Hubungi Kami

Hubungi Kami

Thursday, May 25, 2017

Lentera Ilahi ~ Datuk Dr. Hj. Zahazan Mohamed

(SEM & S/S) RM20.00 > RM17.60

Lentera Ilahi merupakan tafsir al-Nur yang memuatkan Fiqh al-Quran, yang membawa para pembaca untuk lebih mudah memahami surah ini serta mampu mentadabbur dan beramal dengan isi kandungannya.

Perumpamaan cahaya dalam dalam surah ini amat signifikan dengan kandungannya. Surah ini mengetengahkan tiga dimensi penting yang menjadi panduan kepada individu dan masyarakat Muslim, iaitu hubungan manusia dengan Allah, hubungan manusia sesama manusia dan hubungan manusia dengan alam. Ketiga-tiga dimensi ini mampu untuk melahirkan individu dan masyarakat yang baik berlandaskan Lentera Ilahi.

Ensiklopedia Perang Rasulullah (84 Perang, 11 Tahun, 321 Syuhada) ~ Ahmad Adnan Fadzil, Aizuddin Kamarul Zaman

(SEM & S/S) RM89.00 > RM78.30

Buku Ensiklopedia Perang Rasulullah bukan sahaja memperkenalkan setiap peperangan, tetapi menjurus ke arah sebab, taktik strategi serta analisis seiring dengan keperluan masyarakat semasa yang mampu mengubah persepsi anda dan masyarakat Barat terhadap peperangan tentera Muslimin selama ini.


Fiqah Hubungan Etnik ~ Dr. Mohammad Nidzam Abdul Kadir

(SEM & S/S) RM20.00 > RM17.60

Buku ini berusaha merungkai isu-isu dan persoalan yang timbul daripada perspektif Maqasid Syariah. Antara yang di bincangkan adalah seperti hubungan sosial antara kepelbagaian agama, bangsa dan etnik, isu-isu kemasyarakatan dalam masyarakat majmuk, asas-asas kemasyarakatan majmuk dan salah faham terhadap beberapa konsep di dalam Islam. 

Penulis juga turut menyenaraikan dasar-dasar utama dalam hubungan etnik daripada perspektif Maqasid Syariah iaitu nilai kemanusiaan insan, rahmat, tolenransi, berbuat baik serta menunaikan haji.

Adab Pembaca Al-Quran ~ Imam Al-Nawawi

(SEM & S/S) RM25.00 > RM22.00

Kitab at-Tibyan fi Adab Hamalah al-Qur’an merupakan salah satu karya Imam al-Nawawi yang menyentuh perihal al-Quran dari sudut: Kelebihan Al-Quran, Adab membaca dan menghafalnya, hukum hakam berkaitan al-quran dan lain-lain. Seharusnya seorang Muslim perlu mengetahui bagaimana caranya untuk kita berinteraksi dengan Kalamullah. Al-Quran bukan sahaja berfungsi sebagai panduan hidup manusia, tetapi ia mestilah dipelihara dan dihormati dengan cara terbaik kerana tindakan ini melambangkan adab kita bersama Allah Taala.

Tersontot di Pintu Shorga ~ Afyan Mat Rawi

(SEM & S/S) RM15.00 > RM13.20

Janji-janji manis itu sudah lama berlaku. Janganlah kita terkena lagi. Yang sedihnya, dalam buku ini terbukti jerat memang tak pernah lupakan pelanduk. Tetapi pelanduk pulak yang asyik lupa siapa jerat.

Antara Kandungan:
Detik Awal Melawan Scammer
Bahagian 1: Hikayat Sontot
A. Sontot Confession: Ingat Senang Jadi Penyontot
B. Sontot Penunggang Agama
C. Kategori Penyontot
D. Dua Jenis Sontotan
E. Skim Sontot Akan Gunakan Testimoni Sebegini
F. Modus Operandi Sebuah Skim Sontot

Bahagian 2: Mai Kita Sebut Nama
A. Serba Salah
B. Mecca Fund
C. Tok Belagak Dan Darul Emas Perak Berhad
D. Pengalaman Ngeri Didatangi Bounzer Syarikat Sontot
E. Alfafa
F. Dalam Bidang Kewangan Pun Ada Scammer

Bahagian 3: Supaya Kau Tak Tersontot Lagi
A. Parodi Sajak Hari Guru Seorang Scammer
B. Penipu Tidak Akan Mengaku Menipu
C. Scammer (Juga) Tidak Akan Mengaku Dirinya Scammer
D. Cara Paling Mudah Elak Kena Sontot
E. Catatan Travelog Seorang Financial Fighter
F. Drama Tragedi Sebuah Kesontoton

Golden Rule ~ Ustaz Muhammad Abdullah al-Amin

(SEM & S/S) RM20.00 > RM17.60

Untuk kebahagiaan suami isteri

Berhadapan dengan masalah rumah tangga tidak sekadar perlukan kesabaran, tetapi juga ilmu serta kebijaksanaan. Barulah masalah yang timbul itu akan menjadi baja yang akan menyuburkan lagi cinta dan kasih sayang suami isteri.

