Hubungi Kami

Hubungi Kami

Friday, January 31, 2020

365 Tip Didik Anak Remaja Gaya Rasulullah ~ Ustazah Isfadiah Mohd Dasuki

(SEM & SS) RM22.00 > RM19.80

Seronok sangat apabila dapat geng dalam kalangan remaja.

Anak-anak kita apabila sudah menginjak ke usia remaja memang boleh diharap sangat kerana idea mereka sentiasa segar, berani mencuba, dan mereka menjadi harapan umat. Tetapi apabila tidak kena cara, boleh demam kita menguruskan anak remaja kita yang degil, bertindak sesuka hati, pentingkan kawan, dan selalu melawan!

Buku kompilasi 365 Tip Didik Anak Remaja Gaya Rasulullah
adalah hasil daripada pengalaman yang diadun dengan matlamat keremajaan dan disokong oleh dalil-dalil yang berkaitan.

Terdapat lapan bahagian dalam buku ini iaitu:
1)Mengenali Fitrah Remaja
2)Membentuk Keperibadian Anak-Anak
3)Pengurusan Akil Baligh dan Batasan Aurat
4)Komunikasi Berkesan antara Anak Remaja dan Ibu Bapa
5)Melakar Kecemerlangan Masa Hadapan
6)Mengurus Cinta Remaja
7)Membentuk Emosi Remaja
8)Bonus! 60 Tip Mengurus Penyakit Remaja

Tafsir Surah Al-A'raf dan Juzuk 8 ~ HAMKA

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.50

Tafsir Surah Al-A’raf dan Juzuk 8 adalah sebahagian daripada Tafsir Al-Azhar. Ia adalah hasil karya terbesar ulama agung nusantara iaitu Profesor Dr. Haji Abdul Malik Karim Amrullah ataupun lebih dikenali sebagai HAMKA. HAMKA menggunakan beberapa metode dalam penyusunan tafsir ini antaranya adalah metode tahlili (analisis), tafsir Al-Quran dengan Al-Quran, Tafsir Al-Quran dengan hadith, tafsir Al-Quran dengan pendapat sahabat dan tabi’in, dan tafsir Al-Quran dengan tafsir muktabar yang lain.

Antara kandungan:
Surah al -An‘am (BINATANG TERNAK)
Pendirian yang Tegas
Peraturan Penyembelihan
Yang Mati Hidup Kembali
Halangan dari Penguasa
Kekalkah Neraka Itu?
Tingkatan-Tingkatan Amal
Pandir
Perbincangan Ulama Tentang Makanan
Makanan yang Haram Bagi Yahudi
Pedoman Hidup
Keluarga Berencana
Beberapa Pengalaman Akibat Pil Anti Hamil
Hukum Sepuluh
Memecah Belah Agama Pada Zaman Moden
Pendirian yang Tegas

Tafsir Surah Al-An'Am dan Juzuk 7 ~ HAMKA

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.50

Tafsir Surah Al-An’am dan Juzuk 7 adalah sebahagian daripada Tafsir Al-Azhar. Ia adalah hasil karya terbesar ulama agung nusantara iaitu Profesor Dr. Haji Abdul Malik Karim Amrullah ataupun lebih dikenali sebagai HAMKA. HAMKA menggunakan beberapa metode dalam penyusunan tafsir ini antaranya adalah metode tahlili (analisis), tafsir Al-Quran dengan Al-Quran, Tafsir Al-Quran dengan hadith, tafsir Al-Quran dengan pendapat sahabat dan tabi’in, dan tafsir Al-Quran dengan tafsir muktabar yang lain.

