Hubungi Kami

Hubungi Kami

Friday, July 26, 2019

Tafsir Surah Al-Anbiyaa' dan Juzuk 17 ~ HAMKA

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.50

Surah Al-Anbiyaa’ yang bererti nabi-nabi diturunkan di Makkah, diturunkan sesudah Surah Ibrahim. Dari tuntunan yang berkali-kali telah kita terima, soal-soal pokok yang jadi isi dari surah-surah Makiyyah ialah soal aqidah. Jika disimpulkan pula aqidah itu terhimpunlah dia kepada tiga. 

Pertama, tauhid, iaitu pokok kepercayaan tentang keesaan Allah. 

Kedua, Ar-Risalah, iaitu bahawa Allah mengutusmanusia-manusia yang dipilih-Nya sendiri buat menyampaikan wahyu yang berisi bimbingan dan pimpinan untuk manusia dalam menempuh hidup. 

Ketiga, al-Ba’ats, iaitu kepercayaan bahawa di belakang hidup yang kita lalui sekarang ini akan ada lagi kebangkitan untuk hidup yang kedua kali.

Amalan & Doa Murah Rezeki & Bebas Hutang ~ Nor Aniza Mad Azeri, Nurul Hidayah Mohamad Zuki

(SEM & SS) RM6.50 > RM5.90

Rezeki yang kita miliki adalah pemberian daripada Allah s.w.t. Setiap manusia diberi pelbagai rezeki yag berbeza. Ada antara kita mendapat rezeki kesenangan wang ringgit, rezeki anak-anak yang solehah dan solehah, rezeki kesihatan, dan lain-lain lagi. Namun, ada yang diuji dengan pelbagai dugaan dalam kehidupan seperti disempitkan pintu rezeki dan dibeban dengan hutang yang banyak. Persoalannya, bagaimana untuk diluaskan pintu rezeki dan dijauhkan bebanan hutang? Salah satu cara untuk mendapat rezeki yang luas ialah menjaga hubungan dengan Allah s.w.t.

Antara Kandungan:
BAHAGIAN 1 : Jaga Hubungan dengan Allah, Kunci Murah Rezeki
• Yakin Rezeki Itu dari Allah s.w.t.
Doa 1 : Diberikan Kekuatan dan Keyakinan dalam Diri
• Berusaha Menjadi Hamba Allah s.w.t. yang Bertakwa
Doa 2 : Doa Dikurniakan Keluarga yang Bertakwa
• Dosa Penghalang Rezeki, Istighfar Kunci Rezeki
Doa 3 : Penghulu Istighfar
• Tidak Putus Berdoa Dimurahkan Rezeki
Doa 4 : Doa Dikurniakan Rezeki yang Melimpah Ruah
• Dhuha Langkah Mudah
Doa 5 : Doa Selepas Solat Sunat Dhuha
• Bersyukur dengan Sekecil-Kecil Nikmat
Doa 6 : Doa Supaya Allah s.w.t. Mencukupkan Keperluan Diri
dan Keluarga

Memanjat Pohon Cinta ~ Khairy Tajudin

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.50

Buku ini memuatkan kisah-kisah manis, pahit, tawar dan segala macam rasa dalam dunia perkahwinan. Antologi cerpen ini dihasilkan oleh 20 orang penulis berbakat, gandingan penulis lama dan baharu.

Dia Atur, Kita Akur ~ Khairy Tajudin

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.50

Mengeluwap-luwap pemikiran saya ketika menelaaj manuskrip tuan, saya teruja! Sungguh, Tuhan sebaik-baik pengatur, sedangkan kita hanya perlu akur. Andai mahu keluar daripada arahan Allah swt, maka pilihlah untuk hidup di dunia yang lain.

Buku ini adalah sebuah buku motivasi yang memuatkan catatan dan pengajaran daripada pengalaman penulis sendiri, diiringi dengan pelbagai tip untuk menambah rezeki dalam kehidupan.

Monday, July 15, 2019

Surat Untuk Orang Yang Putus Asa ~ Adnin Roslan

(SEM & SS) RM30.00 > RM27.00

Pernah tak terkadang, kau rasa ujian hidup yang kau lalui terlalu berat, hingga sampai satu tahap, kau rasa tersangat pedih, sedih, resah, gelisah, terseksa, gundah-gulana, sehingga kau berkali-kali nak bunuh diri Pernah tak?

Hatta, terkadang kita pernah salahkan Allah, benci Allah dan menganggap Allah kejam, kerana beri kita ujian yang bagi kita, ianya tidak lagi mampu untuk kita hadapi.

Wahai kawanku yang pernah berputus-asa dengan musibah yang melandamu, yang berputus-asa kerana depresi, yang berputus-asa dengan agama, berputus-asa dengan taubat, putus-asa dalam perubahan, rasa lemah dalam dakwah tarbiah, berputus-asa dalam mencari rezeki, berputus-asa dengan doa, berputus-asa dalam mencari ilmu, dan berputus-asa dengan usaha mencari jodoh, dan sebagainya... Saya hadiahkan surat ini buatmu.

Agar kau tahu, agar kau faham, sebenarnya, tuhan tidaklah kejam seperti yang kau sangkakan. Agar kau tahu, segala masalah yang kau lalui itu, ada jalan keluar.

Kerana itu, saya hadiahkan surat ini buatmu, SURAT UNTUK ORANG YANG PUTUS-ASA.

Bagaimana Menjadi Pemimpin ~ Ir. Lukman Al Hakim

(SEM & SS) RM30.00 > RM27.00

Kenapa umat Islam hari ini sering dilabel lemah dan lambat, malsa dan mundur, kotor dan kolot sedangkan Islam adalah agama palinh benar yang terbaik buat seluruh alam?

