Hubungi Kami

Hubungi Kami

Friday, November 29, 2019

Hiatus (Edisi Kemas Kini) ~ Mato

(SEM & SS) RM28.00 > RM25.20

Hidup ini perjalanan yang akhirnya
bukan pada mati.

Buku ini baris-baris tulisan pada kamu,
Tapi baris-baris ini ibarat luka-luka pada
lengan dan paha aku.

Buku ini mungkin sekadar cerita
menagih simpati pada hematmu.
Tapi buku ini luahan jiwa gersang yang
memerlukan cinta, pada aku.

Yang kamu pegang ini lebih daripada
sebuah buku.

Ini sebahagian daripada jiwa aku.
Ini luka aku.
Ini kecewa aku.
Ini ubat penenang aku.
Ini cinta aku.
Ini air mata aku.
Dan ini, realiti aku.

Surat Cinta Untuk Isteri ~ Nasrullah Amran

(SEM & SS) RM22.00 > RM19.80

Pesanan ini elok dibaca oleh wanita yang belum berkahwin, bakal atau sudah menjadi isteri untuk mengetahui pesanan yang baik agar diberi peringatan dan perhatian.

Yang lelaki, bakal suami atau suami juga boleh membaca untuk mendapatkan ilmu mengenai pesanan yang perlu diutamakan dalam mendidik isteri.

Tafsir Surah Az-Zumar dan Juzuk 24 ~ HAMKA

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.50

Surah az-zumar (BATU BESAR)
Disuruh Mempertimbangkan Baik-Baik
Perhambaan kepada Allah Secara Ikhlas
Taghut
Sebaik-baik Kata
Engkau Akan Mati
Kepercayaan Asli
Di antara Mati dan Tidur
Sikap Manusia
Jangan Putus Asa dari Rahmat Allah!
Kembalilah kepada Allah!
Manusia Tidak Insaf Terhadap Allah

Surah ghafir (YANG MAHA PENGAMPUN)
Hubungan Malaikat dengan Orang yang Beriman
Kemurkaan-Ku dan Kemurkaanmu!
Menghadapi Hari Kiamat
Katak di Bawah Tempurung
Siapa Dapat Menolak Bencana Allah?
Pertengkaran Penghuni Neraka
Masalah Penciptaan!
Beberapa Sifat Kebesaran Allah
Mereka yang Mendustakan Al-Kitab

Tafsir Surah Ad-Dukhan dan Juzuk 25 ~ HAMKA

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.50

Surah fussilat (DIPERJELAS) 
Tentang Tibanya Sa’at

Surah asy-syura (MUSYAWARAH)
Kesatuan Agama
Kalau Sudah Percaya Jangan Banyak Bicara
Tanda-Tanda Kebesaran Allah Amat Banyak Sekali
Perkembangan Manusia
Turunnya Wahyu

Surah aZ-ZUKHRUF (HIASAN)
Al-Qur’an yang Berbahasa Arab
Kepercayaan yang Kacau
Tebalnya Kesesatan Manusia!
Kebahagiaan Nikmat Syurga

Surah aD-DUKHAAN (ASAP YANG TEBAL)
Malam yang Berkah
Kebenaran Tetap Menang
Kembali kepada Quraisy

Surah al-jathiyah (YANG BERLUTUT)
Bertuhankan Hawa Nafsu
Kaum Dahri 

Friday, November 22, 2019

Atlas Tajwid ~ Prof Madya Dr. Abd. Rauf Hassan Azahari

(SEM & SS) RM35.00 > RM31.50

Buku Atlas Tajwid ini sangat penting untuk dimiliki kerana ia menerangkan perkara-perkara asas ilmu yang wajib diketahui. Setiap perbahasan dengan huraian yang lebih jelas dan mudah difahami.

