Hubungi Kami

Hubungi Kami

Friday, February 28, 2020

Kenali Ilmu Hadis: Nak Tahu Hadis Sahih Atau Daif? ~ Huzaifah Hadis

(SEM & SS) RM20.00 > RM18.00

Buku ini merupakan satu perkongsian untuk memperkenalkan polemik hadis dalam kalangan masyarakat secara umum, disamping membicarakan aspek hadis secara teori dan teknikal. Ia merumuskan asas berkaitan cara para ulama hadis terdahulu menerima, menyaring serta menapis hadis-hadis yang berlegar tatkala itu. 

Tidak sekadar membincangkan istilah ilmiah sematamata, buku ini turut menerapkan konsep “pengembaraan” terhadap ilmu hadis itu sendiri berserta keperluannya dalam mengaplikasikannya di medan-medan sosial.

Aisyah Ummul Mukminin: Keanggunan Sejati ~ Sulaiman An-Nadawi

(SEM & SS) RM43.00 > RM38.70

Dia seorang perempuan yang namanya disebut-sebut dan diagung-agungkan. Betapa ramai yang kagum malah cemburu dengan takdir dan peluang yang Allah SWT kurniakan kepadanya.

Menjadi isteri kepada manusia agung, penyampai risalah kebenaran dan contoh terbaik rujukan manusia, Rasulullah SAW.

Menjadi wanita yang mahir dalam urusan agama dan bijaksana tutur bicaranya.
Menjadi mukminah yang berakhlak mulia dan berkeperibadian tinggi.
Sejati dan sempurna.
Contoh, ikutan dan rujukan umat Islam seluruh dunia.

Buku ini menceritakan kisah dan ibrah mengenai seorang tokoh wanita yang agung iaitu Saidatina Aisyah RA. Ummul Mukminin yang menjadi rujukan umat Islam sepanjang hidupnya bersama Rasullullah SAW sehinggalah selepas kewafatan Baginda.

The 10 Habits of Happy Mothers (Edisi Bahasa Melayu) ~ Meg Meeker M.D.

(SEM & SS) RM27.00 > RM24.30

"Sekiranya kita sanggup bersusah payah menolak lapan kilogram tembikai melalui bukaan sebesar lapan inci, kita boleh melakukan apa sahaja yang kita mahukan. Apa sahaja.”

Kita akan belajar 10 tabiat baru yang membawa keseronokan, ketertiban, dan ketenangan dalam hidup kita semula.

Tabiat #1: Memahami Nilai Diri sebagai Seorang Ibu
Tabiat #2: Mengekalkan Persahabatan yang Penting
Tabiat #3: Menghargai dan Mengamalkan Kepercayaan Kita
Tabiat #4: Mengatakan Tidak pada Persaingan
Tabiat #5: Mencipta Hubungan yang Sihat dengan Wang
Tabiat #6: Meluangkan Masa untuk Bersendirian
Tabiat #7: Memberi dan Menerima Kasih Sayang dengan Cara yang Sihat
Tabiat #8: Mencari Cara untuk Hidup Sederhana
Tabiat #9: Membuang Perasan Takut
Tabiat #10: Harapan adalah Keputusan - Membuat Keputusan

Tafsir Surah Al-Ahzab dan Juzuk 22 ~ HAMKA

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.50

Antara Kandungan:
Surah al-Ahzab (golongan yang bersekutu)
Rumah tangga Rasulullah s.a.w.
Tuntunan kepada Isteri-isteri Nabi s.a.w. (I)
Tuntunan kepada Isteri-isteri Nabi s.a.w. (II)
Dari hal Perkahwinan Nabi s.a.w. dengan Zainab binti Jahasy
Kembali dari Hal Zaid dan Zainab
Tentang Zikir
Tugas dan Sikap Rasul
Iddah Perempuan yang Belum Disetubuhi
Ketentuan Allah s.w.t. Tentang Isteri Nabi
Adab Sopan Santun di Rumah Nabi s.a.w.
Selawat
Pakaian Sopan
Jilbab di Indonesia
Bilakah Sa’ah (Kiamat)?
Iman dan Takwa
Amanah
Surah Saba’ (negeri saba)
Pendahuluan
Ampunan dan Rezeki yang Mulia
Kurniaan Allah kepada Keluarga Dawud
Kurniaan kepada Nabi Sulaiman
Negeri Saba’

