Hubungi Kami

Hubungi Kami

Tuesday, July 31, 2018

#sounddirect: Tuhan Bayar Cash ~ Ustaz Abdullah Khairi

(SEM & SS) RM20.00 > RM17.60

Tuhan Bayar Cash! mengumpulkan 48 topik berkenaan akhlak yang dikupas dalam bentuk santai. Diselitkan dengan 'sound sedas' daripada Ustaz Abdullah Khairi dalam setiap topik memberikan impak luar biasa kepada pembaca.

Antara Kandungan:
1 Menghormati Tanah Haram
2 Menghindari Sifat Takut
3 Tawaduk Seorang Guru
4 Mendoakan Kebaikan Anak
5 Mengawal Bisikan Hati
6 Mensyukuri Nikmat Kurniaan Allah
7 Memaafi Insan
8 Menuruti Kehendak Allah
9 Membaguskan Pembacaan Al-Quran
10 Mentakzimkan Guru
11 Memuliakan Ahlul Bait
12 Tatacara Ketika Berbuka
13 Mengelokkan pelaksanaan ibadat
14 Mengawal Pandangan Mata
15 Mendoakan Mukmin Lain

200 Tip Sihat Akal, Tubuh dan Iman Gaya Rasulullah s.a.w ~ Siti Khadijah Muhamad Radzi

(SEM & SS) RM6.00 > RM5.30

Dalam kita berusaha menegakkan sunnah, perkara utama adalah kita mengenal dahulu Rasulullah s.a.w., dan satu daripada perkara untuk mengenal baginda adalah kita menyusuri perbuatan dan amal dalam kehidupan sehariannya.

Penulisan pada kali ini adalah satu usaha untuk menyebarkan kembali gaya hidup junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w. supaya kita dapat bersama-sama beramal dengan sunnah Nabi s.a.w.

Monday, July 23, 2018

3 Kanser 10 Bulan: Bila Doktor Menjadi Penjaga ~ Dr. K. Azlan

(SEM & SS) RM29.90 > RM26.30

Buku ini membentangkan pandangan dan pengalaman peribadi yang unik dari seorang doktor di mana tiga ahli keluarganya disahkan menghidap kanser dalam masa 10 bulan, dengan harapan dapat membantu pejuang kanser bersama penjaga mereka yang sedang bergelut melawan pelbagai kesukaran dan isu-isu yang mungkin dihadapi.

Melalui penyelidikan dan pengelaman peribadi, Dr Azlan menceritakan penderitaan beliau dan orang-orang kesayangan serta apa yang mereka pelajari bagaimana menangani penyakit yang menggerunkan ini dan akhirnya berjaya.

Setiap 3 jenis kanser yang dihadapi ahli keluarganya mempunyai simpton, pilihan rawatan, malah perkembangan dan prognosis yang berbeza. Beliau membincangkan setiap isu dan cabaran yang dihadapinya untuk setiap jenis kanser, dan dapat membantu kedua-dua pesakit dan penjaga mencari jalan bagaimana untuk berhadapan dengan penyakit ini.

Cinta Di Hati Rasulullah s.a.w: Jadikan Aku Seperti Mereka ~ Miftahul Asrar Malik, Dian Ummu Zahrana

(SEM & SS) RM25.90 > RM22.80

Khadijah, nama yang indah dan mulia. Beliau adalah pembesar kaum wanita Quraisy, seorang wanita yang lembut, berjiwa dermawan, pandai, cerdik dan cerdas. Beliau diajar erti kesabaran oleh latar belakang yang kering dan padang pasir.

Aisyah, simbol kesempurnaan kaum wanita. Beliau adalah puteri khalifah pertama Abu Bakar Al-Siddiq. Bukan hanya cantik luar, beliau juga cantik dalam kerana berakhlah karimah.

Fatimah, puteri tercinta Rasulullah s.a.w. Beliau adalah wanita istimewa dan tiada duanya di muka bumi ini kerana beliau adalah bidadari yang berbentuk manusia. Beliau menjadi orang yang paling mirip dengan Rasulullah, tumbuh dewasa dalam naungan wahyu yang diterima ayahandanya, menjadi penyejuk mata dan penghibur hati Rasulullah s.a.w.