Kombinasi rujukan kitab-kitab tajwid muktabar yang terdahulu dan terkini, menjadikan nukilan meklumatnya diyakini dan menarik untuk dimiliki. Tambahan pula, keilmuan penulis dalam pembelajaran dan pengajaran dalam bidang ini serta penulisan ilmiah sejak puluhan tahun, menjadikan buku ini lebih autentik.

50 Pencerahan Isu Jenazah & Kubur ~ Dr. Udah Mohsin

(SEM & SS) RM20.00 > RM18.00

Buku ini menerangkan amalan-amalan yang dilakukan selepas seseorang itu meninggal dan dikebumikan seperti adab dengan jenazah.

Turut disertakan perbincangan hukum-hakam seperti membaca al-Quran dan mentalkinkan mayat di kubur, juga hukum berkenaan wanita di tanah perkuburan. Setiap perbincangan dibawakan dengan dalil dan pendapat ulama.

Monday, November 18, 2019

Amru Rebellion ~ Hilal Asyraf, Aeril Zafrel

(SEM & SS) RM30.00 > RM27.00

Amru belia sederhana. Membesar bernaungkan Madrasah Taujih Ruhiyyah yang diselia Buya. Selain ilmu agama, seni mempertahankan diri melengkapkan dirinya. Cinta juga berputih di dalam jiwanya dengan santri rupawan, Zaharah.

Namun kehidupan indah itu terganggu dek berita bondanya, Raudhah yang gering, menyebabkan Amru pulang ke Kota Lemuria. Ribut mula datang menggegar, kos rawatan tidak mampu ditampung, sedang nyawa bonda di hujung tanduk.

Takdir menentukan Amru menyelamatkan Mansur, seorang jutawan dermawan, bakal YBM Kota Lemuria. Mansur mencurahkan kekayaan kepada Amru, nyawa bondanya bersambung dan kehidupan seperti menunjukkan cahaya.

Tanpa Amru sedari, Mansur punya rahsia besar yang bakal menjemput pemberontakan jiwanya!

Membunuh Muhammad ~ Hilal Asyraf

(SEM & SS) RM30.00 > RM27.00

Pertembungan antara kebenaran dan kebatilan semakin memuncak. Inteligen Kerajaan Malaysia masih tidak berputus asa memburu Nobu sebelum impiannya untuk merentasi masa direalisasikan. Tetapi pasukan Afam, Bakri, Faisal dan Mus’ab juga tidak berdiam diri dan bersedia untuk kemungkinan yang terburuk.

Nobu dengan kelicikannya berjaya merentasi masa, dengan satu misi misi yang besar – Membunuh Muhammad!

Satu usaha drastik yang bermatlamatkan mengakhiri pertembungan antara Ryuken dan Malaysia. Lantas Afam menghantar Bakri, Faisal dan Mus’ab untuk memintas Nobu, sedang dia sendiri berpakat dengan Tengku Amiri untuk menghadapi Ryuken di Jepun.

Bagaimanakah pengakhiran siri HERO ini?

Samurai Melayu ~ Hilal Asyraf

(SEM & SS) RM30.00 > RM27.00

Lebih sedekad Ryujin dihantar pulang ke Malaysia sebagai ‘senjata rahsia’ bagi Ryuken. Tetapi tidak sekali pun dia diaktifkan.

Sedekad berlalu dan suasana Malaysia telah berubah ke arah yang lebih baik. Malaysia kembali menjadi Harimau Asia, dan kini pembebas Masjid Al-Aqsa, juara bukan sahaja untuk ummat Islam tetapi juga insan sejagat, berdiri sama tinggi dengan negara-negara kuasa besar yang lain.

Ketika inilah, Ryujin diaktifkan semula.
Malangnya, bersama Malaysia, Ryujin telah berubah menjadi manusia yang lebih baik.

Perubahannya tidak diterima baik oleh Ryuken, yang kemudian menghantar Syaitan Bertujuh untuk menamatkan nyawanya.
Ryujin bangkit menentang!

Ikuti novel terkini dalam Siri Alam HERO yang pastinya penuh debaran, konflik dan bersulam mesej tarbawi yang mendalam!