Setiap pasangan boleh menangani masalah rumah tangga serta memelihara keharmonian keluarga, dengan memahami seni-seni dalam mengekalkan kasih sayang suami isteri.

Baca, fahami, berazam dan berusahalah untuk mengamalkan apa yang dimaksudkan dengan Golden Rule. Semua perkara yang dinyatakan dalam Golden Rule merupakan asas dalam pembentukan rumah tangga yang sejahtera. Walaupun mungkin ada antaranya dianggap remeh, jangan lupa bahawa dalam ‘keremehan’ itulah tersedia ganjaran pahala yang besar.

Dengan mengekalkan gaya santai Ustaz Muhammad Abdullah al-Amin, buku ini juga sarat dengan tip-tip yang mahal dan realistik dalam membentuk keluarga yang bahagia berlandaskan Islam dan teladan keluarga Nabi SAW.

Sudah-Sudahlah Tertipu / Menipu / Ditipu ~ Root of Science

(SEM & S/S) RM19.00 > RM16.70

Ada macam benda-benda “ajaib” yang kita dengar dalam hidup. Daripada bumi ini sebenarnya tidak bulat kepada minum kicap boleh buat anak jadi hitam. Benarkah? Buku ini akan menjawab persoalan-persoalan ini dan banyak lagi.

Antara Kandungan:
Root of Science
Tidak Bahaya Beri Anak Wap Air Bawang Putih?
Makan Chia Seed Boleh Kurus?
Mandi Bermula daripada Kepala Penyebab Angin Ahmar?
Ozon Terapi: Bagus atau Tidak?
Garam Buluh dan Kopi Mineral Monosodium Glutamate Penyebab Sakit Kepala, Kanser, dan Kerosakan Saraf: Benar?
Teh Rerama, Durian Belanda, Green Tea: Adakah Benar Boleh Menyembuhkan Kanser?
Madu: Musuh Kuman yang Paling Digeruni
Sebab-Sebab Rumah Kita Panas dan
Bagaimana Mengatasinya (Bahagian 1)
Sebab-Sebab Rumah Kita Panas dan
Bagaimana Mengatasinya (Bahagian 2)
Minum Air Selepas Bangun Tidur Punca
Buah Pinggang Rosak?
Jangan Main Hujan, Nanti Demam!

Vaksin: Antara Babi, Yahudi & Konspirasi ~ Prof. Dr. Azizi Ayob

(SEM & S/S) RM15.00 > RM13.20

Zaman ini, topik vaksin akan sentiasa menimbulkan pertentangan. Ada banyak dakwaan-dakwaan yang timbul. Melalui buku ini, penulis yang pernah terlibat secara langsung dengan pembuatan ubat-ubatan dan vaksin, menjelaskan hakikat sebenarnya.

Antara Kandungan:
Apa itu Vaksin?
Sejarah Vaksin
Proses Pembuatan Vaksin
Kandungan Vaksin: Bahan Asli ataupun Bahan Kimia?
Bahan Utama dalam Penghasilan Vaksin
Vaksin dan Teori Konspirasi
Doktor Dibeli Syarikat Farmaseutikal?
Cacat Akibat Vaksin?
Makanan Sunnah, Tahnik, dan Kaitan Vaksin
Perbezaan Testimoni dan Kajian Saintifik
Kenapa Tidak Semua Penyakit Ada Vaksin?
Vaksin dan Pembangunan Negara
Kumpulan Anti-Vaksin
Kenapa Kita Masih Perlu Vaksin
Vaksin dan Islam

Amalan Ibu Mengandung ~ Dato' Siti Nor Bahyah Mahamood, Dato; Hj. Muhammad Zakaria, Ummu Sakinah Muhammad

(SEM & S/S) RM25.00 > RM22.00

Kehamilan adalah satu keistimewaan hanya milik kaum wanita. Hamil bukan satu bebanan tetapi satu harapan, kesabaran dan kebahagiaan bagi seorang ibu. Allah menjanjikan pahala yang berlipat ganda bagi seorang ibu yang hamil. Sahabat Rasullulah g dalam keadaan sangat miskin dan papa sekalipun, tetap berkeinginan mempunyai anak yang ramai.

