Rasulullah S.A.W. adalah Utusan Allah S.W.T. yang terakhir di muka bumi. Tugas Baginda bukan sekadar membawa agama Islam, malah Rasul Ulul Azmi ini juga turut memikul tanggungjawabnya sebagai manusia iaitu sebagai seorang suami, ayah, sahabat dan pemimpin.
Rasulullah S.A.W. bukanlah Malaikat.
Baginda sama seperti kita – manusia.
Justeru, jika namanya manusia, maka ia tidak sesekali lari daripada fitrah insan. Makan, minum, tidur, berkahwin dan lain-lain.
Hebatnya Rasulullah S.A.W. sebagai manusia, Baginda bukan sahaja memiliki kesihatan yang begitu menakjubkan, malah susuk tubuh Baginda yang tegap juga menunjukkan bahawa Baginda sememangnya seorang lelaki yang cukup sihat.
Adakah kesihatan Baginda ini semata-mata kerana anugerah Allah S.W.T. ataupun ada rahsia di sebalik amalan Baginda dalam kehidupan seharian yang dapat kita ikuti dan teladani bagi memperoleh kesihatan tubuh badan?