Di Sebalik Sebuah Organisasi Mossad: Agen Rahsia Yahudi ~ Shariman Wahap

(SEM & SS) RM35.90 > RM31.60

Selama ini, kita sering dihidangkan dengan cereka-cereka fiksyen mengenai kisah-kisah penyiasatan, pengintipan dan organisasi rahsia negara-negara tertentu. Biasanya juga, kisah-kisah ini sering dikaitkan dengan penglibatan peringkat tertinggi dalam kerajaan. Nama-nama seperti FBI, CIA dan KGB juga bagai sudah tidak asing lagi dengan kisah-kisah ini sehinggakan kita hampir “terbiasa” dengan rancangan-rancangan jahat dan plot-plot “rahsia” mereka.

Bagi peminat tegar kisah-kisah misteri dan konspirasi peringkat tertinggi, mungkin penglibatan Mossad dalam perlbagai isu global di banyak negara, bukan sesuatu yang menghairankan. Tetapi sebenarnya, masih ramai yang “tidak mengambil tahu” atau “tidak mahu mengambil tahu”, malah anda antara mereka yang “tidak perlu tahu”. Sedangkan ini adalah sebahagian daripada persediaan kita dalam menghadapi musuh-musuh Islam yang sangat tegar ini. Mengenali musuh asalah antara senjata paling ampuh untuk melawan mereka.

Mossad bukan satu kisah fiksyen yang direka bagi mengaut sebarang keuntungan komersial. Tetapi ia adalah sebuah organisasi musuh yang mempunyai reputasi cemerlang dalam perancangan mereka dalam menghancurkan Islam!.

Lembaran Hidup Ulama ~ Muhammad Abdulloh Suradi

(SEM & SS) RM28.90 > RM25.40

"Sesungguhnya ulama adalah pewaris para Nabi. Sungguh para Nabi tidak mewariskan dinar & dirham. Sungguh mereka hanya mewariskan ilmu maka barangsiapa mengambil warisan tersebut ia telah mengambil bahagian yang banyak."
(Riwayat Tirmizi, Ahmad, Abu Daud dan Ibnu Majah. Disahihkan oleh Al-Albani)

"Aku melihat dengan menyibukkan diri dengan fiqah dan dengan mendengar hadis tidak cukup untuk merawat hati melainkan ilmu itu digabungkan dengan perkara-perkara yang melembutkan hati dan membaca cerita sejarah orang soleh."
(Ibnu Jauzi)

Himpunan Kisah Ibu Bapa Tauladan ~ Marina Mat Arus

(SEM & SS) RM23.90 > RM21.00

Anak adalah anugerah terindah dan amanah dari yang Maha Esa buat pasangan yang sudah berumahtangga. Setiap daripada mereka juga lahir ke dunia dalam keadaan fitrah, iaitu suci dan bersih daripada segala dosa.

Maka, kedua-dua ibu bapalah yang bertanggungjawab mencorakkan kehidupan anak-anak sejak kecil. Mahu mendidik mereka menjadi seperti apa? Itu terserah kepada kita selaku ibu bapa mahupun penjaga.

Justeru, 32 cerita dalam buku ini berkisar mengenai teladan ibu bapa ulama hadir bagi membantu ibu bapa 'menjejaki' uslub atau manhaj didikan yang dilakukan oleh para solehin dalam 'melentur' keperibadian anak-anak mereka sehingga menjadi ningrat atau golongan mulia dalam kalangan masyarakat.

Kronologi Misteri Menjelang Kemunculan Imam Mahadi dan Kedatangan Nabi Isa ~ Mohammad Suhair Asyaraf

(SEM & SS) RM37.90 > RM33.40

Salah satu bukti kehebatan Islam ialah hadis-hadis Rasulullah s.a.w. mengenai masa depan umat khususnya umat akhir zaman. Salah satu hadis menakjubkan ialah mengenai kemunculan seorang lelaki Ahli Bait yang bakal menjadi panglima perang dan khalifah akhir zaman. Masyarakat barat mengenali sebagai 'Muhammad kedua'. Umat Islam pula mengenalinya sebagai 'Imam Mahdi'. Beliau akan membawa keamanan dan melaksanakan syariat di seluruh dunia.

Rasulullah s.a.w. turut bersabda mengenai Al-Malhamah Al-Kubra iaitu sebuah peperangan paling dahsyat antara pihak Islam dan kufar. Peperangan itu pula tidak menggunakan senjata berteknologi tinggi. Sebaliknya menggunakan senjata lama seperti pedang, tombak, panah dan sebagainya. Malah dikatakan juga, pada masa itu, semua peralatan teknologi tidak lagi mampu berfungsi seperti sekarang. Bagaimana semua itu boleh terjadi? Tidak lama selepas Imam Mahdi dan para tentera sufinya berjaya menguasai dunia, Dajjal akan muncul bersama bala tentera kufarnya. Kemudian Nabi Isa a.s. pula akan turun dan menghapuskan Dajjal dan semua fitnahnya. Dunia masih belum aman. Ini kerana selepas itu, manusia diancam pula oleh yakjuj Makjuj, satu bangsa asing dan aneh yang dikurung di dalam tembok batu oleh Iskandar Zulkarnain, di suatu tempat yang dirahsiakan oleh Allah.