Tenang Ada di Sini ~ Pahrol Mohd Juoi

(SEM & S/S) RM25.00 > RM22.00

Latar penulisan buku ini ialah tentang pentas kehidupan. Nukilan beliau ini mampu mendidik hati, bermain dengan perasaan halus dan menggerakan pancaindera lahiriah untuk menangkap isyarat-isyarat yang datang daripada Allah. 

Membaca karya ini juga seperti membaca karya novel tanpa pelakon utama kecuali bermonolog dengan diri sendiri. Yang paling terkesa di hati kita, mereka yang zuhud ini ialah penghuni syurga! Inilah dunia daripada kaca mata seorang ahli akhirat. Bagi mereka, kehidupan mereka di dunia ialah lambang keindahan hidup bersama Allah.

Al-Quran Al-Kareem Dengan Panduan Waqf & Ibtida' (Al-Huda) ~ Telaga Biru

(SEM & S/S) RM80.00 > RM70.40

Al-Quran Al-Kareem dengan Panduan Wakaf & Ibtida’ berdasarkan kitab MANAR AL-HUDA Dan I’RAB AL QURAN. Disertakan indeks I’rab dan nama wakaf bagi perkataan tertentu dalam al-quran.

Terdapat dua tanda wakaf iaitu Wakaf Ibtida’ Merah dan Wakaf Ibtida’ Hijau:-

Wakaf Ibtida’ Merah - memberhentikan bacaan sebelum warna merah dan memulakan bacaan pada kalimah yang berwarna merah.

Wakaf Ibtida’ Hijau - untuk mengulang bacaan pada kalimah yang berwarna hijau sekiranya memberhentikan bacaan selepasnya.

4 warna piliha: biru, hitam, merah, ungu


Tuesday, May 16, 2017

Duhai Hati, Berbahagialah! ~ Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani

(SEM & S/S) RM10.00 > RM8.80

Kumpulan nasihat yang menyentuh dan menyuburkan hati.

Antara Kandungan:
BAHAGIAN 1: BICARA HATI BUAT SEMUA
• Kuatkan Diri, Usah Mudah Merajuk!
• Putaran Kehidupan
• Penyakit Paling Bahaya
• Nasihat Buat Pemilik Hati
• Indahnya Hidup Bersyariat
• Kuasa Istighfar dan Zikir
• Bersatu Demi Kebaikan
• Akhlak Pengguna Media Sosial I
• Akhlak Pengguna Media Sosial II
• Ucaplah Alhamdulillah!
• Wahai Tuhan, Tetapkanlah Hati Ini!
• Prinsip Islam
• Jangan Kotorkan Fitrah!
• Kita Pendosa
• Tetamu yang Pasti Datang

I'm A Backpacker: Japan ~ Kamal Zharif

(SEM & S/S) RM25.00 > RM22.00

Kita mungkin fasih English, tetapi itu bukan satu kelebihan yang bermakna apabila di Jepun. Maka, apa perlu kita buat? Makanan di Jepun adalah antara yang wajib dicuba dan dirasai sendiri. Pun begitu, di Jepun tidak ada cop Halal Jakim. Matilah kita?

Pengangkutan awam di Jepun adalah antara yang tercanggih dan terefisyen di dunia. Cumanya semua macam kompleks sangat. Jadinya bagaimana nak manfaat?

Itu hanya sebahagian daripada persoalan yang ada dalam kepala kita. Jangan bimbang, jawapan-jawapannya ada dalam buku ini. Anda hanya perlu nikmati pengembaraan di Negara Matahari Terbit ini. Selebihnya, biar buku ini uruskan.

Antara Kandungan:
Bab 1 (Tentang Tokyo)
Masyarakat Jepun
Bahasa Jepun dan Sistem Tulisan
Matawang Jepun

Bab 2 (Sebelum Mengembara)
Musim Sejuk
Musim Bunga
Musim Panas
Musim Luruh

Bab 3 (Sejarah Jepun)
Faktor Geografi dan Kehidupan Interdependence Masyarakat Jepun
Faktor Geografi dan Sifat Masyarakat Jepun yang Mementingkan Keselamatan

Never Give Up: Jack Ma in His Own Words (Edisi Bahasa Melayu) ~ Jack Ma

(SEM & S/S) RM25.00 > RM22.00

Sejak Alibaba.com memecah tembok edagang dunia sekitar 2014, nama pengasasnya, Jack Ma menjadi sebutan. Pada tahun 2014 sahaja, jumlah transaksi atas talian Alibaba mencapai jumlah USD 248 bilion, lebih daripada jumlah yang diperolehi oleh Amazon dan Ebay.

