Hubungi Kami

Hubungi Kami

Monday, January 24, 2022

Friendship Quote


Persahabatan akan kekal lama jika ada tolak ansur, persefahaman, tidak tikam belakang & sabar.

Buku: Anie-Alja. 2019. Filosofi Bawang. Komrad Buku. Selangor.

68 Doa Paling Indah dari Al-Quran ~ Sayyid Qutb

(SEM & SS) RM15.00 > RM14.50

Al-Qur’an diturunkan penuh dengan hikmat dan ilmu terkandung di dalamnya. Selain itu juga ia menyimpan pelbagai doa yang boleh kita amalkan setiap hari di dalam kehidupan seharian kita. Malah setiap hari sekurang-kurangnya 17 kali sehari kita berdoa dengan menggunakan ayat al-Qur’an agar diberikan petunjuk dan pertolongan serta dirahmati oleh Allah S.W.T. Doa tersebut terkandung di dalam Surah Al-Fatihah. Apatahlagi sekiranya menambahkan lagi bacaan surah ini di dalam wirid dan zikir kica dengan disertai bacaan surah¬surah lain. Maka semakin banyak doa yang kita pohon. Seperti mana yang kita ketahui berdoa juga merupakan suatu ibadah yang disukai Allah.

Himpunan doa daripada Al-Qur’an hasil karya Sayyid Qutb ini merupakan sedikit panduan untuk kita tentang ayat-ayat Al-Qur’an yang boleh kita amalkan menjadi doa. Dalam masa yang sama lidah kita akan sentiasa dilunak dan dilembutkan oleh ayat-ayat suci Al-Qur’an tanpa mengira waktu dan masa. Berdoalah dan memohonlah hanya kepada Allah S.W.T.

 

Koleksi 6 Surah ~ Ustaz Daniel Zakaria

(SEM & SS) RM6.50 

KOLEKSI 6 SURAH TAJWID BERWARNA
-Surah Yasin
-Surah Al-Kahfi
-Surah Al-Waqiah
-Surah Ar-ra’d
-Surah An-Na’ziat
-Surah Al-Mulk

*Doa Selepas Membaca Surah Yasin
*Kaifiat Tahlil Arwah
*Doa Arwah/Tahlil
*Doa Penutup
*Tahlil Ringkas
*Talqin Jenazah
*Pengurusan Jenazah

 

Himpunan 110 Solat-Solat Sunat, Qiyamullail, Doa-doa, Fadilat dan Istighfar ~ Ustaz Ahmad bin Hj. Ibrahim

(SEM & SS) RM9.00 > RM8.70

Kelebihan amalan-amalan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT yang bermaksud: Sesungguhnya Allah SWT telah berfirman:

Barang siapa yang memusuhi wali (kekasih-Ku) maka Aku isytiharkan peperangan ke atasnya. Tidaklah seorang hamba-Ku mendekatkan dirinya dengan mengerjakan amalan-amalan fardhu yang telah Aku wajibkan ke atasnya melainkan ianya adalah lebih Aku sukai dari yang selainnya, dan berterusanlah hamba-Ku mengerjakan amalan-amalan nawaafil (sunat) sehinggalah Aku menyintainya, maka apabila Aku menyintainya Aku akan menjadi telinganya yang dengannya ia mendengar, penglihatannya yang dengannya ia melihat, tangannya yang dengannya ia mengenggam dan kakinya yang dengannya ia berjalan dan sekiranya meminta dari-Ku Aku akan menunaikan permintaannya itu dan sekiranya ia meminta perlindungan dari-Ku, Aku akan melindunginya.”

 

Baitulmaqdis / Jerusalem Dalam Cengkaman Israel: Sejarah dan Arkelologi Haram Al Sharif ~ Dr. Nor Aishah Hanifa

(SEM & SS) RM37.90 > RM36.90

Buku ini mengupas polisi-polisi Israel dalam strategi bukan militeri ke arah menguasai Jerusalem / Baitul Maqdis, Timur Jerusalem dan wilayah Tebing Barat. Menerusi strategi ini Israel menggunakan arkiologi sebagai instrumen dalam mengubahkan sejarah bumi Palestin.

Ini merupakan strategi negara yang boleh difahamkan daripada pendekatan Realism sebagai teori hubungan antarabangsa. Buku ini dibahagikan kepada lima bab utama untuk mengupas butiran-butiran penting di dalam Konflik Israel-Palestin.