Antara kandungan:
Surah al-Ma’idah (HIDANGAN)
Orang yang Kafir
Bersumpah
Haram Minuman Keras dan Judi
Setelah Undang-Undang Larangan Minuman Keras itu Ditanfizkan
Pokok Berfikir
Peraturan Berburu dan Ihram
Kemuliaan Ka’bah
Madinah pun Kota Suci

Surah al -An‘am (BINATANG TERNAK)
Dari Zat Apakah Malaikat Itu?
Mimpi
Sudahkah Sampai Seruan itu?
Satu Sikap yang Tegas
Orang-Orang yang Zalim

400 Adab Pengantin Kekal Bahagia: Misi Masuk Syurga ~ Najwa Mad Zelan, Nor Aniza Azeri

(SEM & SS) RM10.00 > RM9.00

400 adab Pengantin Kekal Bahagia merungkai tips dan beberapa doa pilihan yang sesuai dijadikan amalan serta panduan untuk memelihara diri dan membina keluarga bahagia agar sentiasa mendapat keberkatan dan rahmat daripada Allah s.w.t.

Antara Kandungan:
MISI 1. Perkahwinan adalah Destinasi Cinta ke Jannah
MISI 2. Meminang, Episod Meniti Cinta
MISI 3. Biar Sederhana Asalkan Tidak Merana
MISI 4. Biar Bercinta kerana Allah
MISI 5. Taat Bukannya Memuja
MISI 6. Dia Juga Manusia Biasa
MISI 7. Laksanakan Tanggungjawab
MISI 8. Bertenang Dahulu
MISI 9. Ibuku, Ibumu Juga

Barang perlu ada ketika membaca


KHAS UNTUK PENCINTA BUKU.

MESTI ANDA PERLUKANNYA TANPA SEDAR BILA HENDAK MEMBACA BUKU.

IA TABIAT SEMULAJADI SEMUA ULAT BUKU, BOOKWORM, BOOK ADDICT ATAU KAKI NOVEL.

Thursday, January 30, 2020

40 Hadis Kelebihan Zikrullah ~ Ustaz Zulkarnain Dollah

(SEM & SS) RM15.00 > RM13.50

Buku ini menghimpunkan 40 hadis yang menceritakan kelebihan, pahala dan ganjaran zikir.
Zikir adalah ibadah yang mudah dilakukan namun memiliki ganjaran yang besar baik zikir khusus yang terikat dengan masa seperti yang diajarkan Rasulullah SAW dalam hadis Baginda, atau zikir-zikir umum yang bebas dilakukan pada bila-bila masa.

Kelebihan dan manfaat zikirullah akan sangat terasa di alam barzakh dan hari kiamat. Namun, sebenarnya semasa kita masih hidup juga zikrullah memberi manfaat tanpa kita sedari. Begitulah yang diajarkan Rasulullah melalui hadis-hadis yang dimuatkan dalam buku ini.

Ada Dia Di Hatiku ~ Thebingkisanhati

(SEM & SS) RM20.00 > RM18.00

Mereka tak mengerti bahawa untuk bangkit tak semudah melangkah.
Mereka tak fahami bahawa proses untuk bangun perlukan masa.
Bunga yang mekar juga perlukan sedikit waktu untuk tumbuh dan hidup.
Begitulah hati. Perlukan masa untuk ia kembali utuh.
Justeru, tatkala tiada lagi ruang kebahagiaan yang tinggal, pilihlah pengaduan kepada Tuhan bagi menyingkirkan sisa kesedihan.
Tatkala hilang dan lenyap rasa ketenangan, tunduklah dan sujud kepada Dia Yang Maha Mendengar. 

Hidup umpama roda. Kehidupan kita acapkali berputar. Yang lena tidak selamanya di pentas bahagia. Yang bersedih tidak selamanya di pentas air mata. Akan tiba waktu di mana posisi langkahmu akan bertukar.

Jadi, belajarlah untuk menerima dan mengikhlaskan tanpa mempersoalkan mengapa ‘luka’ itu terjadi. Belajarlah untuk patuh dan akur pada setiap inci rencana yang telah tertulis.

Tulisan ini insya-Allah mampu menemukanmu dengan cahaya kedamaian dan mampu memeluk hatimu dengan sebuah pujukan. Kehidupanmu barangkali tidak seindah bulan, tapi percayalah kamu tetap indah dan bersinar.

