Hubungi Kami

Hubungi Kami
Showing posts with label Inteam Publishing. Show all posts
Showing posts with label Inteam Publishing. Show all posts

Tuesday, September 17, 2019

Travelog Maghribi ~ Hazamin Inteam

(SEM & SS) RM20.00 > RM18.00

Travelog Maghribi merupakan himpunan catatan dan pengalaman menarik penulis sepanjang perjalanan beliau bersama keluarga menuju ke bumi matahari terbenam; Maghribi untuk mengikuti kelas bahasa Arab Intensif selama sebulan setengah di sana.

Penulis yang merupakan salah seorang anggota kumpulan nasyid Inteam telah menempuh beberapa buat negara seperti Mesir dan Sepanyol dalam perjalanan ke Maghribi, manakala dalam perjalanan pulang pula mereka telah melalui beberapa buah negara iaitu Itali, Switzerland, Perancis, United Kingdom dan transit di Abu Dhabi sebelum pulang ke tanahair.

Selain itu, penulis turut berkongsi beberapa panduan sepanjang kembara ini terutamanya untuk mereka yang merancang untuk ke Maghribi atau ke mana-mana negara yang telah dilalui penulis. Fes, Rabat, Casablanca, Marrakesh, Merzouga, Ifrane, Meknes adalah beberapa bandar dan daerah yang sempat diziarahi penulis sepanjang berada di Maghribi.

Sunday, April 16, 2017

Ziarah Ke Alam Barzakh ~ Al-Imam Jalaluddin As-Suyuti

(SEM & S/S) RM40.00 > RM35.20

Manusia sesungguhnya tertidur; ketika mati, mereka terjaga (an-nas niyam; fa-idza matu, intabahu). Demikian sabda Rasul yang mulia. Ungkapan bernas initampaknya lebih merupakan peringatan serta pengajaran. Rasul yang mulia seperti hendak mengingatkan kita bahawa hidup ini tidak lebih dari sekadar mimpi sesaat. Kita akan benar-benar terjaga justeru setelah kita mati. Saat itu, kita akan sedar bahawa kehidupannya yang sebenar adalah kehidupan setelah kematian. Dalam konteks ini, memahami realiti kehidupan pasca-kematian akan senantiasa relevan dan signifikan bagi setiap muslim. Tujuannya bukanlah semata-mata memahami makna kehidupan pasca-kematian itu, tetapi apa yang lebih penting ialah memaknai hakikat kehidupan di alam fana ini.

Lewat buku ini, Imam Jalaluddin as-Sayuti cuba mengajak kita menziarahi alam barzakh – sebuah alam penantian yang penuh misteri pasca-kematian yang diyakini akan menentukan nasib setiap manusia dalam menuju terminal akhir kehidupan akhiratnya: syurga atau neraka. Buku di tangan anda ini berbicara tentang seluruh reality yang mungkin ditemui di alam barzakh. Di dalamnya dihuraikan pelbagai hal: masalah kematian, keutamaan dan metodenya, sifat malaikat maut dan bala tenteranya, perkara yang dapat memalingkan manusia menjelang sakaratulmaut, keadaan roh setelah meninggalkan jasad, keadaan di alam kubur, fitnah, seksaan dan sebagainya. Semua itu disajikan dalam pembahasan yang cukup menarik dan sarat dengan muatan sufistik. Oleh itu, buku ini sangat penting di baca sebagai bahan kontemplasi bagi siapa sahaja yang ingin mengharungi kehidupan ini dengan lebih bermakna.

Thursday, May 19, 2016

Cerita Korea Kami ~ Ummu Hani Abu Hassan, Norhayati Abu Bakar, Hanafi Sarif, Ahmad Fouad

Buku ini mengungkapkan juzuk-juzuk pengalaman sekumpulan rakyat Malaysia yang pernah 'hinggap' di Korea Selatan. Kisah-kisah yang berlaku di Korea Selatan ini dikumpulkan bagi membenarkan tanggapan bahawa setiap peristiwa yang berlaku mempunyai hikmah dan manfaat.