Kenapa umat Islam hari ini dijajah dan diperintah, disiksa dan diperkosa, dicatu dan ditipu sedangkan tujuan penciptaan kita di atas muka bumi ini adalah untuk memimpin?

Jawapannya ialah kerana kita gagal menjadi pemimpin. Kita gagal kerana kita telah lama meninggalkan ad-din!

Sedangkan seluruh Al-Quran, kehidupan para rasul, Nabi Muhammad s.a.w serta para pejuang dakwah yang mulia amat sarat dengan nilai kepimpinan.

Buku ini cuba menyelongkar ramuan paling mujarab dari semua sumber ini bagi melahirkan pemimpin luar biasa yang mampu mentransformasi umat dan mengalahkan musuh sehingga lumat:
1. Menerangkan kepimpinan dari sudut pandang Islam yang holistik.
2. Memasyarakatkan kepimpinan supaya setiap orang merasakannya relevan, mudah dan sangat berkuasa.
3. Menggilap mutiara pengajaran daripada kisah kepimpinan para rasul, siri peperangan Nabi Muhammad s.a.w dan pengalaman peribadi penulis sendiri.
4. Memperincikan tips dan teknik yang amat praktikal bagi menguasai kemahiran pengurusan,
mempengaruhi dan spiritual.
5. Menjadi manual ringkas kepimpinan bagi menyelesaikan pelbagai masalah kehidupan yang menghimpit.

Checklist Muslimah ~ Zahirah Zamree

(SEM & SS) RM27.00 > RM24.30

Adakala sebagai seorang muslimah terlepas pandang dalam sesuatu yang perlu difokuskan. Itu lumrah, namun dia hendaklah bangkit dan berusaha untuk memperbaiki diri untuk menjadi penggerak dakwah.

Seorang muslimah perlu ada tiga ciri utama dalam dirinya, apakah ciri-ciri tersebut? Mampukah seorang muslimah itu memperjuangkan dakwah walaupun dalam keadaan dirinya yang banyak perlu diperbaiki? Segala persoalan mengenai dakwah dan tarbiyah dalam dimensi muslimah ada di dalam buku ini!

Wednesday, July 10, 2019

Malam Bagaikan Malaikat, Siang Bagaikan Singa ~ Abdul Rahim Muhammad Syakrawi

(SEM & SS) RM28.00 > RM25.20

Solat, bagi kaum muslimin, adalah perkara yang tidak asing lagi. Ianya merupakan ibadah yang paling utama. Sebahagian kita menyebut solat dengan kata sembahyang. Menyamakan solat dengan sembahyang sama ertinya dengan menyatakan bahawa setiap agama memilikinya, tidak terkecuali agama kita. Ianya menyatakan hal yang demikian ini sesungguhnya tidak terlalu tepat. 

Ketika kata solat diganti dengan kata sembahyang, maka ianya mengandaikan bahawa setiap agama memiliki cara sendiri-sendiri dalam bersembahyang, akan tetapi pada hakikatnya cara tersebut memiliki maksud dan matlamat yang sama. Maksud dan matlamat yang sama, hanya cara dan waktu-waktunya saja yang berbeza. Persoalannya, apakah memang sedemikian? Apakah solat itu tidak ubahnya sembahyang yang dilakukan oleh seorang Kristian, atau seorang Hindu, atau seorang Buddha? Apakah benar bahawa maksud dan matlamatnya itu sama dan hanya berbeza dalam cara dan waktu-waktunya saja? Tidak adakah hakikat yang dapat ditarik dari perbezaan cara-cara dan waktu bersembahyang antara agama tersebut, sehingga perbezaan ini membawa perbezaan pula dalam maksud dan matlamatnya? 

Dahulukan Ibadah Kamu Daripada Dunia Kamu ~ Dr. Masiq Khalid Ali

(SEM & SS) RM32.00 > RM28.80

Apabila kamu merasai kesukaran dan menghadapi banyak masalah hidup di dunia ini, janganlah berputus asa dan rasa kecewa kerana sesungguhnya Allah SWT adalah tempat bergantung dan tempat diletakkan sepenuh pengharapan. Ketahuilah, sesungguhnya kenikmatan yang teragung dan terbesar, iaitu kenikmatan yang dirasai sepenuhnya di hari akhirat nanti. 

Kenikmatan akhirat itulah yang akan membawa hamba kepada kemuliaan yang kekal. Kerana itu, hakikatnya seorang mukmin, tidak mengejar kenikmatan dunia, yang tidak memiliki apa-apa keuntungan melainkan sedikit sahaja, dibandingkan dengan kenikmatan berupa kemuliaan di sisi Allah SWT. Tidak ada maknanya kenikmatan dan kelazatan dunia seisinya, yang boleh membuat manusia menjadi lupa dan mabuk, sehingga terlena dengan kehidupan dunia. Kehidupan manusia yang sudah mabuk dunia itu, menjadikan sujud, rukuk dan ibadahnya hanya untuk memenuhi rasa kenikmatan dunia. 

Dasyatnya Doa Seorang Ibu ~ Sayyid Sabiq Abdul Fattah

(SEM & SS) RM35.00 > RM31.50

Mungkin kita sering berprasangka kita tidak boleh mengabdi kepada ibu dengan memberikan kesenangan kepada apa yang dia inginkan. Salah satu alasannya kerana kita masih belum bekerja dan masih menjadi seorang pelajar ataupun mahasiswa. Jika demikian yang terjadi, khususnya kepada para pelajar dan mahasiswa, maka tidak usahlah hairan dan berkecil hati lantaran kita tidak boleh memberikan sesuatu kepada ibu kita berupa materi. Ini kerana memang kita masih berada dalam bidang pembelajaran. 

