Hubungi Kami

Hubungi Kami

Thursday, February 22, 2018

40 Hadis Amalan Sedikit Pahala Berganda ~ Ustaz Muhadir Haji Joll

(SEM & SS) RM15.00 > RM13.20

Buku ini mengumpulkan 42 hadis yang berkaitan dengan amalan dan bacaan yang mudah, tetapi pahala dan ganjaran yang sangat banyak yang diberikan oleh Allah SWT kepada sesiapa yang mengamalkannya. Antaranya:
  • Belajar ilmu agama
  • Solat fardu berjemaah
  • Melazimi solat sunat
  • Membaca al-Quran
KANDUNGAN
(A) Kelebihan Mengajar Dan Menuntut Ilmu Agama
(B) Kelebihan Wuduk
(C) Kelebihan Azan
(D) Kelebihan Solat- Kelebihan Solat Fardhu dan Sunat
(E) Bacaan
-Kelebihan Membaca Al-Quran
-Kelebihan Tahlil
-Kelebihan Istighfar
-Kelebihan Selawat
-Kelebihan Tasbih, Tahmid, Takbir Dan Tahlil
-Kelebihan Hauqalah
-Bacaan Menggandakan Amalan

40 Hadis Amalan Penghapus Dosa ~ Ustaz Zulkarnain Dollah, Masilah Muhammad

(SEM & SS) RM15.00 > RM13.20

Buku ini menghimpunkan amalan-amalan yang dapat menggugurkan dan menghapuskan dosa-dosa yang dilakukan oleh seseorang hamba. Buku ini juga membicarakan amalan-amalan yang menjadi sebab untuk mendapat pengampunan Allah SWT.

Antaranya:
· Berwuduk dengan sempurna
· Memelihara solat fardhu
· Qiamullail
· Melaungkan azan
· Solat berjemaah
· Menyebarkan salam
· Berbuat baik
· Bersedekah
· Menghadiri majlis ilmu Akhlak mulia dan lain-lain.

Tuhan Aku Mohon Jawapanmu ~ Azura Zamri

(SEM & SS) RM20.00 > RM17.60

“Kenapa aku diuji?”

“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan, “Kami telah beriman” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya, Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan Dia mengetahui orang-orang yang berdusta.” (Al-Ankabut 29: 2-3)

Dugaan kita hari ini, insya-Allah Dia tetap permudahkan jalan kita untuk melaluinya biarpun kita merasa seakan tidak menemui apa-apa harapan lagi. Allah yang kirimkan masalah itu untuk menguji sebentar. Jadi, kita mahu keluar daripada laluan kesulitan itu tentunya Tuhan juga yang akan membantu. Sesungguhnya, pertolongan Tuhan tidak pernah diiringi lambat, cepat atau tidak, yang dijanjikan-Nya adalah pada masa yang tepat.

Pazuzu: Syaitan Purba ~ Nami Adnan

(SEM & SS) RM17.00 > RM15.00

Novel PAZUZU mengisahkan Jeri, pelajar di Fakulti Undang-undang, Universiti Darul Ridzuan merupakan seorang yang agnostik iaitu seorang yang sering mempertikaikan perkara-perkara ghaib dalam Islam. Perkara ghaib itu lebih menjurus kepada kewujudan jin dan syaitan.

Demi menegakkan dogmanya, dia sanggup menjalankan upacara hitam hanya untuk membuktikan bahawa makhluk-makhluk ghaib itu tidak wujud. Namun, tanpa disedari Jeri, dia sebenarnya telah berjaya menyeru sesuatu yang sangat tua dan sangat dahsyat dari zaman silam. Ia sesuatu yang bersifat kesyaitanan yang disembah dan dipuja sebagai tuhan penyelamat oleh manusia dahulu kala.

Jeri menerima padah daripada perlakuannya itu apabila dia mulai berhadapan dengan gangguan-gangguan yang menjadikan hidupnya tidak keruan. Masa dirasakan Jeri kian suntuk kerana dia tidak pasti apa sebenarnya yang sedang berhadapan dengannya ketika itu. Apabila menyedari yang diserunya itu menuntut dirinya sebagai korban, semuanya telah terlambat. Darahnya harus dibayar dengan nyawanya.

