Hubungi Kami

Hubungi Kami

Tuesday, December 22, 2020

Promosi Akhir Tahun 2020


JUALAN AKHIR TAHUN DAH SAMPAI GAIS...📢📢


PROMOSI BERMULA 22/12/20 - 26/12/20.
SEMUA BUKU BARU & LAMA DIBERIKAN DISKAUN 12%.

🎈 BELIAN MELEBIHI RM50 AKAN DAPAT PENANDA BUKU PERCUMA
🎈 BELIAN MELEBIHI RM100 AKAN DAPAT 1 BUKU PERCUMA
🎈 KALENDER 2021 TURUT DIHADIAHKAN

Untuk belian: 
Emel kami di belidiskaun@gmail.com atau
Whatsapp di www.wasap.my/60136786571
atau DM IG @books_belidiskaun atau FB booksbelidiskaun



Tuesday, December 15, 2020

Pandai Itu Subjektif. Semua orang ada kelebihan


Carilah ilmu. Moga kita dijauhi kejahilan & kesombongan.

"Menuntut ilmu adalah wajib bagi setiap Muslim."
(Riwayat Ibnu Majah & Abu Ya'la daripada Anas Bin Malik)

Buku: Nasrullah Amran. 2018. Orang yang lupa takkan ingat perkara esok. Mustread Sdn Bhd. Selangor.

Perang Gerila Dengan Syaitan ~ Abdullah Bukhari, Abdul Rahim Al-Hafiz

(SEM & SS) RM23.00 > RM20.70

  • Merungkai sejarah di langit serta permusuhan awal.
  • Pengenalan tentang jin, iblis dan syaitan.
  • Kelebihan dan kelemahan jin dan syaitan.
  • Rasul dan sahabat Nabi SAW dalam kalangan jin.
  • Sifat-sifat syaitan serta cara serangan iblis dan syaitan.
  • Senjata untuk menghadapi serangan syaitan.
  • Nama jin dan syaitan dalam al-Quran dan sunah.
  • Komentar terhadap riwayat berkenaan nama-nama syaitan.
Buku Perang Gerila dengan Syaitan ini boleh disifatkan sebagai buku yang mendedahkan tipu daya Iblis kepada manusia moden di alam Melayu. Justeru untuk menulis buku ini, penulis banyak merujuk buku Alam al-Jinn wa al-Syayatin karya Dr. Umar Sulaiman al-Asyqar. Walau bagaimanapun, penulis turut menambah isinya dengan rujukan lain bersama olahan sendiri bagi menyesuaikan isinya dengan kehendak semasa seperti perihal nama-nama jin atau syaitan mengikut kepercayaan orang Melayu dan beberapa perkara lain.

 

Tafsir Mini Surah Al-Humazah ~ Ummu Ammar Amir, Abu Ammar Romlie

(SEM & SS) RM15.00 > RM14.00

  • Buku ini memberikan penerangan yang mendalaTentang surah al- Humazah dengan gaya bahasa yang mudah, sesuai untuk anak-anak. 
  • Disertai ilustrasi serta aktiviti menarik bagi membantu mengekalkan minat dam memudahkan pemahaman anak- anak tentang setiap ayat suci al-Quran.
  • Amat sesuai digunakan oleh ibu bapa dan pendidik untuk menggalakkan komunikasi berkesan dengan anak-anak seperti melalui penceritaan, soalan uji minda dan sebagainya.

 

Thursday, December 3, 2020

Membongkar Keindahan & Keunikan Kota Warisan Dunia ~ Syed Mahadzir Syed Ibrahim

(SEM & SS) RM38.90 > RM35.00

Keindahan dan keunikan kota warisan dunia kebanyakannya adalah Tapak Warisan Dunia UNESCO yang dicalonkan dan mendapat pengesahan untuk dimasukkan ke dalam senarai yang dikendalikan oleh Program Warisan Dunia Antarabangsa UNESCO yang ditadbir oleh Jawatankuasa Warisan Dunia UNESCO. 

