Hubungi Kami

Hubungi Kami

Thursday, June 30, 2022

Kenali sahabat terbaik


Jadilah sahabat yang baik jika anda mempunyai ramai rakan. Banyak kebaikan yang kita perolehi bila kita berkawan dengan semua orang tanpa memikirkan status, kehebatan dan kekayaan mereka.

Fiqh Siasah Khulafa' Al-Rasyidin Khalifah 'Ali ~ Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang

(SEM & SS) ~ RM50.00 (softcover) & RM75 (Hardcover)

Buku ini merupakan jilid terakhir yang menyempurnakan penerbitan karya siri Fiqh Siasah Khulafa’ al-Rasyidin sebanyak empat jilid. Tulisan kali ini menceritakan riwayat hidup seorang sahabat agung dan khalifah Islam ulung iaitu Khalifah ‘Ali bin Abi Talib RA yang mendapat tarbiah secara langsung daripada Rasulullah SAW dan memainkan peranan yang signifikan sepanjang pemerintahan Islam era tiga orang khalifah sebelumnya. Khalifah ‘Ali RA mengharungi suatu fasa pemerintahan yang sangat mencabar kerana mewarisi era kepemimpinan setelah kewafatan Khalifah ‘Uthman RA yang terbunuh syahid. 

Dalam pada itu, beliau meneruskan langkah politik secara berhikmah bagi meneruskan kelangsungan Islam. Malah, beliau juga mendepani dengan penuh kebijaksanaan terhadap fitnah dalaman umat yang sangat dahsyat kesan daripada tipu daya musuh Islam yang telah meninggalkan luka dan parut kepada ummah sehingga hari ini.

Tuesday, June 28, 2022

Letters to God Series Volume 2 ~ Norhafsah Hamid

(SEM & SS) RM35.00 > RM34.00

Crying doesn't mean you’re questioning God’s plan. It means that you’re human. ”Sarah—now a full-fledged lawyer, struggling to balance her work and life. As Sarah and her friends were tussling to adjust with adulthood, Jonah the ‘Romeo’ started a new religious journey. Just when she thought life was about to get rosy, test and hardships came rolling in. 

Sarah was taunted and accused of being barren by a family member and had to ward off a shameless seducer away from her husband. Despite unrelentless tribulations, Sarah found strength in love, friendship and family. Will Sarah, Jonah and their friends finally find contentment in life? In this novel, the author takes you on a final journey of heartfelt love, unwavering friendship and reaffirming faith.

 

Letters to God Series Volume 1 ~ Norhafsah Hamid

(SEM & SS) RM35.00 > RM34.00

Sarah—an introvert and a law student in England, struggling to stay true as a Muslim. 

Things started to go wrong when Sarah crossed paths with Linda. Everything about Sarah irked Linda, especially her outdated and devout lifestyle. Whilst Sarah endured the backlash from her peers, Jonah–the ‘Romeo’, came into her life and attempted to woo her like the other women he had charmed. While Sarah endured the nightmare of vicious rumors and being ostracized, Linda was surprised to find herself to be in a somewhat similar situation. 

Pained and confused, Sarah poured all her grief and sorrow into her letters she wrote to God. Will Sarah find solace through her writings? In this novel, the author brings readers on a journey of rediscovering genuine love and friendship; as well as finding true meaning of serenity of lif

Pendidikan Perkahwinan dan Fiqh Anak ~ Dr. Abdullah Nasih Ulwan, Ustazah Isfadiah Mohd Dasuki

(SEM & SS) RM45.00 > RM44.00

Perkahwinan adalah fitrah semula jadi manusia. Islam turut menggalakkan umatnya berkahwin kerana daripadanya terdapat banyak kebaikan dan kelebihan. Perasaan ingin berkeluarga dan memiliki keturunan yang baik menjadi asbab utama sesebuah perkahwinan tercipta. Tetapi, apakah saranan Islam bagi memiliki keluarga yang disyariatkan oleh Allah? Adakah kebahagiaan hanya lahir daripada perasaan cinta dan tanggungjawab semata-mata?

Pendidikan Anak-Anak dalam Islam, dirombak dan disusun semula sehingga dibahagikan kepada empat jilid. Dalam Jilid pertama ini: 
  • Pendidikan Perkahwinan dan Fiqh Anak memfokuskan kepada proses memilih pasangan hidup dan perkara asas yang perlu difahami selepas kelahiran anak.
  • Rumah Tangga Ideal dan Hubungannya dengan Pendidikan
  • Hukum-Hukum Am Berkenaan Anak yang Baru Lahir
  • Perasaan Psikologi Ibu Bapa Terhadap Anak-Anak
  • Kaedah Asas yang Perlu Ada Ketika Mendidik

 

Pendidikan Keimanan dan Akhlak ~ Dr. Abdullah Nasih Ulwan, Ustazah Isfadiah Mohd Dasuki

(SEM & SS) RM45.00 > RM44.00

Asas kekuatan diri dan kejayaan seorang Muslim adalah memenuhi tuntutan fitrah yang memerlukan iman dan akhlak dalam kehidupan. Pemahaman iman yang kukuh dan keindahan akhlak tidak akan terbina dalam masa sehari pada anak-anak. Ibu bapa sebagai guru pertama perlu maklum apakah akhlak yang perlu diberikan penekanan kepada mereka sebagai bimbingan dan panduan. Oleh itu, ketahui bagaimana cara Rasulullah s.a.w. dan Islam mendidik anak-anak yang masih kecil dalam membina iman dan memperelok akhlak.