Begitu juga dengan seorang mahasiswa, janganlah dijadikan dalih bahawa ketika kita masih berstatus menjadi seorang mahasiswa, kita tidak boleh menyenangkan hati orang tua. Buanglah perasaan seperti itu kerana masih ada suatu perkara yang boleh menyenangkan hati ibu kita, iaitu dengan rajin belajar dan juga lulus sarjana sesuai dengan waktu yang telah ditentukan. Saya yakin kedua-dua orang tua kita terutama ibu kita akan bangga dengan kita, jika kita mampu memberikan markah yang terbaik dan lulus sarjana sesuai dengan waktu yang telah ditentukan.

Sejarah Dajjal ~ Ibrahim Rabi' Al-Askandi Ali Al-Haddadi

(SEM & SS) RM35.00 > RM31.50

Kata Dajjal berasal dari kata dajala, ertinya, menutup (sesuatu). ‘Kamus Lisanul Arab’ mengemukakan beberapa pendapat mengapa disebut Dajjal:
  1.  Ia disebut Dajjal kerana ia adalah pembohong yang menutup kebenaran dengan kepalsuan. 
  2. Ia menutup bumi dengan bilangannya yang besar. 
  3. Ia menutup manusia dengan kekafiran 
  4. Ia tersebar dan menutup seluruh muka bumi.

300 Kesalahan Dalam Solat ~ Haji Johari Haji Alias

(SEM & SS) RM30.00 > RM27.00

Solat merupakan kewajipan dalam kehidupan umat Islam. Nabi Muhammad diisrakkan ke langit untuk menerima perintah solat. Solatlah amalan pertama yang akan dihisab di akhirat kelak. Oleh yang demikian, marilah kita sama-sama memperbaiki kualiti solat kita.

Hayati maksud hadis yang berikut,
" Amal seorang hamba yang pertama kali dihisab kelak adalah solat, jika solatnya rosak, maka amal lainnya pun akan rosak." [Hadis riwayat Thabrani]

Namun begitu, tanpa kita sedari terdapat beberapa kesilapan yang kita lakukan ketika memgejarkan ibadat solat yang sangat dituntut ini. Semoga dengan terhasilnya buku ini dapat memberi sedikit panduan kepada kita agar berhati-hati serta menjaga daripada melakukan perkara-perkara yang dapat membatalkan solat.

25 Nabi Allah Yang Wajib Kita Kenal ~ Ustaz Ibnu Selamat

(SEM & SS) RM37.00 > RM33.30

ALLAH BERFIRMAN TENTANG PENGUTUSAN PARA NABI DAN RASUL DALAM AL-QURAN:

" Manusia itu adalah umat yang satu. (Setelah timbul perselisihan), maka Allah mengutus para nabi, sebagai pemberi khabar gembira dan pemberi peringatan, dan Allah menurunkan bersama mereka Kitab yang benar, untuk memberi keputusan antara manusia tentang perkara yang mereka perselisihkan. Tidaklah berselisih tentang Kitab itu melainkan orang yang telah didatangkan kepada mereka kitab, iaitu setelah datang kepada mereka keterangan-keterangan yang nyata, kerana dengki antara mereka sendiri. 

Maka Allah memberi petunjuk orang-orang yang beriman kepada kebenaran tentang hal yang mereka perselisihkan itu dengan kehendak-Nya. Dan Allah selalu memberi petunjuk orang yang dikehendaki-Nya kepada jalan yang lurus." (Surah al-Baqarah [2] : 213)

25 Nabi Allah yang Wajib Kita Kenal mengungkap kisah pada nabi dan rasul yang ada disebut dalam al-Quran. Semoga kehadiran buku ini dapat menambahkan pengetahuan ilmu kita dan meneguhkan iman serta kecintaan kita kepada para nabi Allah. Amin

Tuesday, July 9, 2019

Call Upon Him ~ Mizi Wahid

(SEM & SS) RM55.00 > RM49.50

The original version of this book was titled Prayers For Success, and it was first published in 2011. Now in 2019, Ustaz Mizi Wahid has collaborated IMAN Publication to revise the contents and produce an updated version of this book with the title renamed to Call Upon Him : 21 Steps To Strengthen Our Trust In Allah

This book is not merely a compilation of supplications taken from the Quran and the Sunnah. It is a book written with the sole intention to inspire Muslims to have unquestionable faith in the Most Generous Lord, Allah s.w.t. through the supplications they make to Him.


There are plenty of books out there this present day which compiles a list of supplications; long and short, along with its meanings for their readers to choose from. Thus, this book hopes to deliver differently, in the area of encouragement and support for those who have been knocking on heaven’s doors but have yet to get a response or have been disappointed with the answers they have received so far.

In this book, tips are written on the recommended times and methods, encouragement is given to stay in faith throughout the long wait and selected supplications are written to keep us connected to Allah s.w.t. through constant remembrance and prayer.

Merawat Cinta Dalam Rumah Tangga ~ Pahrol Mohamad Juoi

(SEM & SS) RM28.00 > RM25.20

Akan ada ketika, kita terasa seperti tidak mengenali pasangan kita. Dia menjadi ‘orang lain’, seakan-akan kita belum pernah mengenalinya walaupun telah berumah tangga setelah sekian lama.