Jadi, senyumlah! Jalani hidup ini apa adanya.

Susun & Hias Buku Cara Profesional

Selamat Sejahtera Semua...

Rasanya, kita semua yang suka membaca dan ulat buku, pasti mempunyai rak buku sendiri atau nak lagi best, bilik bacaan sendiri. Dan pastinya, anda ada pelbagai cara penyusunan buku-buku peribadi.

Di sini, kami senaraikan beberapa tip cara menyusun & menghias rak buku berdasarkan pendapat profesional & ulat buku dalam & luar negara. Anda boleh gunakan beberapa tips yang diberi. Moga almari buku anda ceria, bersih & kemas. Sedap mata memandang.


1. Asingkan buku yang berkulit keras (hard cover) dengan yang berkulit nipis (soft cover). Ia akan lebih mudah dicapai dan kelihatan cantik di rak.

Koleksi Hard Cover

2. Susun buku mengikut kategori atau penulis. Pasti anda ada penulis feveret seperti JK Rowling, Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Debbie Macomber, Pahrol Mohd Juoi, HAMKA atau lain-lain. Susun ikut koleksi penulisan mereka. Senang ketika mencari. Jika anda suka memasak, bertukang, kemas rumah, seni ataupun sastera, boleh kumpulkan koleksi tajuk tertentu dalam satu kumpulan.

Koleksi buku masakan


Thursday, January 23, 2020

Andai Kau Kenal Tuhanmu ~ Angah Sunan

(SEM & SS) RM20.00 > RM18.00

“Susahnya hidup ini, besarnya ujian ini, aku tak mampu, aku lemah, aku penat…”

Selama kita berada di dunia ini, jangan hairan dan mengeluh akan terjadinya sesuatu yang menyulitkan kerana itu sudah sifatnya dunia. Bersifat sementara, sakitnya cuma sementara, namun bahagianya juga sementara. Dunia hanyalah sebuah filem berskripkan dugaan. Kita pula sebagai pelakonnya dan akhirat sebagai pentas anugerah. Di sana kita dinilai, di sana kita dihitung. Apakah semuanya baik-baik sahaja? Sudah cukupkah amalan di bahu kanan? Atau bahu kiri lebih mendahului?

Semuanya bergantung pada amalan kita di dunia…

Warung Western Tepi Kampung ~ Rafiuddin Rabu

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.50

“Dengar aku nak pesan ni! Nak menang dalam hidup bukan setakat kau ada duit berkoyan-koyan, harta bertimbun-timbun dan emas berkepuk-kepuk. Tapi definisi menang yang sebenar adalah apabila kau sentiasa berasa cukup dengan apa yang kau ada, hati sentiasa tenang tanpa gundah gulana dan hidup selalu bahagia seceria mentari pagi, cewahhh.”

Engineer Kompeni Sebelah ~ Han Hanif

(SEM & SS) RM22.00 > RM19.80

Service Engineer, Civil Engineer, Mechanical Engineer, Automotive Engineer, Domestic Engineer, Access Engineer, Chemical Engineer, Sales Engineer, Electric Engineer, Nerwork Engineer dan Project Engineer.

“Kau rasa aku yang mana?”

Aku Budak Madrasah ~ Hannan Dhia

(SEM & SS) RM20.00 > RM18.00

Check-list nak masuk madrasah:

Segala jenis alat komunikasi adalah dilarang
Pelajar perlu berpantang selama 40 hari. Ibu bapa tidak dibenarkan melawat anak-anak, segala keperluan dalam tempoh tersebut perlu melalu pihak pengurusan dan warden asrama sahaja kecuali hal-hal kecemasan yang tidak dapat dielakkan.
Pelajar perlu mematuhi semua peraturan yang telah ditetapkan oeh pihak madrasah dan ibu bapa perlu menandatangani surat kebenaran merotan pelajar sekiranya anak mereka melanggar peraturan madrasah.

