Hubungi Kami

Hubungi Kami

Wednesday, December 28, 2016

Syarah Safinah An-Naja: Mishbahud Duja ~ Ustaz Muhadir Haji Joll

Hard cover (SEM & S/S) R60.00 > RM52.80
Soft Cover (SEM & S/S) RM45.00 > RM39.60

MISHBAHUD DUJA SYARAH SAFINAH AN-NAJA ini merupakan edisi kemaskini daripada kitab SYARAH SAFINATUN NAJA. Kitab ini ditambah lebih banyak syarahan, permasalahan, keterangan, fawa’id (faedah-faedah), tanbih (perhatian), catatan dan tatimmah (penyempurna), di samping hikmah dan hikayah, untuk menjadikan ia lebih lengkap dan lebih bermanfaat kepada semua pembaca. Nota-nota tambahan daripada kitab-kitab feqah yang muktabar disertakan bersama dengan sumber rujukan.

Tajuk dan bab yang dibincangkan dalam kitab ini sangat penting diketahui semua umat Islam, lelaki dan perempuan sebagai pedoman untuk beribadah dengan sempurna:
* Bersuci
* Solat
* Pengurusan jenazah
* Puasa
* Zakat
* Haji dan umrah.

Room Mate ~ Khaidir Helmi

(SEM & S/S) RM20.00 > RM17.60
ROOMMATE membawakan kisah Awira yang merupakan pelajar baru di sebuah universiti tempatan dan di situlah dia mengenali Sofi sebagai rakan sebiliknya atau yang sering dipanggil sebagai roommate. Pelbagai kejadian aneh telah berlaku kepada Awira sejak dia menjadi pelajar di situ. Antara gangguan yang berlaku, Awira menyaksikan di depan mata kepala Sofi melekat di dinding bilik mereka.


Awira telah terlibat dengan permainan ghaib yang menjadi kegilaan pelajar-pelajar di situ. Permainan yang menyeru kanak-kanak kecil bernama Bloody Mary, dipercayai boleh menunaikan seluruh hajat orang yang meminta. Sofi rakan sebilik Awira juga terjebak dengan

permainan tersebut. Sofi menjadi tertekan kerana sering diugut oleh “benda” terbabit. Dalam keadaan terdesak, Sofi telah menjadikan Awira sebagai cagaran untuk Bloody Mary. Awira semakin tertekan kerana sering diganggu.

Tuesday, December 20, 2016

Oh! Mudahnya Jahit Telekung ~ Zai Amaludin

(SEM & S/S) RM25.00 > RM22.00

Buku ini mengandungi langkah demi langkah untuk menjahit telekung. Dilengkapi dengan pola yang mudah difahami. Bagi sesiapa yang ingin menghasilkan telekung sendiri boleh jadikan buku ini sebagai rujukan. Selamat mencuba.

Sakaratul Maut: Bersediakah Anda Menghadapinya? ~ Dr. 'Aidh Bin Abdullah Al-Qarni

(SEM & S/S) RM27.00 > RM23.80

Buku "Sakratul Maut" (Bersediakah Anda Menghadapinya?)", merupakan terjemahan dari buku asalnya, iaitu "WAJA'AT SAKRATUL-MAUT BIL-HAQ", karya Dr. `Aidh `Abdullah Al-Qarni, yang terjemahan sebenarnya ialah "Dan Datanglah Sakratul Maut Membawa Kebenaran", iaitu dari surah Qaf, ayat 19. Buku ini merupakan salah satu dari sekian banyak karya Dr. `Aidh Al-Qarni yang terlaris di Arab Saudi, bahkan di Timur Tengah pada umumnya.

Sesungguhnya sekarang ini kita masih hidup. Tetapi suatu hari nanti kita akan mati. Hanya Allah Subhanahu wa Ta'ala yang mengetahui bila dan di mana kita akan mati. Kematian sebagai pintu gerbang menuju kehidupan akhirat setelah mengalami Sakratul Maut. Ia adalah- peristiwa yang sangat dahsyat. Rasulullah Shallallahu `alaihi wasallam pun merasakan Sakratul Maut.

Bagaimana Rasulullah Shallallahu `alaihi wasallam, sahabatnya, orang-orang shalih serta orang derhaka dijemput dan mengalami Sakratul Maut? Di dalam buku ini, Dr. Al-Qarni akan mengupaskannya dengan panjang lebar.

Selain Sakratual Maut, dikupaskan juga soal kematian serta hukum yang berkait rapat dengan kematian.

Monday, December 12, 2016

Kisah 25 Filsuf Barat ~ Matluthfi

(SEM & S/S) RM25.00 > RM22.00

Filsuf bukan nabi. Mereka tidak menerima wahyu mahupun terpelihara daripada dosa dan salah silap. Kaedah dan sumber ilmu mereka sering dikritik kerana selalunya dihadkan kepada hanya akal fikiran, pancaindera, dan kombinasi antara kedua-duanya.

Pun begitu idea-idea masih relevan setelah ratusan dan ribuan tahun hingga ke hari ini bersebabkan satu hal- bahawa mereka telah cuba menjawab persoalan yang sama yang manusia sekarang masih fikirkan semasa mandi, dalam kenderaan, atau pada tengah malam semasa menangisi imsomnia dan kesepian hidup.