Encik Pembunuh ~ Hilal Asyraf

(SEM & SS) RM30.00 > RM27.00

Di dalam dunia pembunuh upahan, dia digelar 'Izrail Dunia Gelap' kerana telah membunuh lebih 900 orang.

Namun Faisal sudah rasa muak dengan darah dan mula tawar hati meneruskan kariernya itu. Pertemuan dengan Amirah secara kebetulan, membuatkan dirinya tambah nekad untuk berubah.

Langkah pertama? Melamar Amirah ketika itu juga!

Adakah Faisal akan berjaya keluar daripada dunia gelapnya?

Dapatkan sambungan Novel Pemburu ini yang pastinya disulami pelbagai pengajaran, aksi hebat dan konflik yang mencabar!

Hero ~ Hilal Asyraf

(SEM & SS) RM30.00 > RM27.00

HERO, adiwira misteri, penjaga Kotaraya Angsana, juga merupakan identiti kedua bagi Amir Faheem bin Amir Muiz, atau lebih mesra digelar Afam.

Afam didedahkan dengan projek HERO semenjak kematian ibu bapanya dalam satu kemalangan ngeri, yang hakikatnya merupakan rantaian konspirasi daripada Syaitan Bertopeng, organisasi misteri di dalam dunia gelap Malaysia.

Walau punya konflik dan tidak mengikuti jejak langkah bapanya sebagai insan patuh syariat, Afam cuba membela kematian mereka berdua. Namun selepas dua tahun, usahanya masih tidak mendatangkan hasil. Kehadirannya membuatkan Syaitan Bertopeng leboh berhati-hati!

Kini konflik Afam bertambah. Untuk menyelamatkan haknya mewarisi harta tinggalan Dato' Amir Muiz, Afam perlu menikahi seorang wanita solehah bernama Afeefah Husna, amat kontradik dengan sikap dan cara hidupnya.

Pada masa yang sama, watak misteri muncul di Kotaraya Angsana, memberikan ancaman besar terhadap aktivitinya sebagai Hero. Sementara Syaitan Bertopeng terus bermaharajalela mengawal Kerajaan Malaysia yang korup dan semakin hampir menyempurnakan misi mereka!
Mampukah Afam menghadapi semua ini?

Road To Japan ~ Jack S Adli

(SEM & SS) RM30.00 > RM27.00

Jepun, sebuah negara yang luas dan mempunyai keunikan yang tersendiri. Perancangan perjalanan yang teliti akan membolehkan anda menikmati keindahan Jepun semaksimum mungkin dengan harga yang amat berpatutan. Jangan bazirkan perbelanjaan yang telah dikeluarkan dengan perancangan yang pincang. Sebaiknya, laburkan perbelanjaan yang telah dikeluarkan untuk merasai keunikan sesuatu tempat dengan lebih mendalam.

ROAD TO JAPAN disusun oleh JackSAdli atau dikenali sebagai ‘Tok’ di Group Facebook “Road TO Japan”, yang kini memiliki hampir 100,000 ahli. Buku ini lengkap dengan pelbagai maklumat penting seperti kos, nama lokasi, itenari, termasuk asas bahasa dan etika masyarakat Jepun bagi menjamin pengembaraan yang berbaloi!

Diharapkan buku ini dapat membuka minda anda untuk merancang perjalanan sendiri. Melangkahlah mengikut kepuasan hati dan keupayaan diri. Semoga segala ilmu yang dikongsi memberikan manfaat kepada semua!

Sunday, November 17, 2019

Sebelum Kita Bernikah ~ Hilal Asyraf

(SEM & SS) RM28.00 > RM25.20

"Bila nak kahwin?"

"Belum ada calon," begitu jawabnya. Namun jauh di sudut hatinya terdetik, mungkin memang sudah tiba mas untuk dia bernikah.