Kota-kota warisan ini telah mendapat dana dari Dana Warisan Dunia yang ditubuhkan di bawah Konvensyen Perlindungan Warisasn Budaya dan Semula Jadi Dunia yang dipersetujui oleh Persiadangan Am UNESCO pada 16 November 1972. Kebanyakan kota-kota ini mempunyai 'nilai sejagat luar biasa ' atau outstanding universal value serta melambangkan mahakarya yang mencerminkan daya kreatif dan kecerdasan manusia serta nilai yang berpengaruh secara signifikan terhadap budaya, menunjukkan keutamaan pada nilai-nilai kemanusiaan yang tidak berubah selama berkurun-kurun waktu tertentu dalam hal seni bina, teknologi, seni monumental, tatakota atau reka bentuk muka bumi, mengandungi perincian atau bukti bahawa pernah ada ritual peradaban pada masa lampau yang tersisa atau telah lenyap. 

Wujudnya rasa kekaguman pada sebuah bangunan, seni bina atau teknologi yang memiliki penggambaran tentang tahapan penting dalam sejarah peradaban manusia , wujudnya rasa kekaguman pada sebuahtempat tinggal, tanah , atau perairan yang dapat melambangkan budaya atau interaksi manusia dengan lingkungan , khususnya yang masih terpelihara terhadap perubahan zaman yang siknifikan , dan memiliki kaitan yang erat pada suatu peristiwa atau tradisitertentu , dari aspek pemikiran , kepercayaan , artistik dan sastera.

 

Dalang di Sebalik Konspirasi Penaja Peperangan Dunia ~ Abu Muhammad Arafah Adha

(SEM & SS) RM39.90 > RM36.00

Rasulullah SAW pernah memberitahu sejak 15 abad lalu bahawa umat Islam pada akhir zaman walaupun ramai, tetapi mereka lemah kerana dijangkiti penyakit "Cintakan dunia dan takut mati". Lantaran itu mereka mudah dicatur oleh musuh mereka yang terdiri daripada kuasa besar dunia dalam pelbagai bidang. 

Melalui buku ini, penyusun cuba dedahkan betapa isyarat tersebut benar-benar terjadi kini yang mana dunia Islam terperangkap dalam jaringan "Konspirasi Yahudi Antarabangsa" yang memperalatkan kuasa-kuasa besar dunia, sama ada di pihak blok Barat atau blok Timur, yang berada dalam PBB, NAT, UNI-Eropah, hatta dalam kesatuan Negara-negara Islam sendiri seperti OIC, NAM dan lain-lain bagi mewujud dan menaja peperangan sesama sendiri. 

Untuk mengetahui siapakah "DALANG DI SEBALIK KONSPIRASI PENAJA PEPERANGAN DUNIA " yang mengaut keuntungan daripada hasil Penjualan Senjata? Anda perlu baca buku ini.

 

Penyuluh Buat Penuntut: Syarah Peringatan Penuntut Bagi Adab-adab Menuntut ~ Dr. Ayman Al-Akiti

(SEM & SS) RM17.00 > RM15.30

Adab dan akhlak yang mulia mesti menjadi keutamaan dalam pembentukan diri setiap Muslim. Lebih lagi yang bergelar pelajar dan penuntut ilmu agama.

Kitab asal; Tanbih al-Muta‘allim mengandungi 77 bait syair berkenaan adab dan etika menuntut ilmu, ditulis dalam bahasa Arab oleh ulama besar di Jawa Timur, Indonesia iaitu Kyai Haji Ahmad Maysur Sindi al-Tursidi al-Indunisi.

Dr. Ayman al-Akiti bukan sahaja menterjemah kitab asal, malah mensyarahkan setiap bait dengan huraian berpandukan kitab-kitab besar karangan ulama muktabar.

Semoga pembaca dapat memahami setiap bait yang dibincangkan dan mengamalkannya dalam kehidupan khususnya sewaktu menuntut ilmu.

Terima Kasih Allah ~ thebingkisanhati, Miiraimi

(SEM & SS) RM20.00 > RM18.00

Buku TERIMA KASIH ALLAH mempersembahkan nukilan dan ilustrasi istimewa, kolaborasi antara TheBingkisan Hati bersama Miiraimii dalam menghasilkan sebuah karya motivasi yang dihimpun bersama komik di mana intipatinya yang sangat dekat dengan kehidupan kita.

