Hubungi Kami

Hubungi Kami

Tuesday, January 31, 2017

Mau'izhah Hasanah 2: Teman di Barzakh: Penempatan Para Roh ~ Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani

(SEM & S/S) RM28.00 > RM24.60

Buku Mau‘izhah Hasanah 2: Teman Di Barzakh ini membicarakan perihal roh dan arwah setelah diceraikan nyawa daripada jasad, peristiwa yang bakal berlaku sebagaimana yang tercatat dalam hadis dan atsar para Sahabat r.anhum. Juga menjelaskan perkaitan antara roh orang yang telah mati
dengan roh orang yang masih hidup. Semuanya untuk kita hayati agar lebih bersedia dalam menyiapkan bekal ke ‘sana’.

Bimbingan Pantas UPSR: Bahasa Melayu Penulisan ~ Cikgu Nuriah Abd Halim

(SEM & S/S) RM10.00 > RM8.80

Buku rujukan istimewa Bahasa Melayu Penulisan ini merupakan SIRI BIMBINGAN PANTAS UPSR yang disusun mengikut sukatan pelajaran terkini supaya murid-murid dapat menguasai serta memahami kaedah-kaedah dan teknik-teknik penulisan yang betul. Murid-murid akan dibimbing dalam setiap aspek penulisan karangan melalui sisipan nota yang praktikal dan mudah difahami.

Prophet Yusuf: Series 1 ~ Ummu Ammar Amir, Ris Melati Shamsuddin

(SEM & S/S) RM12.00 > RM10.60

Prophet Yusuf Series 1 merupakan siri pertama kepada sirah Nabi Yusuf a.s. seperti yang diceritakan dalam surah Yusuf (12) dalam al-Quran. Buku ini membawa kita mengenali Nabi Yusuf a.s dengan lebih mendalam melalaui persoalan-persoalan: Siapakah Nabi Yusuf a.s.? Siapakah ayah baginda? Siapakah pula datuk baginda? Kenapakah Nabi Yusuf dicemburui oleh adik-beradiknya yang lain? Apakah mimpi Nabi Yusuf yang diceritakan kepada bapanya? Apakah yang terjadi kepada Nabi Yusuf pada usia yang masih muda? 

Semua persoalan ini dikisahkan dengan begitu menarik dalam siri ini. Persembahan yang kreatif, ilustrasi yang menarik dan berwarna-warni menjadi nilai tambah kepada buku ini. Pengajaran yang diterapkan dalam penceritaannya juga mampu mendidik jiwa kanak-kanak.

Thursday, January 26, 2017

Dosa-dosa Besar: Terjemahan Kitab Al-Kaba'ir yang Autentik ~ Imam Al-Zahabi

(SEM & S/S) RM33.00 > RM29.00

Ramai daripada kalangan umum masih tidak dapat membezakan dosa yang dilakukan, sama ada kecil atau besar. Bahana dosa besar ini bukan sahaja memberi kesan kepada individu, malah mampu menular serta memberi kesan dan menjadi perosak ummah. 

Tujuan utama Imam al-Zahabi menghasilkan karya ini adalah disebabkan ingin menyampaikan kepada umat Islam betapa dahsyatnya kesan dan implikasi dosa-dosa besar kepada pelakunya di dunia dan akhirat, bersandarkan kepada dalil al-Quran dan hadis Nabi SAW. Justeru, karya ini diharap dapat memberi kesedaran kepada umat Islam, lantas mereka bertaubat kepada Allah SWT dan melakukan amalan soleh.

Ini Pun Allah Suka ~ Muhammad Luqman Makhtar

(SEM & S/S) RM20.00 > RM17.60

Karya berkonsep tarbiah santai ini dapat memberi kesedaran dan pengetahuan mengenai amalan-amalan serta tatacara yang baik dan betul dalam menjalani kehidupan seharian. Hal ini demikian kerana boleh jadi ada antara amalan kita yang disukai Allah dan ada yang tidak disukai-Nya. Boleh jadi kita sendiri pun tidak menyedarinya. Justeru, buku ini mengajak pembaca memikat Allah dengan melakukan perkara-perkara yang disukai-Nya.

Bangkit: Pujuklah Hati 4 ~ Bonda Nor

(SEM & S/S) RM20.00 > RM17.60

“Hidup ini perlu kuat, kawan! Sebesar apa pun ujian, harus percaya Tuhan ada dan tidak pernah tinggalkan kita!”

Buku Bangkit: Pujuklah Hati 4 ini padat dengan kisah-kisah harian yang berlaku di sekeliling kita. Kadang kala apa yang berlaku, kita merasakan begitu tertekan tanpa menyedari pasti ada hikmah di sebalik setiap ujian itu.