Thursday, July 19, 2018

Nota Kewangan Sentap ~ Harith Faisal

(SEM & SS) RM30.00 > RM26.40

Anak muda yang belum berkahwin, yang tidak ada tanggungan, biasanya tak kisah sangat hendak urus duit. Asalkan setiap bulan cukup makan, minum, enjoy, ada tempat tinggal, sudah rasa bagus sangat dah.

Bagi yang sudah berkahwin, mereka lain macam sikit. Mereka sudah ada tanggungan, sudah matang dari segi emosi. Tanggungjawab terhadap anak dan isteri adalah motivasi terbaik untuk uruskan kewangan dengan baik.

Sebenarnya, sama ada kau sudah berkahwin atau belum, kau tetap boleh jadi orang yang bijak urus duit. Cari motivasi, tetapkan matlamat.

Buku ini saya hasilkan sebagai buah tangan saya kepada anak muda. Digarap khas secara santai, sentap dan sempoi untuk anak muda yang sedang mencari jalan cari rumah pertama, hala tuju kewangan dan kehidupan yang lebih baik.

Semoga anda dapat kongsikan kebaikan buku ini kepada keluarga dan ahli keluarga anda. Sama-samalah kita melaksanakan bahagian masing-masing supaya manfaatnya akan melahirkan satu komuniti bijak kewangan.

Berani Menjadi Benar ~ Bonda Nor

(SEM & SS) RM20.00 > RM17.60

Berani Menjadi Aku menyajikan 20 kisah yang diadaptasi daripada kisah-kisah benar dalam masyarakat. Ia berkisar tentang cerita santai zaman kanak-kanak dan remaja yang setiap pembaca juga mungkin pernah melaluinya. Ia kisah kita! Kisah zaman ‘tak cukup akal’ yang mempamerkan pemikiran yang dangkal. Kisah yang menjadi bukti bahawa satu ketika dahulu kita juga pernah menjadi keliru dan mungkin tersilap memilih sesuatu. 

Namun, ia kemudiannya menjadi kisah menarik yang telah banyak membantu kita menjadi lebih baik. Banyak ibrah yang boleh diraih daripada sesuatu yang telah menjadi sejarah. Sesuatu yang membawa kita semakin hampir kepada Allah.

Up To You ~ Bonda Nor

(SEM & SS) RM20.00 > RM17.60

Antologi UP TO YOU adalah himpunan tulisan 20 orang penulis lama dan baharu. Ia ditulis dalam bentuk cerpen dengan mengadaptasi kisah-kisah benar yang berlaku di kalangan kanak-kanak dan remaja. Fokus penulisannya bermula pada sisi kesilapan dan pemberontakan. Kemudian fokusnya beralih pada natijah dan ibrah. Sangat banyak yang boleh kita jadikan pengajaran! Istimewa untuk orang dewasa, membacanya bagai mengembalikan nostalgia zaman kanak-kanak dan remaja sendiri. Benar. Kita juga pernah berada di titik kehidupan yang sama. Pernah memberontak dan salah faham seperti mereka. 

Maka gunakanlah pengalaman tersebut sebagai satu alat untuk mengendalikan kanak-kanak dan remaja dengan sebaik-baiknya. Insya-Allah dengan cara itu, banyak masalah dapat diselesaikan dengan cara yang lebih berhikmah.

Mikhail ~ Ramlee Awang Murshid

(SEM & SS) RM23.00 > RM20.20

MIKHAIL – bukan sekadar sebuah nama. Selama 16 tahun menjadi pelarian di perantauan, dia muncul semula memburu mangsa-mangsanya. Mikhail membunuh kerana dendam lama. Sewaktu usia remaja, keluarganya telah ditembak mati. Mikhail telah diselamatkan Dickens, seorang lelaki Amerika Syarikat yang juga merupakan rakan niaga ayahnya, Tuan Sadon. Dickens melatih Mikhail menjadi seorang pembunuh profesional untuk membela kematian keluarga.