Pendidikan Anak-Anak dalam Islam, dirombak dan disusun semula sehingga dibahagikan kepada empat jilid. Dalam Jilid kedua ini: 
  • Pendidikan Keimanan dan Akhlak memfokuskan kepada proses menerapkan dua pendidikan utama kepada anak-anak iaitu pendidikan iman dan pendidikan akhlak.
  • Kaedah Mendidik Anak yang Efektif
  • Tanggungjawab Pendidikan Iman
  • Tanggungjawab Pendidikan Akhlak
  • Faktor-Faktor Keruntuhan Akhlak Anak dan Cara-Cara Mengatasinya

Pendidikan Psikologi Mental dan Fizikal ~ Dr. Abdullah Nasih Ulwan, Ustazah Isfadiah

(SEM & SS) RM45.00 > RM44.00

Pada usia anak yang semakin meningkat, minda mereka mula menerima ilmu-ilmu kehidupan dunia. la menjadi tanggungjawab besar ibu bapa kepada anak dengan memberikan pendidikan yang baik bagi mengisi pemikiran, pergerakan dan perasaan psikologi mereka. Islam turut mewajibkan setiap orang yang beriman menuntut ilmu kerana Allah berfirman dalam al-Quran. "Adakah sama orang yang mengetahui dengan orang yang tidak mengetahui?" (Surah az-Zumar, ayat 9)

Pendidikan Anak-Anak dalam Islam, dirombak dan disusun semula sehingga dibahagikan kepada empat jilid. Dalam jilid ketiga ini: Pendidikan Psikologi, Mental, dan Fizikal memfokuskan kepada proses memenuhi keperluan pendidikan psikologi, memahami keperluan pendidikan mental, dan melengkapkan keperluan pendidikan fizikal anak-anak.
Tanggungjawab Pendidikan Mental
Saranan Penting dalam Konteks Pendidikan
Tanggungjawab Pendidikan Jasmani
Tanggungjawab Pendidikan Psikologi

Pendidikan Sosial dan Potensi Diri ~ Dr. Abdullah Nasih Ulwan, Ustazah Isfadiah Mohd Dasuki

(SEM & SS) RM45.00 > RM43.00

Anak-anak yang berkualiti akan memberikan manfaat besar bukan sahaja pada keluarga, malah agama dan negara. Namun, sebelum anak menyertai dan berkhidmat kepada masyarakat secara langsung, persiapan dan persediaan diri anak-anak perlu rapi dan lengkap. Sebagaimana kita berjaya menanam, membaja dan memelihara tanaman dengan baik, hasil yang berkualiti akan diterima dan dikongsi. Maka, apakah tanggungjawab ibu bapa seterusnya bagi menyediakan anak-anak yang memiliki peribadi terbaik?

Pendidikan Anak-Anak dalam Islam, dirombak dan disusun semula sehingga dibahagikan kepada empat jilid. Dalam jilid keempat ini: Pendidikan Sosial dan Potensi Diri memfokuskan kepada proses menyediakan jati diri anak-anak dan penyerlahan peribadi mereka sebelum diterbangkan dalam persada kebajikan bersama masyarakat.
Tanggungjawab Memberi Pendidikan Seks
Tanggungjawab Pendidikan Sosial
Memelihara Hak-Hak Orang Lain
Menjaga Adab-Adab Sosial
 

Hadiah yang jangan ditolak


 Jika ada orang berikan 3 benda ni, jangan tolak ya 😊Kita dengan mudah follow sunnah Nabi s.a.w

Janganlah mencela masa


 Berdoalah pada Allah agar mengurniakan kita masa yang bermanfaat.Masa itu emas. Ia amat mahal kerana tiada siapa yang mampu mengembalikan ia kembali.

What past is past. Apa yang sedang berlaku sekarang, hargai & nikmatilah.

Monday, June 27, 2022

Bukalah Pintu Rezeki ~ Muhammad Shayim

(SEM & SS) RM9.00 > RM8.80

Pelbagai cubaan dan dugaan yang dihadapi oleh setiap orang. Ada yang susah ada pula yang senang. Ada yang bahagia ada pula yang menderita. Ada juga yang sempurna sebaliknya ada juga yang tidak sempurna, sama ada dari segi zahir atau batinnya. Ini semua adalah ujian yang ditimpakan kepada manusia.Di sinilah fungsinya keimanan dalam mengharungi kehidupan yang penuh dengan pelbagai ujian ini. 

Dengan keimanan dan kepercayaan yang utuh terhadap kebesaran dan kekuasaan Allah, itu semua merupakan elemen yang akan mendekatkan manusia dengan Penciptanya iaitu Allah S.W.T. Semuanya berada di dalam penguasaan Allah S.W.T semata-mata. Begitu jugalah dengan rezeki setiap orang, adalah ditentukan oleh Allah S.W.T. Buku ini memberikan penjelasan yang mudah dan padat tentang rezeki dengan menjaga hubungan dengan Allah S.W.T. Semoga dengan perkongsian ini dapat kita manfaatkan untuk meraih kasih sayang Allah S.W.T.
 