Tafsir Surah Al-Anfal dan Juzuk 9 ~ HAMKA

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.50

Antara kandungan:
Surah al-a’raf (tempat tertinggi)
Timbul, Berkembang, dan Hancurnya Suatu Umat
Perjuangan Musa a.s.
Ahli-Ahli Sihir Dikumpulkan
Musa dan Firaun
Musa dan Firaun (II)
Musa dengan Bani Israil (I)
Musa dengan Bani Israil (II)
Pimpinan Jiwa Umat Menghadapi Ketentuan Ilahi
Musa dengan Bani Israil (III)
Kesucian Nabi Allah Harun
Musa dengan Bani Israil (IV)
Anggapan Ahlul Kitab Tentang Rasul Terakhir

Senaman Untuk Minda Supaya Sihat / Exercise For Your Brain


Mendayung sampan dipinggir jeti,
Hembusan angin sejuk terasa,
Mari bersenam setiap hari,
Penguat minda cergas sentiasa.


Badan kita perlukan senaman untuk sihat & berfungsi dengan baik. Otak kita juga perlukan senaman untuk kekal berfikir dengan waras & kritis. Untuk sihat fizikal & mental, beberapa senaman perlu dilakukan. Dan, berdasarkan kajian & pemerhatian, kami senaraikan 15 SENAMAN UNTUK OTAK & MINDA KITA AGAR KEKAL SIHAT.

Belajar Bahasa Baharu - Jika anda dapat belajar & memahami bahasa bangsa lain, ia salah satu kelebihan yang sangat bagus. Tak semua kita mahir dalam bertutur bahasa asing. Satu hari satu ungkapan pun dah kira bagus.

Fokus Bila Berbual Dengan Seseorang - Bila kita hendak berbual, pastikan kita fokus pada individu tersebut. Ia menunjukkan bahawa kita berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut apa yang disampaikan. Ia membantu kita untuk belajar fokus pada kerja-kerja lain juga.

Membaca Buku/Komik/Majalah/Kitab - Rajinkan diri untuk membaca. Ia adalah senaman & terapi untuk minda & otak untuk berfungsi dengan sepenuhnya. Otak akan cuba mengingati, fokus & menyimpan maklumat yang dibaca.


Makan Makanan Berkhasiat - Apa yang masuk ke dalam mulut kita, itu akan menentukan tahap kesihatan badan & juga mental kita. Makanlah makanan berkhasiat. Ia membantu pembesaran tubuh badan & menjaga kesihatan diri.

Friday, February 21, 2020

Seni Berfikir Yang Hilang ~ Hasrizal Abdul Jamil

(SEM & SS) RM30.00 > RM27.00

Kalaulah boleh diabaikan saja isu-isu yang menyerabutkan kita pada hari ini, pasti hidup akan jadi lebih mudah.

Malang sekali, ia mustahil!

Isu-isu ini akan tetap wujud dan berlegar di sekeliling kita. Tanpa prinsip yang jelas, kita akan mudah dipengaruhi oleh pandangan orang lain.

Mungkin telah sampai masa untuk kita berpatah balik selangkah ke belakang dalam melihat semua isu ini. Mengapakah ia mencetuskan pelbagai konflik?

Melalui buku Seni Berfikir Yang Hilang, Ustaz Hasrizal Abdul Jamil mengupas enam cabang ilmu yang seharusnya kita kuasai. Ilmu yang membentuk cara fikir kita, sekali gus membantu kita menghadapi isu-isu sekitar kehidupan dengan lebih matang.

Nearness To You ~ Nur Fadhilah Wahid

(SEM & SS) RM45.00 > RM40.50

  • For those who have just begun their spiritual journey, what is the path to get closer to God? 
  • For those who found themselves distant from God over the years, is there a path to return to Him? 
  • Does one still have a chance at being near to God, even after all the mistakes and transgressions?
******
Nearness To You explores what it means to seek closeness to God in this life through the author’s essays of reflections and contemplations during her travels to meet the seekers of God.
While each of our journeys varies, it will eventually lead us back to Him, if only we take a moment to pause and think about God’s presence in our life, our relationship with Him and His endless mercy upon us.