Dalam pada itu, Mikhail juga menghidapi sejenis penyakit paranormal. Apabila retina matanya terkena cahaya matahari atau silauan lampu yang terang lagi tajam, dia akan berada dalam satu dimensi yang tidak diketahui. Kadangkala dia terperangkap antara dua dimensi – fantasi dan realiti. Akibatnya, Mikhail sukar membezakan mana yang benar.

RAMLEE AWANG MURSHID menampilkan novel MIKHAIL sebagai satu agenda yang dipengaruhi wang bertunjangkan kuasa. Wang serta kuasa dijadikan sandaran sebagai satu simbol kejahatan. Mereka yang enggan bekerjasama akan dijatuhkan hukuman mati. Mikhail pula adalah alat kepada misi pembunuhan itu. Saspens dan penuh emosi!

Sunday, July 15, 2018

Panduan Menjadi Bapa Idaman ~ Al-hidayah

(SEM & SS) RM15.90 > RM14.00

Anak-anak Belajar dari Kehidupannya

• Jika anak dibesarkan dengan celaan, dia belajar memaki.
• Jika anak dibesarkan dengan permusuhan, dia belajar berkelahi.
• Jika anak dibesarkan dengan cemuhan, dia belajar merasa rendah diri.
• Jika anak dibesarkan dengan hinaan, dia belajar menyesali diri.
• Jika anak dibesarkan dengan toleransi, dia belajar menahan diri.
• Jika anak dibesarkan dengan pujian, dia belajar menghargai.
• Jika anak dibesarkan dengan rasa selamat, dia belajar meletakkan kepercayaan.
• Jika anak dibesarkan dengan kasih sayang dan persahabatan...


Bekalan Kebahagiaan Dan Petunjuk Jalan Menuju Syurga (Heaven Is For Real) ~ Syeikh Ibnu Hajar Al-Asqalani

(SEM & SS) RM21.00 > RM18.50

Kehidupan di dunia ini hanya sementara. Persinggahan seketika untuk mengumpulkan bekalan secukupnya untuk kehidupan yang abad. Di sana ada dua destinasi yang mungkin dituju. Bergantung kepada bekalan yang berjaya dan mampu kita kumpulkan. Dalam mendapatkan bekalan tersebut kita perlukan panduan, ilmu dan bimbingan. Tanpa panduan yang betul mungkin destinasi akan tersasar. Tanpa ilmu yang mantap mungkin hanyut dalam emosi dunia. Tanpa bimbingan yang benar mungkin kita akan tersungkur lesu.

Buku hasil karya Syeikh Ibnu Hajar Al-Asqalani ini merupakan sebuah karya yang amat berguna untuk kita dalam mendapatkan bekalan bagi mencapai kebahagiaan dunia dan petunjuk jalan menuju syurga yang menjadi idaman setiap jiwa yang beriman. Kesimbangan rohani dan kehidupan dunia amat penting untuk mencapai kejayaan di akhirat. Dimuatkan dengan nasihat-nasihat yang berdasar sumber hadis Rasulullah S.A.W, kisah para sahabat dan kata hikmah para cendikiawan terkenal dalam bidang hadis, fiqh dan tasawuf. Memberikan kita ilmu dan panduan untuk menjalani kehidupan di dunia ini. Lebih-lebih lagi dalam era atau zaman yang begitu mencabar ini. Dugaan dan cabaran.nya begitu besar. Kemungkinan-kemungkinan yang akan mendatang mampu mengugat keimanan. Untuk menghadapi dan mengharungi dunia ini perlukan sandaran dan persediaan yang mantap dan jitu.

Surah Yasin ~ Al-Hidayah

(SEM & SS) RM8.90 > RM7.80

7 X 10 inci

Surah Al-Kahfi, Surah Yasin Tahlil & Doa, Al-Mathurat dan Manzil ~ Al-hidayah

(SEM & SS) RM8.90 > RM7.80

7 X 10 inci

Cara Belajar Bahasa Arab I'rab & I'lal ~ Mukhlas Asy-Syarkani

(SEM & SS) RM12.00 > RM10.60

Agama Islam adalah manhajulhayah atau jalan hidup, yan merupakan pedoman untuk kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Sebagai sumbenya.Rasulullah SAW telah meninggalkan dua pusaka iaitu Al: Quran dan hadith yang disampaikan dalam bahasa Arab. Sesungguhnya merupakan tanggungjawab setiap umat Islam untuk mempelajari bahasa Arab supaya mudah memahami Al-Quran dan hadith tersebut.

