikh Abu Talib Al-Makki Muhammad bin Ali bin Athiyyah

Syeikh Abu Talib Al-Makki atau nama penuhnya Abu Talib, Muhammad bin All bin Atiya Al-Makki al-Harithi Al-'Ajami. Nama beliau kurang diperkenalkan dan riwayat hidupnya juga tidak banyak dituliskan. Walau bagaimanapun beliau adalah seorang yang memiliki ilmu yang luas khususnya dalam bidang tasawwuf dan buku karyanya dianggap sebagai salah satu rujukan penting dalam bidang itu. 

Kitab ‘Al-Qut’ ini merupakan kitab tasawwuf dan sebuah tulisan yang padat dengan petua dan nasihat kehidupan. Bicara ilmunya dimulakan tentang hati dan keikhlasan niat. Seterusnya perbahasan dibuka dengan lebih jauh dan mendalam, membicarakan tentang maqam atau kedudukan mereka yang soleh serta keadaan atau berkenaan orang yang bertakwa, ikhlas dan para ahli ibadah. Intipati bicara tentang hati ialah dengan membuang jauh rasa dengki dan iri hati dari hati yang lemah dan tidak dapat menerima kritikan. Hati yang lemah juga boleh menyebab keburukan malah mampu menjatuhkan seseorang ke jurang kehinaan. Lebih kronik lagi, sekiranya hati sebegini mampu mengubah perbahasan atau perbincangan menjadi kebohongan dan sikap melampau. 

‘Al-Qut’ adalah sebuah khazanah ilmu yang tidak ternilai harganya. Ini kerana is adalah salah satu sumber rujukan mempunyai nilai ilmu yang tinggi bagi seorang muslim. Penjelasan dan pencerahan dihujah serta diulaskan adalah berdasarkan Al-Qur'an dan As-Sunnah telah memantapkan lagi huraian ilmunya. Semoga mutiara-mutiara ilmu yang tercatat di dalam kitab akan menghiasi kehidupan ibadah dan ketaatan kita kepada Allah Azza wa Jalla. Semoga kita dikurniakan ketenangan dan setiap amal kebaikan yang kita lakukan, akan sentiasa diberkati dan diredai Allah S.W.T. "Wahai jiwa yang tenang! Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang reda dan diredaiNya. Maka masuklah ke dalam golongan hamba-hambaKu. Dan masuklah ke dalam syurgaKu.” (Surah al-Fajr : 27-30)

*****

(SEM) RM60.00 - RM52.80
(S/S) RM63.00 - RM55.40

Disfungsi Seksual Wanita ~ El Manan

Disfungsi seksual yang dimaksudkan adalah penurunan nafsu berahi seksual kepada seseorang, baik lelaki mahupun wanita. Gangguan ini mungkin berlaku disebabkan pelbagai perkara. Contoh seperti gaya hidup yang kurang sihat sama ada dari segi diet, tekanan, penyakit, persekitaran ataupun psikologi. Ia memberikan kesan negatif kepada keharmonian hubungan suami isteri. Oleh sebab itu, penting untuk kita tidak kira lelaki mahupun wanita untuk mengetahui penyebabnya dan mengambil langkah pencegahan awal untuk mengatasi masalah ini. 

Buku ini memberikan kita perkongsian maklumat dan pengetahuan khususnya bagi kaum wanita berkaitan permasalahan Disfungsi Seksual Wanita. Ia juga memberikan tip-tip penjagaan serta perincian tentang apa yang perlu wanita lakukan. Dengan perkongsian ilmu dan maklumat di dalam buku ini dapat kita manfaatkan ke arah kehidupan yang lebih sihat dan rumah tangga yang bahagia. 

*****

(SEM) RM16.00 - RM14.10
(S/S) RM18.00 - RM15.80

Air Putih Terapi Kesihatan Yang Mujarab ~ Adi D. Tilong

Air ialah zat atau unsur yang sangat penting untuk semua kehidupan di muka bumi ini. la adalah sumbar kehidupan yang utama sekali bagi manusia dan makhluk lain di bumi ini. Tubuh kita sangat memerlukan air sebagai sumber nutrisi yang sangat penting. Tanpa air sel-sel tubuh badan tidak dapat berfungsi dengan sempurna. Malah is boleh menimbulkan pelbagai komplikasi kesihatan. 

Penulis Adi D Tilong, membawa kita untuk berfikir tentang kurniaan Allah S.W.T. yang maha hebat ini. Di dalam buku ini, dijelaskan mengenai keperluan air untuk tubuh manusia, keistimewaan air putih untuk penyembuhan penyakit dan masalah-masalah yang berpunca dari air. Sewajarnya setelah membaca buku ini, kita akan mampu merasai betapa bersyukurnya kita atas nikmat Allah S.W.T. yang sangat bermanfaat ini. Lebih-lebih lagi untuk kelangsungan hidup dan kehidupan di dunia ini. Seandainya tiada air?...Cuba renungkan, apa yang akan berlaku?