Justeru, buku ini memberi motivasi dan panduan dalam menangani masalah yang dihadapi dengan membuatkan kita melihat hikmah di sebalik ujian itu. Dalam masa yang sama membuatkan kita yakin dengan pergantungan hanya kepada Allah SWT.

Pena & Picagari ~ Dr. Khairul Hafidz

(SEM & S/S) RM25.00 > RM22.00

Dengar nama doktor, orang teringat picagari. Tetapi doktor tak hanya perlukan picagari untuk ubati orang. Dia juga perlukan pen(a).

Tak. Dia bukannya perlukan pena hanya untuk tulis MC. Dia perlukan pena untuk mengubati penyakit yang tak dapat kita scan; penyakit kejahilan dan hati.

Buku Pena dan Picagari adalah himpunan melawan mitos, suka duka seorang doktor, dan pelbagai lagi warna-warni daripada pengasas MedtweetMy.

Wizra: Kronika Nashan ~ Ahmad Patria

(SEM & S/S) RM30.00 > RM26.40

Nashan.

Sebuah negara kota jauh ke utara Aurora, yang diperintah oleh Melyn ien Sarraiea Nashrain, puteri kesuma dan Aristokra. Dan kini menjadi pertaruhan, dalam pertempuran seru antara tentera Nashan pimpinan Mori, kesatria utusan Artakus, Lodra.
Perang Aurora, menentang gerombolan reneger Sursis, panglima adi dan pahlawan yang tidak terkalahkan dari Gunung Utara.

Kebijaksanaan Melyn dan firasat Merkia, magia adi yang menguasai Jalan Telus, menyaksikan kemunculan Spiara Bulwar, senjata legenda yang menakluki naga dan monstra. Demi menumbangkan Sursis, yang tidak mempunyai tandingan di medan perang.

Namun segala-galanya bermula sebelum itu, pada zaman yang sudah berlalu, sewaktu Imru memerintah Aurora dari Toar Tirana dan Orde Karmawizra masih gemilang di Toar Nebula. Dengan seorang perantis bernama Nazril, yang satu hari nanti bakal memegang sutaf Helang Siluman, menjadi wizra gelanggang angin dan bayang. Perjuangannya bakal menggegar Takhta Bayang di Toar Magzul, mencabar penguasaan para morduwizra dan empayar Morrok, sehingga detik kemunculan
Artakus.

Dan dia paling terkenal, dengan hanya satu gelaran. Wizra.

Presiden Trump: Penjahanam Amerika? ~ Nazri Kadir, Muhd Nur Iman Ramli, Syarafuddin Sulaiman

(SEM & S/S) RM15.00 > RM13.20

Siapa sebenarnya Trump?
Adakah dia segah namanya, ataupun itu cuma dakwaan kosong sahaja?

Benarkah Trump calon Illuminati? Ataupun dia sebenarnya caturan Russia?

Bagaimana Trump mampu menang, sedangkan Hillary Clinton yang disebut-sebut sebagai calon presiden ke-45?

Melalui kajian 3 penulis, kita membedah pelbagai tanggapan dan juga fakta di sekitar lelaki bernama Trump ini. Kita akan melihat sama ada Trump adalah seorang penyelamat, ataupun dia nanti akan menjahanamkan Amerika.

Sunday, January 22, 2017

Moving Out ~ Ane-Alja

(SEM & S/S) RM26.00 > RM22.90

" Agak-agak selepas lima, 10 atau 15 tahun lagi, kita di mana dan buat apa?" Suami saya selalu menjentik soalan ini ke dalam minda saya.

" Entah!" respon saya tanpa berfikir panjang. Malas memikirkan benda yang tidak nampak.

" Ermm.. bosan juga , kan? Rutin, rutin, dan rutin," tanpa sedar saya mengeluh kebosanan.

*****
Saya mengakui, sejak lebih lapan tahun kami pulang dari luar negara, kami menjalani rutin hidup yang sama. Namun satu soalan daripada suami saya merungkai sebuah harapan untuk sayan dan anak- anak. Bertitik tolak daripada satu soalan itu, maka itulah detik permulaan perjalanan hijrah kami ke Australia.

Ajari Aku Tentang Syurga ~ Khairul Ghazali

(SEM & S/S) RM18.00 > RM15.80

Jika seorng wanita pernah memiliki dua orang suami di dunia, suami yang mana yang akan menjadi suaminya di akhira? Mengapa kebanykan penghuni syurga terdiri daripada orang miskin? Hinakah menjadi orang kaya sehingga orang miskin didahulukan masuk ke syurga? Jika persoalan ini pernah menjentik minda kita namun tidak pula kita ketemu jawapannya, jelas ada sesuatu tentang syurga yang masih belum kita tahu.