Buku Cara Belajar Bahasa Arab ini sangat berguna bagi memperdalamakan tatabahasa Arab, kerana kaedah-kaedah dalam buku ini disusun secara sistematik. Dimulakan dengan kalimah isim, fi'il serta bahagian-bahagian lain yang dijelaskan secara berperingkat-peringkat. Semuanya membantu setiap individu yang ingin meningkatkan pembelajaran dalam bahasa Arab, sehingga memudahkan memahami ilmu lain.

Zikir & Doa Penangkal Gangguan Jin & Syaitan: Dipetik Daripada Al-Quran ~ Jamaluddin Ibrahim Mydin

(SEM & SS) RM4.50 > RM4.00

Gangguan terbesar yang sering menimpa manusia adalah gangguan jin & syaitan ini. Allah s.w.t berfirman yang bermaksud :

"Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh(mu), kerana sesungguhnya syaitan-syaitan itu hanya mengajak golongannya supaya mereka menjadi penghuni neraka yang menyala-nyala" (Fathir: 6)

Rasulullah S.A.W bersabda: "Syaitan adalah serigala bagi manusia."

Doa & Zikir Penawar Tekanan Segera ~ Fathullah Yasin

(SEM & SS) RM7.00 > RM6.20

Doa & Zikir bukan hanya sekadar ibadah. Malah fungsi dan kesannya lebih dari itu. Bagi jiwa yang agak tertekan dan tidak tenang, doa & zikir juga merupakan salah satu terapi yang mampu memberi ketenangan masalah kehidupan. Walaupun ia kelihatannya seperti tidak logik oleh akal manusia. Namun itulah kekuasaan dan kasih sayang Allah kepada hamba-Nya bernama manusia.

Buku ini menghimpunkan doa & zikir yang boleh kita amalkan bila-bila masa lebih-lebih lagi ketika mana jiwa dan perasaan terasa tertekan dan bercelaru. Ia amat mudah untuk diamalkan . Setiap doa & Zikir kita ucapkan itu Insya-Allah akan mendapat ganjaran pahala daripada Allah.

Maka tinggalkan perbuatan bodoh yang sering dilakukan orang yang ditimpa masalah dengan menghabiskan masa mereka dengan aktiviti yang tidak berfaedah dan maksiat. Contohnya menyendiri dan menjerit tidak tentu hala, mengambil dadah, minuman keras dan banyak lagi perlakuan yang tidak bermanfaat malah diri sendiri dan orang lain.

Sekiranya anda dilanda masalah dan tekanan hidup mengadulah, berdoalah dan memohonlah kepada Allah. Kerana sesungguhnya Allah itu Maha Mendengar, Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Tuesday, July 10, 2018

Mau'izhah Hasanah 4: Talian Hayat di Barzakh ~ Ustaz Ahmad Dusuki Abd. Rani

(SEM & SS) RM22.00 > RM19.40

Mau‘izhah Hasanah 4: Talian Hayat Di Barzakh ialah buku terakhir dalam siri Mau‘izhah Hasanah.

Buku ini menekankan perkaitan antara kita yang masih hidup dengan mereka yang sudah meninggal dunia. Sesungguhnya alam barzakh sangat menggerunkan dan menakutkan, maka sewajarnya kita mempersiapkan sebanyak mungkin amal sebagai bekal untuk ke sana.

Namun jika bekal yang dibawa tidak mencukupi, apa lagi daya yang ada saat kita sudah tiba di barzakh? Hanya doa dari mereka yang masih hidup akan memberi kelegaan. Doa orang Mukmin membantu ahli kubur seperti talian hayat di barzakh.

ANTARA KANDUNGAN
SELARASKAN KEHIDUPAN SEBELUM MATI
- Penderitaan Mayat Akibat Ratapan Orang Terhadap Dirinya
- Selaraskan Matlamat Hidup kepada Akhirat
- Islam Melarang Meratapi Kematian
- Mayat Terseksa Apabila Berlaku Ratapan

MAYAT DIAZAB AKIBAT PERBUATAN ORANG YANG MASIH HIDUP
- Tangisan Orang yang Masih Hidup
- Islam Melarang Binaan di Atas Kubur
- Ratapan Umpama Dijirus Air Panas Mendidih
- Pembahagian Harta Pusaka dan Pertengkaran
- Pertengkaran di Dunia Terbawa-bawa ke Akhirat

Panduan Ibadah Pesakit ~ Azhar Yahya, Fadhilah Yaacob

(SEM & SS) RM15.00 > RM13.20

Setiap pengalaman dan ilmu yang diperolah digarap dengan pedoman berasaskan hukum syarak, di samping memasukkan nilai tambah tentang kaedah-kaedah melaksanakan ibadah ketika menghadapi keuzuran mengambil pendapat terkuat serta sesuai dengan keutamaan mudah, pesakit juga boleh beribadah