Dear God ~ Norhafsah Hamid

(SEM & SS) RM30.00 > RM27.00 

In Dear God (the sequel to Letters To God), author Norhafsah Hamid weaves a tender story of young love, second chances and a soul that is lost, seeking to find what has been missing in his heart all along.

Jonah thought he had everything a guy could ever needed to sail through life. A family that is supportive, cool friends that made university life a breeze and looks that won him the affection of many girls.

Except for one - Sarah.

An encounter with Sarah made Jonah realise that there is more than the one revolving around him. Jonah decides to brave the path least taken in the search for the meaning of eternal contentment. He found himself connecting to the One that he has long forgotten since he was little.

Is there still hope for him?
'Dear God, grant me strength., prayed Jonah silently.

Thursday, February 20, 2020

Solat Ketika Keuzuran ~ Syeikh Ahmad Faisol Haji Omar

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.50

Solat adalah kefardhuan yang tidak terlepas daripada setiap yang beragama Islam dan cukup syarat-syaratnya. Maka, mempelajari ilmu dan kaifiat solat adalah wajib bagi umat Islam. Bukan sahaja asas solat, namun kaifiat solat dalam keadaan-keadaan seperti sakit juga mesti diketahui.

Buku ini perlu dimiliki setiap Muslim supaya sentiasa bersedia untuk menunaikan solat dalam keadaan yang sukar dan susah. Penulis menerangkan kaedah solat melalui pendekatan soal jawab dan turut disertakan gambar untuk memudahkan pembaca memahami tatacara solat yang sebenar.

Penghargaan buat kanak-kanak bila habis membaca buku @ Reading incentive that can attract children to read


Semua kita mahukan penghargaan atau insentif atau hadiah sebagai satu pemangkin setelah mencapai satu tahap tertentu. Dalam menarik minat kanak-kanak untuk membaca, suatu penghargaan atau insentif perlu diberikan agar mereka berminat untuk terus membaca. Lama-kelamaan, ia akan menjadi satu tabiat tanpa memerlukan sebarang penghargaan lagi. Bagi mereka, membaca adalah satu keperluan untuk terus hidup.

Melihat kepada beberapa artikel & kajian yang dilakukan, kami menyenaraikan 14 senarai insentif/hadiah/penghargaan yang boleh anda berikan kepada kanak-kanak untuk terus membaca.

HADIAHKAN PENANDA BUKU YANG CANTIK ATAU UNIK - Penanda buku adalah salah satu keperluan aksesori bagi pencinta buku. Penanda buku yang unik akan membuatkan pembaca menghargai & sering menggunakannya.


HADIAHKAN MEREKA GENRE BUKU YANG MEREKA SUKA - Untuk menyemai perasaan suka buku dan membaca, ibu bapa atau guru disarankan menghadiahkan pelajar genre buku yang disukai. Contohnya, jika anak anda suka buku penyiasatan, hadiahkan mereka buku Sherlock Holmes limited edition. Sudah tentu mereka akan rasa teruja dan terus membaca.

ADAKAN PERPUSTAKAAN KECIL DI KELAS AGAR PELAJAR BOLEH BERTUKAR BUKU - guru atau ibu bapa boleh terlibat sama dalam projek ini. Mungkin guru atau ibu bapa boleh menghadiahkan buku terkini kepada pelajar yang membaca paling banyak buku dengan buku yang baru. Setelah selesai, pelajar tersebut boleh meletakkan buku tersebut di perpustakaan kecil kelasnya.