Syurga itu destinasi impian setiap insan. Indahnya syurga itu, sehingga memikirkannya sahaja sudah membuatkan kita berebut mahu berbuat pahala. Seronoknya syurga itu, sehingga membayangkannya sahaja sudah menjadikan kita tunduk patuh kepada suruhan Tuhan . Apa yang penting, pilihan terletak di tangan kita. Kenali syurga dengan sebaik-baiknya, pasti kita akan teruja untuk menggapainya.

ANTARA ISI KANDUNGAN
Penghargaan
Perkampungan di Akhirat
Pengertian syurga
Keindahan syurga
Nama-nama syurga, ahli, dan cahayanya
Syurga di langit ketujuh
Kehebatan sungal al-Kautsar di syurga
Kehebatan syurga al-Firdaus

Shah Jahan: Pembina Taj Mahal ~ Abdul Latip Talib

(SEM & S/S) RM25.00 > RM22.00

Shah Jahan, adalah antara pemerintah Empayar Mughal yang terbilang. Di medan perang, musuh menggeruni namanya, manakala sekutu pula sangat menghormatinya. Semasa kekuasaannya, Empayar Mughal berkembang dan mahsyur namanya ke seluruh dunia.

Semua itu tidak akan ada tanpa sokongan seorang perempuan yang memberinya semangat untuk terus berjuang, dan menjadikannya semakin kuat pada ketika dugaan mendatang.

Perempuan itulah isterinya yang sangat dia cintai, sehingga diberikan gelaran Mumtaz. Apakan daya, takdir Tuhan tiada siapa yang dapat menghalangnya. Mumtaz meninggal dunia semasa melahirkan anak mereka yang keempat belas.

Kerana cintanya yang begitu mendalam kepada Mumtaz, Shah Jahan pun membinakan satu monemun agung – Taj Mahal. Bukti indah sebuah cinta sejati.

Namun, tanpa Shah Jahan sedar, Taj Mahal itu jugalah yang akan menyebabkan Empayar Mughal bergoncang!

First Things First (Edisi bahasa Melayu) ~ Stephen R. Covey

(SEM & S/S) RM29.00 > RM25.50

Adakah jiwa dan pemikiran kita sering mengeluh dek kerana merasakan diri kita belum benar-benar bagus dalam apa juga perkara yang dilakukan? Persoalan ini bakal terjawab menerusi empat bahagian dalam buku First Things First ini:

1) Jam dan Kompas

2) Perkara Paling Utama adalah Memastikan Perkara Paling Utama adalah Perkara Paling Utama

3) Sinergi Saling Bergantung

4) Kuasa dan Ketenangan Hidup Berprinsip

Menerusi buku ini, kita tidak akan dibekalkan dengan jam, tetapi kompas. Ini kerana hala tuju kita jauh lebih penting daripada berapa laju perjalanan kita.

Friday, January 20, 2017

Sejenak Bersama Hidangan Al-Quran ~ Dr. 'Aidh Abdullah Al-Qarni

(SEM & S/S) RM25.00 > RM22.00

Sesungguhnya nikmat terbesar dari Allah yang dikurniakan kepada setiap hambaNya yang muslim adalah Al-Quran yang menjadi penerang setiap perkara sebagai petunjuk dan rahmat.

Sesiapa yang tidak mengambil petunjuk Al-Quran adalah orang yang sia-sia dan setiap masyarakat yang tidak mendapat hidayah dari Al-quran adalah bagaikan sekawan biri-biri, sebagaimana sifat yang diberikan Allah kepada mereka.

Maka pada kesempatan ini, kami ingin berkongsi kesempatan dengan kaum muslimin untuk mentaddabur, mentafsir sekaligus menggali pengetahuan dari Al-Quran.

Indahnya Cinta (HC) ~ Dr. 'Aidh Abdullah Al-Qarni

(SEM & S/S) RM36.00 > RM31.70

Cinta ibarat pisau bermata dua. Ia boleh mendatangkan keindahan dan pada masa yang sama, boleh mendatangkan padah dalam kehidupan. Cinta sejati sememangnya membawa kedamaian dan ketenangan bagi kehidupan umat manusia selagi difahami dan diamalkan mengikut aturan betul. Tanpa cinta, manusia pastinya hidup dalam kegersangan dan kehampaan. Sebaliknya apabila cinta disalahertikan pasti membawa malapetaka bagi hidup manusia.

Islam sebagai agama yang syumul turut mendefinasikan cinta dengan sedemikian indah untuk dipraktikkan dalam setiap aspek kehidupan. Malah difahamkan bahawa seseorang yang kalis cinta tidak akan masuk syurga. Ini kerana munculnya perbalahan dan perselisihan adalah disebabkan kegersangan cinta dalam diri seseorang itu.

Apakah makna cinta sebenarnya dalam Islam? Sejauh manakah kebenaran cinta dapat mententeramkan jiwa umat manusia hingga membawa mereka masuk ke dalam syurga? Apakah batas-batas cinta dalam Islam?