Ini kerana dalam kehidupan, semua orang pernah melalui pelbagai peristiwa dalam hidup. Acap kali kita tersasar dalam menyeberang lautan dunia. Adakala kerana terlalu lena merasai kelazatan dunia, langkah yang kita atur semakin jauh daripada-Nya.

Namun kita tahu sesulit apa jalan yang kita tempuh, kita masih ada DIA. Sejauh mana khilaf yang kita lakukan, masih ada keampunannya yang tidak terputus.

Moga nukilan dan lakaran ini bisa melakarkan sebuah rasa untuk kita semua sama-sama muhasabah diri dan mendidik jiwa menjadi lebih baik. Senipis mahupun setebal manapun muka surat sesebuah buku itu, yang baik dan sempurna datangnya daripada Allah Taʻala.

Allah rakam apa sahaja kita lakukan


Orang aniaya kita, kita aniaya orang. Kawan tikam kita, kita tikam kawan.Orang buat baik, kita buat baik, semuanya akan dipertontonkan pada semua pada hari perhitungan itu. 'Kamera' Allah senantiasa merakam kita. Ia akan 'off' bila kita sudah menghembus nafas terakhir.

Binalah kebaikan untuk diri sendiri meskipun kecil agar ia menjadi asbab untuk kita masuk syurga.

Buku: Hisham AR. 2018. Hidup 2 kali aje. Mustread Sdn Bhd. Selangor.

Bijak Merancang Wang ~ Afyan Mat Rawi

(SEM & SS) RM37.00 > RM34.00

Pelaburan bagi mendapatkan buku Bijak Merancang Wang ini adalah satu pelaburan yang berbaloi. Dengan wang itu, pembaca akan mendapat satu perspektif baru tentang perancangan kewangan.

Ada pelbagai topik yang dibincangkan dalam buku ini, yang penulis rangkumkan kepada beberapa bahagian dan subbahagian. Ini merangkumi topik-topik yang berkaitan dengan perancangan kewangan secara keseluruhan yang bermula daripada pengurusan pendapatan sehinggalah topik tentang pengurusan pusaka apabila kita meninggal dunia kelak.

The Memoirs of Sherlock Holmes: Edisi Bahasa Melayu ~ Sir Arthur Conan Doyle

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.50

Jilid The Memoirs of Sherlock Holmes ini mula diterbitkan pada lewat tahun 1893, menjadi jilid kedua yang mengumpulkan kisah-kisah pendek penyiasatan Sherlock Holmes selepas The Adventures of Sherlock Holmes. Kesebelas cerita ini pada asalnya diterbitkan dalam The Strand Magazine, bermula dari Disember 1892 hingga Disember 1893. Sir Arthur Conan Doyle pada awalnya bercadang menamatkan kisah penyiasatan Sherlock Holmes dengan membunuh karakter ikonik ini dalam episod Masalah Terakhir dalam jilid ini.

Jilid ini mengumpulkan tiga siri yang pernah diterbitkan secara berasingan iaitu:
- Sherlock Holmes: Silver Blaze, Wajah Kuning, Kerani Broker Saham & ‘Gloria Scott’ - Edisi Bahasa Melayu
- Sherlock Holmes: Ritual Keluarga Musgrave, Teka-Teki Reigate, Lelaki Berbadan Bongkok & Pesakit Jalan Brook- Edisi Bahasa Melayu
- Sherlock Holmes: Jurubahasa Yunani, Perjanjian Perkapalan & Masalah Terakhir - Edisi Bahasa Melayu

Ubah Lelah Jadi Lillah ~ Dwi Suwiknyo

(SEM & SS) RM40.00 > RM37.00

Kadang-kadang dalam usaha bagi mengejar satu matlamat hidup, terdapat bahagian daripada hidup kita yang harus dikorbankan. Demi memenuhi kehendak pekerjaan, keluarga terabai, kesihatan tidak kita fikirkan, bahkan hak Allah SWT pun dilewatkan. Padahal, itu hanya ketidakmampuan kita mengurus waktu ataupun memang tidak ada niat bagi menyeimbangkan kehidupan?

