Hubungi Kami

Hubungi Kami

Friday, October 25, 2013

Kesalahan Dalam Berniaga Yang Membuatkan Usaha Anda Tidak Berkat ~ Yanuar Arifin

Pelbagai cara dan usaha sudah dilakukan. Tip dan petua untuk berjaya dalam bisnes juga telah dipraktikkan. Namun hasilnya tidak juga menampakkan bibit-bibit kejayaan dalam berbisnes. Untung pun tidak tetapi rugi yang lebih.

Hati-hati, mungkin tidak ada keberkatan di dalam rezeki tersebut.

Terdapat banyak faktor atau kesalahan dalam berbisnes yang membuat rezeki tidak berkat. Semua itu perlu dihindari agar tidak menjadi penghalang keberkatan dalam bisnes kita.

Apakah kesalahan-kesalahan tersebut? Bagaimana cara untuk menghindarinya?

Selami dan selusuri penjelasan berkenaan kesalahan dan langkah menghindarkannya di dalam buku ini. Barangkali kita menganggap sering perkara itu enteng, namun sebenar member impak dan kesan besar terhadap usaha kita untuk berjaya. Buku ini hadir sebagai rujukan agar kita boleh membetulkan kesalahan yang sering kita lakukan dan menghindari kesalahan lain yang membuatkan usaha kita tidak mendapat keberkatan Allah.

Bersedialah untuk menjadi ahli perniagaan yang berjaya di dunia dan akhirat.

*****

(SEM) RM15.00 - RM13.20
(S/S) RM17.00 - RM15.00

La Tahzan Buat Muslimah Yang Berkerjaya ~ Dr Aidh Al-Qarni

Menjadi wanita solehah adalah idaman setiap muslimah kerana wanita solehah adalah sebaik-baik dan secantik-cantik perhiasan dunia, mengalahkan pergunungan emas, intan dan permata serta perhiasan dunia yang lain. Hanya wanita solehah yang mampu melahirkan generasi yang Rabbani yang akan memikul risalah Islamiah menuju puncak kejayaan.

Buat Muslimah berkerjaya usah bersedih, ikhlas segala amal ibadah kerana Allah, tunaikan dan ikhlaskanlah segala tanggungjawab yang dipikul kerana Allah. Sekiranya ada aral yang melintang di tengah perjalanan. Bermohonlah kepada Allah, mengadulah kepada-Nya kerana Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Penyayang.

*****

(SEM) RM8.00 - RM7.00
(S/S) RM10.00 - RM8.80

Thursday, October 24, 2013

Jurnal Haji Pengubat Rindu ~ Intan Yaacob

“Jurnal Haji Pengubat Rindu” ini mengisahkan pengembaraan tetamu Allah mengerjakan haji di tanah suci. Pengembaraan haji ini bermula pada hari pertama bergerak ke tanah suci dan berakhir sebaik sahaja tiba di tanah air. Pelbagai pengalaman suka duka dan pahit manis diceritakan agar menjadi panduan kepada bakal jemaah haji sekali gus menjadi pengubat rindu bagi mereka yang telah bergelar haji dan hajah. Penyampaian jurnal berbentuk catatan harian diharapkan dapat menimbulkan perasaan seolah-olah pembaca sendiri yang melalui pengalaman haji tersebut. 

“Benarlah kata orang, pekerjaan haji ialah kemuncak seorang Islam menghambakan diri kepada Penciptanya. Pekerjaan haji merupakan pengorbanan diri sepenuhnya kepada Tuhan Yang Maha Esa. Andainya pekerjaan haji ini boleh dikategorikan sebagai satu percutian, maka percutianku ini bukan setakat lima bintang sahaja. Sebaliknya ingin kukatakan kepada dunia bahawa percutianku ini bernilai berjuta-juta bintang. Subhanallah....”

*****

(SEM & S/S) RM20.00 - RM17.60

Anakku Seorang Hafiz ~ Mohd Solleh Ab. Razak

Bagaimanakah cara memotivasikan anak untuk menghafaz al-Quran? Bagaimanakah untuk merancang? Apakah formula dan kaedah yang sesuai untuk anak-anak menghafaz al-Quran? Bagaimanakah cara berhadapan dengan permasalahan anak ketika menghafaz al-Quran?

Setiap persoalan ini diperjelaskan dalam buku “Anakku Seorang Hafiz” ini agar dapat membantu dan menyuluh jalan dalam mendidik dan mentarbiah, seterusnya merealisasikan impian kita untuk melihat anak kita berjaya menghafaz al-Quran. Buku “ANAKKU SEORANG HA FIZ” ini sesuai untuk dijadikan salah satu bahan panduan dalam mendidik anak-anak kita menghafaz al-Quran sama ada di rumah atau di sekolah. Panduan yang dibariskan oleh penulis begitu jelas mampu membantu dan memudahkan usaha yang murni ini. 

Panduan yang dibentangkan juga, bukan sekadar melalui pengalaman sahaja, malah dikuatkan oleh pengalaman-pengalaman para ulama dan diteguhkan lagi oleh fakta serta formula yang diyakini kemampuannya.

*****

(SEM & S/S) RM20.00 - RM17.60

Solat Emergency ~ Fauzi Abdul Hamid

Wajib bagi kita memelihara ibadat solat dan menjaganya dengan sempurna. Islam telah menunjukkan cara dan kaedah untuk menunaikan solat ketika musafir, peperangan, ketika sakit, tatkala belayar, di dalam kapal terbang, di atas tunggangan dan sebagainya. 

Tetapi kerap kali yang berlaku adalah pengabaian solat apabila ditimpa sakit. Pesakit merasakan mereka tidak perlu bersolat kerana sakit dan pelbagai lagi tanggapan yang ternyata salah dan perlu diperbetulkan. Buku “Solat Emergency” sesuai sebagai bahan rujukan masyarakat. Buku ini wajib dimiliki kerana ia menyuntik kesedaran kepada pesakit agar mendirikan solat. Menjelaskan secara teori dan praktikal panduan ibadah pesakit. 

Dilengkapi dengan gambar kaedah pelaksanaan ibadah pesakit serta menjelaskan tatacara wuduk dan tayamum mengikut pelbagai situasi dan keadaan pesakit.

*****

(SEM & S/S) RM20.00 - RM17.60

Amanat Cinta Seorang Hamba ~ Thoyba Mursyidah

"Aku tidak mahu jatuh lagi. Perjuanganku masih belum selesai. Biarlah Allah SWT menentukan segalanya.” Fidae’i Al Humaidi

“Perhatian yang awak berikan telah meyakinkan saya bahawa wujud satu perasaan lain antara kita.” Iffah Amani

“Kerja Islam masih banyak menunggu. Aku tidak mahu perkara lain membantutkan semuanya.” Yusof Bahij

Perjuangan anak-anak muda. Iman diduga, persahabatan diuji, amanah dicabar. Mampukah mereka mendepani setiap badai yang melanda? Berjayakah mereka menyempurnakan amanah yang terpikul?

*****

(SEM & S/S) RM20.00 - RM17.60
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...