Jagalah Allah... Allah Menjagamu ~ Dr. 'Aidh Abdullah Al-Qarni

(SEM & S/S) RM35.00 > RM30.80

Allah memiliki perintah dan larangan. Ada perintah dan larangan untuk hati, lisan, penglihatan. pendengaran, perut dan anggota tubuh lainnya. Berbagai perintah dan larangan itu semestinya dipelihara oleh seorang hamba dengan melaksanakan perintah-perintah dan menjauhi larangan tersebut. Pendek kata, setiap persendian manusia diperintahkan untuk bertaqwa.

Apa yang diperintahkan Allah, itulah yang paling dicintaiNya, dan apa yang dilarang Allah itulah yang paling dibenciNya. Bila seorang hamba sentiasa memelihara apa yang dicintaiNya, nescaya Allah menaruh cinta kepadanya. Dan bila Allah telah mencintainya, maka sebagaimana disebutkan dalam sebuah hadith qudsi:

Aku menjadi pendengarannya yang dengannya ia mendengar, menjadi tangannya yang dengannya ia menggenggam menjadi kakinya yang dengannya ia berjalan. (AI-Bukhari)

Pengalaman Adalah Guru Terbaik ~ Dr. 'Aidh Abdullah Al-Qarni

(SEM & S/S) RM40.00 > RM35.20

Masa lalu adalah guru yang terbaik. Ini kerana, ia merupakan kumpulan kejadian dan pengalaman yang dialami oleh setiap individu yang boleh menyumbang satu nilai pengajaran. Pengalaman tersebut akan memberikan manfaat yang sangat besar bagi orang-orang yang berakal sekiranya mereka mahu berfikir.

Buku ini adalah taman pengetahuan. Di dalamnya dibincangkan keelokan masa sekarang dan sentuhan keindahan masa lampau. Semua itu tidak lain adalah sebagai pengajaran untuk kita mengharungi masa sekarang secara lebih baik berpandukan pengalaman masa lalu. 

Al-Qarni dalam buku ini menyeru orang-orang Islam supaya mengambil pelajaran dari pengalaman terdahulu dan merealisasikannya dengan perbuatan yang positif, antaranya adalah dengan tekad berkarya dan memberikan kemanfaatan kepada orang lain. Beliau menegah kritikan-kritikan yang tidak membangun serta menyibukkan diri dengan kekurangan dan aib orang lain. Sebagaimana falsafah beliau bahawa kemuliaan ilmu jauh lebih tinggi berbanding kemuliaan ibadah. Oleh itu, selamat dan beruntunglah orang-orang yang mengajarkan ilmu yang ia miliki kepada orang lain, kerana sesungguhnya ia telah mendermakan sebahagian kurnia yang telah Allah anugerahkan kepadanya.

Tuesday, January 17, 2017

Kuch Kuch: Sesuatu Sedang Berlaku ~ Jejak Maududi

(SEM & S/S) RM20.00 > RM17.60

"SESUATU SEDANG BERLAKU
Kalau hidup untuk bersedap-sedap,
belum lengkap tugas seorang hamba.
Tak peka dengan problem umat,
kelak sentap disoal Tuhan."

"Musuh Islam hari ini bukan lagi mahu mengeluarkan kita daripada Islam tetapi cukuplah dapat menjauhkan kita daripada Islam."
=======================

Buku PURIS yang kelima ini, KUCH KUCH membawa maksud Sesuatu sedang berlaku! Sama ada kita sedar atau tidak. Sama ada kita dengar atau tidak. Sesuatu sedang berlaku. Umat sedang kronik! Penulisan buku ini merupakan sumbangan artikel daripada ramai penulis muda yang merupakan anak-anak Malaysia yang kini berada di bumi India melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan dan pergigian.

Bagi menggalas tanggungjawab sebagai seorang daʽi juga dalam merealisasikan amanah ini, para penulis menjadikan buku ini sebagai citra dan kisah mereka bersama. Harapan mereka agar para remaja dan anak-anak muda yang lain akan sama-sama bangkit dan sedar akan apa yang sedang berlaku! Kerana buku ini menceritakan tentang hidup kita semua.

Katak di Luar Tempurung ~ Syed Alwi Alatas

(SEM & S/S) RM18.00 > RM15.80

Man ‘arafa Nafsah ‘arafa Rabbah

Jangan sekali-kali membunuh impian yang baik. Selama impian itu mulia dan tidak bertentangan dengan agama, maka sila kejar dan raih. Jangan biarkan orang lain menguburkan impianmu. Impian itu adalah permulaan daripada sebuah pencapaian.
Pada masa kini, boleh dikatakan ramai yang menghadapi konflik self-confidence dan self-esteem. Apabila terdapat sedikit kekurangan atau kecacatan pada diri seperti gemuk, berkulit gelap, miskin dan sebagainya, kita hilang keyakinan diri. Kita lupa bahawa kita ada banyak lagi kelebihan lain yang Allah berikan.