Al-Quran Al-Karim & Terjemahan Al-Fauzan ~ Telaga Biru

(SEM & SS) RM50.00 > RM44.00

Terjemahan dengan bahasa Melayu kontemporari

Kelebihan Alquran ini:
  • Subtopik pada terjemahan ayat 
  • Disertakan Asbabun Nuzul ayat 
  • Hadis sahih pilihan 
  • Diwarnakan doa daripada al-Quran
  • didatangkan dengan 2 warna, pink & biru


Saya Suka Mengaji ~ Khadijah Gani

(SEM & SS) RM21.00 > RM18.50

Minda anak-anak mudah dibentuk dari kecil. Dari situ juga, minat anak-anak terhadap sesuatu dapat dipupuk dan bercambah dengan mudahnya. Buku hasil tulisan Khadijah Gani, Saya Suka Mengaji ini membuktikan bahawa banyak pendekatan yang boleh di ambil dalam memupuk minat anak membaca al-Quran. Tidak kiralah anak-anak ini berasal daripada keluarga yang bagaimana, semuanya boleh dibentuk dengan cara yang sepatutnya.


Al-Quran Al-Karim & Terjemahan Al-Ghufran

(SEM & SS) RM80.00 > RM70.40

Diterjemahkan dalam bahasa Melayu moden.

Kelebihan Al-quran Ini:
  • Dikeluarkan dengan dua warna kulit yang menarik (biru & pink)
  • Setiap juzuk mempunyai warna berbeza
  • Dinyatakan Asbabun Nuzul bagi ayat-ayat pilihan 
  • Dihuraikan dengan hadis-hadis yang sahih


Kuasai Tajwid 6 Jam ~ Ustaz Zubair Malik

(SEM & SS) RM30.00 > RM26.40

Buku ini menghuraikan hukum hakam Tajwid dengan lengkap. Ia disampaikan dengan penyampaian yang penuh warna, lengkap dengan contoh, disertai carta dan rajah serta grafik bagi memudahkan pemahaman.

Sesuai dimilik oleh pelbagai peringkat usia yang ingin mempelajari ilmu Tajwid dan memperbaiki mutu bacaan al-Quran.

KANDUNGAN
Doa Membaca & Menghafaz Al-Quran
Nama-Nama Huruf Hijaaiyyah
1. Sejarah Ringkas Al-Quran
2. Pengenalan Huruf Hijaaiyyah
3. Pengenalan Ilmu Tajwid
4. Makhraj Huruf
5. Sifat Huruf
6. Hukum Mad
7. Hukum Mim Mati
8. Hukum Nun Mati & Tanwin
9. Hukum Idghåm
10. Hukum Qålqålah
11. Hukum RÃ¥
12. Hukum Lam Alif
13. Hukum Bacaan Lain
14. WaqÃ¥f & Ibtida’

Cukuplah Allah Bagiku ~ Thebingkisanhati

(SEM & SS) RM20.00 > RM17.60

Buku CUKUPLAH ALLAH BAGIKU dikarang oleh empunya nama penathebingkisanhati adalah buku kedua beliau bersama dengan Galeri Ilmu Sdn. Bhd.

Buku ini menyentuh mengenai kehidupan kita yang terlalu banyak cabang yang harus kita pilih. Kadang-kadang sengaja Allah biarkan kita dengan keputusan dan pilihan yang salah sehingga mengheret kita ke dalam masalah kerana itu adalah takdir Allah dan kerana itulah juga yang bernama ujian.

Maka apa saja pilihan yang telah kita buat, episod hidup yang telah kita jalani, peristiwa yang telah kita lalui, jangan pernah menyesal. Di sebalik episod kehidupan yang telah kita lalui, ada sesuatu yang perlu kita pelajari. Agar hari yang mendatang, kita tak akan ulangi kesilapan yang sama.

Buku bertajuk Cukuplah Allah Bagiku merupakan coretan, monolog serta puisi yang tulus dari sanubari penulis. Beliau mengharapkan agar buku ini ada manfaat dan kebaikan yang akan diperoleh kerana kita semua sering rapuh apabila diuji juga kita semua sering terduduk saat diasak dengan duka dan gelora dunia.

Semoga ujian yang hadir bersama air mata itu bukan sebagai petanda kita lemah tetapi sebagai petanda kita sedang mengumpul kekuatan.