Amalan Surah Al=Kahfi Berserta Terjemahan ~ Ustaz Daniel

(SEM & SS) RM2.00

Halaman: 80

Saiz: 6 x 4 Inci
 

Manzil Rezam Uthmani (Munjiyat, Syifa', Doa Abu Darda', Doa pilihan) ~ Maulana Muhammad Zakaria

(SEM & SS) RM2.00

Amalan membaca manzil ini boleh memberikan perlindungan daripada gangguan syaitan dan sihir dengan izin Allah. Ini telah dibuktikan daripada banyak pengalaman. Amalan seumpama ini telah disebutkan di dalam kitab Al-Qaulul Jamil dan Bahishti Zewar.
 

Terapi Ayat-Ayat Manzil: Kumpulan Doa Ruqyah Pengubatan Terhadap Sihir dan Kerasukan Jin ~ Sa'id Bin Ali

(SEM & SS) RM3.90

Amalan membaca Manzil ini boleh memberikan perlindungan daripada gangguan syaitan dan sihir dengan izin Allah. Ini telah membuktikan dari banyak pengalaman. Amalan seumpama ini telah disebutkan di dalam kitab Al-Qaulul Jamil dan Behisti Zewar.

Suatu perkara sangat penting dalam mengamalkan ayat-ayat Manzil ialah anda harus membacanya dengan penuh tawajjuh. Sejauh mana seseorang itu mempunyai keimanan dan keyakinan terhadap Allah, sejauh itulah amalan ini akan memberi manfaat kepadanya.

Setiap penyakit itu ada ubat dan penawarnya kecuali maut atau mati. Begitu dengan guna-guna dan sihir ini. Lebih menakjubkan penawarnya adalah ayat-ayat suci Allah. Buku yang dihimpunkan ayat-ayat dan doa-doa ruqyah ini boleh dijadikan panduan dan amalan. Semoga keyakinan dan iman kita terus mantap dengan kekuasaan yang ditunjukkan oleh Allah SWT.

Surah Yasin, Tahlil dan Doa Berserta Terjemahan (Kecil) ~ Hj. Johari Hj Alias

(SEM & SS) RM1.80

Saiz: 4 x 6 Inci

Halaman: 80
 

Surah Yasin & Tahlil (Cover Berbunga) Saiz Besar ~ Al-Hidayah

(SEM & SS) RM3.00

Ada 3 warna pilihan: Ungu, Biru, Hijau

Saiz: 6 x 8 Inci


 

Agar kita menjadi orang yang sentiasa bersyukur


Banyak nikmat Allah kita sudah terima. Namun, untuk lebih mensyukuri, pandanglah & bantulah mereka yang memerlukan. Dari situ kita akan sedar, terlalu banyak yang Allah berikan pada kita.

7 Golongan Dilindungi Allah di Hari Kiamat


7 GOLONGAN Allah jamin akan mendapat naungan di Hari Pengadilan. Hari yang tidak berguna lagi dinar & dirham.

Moga kita tergolong dalam salah satu antara 7 ini. Amin...

Kumpulan 8 Surah ~ Al-Hidayah

(SEM & SS) RM4.50

Al-Quran diturunkan penuh dengan mukjizat dan kelebihan. Banyak lagi ilmu-ilmu yang terkandung di dalamnya masih belum kita bongkar. Setiap ayat dan surah yang diturunkan memiliki khasiat dan kelebihannya tersendiri. Dengan belajar dan membaca malah dengan mendengar bacaan Al-Quran juga mendapat ganjaran daripada Allah.

Naskhah kecil ini menghimpunkan surah-surah pilihan yang boleh kita amal dan hafal. Ia mudah dibawa umpama makanan minda dan jiwa yang mesti berada di dalam poket baju atau beg tangan. Himpunan surah-surah ini mempunyai khasiatnya yang tersendiri bagi mereka yang mengamalkannya. Semoga hari-hari kita, lebih bermakna diisikan dengan bacaan Al-Quran walaupun sepotong ayat.

Kandungan:
1. Surah Yasin, Tahlil & Doa
2. Surah Al-Kahfi
3. Surah Luqman
4. Surah As-Sajdah
5. Surah Ar-Rahman
6. Surah Al-Waqi’ah
7. Surah Al-Mulk
8. Surah Nuh

Koleksi 6 Surah, Tahlil dan Talqin Jenazah ~ Al-Hidayah

(SEM & SS) RM6.50

KOLEKSI 6 SURAH TAJWID BERWARNA
-Surah Yasin
-Surah Al-Kahfi
-Surah Al-Waqiah
-Surah Ar-ra’d
-Surah An-Na’ziat
-Surah Al-Mulk

*Doa Selepas Membaca Surah Yasin
*Kaifiat Tahlil Arwah
*Doa Arwah/Tahlil
*Doa Penutup
*Tahlil Ringkas
*Talqin Jenazah
*Pengurusan Jenazah