Malangnya apabila kita terlalu memikirkan kelemahan dan kekurangan diri, kita terus mundur kebelakang, tertindas dan tidak berdaya maju sehingga gagal untuk menyelidik kelebihan diri yang boleh digunakan untuk berjaya di dunia dan akhirat.
Oleh itu, buku ini ingin mengajak pembaca membangunkan keyakinan diri, tidak lagi berterusan berkata “tak boleh”. Sebaliknya, katakanlah “saya boleh” dan lakukannya tanpa keraguan. Yakinlah setiap daripada kita memiliki kemampuan yang unik yang dijadikan-Nya. Kita hanya perlu mengetahui kelebihan yang kita miliki dan menggunakannya sebaik mungkin.

Celik Fiqah 24/7 ~ Ahmad Fauwaz Fadzil

(SEM & S/S) RM14.00 > RM12.30

Buku Celik Fiqah 24/7 ini merupakan sebuah buku yang menghimpunkan koleksi soal jawab pelbagai aspek kehidupan sama ada dalam ibadat, muamalat, munakahat, adab bermasyarakat dan sebagainya.

Monday, January 16, 2017

Bahru Al-Madzi: Syarah Mukhtashar Shahih At-Tirmidzi (Juzu' 14) ~ Imam At-Tirmidzi

(SEM & S/S) RM42.00 > RM37.00

Kitab Bahru Al-Madzi Juzu' 14 berkaitan dengan ubat-ubatan, fara'id. wasiat, wala', hibah & qadar.

Panduan Lengkap dan Mudah Untuk Pembahagian Harta Pusaka ~ M. Sanusi

(SEM & S/S) RM16.00 > RM15.00

ILMU FARAID ialah ilmu yang menghuraikan cara pembahagian harta peninggalan seseorang kepada ahli waris yang berhak menerimanya. Hukum mempelajarinya adalah fardhu kifayah. Tujuan ilmu faraaid adalah agar pembahagian warisan dilakukan secara adil, tidak ada ahli waris yang dirugikan sehingga tidak ada perselisihan atau perpecahan antara ahli waris kerana pembahagian harta pusaka.

Pembahagian harta pusaka pada zaman Arab Jahiliyah (sebelum kedatangan Islam) menampakkan ketidakadilan di antara anak-anak yang belum dewasa (anak yatim) dan isteri yang tidak berhak atas harta pusaka, bahkan isteri pula dianggap sebagai satu harta pusaka untuk diwarisi oleh saudara lelaki daripada pihak suami. Ilmu ini menjadi ilmu yang semakin terpinggir masa kini walaupun ilmu-ilmu lain semakin berkembang dan tersebarluas. Pengurusan harta pusaka dalam Islam sangat penting terutama dalam zaman moden ini di mana kita berhadapan dengan pelbagai cabaran barn. 

Antara cabarannya ialah kecenderungan masyarakat kita yang mementingkan kebendaan sehingga boleh mencetuskan pertikaian, perbalahan, pergaduhan serta permusuhan di antara suami isteri, ibu bapa, anak beranak. saudara mara atau sebagainya.Apabila kebendaan dijadikan kayu ukur utama, krisis keluarga lebih mudah berlaku dan rumah tangga mudah menjadi porak peranda. Krisis keluarga akibat kepentingan kebendaan bertambah parah dengan tiadanya kefahaman masyarakat kita tentang ilmu pembahagian harta pusaka atau apa yang disebut sebagai ilmu faraaid.

Undang-undang Pusaka Dalam Islam: Suatu Kajian Perbandingan ~ Abdul Rashid Hj. Abdul Latiff

(SEM & S/S) RM15.00 > RM14.00

Sistem pusaka Islam sebenarnya meneguhkan ikatan kekeluargaan dan mengeratkan kerjasama dalam lingkungan keluarga secara turun menurun. Tegasnya, sistem pusaka Islam mengakui hak setiap ahli waris dalam harta peninggalan dengan cara seluas-luasnya membuka kemungkinan untuk mewarisi kepada semua ahli waris yang ada perhubungan darah dan perkahwinan dengan si mati iaitu sama ada AIM lelaki, perempuan, kanak-kanak, orang tua, orang cacat, bahkan kepada bayi yang masih dalam kandungan ibu. Oleh itu jelaslah bahawa sistem pembahagian harta yang dibawa oleh Islam pada hakikatnya mengikis setiap peraturan dan adat pembahagian harta yang menyalahi prinsip pembahagian yang berteraskan hubungan darah dan perkahwinan.