Apabila usia perkahwinan semakin bertambah, dirasakan tiada lagi kemanisan, kehangatan dan keharmonian seperti yang pernah dilalui sebelum itu. Segala-galanya menjadi semakin suram.

Melalui buku ini, Ustaz Pahrol Mohamad Juoi membawa kita meniti makna dan definisi cinta yang sebenar seterusnya memberi nasihat bagaimana untuk merawat keretakan cinta dalam rumah tangga.

bawa Cinta Kita Ke Syurga ~ Pahrol Mohamad Juoi

(SEM & SS) RM28.00 > RM25.20

Manusia secara fitrahnya inginkan cinta.

Tetapi, Cinta semata-mata tidak cukup untuk mempertahankan keharmonian sesebuah rumah tangga, terutamanya apabila pasangan sudah jemu dan mula berubah.

Maka, adakah kita sudah tersilap memilih pasangan?
Haruskah rumah tangga berakhir dengan hilangnya cinta?

Buku ini mengajak kita untuk membetulkan sikap dan cara pandang terhadap perkahwinan dimana matlamat utamanya adalah menuju Allah S.W.T. Penulis memberi nasihat bagaimana kita harus mengemudi bahtera sehingga akhirnya, kita mencapai matlamat perkahwinan yang sering disebut-sebut iaitu SYURGA.

Konspirasi Illuminati Antarabangsa Dalam Tenggelamnya Kapal Titanic ~ Syed Mahadzir Syed Ibrahim

(SEM & SS) RM37.90 > RM34.10

Konspirasi Illuminati Antarabangsa bukanlah perkara baru dalam dunia ini. Sejak zaman berzaman konspirasi ini memainkan peranannya dalam pelbagai tragedy di dunia sehingga mengorbankan puluhan ribu nyawa. Begitu juga dengan apa yang berlaku pada kapal Titanic.

Ramai orang menyangka kapal Titanic tenggelam disebabkan oleh perlanggaran denga bongkah air batu secara tidak sengaja namun bukti-buktii menunjukkan bahawa kapal mewah tersebut sengaja ditenggelamkan untuk membunuh musuh-musuh illuminati. 

Siasatan pihak Britain terhadap tengglemanya kapal Titanic, menunjukkan ada kaitan dengan sejumlah urusan illuminati, bermula dari penglibatan yang luas kumpulan Freemason dalam kerajaan dan kewujudan mereka dalam sistem politik Britain pada umumnya. Mereka yang terlibat sukar dikesan kerana bijak menyembunyikan identiti mereka.

Ensiklopedia Sejarah Turki: Jilid 2 ~ Dr. Abdul Rahman Hj. Abdullah

(SEM & SS) RM45.90 > RM41.30

Dalam jilid ke-2 ini, tumpuan akan diberikan kepada analisis tentang faktor-faktor kejatuhan Kerajaan Uthmaniyah. Terdapat dua faktor besar, iaitu faktor luaran dan faktor dalaman. Antara faktor luaran ialah ancaman kuasa Salib Kristian, seperti kuasa Portugis, Sepanyol, Habsburg, British, Perancis dan Russia. Ini diikuti oleh ancaman Yahudi dalam berbagai wajah, seupama Yahudi Dunama, Yahudi Freemason dan Yahudi Zionis. Malah sekaligus ia juga merupakan ancaman dalaman, oleh kerana sebahagian tokoh-tokoh Freemason itu adalah dalaman, oleh kerana sebahagian tokoh-tokoh Freemason itu adalah daripada orang-orang Turki sendiri.

Ancaman juga datang daripada golongan Syiah, yang secara langsungnya datang daripada Kerajaan SYiah Safawiyah dari Iran. Namun sebagai penjelasan lanjut, didedahkan juga ancaman Syiah secara menyeluruh terhadap umat Islam sepanjang sejarah.

Rangkuman dari pelbagai faktor ini dan lain-lain faktor lagi telah membawa keruntuhan Kerajaan Uthmaniyah, bukan hanya satu faktor sahaja yang cuba ditonjolkan oleh setengah pihak.

Monday, July 8, 2019

Tasawuf: Suatu Pengenalan Asas ~ Dr. Shamsul Mohd Nor

(SEM & SS) RM30.00 > RM27.00

Buku ini menerangkan dengan jelas dan terperinci berkaitan jiwa, nafsu, dan hati yang merupakan perbahasan utama dalam ilmu Tasawuf.

Sepertimana kita sentiasa membersih dan menghias tubuh badan, maka kita juga perlu berusaha untuk membersihkan dalaman kita daripada segala yang buruk dan menghiasnya dengan sifat-sifat yang baik.

Hati yang baik dan jernih adalah padanan dengan amalan yang baik dan diterima. Mana mungkin amalan dan pekerjaan yang dilakukan dengan hati yang tidak ikhlas, jahil dan riyak diterima oleh Allah. Maka, kita mesti berusaha memperbaiki rohani seiring dengan membanyakkan amalan dan ibadah.

Moga-moga nanti kita diredhai oleh Allah dan dimasukkan ke dalam Syurga-Nya. Amin.

Terhumban ke Neraka ~ Ustaz Ahmad Dusuki Abd. Rani

(SEM & SS) RM20.00 > RM18.00

Tidak ada jaminan bahawa kita boleh terlepas daripada dihumban ke dalam neraka. Seandainya terjadi, ia adalah detik yang sangat malang dan sangat merugikan. Hidup selama 1000 tahun sekalipun, langsung tidak ada makna. Sedih sungguh. Namun kesedihan pada saat itu sudah tidak berguna lagi. 