Adakah perlu ada calon dulu, baru persiapan diri?
Atau persiapkan diri dulu, baru cari calon?
---

Buku ini bukan mahu membahaskan tentang bercinta sebelum atau selepas nikah. Ia hadir sebagai bimbingan buat kita menguruskan perasaan, disaat kita mencari cinta sehinggalah menempuh alam rumah tangga.

Buku ini sesuai untuk mereka yang:
1. Berniat untuk bernikah.
2. Sedang merancang dan mencari panduan pernikahan.
3. Merasakan dirinya sudah jatuh cinta dan mahu mengambil langkah seterusnya.

Ajari Aku Tinggalkan Maksiat ~ Shukery Azizan, Aiman Afeef

(SEM & SS) RM30.00 > RM27.00
Meninggalkan maksiat tidaklah semudah yang disangka. Lebih-lebih lagi kalau ianya di tahap ketagihan. Ya, amat susah nak tinggalkan!

Di sudut hati orang yang bermaksiat, dia hakikatnya nak berubah. Dia menangis berkali-kali, bertaubat, namun taubatnya itu tidak mampu menghilangkan ketagihannya. Dosa itu menghantuinya. Jatuh bangun, jatuh dan bangun, taubat dan taubat, tangisan demi tangisan. Seolah TIADA JALAN KELUAR untuk meninggalkan sisi gelapnya itu.

AJARI AKU TINGGALKAN MAKSIAT, kami hadiahkan untuk semua orang termasuk diri kami, kerana tiada dalam kalangan kita yang maksum.

Buku ini mengupas secara teori dan praktikal, rohani dan psikologi, tentang cara mahu meninggalkan pelbagai jenis maksiat, antaranya ketagihan video lucah, couple, zina, Lesbian, Gay, LGBT, isu-isu ibadah, aqidah dan sebagainya.

Siapa mahu hidup dalam keadaan terseksa dalam maksiat? Semua orang tak nak. Kan?

Sunday, November 10, 2019

Misteri Kelenyapan Bab-Edh-Dhra dan Numeira (Sodom & Gomorah) ~ Syed Mahadzir Syed Ibrahim

(SEM & SS) RM37.90 > RM34.10

Sejarah telah mencatatkan bahawa sekitar 4000 tahun yang lalu, Bab-edh-Dhra (Sodom) dan Numeira (Gomorrah) wujud di atas muka bumi ini. Bab-edh-Dhra dan Numeira menyandang gelaran sebagai bandar atau kota yang tercantik, makmur, tenang dan selesa untuk didiami. Namun tiba-tiba saja dilenyapkan oleh Allah SWT akibat kebejatan warganya yang rosak dan buruk akhlak.

Meskipun Kitab Suci tidak pernah menyebutkan apa perbuatan mereka secara lengkap sehingga kita tertanya-tanya kenapa warga Bab-edh-Dhra dan Numeira bernasib seperti itu namun Kitab Suci sangat jelas memberikan penggambaran mengenai hukuman yang mereka terima dari Allah SWT.

Membongkar Rahsia Keayuan dan Ketempawanan Wanita Solehah ~ Syed Mahdzir Syed Ibrahim

(SEM & SS) RM28.90 > RM26.00

Wanita solehah adalah ketua bagi bidadari Syurga. Bidadari Syurga yang khabarnya memeiliki mata nan ayu, berkulit lembut, berwajah cantik, memiliki rambut yang berkilau sangat indah, suci laksana mutiara indah yang belum pernah tersentuh tangan manusia, dan memiliki akhlak yang baik, dapat dikalahkan oleh wanita dunia yang solehah. 

Wanita solehah adalah wanita yang memiliki kualiti ibadah yang sangat baik, yang setiap kali disebut nama Allah SWT selalu bergetar hatinya, yang selalu tunduk dan taat pada perintah orang tua dan suaminya, yang kehadirannya mampu merealisasikan banyak kebaikan di seklilingnya, dan yang selalu menjaga dirinya dengan solat serta puasa.