Adalah mengelirukan untuk menyangka bahawa setengah adat pembahagian harta yang berlaku sebelum kedatangan Islam masih dikekalkan dalam peraturan pusaka Islam. Kalau adapun hanya secara kebetulan terdapat semacam persamaan dengan adat tertentu dari masa jahiliyah. Beberapa peraturan tentang pengakuan dan pembahagian harta kepada keluarga lelaki yang dikenal sebagai "asabah" sebagai salah satu golongan waris yang penting kedudukannya dalam sistem pusaka Islam, is adalah juga satu-satunya golongan waris yang diakui berhak mewarisi dalam adat pembahagian jahiliyah di Tanah Arab. lni menunjukkan keberlainan sebab dan peraturannya masing-masing. Islam memang mengakui bahawa golongan "asabah" tersebut adalah memainkan peranan dan memikul tanggungjawab yang utama dalam keluarga.

Oleh kerana itu kedudukannya dalam sistem pusaka Islam adalah sejajar dan sesuai dengan dasar pembahagian harta yang berteraskan perhubungan darah dan tanggungjawab masing-masing anggota keluarga.

Hukum-hukum Warisan ~ Muhammad Ali As-Sobuniy

(SEM & S/S) RM15.00 > RM14.00

Masalah pusaka atau harta warisan diatur secara sempurna dalam Islam. Ilmu yang mengatur masalah ini disebut ilmu Fara'id atau Mawaris. Namun kebelakangan ini ramai orang yang mengabaikan fara'id. Mengapa begitu? Memang sudah dijanjikan Nabi bahawa fara'id adalah ilmu yang mula-mula diangkat dari permukaan bumi ini. Semoga kita tidak termasuk orang yang mengabaikan ilmu fara'id.

Jika seseorang meninggal dunia, hartanya berpindah milik kepada ahli warisnya. Buku ini menerangkan siapa yang tergolong ahli waris, berapa bahagiannya masing-masing dan bagaimana cara membaginya jika harta peninggalan itu sudah dinilainya dengan wang.

Friday, January 13, 2017

Seni Dakwah Kontemporari ~ Dato' Ustaz Badli Shah Alauddin

(SEM & S/S) RM18.00 > RM15.80

Buku Seni Dakwah Kontemporari karangan Dato' Ustaz Badli Shah bin Alauddin yang tidak asing lagi merupakan kompilasi artikel beliau yang membahaskan tentang fiqah berdakwah. Sebuah karya yang boleh dianggap sebagai madkhal atau tasawur am tentang fiqh dakwah khususnya dalam medan dakwah di negara kita.

Diharapkan, moga-moga kompilasi artikel yang diterbitkan ini dapat menjadi khidmat dan panduan kepada umat Islam khususnya para pendakwah dalam usaha memahami erti dan nilai sebuah tanggungjawab dakwah. Semoga keyakinan kita terhadap kejituan strategi yang telah kita sepakati bersama ini akan terus bertambah kukuh dan tidak akan goncang sedikit pun dalam menghadapi segala ragam reaksi lawmata la'im – umpat keji orang yang tidak mengerti betapa tinggi dan murninya martabat dakwah dalam neraca penilaian Ilahi

Warna-Warni Kehidupan ~ Mohammad Yusri Yubhi Md Yusoff

(SEM & S/S) RM19.00 > RM16.70

Buku Warna-Warni Kehidupan karangan al-Fadhil Ustaz Mohammad Yusri Yubhi ialah salah satu karya beliau yang pasti memberikan input positif untuk mereka yang bakal atau sedang membina keluarga bahagia dengan izin Allah. Diolah dalam bahasa yang santai, ringkas dan mudah namun padat dengan wahyu Ilahi serta hadis nabawi. Coretan pengalaman dan nasihat beliau selaku bekas kadi yang menyelesaikan isu-isu rumah tangga memberikannya nilai tambah untuk dimiliki. Tidak hanya secara teori, praktikalnya turut diajarkan.

Bimbingan & Kaunseling Ummah ~ Ahmad Kamal Ariffin

(SEM & S/S) RM18.00 > RM15.80

Buku hasil tulisan motivator dan kaunselor berpengalaman luas ini merupakan himpunan soal jawab daripada orang ramai yang mempunyai masalah dan persoalan yang rencam. Daripada dilema sebagai ibu bapa hinggalah sebagai jiran. Segalanya dikupas dan dijelaskan dengan padat berserta contoh yang dekat dengan masyarakat.