Kisah perjalanan Jack Ma membina jenama Alibaba sehingga bergelar gergasi Asia sememangnya memberi inspirasi. Buku Never Give Up: Jack Ma in His Own Words Edisi Bahasa Melayu ini menghimpunkan kata-kata dan pandangan beliau dalam setiap aspek kehidupan yang akhirnya memberi kesan dalam setiap kejayaan yang diraih.

Antara Kandungan:
Bab 1 :PERIBADI
Bab 2: PRINSIP PERNIAGAAN
Bab 3: ALIBABA DAN USAHA NIAGA LAIN
Bab 4: KEPIMPINAN
Bab 5: KEJAYAAN DAN KEGAGALAN
Bab 6: PERSAINGAN
Bab 7: WANG, PELABURAN DAN NILAI
Bab 8: KEUSAHAWANAN DAN INOVASI
Bab 9: PEMASARAN DAN MEDIA
Bab 10: INTERNET, E-DAGANG DAN PERDAGANGAN GLOBAL

Psikologi Orang Berjaya ~ Ainon Mohd.

(SEM & S/S) RM40.00 > RM35.20

Kejayaan dipengaruhi oleh banyak faktor, bukan setakat kelulusan akademik, modal, semangat, dan kecekalan. Buku ini adalah usaha sederhana bagi menerangkan faktor-faktor selain daripada yang empat itu, yang begitu mempengaruhi kejayaan. Ini bukanlah buku terbaik, tetapi mudah-mudahan dengan terbitnya buku ini pembaca mendapat maklumat yang membantu mereka mengorientasikan semula sistem keutamaan mereka dalam mengejar kejayaan.

Antara Kandungan:
Bab 01 Milik Siapa Kejayaan?
Bab 02 Psikologi Pejaya
Bab 03 Prestasi di Sekolah dan Kejayaan
Bab 04 Konsep Diri dan Kejayaan
Bab 05 Orientasi Waktu dan Kejayaan
Bab 06 Menangguhkan Kepuasan dan Kejayaan
Bab 07 Sikap Optimis dan Kejayaan
Bab 08 Pemantauan Diri dan Kejayaan
Bab 09 Efikasi dan Kejayaan
Bab 10 Dorongan dari Dalam
Bab 11 Halangan dari Dalam

Memulakan Bisnes Sendiri ~ Ainon Mohd.

(SEM & S/S) RM40.00 > RM35.20

Memulakan Bisnes Sendiri adalah sebuah naskah yang cukup lama bertahan di pasaran. Dalam edisi terbaru, buku ini telah diolah 100% ke bentuk infografik dan berwarna.

Buku ini ditulis bagi saudara yang baru hendak mencari peluang memulakan bisnes sendiri. Buku-buku panduan memulakan bisnes sendiri yang sudah ada dalam pasaran lazimnya mengandaikan sesiapa sahaja dapat memulakan bisnes sendiri dengan jayanya. Andaian itu meleset daripada realiti sebenar.

Tidak semua orang dapat memulakan bisnes sendiri dengan jayanya. Majoriti individu yang cuba menceburi bidang bisnes mengalami kegagalan dan kerugian dalam tempoh tiga tahun selepas membuka bisnesnya. Ini adalah realiti. Jadi buku ini ditulis bagi membantu saudara mengukur diri saudara, apakah saudara mempunyai keupayaan dan kesanggupan memulakan bisnes sendiri.

Buku ini juga ditulis bagi membantu saudara mengenal pasti beberapa jenis kesilapan yang kerap dilakukan oleh mereka yang baru hendak memulakan bisnes sendiri, supaya saudara tidak mengulangi kesilapan jenis itu. Ada tiga kumpulan orang yang cuba memasuki dunia bisnes:

1. Mereka yang mempunyai bakat semula jadi dalam bidang bisnes.
2. Mereka yang tidak mempunyai bakat bisnes.
3. Mereka yang mempunyai bakat, tetapi bakatnya itu tidak cukup besar.