Al-Quran Al-Karim Al-Haramain A4 ~ Karaya Bestari

(SEM & SS) RM70.00 > RM63.00

Al-Quran Al-Haramain bersaiz A4 menampilkan keistimewaan khat atau tulisan yang lebih besar dan selesa untuk dibaca. Al-Quran Tafsir ini membahaskan secara sistematik mengikut 7 tema iaitu ibadah, muamalat, akidah, sirah nabawi, kisah Nabi & Rasul, Asmaul Husna mahupun terapi Qurani. Bersumberkan rujukan sahih daripada metod penafsiran para ulama' yang mempunyai jalan riwayat kepada Rasulullah SAW dan para sahabat (bil ma'sur). 

Diharapkan dapat menjadi penyelesaian tepat dalam membentuk latar belakang pemahaman seseorang terhadap al-Quran. Turut disertakan dengan indeks bertema yang memudahkan untuk merujuk pada ayat berkaitan.

Pilihan Warna:
Putih
Hitam 
Biru
Ungu
Merah 
Coklat

Al-Quran Al-Karim & Terjemahan Al-Kamil ~ Telaga Biru

(SEM & SS) RM95.00 > RM85.50

Antara kriteria-kriteria penting tang terdapat dalam al-Quran ini ialah:
• Khat baharu yang lebih jelas dan menarik.
• Wakaf (merah) dan ibtida’ (hijau) yang diwarnakan latar belakang teks al-Quran.
• Tajwid 5 warna yang diwarnakan pada teks al-Quran.
• Terjemahan bahasa Melayu terkini bertema.
• Kaedah al-Mizan untuk mengakhiri bacaan dengan lebih sempurna.
• Hadis sahih sebagai info sampingan.
• Asbabun Nuzul untuk mengetahui sebab penurunan ayat.
• Indeks tematik untuk rujukan.
• Doa-doa pilihan.


Al-Quran Al-Karim Dengan Panduan Wakaf Ibtida Beserta Hukum Tajwid (2 Perjuzuk) ~ Telaga Biru

(SEM & SS) RM105 > RM94.50

Membaca al-Quran dengan betul atau bertajwid adalah wajib hukumnya. Oleh itu, seseorang yang ingin memaca al-Quran, dia mestilah mempelajari tajwid al-Quran. Pembelajaran tajwid al-Quran merangkumi bidang dari makhraj dan sifat huruf, hukum-hukum tajwid sehingga mengetahui wakaf dan ibtida’.

Dalam al-Quran ini yang diberi nama Al-Quran Al-Karim Dengan Panduan Wakaf Dan Ibtida’ Beserta Hukum Tajwid mengandungi dua elemen penting dalam bacaan al-Quran iaitu:

1. Panduan hukum tajwid yang diwarnakan pada teks al-Quran terdiri daripada lima hukum iaitu:
a. Merah: Dengung
b. Biru: Bacaan tebal ketika wasal,
c. Hijau: Panjang 4 atau 5 harakat,
d. Coklat: Qalqalah,
e. Oren: Panjang 6 harakat.

Al-Quran Al-Karim & Terjemahan Al-Ghufran Per 5 Juzuk ~ Telaga Biru

(SEM & SS) RM75.00 > RM67.50

KEISTIMEWAAN.
• Mempunyai lima juzuk dalam satu jilid.
• Di terjemahkan dalam bahasa Melayu moden.
• Disertakan dengan subtopik bagi membezakan setiap penceritaan.
• Dinyatakan Asbabun Nuzul bagi ayat-ayat pilihan.
• Huraian hadis-hadis sahih yang berkaitan.
• Diselitkan nota kaki bagi penerangan lebih terperinci.
• Panduan wakaf dan ibtida dengan menggunakan 3 warna pilihan.