Friday, January 6, 2017

Tinta Tarbawi ~ Ustaz Mohd Hazri, Hashim Al-Bindany

(SEM & S/S) RM20.00 > RM17.60

TINTA TARBAWI menghimpunkan koleksi kalam nasihat daripada Ustaz Mohd Hazri bin Hashim al-Bindany yang mengambil ibrah daripada ayat-ayat Tuhan dan sabda Rasul Junjungan serta kalam alim ulama dahulu. Berkisarkan pelbagai persoalan kehidupan yang bersangkut paut dengan niat, hukum hakam dan juga isu semasa. Antara tajuk-tajuk yang terdapat dalam buku ini:
* Dosa, jangan dipandang remeh
* KPI Muslim
* Andai kau tahu
* Bonus daripada Allah
* Cara kita hidup, begitulah cara kita mati

Sanggupkah Bersabar Sayang? ~ Rehan Makhtar

(SEM & S/S) RM22.00 > RM19.40

Pertama kali melihat Qaiser Wardah, dia hanya berasa belas pada gadis itu. Tapi marahnya reda dengan sendiri apatah lagi bila dapat tahu gadis yang nampak sempurna itu sebenarnya buta. Mereka… Sepertinya ada kisah silam bersama. Ada rasa yang sama iaitu kerinduan. Tengku Cairel sarat menanggung rindu pada yang masih ada dan Qaiser Wardah gagah menggalas rindu pada yang sudah pergi.

“Tongkat saya mana?” - Qaiser Wardah

“Tak payah tongkat… Aku kan ada…” - Tengku Cairel

Rupa-rupanya, hati Tengku Cairel sudah pandai menipu. Bukan rasa belas semata. Tapi ia cinta! Cinta pada seorang gadis buta. Biarpun kekurangan, Qaiser Wardah adalah petunjuk pada jalannya yang kelam dan pada Qaiser Wardah, dia rela memegang tangan Tengku Cairel selamanya. Lelaki yang memanggilnya dengan gelaran Mawar.

“Awak nak kerja kontrak jaga saya ke?” - Qaiser Wardah

“Memang. Kontrak seumur hidup…” - Tengku Cairel

Kalbu Pun Berzikir ~ Lily Haslina Nasir

(SEM & S/S) RM25.00 > RM22.00

Norlia, seorang gadis kampung yang naif. Dia bahagia dengan caranya sendiri. Kehadiran Ghafar seolah-olah membuka lembaran baru buat Norlia. Layanan Ghafar yang baik, sikap Ghafar yang selalu mengambil berat menjentikkan satu perasaan indah dalam hati Norlia.

“Kaki abang boleh melangkah, badan abang boleh pergi tapi hati abang ada pada Nor.”- Ghafar

“Nor tak kenal abang sangat. Rasanya abang tak kenal pun sapa Nor.” –Norlia.

Hati yang condong akhirnya tumbang juga dengan pujuk rayu Ghafar. Mereka bernikah walaupun emak Norlia tidak bersetuju dengan keputusan terburu-buru anaknya. Berharap mahligai yang dibina bahagia seperti pasangan lain, tapi semuanya hanya angan-angan. Baru 24 jam bernikah Ghafar sudah membuat onar!

“Abang, abang buat apa semua ni?”- Norlia

“Jangan sentuh barang aku... Kau ni kacaulah!”- Ghafar

Norlia akhirnya digantung tidak bertali. Kini hidupnya semata-mata untuk anak-anaknya Fatin, Maarof dan Riya. Norlia menganggap itu adalah kafarah kepadanya kerana berdegil dengan kata-kata emaknya. Sangkanya hanya itu ujian yang diterima. Ada ujian yang lebih hebat terpaksa diharungi. Fatin, anak harapannya disahkan menghidap leukemia! Tapi Fatin mempunyai semangat juang yang kuat. Anak kecil itu ada beberapa perkara yang ingin dilakukan sebelum dia menutup mata buat selama-lamanya. Ketabahan Fatin menarik perhatian Khairi, wakil sebuah NGO untuk membantu merealisasikan impian Fatin. Hadirnya Khairi membawa harapan dan juga hati. Jatuh hati dengan Norlia bukanlah termasuk di dalam rancangannya.

Tuesday, January 3, 2017

Al-Adab Al-Mufrad dan Terjemahan: Himpunan Hadits Mengenai Adab ~ Al-Imam Al-Bukhari

(SEM & S/S) RM22.00 > RM19.40

AL-ADAB AL-MUFRAD (Jilid Pertama) menghimpunkan hadits-hadits Rasulullah dan atsar para Sahabat berkenaan adab dan akhlak Islam yang mesti ada pada setiap umat Islam. Antara tajuk yang terdapat dalam jilid pertama ini:
* Adab dengan ibu bapa
* Keutamaan dan kelebihan silaturahim
* Adab terhadap jiran
* Akhlak sesama Muslim

Cahaya Yang Menerangi ~ Syeikh Nuruddin marbu al-banjari am-makki

(SEM & S/S) RM22.00 > RM19.40

CAHAYA YANG MENERANGI menghimpunkan soal jawab bersama Syeikh Nuruddin Marbu al-Banjari al-Makki dalam isu akidah dan hukum-hakam feqah. Soalan-soalan yang diajukan semasa sesi pengajian talaqqi ini dijawab oleh Syeikh Nuruddin secara spontan. Ustaz Muhadir telah mengambil inisiatif untuk membukukan soal jawab ini supaya manfaatnya dapat menyebar lebih luas kepada masyarakat. Antara permasalahan yang dijawab oleh Syeikh Nuruddin:
* Membawa atau memegang al-Quran digital
* Solat menghormati waktu
* Bangkai cicak dalam makanan
* Air mata orang hidup menitis ke muka mayat
* Pakaian bernajis disekalikan dengan pakaian lain di dalam mesin basuh dan banyak lagi.

