Hubungi Kami

Hubungi Kami

Monday, March 28, 2022

Promosi Raikan Ramdhan 2022

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan

Moga pada Ramadhan yang menjelma pada kali ini, ia memberi ruang buat kita semua memperbaiki diri dan menambahbaikan lagi pahala berbanding tahun sebelumnya. 

Untuk yang mencari Al-Quran, Al-Quran Terjemahan, rehal dan buku agama mahupun motivasi, kali ini kami membantu anda mendapatkan ini semua pada HARGA ISTIMEWA SELAMA SEBULAN. Moga ia bukan sahaja menjadi ladang pahala buat anda tetapi juga buat kami 😇






Thursday, March 17, 2022

Buat perkara baik tu mudah


Hidup hanya sekali. Jom usaha buat kebaikan. Biarlah kita mati dalam melakukan kebaikan.
Mati itu pasti, hidup InsyaAllah.

Buku: Hisham AR. 2018. Untuk Hidup 2 Kali. Mustread Sdn Bhd. Selangor.

Khalifah-Khalifah Yang Benar ~ Abdul Latip Talib

(SEM & SS) RM70.00 > RM66.00

Mereka digelar Khulafah Ar-Rasyidin (Khalifah-khalifah yang mendapat petunjuk) kerana memerintah mengikut cara Nabi Muhammad s.a.w. dalam setiap aspek pemerintahan.
  • Abu Bakar As-Siddiq
  • Umar Al-Khattab
  • Uthman bin Affan
  • Ali b Abi Talib

The Science of Allah: The Theory of Everything ~ Sallina Ismail

(SEM & SS) RM52.00 > RM50.00

Investigation on how life and death works has always been a personal endeavour arising from the books the author has written. Her writings use Islamic Sufism, Quranic verses in its esoteric significance with scientific metaphysics parallel to quantum physics and cognitive science as a framework to gain insight into how intelligence is organized within the scale of matter that was not captured by Hadith methodology and Islamic jurisprudence.

The author has discovered the beauty of solat and decoded its secret treasures to gain insight into how death works is truly inspiring. Her writings transcend data and logic, but embraces the Truth and Reality and should be regarded as the most important knowledge. This book will also assist scholars to rethink about the interpretation of the Holy Qur’an in the 21st century mindset.

 

Dari Titik Ke Titik ~ Dr. Maziah Ahmad, Dr. Ahmad Zubaidi, Dr. A'isyah

(SEM & SS) RM30.00 > RM29.00

Inilah cerita perjuangan ayah, datuk dan moyangku kesemua nya pejuang-pejuang berjiwa besar. Akibat kerakusan penjajahan Belanda di Sumatera, moyangku diusir dari kampung halaman dengan pilu dan kejam sejak kurun ke-19. Datukku terpaksa berhijrah ke Malaysia sehingga Selat Melaka memisahkannya dengan keluarga, anak dan Isteri selama bertahun-tahun lamanya Ayahku, Ahmad Mahldin, dibesarkan di zaman Jepun pada 1931 di Ayer Tawar, Perak. 

Kehidupan serba susah sebagai anak yatim tidak menghalang kejayaannya sehingga mendapat pendidikan tinggi di zaman pemerintahan Inggeris. Pada era pembangunan yang rancak selepas kemerdekaan, beliau menjadi pelopor ('ploneer') kepada pem- bukaan hutan untuk perladangan getah dan kelapa sawit (FELDA) serta penanaman semula getah (RISDA).

Amukan Manusia Ciptaan (Projek Athena) ~ Syeraho

(SEM & SS) RM30.00 > RM29.00

Jangan kalah dengan diri kau, Athena!

Setelah misi menyelamatkan isteri presiden yang diculik menemui kegagalan, negara Erudayn gempar pula dengan berita pembunuhan presiden dan serangan android pengganas. Rentetan tragedi itu membuatkan Athena merasakan kewujudannya sebagai manusia ciptaan adalah penyebab utama.