“Madrasah ini ada bau lokap. Bau penjara.”

40 Kisah Teguran Rasulullah Buat Umat ~ Mustafar Mohd Suki

(SEM & SS) RM24.00 > RM21.60

Antara metod dakwah baginda bagi membetulkan kesalahan manusia adalah melalui teguran dan nasihat kepada para sahabat baginda yang terdiri daripada pelbagai latar belakang. Teguran ini secara tidak langsung menjadi teguran yang amat berguna kepada umat Islam seluruhnya. Naskhah ini merupakan himpunan kisah Rasulullah SAW menegur dan menasihati para sahabat. Baginda sentiasa membetulkan setiap kesilapan yang dilihat, didengari atau diketahui secara berhikmah. Kisah-kisah ini pasti akan memberi pengajaran agar umat Islam sentiasa mengutamakan agama dalam setiap aktiviti sehariannya.

Antara kisah teguran Rasulullah SAW kepada para sahabat:
- Tidak Pernah Mencium Anak
- Menceritakan Perihal Mimpi Buruk
- Suka Meminta Jawatan
- Meninggalkan Solat Tahiyatul Masjid
- Tidak Menyamakan Saf Solat

Monday, January 20, 2020

Aku Mahu Pulang ~ Deanna Chee

(SEM & SS) RM23.00 > RM20.70

Masa semakin suntuk. Padahal sudah berjanji berjumpa Allah dengan baik-baik saja. Namun apabila direnung semula langkah ini masih tersasar kasar. Jalan menuju-Nya masih atas jalan mungkar!

Aduh. Bagaimana ini?

Wahai Rabbi. Wahai Ilahi. Wahai ar-Rahman.

Suluhkan lorong ini kembali ke jalan yang jelas menuju-Mu. Aku benar-benar mahu pulang ke pangkuan-Mu dengan cerita indah dan baik-baik saja. Pandu aku ke arah jalan pulang yang baik dan mulia.

Tuhan, aku mahu pulang.

Friday, January 17, 2020

Membongkar Sejarah Kegemilangan Kota Dunia Islam ~ Abu Hafiz Mustafa

(SEM & SS) RM38.90 > RM35.00

Sejarah peradaban Islam adalah bentangan kilauan yang memancar dan menerangi peradaban dunia. Ketika bangsa Barat masih dalam masa-masa kegelapan (Dark Ages), sejarah peradaban Islam sudah memainkan peranannya dalam bidang kemajuan ilmu pengetahuan. Ketika zaman kegemilangan Islam, lahirlah ramai para Ilmuwan muslim yang hebat di Andalusia, Baghdad, Damaskus, Kaherah, Morocco dan kota-kota Islam lain, mereka membangunkan peradaban serta membuktikan Islam membawa kemajuan. 

Dengan kehadiran artifak-artifak sejarah, manuskrip-manuskrip kuno, bangunan-bangunan yang masih kukuh nan indah melambangkan kejayaan dan peninggalan-peninggalan sejarah peradaban Islam lainnya yang sampai hari ini jejaknya masih wujud, adalah bukti dari keunggulan kaum muslimin. Buku ini mengajak para pembaca untuk mengetahui sejarah kota-kota Islam, peristiwa yang berlaku, khazanah-khazanah peradaban, masjid-masjid bersejarah, yang dapat menambah pengetahuan dan kekaguman pembaca akan kejayaan Islam pada masa lalu.

Thursday, January 16, 2020

Langkasuka: Membongkar Sejarah Melayu Islam Pattani Yang Hilang ~ Syed Mahadzir Syed Ibrahim

(SEM & SS) RM37.90 > RM34.10

PATTANI adalah negeri Melayu yang terletak di tanah genting Kra, selatan Thailand. Pada abad ke-11 Masehi, Islam sudah mulai tersebar luas di Pattani. Seiring perkembangannya, Raja Pattani, Phya Tu antara yang memeluk Islam dan berganti nama menjadi Sultan Ismail Syah Zhillullah fi al-Ardl. Pada abad ke-15, hampir keseluruhan wilayah Pattani telah memeluk agama Islam. 