Koleksi 15 Surah, Manzil dan doa-doa dalam al-quran (Saiz A6) ~ Al-hidayah

(SEM & SS) RM4.50

Selain 15 Surah pilihan, turut disertakan Manzil & doa-doa dalam Al-Quran

Doa Mohon Keteguhan Hati Dalam Iman
Doa Tawakal Kepada Allah SWT
Doa Mohon Perlindungan Orang Zalim
Doa Bapa Supaya Keluarganya Menjadi Soleh
Doa Mohon Bersama Orang Yang Soleh
Doa Apabila Berhadapan dan Menentang Musuh
Doa Ahli Sihir Firaun yang Telah Beriman Ketika diseksa Oleh Firaun
Doa Mohon Kesejahteraan Di Akhirat
Doa Nabi Ayub Ketika Mengalami Bencana
Doa Mohon Tempat Tinggal Yang Berkat
Doa Nabi Musa Semasa Menghadapi Firaun
Doa Mohon Pelihara Iman Hingga Mati
Doa Kami Beriman dan Menjadi Saksi
Doa Berserah Kepada Allah SWT
Doa Kesyukuran
Mohon Kebaikan Dunia Dan Akhirat
Mohon Rahmat Allah SWT
Mohon Dijauhkan Hati Dari Hasad Dengki
Mohon Kedudukan Yang Baik




Koleksi 15 Surah serta manzil & doa-doa dalam al-quran (Saiz A5) ~ al-hidayah

(SEM & SS) RM4.90

Selain 15 surah terpilih, doa-doa tertentu turut disertakan.

Doa Mohon Keteguhan Hati Dalam Iman
Doa Tawakal Kepada Allah SWT
Doa Mohon Perlindungan Orang Zalim
Doa Bapa Supaya Keluarganya Menjadi Soleh
Doa Mohon Bersama Orang Yang Soleh
Doa Apabila Berhadapan dan Menentang Musuh
Doa Ahli Sihir Firaun yang Telah Beriman Ketika diseksa Oleh Firaun
Doa Mohon Kesejahteraan Di Akhirat
Doa Nabi Ayub Ketika Mengalami Bencana
Doa Mohon Tempat Tinggal Yang Berkat
Doa Nabi Musa Semasa Menghadapi Firaun
Doa Mohon Pelihara Iman Hingga Mati
Doa Kami Beriman dan Menjadi Saksi
Doa Berserah Kepada Allah SWT
Doa Kesyukuran
Mohon Kebaikan Dunia Dan Akhirat
Mohon Rahmat Allah SWT
Mohon Dijauhkan Hati Dari Hasad Dengki
Mohon Kedudukan Yang Baik


Kumpulan 10 Surah Berserta Terjemahan juga Tajwid Berwarna serta doa ~ Al-Hidayah

(SEM & SS) RM4.90

Kumpulan 10 Surah Berserta Terjemahan juga tajwid berwarna.

Doa Mohon Keteguhan Hati Dalam Iman
Doa Tawakal Kepada Allah SWT
Doa Mohon Perlindungan Orang Zalim
Doa Bapa Supaya Keluarganya Menjadi Soleh
Doa Mohon Bersama Orang Yang Soleh
Doa Apabila Berhadapan dan Menentang Musuh
Doa Ahli Sihir Firaun yang Telah Beriman Ketika diseksa Oleh Firaun
Doa Mohon Kesejahteraan Di Akhirat
Doa Nabi Ayub Ketika Mengalami Bencana
Doa Mohon Tempat Tinggal Yang Berkat
Doa Nabi Musa Semasa Menghadapi Firaun
Doa Mohon Pelihara Iman Hingga Mati
Doa Kami Beriman dan Menjadi Saksi
Doa Berserah Kepada Allah SWT
Doa Kesyukuran

*Belian melebihi 50 naskhah, DISKAUN RM0.20 sen setiap satu*

 


Surah Yasin, Tahlil dan Doa (Panduan tajwid berwarna dan waqaf ibtida') Saiz Medium

(SEM & SS) RM6.90

Panduan Tajwid Berwarna dan Waqaf Ibtida’Doa selepas membaca Surah Yasin

Kaifiat Tahlil
Bacaan Tahlil Arwah
Doa Arwah/Tahlil
Doa Penutup
Doa Selamat
Doa Akhir Tahun Hijrah
Doa Awal Tahun Hijrah
Selawat Nariyah
Doa Nisfu Syaaban
Doa Abu Darda R.A
Doa Tolak Bala
Doa mohon dijauhkan dari wabak
Doa mohon keluasan rezeki

* Belian melebihi 50 naskhah, DISKAUN RM0.30 setiap naskhah *



 

Surah Yasin, Tahlil dan Doa (Panduan Tajwid berwarna dan Waqaf Ibtida') saiz Kecil ~ Al-Hidayah

(SEM & SS) RM3.90

Panduan Tajwid Berwarna dan Waqaf Ibtida’Doa selepas membaca Surah Yasin

Kaifiat Tahlil
Bacaan Tahlil Arwah
Doa Arwah/Tahlil
Doa Penutup
Doa Selamat
Doa Akhir Tahun Hijrah
Doa Awal Tahun Hijrah
Selawat Nariyah
Doa Nisfu Syaaban
Doa Abu Darda R.A
Doa Tolak Bala
Doa mohon dijauhkan dari wabak
Doa mohon keluasan rezeki