Kau hanyalah manusia ciptaan yang mengecewakan!”

Keadaan semakin genting apabila Athena tiba-tiba bertukar menjadi makhluk bengis yang tidak mampu dikawal. Orang-orang yang dia ingin lindungi kini menjauhinya. Bahkan, pasukan inteligen khas merancang untuk menangkapnya. Athena semakin tersepit; benarkah dia seorang pelindung, atau sebenarnya raksasa?

Emily yang sering muncul dalam mimpinya buat Athena sedar bahawa pertempuran kali ini bukan hanya tentang mengalahkan kejahatan luaran, tetapi melawan musuh dalaman yang tersembunyi – dendam dalam diri manusia, dan ketakutan dalam diri sendiri!

Sehingga Yang Patah Tumbuh ~ Aishah Madadiy

(SEM & SS) RM30.00 > RM29.00

Kamu kata, kamu tak hidup dengan kenangan. Jadi kenapa masih terkesan dengan hal lalu?”

Nawal Hamdi tekad. Kali ini dia memilih bersendirian. Dia tidak lagi berharap pada ayahnya. Dia tidak lagi peduli pada Wadi, lelaki yang telah menghancurkan harapannya. Mana mungkin perempuan yang kuat sepertinya kalah dengan emosi sendiri.

Nawal membawa diri jauh ke London demi menjejaki kakaknya. Sudah lima tahun kakaknya menghilang tanpa khabar setelah berkahwin dengan lelaki pilihan. Tanpa diduga, keberadaannya di sana mencetuskan perbalahan lain pula apabila Nawal tersepit dalam konflik rumahtangga sahabat baiknya.

Pencarian Nawal tiba-tiba dikejutkan dengan khabar ngeri bahawa kakaknya disyaki terlibat dengan kumpulan pengganas. Ketika ini, kehadiran Ali seolah menawarkan harapan, sedang hatinya tidak sedia dilukai lagi.

Kemelut yang tidak berkesudahan membuatkan Nawal semakin terbelenggu. Nawal mulai sedar, demi menemukan semula kebebasan jiwanya, ada sesuatu yang dia perlu tawan - egonya.
 

Malaysia Melabur 10 Benda Kita Kena Tahu ~ Eza, Khairi (Pak Teh)

(SEM & SS) RM30.00 > RM29.00

Kenapa Anda Perlu Baca Buku Ini?
Pernahkah hal-hal berikut terlintas di minda anda?

• Hendak melabur, tetapi di mana patut saya melabur?
• Hendak melabur, tetapi risau pula ditipu scammer?
• Bagaimana untuk memastikan sesuatu pelaburan itu adalah patuh Syariah atau tidak?
• Antara jenis-jenis pelaburan, yang manakah paling sesuai dengan saya?
• Dalam suasana ekonomi yang tidak menentu, apakah pelaburan 'Safe Haven' yang
boleh saya pilih?

Dapatkan penyelesaian kepada semua isu panas di atas, dan banyak lagi, di dalam buku yang penuh dengan maklumat ini. Anda juga perlu baca buku ini kerana:

1. Pelbagai contoh dan bimbingan diberikan daripada mereka yang berpengalaman. Dibawakan kepada anda oleh mereka yang berada di sebalik tabir laman web kewangan dan pelaburan #1 Malaysia, MajalahLabur.com.

2. Daripada beribu-ribu artikel yang telah Majalah Labur keluarkan, ini adalah rumusannya. Yang

Jangan berhenti belajar


Keep on learning gais 💪💪💪
Setiap hari pasti ada ilmu baru Allah akan berikan pada kita.

Jika kita berjaya, kita akan gembira. 
Jika kita gagal, kita dapat pengalaman & ilmu baru.

Jangan putus asa wahai ibu


Jangan mengalah wahai ibu-ibu diluar sana. Kita Ada Allah untuk meminta.

Buku: Siti Nadzrah Sheh Omar. 2017. Membina Keluarga Profazz 2. Profazz Media. Selangor.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...