Hubungi Kami

Hubungi Kami

Tuesday, August 25, 2020

Raja & Pemerintah Agung dalam Dunia Islam ~ Yusuf Ali, Abrar Ahmed

(SEM & SS) RM29.00 > RM26.10

Buku ini ringkas, padat dan sesuai dibaca oleh semua lapisan masyarakat bagi mendapatkan maklumat asas berkaitan pemerintah Islam. Ia meliputi latar belakang para pemimpin dalam khilafah yang berbeza, termasuk mereka yang bergelar Khalifah, Raja, dan Panglima Perang. Sumbangan, peranan, dan legasi mereka dinukil secara santai dalam bahasa yang mudah difahami, hatta bagi peringkat usia kanak-kanak sekolah. Gambar-gambar yang disertakan turut memberikan gambaran umum berkaitan peristiwa atau tokoh yang dibincangkan.

Adalah penting juga untuk dinyatakan di sini bahawa buku ini tidak menggunakan pendekatan kronologikal. Ia bukan ditulis dalam urutan tarikh bermula daripada permulaan Khulafa’ Ar-Rasyidin pada 622M sehingga kepada kejatuhan Daulah Uthmaniyah pada 1924M. Penulis asal buku ini menggunakan pendekatan geografikal, iaitu menulis dengan memfokuskan kepada wilayah atau negara secara berasingan, bukannya urutan tarikh. Dalam dunia penulisan sejarah, pendekatan geografikal sebegini diterima pakai, selain pendekatan kronologikal dan tematik.

Islam Itu Ramah Bukan Marah ~ Irfan Amalee

(SEM ) RM20.00 > RM18.00

Sejarah mencatatkan betapa lemah lembut dan sabar Nabi Muhammad s.a.w. menghadapi umatnya. Pelbagai penghinaan baginda terima, daripada sekadar ucapan yang mengatakan baginda gila, sehinggalah tindakan meletakkan kotoran ketika baginda sedang bersujud. Begitu juga dengan para sahabatnya yang berdakwah dengan akhlak mulia sebagaimana yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w. Maka, tidak hairan apabila dakwah Nabi Muhammad s.a.w. selama 23 tahun memberi kesan yang luar biasa sehingga sekarang.

Di negara yang kita cintai ini, Islam masuk dan berkembang tanpa melalui peperangan. Berdakwah sambil berdagang dan dengan menunjukkan contoh akhlak mulia menjadikan Islam diterima di Nusantara. Tersebarnya Islam dalam kalangan masyarakat pada waktu itu tidak membuatkan para pemerintah berasa terancam. Sejarah tidak pernah menceritakan ada raja di Nusantara yang menghalang dakwah Islam. Bahkan sebahagian besar daripada raja-raja di Nusantara mendahului rakyatnya untuk memeluk Islam. Penyerapan unsur-unsur Islam dengan budaya setempat menjadikan Islam semakin kukuh di negeri ini.

Apa Khabar Depresi? ~ Dr. Sakinah Salleh

(SEM & SS) RM23.00 > RM21.00

“Kesihatan tidak semestinya datang daripada ubat.

Selalunya, ia hadir dari ketenangan fikiran,

kedamaian hati,

ketenangan jiwa serta kebahagiaan

dan kasih sayang yang mewangi.”

The Amazing Rasulullah s.a.w: Sejak Masa Jahiliah hingga Hijrah ke Madinah ~ Sayf Muhammad Isa

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.50

Setiap orang Islam adalah pembawa risalah yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. Siapa pun dia, di mana pun tempatnya berada, apa pun pekerjaannya, adalah pembawa risalah. Kita bukan hanya perlu mengamalkan agama Islam yang kita anuti, tetapi juga perlu menyebarkannya kepada orang di sekitar kita dan contoh paling baik untuk semua itu ada pada Rasulullah s.a.w. Di situlah pentingnya kita mempelajari setiap sisi kehidupan Rasulullah s.a.w. dengan mendalam. Ada banyak permata berharga yang dapat kita petik darinya.

Mengenali Baginda adalah salah satu bukti tanda cinta kita kepada Baginda, untuk semua itu, ada pada Rasulullah s.a.w. Lebih daripada itu, generasi Islam adalah generasi yang akan membangkitkan peradaban manusia yang sudah semakin rosak ini. Hanya generasi yang memiliki bekal terbaik dapat menjalankan misinya dan bekal itu adalah Islam. Tidak mungkin seseorang memahami Islam, sekiranya tidak memahami kisah kehidupan Rasulullah s.a.w.. Inilah pentingnya generasi Islam memahami Sirah Nabawiyah.

Pemikiran Kontroversi Imam Ibnu Taimiyyah ~ Dr. Mohamad Kamil Hj. Ab. Majid

(SEM & SS) RM15.00 > RM13.50

​Sebuah penelitian ilmiah yang menggunakan sumber daripada karya Ibnu Taimiyyah sendiri. Ia disediakan bagi menolak tuduhan bahawa Ibnu Taimiyyah menerima tajsim dan tasybih.

Monday, August 24, 2020

Kata-kata Yang Mapu Membawa Anda ke Syurga

Jika ditanya kepada setiap orang, mahu pilih neraka atau syurga?
Sudah pasti semuanya mahu ke Syurga. Mahu menikmati segala apa yang Allah janjikan mahu diberi kepada manusia hebat, baik, bertakwa.

Namun, bagaimanakah antara caranya yang boleh kita lakukan untuk menjadi orang pilihan Allah ini. Antara cara yang diharap menjadi asbab untuk kita ke tempat tinggal abadi.