Mr. Gentleman Dambaan Wanita ~ Ustaz Muhammad Abdullah Al-Amin

(SEM & SS) RM15.00 > RM13.20

Keluarga ialah gedung pahala. Banyak pahala yang datangnya daripada keluarga. Contohnya, suami yang mencari nafkah untuk isteri, isteri melayan suami, suami isteri yang menjaga anak dengan baik, semua itu dibalas dengan pahala oleh Allah SWT. Oleh kerana keluarga adalah gedung pahala, maka syaitan sangat tidak menyukainya. Justeru, keluarga merupakan antara institusi utama yang menjadi sasaran serangan syaitan untuk dimusnahkan. Bagi melindungi dan memelihara keluarga daripada serangan serta gangguan syaitan laknatullah itu, kita diajar prinsip kekeluargaan dan doa-doa tertentu yang berkaitan dengannya. 

Dalam hal ini, suami yang merupakan nakhoda rumah tangga berperanan membawa keluarganya ke jalan yang diredhai Allah SWT. Maka, penting bagi suami berwatak sebagai ‘rijal’ sebagaimana yang dikehendaki syariat Islam. Terdapat lapan perkara yang boleh dibahaskan tentang bagaimana caranya untuk menjadi seorang suami berperwatakan ‘rijal’ yang diketengahkan dalam buku ini. Semoga ia menjadi panduan dan inspirasi kepada seorang suami khususnya dalam mengemudikan rumah tangga agar bahagia dunia dan akhirat.

Friday, July 6, 2018

Koyak ~ Muhd Iqbal Samsudin

(SEM & SS) RM22.00 > RM19.40

“Ah, yang itu pun kau nak koyak?”

Insan yang koyak dipersalahkan terlebih dahulu berbanding apa yang menyebabkan dia terkoyak.

Kita tidak sama. Tahap kesakitan kita juga berbeza-beza.

Jangan kita anggap suatu kekecewaan itu kecil di sisi kita, kecil juga di sisi orang lain. Jangan kita sangka suatu sakit kecil di sisi kita, sakit kecil juga di sisi orang lain. Kita manusia ini berbeza-beza. Berlainan juga tahap ketahanan masing-masing.

To My Dearest Family ~ Amiza Khusyri Yusof

(SEM & SS) RM20.00 > RM17.60

HIDUP INI BUKAN UNTUK GEMBIRA?
BUKAN UNTUK GEMBIRA SAJA.
TAPI UNTUK BAHAGIA. BAHAGIA DUNIA. BAHAGIA AKHIRAT.

Bahagia tidak mampu dicapai seorang diri. Ia datang daripada orang disekelilingmu. Orang yang paling rapat. Yang terlebih dahulu memegangmu sebelum kau tersungkur. Yang menyimpan tangismu dan yang memberi hati mereka kala kau belum menjadi menang.

Mereka, adalah keluargamu.
Siapa yang tidak mahu memiliki keluarga yang bahagia?

Untuk punya keluarga yang baik, seorang ibu mahupun ayah, berusaha member yang terbaik. Dan tiada yang lebih baik daripada untaian kata-kata yang disusun indah dan berhikmah, daripada pengalaman dan nostalgia lampau ibu dan ayah, yang anak-anak tidak miliki.

Buat pedoman yang berkekalan, walau beratus tahun.








Berpindahlah. Berhijrahlah. Usah berlama-lama menangisi pemergian sedangkan banyak lagi ruang dan peluang boleh diteroka.

Doktor Sakit ~ Dr. Atikah Razali

(SEM & SS) RM21.00 > RM18.50

Keadaan bahagian trauma dan kecemasan hospital daerah itu sedikit kelam-kabut walaupun jam hamper menunjukkan pukul 3.00 pagi. Pesakit tidak putus-putus datang. Ada pula seorang pesakit yang mengadu mengalami kesukaran bernafas di rumah, tidak sedarkan diri pula di hospital akibat serangan jantung yang serius.

Di tengah kekalutan berusaha untuk menyelamatkan nyawa pesakit tersebut (dengan izin Allah SWT), tiba-tia terdengar suara seseorang memarahi seorang staf,”Hoi boleh cepat tak buat kerja tu? Saya demam dah dua jam tunggu ni!”

Walaupun saat itu matanya boleh melihat jelas doctor, pembantu pegawai perubatan dan jururawat berlari-lari dalam kesibukan. Bagaimana jika ahli keluarga mereka pula di tempat pesakit yang sedang bertarung nyawa?