contoh perpustakaan mini di luar negara khas untuk pelajarnya

Wednesday, February 12, 2020

Syoknya Sambung Huruf Jawi ~ Dalilah Desa

(SEM & SS) RM14.90 > RM13.40

MILIKI KAD INI KERANA:-
• Mengandungi set kad lengkap panduan menulis huruf-huruf Jawi yang dapat membantu mereka yang ingin mempelajari tulisan Jawi dengan mudah dan pantas.
• Penyusunan wajah-wajah huruf berdasarkan posisinya yang berada di awal, tengah atau akhir kata dapat memudahkan kefahaman pengguna bagi menyambung huruf-huruf Jawi.
• Disediakan panduan berserta penerangan lengkap cara penggunaan Kad Syoknya Sambung Huruf Jawi yang betul.
• Set Kad Syoknya Sambung Huruf Jawi boleh digunakan oleh guru sebagai bahan bantu mengajar untuk meningkatkan penguasaan tulisan Jawi dalam kalangan murid.
• Sesuai digunakan oleh semua peringkat umur sama ada murid sekolah, guru-guru, ibu bapa dan orang awam bagi mempelajari dan mengukuhkan kemahiran menulis tulisan Jawi.


Tafsir Mini Surah Al-Fatihah ~ Ummu Ammar Amir, Abu Ammar Romlie

(SEM & SS) RM12.00 > RM10.80

• Buku ini memberikan penerangan yang mendalam tentang surah al- Fatihah dengan gaya bahasa yang mudah, sesuai untuk anak-anak.

• Disertai ilustrasi serta aktiviti menarik bagi membantu mengekalkan minat dam memudahkan pemahaman anakanak tentang setiap ayat suci al-Quran.

• Amat sesuai digunakan oleh ibu bapa dan pendidik untuk menggalakkan komunikasi berkesan dengan anak-anak seperti melalui penceritaan, soalan uji minda dan sebagainya.


Tadbir Urus dan Kenegaraan Dalam Sunnah

(SEM & SS) RM12.00 > RM10.80

Hadis atau sunnah merupakan sesuatu yang disandarkan kepada Nabi saw. Sebarang perkataan, perbuatan dan perakuan Nabi saw ialah hadis dan ia ialah sumber hukum. Sebenarnya terdapat dua pendapat yang menonjol dalam isu hadis dan sunnah.

Memang benar hadis dan sunnah merupakan sumber utama. Namun, hadis dan sunnah sewajarnya difahami dengan mendalam. Pemahaman ini adalah penting kerana hadis berbicara dalam pelbagai aspek, konteks dan sebagainya. Justeru, wujud satu keperluan untuk memahami dan mendalami prinsip sunnah Nabi s.a.w dalam kepelbagaian bentuk tindakan, juga bagaimana para ulama usul fiqh membicarakan aspek hukum sama ada wajib, sunat, harus, panduan dan sebagainya. 

Kamus Peribahasa ~ Hj Mohamed Kassim Hj. Abdul Latiff, Rohaya Md. Zan

(SEM & SS) RM14.90 > RM13.40

MILIKI BUKU INI KERANA:-
  •  Merupakan Kamus Peribahasa lengkap yang sesuai digunakan untuk murid di peringkat sekolah rendah dan menengah yang menduduki peperiksaan UPSR, PT3 dan SPM. 
  • Membantu meningkatkan pemahaman dan penguasaan penggunaan peribahasa yang betul dalam kalangan murid. 
  • Mengandungi peribahasa lengkap dengan ilustrasi menarik berserta contoh ayat mengikut kesesuaian tahap murid bagi sekolah rendah dan menengah. 
  • Pembahagian peribahasa mengikut abjad membantu murid membuat rujukan dan menghafal peribahasa dengan mudah. 
  • Membantu murid menguasai penggunaan peribahasa untuk menulis karangan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu bagi peperiksaan UPSR, PT3 dan SPM. 
  • Sesuai dijadikan bahan rujukan dalam kalangan murid di peringkat sekolah rendah dan menengah.

Tuesday, February 11, 2020

Ilmu Tajwid Ringkas ~ Dr. Shamsul Mohd Nor

(SEM & SS) RM30.00 > RM27.00

Setiap perbahasan dalam ilmu Tajwid disampaikan dengan bahasa yang ringkas dan mudah difahami.

Disertai gambar rajah berwarna, latihan dan panduan untuk membantu pembaca memahami dan menguasai ilmu Tajwid dengan sempurna hingga mampu membaca al-Quran dengan melafazkan setiap huruf dari makhrajnya yang betul, memenuhi hak-hak setiap huruf dan menepati kadar bacaan pendek atau panjangnya serta waqaf dan ibtida’.