Semoga segala aktiviti kita sehari-hari tidak menjadi sia-sia. Segala lelah dapat menghasilkan bahagia, tidak hanya bahagia untuk diri kita sendiri, malah untuk orang-orang yang terdekat. Semoga apa pun yang kita cintai di dunia ini, sama sekali tidak mampu memalingkan hati kita daripada Allah SWT. Buku ini dihadirkan sebagai teman perbincangan, sebagai bahan merenung supaya saling mengingatkan betapa sayang sekiranya kita melewatkan hidup dengan sia-sia dan tidak tentu arah.

Prinsip pertama: Pastikan aktiviti kita terarah.

Prinsip kedua: Pastikan apa yang kita kejar dan usahakan di dunia ini mampu membawa kita kepada keberkatan.

Prinsip ketiga: Berusaha kuat supaya hidup kita mampu menghasilkan kebaikan kepada masyarakat.

Prinsip keempat: Semua akan mudah dicapai apabila kita sudah berniat dan bertekad untuk llillah (kembali pada aturan Allah SWT ) dari awal.

The Amazing Rasulullah s.a.w.: Sejak Hijrah Ke madinah Hingga Pulang ke Hadrat Allah ~ Sayf Muhammad Isa

(SEM & SS) RM35.00 > RM31.50

"Manusia mulia itu sudah wafat. Kita akan berasa sedih apabila membaca kisah Baginda di dalam buku ini. Kerana sehingga pada saat-saat akhir sebelum wafat, apa yang difikirkan adalah mengenai kita, umatnya." Dicky Kentsela, (Pemilik Ghazi Publishing)

Bagaimanakah karakter Muslim sejati? Jawapannya hanya satu, seperti karakter Baginda Rasulullah SAW. Hadirnya seseorang yang menjadi contoh tauldan amatlah penting. Kerana ada banyak ideologi di luar sana, yang tidak memiliki contoh untuk diikuti, kemudian menjadikan para pengikut ideologi itu berpecah belah dan akhirnya sesat.

Karakter baginda amat penting, kerana di saat kita hendak mengetahui yang mana ajaran Islam yang benar, kita hanya perlu merujuk kepada penjelasan para ulama yang bersumber dari amal perbuatan yang pernah Baginda lakukan.

Di sinilah kepentingan generasi Islam menyelami kembali perjalanan hidup dan perjuangan dakwah Rasulullah SAW. Lebih-lebih lagi ada banyak kisah hidup Baginda yang menakjubkan yang akan menjadi lautan hikmah yang tiada batasnya bagi kita. Buku ini akan mengungkap sedikit sahaja dari kisah-kisah yang menakjubkan tadi.

Khurafat, Tahyul & Mistik di Alam Melayu

(SEM & SS) RM20.00 > RM18.00

Persoalan yang paling besar dalam kehidupan seorang manusia yang berfikir adalah tentang siapakah Tuhan mereka dan apakah hakikat Tuhan itu sendiri? Selain itu, soalan seperti, “Dari mana kita wujud?”, “Mengapa kita wujud?”, dan “Ke manakah kita selepas kewujudan ini?” merupakan soalan pemikiran dan falsafah yang menjadi asas kepada pemikiran falsafah jauh sebelum Nabi Muhammad SAW menerimanya wahyunya yang pertama. Soalan-soalan tersebut tidak mampu sewenang-wenangnya dijawab hatta oleh ahli fikir yang agung sekalipun.

Sehinggalah manusia mendapat petunjuk wahyu daripada Sang Pencipta mereka yang berkomunikasi dan menyampaikan watikah-watikah khas melalui pengantara untuk mengingatkan hakikat keberadaan dan kewujudan mereka atas muka bumi ini, ia adalah kesengajaan Sang Pencipta sebagai ujian untuk mengetahui hamba-Nya yang mana patuh dan taat serta sebaliknya. Tujuannya apa? Tiada lain melainkan untuk menunjukkan kemahakuasaan-Nya semata-mata.

Tuhan yang menciptakan segala makhluk menjadikan kepercayaan kepada kewujudan-Nya sebagai
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...