Sementara masih bernyawa inilah kesempatan untuk kita membuat persiapan dan beramal sebanyak-banyaknya supaya kita diselamatkan daripada api neraka.

7 Langkah Baiki Diri ~ Pahrol Mohamad Juoi

(SEM & SS) RM30.00 > RM27.00

Sesungguhnya, masalah-masalah yang kita hadapi kini sebenarnya adalah satu cubitan kasih daripada Allah untuk menginsafkan kita agar kembali ke pangkal jalan. Insya-Allah, Allah sekali-kali tidak akan mengecewakan kita. Cuma kitalah yang sering menzalimi dan mengecewakan diri kita sendiri.

Menerima Islam untuk diamalkan dan diperjuangkan samalah seperti menjemput kedatangan rahmat, kekuatan, keamanan dan keindahan. Menerima Islam tidak akan merugikan, menyusahkan dan menjatuhkan kita. Bahkan dengan Islamlah darjat dan maruah kita akan ditinggikan.

Justeru, buku ini ditulis untuk mereka, khususnya para peserta Modul Mukmin Profesional yang sering bertanya:

• Mengapa kaedah yang sebegini unik tidak dibukukan?
• Alangkah baik kalau modul ini ditulis.
• Apakah cara saya boleh mengulang kaji bahanbahan dalam modul ini?
• Sudah sampai masanya modul yang berkesan ini dibukukan. Buku ini bukan sahaja relevan untuk dijadikan panduan untuk hidup selepas mati, tetapi ia juga relevan untuk hidup sebelum mati.

U-Turn Ke Syurga ~ Bonda Nor

(SEM & SS) RM20.00 > RM18.00

Asalnya manusia memang dari sana, bukan? Ya, di situlah kemuliaan yang telah Allah berikan buat manusia. Tapi itulah, bisikan nafsu jahat kita, hasutan syaitan durjana sering menyesatkan manusia.

Ia menjadi asbab tercampaknya kita ke bumi yang sarat ujian untuk memerangi nafsu dan syaitan ini.
Sungguh, bukan mudah untuk terus bertarung dengan kedua-duanya. Jatuh bangun kita ditolaknya! Cedera parah iman dibuatnya! Tapi kita tak boleh putus asa. Tak boleh mengalah.

Dalam Islam, kita diperkenalkan dengan konsep mujahadah. Lawan tetap lawan! Namun, tentu sahaja mujahadah takkan berjaya jika tak dimulakan dengan muhasabah. Inilah kekuatan naskhah U-TURN KE SYURGA ini. Pada kekuatan penulis merenung kembali diri sendiri dan mencari kesilapan yang perlu diperbetulkan.

Ya, walaupun dah jauh tersesat, kita cari semula jalan untuk kembali ke tempat yang paling selamat. Dengan taubat. Dengan perbaiki semula apa yang telah tersalah. Kerana Allah. Lillah. Allahuakbar. Sungguh ini adalah satu naskhah yang cukup indah dan sarat dengan ibrah!

Sakitnya Tu Di Sini! ~ Bonda Nor

(SEM & SS) RM20.00 > RM18.00

Sesekali bila takdir melampiaskan bahana kesilapan kita, memang terasa benar sakitnya. Tapi mengapa mesti mengeluh pada sesuatu takdir yang kita tak suka sedangkan itulah yang sedang mendidik kita?

Ya. Takdir yang menyakitkan itu juga ada gunanya!
SAKITNYA TU DI SINI! Adalah rangkuman pelbagai kisah kafarah dan teguran Allah yang sangat mahal ditemui ada semasa proses muhasabah.

Meludah Ke Langit ~ Bonda Nor

(SEM & SS) RM20.00 > RM18.00

Subhanallah. Ini memang betul-betul pendedahan eksklusif! Bukan semua orang boleh berlapang dada untuk berkongsi kisah-kisah seperti ini!

Ini salah satu naskhah muhasabah diri yang membuka aib penulisnya sendiri. Tentang bagaimana mereka tersilap bicara, bahkan tersilap tafsir. Kemudian aturan takdir sesudah itu membuat mereka tersentak, sedar kesilapan dan cuba berubah untuk menjadi lebih baik!

Ini bukan sekadar perkongsian mereka, bahkan ini juga mungkin kisah kita!

Meludah Ke Langit – satu pembetulan yang terbit daripada satu penyesalan yang amat perit!

Perjuangkan Syurgamu ~ Bonda Nor

(SEM & SS) RM20.00 > RM18.00

Sebagai hamba yang sudah pun dijanjikan ujian untuk ke syurga, memang sudah tugas kita untuk berjuang melepasinya.

Miskin harta, bagaimana mahu mengelakkan diri daripada hidup meminta-minta? Teruji dengan kelemahan pasangan, bagaimana mahu terus berjuang untuk mempertahankan satu ikatan perkahwinan?

Perjuangan itu yang mahal! Perjuangan itu yang Allah pandang dan nilai. Mampukah kita mempergunakan apa-apa saja ujian yang tiba untuk membawa kita ke syurga? Itulah persoalannya!

Membaca kisah-kisah dalam buku PERJUANGKAN SYURGAMU ini menginsafkan. Betapa selama ini kita sering berasakan ujian hidup kita sangat besar, tetapi rupa-rupanya, ujian hidup orang lain ternyata jauh lebih mencabar.

Ini adalah antologi kisah-kisah benar yang telah dinukilkan oleh penulis untuk dihayati dan diambil iktibarnya. Dan paling penting, untuk kita manfaatkan sebagai satu motivasi yang cukup baik untuk kita melepasi ujian hidup sendiri!