Cuba anda fikirkan kembali, ANDA RASA DOKTOR ADA MASA UNTUK SAKIT?

Orang Yang Lupa Takkan Ingat Perkara Esok ~ Nasrullah Amran

(SEM & SS) RM22.00 > RM19.40

“Betul la, aku selalu lupa. Selalu buat macam tu. Tak boleh jadi, aku kena ubah lepas ni.”

Lupa ini jika dibiarkan akan mempengaruhi siapa dan kehidupan kita. Supaya tidak lupa, maka perlulah diulang-ulang peringatan.

“Eleh, benda sama saja yang diulang-ulang. Dah klise. Semua tu aku dah tahu la.”

Kerana berasa diri sudah tahu semua, kita akan jadi bodoh. Bodoh dalam hal yang kita tidak tahu. Bak kata Kiyai Mustofa Bisri:

“Kamu akan menjadi pandai apabila masih banyak yang perlu dipelajari, kamu akan jadi bodoh apabila berasa sudah cukup tahu.”

Peringatan diulang ada maknanya. Ia menjadikan kita lebih kuat pada masa depan.

Semoga perkara yang biasa kita lupa menjadi penting, sehingga kita benar-benar menjadikannya sebahagian daripada kehidupan. Hilangnya ia seperti tidak lengkap anggota badan.

Pematah Hati Yang Tak Dirindukan ~ Saifuddin Hamizan, Baha'uddin Hamizan

(SEM & SS) RM35.00 > RM30.80

“Tidak pernah terlihat dua orang yang saling mencintai (yang lebih baik/indah) seperti pernikahan.”
(Riwayat al-Baihaqi dan Ibnu Majah)

Usah diratapi orang yang memilih untuk pergi, namun perbaikilah diri dan dekatilah Yang Maha Mengasihi. Ketika Dia menurunkan ujian, memang terlalu banyak persoalan timbul.

Soalan yang mungkin kerap kali diulang Tanya, “Kenapa aku? Kenapa aku? Kenapa aku?”

Berpindahlah. Berhijrahlah. Usah berlama-lama menangisi pemergian sedangkan banyak lagi ruang dan peluang boleh diteroka.

Banja Manggala ~ Ramlee Awang Murshid

(SEM & SS) RM28.00 > RM24.60

AMAR diselamatkan sepasukan komando Malaysia di sebuah telaga pada penghujung Perang Bosnia pada tahun 1995. Askar-askar Serbia yang memburunya ditemui mati dibaham kawanan serigala. Amar bersama sebilangan kanak-kanak Bosnia dibawa ke Malaysia dalam program anak angkat. Dia akhirnya diasuh dan dibesarkan oleh keluarga seorang jeneral, iaitu Dato’ Husam dan isterinya, Datin Normazlina. Pasangan itu mempunyai seorang anak perempuan bernama Rania.

Dua puluh tiga tahun berlalu, Amar sering dibayangi seekor serigala salji. Sering bermimpi berada di lembah banjaran Bosnia-Herzegovina yang hanya dihuni kawanan serigala. Dipercayai lembah banjaran itu kehilangan seorang Armel. Sejak peristiwa itu kehidupan Amar menjadi serabutan. Akhirnya dia pulang semula ke Bosnia-Herzegovina untuk mencari jawapan tentang asal usulnya yang diyakini berasal dari lembah berjiwa kosong.

Rania yang bertugas di sebuah stesen penyiaran antarabangsa membuat penggambaran travelog musim kedua tentang perang Bosnia. Bagaimanapun perancangannya tidak menjadi apabila diculik di Saravejo bersama dua rakan sekerjanya. Amar yang kebetulan berada di Wilayah Balkan nekad untuk menjejaki adiknya. Pada masa yang sama pembunuhan bersiri turut berlaku. Culik dan bunuh, jenayah kejam yang sedang disiasat oleh seorang pegawai polis veteran bernama Hasanovic.

Monday, July 2, 2018

Ensiklopedia Akhlak Rasulullah ~ Dr. Norhanisah Senin, Dr. Siti Fairuz Ramlan, Yusuf Hawasy, Faiz Muhamad

(SEM & SS) RM75.00 > RM66.00

Akhlak merupakan cerminan daripada pancaran keimanan yang telah meresapi dan menepati dalam hati seseorang. Oleh sebab itu, akhlak yang lahir daripada seseorang merupakan tindak balas automatik daripada minda bawah sedarnya tanpa boleh dibuat-buat. Jika baik imannya, maka baik akhlaknya. Begitulah sebaliknya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...