Tentang Penulis:
Berpengalaman luas dalam bidang dakwah di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur. Pengasas Sistem Genius Membaca al-Quran dalam masa tiga hari dengan kaedah al-Badar. Perunding Latihan dan Bina Insan di Pearl Mentor (M) Sdn. Bhd.

Berpengalaman dalam mengendalikan kursus motivasi dan latihan seperti Rahsia Alam Diri, Islamic Team Building, Effective Supervisory Skills, Interpersonal Skills dan Islamic Leadership Program. Ilmu Tajwid Ringkas adalah karya kedua beliau terbitan Galeri Ilmu Sdn. Bhd. selepas Tasawuf: Suatu Pengenalan Asas.

Selawat Ke Atas Rasulullah s.a.w: Suatu Penjelasan ~ Dr. Udah Mohsin

(SEM & SS) RM14.00 > RM12.60

Buku ini membahaskan isu selawat yang menjadi persoalan dalam masyarakat Muslim; sama ada ia daripada Rasulullah SAW atau bukan daripada Baginda.

Selawat itu sendiri adalah sesuatu yang istimewa. Ia diperintahkan kepada umat Islam malah menjadi rukun atau menyempurnakan ibadah seperti solat dan doa. Rasulullah SAW sendiri mengajarkan cara berselawat kepada para Sahabat apabila mereka bertanya.
Menghimpunkan lima selawat yang popular dalam masyarakat namun lafaznya bukanlah bersumber daripada hadis Rasulullah SAW. Penulis membawakan pendapat-pendapat ulama daripada kitab-kitab hadis dan tafsir juga pendapat-pendapat ulama muktabar zaman moden.

Bagaimana mahu memotivasikan kanak-kanak membaca @ How to motivate child to read


Kanak-kanak dan buku sepatutnya punyai hubungan bagaikan irama dan lagu. Namun, sekarang ini kanak-kanak lebih tertumpu pada gajet & data internet. Bagi mereka, buku bukan sesuatu yang menarik & best untuk dihadap. Ianya tidak interaktif & kelihatan hambar pada pandangan mereka.

Berdasarkan pada statistik yang diberikan oleh NOP World Culture Score Index, Malaysia tidak tersenarai dalam negara-negara yang suka membaca. Kita kalah pada negara-negara Asia lain seperti India, China, Thailand, Filipina, Hongkong, Taiwan dan Jepun. Kadar membaca kita dikategorikan sebagai kurang daripada 3 jam seminggu. Namun, sebaik Kuala Lumpur mula diangkat sebagai Kota Buku Dunia tahun 2020 ini oleh UNESCO, diharap, tabiat dan gaya membaca rakyat Malaysia dapat diubah menjadi lebih baik.

Buku-buku di Malaysia khasnya buku kanak-kanak diharap dapat direka, dicetak dan diwarnai dengan pelbagai kreativiti bagi menarik minat membaca semula. Di sini, kami senaraikan beberapa langkah menarik yang boleh digunapakai oleh semua untuk memotivasikan kanak-kanak agar suka membaca. Jadikan ia satu tabiat yang baik & mengujakan.

Read-aloud time with children - Pernah tonton filem US atau UK? Pernah perasan scene kanak-kanak yang hendak tidur dibacakan buku oleh ibu bapa mereka? Atau perasan tak filem kanak-kanak yang guru atau ibu bapa mereka bacakan buku best untuk mereka? Ya, ia salah satu tabiat yang bagus diterapkan oleh orang dewasa pada kanak-kanak. Mereka membaca buku tersebut dengan suara yang kuat & menarik. Kanak-kanak pula akan berasa seperti diberi perhatian.

Read a book that movies coming out - Carikan buku-buku yang bakal diadaptasi menjadi filem. Ia lebih menarik bila apa yang dibaca terlayar di depan mata. Antara contoh yang anda kenali seperti file The Hobbit, Dr. Seuss: The Lorax, Alice in Wonderland, Harry Potter dan Diary of a Wimpy Kid.