Tuesday, February 20, 2018

Mengintai Aku di Neraka ~ Hadi Fayyadh

(SEM & SS) RM37.50 > RM33.00

MENGINTAI AKU DI NERAKA, novel thriller TERBARU dari Hadi Fayyadh penulis novel best seller Semusim di Barzakh. Sebuah inspirasi picisan kisah benar sejak beberapa bulan lalu sebelum penulis berangkat ke Mekah, beliau dipertemukan dengan seseorang yang mahu dikenali sebagai aleeya. Kisah Aleeya Qistina, mengambil keputusan untuk bunuh diri dan terjun di atas tebing nan tinggi, sebagai protes terhadap cintanya yang kecundang. Namun, dia gagal kerana ada sesuatu yang menggangunya saat itu. Apakah yang menggangunya dan kisah disebaliknya? 

Aleeya mengambil keputusan untuk murtad dari agama Islam, dan mula hidup di dalam budaya orang-orang barat. Suatu ketika, dia mengambil keputusan untuk menjadikan kelab malam dan disko sebagai kiblatnya. Malam pertama dia mengunjunginya, dia disapa oleh seorang lelaki yang penuh tatoo dibadan, subang ditelinga, dihidung dan kelihatannya tak ubah seperti gengster kelab malam. Dia dipelawa minum arak bersamanya. Pada mulanya Aleeya Qistina menolak, namun setelah dia dicabar,dia menyahut cabaran itu. Sewaktu arak sedang diteguk,tiba-tiba dia ditegur sang lelaki tadi.

“Cuba kau lihat, air apa yang kau minum?” 

Monday, February 19, 2018

Hidayah Milik Allah Bro! ~ Ustaz Dato Dr. Mohd Izhar Ariff

(SEM & SS) RM24.00 > RM21.10

Buku Hidayah Milik Allah Bro! menampilkan perkongsian Dato’ Dr. Izhar Ariff Mohd Kashim tentang beberapa perkara penting mengenai hidayah dan kepentingan menjaganya. Bab-bab awal buku ini menampilkan perkongsian Dr. Izhar Ariff tentang perjalanan kisah benar beberapa individu yang telah mendapat hidayah termasuklah kisah aktor terkenal, Dato’ Jalaluddin Hassan. Sementara bab-bab seterusnya merumuskan bagaimana sifat mereka yang mendapat hidayah serta kepentingan menjaganya.

Syahid Bintang Syurga ~ Bazli Hazwan Che Osman

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.00

Kisah Syahid yang diuji dengan sakit kanser seawal usia 3 tahun mendapat perhatian ramai setelah ayahnya, Bazli UNIC mula memuat naikkan perkembangan anaknya itu di media sosial. Kisahnya menjadi perhatian ramai netizen termasuk para selebriti sama ada dalam atau luar Malaysia. Perkembangan penyakit Syahid paling melonjak tinggi ketika Bazli dan UNIC dinobatkan sebagai juara Gema Gegar Vaganza musim pertama. Artis Indonesia, Oki Setiana Dewi dan penyanyi terkemuka Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza antara yang menziarahinya selepas itu. 

Turut mendapat perhatian adalah Syahid walaupun terlebih dahulu disahkan menghidapi autisme dan bertarung dengan kanser, namun masih mampu menghafal beberapa surah dalam al-Quran termasuk Surah Al-Mulk. Setiap posting Bazli mengenai Syahid di Instagram menarik hampir 100 ribu ke 200 ribu view dan ribuan komen. Bagaimanapun, Syahid disahkan meninggal dunia pada Ramadan 2017. Kematian yang menghidupkan; apabila kisahnya menjadi tular termasuk di kalangan masyarakat luar negara seperti Brunei dan Indonesia. UNIC akhirnya mencipta lagu terbaharu mereka dengan liriknya didedikasikan kepada Allahyarham Syahid dan berjudul Bintang Syurga.

Apa Khabar Hati? Ustaz Syed Mohd Norhisyam, Ustazah Dr. Sharifah Fatimah

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.00

Raja dalam diri setiap manusia adalah hatinya. Ia menjadi “remote control” kepada seluruh tubuh, sama ada menjadi baik lalu memenuhi syarat-syarat untuk berbahagia di dunia dan akhirat, atau mungkin juga memandu manusia ke arah kecelakaan dengan memperhambakan diri kepada hawa nafsu.