*****

(SEM) RM11.00 - RM9.70
(S/S) RM12.00 - RM10.60

Ajaibnya Gerakan Solat Bagi Perkembangan Janin ~ Khalid Fauzi Abbas

lbadah solat merupakan ibadah fardu yang cliwajibkan ke atas setiap Muslim. lbaclah ini terdiri daripada 3 rukun utama iaitu Qauli (perkataan), (perbuatan) dan Qalbi (hati). la wajib kepada semua Muslim sama ada yang sihat. sakit ataupun wanita hamil. Hasil kajian Jabatan Kejuruteraan Biomedikal Universiti Malaya mendapati setiap gerakan solat mempunyai manfaat tersendiri yang mampu meningkatkan tahap kesihatan secara menyeluruh. 

Antara dapatan kajian tersebut ialah kebanyakan otot serta sendi bergerak ketika solat. la menyamai aktiviti senaman dan regangan yang memperkuatkan sistem otot dan fizikal tubuh. Malah dari sudut psikologinya, solat mampu memberi ketenangan dan kerehatan kepada jiwa dan emosi. Buku ini pia merungkai dan menjelaskan kelebihan solat bagi para ibu yang hamil daripada sudut jasmani dan fizikal. Baik untuk ibu atau pun anak yang dikandungolehnya.Setiap pergerakan dalam solat yang meliputi 3 rukun utama, mempunyai kesannya yang tersendiri terhadap para ibu yang hamil dan anak dalam kandungannya. 

Bolehlah disimpulkan bahawa solat mempunyai fadilat yang tersurat dan tersirat daripada segi fizikal dan mental kepada para ibu yang hamil dan anak dalam kandungannya walaupun pada zahirnya mungkin logik aka' melihat ibu yang hamil sukar untuk melakukan gerakan-gerakan fizikal seperti berdiri, rukuk dan sujud ketika mengerjakan solat. Allah SWT sebagai pencipta alam semesta tentulah lebih mengetahui setiap perintah yang difardukan ke atas semua manusia lebih-lebih lagi ibadah solat yang tidak gugur kewajipannya melainkan dengan keadaan yang tertentu sahaja.

*****

(SEM) RM16.00 - RM14.10
(S/S) RM18.00 - RM15.80

Monday, July 14, 2014

Misteri Banjir dan Bahtera Nabu Nuh a.s. ~ Nuni Yusvavera Syatra

Iblis sangat licik dan memainkan peranannya dengan memanfaatkan peluang keemasan tersebut untuk mengelirukan manusia agar ingkar kepada Allah S.W.T. Membisikkan kepada umat manusia bahawa berhala tersebut adalah Tuhan yang dapat membawa manfaat serta dapat menolak malapetaka di muka bumi jika manusia menyembahnya. Menghambur perkataan dusta sehingga manusia yang lalai menurut segalo kemahuannya lantas menyekutu dan syirik kepada Allah S.W.T. Lalu mereka yang terpedaya dengan tipu daya iblis itu di azab dengan sekeras-kerasnya dengan ditimpakan banjir besar dan taufan yang kuat sehingga habis binasa segalanya kecuali mereka yang taat setia kepada perintah Allah S.W.T. 

Itulah serba sedikit rentetan daripada buku ini yang menyingkap "Misteri Banjir dan Bahtera Nabi Nuh A.S." Mudah-mudahan dengan pengisian dan garapan daripada buku ini dapat menambahkan pengetahuan dan juga meningkatkan keimanan kita kepada milik sekalian alam iaitu Allah S.W.T. Insya Allah.

*****

(SEM) RM10.00 - RM8.80
(S/S) RM12.00 - RM10.60

Peristiwa Ajaib Pertolongan Allah s.w.t. Buat Penduduk Palestine ~ H. Muhammad Yusuf bin Abdul Rahman

Palestin merupakan `tanah' bertuah yang dirahmati oleh Allah S.W.T. di mana diutuskan banyak malaikat untuk menjaganya serta dijanjikan dan keistimewaan lain. Melalui pelbagai konflik dan sentiasa berkecamuk sejak zaman Nabi Ibrahim A.S. dan Nabi-nabi seterusnya sehingga ke hari ini. la masih menjadi santapan puak Zionis/lsrael yang tidak henti-henti ingin menjajah dan menguasainya. Beribu-ribu nyawa rakyat Palestin telah menjadi korban saban tahun namun usaha jahat Zionis/Israel itu sering kali dipatahkan oleh tentera-tentera mujahiddin Palestin. Walaupun hanya berbekalkan persenjataan yang lemah dan terhad. 