Surah Yasin, Tahlil dan Doa (Panduan tajwid berwarna dan waqaf ibtida') Saiz besar ~ Al-hidayah

(SEM & SS) RM9.90 

Panduan Tajwid Berwarna dan Waqaf Ibtida’Doa selepas membaca Surah Yasin
  • Kaifiat Tahlil
  • Bacaan Tahlil Arwah
  • Doa Arwah/Tahlil
  • Doa Penutup
  • Doa Selamat
  • Doa Akhir Tahun Hijrah
  • Doa Awal Tahun Hijrah
  • Selawat Nariyah
  • Doa Nisfu Syaaban
  • Doa Abu Darda R.A
  • Doa Tolak Bala
  • Doa mohon dijauhkan dari wabak
  • Doa mohon keluasan rezeki
*Belian melebihi 50 naskhah, DISKAUN RM0.40 sen setiap naskhah*

Kau gagah bila dapat kawan marah. Marah tu buat wajah kita tak lawa.


 Ingatlah! Bila kita marah, sebenarnya kita tidaklah sekuat mana.

Nabi s.a.w berpesan, orang yang kuat adalah orang yang dapat mengawal kemarahan. Belajarlah kawal diri. Rupa kita sangat buruk bila sedang marah 😉

Cinta itu indah. Enjoy the journey yang kadangkal 'ugly'


Bila jatuh cinta, semuanya indah belaka. Lebih-lebih lagi buat pasangan baru berkahwin & berpuluh tahun kahwin.

Buku: Rosma Mohd Dom. 2021. Rahsia pasangan bahagia & membahagiakan. PTS Publishing House. Selangor.

Kumpulan Doa & Zikir Bulan Ramadhan ~ Al-hidayah

(SEM & SS) RM10.90 > RM10.50

Tidak dapat dinafikan, bulan Ramadan merupakan suatu bulan yang mengandungi banyak kelebihan dan keutamaan berbanding bulan-bulan lain sebagaimana yang telah dinyatakan di dalam Al-Quran Al-Karim dan Hadis Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam. Kelebihan bulan ini tidak akan bermakna tanpa pengisian dan amal-amal soleh yang dilakukan bagi menghidupkannya.

Justeru, buku ini didatangkan bagi membantu umat Islam untuk beramal ibadah di dalam bulan yang mulia ini. Di dalam buku ini disusun doa-doa dan zikir-zikir yang patut dan sesuai diamalkan sepanjang bulan Ramadan. di dalam buku ini juga terkandung Zikir Pagi dan Petang yang sesuai diamalkan di bulan Ramadan mahupun selain bulan Ramadan.

Diharapkan buku ini akan memberi panduan yang berguna untuk kita beramal ibadah dalam bulan Ramadan khususnya dan bulan-bulan lain umumnya.

Tuesday, June 21, 2022

Ada Syurga di Rumahmu ~ Ustazah Asma' Harun

(SEM & SS) RM55.00 > RM53.00

Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir. (Ar-Rum 30: 21)

Buku yang ada di tangan para pembaca ini bukan sebuah buku kekeluargaan yang biasa. Ia didatangkan dengan isi kandungan yang istimewa di mana terdapat banyak panduan praktikal mengenai cara untuk mewujudkan sebuah syurga di dalam rumah tangga.

Apabila kita bercerita tentang sebuah rumah, di dalamnya terdapat beberapa komponen penting. Antaranya keluarga, ruang tamu, sudut ibadah, kamar tidur, bilik mandi dan dapur.

Ramai yang menyangka bahawa tempat untuk melakukan ibadah di dalam rumah hanyalah di ruang ibadah sahaja. Walhal, ruang tamu, dapur dan kamar tidur juga boleh dijadikan sebagai ruang untuk melakukan ibadah dan amal soleh.

Persoalannya, bagaimana cara yang paling berkesan untuk memanfaatkan semua ruang itu untuk dijadikan sebagai ladang mendapatkan pahala dan lapangan untuk membina sebuah syurga rumah tangga?

Karya Terakhir ~ Muhd Kamil Ibrahim

(SEM & SS) RM35.00 > RM34.00

Kehidupan di penghujung usia sangatlah bermakna yang mana tidak semua orang berkesempatan untuk menikmati tempoh tersebut.

Karya Terakhir ditulis berasaskan pengalaman dan kisah hidup penulis dalam mengharungi warna-warni kehidupan di penghujung usia beliau.

Manisnya ujian di penghujung usia tidak dapat disamakan dengan cabaran semasa di usia muda. Malah tempoh usia yang berbaki ini sangat berharga dan tidak boleh dilepaskan begitu sahaja. Begitulah sedikit sebanyak yang ingin dikongsikan oleh penulis di dalam buku ini.

Ujian yang menimpa seseorang hamba bukanlah untuk membebankannya tetapi Tuhan yang Maha Pengasih ingin menguatkan lagi hamba-Nya dan ingin hamba-Nya lebih dekat lagi kepada-Nya. Melalui ujianlah, Allah ingin melihat kesabaran dan rasa kebergantungan hamba-Nya. Itulah warna-warni kehidupan.

