Hubungi Kami

Hubungi Kami

Sunday, February 21, 2021

Erti Beragama Yang Hilang ~ Hasrizal Abdul Jamil

(SEM & SS) RM30.00 > RM28.00

Jika beragama itu baik, mengapa ada orang beragama yang berperangai sebaliknya? Ada yang melazimi ibadah, tetapi suka menzalimi dan menindas orang lain. Ada yang rajin membaca al-Quran, tetapi menerima rasuah dan saling bermusuh apabila tidak sefahaman. 

*** 

Tidak dapat dinafikan, kehidupan dan tingkah laku seseorang banyak didorong oleh kefahamannya terhadap agama. Jika benar kefahaman tersebut, maka akan benarlah juga kehidupan dan tingkah lakunya. Andai kita memperbaiki cara kita memahami agama, kita ibarat memperelok kehidupan kita secara seluruhnya. 

Melalui buku Erti Beragama Yang Hilang, Ustaz Hasrizal Abdul Jamil menjelaskan sudut-sudut agama yang sering dilupakan dan disalahfahami. Antaranya perkaitan akidah dan ibadah dengan kehidupan, acuan akhlak, juga isu perhubungan sesama manusia, agar kita dapat melalui kehidupan di dunia dengan baik sekali gus mengecapi kenikmatan hidup yang abadi di akhirat kelak.

Unfollow The Flow: Owning Your Life Driven By Passion & Purpose ~ Aiman Azlan

(SEM & SS) RM30.00 > RM28.00

“I’m tired of being compared. Like I’m supposed to follow what my peers are doing to achieve their kind of success, instead of doing what I really want to do in life.”

***

We often imagine our future to be built upon our goals and dreams, but presently it seems everyone else is ahead of us. One has a dream job as a career, one is about to start a beautiful family, and another is paving a wealthy future for himself.

We start to wonder and find ourselves stuck at an intersection :
Should we follow the path of others to gain success or can we define our own happiness?

Deciding to go against the flow of the norm is scary because we are afraid to choose. What if we choose wrongly? What if we fail and ruin our future?

In this book, Aiman Azlan takes readers on an explorative journey of owning one’s life choices. It might not be a life like the others but in unfollowing the flow, perhaps we will be able to discover a life of meaning – one that is true to us.

Tuesday, February 9, 2021

Fathul Qarib Al-Mujib Fi Syarhi Alfaz At-Taqrib (Kitab Fiqah Lengkap) ~ Ibnu Qasim Al-Ghazi

(SEM & SS) RM29.00 > RM28.00

Kitab Fathul Qarib Al-Mujib ini merupakan syarah bagi matan Qadi Abu Syuja’ atau Syeikh al-‘Alim al-Allamah al-Imam Syihab Ad-Dunya wa Ad-Din, Ahmad bin Husain bin Ahmad Al-Asfahani As-Syafi’e rahimahullah. Beliau merupakan seorang ulama besar Mazhab Syafie. Kitab ini telah disyarah dan diberikan penjelasan oleh Imam Muhammad bin Qasim Al-Ghazi.

Sebuah kitab klasik yang menghimpunkan perbicaraan fiqh lengkap Mazhab Syafi’e. Perbahasan bab feqah berkisar tentang:
  • Kitab Taharah, Kitab Solat, Kitab Zakat, Kitab Puasa, Kitab Haji
  • Kitab Jual Beli dan Beberapa Akad Mu’amalah Selainnya
  • Kitab Pembahagian Warisan dan Wasiat
  • Kitab Nikah Dan Hukum-Hakam yang Berkaitan Dengannya
  • Kitab Jinayat, Kitab Hudud, Kitab Jihad
  • Kitab Haiwan Buruan Dan Sembelihan
  • Kitab Hukum-Hakam Perlumbaan Dan Memanah
  • Kitab Hukum-Hakam Pengadilan Persaksian
  • Kitab Pembebasan Hamba
Kitab ini amat masyhur dan dijadikan sebagai bacaan dan rujukan di pengajian sekolah pondok tradisional atau pesantren klasik di rantau Nusantara sehingga hari ini.

Panduan Berkhatam Al-Quran ~ Syahrin Jasah

(SEM & SS) RM4.50 > RM4.30

Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang menyaksikan (menghadiri) majlis mengkhatam Al-Quran adalah seperti menyaksikan pengagihan harta rampasan perang.”

Sabda Baginda: “Sesungguhnya bagi pembaca Al-Quran itu ada doa mustajab, iaitu pada saat khatamnya. “Sabda Baginda lagi: “jika seseorang telah mengkhatam Al-Quran, maka 60,000 malaikat mendoakannya ketika khatam itu.”

Ibnu Abbas r.a, sahabat Rasulullah SAW, sangat suka mengadakan majlis khatam Al-Quran. Beliau panggil saudara-maranya, beliau bacakan doa dan mereka semua turut mengaminkannya.

Buku ini menerangkan tatacara berkhatam Al-Quran. Selain itu diterangkan juga perkara-perkara yang berkaitan dengannya seperti hukum Al-Quran, fadilat membaca dan mendengar ayat-ayat Al-Quran dan sebagainya. Diharapkan dengan kemunculan buku ini akan menambah kesungguhan untuk belajar Al-Quran, membacanya sehingga khatam dan juga dapat membantu masyarakat kita untuk mengadakan majlis berkhatam Al-Quran. Barang kali jika dibandingkan dengan zaman dahulu, sekarang ini semakin jarang diadakan cara-acara khatam Al-Quran. Maka dengan kedatangan buku ini ditengah-tengah masyarakat semakin seringlah orang mengadakan majlis khatam Al-Quran.

Kiriman Allah kepada seorang hamba


Setiap orang yang kita jumpa, pasti ada sebabnya dipertemukan. Kita mungkin tidak suka dengan perangainya tapi Allah takdirkannya untuk kita bekerja sekali dengannya, Pasti Allah mahu kita belajar bersabar, belajar buat kerja dengan lebih baik atau sentiasa berfikiran positif.

Ingat firman Allah ini:
"... dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu & boleh jadi kamu suka kepada sesuatu sedangkan ia buruk bagi kamu. Dan hanya Allah yang mengetahui (semuanya itu), sedangkan kamu tidak mengetahuinya."
(Surah Al-Baqarah 2: 216)

Buku: Luqmmann. 2018. Metanoia. Mustread sdn bhd. Selangor.

Senaman Rahsia Awet Muda


Nak Kurus bukan soal "Kurus" aje. Jangan jadikan perjuangan "Kurus" semata-mata nak kurangkan berat badan.

Luaskan minda, kawal kesihatan mental & sentiasa meneliti 'the bigger picture' kelebihan kenapa kita kurus & sihat.
1. Lebih Cergas
2. Berat Tidak Naik
3. Anda Gembira
4. Lebih Kuat
5. Kualiti Tidur Meningkat
6. Wujud rakan-rakan yang sama perjuangan
7. Lebih Sihat
8. 'Inch-Loss' di mana kurangnnya lemak & lebihkan otot
9. Bina Kembali Keyakinan.

Tip dari @kevinzahri dalam buku baru dia, KURUS. .
JOM SIHAT... #kurus

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...