Buku Apa Khabar Hati hadir sebagai hadiah kepada pembaca agar kita sama-sama berusaha menguruskan sekeping hati dengan sebaiknya. Sekeping hati ini akan menentukan sejauh mana baik dan buruknya akhlak kita dengan Allah SWT serta sesama makhluk. Akhlak inilah yang akan dihisab di akhirat kelak dan semuanya bermula dari HATI. Bila hati itu diisi dengan iman, ilmu, ketaatan, cinta dan kasih sayang, maka peribadi mulia pasti akan terserlah.

Buku ini menyentuh pelbagai aspek kehidupan yang berkait dengan penyucian hati, motivasi-motivasi untuk menguatkannya agar istiqamah dalam ketaatan, serta peringatan-peringatan tentang perkara yang menjadi racun kepada hati.

Bahagi(a) ~ Reyna Ibrahim

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.00

Bahagia itu pelbagai bentuknya.
Bahagia itu luas definasinya.
Bahagia itu ada di mana-mana.
Bahagia itu berhak untuk setiap kita.
Dan, bahagia itu kita yang mencorakkannya.

Nabi Adam dan Orang Melayu 60000 Tahun Lalu ~ Radzi Sapiee

(SEM & SS) RM55.00 > RM48.40

Kajian DNA menunjukkan orang Melayu sudah menduduki Asia Tenggara seawal 60,000 tahun lalu. Maklumat daripada Al-Quran dan kitab pula menyatakan Nabi Adam turun ke muka bumi tak sampai 10,000 tahun lalu.

Kalau begitu bagaimanakah orang Melayu boleh menjadi keturunan Nabi Adam? Atau apakah Melayu merupakan keturunan manusia lebih awal yang dikenali sebagai Adam sebelum Adam?

Antara kandungan:
Mukadimah: Selamat Datang Ke Dunia Pemikiranku

Bab 1: Sundaland dan Adam Sebelum Adam – Satu Proses Pencarian Yang Panjang
Bab 2: Langkah-langkah Yang Membawa Kepada Kiraan Awal Zaman Kehidupan Nabi Adam
Bab 3: Syurga Eden Atlantis Dan HIKMAH Darah Melayu
Bab 4: Menggapai Makna Melayu Yang Lebih Menyeluruh
Bab 5: Perkara Berbangkit Yang Menukar Arah Fikiran
Bab 6: Kiraan Mudah Ubah Untuk Keputusan Lebih Bermakna
Bab 7: Melihat Kembali Zaman Kehidupan 25 Rasul

Benua Tua Melayu: Sumber Peradaban Dunia ~ Radzi Sapiee

(SEM & SS) RM55.00 > RM48.40

Banyak kajian dari luar negara telah menegaskan bahawa di Alam Melayu ini pernah wujud satu benua besar yang menjadi punca ketamadunan dunia sejagat. Adakah ini bermakna Nabi Adam AS diturunkan dari syurga ke Alam Melayu?

Buku ini cuba menyusun kembali duduk letak sejarah pergerakan manusia menurut zaman kehidupan 25 orang Nabi yang patut diketahui orang Islam. Apabila diselaraskan waktu antara turunnya baginda ke muka bumi menurut kitab berbanding munculnya manusia pertama Homo Sapiens seperti kita menurut sains, hasil dan impilkasinya amat memeranjatkan.

Antara kandungan:
Mukadimah: Buku Yang Membuka Satu Pencarian

Bab 1: Meneliti Dakwaan Palsu
Bab 2: Lawatan Lapangan ke Borobudur dan Sekitar
Bab 3: Menyelesaikan Sama Sekali Dakwaan Borobudur Adalah Tinggalan Nabi Sulaiman
Bab 4: Kaitan Istimewa Alam Melayu di Asia Tenggara Dengan Kaabah di Mekah
Bab 5: Menyingkap Rahsia Benua Tua
Bab 6: Alam Melayu Adalah Kerajaan Saba’?
Bab 7: Tanah Tua, Punca Semua Tamadun Dunia

Monday, February 12, 2018

Hilang ~ Jibrail Fitrah

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.00

Pernahkah dikau merasa kehilangan dalam diri ?

Kau mencari dan mencari akan kehilangan itu namun kau tidak temui?
Kau rasa resah.. Gelisah..
Hidup kau tidak tenang akan ujian demi ujian yang datang menemani hidup kau.