Solat Pelengkap Kesempurnaan ~ Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri

(SEM & S/S) RM15.00 > RM13.20

Buku ini akan membicarakan beberapa isu berkaitan yang sunat-sunat dan juga bacaan-bacaan serta doa yang digalakkan untuk kita menekuni dan melakukannya dalam solat serta selepas solat.

Justeru, buku ini diberi fokus yang khusus berkenaan perkara yang mungkin dipandang remeh dan enteng dek kerana ia adalah permasalahan sunat tetapi sebenarnya jika diamalkan, difahami dan dihayati dengan sebenarnya ketika menunaikan solat sudah barang tentu ia akan menghasilkan satu natijah kemanisan dan lazatnya solat.

300 Soal Jawab Masalah Rumah Tangga ~ Amru Abdul Mun'im Salim

(SEM & S/S) RM29.00 > RM25.50

Buku ini adalah sebuah buku yang agak istimewa kerana ia mencakupi fatwa-fatwa para ulama dan para sheikh kita yang menjawab pelbagai permasalahan yang dihadapi oleh kebanyakan pasangan yang telah berkahwin mahupun yang akan berkahwin. Buku ini membahaskan tentang hukum-hukum berkenaan perkahwinan, pergaulan yang baik antara suami isteri, dan adab-adab perkahwinan. Juga menyentuh perbahasan tentang masalah-masalah yang berkaitan dengan huum-hukum bersuci (taharah), talak, khuluk, nusyuz, perubatan, melihat aurat pasangan dan melihat gambar, dan hukum-hukum lain yang boleh dijadikan panduan oleh suami isteri dalam kehidupan seharian. Harapan penulis semoga huraian daripada dapat memberi manfaat kepada sesiapa sahaja yang membacanya, yang mengedarkannya, dan yang menghimpunkannya.
Insha-Allah.

Hidup Bersama Allah s.w.t ~ Salman Al-Audah

(SEM & S/S) RM40.00 > RM35.20

Buku hebat ini membicarakan kehebatan Asmaul Husna, nama-nama terbaik bagi Allah Subhanahu Wa taala. Penulis membicarakan konsep dan maksud nama-nama ini, yang hanya layak bagi pencipta alam ini. Penulis menjelaskan bagaimana kita dapat memanfaatkan nama-nama yang dikenali dengan Asmaul Husna ini bagi menjadi satu terapi untuk menyembuhkan permasalahan hati, hati yang sakit, tidak bermaya, sedih, menjadi hati yang bercahaya, terang, hidup, mengenali dirinya yang serba kekurangan berbanding keagungan Tuhan yang Maha Agung.

Semakin dalam pengetahuan dan kesedaran dalam memahami nama-nama ini, maka semakin hebat hamba Allah tersebut dalam memahami tugas sebagai insan yang merasai konsep ubudiyyah yang hakiki. Ia juga perumpamaan bagi mereka yang dapat merasai nikmat mengenali Pencipta di dunia ini sebelum menikmati syurga Allah di negeri yang abadi, jannah.

Oleh itu menghafal, memahami makna-maknanya, mengimaninya, berdoa kepada Allah sambil memuji, mengagungkan, memohon dan meminta sambil menghayati makna nama-nama Allah dalam segala keadaan merupakan tanda keimanan yang tinggi kepada Pencipta dan juga memudahkan sesuatu doa itu dikabulkan. Ayuh, marilah kita meneruskan menggali khazanah ilmu yang tiada tepiannya.

Gelaran Ulama ~ Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri

(SEM & S/S) RM18.00 > RM15.80

Menjadi sunnatullah bagi guru-guru yang mendidik, mentarbiah dan mengajar manusia sentiasa mendapat tempat di hati ummah. Biar setara manapun, mereka pasti memuji para ulama dan mengkarya dengan gelaran dan laqab yang baik.

Antara tujuan buku ini diterbitkan ialah untuk menunjukkan tentang karya khazanah ilmiah Islam dalam pelbagai cabangan ilmu termasuk gelaran yang diberikan kepada para ulama Islam dari zaman dahulu sehingga kini.

Di samping itu, penghormatan masyarakat kepada ulama sentiasa disebutkan sebagai warasatul anbiya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...