Seadanya Kuterima ~ Bonda Nor

(SEM & SS) RM20.00 > RM18.00

Ini naskhah tentang redha. Tentang bersetuju dengan apa-apa pun takdir hidup kita yang telah dipilihkan oleh Allah.

Memang, bila sebut tentang kehendak, sebut tentang harapan dan cita-cita, kesemua kita ada senarai yang panjang. Itu yang kita fikir. Itu yang terdetik di hati.

Tapi Allah yang cipta kita. Dia Maha Tahu segala buruk baik sesuatu perkara ke atas diri kita. Kadang dihalangnya daripada kita dapat apa yang kita nak, sebab Dia tahu itu akan buat kita jadi manusia bongkak.

Halangan yang tetap membuahkan kebaikan dan kebahagiaan. Lebih penting lagi ia mendorong kepada proses muhasabh diri. Allahuakbar. Itulah yang akan pembaca perolehi daripada maskhah hebat ini. Letusan lahar inspirasi untuk memujuk hati!

Bumerang Kasih ~ Bonda Nor

(SEM & SS) RM20.00 > RM18.00

Bumerang, sejenis permainan yang apabila dilemparkan akan berbalik semula. Itulah analoginya. Itulah panduan kita dalam menetapkan hala tuju kasih sayang dan cinta.

Konsepnya mudah. Jika sayang yang kita beri, sayang jugalah yang akan kita terima kembali!

Allahuakbar, seronoknya saya membaca kisah-kisah benar di dalam naskhah hebat ini. Terinspirasi!
Sungguh, kadang kita penat baca kisah-kisah sedih dan duka. Penat tumpang berduka. Penat menangis. Bahkan kadang kisah-kisah duka buat kita terlupa bahawa Tuhan yang memberi duka itu juga yang membekalkan cinta!

BUMERANG KASIH ini menyedarkan kita semula. Untuk menerima, kita harus memberi. Ini adalah naskhah tentang cinta dan kasih sayang. Tentang kasih sayang anak kepada ibunya, sayang seorang ibu kepada anaknya, cinta seorang guru kepada muridnya dan banyak lagi!

Jalan Pulangku ~ Bonda Nor

(SEM & SS) RM20.00 > RM18.00

Hati yang penuh prasangka, mulut yang mencebik dan tersenyum sinis, mata yang menjeling tajam penuh makna, juga kata-kata cerca. Subhanallah. Manusia bertuah mana yang mampu terselamat daripada semua ini? Ya, hanya Rasulullah saja yang diterima sebagai maksum. Kita tidak! Kita cuma manusia biasa yang penuh dengan kelemahan dan akan sentiasa berbuat kesalahan. Isunya, adakah kita sedar kesilapan kita? Jika pun sedar, adakah kita siap sedia mahu memperbetulkannya? 

Sungguh tidak ramai manusia yang sanggup mengakui salah sendiri apabila ego merajai diri. Kita jangan! Mari kita belajar menundukkan hati dengan menelusuri kisah-kisah insan berjiwa hebat yang terdapat di dalam naskhah ini. JALAN PULANGKU adalah rantaian kisah-kisah benar individu yang rendah hati. 

Tamparan Takdir ~ Bonda Nor

(SEM & SS) RM20.00 > RM18.00

Tuhan itu terlalu dekat. Dia berbicara dengan kita menerusi pelbagai cara. Dalam pada kita leka, ditariknya kita agar kembali kepada fitrah sebagai seorang khalifah. Dalam pada kita lupa, Dia hantar peringatan demi peringatan agar kita segera kembali ke pangkal jalan.

Adakalanya bicara amaran yang dikirimkannya itu datang perlahan, menusuk ke dasar hati. Pedih, dan luka itu kita tanggung sendiri-sendiri. Adakalanya bicara amaran itu datang dengan begitu kuat hingga terkapai-kapai kita mencari semangat di tengah-tengah gelombang kecaman masyarakat. Allahuakbar, malunya.

Namun, masihkah kita dapat mengecap nikmat kasih sayang-Nya dalam setiap musibah yang datang? Naskhah TAMPARAN TAKDIR mengajak pembaca menyelami hakikat ini agar mudah memujuk hati. Betapa setiap musibah sebenarnya adalah bicara takdir yang sedang memaksa kita berfikir. Justeru, jika kita mampu memahaminya, tidak wujud istilah derita, melainkan bahagia. Hati pedih terhukum, tapi kita masih mampu mengukir senyum!

Berani Berhijrah ~ Bonda Nor

(SEM & SS) RM20.00 > RM18.00

Selalu kita tersekat berlama-lama di satu takah kerana takut mahu terus melangkah. Pelbagai perkara membenak di fikiran. Kadang, kekurangan diri sendiri membuahkan rasa tidak yakin. Kadang terpaksa pula berdepan dengan kekurangan orang lain.

Namun, Rasulullah berpesan dengan begitu jelas sekali tentang misi setiap Mukmin. Setiap hari mesti menjadi semakin baik dan semakin baik. Apa-apa pun kekurangan diri kita, seharusnya menjadi asbab untuk kita belajar mengatasinya. Apa-apa pun kekurangan orang lain, seharusnya menjadi asbab untuk kita mengambil iktibar daripadanya.

Thursday, July 4, 2019

Imam-Imam Yang Melawan ~ Syed Azharul Asriq

(SEM & SS) RM23.00 > RM20.70

Ungkapan 'Berani kerana Benar' mudah diucapkan oleh sesiapa sahaja. Namun begitu, adakah mudah bagi kita melaksanakannya? Bagaimana pula sekiranya seteru kita itu jauh lebih besar dan lebih berkuasa daripada kita? Mampukah kita terus bangun dan menegakkan kebenaran atau kita akan tunduk lalu akur menerima kejahilan asalkan hidup kita mudah?