Dalam perkembangannya, lahir ramai ulama besar dari daerah ini, di antaranya adalah Syaikh Daud al-Fattani. Dengan tersebarnya Islam secara luas di Pattani, terbentuk dua wilayah kebudayaan di kawasan tanah genting Kra, yang dibezakan oleh dua agama iaitu Islam dan Buddha. 

Kemudian, kerajaan Thailand meletakkan pejuang pembebasan Islam Pattani sebagai ‘pemberontak’. Akibatnya, tidak ada lagi dialog dan pembicaraan dari hati ke hati antara kerajaan pusat dengan masyarakat Islam, khususnya di Pattani. Sikap kerajaan Thailand yang bongkak ini akhirnya melahirkan banyak kesengsaraan kepada umat Islam terutama dengan pendekatan ketenteraan yang diambil oleh Siam.

The Secret of Sugar ~ Dr. K. S. Vasan

(SEM & SS) RM39.90 > RM35.90

Do you know the 56 different names of sugar? Do you know how many teaspoon are equivalent to 1 gram of sugar? Do you know that the food industries goes to great lengths to figure out what makes use crave their products? Do you know what the daily recommendation of added sugar for men and woman?Does sugar fuel cancer cells?

Asam Garam Rumahtanga Nabi s.a.w 2 ~ Luqman Makhtar

(SEM & SS) RM30.00 > RM27.00

Buku ini terdiri daripada 4 bab mustahak dengan lebih 100 babak romantik Nabi dengan ummul mukminin :

Bab 1 - Romantik menampilkan sekitar 40 babak yang bakal menginspirasi kan rumah tangga kita. Antara babaknya;
- Asam Garam 1 : Nabi dan isteri berkongsi makanan
- Asam Garam 8 : Nabi dan isteri berkongsi berus gigi
- Asam Garam 14 : Isteri sikatkan rambut

Bab 2 - Nikah pula menghidangkan lebih 50 babak pernikahan Nabi dengan 11 orang isteri tercinta baginda. Pernikahan Nabi suatu babak hidup baginda yang begitu penting namun jarang diberikan perhatian. Antara babaknya;
- Asam Garam 55 : Nabi tidak ada belanja hendak kahwin
- Asam Garam 85 : Mahar paling mahal

Bab 3 - Ilmu dan ibadah menghimpunkan sekitar 30 babak Nabi dan isteri menghidupkan budaya ilmu dan ibadah; dua asas yang wajib bagi kebahagiaan rumah tangga. Antara babak menarik:
- Asam Garam 127 : Nabi baca Al Quran, isteri dengar
- Asam Garam 140 : Ummu Salamah bertanya juga walaupun malu
- Asam Garam 144 : Nabi suruh Hafsah belajar berubat

Asam Garam Rumah Tangga Nabi s.a.w. ~ Luqman Makhtar

(SEM & SS) RM30.00 > RM27.00

Rasulullah sebagai manusia juga berumah tangga. Lalu dalam berumah tangga Baginda hadapi asam garamnya. Ada ketika ceria bersama, ada ketika saling bermasam muka. Ada ketika romantik, ada juga ketikanya berkonflik. Sungguh setiap saat dalam hidup baginda ada teladan untuk umat. Barulah umat boleh belajar daripada Baginda.

Benarlah, Rasulullah uswah hasanah; teladan terbaik. Buku ini memaparkan babak - babak asam garam rumah tangga Nabi yang mungkin kita tidak tahu selama ini, antaranya:

1. Nabi terasa hati
2. Sebulan Nabi merajuk
3. Isteri intip Nabi
4. Nabi dan isteri kemalangan
5. Isteri berdikari cari nafkah
6. Adakala Nabi pun bergadai
7. Isteri paksa Nabi makan ubat
8. Nabi melayan sahaja isteri cemburu
9. Nabi bercerai!
10. Isteri dituduh curang!