Apakah rahsia kejayaan dan amalan mereka sehingga mendapat pertolongan daripada Allah S.W.T dan seringkali perkara perkara ajaib berlaku di sana?. Segala persoalan itu bakal terjawab di dalam buku ini iaitu "Peristiwa Ajaib Pertolongan Allah S.W.T. Buat Penduduk Palestin". Semoga dengan pendedahan daripada peristiwa-peristiwa tersebut, dapat menjadi pemahaman kepada kita bahawasanya Allah S.W.T. sentiasa ingat dan memberi pertolongan kepada hambanya yang taat dan beriman serta yang teraniaya.

*****

(SEM) RM15.00 - RM13.20
(S/S) RM17.00 - RM15.00

Fadilat Ramadhan: Cara memanfaatkan Bulan Ramadhan ~ Syaikh Muhammad ad-Dubaisi

Bulan Ramadan adalah bulan yang penuh dengan nikmat dan keberkatan.Amat rugilah kepada mereka yang membiarkan sahaja bulan ini berlalu tanpa dimanfaatkan dengan sebaiknya. Dan lebih malang lagi sekiranya bulan ini diisi dengan perbuatan atau perlakuan yang bertentangan dengan perintah Allah. 

Buku ini memberikan kita tip-tip bagaimana untuk memanfaatkan sepenuhnya bulan Ramadan yang mulia ini dengan amalan-amalan yang disunnahkan oleh Nabi S.A.W. Apa yang penting dalam melakukan amalan-amalan mulia ini adalah kualiti dan istiqamah. Bukannya dinilai dari sudut kuantiti. Maka sebaik-baik amalan adalah yang dilakukan dengan terbaik dan berterusan. Semoga Ramadan ini menjadi landasan untuk kita melatih din untuk membiasakan diri melakukan ibadah kepada Allah Taala. 

Selain itu Ramadan juga menjadi madrasah yang akan membina diri kita untuk menjadi hamba Allah S.W.T. yang patuh kepada perintah dan larangan-Nya.

*****

(SEM) RM12.00 - RM10.60
(S/S) RM14.00 - RM12.30

Wednesday, July 2, 2014

Kisah Yang Memberi Inspirasi Mengubah Hidup ~ Amrin Ali Hasan

Firman Allah s.w.t. dalam Surah Ar-Ra'd ayat 66 yang bermaksud 1 "Sesungguhnya Allah s.w.t. tidak akan mengubah nasib seseorang melainkan dia mengubahnya nasibnya sendiri." 

Ayat tersebut menjelaskan bahawa Allah s.w.t. tidak akan mengubah nasib seseorang sehingga mereka mempunyai kesedaran untuk mengubahnya sendiri. Penulis buku ini, memaparkan beberapa kisah inspirasi yang berlaku di sekeliling kita, yang mana boleh kita jadikan teladan untuk mengharungi kehidupan seharian. Melalui pengalaman individu-individu yang dipaparkan menunjukkan bahawa Allah s.w.t. sentiasa memberi peluang dan ruang kepada para hamba-Nya untuk berubah dan bertaubat. Meninggalkan tingkahlaku yang menyalahi syariah kepada jalan yang lebih bermakna dan bermanfaat. 

Tiada jalan mudah menuju kesempurnaan melainkan kembali kepada Allah s.w.t. dengan rasa khusyuk dan penuh tawaduk. Permohonan kepada Allah s.w.t. yang tidak berpenghujung pasti akan menghasilkan sesuatu yang membawa keberkatan dan kebahagiaan di dunia dan akhirat.Selain melaksanakan suruhan perkara-perkara yang fardu kita juga disuruh menunaikan amalan sunat. Amalan-amalan inilah yang akan mengubah kehidupan kita menjadi semakin baik dan bernilai di sisi Allah s.w.t.

*****

(SEM) RM16.00 - RM14.10
(S/S) RM18.00 - RM15.80

Mukjizat Al-Quran Sebagai Doa & Zikir ~ Dr. Mohd Puzhi Usop, Dr. Mohd Azrul Azlen Abd Hamid

Al-Quran diturunkan penuh dengan hikmah dan mukjizatnya. Ia adalah kitab rujukan yang lengkap. Di dalamnya terdapat 114 surah yang memiliki kelebihan dan mukjizatnya yang tersendiri. Diturunkan lebih 1400 tahun yang lalu, sehingga ke hari ini Al-Quran tetap terjaga oleh Pemiliknya iaitu Allah S.W.T. dalam keadaan yang sama. Apa yang ingin dikongsikan di dalam buku ini adalah berkenaan mukjizat Al-Quran ini sebagai doa dan zikir. 

Terdapat banyak ayat-ayat amalan yang boleh diamalkan daripada Al-Quran. Bagi memudahkan pembaca dikumpulkan ayat-ayat Al-Quran ini yang boleh diamalkan untuk mencapai hajat-hajat tertentu. Semoga dengan usaha yang dilakukan oleh penyusun buku ini dapat kita manfaatkan untuk meraih keredaan Illahi.

*****

(SEM) RM8.00 - RM7.00 
(S/S) RM9.00 - RM7.90
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...