Hubungi Kami

Hubungi Kami

Monday, July 29, 2013

Surah Yasin Dengan Panduan Waqaf & Ibtida' Berserta Hukum Tajwid ~ Fauzi Abdul Hamid

Surah Yasin merupakan salah satu surah lazim yang sering diamalkan oleh masyarakat Islam bagi memohon hajat atau perlindungan daripada Allah SWT. Surah ini sentiasa meniti di bibir dan terpahat di hati masyarakat Islam sama ada dalam kalangan anak-anak kecil ataupun dewasa berbanding surah-surah yang lain. Surah Yasin juga sering dibaca dalam majlis-majlis kesyukuran, doa selamat, qiamullail, mahupun ketika ditimpa musibah seperti keuzuran atau kematian. Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang membaca surah Yasin pada suatu malam kerana menuntut keredhaan Allah Taala, nescaya dosanya diampunkan. Surah Yasin ini dipersembahkan dengan tujuan untuk menggalakkan lebih ramai masyarakat Islam mengamalkannya. 

Antara elemen menarik yang disuntik dalam bahan ini ialah panduan tajwid berwarna, panduan waqaf dan ibtida’ berwarna, terjemahan dalam bahasa Melayu dan Inggeris serta panduan transliterasi Arab Melayu. Oleh itu, pihak Telaga Biru Sdn. Bhd. mengharapkan surah Yasin ini bukan sahaja untuk memudahkan pembacaan, malah ia juga dapat meminimumkan kesilapan tajwid serta kesilapan dalam memberhentikan dan memulakan bacaan pada ayat yang panjang. Selain itu, ia juga relevan dan sesuai bagi saudara baru dalam Islam, golongan kurang atau tidak mahir dalam bahasa Arab, anak-anak dan semua peringkat masyarakat Islam. Semoga usaha kecil ini membawa manfaat yang besar kepada masyarakat dan dinilai sebagai amalan soleh di sisi Allah SWT.

*****

(SEM & S/S) RM6.00 - RM5.30

300 Hadis Bimbingan: Edisi Kemaskini ~ Dr Hj Zahazan Mohamed, Ahmad Hasan Mohd Nazam

Al-Quran menjadi panduan hidup manusia. Panduan ini banyak dalam bentuk falsafah, konsep dan umum. Hadis Rasulullah s.a.w pula memberi contoh dan panduan yang lebih praktikal. Soalnya hadis ratusan ribu banyaknya dikategorikan kepada beberapa taraf yang terdiri daripada hadis sahih, hasan, daif hingga yang palsu. 

Buku ini telah mengumpulkan 300 hadis sahih yang paling utama yang mencakupi bidang kehidupan harian dan disusun mengikut keutamaan tajuk seperti ilmu, beramal, berjemaah, hal ehwal Rasulullah s.a.w., para sahabat, rukun Islam, rukun iman, solat, Al-Quran, puasa, kesihatan, zakat, haji, jihad, doa, zikir, persaudaraan, akhlak, sedekah, komunikasi, pengurusan, pesanan nabi dan sebagainya. 

Hadis disampaikan melalui teks yang mudah dibaca dengan terjemahan yang jelas. Pembaca dapat membuat rujukan terus untuk kegunaan dalam menghafal hadis, ceramah, usrah, tarbiah, tazkirah dan taklim. Turut disertakan biodata 72 orang perawi hadis yang masyhur.

*****

(SEM & S/S) RM26.00 - RM22.90

Thursday, July 11, 2013

Al-quran Al-Karim Waqaf & Ibtida' Saiz I (Lebih Nipis) ~ Prof Madya Dr. Hj Ab. Raof Hassan, Tan Sri Hassan Azahari

Al-Quran Al-Karim dengan Panduan Wakaf & Ibtida’ merupakan satu panduan wakaf (memberhentikan bacaan) dan ibtida’ (memulakan bacaan) yang pertama di Malaysia dan juga yang pertama seumpamanya di dunia. Keistimewaan Al-Quaran ini adalah menggunakan system warna yang jelas dan menarik bagi memudahkan pembaca Al-Quran memberhentikan bacaan dan memulakan bacaan dengan sempurna.

*****

(SEM & S/S) RM70.00 - RM61.60

Semuanya Soal Hati ~ Pahrol Mohamad Juoi

Kebahagiaan ini apabila memiliki hati yang tenang dalam menghadapi apa jua ujian dalam kehidupan. Inilah erti bahagia yang sebenar selaras petunjuk Allah dalam al-Quran. Firman Allah, bermaksud: “Ketahuilah dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang.” (Surah ar-Ra’du: 28). Rasulullah SAW bersabda lagi yang bermaksud: “Bukanlah kekayaan itu dengan banyaknya harta benda tetapi kekayaan itu sebenarnya ialah kaya hati.” (Riwayat Bukhari dan Muslim). 

Kaya hati bermaksud hati yang tenang, lapang dan berasa cukup dengan apa yang dimiliki – bersyukur dengan apa yang ada, sabar dengan apa yang tiada. Oleh sebab itu, hati perlu dibersihkan serta dipulihara dan dipelihara “kesihatannya” agar lahir sifat-sifat mahmudah seperti amanah, sabar, syukur, qanaah, redha, pemaaf dan dijaga daripada penyakit-penyakitnya seperti takbur, hasad, takut mati, bakhil dan sebagainya. 

Kemuncak kebahagiaan adalah apabila hati seseorang mampu mendorongnya melakukan kebaikan dan menghindari kejahatan dan larangan yang ditentukan oleh Islam dengan mudah dan secara “auto pilot”. Yakni tanpa mujahadah dan bersusah payah serta perlu difikir-fikirkan lagi. Dan kata Imam al-Ghazali, “Inilah hakikat akhlak mulia.” Sesungguhnya, itulah inti pati mesej buku “Semuanya Soal Hati” ini!

*****

(SEM & S/S) RM36.00 - RM31.70

Monday, July 8, 2013

A-Z Soal Jawab Puasa, Solat Tarawih, Zakat Fitrah & Hari Raya ~ Ahmad Adnan Fadzil

Buku “A – Z Soal Jawab Puasa , Tarawih, Zakat dan Hari Raya” ialah pilihan tepat bagi anda. Setiap kali kedatangan bulan Ramadhan, umat Islam seluruh dunia majoritinya bersungguh-sungguh dalam memanfaatkan bulan ini. Bulan Ramadhan bagaikan pesta ibadah bagi seorang mukmin yang benar-benar menghayati dan merasai kenikmatan ibadah di bulan Ramadhan. 

Anda perlu memiliki buku ini kerana ia dipersembahkan dalam bentuk soalan dan jawapan yang sering menjadi permasalahan. Merungkai setiap permasalahan yang timbul dalam ibadah puasa, tarawih, zakat dan hari raya secara lengkap serta mudah difahami. Penyediaan jadual, gambar rajah dan carta untuk membantu kefahaman para pembaca. Menyelesaikan persoalan yang berlaku dengan mengutamakan pandangan mazhab asy-Syafi‘i berserta dalil.

*****

(SEM & S/S) RM25.00 - RM22.00
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...