 

Membongkar Misteri Yakjuj Makjuj: Makhluk Perosak Alam ~ Syed Mahadzir Syed Ibrahim

(SEM & SS) RM38.90 > RM37.00

Sehingga kini, suku bangsa yang disebut sebagai Yakjuj dan Makjuj masih menimbulkan kontroversi. Ada yang menyebut bahawa Yakjuj dan Makjuj adalah bangsa Tartardan Mongol, pasukan Gengiz Khan (Hulagu), sejenis makhluk aneh, haiwan dan sebagainya.

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan Al-Bukhari, Rasulullah SAW menyebutkan bahawa Yakjuj dan Makjuj itu memiliki fizikal berbadan bulat, bermata sepet dan berkulit kuning. Makhluk yang bernama Yakjuj dan Makjuj ini akan muncul menjelang hari kiamat nanti.

 

Fikir dalam kotak


Grab the opportunity yang ada di sekeliling kita. 

Kita takkan tahu yang mana satu akan berikan hasil paling lumayan mahupun memberangsangkan.Do your best. Try.

Rancanglah Kematian Kita Sebagaimana Kita Merancang Kehidupan Kita


Hopefully anda dapat rancang kehidupan hari ini dengan lebih baik di dunia & juga untuk akhirat. Hidup ini sangat singkat gais. Tahu-tahu aje kita akan masuk ke tahun baru.

Rancanglah pahala berpanjangan yang mahu kita bawa ke alam sana bila kita sudah sampai akhir nyawa di bumi ini. Rancanglah pahala seperti Uthman bin Affan dengan telaganya, Umar bin Abdul Aziz dengan memberi makan haiwan ketika musim sejuk & seperti para guru yang mengajar kita mengenal huruf sehingga mampu membaca.
Dan jika tidak mampu menjadi orang hebat seperti mereka, jadilah seseorang yang mampu memberi manfaat kepada orang sekeliling & siapa sahaja makhluk ciptaan Allah. Be a nice people to everyone & to ourselves.

Mutiara Ilmu Akidah: 100 Soal Jawab Asas Akidah ~ Dr. Ahmad Arif Zulkefli, Dr. Ayman Al-Akiti

(SEM & SS) RM18.00 > RM17.00

Naskhah kecil ini membawakan perbincangan perkara-perkara penting dalam akidah Islam secara ringkas dan padat mengikut neraca al-Ash‘ariyyah. Kandungannya dipersembahkan dalam bentuk soal jawab bagi memudahkan masyarakat awam memahaminya dengan jelas. Ia dibahagikan kepada enam bab utama mengikut Rukun Iman iaitu: Beriman kepada Allah SWT, beriman kepada malaikat, beriman kepada Kitab-kitab Allah, beriman kepada Rasul, beriman kepada Hari Akhirat dan beriman kepada Qada’ dan Qadar. Karya ini yang asalnya berbahasa Arab dengan judul Jawahir al-Kalamiyyah ditulis oleh seorang tokoh ilmuan Algeria yang mahir dalam pelbagai bidang.

ANTARA KANDUNGAN
Perbahasan yang Pertama: Beriman kepada Allah SWT
Sifat Wajib Bagi Allah
Sifat Mustahil Bagi Allah
Sifat Harus Bagi Allah
Ayat-Ayat Mutasyābihāt
Perbahasan yang Kedua: Beriman kepada Malaikat
Perbahasan yang Ketiga: Beriman kepada Kitab-kitab Allah SWT
Perbahasan yang Keempat: Beriman kepada Rasul
Definisi Nabi dan Rasul
Muʿjizāt: Definisi, Hukum dan Dalil
Muʿjizāt dan Sihir
Muʿjizāt dan Karāmah
Sifat Wajib Bagi Nabi
Sifat Mustahil Bagi Nabi
Sifat Harus Bagi Nabi
Keistimewaan Nabi Muḥammad SAW
Muʿjizāt Nabi Muḥammad SAW
Perjalanan hidup Nabi Muḥammad SAW

Perubatan Al-Quran Rawatan Gangguan Jin, Sihir dan Saka ~ Haji Lokman Abdul Hamid

(SEM & SS) RM70.00 > RM68.00

Dengki, hasad dan dendam ialah barah yang yang wujud sejak ada kehidupan alam ini. Apabila dendam dan iri hati melanda, tiada jalan lain yang dipilih melainkan perbuatan mensyirikkan Allah ini. Terkena buatan orang, terkena santau, disihir sehingga bercerai dan dipukau sampai kehilangan semua duit. Semua ini ialah realiti yang berlaku dalam masyarakat sejak dahulu sehinggalah pada zaman moden ini.