Thursday, February 6, 2020

77 Resipi Cepat & Sedap Rice Cooker ~ Chef Hanieliza

(SEM & SS) RM27.00 > RM24.30

Kini tiada alasan lagi untuk tidak memasak. Tanpa periuk yang canggih, pelbagai masakan yang enak dapat dihasilkan. Chef Hanieliza tampil dengan buku resipi terbaru bertajuk 77 Resipi Cepat & Sedap Rice Cooker.

Resipi Ayam / Daging
Resipi Ikan / Makanan Laut
Resipi Nasi
Resipi Mi / Pasta
Resipi Tauhu / Telur
Resipi Kuih-Muih / Dessert
Resipi Kerabu, Salad, dan Sayur

Doa Dalam Al-Quran: Kisah & Tafsiran ~ Ustaz Jafri Abu Bakar Mahmoodi

(SEM & SS) RM18.00 > RM16.20

Al-Quran adalah rujukan terbaik bagi umat manusia. Padanya ada segala-galanya. Termasuklah doa-doa yang seringkali diamalkan oleh umat Islam. Beramal dengan doa dari Al-Quran dapat meningkatkan keyakinan pada doa yang dilafazkan.

Bahkan, beramal dengan pengetahuan mengenai kisah dan tafsiran di sebalik doa itu, tentunya dapat meningkatkan kebergantungan kita kepada Allah S.W.T., Yang Maha Agung. Kepada siapa lagi dapat kita letakkan kebergantungan, jika tidak kepada Yang Maha Agung yang menciptakan kita?

Antara Kandungan:
Bab 1 : Doa dan Tafsiran Surah Al-Baqarah : 127
Bab 2 : Doa dan Tafsiran Surah Al-Baqarah : 128
Bab 3 : Doa dan Tafsiran Surah Al-Baqarah : 201
Bab 4 : Doa dan Tafsiran Surah Al-Baqarah : 250
Bab 5 : Doa dan Tafsiran Surah Al-Baqarah : 286
Bab 6 : Doa dan Tafsiran Surah Al-Baqarah : 286
Bab 7 : Doa dan Tafsiran Surah Al-Baqarah : 286
Bab 8 : Doa dan Tafsiran Surah Al-Imran: 8
Bab 9 : Doa dan Tafsiran Surah Al-Imran: 9
Bab 10 : Doa dan Tafsiran Surah Al-Imran: 16
Bab 11 : Doa dan Tafsiran Surah Al-Imran: 38

Inti Sari Matan Al-Zubad ~ Imam Ibn Roslan

(SEM & SS) RM39.00 > RM35.10

Terjemahan Inti Sari Matan al-Zubad ialah matan syair yang padat dengan asas fiqh dalam setiap bab fiqh yang wujud. Matan ini mendapat perhatian kebanyakan ulama Syafi‘i untuk disyarahkan agar dapat difahami dan diamalkan oleh para pelajar dan penganut agama Islam.

Matan al-Zubad yang disusun oleh Imam Ibn Roslan telah menerima sambutan memberangsangkan yang hampir sama dengan Matan Abi Syuja’. Perbahasan fiqh dalam Matan al-Zubad adalah lebih luas daripada Matan Abi Syuja’. Bahkan, ia mempunyai kelainan pada susunannya dengan meletakkan perbahasan asas Usul Fiqh dan akidah Ahli Sunah Waljamaah pada permulaan matan tersebut sebagai pembuka bicara perbahasan fiqhnya.

Tuesday, February 4, 2020

Kelebihan Membaca @ Benefits of Reading Kepada Semua


Assalammualaikum & Good Day,

BILA STRESS, TAKDE MOOD, TAK BOLEH TIDUR, TAKDE IDEA NAK CAKAP BILA JUMPA ORANG, CUBALAH ANDA MEMBACA. IA AKAN MEMBANTU.

KAMI SENARAIKAN 15 KEBAIKAN MEMBACA KEPADA SEMUA BERDASARKAN KAJIAN & PEMERHATIAN. Jika ikutkan ada lagi sebabnya. Bergantung pada tuan punya diri. Tetapi ini antara sebab yang paling popular.

1. Vocabulary & Knowledge Expension - Untuk kita menambahkan kosa kata & juga ilmu, semuanya adalah melalui membaca. Jika nak tambah ilmu perkataan bahasa lain juga, adalah melalui membaca. Tak kisahlah sama ada melalui buku bercetak ataupun buku audio.