Menurut buku Sekalipun Benar Dia Pendosa oleh Muhammad Luqman Makhtar, ada 13 cara yang boleh dilakukan melalui kata-kata. Setiap ucapan pada orang keliling akan diingati dengan 2 cara. Pertama, orang suka. Kedua, orang benci atau sakit hati. Maka, untuk ke syurga, pastinya kita mahu kata-kata yang terbit dari mulut kita yang orang & Allah sukai.

Antara kata-kata ke Syurga yang boleh anda praktikkan:
  1. Tidak lupa menyebut 'insyaAllah' dalam setiap yang dirancang.
  2. Berdoa kepada Allah dalam setiap keadaan.
  3. Rutinkan lidah dengan zikir.
  4. Mengucapkan salam.
  5. Membaca Al-Quran.
  6. Mengajak orang berbuat baik.
  7. Menasihati orang.
  8. Menegur kemungkaran.
  9. Bercakap lembut dengan ibu bapa, suami isteri & anak-anak.
  10. Mendoakan kebaikan buat orang lain.
  11. Mengajar ilmu yang bermanfaat.
  12. Membantu orang, mempermudahkan urusan baik orang lain.
  13. Mendamaikan Muslim yang berbalah.

3 Waktu Terbaik Untuk Belajar Memberi / Berkongsi


Pada waktu kita masih sihat ini, marilah kita sama-sama belajar memberi kepada mereka yang memerlukan.
Bila kita mahu bersedekah aje, pasti ada rasa sedikit kedekut, rasa tak ingin berkongsi, rasa takut jadi miskin. Nah! Itulah masanya kita berusaha untuk keluarkan duit untuk memberi.

Thursday, August 13, 2020

Membongkar Misteri Pembinaan Piramid Teori Alien & Banjir Besar Nabi Nuh ~ Syed Mahadzir Syed Ibrahim

(SEM & SS) RM37.90 > RM34.10

Misteri siapakah yang membina piramid masih menjadi perdebatan para sejarawan dan ahli arkeologi walaupun pelbagai penggalian dan kajian pakar telah dijalankan oleh pelbagai pertubuhan, universiti dan pakar-pakar perseorangan. Menyelusuri misteri bagaimana piramid dibina memang menarik. 

Persoalan itu didasari pada beratnya pekerjaan membawa bebatuan di gurun, dan minimumnya teknologi pembantunya. Batu yang diperlukan juga dalam jumlah yang besar, sementara alat canggih untuk mengangkutnya melawati gurn pasir belum ada pada zaman Mesir Purba. 

Dari berbagai penelitian sebelumnya, para arkeologi telah lama mengetahui bahawa bebatuan tersebut dibawa sejauh lapan batu dari Giza ke sebuah tempat yang bernama Tura. sementara bahan granit digali dari jarak lebih dari 500 batu. Adapun cara bagaimana bahan-bahan ini diangkut, masih menjadi perdebatan dalaam kalangan ilmuwan.

Hidup Bersamamu Nabi Muhammad s.a.w ~ Salman Al-Audah

(SEM & SS) RM29.00 > RM26.10

Tujuan dakwah bukanlah menjadikan dakwah itu berubah menjadi perang kata mahupun perdebatan dan saling merasa hebat sendiri, namun ianya adalah tujuan paling mulia daripada semua risalah langit adalah mewujudkan kebersihan dalam hati dan diri manusia. Tercermin dalam diri setiap insan akhlak terpuji dan perilaku yang mulia dimana hak-hak sesama manusia disantuni serta melahirkan peradaban uyang cemerlang serta masyarakat yang tinggi nilai budi pekerti.

Lahirnya Muhammad Bin Abdullah ke muka bumi ini dengan membawa risalah yang mulia iaitu Al-Quran dan Sunnah bagi menyampaikan kepada seluruh umat manusia dengan matlamat yang mulia untuk mengabdikan diri kepada Yang Maha Esa.

Pembacaan ini akan menyingkap dan menerapkan akhlak terpuji Rasulullah SAW sebagai seorang hamba dan sekaligus rasul yang taat kepada Rabbnya yang dijadikan ikutan serta panduan hidup buat seluruh umat manusia.

Wednesday, August 5, 2020

Ensiklopedia Adab ~ Dato' Haji Muhammad Zakaria

(SEM & SS) RM79.00 > RM75.00

KELEBIHAN BUKU INI:
  • Buku adab terbesar pernah diterbitkan. 
  • Kandungan daripada kitab turath muktabar. 
  • Disertakan dalil naqli yang autentik serta hujah aqli yang rasional. 
  • Gandingan dari aspek ilmu psikologi, sosiologi, pendidikan dan falsafah moden. 
  • Dihiasi foto, ilustrasi, gambar rajah, carta, jadual dan peta minda agar mudah difahami, sekali gus dapat diingati serta diamalkan dengan efektif.

Tafsir Mini Surah Al-Kautsar ~ Ummu Ammar Amir, Abu Ammar Romlie

(SEM & SS) RM15.00 > RM13.50

KELEBIHAN BUKU INI:
  • Memberi penerangan tentang Surah al-Kautsar dengan gaya bahasa yang mudah, sesuai untuk anak-anak. 
  • Disertakan ilustrasi serta aktiviti menarik untuk membantu anak-anak memahami al-Quran dengan mudah. 
  • Mampu mewujudkan suasana pembelajaran yang efektif dan menyeronokkan. 
  • Sesuai digunakan oleh ibu bapa dan pendidik untuk menggalakkan komunikasi berkesan dengan anak-anak seperti melalui penceritaan, uji minda dan sebagainya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...