Buku Perubatan Al-Quran Rawatan Gangguan Jin, Sihir dan Saka ini ialah buku ketiga dalam siri Perubatan Al-Quran. Buku ini dibahagikan kepada empat bahagian.
Bahagian 1: Memahami Alam Jin
Bahagian 2: Memahami Gangguan Sihir dan Saka Keturunan
Bahagian 3: Kaedah Rawatan dengan Al-Quran
Bahagian 4: Jurnal Pesakit

Setiap bahagian disampaikan dengan gaya bahasa yang mudah difahami oleh semua golongan. Ia padat dengan maklumat yang sukar diperoleh dan jarang dibincangkan. Buku ini juga dapat membantu pembaca spaya lebih memahami simptom terkena sihir serta perbezaannya dengan penyakit biasa. Benarkah tekanan darah naik, jantung berdebar, sakit di sendi-sendi, sesak nafas, pening atau sakit kepala, penyakit kulit seperti ekzema dan lain-lain mempunyai kaitan dengan sihir?

Mengapa kita sering kali mendengar kisah pihak perubatan moden tidak dapat mengenal pasti punca tanda-tanda penyakit di atas? Bahkan setelah berkali-kali menjalani rawatan dan berhabis ribuan ringgit, penyakit tidak juga hilang. Mengapa? Adakah ayat-ayat al-Quran hanya sebagai penawar kepada saka? Atau ia mampu mengubati segala penyakit di atas? Buku ini mendedahkan "the power of quranic medicine".

Kaedah rawatan yang dinyatakan dalam buku ini ialah dengan amalan bacaan ayat-ayat al-Quran dan juga ibadah-ibadah lain yang boleh dibuat sendiri oleh mangsa sihir atau ahli keluarganya.

Communicate Like Muhammad: Sunnah Komunikasi Nabi ~ Ahmad Saifuddin Yusof

(SEM & SS) RM25.00 > RM24.00

Tiga perkara akan disedari apabila membaca buku ini;

1. Nabi Muhammad sebagai model terbaik untuk dicontohi teknik dan cara berkomunikasi dengan orang lain ketika bersosial, memimpin dan memberi motivasi.

2. Tonggak utama teknik komunikasi Nabi Muhammad ialah konteks dan pilihan perkataan yang tepat.

3. Komunikasi yang betul akan menghasilkan kesan positif.

Buku ‘Communicate Like Muhammad’ bukanlah membawa hukum atau sunnah baru. Buku ini memaparkan teknik dan kaedah yang terselindung di sebalik tirai hadith Nabi Muhammad Sollallahu ‘Alayhi wa Sallam.

Mungkin ada perkara yang bercanggah dengan amalan yang biasa kita lazimi setiap hari sama ada di rumah, di pejabat atau di dalam organisasi kita. Justeru, teknik dan kaedah komunikasi Nabi Muhammad perlu dilatih sentiasa supaya kaedah itu terikat kemas dalam komunikasi kita setiap hari. Latihan setiap hari akan mewujudkan kelaziman baru dalam hidup kita sehingga dapat menghasilkan kesan positif ketika kita bersosial, mendorong dan memimpin orang lain.

Teknik dan kaedah dalam buku ini adalah universal untuk semua orang tidak mengira bangsa dan agama. Tidak ada bacaan ritual dan mentera tertentu untuk mengamalkan kaedah komunikasi Nabi Muhammad. Hanya 3 langkah.
Baca, faham, buat.

Menulis Dari Hati Biar Sampai ke Hati ~ Pahrol Mohamad Juoi, Hasrizal Abdul Jalil, Zamri Mohamad

(SEM & SS) RM43.00 > RM40.00

Bahagian 1: Tulislah Cerita, Jiwa Lentur, Akal Akur
Cerita sentiasa mempengaruhi manusia, baik jalan kiri atau pun kanan. Bagaimana kita dapat membangunkan cerita yang membawa kepada jiwa yang lentur dan akal yang akur? Dalam bahagian ini, penulis membawa pengalaman yang dapat dijadikan rangka fikir dan rangka kerja dalam pengkisahan baik berbentuk fiksyen, kembara dan kisah hidup.