Thursday, November 7, 2019

Ada Masalah? Bersyukurlah! ~ Awang Surya

(SEM & SS) RM17.00 > RM15.30

Setiap orang pernah mengalami masalah dalam hidupnya. Itu pasti. Tidak ada seorang individu pun yang tidak memiliki masalah sepanjang hayat. Yang miskin ada masalah, yang kaya juga sama. Pemimpin menghadapi masalah, begitu juga pihak bawahan. Pekerja memiliki potensi menghadapi masalah, pemilik syarikat juga tidak akan terhindar daripadanya. Jika tidak hari ini, masalah akan datang esok atau mungkin lusa. Hidup memang perjalanan daripada satu masalah ke masalah yang berikutnya.

Buku ini mengandungi langkah-langkah yang perlu dilakukan oleh orang yang beriman ketika masalah datang mendera. Langkah-langkah untuk menyelesaikan masalah yang dihuraikan di dalam buku ini adalah sekadar ikhtiar seorang hamba. Tugas kita bersama hanya menyempurnakan ikhtiar, hasil akhir kembali kepada Allah Yang Maha Mengetahui.

Jangan Sampai Ada dan Tiadamu di Dunia ini Tidak Ada Bezanya ~ Ahmad Rifa'i Rif'an

(SEM & SS) RM15.00 > RM13.50

Jangan sesekali mahu menjadi orang yang biasa sahaja kerana penduduk bumi terlalu ramai. Dunia hanya memperhatikan golongan orang yang bukan biasa. Dunia tidak memiliki masa memperhatikan orang yang hidupnya biasa sahaja.

Terdapat berjuta-juta manusia yang hidup dalam satu generasi. Tetapi hanya ada segelintir sahaja orang yang namanya kemudian muncul menjadi bintang. Sementara sebahagian besar yang lainnya terpaksa mengikut alur hidupnya amat sederhana: lahir, hidup beberapa ketika, kemudian meninggalkan dunia tanpa ada sedikit pun jejak sejarah yang layak dikenang generasi setelahnya.

Jadilah manusia yang kehadirannya sentiasa dinanti., diperlukan, dicintai dan disayangi oleh orang di sekelilingnya. Manusia yang kehadirannya amat didambakan, sentiasa ditunggu kedatangannya, ditangisi pemergiannya dan apabila pergi meninggalkan rasa sedih di dalam kalbu.

Minhaj Al-Abidin Ila Jannah Rabbil 'Alamin ~ Hujjah Al-Islam Al-Ghazali Al-Thusi

(SEM & SS) RM32.00 > RM28.80

Kitab ini adalah karangan Hujjah Al-Islam Al-Ghazali Al-Thusi yang diterjemahkan oleh Al-Syeikh Daud bin Abdullah Al-Fatani. Ia merupakan sebuah kitab yang sering digunakan di sekolah-sekolah pondok. Sebuah kitab tasawuf yang menjadi rujukan para ilmuan terdahulu. Bicara kitab ini merangkumi pelbagai perbahasan dan disertakan dengan nas daripada Al-Quran dan Hadis.

Asalnya kitab ini ditulis dalam Jawi. Bagi memberikan peluang kepada generasi sekarang untuk menikmati bicara ilmu yang dihidangkan di dalam kitab ini, ia telah dialihkan ke tulisan rumi tanpa mengubah struktur asal ayat dan perenggannya. Ini merupakan khazanah yang amat berharga bagi mereka yang cintakan ilmu dan Islam.

Fiqh Islam Mazhab Syafie ~ Syeikh Mustafa

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.50

Imam As-Syafie adalah ulama' terkemuka di seluruh dunia Islam. Beliau merupakan salah seorang imam mazhab yang paling popular dan menjadi mazhab yang paling banyak diikuti oleh umat Islam. Kewibawaan dan kepakarannya dalam menganalisis, menghurai dan mengistinbat hukum-hakam fiqh melalui nas-nas Al-Quran dan hadis telah diakui oleh ramai ulama-ulama besra termasuklah imam-imam mazhab yang lain.