Tafsir Surah An-Nur dan Juzuk 18 ~ HAMKA

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.50

Tafsir Surah An-Nur dan Juzuk 18 ini menumpukan kepada perbincangan HAMKA mengenai surah yang terdapat dalam juzuk 18, iaitu Surah Al-Mu'minun, An-Nur, dan Al-Furqan.Kelebihan pentafsiran Al-Quran oleh HAMKA adalah kerana beliau menitikberatkan penjelasan ayat-ayat Al-Quran dengan ungkapan yang teliti, menjelaskan makna-makna yang dimaksudkan dengan bahasa yang indah dan menarik serta menghubungkan ayat dengan realiti sosiobudaya masyarakat nusantara.Ia turut diperkaya dengan pendekatan sejarah, sosiologi, tasawuf, ilmu kalam, sastera dan psikologi.

Adab Berdamping Dengan Al-Quran ~ Imam An-Nawawi

(SEM & SS) RM18.00 > RM16.20

Melihat hurufnya, mendengar alunan bacaannya, malah membaca isi kandungannya sudah dijanjikan ganjaran yang besar. Apatah sekiranya mentadabbur dan mengamalkan segala suruhannya.

Buku Adab Berdamping dengan Al-Quran karga Imam An-Nawawi menggariskan panduan yang jelas berpandukan Al-Quran dan sunnah. Antara topik yang dibincangkan adalah:
  • Mengapa perlu membaca Al-Quran? 
  • Apakah yang membuatka ‘ulat’ Al-Quran begitu istimewa? 
  • Adab dan etika pendammping Al-Quran. 
  • Ayat-ayat dan surah Al-Quran yang digalakkan untuk dibaca pada waktu dan keadaan yang khusus.

Kau Sembah Apa? Part 2 ~ Ahmad Iqram Mohamad Noor

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.50

Jika ajaran sesat dalam Islam di Malaysia kita ada Ayah Pin dan Rasul Melayu. Perkara yang sama juga berlaku kepada agama lain, malah ajaran-ajaran mereka itu telah berkembang di Malaysia.

Ia menjadi topik hangat dikalangan penganut Kristian, Hindu dan Buddha di Malaysia yang mungkin kurang diberi perhatian kepada kita sebagai muslim di Malaysia.

Ada beberapa persoalan dijawab dalam buku ini:
1. Sebanyak manakah gerakan agama baru telah berkembang di Malaysia?
2. Bagaimana modus operandi mereka bergerak?
3. Kumpulan agama baru yang manakah yang terlibat berdakyah kepada pelajar Muslim Melayu?
4. Mengapa wujudnya penyembahan kepada makhluk?

Monday, January 6, 2020

Kurus ~ Kevin Zahri

(SEM & SS) RM89.90 > RM85.00

"KURUS' ADALAH "SUKA HATI AKU?"

The journey of "KURUS" must be a journey that makes you smile.

Dan sekiranya selama ini perjuangan "kurus" anda hanya menyeksa diri, biar saya bimbing anda untuk menjadikannya lebih seronok dan berpanjangan.

"KURUS" bukan program 6 minggu.
"KURUS" bukan soal kurus.

Ia komitmen diri untuk sepanjang hayat.

IA SUKA HATI KAU!


Sunday, January 5, 2020

What You Should And Should't Tell Your Kid ~ Mejar (B) Mohammad Qayyum A. Badaruddin

(SEM & SS) RM24.00 > RM21.60

How To Manage Kids With Simple Rules:
1. Setting Priorities - Priorities homework before indulging in TV, video games, ipads, iphone and other electronics.
2. Be strict about the importance of sleep.
3. Teach your child how to self-regulate with respect to wake-up and bedtime from the age of 10 or so.
4. Expect self management and good time management. Don't get into the nasty habit of watching the homework clock for your child.
5. Ensuring Good Behavior - Prevent back talk. If your kids gets big-mouthed with you, your spouse, etc. and/or continue to do so, then assign extra chores and/or take away privileges.