Bahagian 2: Menggali, Menyusun Teladan dan Hikmah dalam Penulisan Kisah Hidup
Kisah hidup akan mati sebagai laporan semata-mata jika tidak disilangkan bersama hikmah dan pengetahuan yang datang bersama. Penulis memberikan panduan bagaimana merangka kisah hidup yang membentuk nilai menggunakan bahan pembacaan dan pengamatan yang datang bersama.

Bahagian 3: Menulis menggunakan 4 Kuadran Diri
Bagaimana menulis menggunakan kuadran modal diri? Untuk topik ini, kita akan melihat bagaimana modal diri sendiri boleh digunakan sebagai asas bagi menghasilkan penulisan persuasif yang dapat mendekati pembaca dan relevan. Sesuatu yang relevan akan bertahan lebih lama, menjangkaui tempoh yang kita jangkakan.

Lillah Sebelum Lelah ~ Dwi Suwiknyo

(SEM & SS) RM40.00 > RM38.00

Bab 1: Mengapa Kita Susah Lillah?
b. Kikir dan Sangat Berkira
c. Keinginan Mengejar Populariti
d. Mudah Marah dan Kurang Sabar
e. Suka Mengeluh dan Tidak Ikhlas
f. Kerana Cinta Dunia, Lupa Akhirat

Bab 2: Inilah Lapisan Bismillah
a. Menjadi Titik Permulaan Tawakal
b. Menjadi Benteng dalam Setiap Tindakan
c. Menjadi Curahan Kasih Sayang-Nya
d. Menjadi CCTV yang Tersembunyi

Bab 3: Masanya Menginsafi Istighfar
a. Nafsu yang Terselindung
b. Kebaikan-kebaikan yang Melalaikan
c. Wajah Kesolehan yang Menipu

Bab 4: Bersusah Payah adalah Sunatullah
a. 7 Mitos Perihal Kejayaan
b. Bakat Sahaja Tidak Mencukupi
c. 3 “Penyakit” Mental Antikejayaan

Biarlah Aku Buat Maksiat Pun Yang Penting Aku Masih Beriman ~ Mohd Aizam Mas'od

(SEM & SS) RM25.00 > RM24.00

Ada di antara mereka yang mendirikan solat lima waktu sehari semalam, berpuasa dalam bulan Ramadhan, mengeluarkan zakat dan ada yang menunaikan haji.

Namun, mereka juga membuka aurat, menipu, mengambil rasuah, memaki hamun, minum arak, berzina bahkan menentang beberapa hukum Allah yang mereka tidak suka.

Mereka percaya mereka beriman. Bagi mereka, iman di dalam hati hanya mereka dan Allah sahaja yang tahu.

Mereka percaya, mereka juga akan menjadi ahli syurga.

Adakah apa yang mereka percaya ini benar mengikut pandangan Islam?

Buku ini adalah kajian ilmiah yang dijalankan oleh penulis dalam mengupas fenomena Irja’ yang berlaku dalam kalangan ummat Islam khususnya di Malaysia.

Penulis mengupas secara terperinci dan padat mengenai fahaman seperti sekularisme, kapitalisme, humanisme, hedonisme dan kesannya kepada iman ummat Islam. Penulis juga mengupas berdasarkan kes-kes sebenar di Malaysia melibatkan ummat Islam yang mengenepikan amalan sebagai sebahagian dari Iman.

Zikir Sebelum Tidur


Sebelum tidur nanti, cuba baca zikir ini. Ia antara ajaran Baginda s.a.w kepada anak menantunya yang kepenatan menguruskan hal rumahtangga & kehidupan. Ini kisahnya.

KISAH RASULULLAH S.A.W DAN ANAK PEREMPUANNYA
Suatu hari Saidatina Fatimah mengadu kepada suaminya Saidina Ali bin Abu Talib tentang kesakitan pada tangannya kerana keletihan menggiling gandum untuk membuat roti.