Al-Quran Muslimah Sofia ~ Karya Bestari

(SEM & S/S) RM35.00 > RM30.80

Spesifikasi:
• Kulit Keras (Hard cover)
• 640 Halaman dengan warna Pelangi Ekslusif
• Kertas Matte Paper
• Ukuran: 14.8cm x 21cm (A5)
• Khat Resam Uthmani
• Diluluskan Lajnah Tasheh Al-Quran Kementerian Dalam Negeri (KDN) Malaysia
• Panduan Tanda Waqaf & Tanda Bacaan
• Doa Khatam al-Quran

Keistimewaan:
• Kemasan reka bentuk ekslusif dan menarik serta mesra pengguna
• Kaedah Tajwid berwarna berserta panduan
• Panduan Waqaf Ibtida’ (cara berhenti dan memulakan bacaan dengan blok warna)
• Panduan bacaan Gharib dalam Al-Quran

Tuesday, May 9, 2017

Why So Serious, Parents? ~ Adlil Rajiah

(SEM & S/S) RM39.00 > RM34.30

Anak tertumpahkan air,marah.
Anak conteng dinding, marah.
Anak lambat membaca, marah.
Semua benda pun nak marah.
Cuba tarik nafas, hembusss....

Kita ibu bapa ni, kadang-kadang terlalu mementingkan diri, tak pandai kawal emosi, tak pandai berlembut dalam mendidik, dan lebih cepat melenting daripada membimbing.
Kita jarang selami jiwa anak-anak. Walaupun dulu semasa bergelar anak, kita juga impikan ibu bapa yang memahami. Kan?

Why so serious, parents?

Jom pasang matlamat untuk sentiasa jadi nombor satu dalam hati anak-anak. Jadi orang pertama yang anak-anak dambakan dalam apa jua situasi.

Sementara mereka masih mahu memandang wajah kita.
Sementara masih kedengaran suara-suara comel mereka memanggil-manggil kita.
Sementara mereka masih sudi peluk cium kita seikhlasnya.
Dan sementara semuanya masih belum terlambat.

Why so serious, parents?

Let's try to put a smile on our face everyday, and be the funniest, the happiest and the proudest parents to our children.

Laba Di Sebalik Bala ~ Pahrol Mohd Juoi

(SEM & S/S) RM20.00 > RM17.60

Sering berlaku dalam kehidupan kita, yang disangka pada mulanya sebuah musibah tetapi apabila sedikit masa berlalu, segalanya bertukar menjadi rahmat. Justeru, apa yang penting dalam mengharungi hidup yang penuh ujian ini bukan apa yang berlaku ‘di luar’ diri kita tetapi apa yang berlaku ‘di dalam’ diri kita.

Sekiranya hitam yang berlaku di luar, tetapi di dalam hati kita putih maka yang hitam itu pun akan bertukar menjadi putih. Mata hanya ‘khadam’ kepada hati. Apabila hati baik, apa yang dilihat oleh mata semuanya baik.

Inilah mesej utama yang dibawa oleh LABA DI SEBALIK BALA. Ia menghuraikan bagaimana Islam berinteraksi dengan pelbagai persoalan agar setiap persoalan itu dapat diselesaikan atau dihadapi dengan baik dan memberi kebaikan.

Buku ini tidak sepenuhnya berbicara tentang ujian, tetapi lebih banyak tertumpu kepada jalan-jalan untuk menghadapinya. Ia mengajak kita menyelesaikan punca masalah, bukan hanya mengubati gejalanya. Juga mengajak hati kita kembali kepada Allah, kerana hanya di situlah ada ketenangan, kejayaan dan kebahagiaan!

Monday, May 8, 2017

Inspirasi Sukur ~ Mohd Sukur Ibrahim, Baharuddin Bekri

(SEM & S/S) RM22.00 > RM19.40
Kisah hidup Tuan Sukur yang dikelilingi insan-insan positif sejak kecil. Kisah dengan ibu bapa, adik-beradik, rakan taulan, rakan bisnes termasuk isteri tersayang. Setiap kisah disertakan dengan gambar berserta 'caption' yang menjadikan kisah ini mudah dihayati.