Rumah Tangga Bahagia ~ Syeikh Muhd Zainul Asri, Haji Mohd Romli

(SEM & SS) RM30.00 > RM29.00

Berkahwin dan berkeluarga adalah impian setiap manusia namun tidak ramai yang menyedari peranan dan tanggungjawab yang bakal menanti.

Sebagai Muslim, rumah tangga tidak hanya berkaitan nikmat dan bahagia di dunia bahkan ia berkait rapat dengan kehidupan yang bakal ditempuh di akhirat.

Fahami juga hakikat sebenar alam rumah tangga, persiapan untuk menghadapinya dan bagaimana untuk membina rumah tangga yang bahagia bukan sahaja di dunia malah hingga ke syurga.

Naskhah ini juga akan membawa pembaca menyedari kepentingan ilmu dalam membina keluarga, keberkatan rezeki yang mencukupkan, cabaran yang menanti pasangan dan ibu bapa dalam mendidik ahli keluarga dan bagaimana memimpin keluarga untuk bahagia dan selamat di dunia dan akhirat.

Rahsia Nama-Nama 114 Surah Al-Quran ~ Dr. Shamsul Mohd Nor

(SEM & SS) RM45.00 > RM43.00

Naskhah ini hadir bagi mengetengahkan pesan-pesan utama di sebalik nama-nama surah yang terkandung di dalam Al-Qur’an. Penting bagi umat Islam untuk mengetahui latar belakang dan rahsia di sebalik nama-nama surah tersebut. Kerana hanya dengan mengetahui dan memahaminya, umat Islam mampu mendapatkan gambaran umum tentang isi kandungan Al-Qur’an dengan lebih utuh dan lengkap.

Di samping itu, Rahsia Nama-nama 114 Surah Al-Qur’an ini turut dilengkapi dengan terjemahan kitab Manzhumah Al-Zamzami. Sebuah karya klasik yang ditulis oleh cendekiawan pelbagai disiplin ilmu, Syeikh Abdul Aziz al-Zamzami (900-976 Hijrah). Kandungan kitab ringkas ini adalah berdasarkan perbincangan dalam bab Ulum Al-Qur’an yang terkandung dalam kitab Al-Nuqayah karangan Imam Jalaluddin al-Suyuti. Manzhumah Al-Zamzami merupakan sebahagian daripada sukatan pelajaran asas di beberapa institusi pengajian Islam semenjak era kerajaan Utsmaniyyah. Hingga kini ia masih dijadikan rujukan di beberapa sekolah Islam sama ada di Timur Tengah mahupun Asia Tenggara.

Manzhumah Al-Zamzami merupakan salah satu rujukan asas dan lengkap bagi pembaca yang ingin mengintai luasnya cakerawala perbahasan ilmu Usul Tafsir. Semoga dengan adanya kombinasi antara pengenalan 114 surah dan asas ilmu Usul Tafsir ini, buku ini dapat menjadi panduan yang lengkap bagi mempelajari kandungan Al-Qur’an.

40 Hadis Bacaan Ringan Besar Ganjaran ~ Ustaz Muhadir Haji Joll

(SEM & SS) RM22.00 > RM21.00

Beribadah dalam Islam tidak hanya terhad kepada ibadah yang berbentuk perbuatan atau memerlukan belanja. Malah dengan hanya menggerakkan bibir untuk berzikir sudah sangat disukai Allah Ta‘ala.

Meskipun ia dianggap mudah dan ringan namun pahala dan ganjaran yang dijanjikan berlipat kali ganda seperti tasbih yang dibaca 100 kali sehari akan menghapuskan segala dosa walau sebanyak mana pun.

Lebih 40 hadis dalam buku ini menerangkan pelbagai bacaan dan zikir serta ganjaran-ganjaran yang disediakan untuk mereka yang ikhlas dan konsisten mengamalkannya.

Mudah-mudahan dengan membaca hadis-hadis ini akan lebih memotivasikan kita untuk sentiasa membasahkan lidah dengan zikir dan mengingati Allah.

20 Solat Sunat Harian, Fadhilat & Kaifiat ~ Ustaz Muhadir Haji Joll

(SEM & SS) RM20.00 > RM19.00

Solat sunat yang dilaksanakan secara berterusan adalah amalan yang sangat disukai Allah Ta‘ala.

Pelbagai ganjaran disediakan untuk mereka yang melaziminya seperti rumah di dalam syurga, diampunkan dosa, dicukupkan rezeki dan lain-lain lagi.

Buku ini menerangkan fadhilat dan juga kaifiat atau cara melaksanakan 20 solat sunat yang terdiri daripada:
  •  Sunat Rawatib iaitu solat sunat sebelum dan selepas solat fardhu.
  •  Nawafil seperti solat sunat Dhuha, Tahajjud, Tasbih dan lain-lain.
  •  Mutlak iaitu solat sunat Mutlak.
Turut disertakan wirid-wirid dan doa-doa yang diambil daripada sumber yang sahih

At-Tibyan: Adab Bersama Al-Quran (Imam An-Nawawi) ~ Ustaz Mohd Hazri Hashim Al-Bindany

(SEM & SS) RM18.00 > RM17.00

Al-Quran merupakan Kitab Allah yang wajib diimani dan dipercayai. Kelebihan dan keistimewaan al-Quran dirakam kemas dalam banyak hadits.