Saidina Ali berkata :
“Bapa kamu telah datang membawa balik tawanan perang. Berjumpalah dia & mintalah seorang khadam untuk membantumu.”

Saidatina Fatimah pergi bertemu bapanya & menyatakan hasrat untuk mendapatkan seorang khadam bagi membantu tugas hariannya di rumah. Bagaimanapun Rasulullah s.a.w. tidak mampu memenuhi permintaan anak kesayangannya itu. Lalu Baginda s.a.w berkata:

“Apa kamu berdua mahu aku ajarkan perkara yang lebih baik daripada apa yang kamu minta daripadaku? Apabila kamu berdua berbaring untuk tidur, bertasbihlah (Subhanallah) 33 kali, bertahmid (Alhamdulillah) 33 kali & bertakbir (Allahuakbar) 33 kali. Ia adalah lebih baik untuk kamu berdua daripada seorang khadam.”

Inilah penawar ringkas yang Nabi s.a.w. ajarkan kepada anak & menantunya bagi meringankan keletihan & kesusahan hidup mereka berdua.

If you can't change it, change your attitude


 Ubahlah mana yang perlu.

Hidup perlu ada perubahan, baru lebih bermakna & terisi 😊

Thursday, January 6, 2022

Anding Ayangan 3 ~ Ramlee Awang Murshid

(SEM & SS) RM35.00 > RM34.00

FURQAN AYYUBI yang terperangkap di dunia nyata berusaha mencari jalan pulang semula ke dunia dongengan Anding Ayangan. Dia yang ditahan di hospital mental akhirnya berjaya melarikan diri bersama Pak Hashim dengan bantuan rakan Damit iaitu Buntak. Mereka kembali ke Papar dan membawa sebuah perahu menuju ke tengah Lautan China Selatan. Di sana, mereka diserang seekor raksasa bernama Raja Suir Sang Ekong. Perahu yang mereka naiki terbalik dan mereka tenggelam ke dasar. ...

Dunia Anding Ayangan semakin kacau di bawah pemerintahan Raja Daulah. Sang penglipur lara ini mirip seorang penyihir yang sewenang-wenangnya melakukan sumpahan di sana sini. Dia sebagai seorang pemimpin ternyata lebih kejam berbanding raja-raja terdahulu. Untuk membanteras kejahatannya – maka Pa’tua dan Kalimambang telah menyokong Yungku Kelangar sebagai Raja Perempuan Bongsu dengan membantunya untuk merampas semula kerajaan yang digulingkan Raja Daulah.

Mampukah mereka bertiga sahaja menggugah kerajaan Anding Ayangan yang kukuh di bawah pemerintah Raja Daulah yang sakti itu?

Dunia nyata pula semakin kacau dengan pergolakan politik. Seolah-olah kuasa dan rasuah merupakan

Nak Kaya Seribu Daya ~ Marlia Ramli

(SEM & SS) RM30.00 > RM29.00

Bagi sesiapa yang membaca buku ini, tanamkan di dalam hati bahawa bukanlah dosa sekiranya kita lahir miskin. Tetapi tidak semestinya kita perlu mewarisi kemiskinan kita kepada waris selepasnya. Setiap marhaen yang lahir dalam keadaan sihat dan sempurna tubuh badan hakikatnya berpeluang untuk melakukan sesuatu yang lebih baik dalam hidup jika memiliki matlamat yang jelas, melakukan tindakan yang betul, konsisten dalam berusaha dan mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan.

Buang minda subsidi. Sentiasa ingatkan diri bahawa tidak ada perkara percuma di dunia ini. Sebagai marhaen yang bukan pewaris harta berjuta, kita perlu berjuang dengan pelbagai cara untuk memastikan setidak-tidaknya kita berpeluang memiliki kehidupan yang lebih baik berbanding kehidupan kita yang sebelum ini.

Benar, rezeki di tangan Tuhan. Namun sebagai manusia, adalah tanggungjawab untuk kita menggali ilmu, berfikiran terbuka dan mencari jalan untuk memperbaiki kehidupan keluarga kita. Lahir miskin tidak salah, yang salah adalah apabila kita tidak berusaha untuk keluar daripada kemiskinan tersebut.