Buku di tangan anda ini adalah himpunan hukum-hakam yang sangat berkait dengan diri seorang Muslim. Buku yang telah ditahqiq ini merangkumi beberapa bab utama yang sangat penting termasuklah bab taharah, solat, zakat, puasa dan haji. Selain itu, buku ini juga memuatkan hukum-hakam berkaitan warisan, perkahwinan, jual beli, jenayah, hudud, jihad binatang buruan dan sembelihan, perlumbaan dan panahan, sumpah dan nazar, saksi serta hamba sahaya.

Wednesday, November 6, 2019

Fiqh Al-Mizan ~ Prof. Dr. Syeikh 'Ali Muhyiddin Al-Qarah Daghi, Fauwaz Fadzil Noor

(SEM & SS) RM75.00 > RM67.50

Fiqh al-Mizan bermaksud mengetahui dan memahami bahawa setiap benda dan perkara itu mempunyai timbangannya yang khusus. Apabila sesuatu benda atau perkara ditimbang tidak mengikut sukatannya, maka timbangan itu akan menjadi tidak sekata dan berlakulah kecacatan pada mizan.


Sweet Dream ~ Anwar Wahab

(SEM & SS) RM23.00 > RM20.70

"Sabarlah dalam membimbing dia. Mungkin Allah SWT hantarkan dia sebagai jalan untuk mendidik kesabaran dalam diri kau juga"

"Sabar itu sebahagian daripada iman. Kau tahu kan?"

"Sungguh benar , hakikat bahawa dia inilah yang mendidik saya erti sabar dan mahu terus tetap di atas jalan agama. Dialah yang dihantar oleh Allah SWT sebagai ujian dan melalui dia jugalah Allah SWT mendidik saya bagaimana untuk bersabar. Alhamdulillah.

"Kalau nak didik pasangan tanpa buat dia merajuk dan berkecil hati, bacalah naskah berseni ini. Nak jadikan dia sebagai ratu atau bidadari syurgawi, cari ilmunya daripada buku ini. Your dreams will come true. Insya-Allah."

Install Pahala Uninstall Dosa ~ Najmi Farisham

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.50

Tiba- tiba mata aku tertumpu pada satu susuk badan seorang tua yang agak bongkok. Dia berjalan perlahan dengan bantuan sebatang tongkat. Jubah yang dipakainya kemas dan janggutnya agak panjang namun tersikat rapi. Mataku masih lagi mengekori dia. Aku berasa sedikt kagum apabila melihat dia. Dia berjalan ke arah dua orang pelajar universiti dari arah belakang dan mencuit bahu mereka. Aku ingatkan dia nak mintak pelajar tadi beralih ke tepi sikit bagi memberi sedikit ruang untuk solat, rupanya........
(Baca Selanjutnya m/s 31)

"Nak syai (teh)?" tanya budak kecil itu.
"syai merah ke hijau?" sengaja aku tanya, mencari modal nak bersembang.
"Merah, ada pudina sekali," jawabnya bersungguh. Seakan tahu yang aku sukakan pudina.
"Bagilah satu," ujarku lantas tersenyum.......
(Baca Selanjutnya m/s 55)

Dah baca? mudahnya nak mencipta pahala ?
Segalanya kun faya kun, mengapa perlu berdalih ?

Tuesday, November 5, 2019

Tafsir Mini Surah Al-Qadr ~ Ummu Ammar Amir, Abu Ammar Romlie

(SEM & SS) RM12.00 > RM10.80

• Buku ini memberikan penerangan yang mendalam tentang surah al- Qadr dengan gaya bahasa yang mudah, sesuai untuk anak-anak.

• Disertai ilustrasi serta aktiviti menarik bagi membantu mengekalkan minat dam memudahkan pemahaman anak anak tentang setiap ayat suci al-Quran.

• Amat sesuai digunakan oleh ibu bapa dan pendidik untuk menggalakkan komunikasi berkesan dengan anak-anak seperti melalui penceritaan, soalan uji minda dan sebagainya. 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...