Perbezaan budaya, agama, pemikiran dan geografi adalah aset untuk dikongsikan dengan para pembaca di Malaysia khususnya tentang Korea Selatan. Menariknya, setiap penulis mengungkapkan variasi pengalaman dengan bahasa yang jujur, santai, dan menyelitkan nilai tarbiah Islam.

Menampilkan 4 penulis yang berbakat iaitu Ummu Hani Abu Hassan, Norhayati Abu Bakar, Hanafi Sarif dan Ahmad Fouad.

Semoga pembaca dapat mengambil nilai-nilai baik yang boleh dijadikan iktibar dari kisah mereka. Selamat 'mengembara' ke Korea.
*****
(SEM & S/S) RM25.00 > RM22.00

Tuesday, May 27, 2014

Keagungan Zikir dan Doa Harian Rasulullah s.a.w ~ Imam An-Nawawi

Antara keistimewaan buku ini ialah :
  1. Dikarang oleh imam besar, Imam Nawwawi rahimahullah. 
  2. Menghimpunkan 20 tajuk besar berkaitan zikir, 356 bab dan 1242 hadis beserta takhrij. 
  3. Senarai manuskrip asal kitab al-Azkar, metodologi penyelidikan dan penyemakan, sumber rujukan 
  4. Ustaz Mohammad Taha bin Hassan selaku pentakhrij, penyelidik dan penyemak. Beliau mengijazahkan sanad periwayatan kitab al-Azkar dan semua karya Imam Nawawi rahimahullah kepada pembaca yang budiman. 
  5. Berimej dan berkonsep baru, berbeza dengan terbitan dan edaran yang pernah diterbitkan sebelum ini, memudahkan pengkaji dan penyelidik untuk merujuk setiap hadis. 
  6. Pengarang memulakan kupasannya dengan zikir sebagai pendahuluan, kemudian penjelasan berkenaan amalan pada waktu siang dan malam, serta mengakhirinya dengan tajuk zikir istighfar. 
  7. Disertakan dengan indeks al-Quran dan hadis yang terkandung dalam buku ini. 
  8. Tertumpu pada hadis sahih dan hasan. 
  9. Setiap muslim tidak akan ditimpa perkara yang dibencinya dari perkara yang meragukan atau seumpamanya melainkan mereka mendapati penyembuhnya di dalam kitab ini. Dengan perantaraan dan keberkatan doa nabi yang terpilih.
*****

(SEM) RM85.00 - RM74.80
(S/S) RM88.00 - RM77.40

Tuesday, April 22, 2014

26 Mutiara Habaib Nusantara ~ Abdul Qadir Umar Mauladdawilah

Keberadaan mereka merupakan berkat bagi kaum muslimin. Mereka memiliki jasa yang amat besar dalam menanamkan nilai-nilai keislaman di tanah air ini. Mereka meninggalkan banyak perubahan dan pencerahan bagi umat hari ini. Semua ini merupakan bukti kejayaan mereka dalam berdakwah dan semua itu telah dicatat oleh sejarah dengan tinta emas.

Walaupun mereka telah tiada, namun jasa-jasa dan pengabdiannya akan sentiasa dikenang sepanjang masa, warisan jejak karamah serta ilmunya tetap abadi dan akan berkembang sepanjang masa, bahkan peribadi akan selalu dikenang orang sepanjang zaman. Dalam berdakwah, mereka mengutamakan akhlak dan budi pekerti yang luhur. Mereka sangat menjunjung tinggi persatuan dan kesatuan umat. Mereka telah menyebarkan Islam dengan kesantunan, kedamaian dan lemah lembut, sehingga masyarakat dengan mudah dan berlapang dada menerima apa-apa yang telah mereka sampaikan.

Buku ini menjadi unik, menarik dan berbeza dengan buku lain kerana di dalamnya dilengkapi bersama gambar-gambar eksklusif. Dengan membacanya akan memberikan kesejukan hati dan jiwa, kerana di dalamnya terdapat kisah dan tauladan kaum solehin. Dengan ketakwaan kepada Allah SWT, mereka mampu mencapai darjat yang begitu agung di sisi-Nya.

*****

(SEM) RM40.00 - RM35.20
(S/S) RM42.00 - RM37.00
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...