2. Help To Broaden Your Mind - Membaca mampu membuatkan anda berfikir dengan lebih luas, dengan lebih kritis & dengan lebih membangun. Ia mampu menggapai imiginasi atau memberi idea untuk memperbaiki diri sendiri atau orang lain.

3. Brain Exercising & Workout - Membaca membantu otak kita beroperasi dengan sihat. Membuatkan neuron-neuron aktif & sebagai senaman. Menurut beberapa kajian, melalui pembacaan, ia membuatkan otak kita bersenam & semakin sihat. 

Az-Zahabul Ibriz: Rahsia dan Khasiat Ayat-ayat Al-Quran ~ Imam Al-Ghazali

(SEM & SS) RM15.00 > RM13.50

Az-Zahabul Ibriz, merupakan sebuah manuskrip karya seorang tokoh ilmuwan agama, Imam Al-Ghazali yang telah diolah oleh Dr. Abdul Hamid Shaleh Hamdan buat bacaan umum.

"Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran ayat-ayat suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadaNya dan (sebaliknya) Al-quran tidak menambahkan orang-orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua." (Al-Isra': 82)

Ayat ini jelas membuktikan keistimewaan dan mukjizat Al-Quran yang sebenarnya sudah lama diamalkan oleh para Ulama dalam usaha merawat tubuh badan insan daripada penyakit-penyakit zahir mahupun batin seperti kusta & kerasukan jin.

Setiap penyakit pasti ada ubatnya (kecuali mati), sebagaimana hadith Rasulullah s.a.w: "Sebaik-baik ubat adalah Al-Quran." (HR. Ibnu Majah)

Surat Cinta Untuk Pendosa ~ Adnin Roslan

(SEM & SS) RM30.00 > RM27.00

Aku tahu, bukan mudah nak melupakan kisah silam. Aku tahu, bukan mudah nak meninggalkan maksiat yang sering menghantuimu siang dan malam.

Sehingga, pernah terdetik di dalam hatimu:

“Aku dah tiada harapan lagi untuk ke syurga… .”

“Allah murka kepadaku… . ”

“Aku ini pasti diazab di dalam neraka!”

Haimu merintih. Terasa sebak, sehingga air matamu mengalir nberkali-kali. Setiap hari, setiap malam. Tangisanmu, hanya kau dan Dia sahaja yang tahu.

Pejamkan matamu, tarik nafasmu dan senyumlah.

Hakikatnya, Allah amat cintakan kau. Allah reda kepadamu. Allah memahami segala isi hatimu. Allah terima segala linangan air mata taubatmu. Allah dengar segala luahan dan rintihanmu.

Dropship Pahala ~ Ustaz Elyas Ismail

(SEM & SS) RM24.00 > RM21.60

Buku keempat Ustaz Elyas Ismail ini masih mengekalkan genre motivasi islamik. Paduan kata-kata daripada ceramah dikekalkan dalam bentuk yang asli bagi memastikan buku ini menarik untuk dibaca dan bagi mengekalkan identiti serta gaya penyampaian yang menjadikan keunikan kepada beliau.

Isi perbincangan dalam buku ini sangat baik untuk dikongsikan kerana,
- banyak ilmu yang bermanfaat untuk semua.
- disediakan dengan tip-tip ringkas untuk berbuat kebaikan.
- peringatan-peringatan yang baik untuk difikirkan.
- membuatkan kita merenung kembali kefahaman kita yang mungkin kurang tepat.
- menyentuh isu-isu yang relevan kepada kita seperti ibu bapa, solat dan akhlak.
- isi perbincangan adalah daripada majlis ilmu yang dibukukan bentuknya.

Dropship Pahala
Anda baca
Anda kongsikan

Syurga Bukan Percuma ~ Ustaz Abdullah Khairi

(SEM & SS) RM28.00 > RM25.20

Syurga bukannya murah dan syurga bukannya mudah. Ia mahal semahal namanya. Jika kita bukannya seorang Mukmin, kita hanya mampu bermimpi di siang hari untuk masuk ke dalamnya. Nak jadi penghuni syurga, perlukan pengorbanan yang tinggi. Perlu diuji terlebih dahulu. Sebab itulah jika kita hanya bersenang-lenang di dunia, adakah Syurga itu layak untuk kita? Kebahagiaan di dunia belum menjadi pasport untuk ke syurga.