Manakala pembaca dan penghafal al-Quran pula diangkat darjat dan dikurniakan pahala yang banyak. Justeru, Kitab suci ini mesti dimuliakan dan dihormati oleh setiap yang berinteraksi dengannya.

Buku ini menjelaskan beberapa adab berinteraksi dengan al-Quran dan sifat-sifat penghafal dan murid al-Quran.

Antara lainnya:
• Keutamaan pembaca dan penghafalnya
• Keutamaan Qiraat dan ahli Qiraat
• Keharusan memuliakan Ahli al-Quran
• Adab untuk pengajar, pelajar, dan huffaz al-Quran
• Adab membaca al-Quran
• Adab khatam al-Quran
• Anjuran membaca ayat dan surah pada waktu serta keadaan tertentu
• Adab menulis dan memuliakan mashaf

Semua orang berhak dapat peluang kedua


Semua orang berhak mendapat peluang kedua.

"Buatlah kebaikan kerana kita tidak tahu dari pintu mana kita akan dimasukkan ke Syurga Allah."
- Imam Hassan Al-Banna -

Buku: Thebingkisanhati. Miiraimi. 2019. Terima Kasih Allah. Galeri Ilmu Sdn Bhd. Kuala Lumpur.

Jangan terlalu berharap


Kita semua bagaikan satu binaan atau jasad.

Daripada Abu Musa al-Asy'ari r.a., Nabi s.a.w bersabda: "Sesungguhnya seorang Mukmin kepada Mukmin yang lain seperti satu binaan, sebahagiannya menyokong sebahagian yang lain."
(Hadis riwayat Bukhari & Muslim)

Buku: Anwar Wahab.2020. Sweet Dream. Mustread Sdn Bhd. Kuala Lumpur.

Mutiara Hikmah Sayyidi Walidku ~ Ustaz Syamil Muhd Zainul Asri

(SEM & SS) RM25.00 > RM24.00

Naskhah ini memuatkan 40 kata-kata hikmah berupa nasihat daripada Syeikh Muhd Zainul Asri Haji Muhd Romli yang dikumpulkan oleh anak beliau Ustaz Syamil Muhd Zainul Asri.

Istimewanya naskhah ini kerana setiap kata-kata disertai dengan potongan ayat Al-Quran ataupun hadis Nabi.

Nasihat yang disampaikan menyentuh pelbagai aspek kehidupan seperti hubungan dengan Allah, hubungan sesama manusia, galakan beramal soleh dan menjaga kebersihan hati.

Hadis: Suatu Pengenalan Asas ~ Dr. Shamsul Mohd Nor

(SEM & SS) RM35.00 > RM34.00

Sepanjang sejarahnya, hadis sebagai sumber rujukan kedua selepas Al-Quran mempunyai peranan penting dalam membentuk hukum-hakam syariat Islam. Oleh itu, wajar jika mempelajari ilmu yang berkaitan dengan ucapan, perbuatan, hal-ehwal, dan juga ketetapan Rasulullah ï·º ini turut dinilai sebagai salah satu usaha ilmiah yang mulia.

“Akan sentiasa wujud sekumpulan manusia dalam kalangan umatku, golongan yang berada di jalan kebenaran, tidak akan memudaratkan mereka setiap yang menjauhkan diri daripada mereka (dengan tidak membantu atau tidak menyokong), sehinggalah berlakunya kiamat.” (Riwayat Muslim)

Menurut sebahagian ulama, sekumpulan manusia dalam hadis di atas merujuk kepada ahli hadis. Buku ini menghuraikan setiap perkara asas dalam ilmu Hadis. Ia menjawab beberapa persoalan berkaitan dengan ilmu Hadis; antaranya:
• Sepuluh prinsip dasar tentang ilmu Hadis. 
• Mengenali jenis-jenis pembahagian hadis; dari segi jumlah perawi, kedudukan, penerimaan atau penolakan, dan juga pembicaranya. 
• Mengetahui kedudukan, autoriti, dan peranan hadis dalam hierarki perundangan Islam.
• Mengenali asas-asas ilmu Takhrij Hadis.
• Mengenali asas-asas ilmu Al-Jarh wa At-Ta‘dil.
• Memahami syarat dan proses menaik taraf kedudukan sesebuah hadis.
• Memahami mengapa tidak semua hadis Dhaif tergolong dalam kategori Mardud (ditolak).

Friday, June 17, 2022

Muhamamd: Riwayat Hidup Berdasarkan Sumber Terawal ~ Martin Lings

(SEM & SS) RM76.00 > RM72.00

Buku ini adalah di antara sirah Nabi Muhammad SAW yang terbaik pernah dihasilkan. Dengan gaya penulisan yang mudah difahami serta bahasa yang indah, Martin Lings menghadirkan kepada pembaca riwayat hidup baginda dengan terperinci. Selain sisi peribadi baginda, biografi ini turut menyentuh aspek sosial, ekonomi, dan politik pada zaman awal Islam. 