Itulah ujian yang dihadapi oleh tokoh-tokoh yang diketengahkan dalam buku ini. Walaupun daripada pelbagai latar belakang dan zaman yang berbeza-beza namun mereka menempuhi dugaan yang sama. Melawan kerajaan atau pihak istana yang kian jauh daripada landasan agama. Buku ini membawa pembaca bersama tokoh-tokoh yang mampu melawan sebuah organisasi yang besar lagi berkuasa.

Antara kisah perjuangan tokoh yang terkandung dalam naskhah ini:
Khalifah Umar Abdul Aziz
Imam Abu Hanifah
Imam Malik
Imam Syafi'i
Imam Ahmad bin Hanbal
Salahuddin al-Ayyubi

Kitab Budak Praktikal ~ Iwan Reaz

(SEM & SS) RM22.00 > RM19.80

'Nak praktikal je pun, tak payah nak berprotokol sangat, asal dapat sudah. Janji boleh grad!'

'Alaaa... jadi budak praktikal ni kerja kau fotostat je pun, nanti dah habis praktikal bolehlah dapat Master in Photocopying.'

'Praktikal bukannya dibayar elaun, tak payah rajin sangat menabur bakti free dekat ofis tu, sampai masa je balik!'

'Praktikal je pun, dengan kemeja tuck in, seluar slack, kasut kulit, siap tie bagai! Ewww, nerd alert....'

KAU PERNAH DENGAR SUARA-SUARA YANG MACAM TU?

Disebabkan pemikiran yang macam itulah wujudnya KITAB BUDAK PRAKTIKAL ni!
Selamat menelaah

40 Hadis Huru-Hara Kiamat ~ Zulkarnain Dollah, Asyraff Hafdzan Abdullah

(SEM & SS) RM15.00 > RM13.50

40 Hadis Huru- hara Kiamat – Merupakan sebuah buku yang mempunyai 40 himpunan hadis-hadis sahih berkenaan apa yang akan berlaku semasa kiamat, kesukaran-kesukaran yang bakal dihadapi oleh manusia ketika kiamat dan bagaimana menghadapinya.

27 Tertib Mazhab Bisnes Jepun ~ Dato' Zulkifli Malek

(SEM & SS) RM54.00 > RM48.60

Menariknya pendiri bisnes di negara Jepun dapat menjadikan bisnes mereka bertahan lama dan merupakan negara yang paling banyak mempunyai syarikat lebih 100 tahun di dunia.

Pastinya mereka ada rahsia dan cara tersendiri dalam menguruskan bisnes mereka. Pengarang buku ini telah terlibat lebih daripada 30 tahun bersama para pemilik bisnes Jepun telah mengenal pasti 27 ciri dan budaya utama komuniti pendiri bisnes di Jepun.

Inspirasi Murabbi ~ Ustazah Datuk Dr. Norhafizah Musa

(SEM & SS) RM27.00 > RM24.30

‘Inspirasi Murabbi’... cetusan idea dan kompilasi pengalaman Ustazah Datuk Dr. Norhafizah Musa yang merangkumi nasihat, doa, kisah, tips, nota, puisi sepanjang menjalankan amanah sebagai seorang Murabbi.

Antara Kandungan:
Bahagian 1: Ya Allah, Ampunkan Kami
Bahagian 2: Bingkisan Nota, dari Al-Quran
Bahagian 3: Alunan Doa, Tasbih, Zikir
Bahagian 4: Cinta Suami, Kasih Isteri
Bahagian 5: Wahai Anak Permata Hati
Bahagian 6: Aura Positif, Hati Nurani
Bahagian 7: Inspirasi Diri, Tambat Emosi

Mengapa Terkadang Saya Boleh Menjadi Alim dan Terkadang Boleh Menjadi Zalim? ~ Muhammad Muhyidin

(SEM & SS) RM13.00 > RM11.70

"Kadangkala, saya amat mudah bangun malam, berzikir penuh khusyuk, bahkan menangis sayu memohon keampunan atas dosa-dosa dan munjat atas harapan. Hati saya mudah tersentuh melihat orang miskin dan fakir dan saya akan terus berikan duit tanpa ragu. Tetapi kadang-kadang saya begitu malas, jangankan tahajjud, solat wajib pun ditinggalkan, berubah menjadi jahat. Malah arak pun pernah saya teguk. Kadang-kadang saya rasa amat dekat dengan Allah. Tetapi kadang-kadang sangat jauh dari-Nya. Apa yang sebenarnya terjadi dengan iman dan keperibadian saya, ustaz ... ?"

Keluhan seperti ini sering didengari, tidak termasuk keluhan yang tidak pernah diluahkan. Kita semua pasti mengalami perkara seperti ini. Merasa iman di hati sangat kuat, soleh dan alim tetapi di waktu lain, iman di hati terasa mati, cenderung kepada mungkar dan zalim. Di manakah silapnya? Mengapa kualiti iman menjadi sangat kritikal dan goyah? Seolah-olah mutu keislaman dan keimanan kita sentiasa bertarung antara kekuatan dan kelemahan. Hinggakan diri kadang-kadang boleh menjadi alim (dikala iman menang) dan kadang-kadang menjadi zalim (dikala nafsu menang). Waktu iman menang, kita menjadi baik, lembut dan alim sebaliknya sewaktu nafsu menguasai diri kita akan menjadi jahat, keji dan zalim.