Antara Kandungan:
BAB 1 - KITA BERMULA DENGAN KEKURANGAN
BAB 2 - FOKUS KEPADA YANG UTAMA
BAB 3 – MULA DENGAN APA YANG ADA DI TANGAN
BAB 4 – MENCARI REALISTIK
BAB 5 – KITA TIDAK PERNAH BERSEDIA MENGHADAPINYA
BAB 6 – BELAJAR DARIPADA PENGALAMAN
BAB 7- SUKUR YANG BERSYUKUR
BAB 8 – ORANG KURANG UPAYA
BAB 9 - BOTOL KICAP
BAB 10 – CIKOKO
BAB 11 – BERSEMBUNYI DI DALAM KOTAK
BAB 12 – KITA SEMUA SEDANG DIUJI

Raja Bersiung ~ Muhd Nur Iman Ramli

(SEM & S/S) RM19.00 > RM16.70

Bab 1:: Keunggulan Negeri Kedah
Bab 2 ::Hikayat Merong Mahawangsa dan Raja Bersiung
Bab 3 Memahami Mitos Raja Bersiung
Bab 4: Sebelum kelahiran Raja bersiung
Bab 5:: Pembukaan Kota Aur
Bab 6:: Bermulanya Pemerintahan Kuku Besi
Bab 7:: Kampar vs Raja Bersiung:Permulaan Revolusi Rakyat
Bab 8:: Perang Menentang Keganasan Raja Bersiung
Bab 9 Tewasnya Raja Bersiung
Bab 10 Pasca Raja Bersiung
Bab 11 KISAH DAN NAMA
Bab 12 Pelbagai Versi Kisah Raja Bersiung
Bab 13 Raja jembal Kelantan Waris Raja Bersiung?
Bab 14 Raja Bersiung dalam Budaya Pop
Menjejak Raja Bersiung
Rujukan

Chicken Soup For The Soul: Tough Times, Tough People (Edisi Bahasa Melayu) ~ Jack Canfield, Mark Victor Hansen, Amy Newmark

(SEM & S/S) RM31.00 > RM27.30

Krisis ekonomi, bencana alam, hilang nikmat kesihatan adalah antara 1001 dugaan dan cabaran yang pasti dirasai oleh setiap manusia. Pun begitu, saat getir pasti akan berlalu, dan meninggalkan insan-insan yang tabah dan kental di belakangnya. Begitulah hikmah yang terkandung dalam himpunan kisah yang dikongsi dalam buku Chicken Soup for The Soul: Tough Time Tough People Edisi Bahasa Melayu ini

Dugaan dan cabaran sememangnya mematangkan jiwa dan fikiran. Dengan mendepani cabaran, kita akan lebih menghargai kehidupan dan setiap insan yang ada dalam hidup kita, serta menemui kebahagiaan di sebalik kesederhanaan hidup.


Kandungan:

Bersyukur Seadanya
Ikatan Kekeluargaan
Garisan Kelabu
Kuasa Berfikiran Positif
Menerima Keadaan Diri
Manusia Cekal

Menu Campak-campak: Makanan Barat ~ Chef Fendi

(SEM & S/S) RM6.50 > RM5.70

Menu Campak-Campak Makanan Barat adalah kombinasi 30 menu mudah pelbagai kategori yang dihasilkan menggunakan bahan yang 'bajet', daripada idea chef selebriti daripada Hypp TV yang terkenal dalam Rancangan Dapur Bujang, Chef Fendi.

Antara Kandungan:

1)Risotto Barli
2)Grape Chicken
3)Beek Steak Sempoi
4)Lamb Chop Mudah
5)Chicken Salad
6)Quasedilla
7)Chicken Chop
8)Fish ‘n’ Chip
9)Spageti Goreng Cepat
10)Mash Potato Sos Daging
11)Pasta Arabiata
12)Ayam Goreng Herba
13)Tortilla Ayam

Alegori Rumah Api ~ Matluthfi

(SEM & S/S) RM25.00 > RM22.00

Buku ini memuatkan 38 buah tulisan multigenre – cerpen, artikel,alegori, esei dan coretan pengalaman.

Kebanyakannya ditulis sepanjang tahun 2016 dan selebihnya pada tahun 2017.

Lukisan-lukisan kebanyakannya adalah hasil tangan isteri dan mak aku. Adalah juga beberapa yang aku (cuba) lukis. Senang sahaja nak teka– yang mulus-mulus abstrak ala-ala Picasso itu akulah pelukisnya. Sebagai pelukis amatur, kami perlahan-lahan belajar melukis dengan memerhati dan merenung ilustrasi-ilustrasi dalam domain awam.

Harapnya buku ini pun dapat perlahan-lahan melukiskan senyuman di muka para pembacanya. Kalau laju lagi bagus!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...