Kesenangan dan kebahagiaan di dunia hanyalah sementara manakala kesenangan di akhirat kekal abadi. Orang yang bijak sudah tentu memilih kesenangan yang hakiki bukan yang bersifat sementara.

Buku ini memberikan kita guideline untuk menjadi seorang mukmin yang diredhai Tuhan. Ada banyak kisah yang boleh dijadikan pengajaran. Ada banyak ilmu dan amalan yang boleh kita amalkan supaya kita tidak tersesat memilih jalan yang betul ke syurga.

Monday, February 3, 2020

15 Sebab Anda Ulat Buku Yang Sejati


KAMI SENARAIKAN 15 SEBAB UTAMA ANDA ADALAH ULAT BUKU SEJATI (you know who you are)

Jika anda ada tabiat tu semua, sah2 anda memang #ulatbuku paling agung...

1. Dapat habiskan bacaan buku 4-5 naskhah sebulan. Tak semua orang mampu habiskan buku sebanyak ni kerana tuntutan kerja, keluarga & rehat yang diperlukan. 

2. Suka dengan bau kertas ketika masuk ke kedai buku. Menjadi seperti satu ketagihan bila dapat masuk ke kedai buku & mencium bau buku-buku di situ. Duduk dekat sejam pun takpe.

3. Adrenalin meningkat setiap kali ke kedai buku / pesta buku. Yang ini jangan cerita, dia punya keterujaan memang lain dari hari biasa. Excited sangat. Lagi-lagi bila pergi ke pesta buku yang besar-besar.

4. Suka buku fizikal & elektronik. Tak kisahlah apa jenis buku pun, kalau dah memang kaki membaca, semuanya dibelasah.

Warkah Buat Pengantin ~ Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.50

Buku ini merupakan kompilasi risalah atau tips nasihat berkenaan dengan isu perkahwinan untuk pengantin baru yang sesuai untuk dihadam dalam bentuk bacaan santai.
Antara nasihat yang terkandung di dalam buku ini ialah
Dalam perkahwinan bukan semuanya manis dan indah, tetapi hakikat kehidupan penuh dengan ranjau dan duri. 

Justeru itu, sebarang bentuk ombak, onak dan duri perlu deselesaikan dengan penuh hikmah dan bijaksana.
Buangkanla sifat “awak salah” dan “saya betul”. Sebaiknya binalah sifat dan ungkapan bahasa “maafkan saya”. InsyaAllah, api kemarahan dapat diredakan.
Ingatlah si suami bahawa akad nikah dengan lafaz ijab kabul mengesahkan ikatan perkahwinan dengan kalimah Allah SWT. Justeru terpikullah “amanah” kekeluargaan yang wajib dilaksanakan dengan jayanya. Isteri pula amat perlu mentaati suami dengan penuh keikhlasan dengan cara itu, sudah tentu rumah tangga akan menjadi harmoni dan melahirkan sakinah, mawaddah serta rahmah.

Makfirah Rasulullah s.a.w ~ Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri

(SEM & SS) RM14.00 > RM12.60

Abu al-Hasan al-Nadwi berkata:
• Jika anda seorang pemuda, maka teladan yang paling elok dan paling cantik bagimu adalah Nabi Muhammad SAW
• Jika anda telah mencapai umur tua, maka Baginda SAW adalah contoh anda
• Jika anda fakir dan miskin, maka Baginda SAW teladan dan contoh bagi anda
• Jika anda kaya, maka Baginda SAW imam anda
• Jika anda berangkat untuk berperang, maka Baginda SAW juga turut serta berperang
• Jika kamu menginginkan perdamaian, maka Baginda SAW akan memberikan kedamaian sebelum kamu memintanya
• Jika anda redha, maka Baginda SAW pun redha
• Jika anda marah (tidak menerima sesuatu), maka Baginda SAW pun demikian halnya
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...