 

Monday, January 3, 2022

Mencari Ayat-Ayat Al-Quran Berdasarkan Kata Dasar ~ Dr. Azharuddin Sahil

(SEM & SS) RM84.90 > RM80.00

Kebolehan membaca Al-Quran belum dapat dijadikan jaminan dan kebanggaan, kerana ianya diturunkan bukan untuk setakat dibaca, tetapi mesti dikaji dan difahami. 

Dengan umur yang diberikan Allah, kita akan ditanya olehNya, seberapa jauh kita mengetahui kandungan Al-Quran yang diturunkan-Nya? Sudahkah sepenuhnya kita menjadikan Al-Quran sebagai sumber petunjuk? Kemampuan bahasa Arab biasanya dijadikan alasan kita Adak mampu manggali kandungan Al-Quran. 

Maka hadirnya buku Panduan Lengkap di tangan anda adalah untuk menjawab permasalahan itu, Buku ini dirancang dan dikemas mirip dengan Al-Mu'jam al-Mufahras fi al-Fazil alQuran, sehingga dengan bermodalkan bahasa Melayu, pembaca dengan mudah dapat meneroka khazanah kandungan Al-Quran.

 

Kisah-Kisah Dalam Al-Quran Versi Tadabbur ~ Dr. Abdul Karim Zaidan

(SEM & SS) RM135.00 > RM130.00

Al-Quran merupakan petunjuk bagi manusia yang berisi pesan dan nasihat untuk meraih kebahagiaan dunia dan akhirat. Di antara metode Al-Quran dalam menyampaikan pesan dan nasihat adalah melalui kisah, baik secara tersurat maupun tersirat. 

Al-Quran membawakan banyak kisah, baik berkenaan dengan perjalanan para nabi dan rasul, juga berbagai peristiwa yang terjadi antara mereka dengan orang beriman maupun orang munafik dan kafir.
 

Sirah Nabi Muhammad s.a.w ~ Syaikh Sofiyurrahman

(SEM & SS) RM55.00 > RM53.00

Kitab ar-Rahiq al-Makhtum terhasil daripada kajian Sheikh Sofiyyurrahman al-Mubarakpuri terhadap sirah Nabi Muhammad Kajian dibuat secara terperinci bermula daripada latar belakang masyarakat Arab, keturunan Baginda sehinggalah Baginda 3 wafat. la dikisahkan mengikut kronologi dan diriwayatkan daripada sumber - sumber yang dipercayai.

Bagi edisi ini, terdapat beberapa kemaskini yang telah dibuat oleh penulis sebelum beliau meninggal dunia. Kajian ini telah dinobatkan sebagai kajian terbaik penulisan sirah Nabi Muhammad pada tahun 1979. la telah diumumkan oleh oleh Rabitah Al-'Alam Al-Islami di Makkah dan disambut dengan gilang-gemilang.

Kitab ar-Rahiq al-Makhtum telah diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa dan disebarkan ke seluruh dunia muslim lantaran mutu kajiannya yang dipercayai dapat memberikan manfaat yang banyak kepada umat Islam.

Wisata Terbang Inspirasi: Himpunan 50 Jurnal Si Pengembara ~ Ida Ra

(SEM & SS) RM30.00 > RM29.00

"Kata orang, tidak lengkap pengembaraan di Aceh jika tidak merasa sendiri enaknya Kopi Aceh. Kopi Aceh sangat istimewa dan berasal dari Gayo, kawasan pergunangan Taman Negara Leusseur. Sangat enak menghadam setiap kata di toko buku sambil manghirup kopi Aceh."
- Shafiq Azli

"Bumi Allah ini maha luas, saujana pandangan. Kembara ke segala pelosok dunia membuka mata dan minda kita untuk mangagungkan kebesaran ciptaan-Nya."
- Mustaffa Siraj

"Ini cerita pengalaman pertama saya ke luar negara hanya bersama dengan seorang rakan, tanpa ahli keluarga. Ya, bunyinya sangat tidak adventurous kan? Saya memang tidak begitu berani mencuba. Saya sendiri hairan bagaimana saya boleh membuat keputusan spontan untuk ke luar negara hanya bersama rakan saya."
- Nurul Aini Ahmad

"Ini bukan propaganda komunisme! Ini catatan sambutan Hari Kemenangan Perang Dunia Kedua di Odessa, Ukraine. Zaman kini, komunisme dianggap ketinggalan dan tidak sesuai dalam membina daya saing insani."
- Azizul Ismie
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...