Zikir dan solat kau itu tiada tagi rasa nikmat.
Kau merasa sangat berat, kerana terpenjara dalam musakat
Hidup kau serabut ! Rupanya cinta dunia yang selalu kau jemput.

Dan itu membuat kau merasa hilang.

Apa yang hilang”? “Ku mencari dan mencari diri ku yang hilang, baru ku sedar yang hilang itu cinta ku kepada-Nya.

100 Soalan Panas Perlahwinan ~ Syeikh Ahmad Faisol Haji Omar

(SEM & SS) RM20.00 > RM17.60

Buku ini menyenaraikan 120 panduan berumah tangga berbentuk soal jawab sebagai pengetahuan dan panduan pembaca sama ada yang belum berumah tangga atau telah berumah tangga. Malah juga untuk yang telah bercerai dan ingin berumah tangga semula.

Antaranya:
· Kahwin lelaki muda
· Berkahwin di Thailand
· Berkahwin setelah terlanjur
· Hukum pak sanggup
· Agensi mencari jodoh
· Jodoh media sosial
· Perkahwinan dengan warga asing
· Layanan terhadap suami/ isteri
· Perbezaan cerai dan fasakh
· Ibu bapa campur tangan urusan rumah tangga

Ganjaran Mendidik Anak Yatim ~ Butsainah As-Sayyid Al-Iraqi

(SEM & SS) RM17.90 > RM15.80

“Tahukah engkau akan olang yang mendustakan agama (meliputi hari pembalasan)? Orang itu ialah yang menindas serta berlaku zalim kepada anak yatim” (Surah AI-Ma’un: 1-2) Mengapa Baginda Rasulullah SAW amat menitik beratkan perihal urusan anak yatim? Buku ini merungkai kelebihan dan ganjaran serta muamalat lengkap kepada masyarakat dalam berinteraksi terhadap anak-anak yatim yang merupakan golongan yang dipandang mulia di sisi Allah SWT. Mudah-mudahan dengan pengisian dan pengetahuan ini dapat memberi manfaat yang berguna kepada para pembaca demi menggapai kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat.

Sorry God We Are Busy! Maaf Tuhan Kami Sedang Sibuk! ~ Ahmad Rifa'i Rif'an

(SEM & SS) RM28.00 > RM24.60

Tuhan, maafkan kami, urusan kami di dunia ini masalah sangatlah banyak, sehingga kami sangat kesulitan menyelesaikan sebagian harta untuk bekal kami di alam abadi-Mu. Jangankan sedekah, jangankan jariah, bahkan mengeluarkan zakat yang wajib saja seringkali terlupa, Tuhan, urusan-urusan dunia kami masalah amatlah banyak. Jadual kami masih amatlah padat. Kami amat kesulitan menyempatkan waktu untuk mencari bekal menghadap-Mu, kami masih belum dapat meluangkan waktu untuk khusyuk dalam rukuk, menyungkur sujud, menangis, mengiba, berdoa, dan mendekatkan jiwa sedekat mungkin dengan-Mu. Tuhan, tolong jangan dulu Engkau menyuruh lzrail untuk mengambil nyawa kami kerana kami masih terlalu sibuk. 

Buku ini disusun dengan klasifikasi berdasarkan wilayah kehidupan yang hendak dieksplorasi oleh penulis. Diawali dengan bahagian Menata Hati Mengindahi Nurani, bercengkerama tentang pemaknaan tauhid, takdir, sufi, serta beberapa tema yang menyentuh jiwa. Dilanjutkan dengan tema Baiti Jannati yang mengeksplorasi untuk menggapai kebahagiaan dalam keluarga. Seterusnya Memancarkan Cahaya Syurga di Tempat Kerja, sebagai media penghambaan dlri kepada Sang Pencipta. Buku ini ditutup dengan bagian Memperkukuh Semangat dan Visi Hidup yang memotivasi Muslim untuk meraih tangga kejayaan.

Rangkaian Cerita Al-Quran: Kisah Nyata Peneguh Iman ~ H. Bey Arifin

(SEM & SS) RM45.00 > RM39.60

Al-Quran tetap menjadi inspirasi umat manusia. Dua pertiga kandungannya menyajikan kisah-kisah sejarah. Cerita dalam Al-Quran bukanlah kisah fiksyen, melainkan kisah nyata yang tercatat dalam tinta sejarah. Kaedah berkisah atau bercerita memang memberikan keistimewaan tersendiri. Cerita dapat mempengaruhi akal, jiwa, dan perilaku manusia. 