Universal Challenges That All Students And Kids Face Are:

Lookin for acceptance from their peers
Looking for acceptance from their parents
Low Self-esteem
Fear of Judgement from others
Lack of patience towards one's goals
Not using social media in a productive way

Wednesday, January 1, 2020

Paluan Gendang Perang Akhir Zaman: Al Malhamah Al Kubra Semakin Hampir... ~ Shafie Abdul Rahman

(SEM & SS) RM37.90 > RM34.10

Buku ini yang memperkatakan tentang perang akhir zaman yang berlaku sebelum dunia musnah dan akhirnya mengalami kehancurannya melalui Hari Kiamat. Melalui buku ini, penulis cuba menjelaskan beberapa persoalan yang kerap menjadi tanda tanya dan bermain dalam minda kebanyakan umat Islam dewasa ini. 

Melalui buku ini, penulis membuat beberapa hipotesis dan cuba melakar rentetan peristiwa bermual dengan munculnya Imam Mahdi hinggalah membawa kepada kehancuran negara Israel. Selain itu, banyak lagi persoalan selain daripada persoalan-persoalan di atas yang cuba dijelaskan oleh penulis melalui buku ini. 

Ingin mendapat jawapan kepada pelbagai persoalan yang berkaitan dengan Perang Akhir Zaman atau Al-Malhamah Al-Kubra? Dapatkan jawapan-jawapan kepada persoalan-persoalan yang bermain di minda anda dengan memiliki buku ini.

Membongkar Misteri Tragedi MH370 & MH17 ~ Syed Mahadzir Syed Ibrahim

(SEM & SS) RM37.90 > RM34.10

Tragedi yang berlaku ke atas MH370 dan MH17 milik Malaysia telah mengundang pelbagai teori dan sebab musabab kejadiannya. Antara teori yang heboh diperkatakan ialah tragedi ini angkara konspirasi Dajjal Illuminati. 

Menurut satu kajian, teori konspirasi ada fungsinya iaitu sebagai satu mekanisme untuk orang ramai menghadapi atau memahami sesuatu peristiwa yang buntu. Dalam kes tragedi kehilangan pesawat MH370, adalah sukar untuk memahami bagaimana pesawat boleh hilang. Teori konspirasi memberikan ruang untuk sesetengah orang bagi mendapatkan penjelasan buat mereka yang memerlukannya. Jadi, bagaimana pandangan para pembaca terhadap teori konspirasi atas kehilangan MH370 dan tragedy MH17? 

Para pembaca berhak untuk sama ada mempercayai atau tidak teori ini tetapi pelbagai maklumat dan fakta telah dipaparkan bersama hujah-hujah yang logik.

Bersangka Baik Dengan Tuhan ~ Syira Lokman

(SEM & SS) RM23.00 > RM20.70

Dunia ini tidak adil,
Ada sahaja duka yang menjenguk,
Ada sahaja sakit yang dirasa,
Ada sahaja dugaan yang menimpa,
Mengapa aku sahaja yang kena?
Mengapa hidup mereka sungguh sempurna?

Bersangka baik dengan Tuhan tidak mudah, tetapi mencuba bersangka baik juga tidaklah susah.
Di setiap ujian yang kita bencikan, dalam setiap sabar yang kita wujudkan, ada kebaikan yang Allah SWT mahu kurniakan. Ada jalan yang Allah SWT mahu tunjukkan.

Di setiap kegelapan yang kita rasa akan hilang segalanya, sebenarnya ada harapan yang akan menyinari hari – hari kita.
Jadi, bersangka baiklah dengan Tuhan, kerana Tuhan tidak pernah kejam.
Dia pasti mendengar.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...