Buku ini memuatkan kisah 25 filsuf Barat beserta idea-idea utama merekayang diolah secara riang dan ringkas. Bukan semua cerita mereka serius. Filsuf juga manusia, mereka punya zaman kanak-kanak, pernah melaukan perkara bodoh, ditinggalkan kekasih, dan bangun tidur pukul 11 pagi.

Buku ini jangan diberi baca dan jangan dibacakan kepada kanak-kanak kerana ditakuti nanti terangkat hijab kewujudan pada usia yang terlalu awal. Eloklah ia diperhati oleh orang-orang yang sedang meningkat dewasa yang fikiran mereka sudah cukup bersedia untuk mengintai celahan tembok kefanaan dan dinding ilusi kehidupan.

Mikayla ~ Melur Jelita

(SEM & S/S) RM27.00 > RM23.80

Dengan…
Atau tanpamu…
Aku tetap berlari!

Hardi-E. Ar Rahman
Produk muda dari Pusat Latihan Polis, Air Hitam (PULAPAH)
Gila-gila, ceria dan playboy ayam-ayaman.

Wan Adra Mikayla
Kononnya berdarah Bugis
Dicop keturunan Si Bongkok Tanjung Puteri!

Gadis lanun diusik jejaka Minangkabau
Jadilah asam pedas astaghfirullah al azim bertemu masok lomak cili api alhamdulillah

Hati Jiran Jendela Sebelah sudah terpaut
Jawapan Hardie: Saya main-main je.

Berani kau cuit-cuit gadis Johor Bharu?!
Cap mohor Mikayla jelas bertanda di dada Hardie!

Dengan…
Atau tanpamu…
Aku tetap tersenyum!
***
Cerita biasa-biasa. Hero heroine biasa-biasa. Biasa sangat-sangat.

Thursday, December 8, 2016

The Real Abang Long Fadhil: Pahit Sekarang Manis Kemudian ~ A. Long Fadhil

(SEM & S/S) RM15.00 > RM13.20

Mengisahkan hidup penuh ranjau anak muda yang dikenali dengan nama Abang Long Fadhil. Beliau yang dahulunya melalui sisi-sisi gelap dalam kehidupannya, kini berubah menjadi pendakwah. Pengalaman silam beliau boleh menjadi inspirasi untuk kita semua supaya lebih berhati-hati dalam kehidupan terutamanya apabila memilih kawan untuk dijadikan tauladan.

PHD Mama ~ Dr. Nik Salida, Bahruddin Bekri

(SEM & S/S) RM16.00 > RM14.00

MAMA adalah pendidik terbaik,
Pendidik yang penyayang tetapi tegas,
Setinggi mana pelajaran MAMA,
Sesibuk mana kerjaya MAMA,
MAMA tetap sentiasa ada.

Perkongsian rutin seorang ibu, isteri, dan pelajar yang menyambung phD di UK selama tiga tahun setengah. Pelbagai info menarik negara UK yang dikongsi bersama termasuk pengalaman pahit manis bagi mendapatkan phD bersama keluarga tercinta yang sentiasa di sisi.

Amalan Selepas Solat ~ Ustaz Muhadir Haji Joll

(SEM & S/S) RM10.00 > RM8.80

AMALAN SELEPAS SOLAT menghimpunkan amalan-amalan yang disusun khas untuk dibaca setiap kali selepas solat fardhu. Setiap amalan adalah bersumberkan daripada al-Quran, hadits dan amalan ulama sejak dahulu.

Amalan yang bersanad dan istimewanya, pembaca boleh mendapatkan ijazah daripada penulis. Antara amalan yang dimuatkan dalam buku kecil ini:

* Wirid al-Qusyasyiah
* Wirid al-Fatihah Imam Ghazali
* Hizbun Nawawi
* Ratib al-Haddad
* Ratib al-‘Attas
* Doa Fakhrul Wujud
dan banyak lagi.

Berdialog Dengan Allah ~ Khairul Ghazali

(SEM & S/S) RM16.00 > RM14.00

Bercinta dan berdialog dengan Allah?

Bagaimanakah caranya bercinta dan berdialog dengan Allah, sedangkan Allah tidak dapat dilihat. Mungkinkah kita mencintai sesuatu yang tidak dapat kita lihat kewujudannya?

Penulis menghuraikan peranan kalbu dan hati untuk berdialog dengan Allah melalui pelbagai amalan. Yang penting amalan tersebut dapat kita sempurnakan dengan sepenuh hati atas nama cinta kepada Allah.

Life Is A Story ~ Hanis Yahya

(SEM & S/S) RM22.00 > RM19.40

Kehidupan ini umpama sebuah cerita. Bukan cerita novel atau drama, tetapi cerita realiti kehidupan. Realiti kehidupan yang perlu kita tempuhi dan hadapi dengan keberanian.

Benar kata orang, pengalaman itu mendewasakan. Dan pastinya kita tidak mahu melupakan setiap detik pengalaman yang menedewasakan itu.

So, make yours the best seller!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...