Talbis Iblis: Dasyatnya Tipu Muslihat Iblis ~ Ibnu Al-Jauzi

(SEM & SS) RM35.00 > RM31.50

Tipu muslihat iblis adalah begitu dahsyat. Dengan segala tipu daya serta perancangan yang jitu. Iblis berserta rakan-rakan seanggotanya akan sentiasa berganding bahu, bersatu padu memujuk manusia agar mengikut hawa nafsu, sehinggalah berlaku pelbagai penyelewengan, kesesatan, kemaksiatan, penderhakaan dan permusuhan yang membawa kepada kebinasaan. Sungguh menggerunkan... itulah matlamat utama iblis, untuk menyesatkan anak Adam dengan pelbagai cara,akan ditempuhnya.

Kehebatan muslihat Iblis itu, bukan sahaja nampak secara zahir, bahkan secara batin Iblis akan menyusup membisikkan angan-angan halus ke dalam jiwa manusia sehingga melalui aliran peredaran darah sekalipun. Dalam sebuah hadis, disebutkan: "Sesungguhnya syaitan itu berjalan mengikut aliran darah anak Adam..." (HR. Bukhari dan Muslim)

Perlu diketahui, musuh kelas pertama bagi Iblis adalah ahli ulama, para penguasa, pengawai kerajaan, orang, kaya dan miskin. Bahkan orang zuhud, orang yang mengaku Sufi. mereka yang konon mendapat kekeramatan atau yang menyaku sebagai wali Allah serta orang awam, juga menjadi mangsa utamanya. Persoalannya, bagaimana kita dapat terlepas dari tipu muslihat Iblis'? Tiada lain hanya mereka yang berakal fikiran, dengan berbekalkan iman dan takwa, akan terbebas dari muslihatnya.

Kahwin Sekarang? Siapa Takut! ~ Akhmad Muhaimin Azzat

(SEM & SS) RM15.00 > RM13.50

Rasanya tidak ada orang normal yang tidak mahu bernikah. Namun, acapkali saat keinginan bernikah itu membuak-buak, saat itulah pula beribu-ribu alasan untuk menundanya muncul di dalam benak fikiran. Masih perlukan waktu untuk saling mengenali dan memahami sifat masing-masing, belum mantap ekonominya dan berbagai-bagai alasan lain lagi.

Buku ini akan meruntuhkan segala keraguan anda untuk segera bernikah. Buku ini juga sekaligus menjawab persoalan umum bagi pasangan yang tidak mahu menyegerakan pernikahan disebabkan masalah ekonomi yang belum cukup mantap.

Ditulis berdasarkan pengalaman penulisnya sendiri telah menambahkan lagi kemantapan buku ini yang mampu menggetarkan hati pembacanya. Oleh itu, bagi sesiapa yang sedang dilamun cinta tetapi masih ragu untuk menuju gerbang perkahwinan, wajib hukumnya membaca buku penuh inspirasi ini.

Modul Pengurusan Kokurikulum: Unit Beruniform ~ Mohd Sufian Omar

(SEM & SS) RM5.50 > RM5.00

MILIKI BUKU INI KERANA:-
• Menepati kehendak KPM dalam aspek Sistem Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan dan Kokurikulum dan selaras dengan dasar 1M1S.
• Merupakan salah satu komponen PAJSK iaitu komponen kokurikulum yang perlu untuk setiap Murid sekolah menengah atau sekolah rendah
• Merangkumi asas kawad kaki, contoh aspek penilaian pemarkahan pertandingan kawad kaki, ujian dan penilaian dalam unit beruniform pengakap muda dan remaja, asas simpulan dan ikatan, asas pertolongan cemas.
• Nota dan rujukan lengkap untuk guru dan murid sekolah menengah dalam unit beruniform Pautan video link disediakan khas untuk membantu memahami dan melihat secara langsung tentang sesuatu perkara.
• Membantu murid dan guru supaya lebih jelas dan memahami tentang kawad kaki, asas ikatan dan simpulan serta pertolongan cemas.
• Kegunaan asas untuk semua guru penasihat unit beruniform.
• Rujukan untuk murid yang menyertai unit beruniform
• Nota yang mudah, ringkas dan padat.

Guru Sebagai Pakar: Strategi Pengajaran Dan Pembelajaran Abad Ke-21 ~ James Ang Jit Eng, Lim Siew Ngen

(SEM & SS) RM40.00 > RM36.00

Buku ini merupakan satu buku panduan pedagogi yang bertujuan untuk melengkapkan para guru dengan strategi-strategi pengajaran dan pembelajaran abad 21. Ini selaras dengan hasrat dan kehendak pendidikan semasa yang menuntut agar para pelajar dilengkapi bukan sahaja dengan ilmu pengetahuan tetapi kemahiran-kemahiran yang membolehkan mereka berfungsi dengan berkesan di peringkat pengajian yang lebih tinggi dan dia alam pekerjaan.

Berbeza dengan buku-buku pedagogi yang lain, buku ini mengaitkan kedua-dua aspek teori pendidikan dan strategi pengajaran melalui empat orientasi pengajaran utama. Setiap model dan strategi pengajaran dan pembelajaran disampaikan dalam bentuk dan bahasa yang mudah dibaca, difahami dan diamalkan dalam bilik darjah yang dinyatakan latarbelakang, tujuan, cara perlaksanaan, contoh aktiviti dan limitasi penggunaannya.

Buku ini amat sesuai untuk semua lapisan pendidik yang cintakan kepelbagaian dalam cara penyampaian pengajaran baik di peringkat sekolah rendah, menengah, institut perguruan, mahupun di peringkat universiti.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...