Bey Arifin merupakan salah seorang penulis yang berjaya menyajikan rangkaian cerita nyata dalam Al-Quran. Beliau menuturkan kisah-kisah dalam Al-Quran secara naratif mulai daripada kisah yang terjadi pada zaman Nabi Adam, Nabi Uzair, keluarga Imran, Zulqarnain, Negeri Saba; Ashabul Kahfi hinggalah ke era Rasulullah SAW.

Neraka Bukan Untuk Wanita ~ Khalifi Elyas Bahar

(SEM & SS) RM11.00 > RM9.70

Daripada Abdul Rahman bin Auf R.A, Rasulullah S.A.W telah bersabda, ” Jika perempuan mengerjakan solat yang lima, puasa Ramadannya, memelihara kehormatannya dan taat kepada suaminya maka akan dikatakan kepadanya masuklah ke dalam syurga dari pintu yang mana sahaja engkau suka.” (Hadis Riwayat Ahmad dan Tabrani)

Begitu mudah sekali bagi kaum hawa untuk meraih syurga. Malah kelebihan mereka ialah boleh memilih dari pintu mana yang ingin mereka masuki. Tetapi kenapa lebih ramai perempuan yang masuk neraka? Apakah yang menyebabkan ramai perempuan masuk neraka? Apakah yang perlu dilakukan agar kita semua, khususnya kaum hawa tidak dicampakkan ke neraka?

Syurga Pada Wajah Ibu ~ M. Zaim

(SEM & SS) RM12.00 > RM10.60

Untuk insan bernama ibu…

” Ya Allah, terima kasih Engkau telah menurunkan malaikat-Mu ke dunia untuk sentiasa menajaga aku, sentiasa mencintai aku, tidak pernah meninggalakan aku. Ya Allah, walaupun aku sering menyakitinya, mengecewakannya membuatnya bersedih, tetapi sentiasa dan sentiasa, dia membalasnya dengan ketulusan dan cinta. Sesungguhnya tidak ada yang layak untuk dia selain syurgaMu. Ya Allah, jadikan aku sebagai insan yang sentiasa berbakti kepada ibuku dan sentiasa membahagiakan ibuku. Sesungguhnya, Engkau adalah sebaik-baik tempat untuk memohon.” Amiin ya Rabbal’Alamin.

Friday, February 9, 2018

Al-Jauhar Al-Mauhub Wa Munabbihat Al-Qulub (Permata Pemberian Yang Indah & Menjaga Segala Hati Yang Lalai) ~ Asy-Syeikh Ali Bin Abdul Rahman Al-Kalantani

(SEM & SS) RM46.00 > RM40.50

Kitab 'AL-JAUHAR AL-MAUHUB' ini adalah merupakan hasil terjemahan oleh Asy-Syeikh 'Ali bin 'Abdur Rahman Al-Kalantani, yang telah beliau nukilan daripada " Kitab Lubab Al-Hadith", karangan bagi Asy-Syeikh Al-'Alim Al-'Allamah Jalaluddin 'Abdul Rahman As-Suyuthi. Buku ini merupakan "mau'izah" (pengajaran) dan bimbingan agama di dalam berbagai lapangan 'ibadat yang perlu bagi setiap mukallaf mengetahuinya.

Kitab ini telah banyak kali diulang cetaknya dan banyak digunakan di pondok-pondok. Dan sesungguliiiya kitab asalnya ialah dalam tulisan jawi, tetapi memandangkan kebanyakan generasi sekarang ini yang kurang mahir dalam tulisan jawi, maka untuk membantu mereka yang amat berminat mendalami 'ilmu agama maka Ustazah Noraine Abu telah cuba menyalinnya dari tulisan jawi ke tulisan roman dengan tanpa ada pindaan daripada teks asal, agar mudah bagi mereka untuk mengikuti setiap perkataan yang terdapat dalam teks asal.