Ditulis bersandarkan sumber-sumber terawal dalam sejarah Islam dan sudah meraih banyak anugerah di peringkat antarabangsa, buku ini wajib dimiliki setiap orang.

Al-Habib Muhammad s.a.w Tercinta ~ Abu Bakar Jabir Al-Jazairi

(SEM & SS) RM45.00 > RM43.00

Buku yang berada di tangan saudara menceritakan tentang sejarah kehidupan Nabi Muhammad yang di dalamnya banyak terdapat ilmu dan petunjuk untuk menambah keimanan seorang hamba. Dilihat dari banyak buku-buku yang menceritakan kehidupan baginda dewasa ini, saya juga berkeinginan untuk menyusun sebuah buku yang menceritakan kehidupan Nabi dengan tidak berulang-ulang, memperpanjang pembahasan dan pengurangan tentang baginda. 

Dengan taufik dan kurnia Allah, saya Iangkahkan kaki saya dalam penyusunan buku ini yang di dalamnya terdapat kemudahan, penjelasan, universal dan lebih-lebih lagi rangkaian peristiwa yang disusun dalam sebuah kesimpulan dan ibrah. Alhamdulillah, buku yang menceritakan tentang kehidupan Rasulullah, banyak kita jumpai di kediaman para muslimin, sehingga manjadi cahaya bagi penghuninya dengan Nabi sebagai ikutan dalam menjalani kehidupan keagamaan, sosial dan politik Oleh sebab itu, saya mengajak kepada seluruh muslim untuk dapat membaca tentang kehidupan Rasulullah walaupun hanya setengah jam sehari semalam. 

Dalam waktu itu, setidaknya selembar demi selembar buku dapat dibaca, sehingga dapat menghasilkan sebuah pengajaran dan ibrah. Dengan kesimpulan dan ibrah semoga dapat menumbuhkan keimanan, makrifat dan akhlak yang mulia serta dapat menumbuhkan rasa cinta yang mendalam kepada Nabi mereka, keluarganya dan para sahabat-sahabatnya.

Mengurus Harta Pusaka: Pusaka Pemangkin Kesejahteraan Keluarga ~ Wan Abdul Halim Wan Harun

(SEM & SS) RM25.00 > RM24.00

Masalah pembahagian harta pusaka merupakan salah satu daripada isu semasa dalam masyarakat yang sepatutnya diberikan perhatian oleh waris-waris yang terlibat. Hal ini kerana, harta pusaka yang tidak diselesaikan akan menimbulkan masalah pemilikan harta dalam kalangan waris-waris khususnya hartanah. Antara akibatnya ialah membantutkan urusan pembangunan hartanah, menghalang urus niaga dan wujud tanah-tanah terbiar. 

Buku ini memberi kefahaman kepada masyarakat tentang pembahagian terbaik ke atas harta peninggalan si mati. Buku ini mengandungi empat bab dan dimulai dengan asas hukum Faraid. Diikuti bab dua yang membincangkan tentang tanggungjawab waris-waris menyelesaikan perkara-perkara berbangkit daripada harta peninggalan si mati tersebut. 

Bab empat pula sebagai penutup, pembaca didedahkan dengan permasalahan dalam masyarakat berkaitan dengan urusan pembahagian atau penyelesaian harta pusaka.

Al-Sittin Masalah: Himpunan Hukum Hakam Kewajiban Yang Difardhukan ke Atas Hamba Menurut Mazhab Syafi'i ~ Imam Al-Zahid Al-Masri

(SEM & SS) RM8.00

Kitab al-Sittin Mas-alah (الستين مسألة) merupakan satu kitab fiqh mazhab Syafi’i yang ringkas, yang menghimpunkan enam puluh masalah agama yang perlu diketahui oleh umat Islam. Kitab ini merupakan hasil karya al-Imam al-‘Alim Abu al-‘Abbas Ahmad al-Zahid.

Ringkas dan dimulai dengan perbahasan aqidah diikuti dengan perbahasan fiqh ibadat menurut mazhab syafi'i.

77 Cabang Iman Menurut Al-Quran dan Hadith ~ Imam Al-Qazwini Al-Syaffi

(SEM & SS) RM25.00 > RM24.00

Buku ini adalah terjemahan kepada kitab Mukhtasar Syu'ab Al-Iman karya Imam Al-Qazwini Al-Syafi'i. Imam Al-Qazwini telah meringkaskan kitab besar berjudul Syu'ab Al-Iman karya Imam al-Baihaqi yang mengandungi 77 cabang iman yang menfokuskan kepada beberapa ayat al-Quran, hampir kesemuanya hadis yang sahih, ucapan para ulama, dan bait-bait syair Arab ketika menghuraikan satu persatu tajuknya.

Gagal itu perlu untuk capai kejayaan


Usaha dahulu & barulah kita akan tahu hasilnya. NAK BERJAYA memang akan tempuhi keGAGALan. Cuma bagaimana kita hendak bangkit & terus berjalan, itu yang penting. Don't give up gais. Kalau nak sedih, stress pun, janganlah lama-lama. Enjoy nikmat yang Allah beri kecil, besar atau sederhana.

Buku: Pelbagai Penulis. 2017. Cerita Gagal. Iman Publication. Selangor.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...