Thursday, February 8, 2018

Aku Bukan Nabi ~ Aiman Banna, Nuridhzuan

(SEM & SS) RM30.00 > RM26.40

#AkuBukanNabi, sebuah cerita yang disusun kemas dalam nukilan novel. Novel yang bertema cinta yang lima. Bukan cerita cinta yang biasa tetapi ianya tentang cinta yang agung berserta dengan cinta dunia yang fana. Apakah cinta yang lima itu? Cinta Ilahi, Cinta Nabi, Cinta Ummi, Cinta Sahabat Sejati, Cinta Ajnabi. 5 cinta ini akan menjadi tema hidup seorang jejaka bernama Ameer Islam. Bagaimana dia bergelut dengan jahiliahnya dan kerak busuk dosa nodanya itu membelenggu dirinya daripada melihat hakikat sucinya cinta empat yang pertama; iaitu cinta Ilahi, Nabi, Ummi dan sahabat sejatinya iaitu Abrar & Adnin. Cintanya yang kelima itulah parasit. Bukan berdua, tetapi bertiga. Makhluk ketiga itu bukan insani, tetapi makluk laknat yang dicipta daripada api. Jika ditanya Ameer, mengapa sanggup tinggalkan empat demi satu cinta sahaja. Mengapa Ameer, mengapa? Jawabnya mudah dengan muka bersahaja, "Kerana AKU BUKAN NABI! Dah, jangan acah alim nak tegur aku! Blah..."

Apakah Quran yang dihafaznya sedari kecil itu menjadi syafaat atau laknat? Apakah dia mampu untuk mencintai Ilahi dan Nabi sepertimana selayaknya seorang hamba dan umat lakukannya? Perempuan yang dibedah perutnya untuk melahirkan seorang Ameer Islam, apakah dia akan mendapat cinta anaknya itu semula? Apakah Ameer mampu untuk menghargai sepenuhnya cinta sahabat sejatinya yang bersama susah dan senang, yang mencintai ikhlas kerana Ilahi dan Nabi iaitu Abrar dan Adnin? Dan, sanggupkan dia abaikan cinta yang kelima yang menjadi punca hilang segala empat cinta itu? Nantikan novel bertema cinta yang lima, iaitu #AkuBukanNabi!

Friday, February 2, 2018

Travelog Jodoh ~ Noriah Jusoh

(SEM & SS) RM8.00 > RM7.00

Travelog Jodoh mengisahkan seorang wanita (penulis sendiri) yang diuji dalam pencarian jodohnya. Sepanjang pencariannya, penulis turut menerapkan nilai-nilai keislaman seperti berlapang dada, sentiasa menjaga batas-batas syriat pergaulan, memupuk nilai positif dan akhlak yang baik dalam diri serta menghindari perkara-perkara yang terarah kepada maksiat.

Surah Yasin (Tahlil, Doa-doa Pilihan, Solat Jenazah, Talkin) ~ Prof Madya Ustaz Dr. Hj. Abdul Rauf

(SEM & SS) RM55.00 > RM48.40

Surah Yasin merupakan salah satu surah yang sering diamalkan oleh masyarakat Islam bagi memeohon hajat atau perlindungan daripada Allah s.w.t. Surah ini sentiasa meniti di bibir dan terpahat di hati masyarakat Islam sama ada dalam kalangan anak-anak kecil ataupun dewasa berbanding surah-surah yang lain.

Surah Yasin ini mempersembahkan dengan tujuan untuk menggalakkan lebih ramai masyarakat Islam mengamalkannya. Antara elemen menarik yang disuntik dalam bahan ini adalah:

• Panduan tajwid berwarna.
• Panduan wakaf dan ‘Ibtida berwarna.
• Terjemahan dalam bahasa Melayu dan Inggeris.
• Mengandungi 10 naskah Yasin dalam 1 kotak.

Hadis-hadis Hukum ~ Ibn Al-Mulaqqin

(SEM & SS) RM35.00 > RM30.80

Hadis-hadis Hukum ialah hadis-hadis yang membincangkan tentang hukum-hukum yang berkaitan dengan perbuatan mukalaf. Hadis-hadis dalam kategori ini telah menjadi perhatian ulama hadis sejak dahulu. Mereka menghimpun, mengira dan mengkaji hadis-hadis tersebut dengan teliti. Perkara ini jelas tercermin dalam pelbagai ucapan para ulama salaf dan iman mujtahid yang menjadi ikutan umat.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...